Download pdf - ASG TRANSFORMASI.docx

Transcript

ISI KANDUNGANMuka surat HalamanBab 1 1.0Pengenalan21.1Definisi3

Bab 22.0Artikel Artikel Pengajaran dan Pembelajaran Transformasi dalam Matematik Menengah Rendah32.1Atikel I 32.2Artikel II 4

Bab 33.0Pengenalan83.1Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Artikel I93.2Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Artikel II9

Bab 44.0Cadangan Aktiviti dan Strategi dan Pembelajaran Tajuk Transformasi @ Penjelmaan Matematik Menengah Rendah (Tingkatan 2) 104.1Aktiviti Pengajaran Tajuk Transformasi104.2Strategi Aktiviti Pembelajaran Tajuk Transformasi @ Penjelmaan bagi Pelajar Pelajar Berpencapaian Rendah18

Bab 55.0Kesimpulan21

Senarai Rujukan22

BAB 1

1.0 PENGENALANNg See Ngean (dlm Baharudin Moktar, 1991), menyatakan bahawa Matematik adalah satu matapelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Situasi ini juga berlaku dalam pengajaran tajuk Transformations (Penjelmaan).Ini kerana Transformations mula diajar dari tingkatan dua seterusnya sebahagian tajuk di tingkatan tiga dan empat. Amat penting untuk pelajar diberi kefahaman dan pengukuhan yang jelas tentang konsep dan asas Transformations. Pelajar didapati menghadapi masalah untuk memahami Transformations berkaitan Translation (Transilasi), Rotation (Putaran) dan Reflection (Pantulan) tentang bagaimana untuk menggambarkan pergerakkan objek atau bentuk di atas satah. Menurut Kidder (1976), kebanyakkan pelajar berfikir bahawa sisi-sisi segitiga akan berubah apabila segitiga tersebut diputarkan di atas satah. Selain itu, kesilapan pelajar turut berlaku apabila pelajar hanya berfikir dan bersandar kepada istilah-istilah Transformations pada nombor-nombor satah dan bukan perubahan pada keseluruhan satah. Pengajaran dan pembelajaran transformasi adalah suatu aspek penting dalam matematik menengah rendah. Tugasan ini tertumpu kepada strategi strategi untuk mengajar konsep konsep asas transformasi yang dikemukan melalui dua artikel yang akan dibincangkan. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Tingkatan 2, konsep konsep asas transformasi diajar dalam Bab 11 iaitu tajuk Transformations (Penjelmaan) . Tajuk penjelmaan dalam Bab 11, Tingkatan 2 melibatkan subtopik konsep penjelmaan, translasi, pantulan, putaran, isometrik, kekongruenan dan sisi empat melalui konsep penjelmaan. Bab ini adalah bab yang agak sukar untuk difahami oleh pelajar sekolah menengah rendah kerana melibatkan banyak kemahiran dan perkaitan dalam memahami setiap konsep transformasi. Tajuk ini juga diteruskan lagi dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan 3 ,Bab 10, iaitu tajuk Transformations (Penjelmaan II). Penjelmaan II melibatkan dua subtopik ataupun konsep iaitu konsep keserupaan dan pembesaran.

1.1 DEFINISIMenurut Aina Husna Dilah, Transformasi melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek pd kedudukan posisi asal ke suatu posisi yang baru. Objek pada kedudukan posisi yang baru dipanggil imej. Setiap titik pada objek akan dipetakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut. Selain itu, transformasi merupakan suatu istilah umum untuk empat cara khusus untuk memanipulasi bentuk titik, garis atau bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil pra imej dan bentuk akhir serta kedudukan akhir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi. Translasi, pentulan dan putaran merupakan suatu transformasi isometrik kerana setiap imej yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. kita juga boleh menyatakan di sini bahawa objek dan juga imej yang telah dipetakan adalah bersifat kongruen. Transformasi perluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. ini adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil adalah tidak sama dengan saiz objek yang asal. Objek asal dan segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza.

BAB 22.0 ARTIKEL ARTIKEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TRANSFORMASI DALAM MATEMATIK MENENGAH RENDAHBab ini akan membincangkan dua artikel yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran bab Transformations (Penjelmaan) yang menumpukan kepada strategi strategi pengajaran dalam mempelajari konsep konsep asas transformasi.

2.1ARTIKEL IKEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN PERMAINAN PENDIDIKAN GOTRANS DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN DUA

Disediakan oleh:EMRAM [email protected] Kampus Sultan Abdul Halim

Perisian yang dinamakan sebagai Gotrans ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berpusatkan murid. Ianya merupakan kaedah pembelajaran alternatif yang bertujuan untuk memberi suasana baru kepada pelajar iaitu mereka berhibur semasa belajar (Xiaohong Zhao, 2000). Gotrans turut menerapkan teori-teori pembelajaran iaitu teori tingkahlaku, teori kognitif dan teori konstruktif. Pengaplikasian teori-teori ini dilihat dapat membantu pelajar dengan baik dari aspek pembangunan intelektual dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (Noor Shah Saad, 2005). Prosedur pembangunan koswer Gotrans adalah berdasarkan model pembangunan ADDIE. Model ini juga dikenali sebagai ISD (Instructional System Design atau SAT System Approach to Training). Model ini merupakan salah satu daripada reka bentuk instruksi sistematik yang mempunyai lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian (Rossett, 1987).

Pembangunan Koswer GotransModel reka bentuk instruksi yang digunakan untuk pembangunan koswer Gotrans adalah Model ADDIE (Molenda, M, Pershing, J.A dan Reigeluth, C. M 1996). Setiap elemen yang terkandung di dalam fasa-fasa model ADDIE iaitu analisis melibatkan elemen seperti pelajar, persekitaran dan tugasan. Fasa reka bentuk terdiri daripada penentuan objektif pembelajaran, penentuan fungsi guru dan pelajar, serta strategi pengajaran dan penilaian. Elemen-elemen dalam fasa pembangunan pula adalah berkaitan penyediaan manual pengguna, pengujian prototaip dan pembangunan Gotrans. Dalam fasa terakhir iaitu fasa implimentasi pula merangkumi proses menggunakan koswer Gotrans kepada pelajar di persekitaran sebenar. Elemen penilaian pula dibahagikan kepada dua jenis. Penilaian pertama ialah penilaian berterusan dalam fasa pembangunan Gotrans seperti yang dicadangkan dalam model ADDIE. Manakala penilaian kedua meliputi ujian pra dan ujian pasca. Menurut Tang Howe Eng, (2005) kaedah ini bagi menentukan kesesuaian dan keberkesanannya.

Bagi memulakan permainan, pelajar perlu membuat pilihan sama ada ingin memulakan permainan yang baru atau menyambung permainan yang telah disimpan sebelum ini. Koswer Gotrans juga menawarkan menu bantuan dan tutorial bagi pelajar yang baru pertama kali menggunakannya. Permainan ini dimainkan secara linear, iaitu pelajar perlu menghabiskan semua tahap permainan aras mudah sebelum bergerak ke tahap sederhana dan ke tahap sukar seperti yang disarankan oleh teori pembelajaran kostruktivisme. Teori ini menyatakan perlu ada peluang kepada pelajar membina kefahaman melalui jaringan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari (Yusri Abdullah, 2009). Tahap-tahap permainan bagi setiap sub tajuk ini tidak sama kerana ia berhubungkait dengan kesesuaian kandungan isi pelajaran. Dalam sub tajuk Transilation dan Reflextion terdapat empat tahap permainan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Manakala dalam sub tajuk Rotation pula, pelajar perlu menghabiskan 8 tahap permainan sebelum mereka dapat menamatkan permainan dengan jayanya. Bagi Pelajar yang berjaya menghabiskan kesemua tahap permainan, mereka diberi peluang untuk melabelkan nama pada papan skor 10 markah tertinggi. Seterusnya pelajar boleh membuat pilihan sama ada ingin bermain semula atau menamatkan permainan.

Rajah 1 Struktur Koswer Permainan Pendidikan Gotrans

Rajah 2. Penggabungan komponen Gotrans Rajah 3. Muka utama Gotrans

Rajah 4. Antaramuka Gotrans tajuk Translations

2.2ARTIKEL II

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer: Keberkesanan Perisian The Geometers Sketchpad Untuk Tajuk Penjelmaan oleh Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali Institut Perguruan Darulaman, Jitra

The Geometers Sketchpad dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Perisian GSP merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran. GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain. Perisian GSP yang berkapasiti 1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993 bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan, garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi. Perisian tersebut juga dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam bidang algebra, trigonometri dan kalkulus. Ia juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan pengukuran dengan lebih cepat dan tepat.

Pada asalnya, perisian GSP dibentuk untuk kegunaan para pelajar sekolah menengah. Disebabkan perisian ini dihasilkan dalam pelbagai bahasa, maka ia sesuai digunakan bersama-sama dengan peralatan yang dipilih oleh beribu-ribu pengguna di seluruh dunia. Melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran matematik dengan lebih berkesan. (Mathematical Catalog 1999-2000).

Perisian GSP mempunyai beberapa kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan. Dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitiga dengan hanya memberi arahan secara mengklik pada menu bar yang bersesuaian. Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah yang telah dilukis. Selain itu, perisian ini dilengkapi dengan fungsi menyimpan skrip yang membolehkan pengguna merekod apa-apa yang telah dihasilkan dan mengulanginya secara automatik apabila diperlukan.

BAB 33.0 PENGENALANBab ini akan membincangkan penilaian strategi strategi pengajaran dalam memahami konsep konsep asas transformasi yang digunakan oleh dua artikel yang dikemukan pada bab 2.

3.1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ARTIKEL I Berdasarkan Artikel I pada Bab 2, penggunaan perisian yang dinamakan sebagai Gotrans ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid ialah strategi pengajaran yang tidak langsung. Strategi ini akan melibatkan murid lebih aktif dalam berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai , berkolaborasi serta refleksi pembelajaran dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan,contohnya, dalam penggunaan perisian Gotrans.

Model pembangunan perisian yang digunakan adalah Model ADDIE dengan menerapkan tiga teori asas pembelajaran iaitu teori tingkah laku, kognitif dan konstruktif serta memperkenalkan teori pengajaran penyelesaian masalah Polya.

3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ARTIKEL IIBerdasarkan Artikel II pada Bab 2, penggunaan perisian GSP merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran. Strategi yang digunakan dalam mempelajari konsep konsep asas Transformasi ialah lebih kepada persembahan kreatif dan inovatif pelajar. Dalam kaedah ataupun strategi ini, para pelajar didedahkan dan digalakkan menggunakan komputer sebagai bahan pembelajaran. Guru bertindak sebagai pembimbing, pemerhati di samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran.

BAB 4 4.0 CADANGAN AKTIVITI DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK TRANSFORMASI @ PENJELMAAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 2)Bab 4 akan membincangkan cadangan aktiviti dan strategi pengajaran untuk pelajar matematik menengah rendah untuk mengenali ciri ciri transformasi.

4.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN TAJUK TRANSFORMASI @ PENJELMAAN Sebagai guru, sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menerangkan tajuk yang akan dipelajari.Kebiasaannya, pelajar kurang memberi perhatian terhadap tajuk ini kerana menganggap konsep konsep penjelmaan adalah sangat sukar. Guru boleh meningkatkan motivasi para pelajar dengan menyediakan suasana pengejaran dan pembeljaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang menarik perhatian pelajar.Sebagai guru, kita perlu mengetahui cara ataupun menarik minat pelajar dalam mempelajari tajuk yang sukar seperti ini dengan lebih tertumpu kepada pelajar (student-centre). Pelajar akan mudah faham apabila penggunaan contoh melibatkan diri mereka sendiri terutamanya dalam mempelajari bab Penjelmaan. Contohnya, guru menggunakan dua orang pelajar untuk dijadikan contoh dalam mengenal konsep Translasi. Minat pelajar adalah tertumpu kepada kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru melalui aktiviti pengajaran yang dijalankan. Dalam mempelajari konsep konsep penjelmaan @ transformasi, guru boleh menggunakan contoh seperti penggunaan gambar ataupun rajah.

Guru perlu menjelaskan setiap konsep yang terdapat dalam tajuk Transformasion (Penjelmaan). 1. Translation (Translasi) Pergerakan semua titik objek pada jarak dan arah yang sama

2. Reflection (Pantulan) Semua titik objek dipantulkan pada satu garis yang dipanggil paksi pantulan (axis of reflection)

3. Rotation (Putaran) Semua titik objek berpusing pada arah yang sama pada satu titik dan sudut yang sama.

Dalam mempelajari bab Transformation (Penjelmaan), guru haruslah menerangkan konsep konsep transformasi dengan menggunakan contoh yang mudah difahami oleh pelajar. Nota yang panjang akan lebih memeningkan pelajar dan secara tidak langsung akan memberi miskonsepsi yang salah dalam pemikiran pelajar. Penggunaan nota yang ringkas dan padat mampu membantu pelajar dalam mempelajari tajuk Penjelmaan.Subjek Matematik adalah berbeza dengan subjek subjek lain yang dipelajari oleh pelajar. Subjek Matematik memerlukan latihan yang berterusan untuk lebih memahami. Pembelajaran Matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan. Ini disebabkan oleh struktur bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi serta kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al., 2008). Oleh itu adalah penting bagi guru matematik mencari satu titik perseimbangan dalam mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar pelajar dapat menghayati keindahan matematik dalam proses pembelajaran konsep dan kemahiran.

Berikut adalah nota ringkas yang boleh dijadikan sebagai rujukan pelajar sepanjang mempelajari Bab Transformation (Penjelmaan).

Pelajar perlu membuat latihan untuk lebih memahami ciri ciri transformasi. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Skemp, 1987;Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadpa matematik tidak hanya bergntung kepada kefahaman konsep semata mata. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari semasa ke semasa sehingga semasa kemahiran dalam sesuatu tajuk benar benar telah dikuasai sepenuhnya, (D Augustine, 1973).Berikut adalah latihan pengukuhan bagi topik transformasi @ penjelmaan. TOPIK 11: PENJELMAAN (TRANFORMATIONS 1) 1. Mengenal pasti penjelmaan sebagai padanan satu dengan- satu antara titik dengan satah. Identify the transformation involved in the diagram below

2. Mengenal pasti objek dan imej bagi satu penjelmaan Dalam Rajah dibawah, segi tiga P ialah imej bagi segi tiga P di bawah satu translasi.

3. Mengenal pasti objek dan imej bagi satu penjelmaan Mengenal pasti (a) Translasi (b) Pantulan (c) Putaran Kenal pasti dan namakan penjelmaan yang berikut

--------------------------------------------------------------------- ---------------------------------

Menentukan a) Imej suatu objek di bawah translasi yang diberi 1) Berdasarkan translasi , lukis imej bagi objek objek berikut.

Menentukan

i) Imej suatu objek di bawah suatu pantulan pada garis yang diberi

Antara segi tiga A, B, C, dan D, manakah imej bagi M di bawah pantulan pada garis PQ?

4.2 STRATEGI AKTIVITI PEMBELAJARAN TAJUK TRANSFORMASI @ PENJELMAAN BAGI PELAJAR PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAHKeupayaan pelajar menerima pembelajaran adalah berbeza. Ada diantara pelajar yang dapat menerima pelajaran dengan baik dan ada yang mengalami kesukaran dalam mempelajari pelajaran terutamanya subjek matematik, di mana pelajar perlu mengetahui cara perkaitan dan memahami konsep konsep matematik. Strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran tajuk Transformasi @ Penjelmaan yang sesuai bagi bagi pelajar pelajar yang berpencapaian rendah ialah dengan menerapkan teori pengajaran tingkah laku (Behaviorisme). Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur.Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.Bagi pelajar yang berpencapaian rendah, mereka sentiasa dipantau dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Berdasarkan teori tingkah laku, pelajar yang berpencapaian lemah akan memberi ransangan yang baik apabila diberi tugasan dengan menggabungkan pelajar yang berpencapaian tinggi dan lemah dalam satu kumpulan (berpasangan). Strategi ini membolehkan pelajar berpencapain rendah tidak malu untuk bertanya, kerana kadang kala, pelajar yang lemah dalam subjek matematik akan berasa rendah diri apabila ditanya oleh guru dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam menjawab sesuatu soalan yang melibatkan pengiraan dan pemahaman konsep konsep matematik. Berdasarkan teori tingkah laku, guru boleh menggunakan teknologi sebagai aktiviti pengajaran dalam mengingkatkan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. KataHeinich, Molenda dan Rusell (1969)Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan. Naim Hj. Ahmad (1990)mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.Penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) juga boleh digunakan sepanjang mempelajari tajuk penjelmaan ini. Seperti mana yang kita tahu, generasi zaman sekarang lebih mahir dalam penggunaan teknolohi seperti komputer. Penggunaan perisian ini mungkin akan mengingkatkan tahap pemahaman pelajar yang berpencapaian rendah kerana lebih mudah difahami dan dalam masa yang sama mereka mempunyai kebebasan untuk mengawal proses pembelajaran. Berikut adalah contoh rajah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Model ini mengandungi 3 fasa yang utama iaitu Need Assessment Phase (Fasa Analisa Keperluan), Desgn Phase (Fasa Rekabentuk) dan Develop & Implement Phase (Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan). Di samping itu, setiap fasa tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan penyemakan atau pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan.Perisian ini dimulakan dengan persembahan montaj dan diikuti oleh tajuk. Tajuk utama Menu utama direka dengan ringkas dan padat supaya tidak menimbulkan kekeliruankepada pengguna. Hanya terdapat enam pilihan utama dalam paparan ini dimana pengguna bolehmemilih untuk menjelajah sama ada TRANSFORMATION, TRANSLATION, REFLECTION,ROTATION, CONGRUENCE & ISOMETRY DAN CREDIT. Apabila pengguna memilih padasetiap butang, butang tersebut akan mengeluarkan audio adalah untuk menarik perhatianpengguna serta menambahkan interaktiviti pengguna dengan perisian.

Rajah 1 PAPARAN MENUNota (NOTES)Nota dalam perisian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan sertapengetahuan sedia ada, mengenal pasti penjelmaan (Transformation) dan contoh penyelesaian.Ketiga-tiga bahagian nota tersebut menunjukkan kesinambungan yang erat antara satu sama lain.Tiga butang utama telah disediakan bagi membolehkan pengguna mengawal perjalananpembelajaran iaitu MENU, NOTE dan NOTE 1. Fungsi-fungsi btang yang disediakan adalahseperti berikut:M K 3SIPANTULANBESARAPenggunaan PBK sedikit sebanyak dapat membantu pelajar pelajar yang lemah dalam tajuk transformasi kerana pelajar pelajar zaman sekarang lebih cenderung pada penggunaan teknologi. Menurut artikel Abdul Razak Bin Idris & Noor Suriati Binti Jainuri, Perisian PBK sesuai digunakan untuk pelajar kerana ia adalah salah satu alternatif untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu subjek dan mempersiapkan generasi muda untuk berdepan dengan teknologi pendidikan dimasa hadapan. Kini, penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan lagi perkara yang baru. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelajaran Malaysia bekerjasama dengan Syarikat Intel Electronic Sdn.Bhd. bagi memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan teknologi tanpa wayar wireless access point dalam rangkaian setempat kepada 800 buah sekolah di seluruh Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM, 2005).

BAB 55.0 KESIMPULANSebagai kesimpulan, bahagian yang paling penting dalam perngajaran matematik ialah penyampaian idea dan proses matematik kepada pelajar pelajar. Ini merupakan fungsi yang paling utana iaitu sebagai penyampai maklumat dan pengetahuan. Walaupun dengan penggunaan teknologi zaman sekarang mampu meningkatkan tahap pemahaman pelajar, namun sebagai pendidik kita perlu memberi bimbingan terus agar pelajar mempunyai motivasi dalam diri untuk terus meminati matapelajaran atuoun subjek matematik. Terdapat banyak kaedah yang dapat ajari digunakan oleh pelajar dalam mempelajari tajuk Transformations (Penjemlmaan). Pemilihan strategi mengajar dalam bab Penjelmaan ini adalah sangat penting bagi membantuk pelajar pelajar yang lemah dalam tajuk in. Pemahaman konsep yang betul adalah sengat penting dalam mempelajari subjek matematik. Membuat perkaitan matematik dalam kehidupan seharian pelajar mampu meningkatkan minta mereka dalam meminati matapelajaran matematik.

SENARAI RUJUKANNor Hayati Md Yusof, Aisah Ali, Dr Koay Chen Yong (Second Edition, August 2014).Faculty of Education and Languages, Teaching of Upper Secondary Mathematics Part III Open Universiti Malaysia

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain, (2009)Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran,Penerbitan Multimedia Kuala Lumpur.Dr Frank J. Swetz, Liew Su Tim, (1982), Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia

http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.htmlhttp://cikguazharrodzi.blogspot.com/2014_04_01_archive.htmlhttps://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=12&cad=rja&uact=8&ved=0CCQQFjABOAo&url=http%3A%2F%2Fsmktt.weebly.com%2Fuploads%2F1%2F7%2F8%2F4%2F17847255%2Fpengurusan_ict_smktt.docx&ei=jIS3U42MC823uATc9oGoBw&usg=AFQjCNEj9IP4iTGsmB30uhJRsn9lTrWBuA&sig2=oXihUfOO1BXM3M_mXL1ehAhttp://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/proposal-kajian.htmlhttp://cikgumultiskill.wordpress.com/2012/12/09/bab-10-penjelmaan/http://easymath3.wordpress.com/bab-10-transformasi/http://cekgunurulashikin-skinpies87.blogspot.com/2013/03/minggu-11-11-15-mac-2013.html

22