Download doc - ASAS ELEKTRIK

Transcript
Page 1: ASAS ELEKTRIK

ASAS ELEKTRIK

Voltan

Voltan boleh ditakrifkan sebagai tekanan elektrik atau perbezaan tekanan. Perbezaan tekanan yang dihasilkan oleh terminal positif dan negatif bateri menyebabkan berlakunya pengaliran arus elektrik apabila kedua – dua dihuungkan melalui pengalir elektrik.

Terdapat 2 cara untuk mengukur voltan di dalam sesuatu litar iaitu: Litar buka (Open circuit) Susutan voltan (Voltage drop)

Pengukuran voltan secara litar buka

Pengukuran ini akan memberitahu kita bahawa terdapat voltan pada terminal berkenaan. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat mengesan kehadiran rintangan/beban tambahan di dalam litar berkenaan.

Page 2: ASAS ELEKTRIK
Page 3: ASAS ELEKTRIK

Pengukuran susutan voltan

Pengukuran susutan voltan hanya boleh dilakukan apabila terdapat pengaliran arus di dalam litar. Ia dapat memberi tahu dengan tepat jumlah voltan yang diterima oleh sesuatu beban.

Page 4: ASAS ELEKTRIK

Nota:

Apabila arus mengalir melalui sesuatu komponen sebahagian dari voltan akan digunakan bagi menghidupkan komponen tersebut. Voltan yang digunakan ini dikenali sebagai susutan voltan.

Ia diwakili oleh simbol greek (delta). bermaksud kadar perubahan. V bermaksud kadar perubahan voltan.

Komponen – komponen berintangan rendah seperti fius, suis, wayar dan connector mempunyai kadar perubahan /susutan voltan yang amat rendah iaitu kurang dari 0.1V bagi setiap komponen atau connector.

Komponen berintangan tinggi dikenali sebagai beban (load). Beban akan menukarkan tenaga elektrik kepada kerja samaada dalam bentuk pergerakkan, bunyi, haba atau cahaya.

Susutan voltan (V) adalah berkadar terus dengan rintangan. Seamkin tinggi rintangan, semakin tinggi susutan voltan.

Jumlah susutan voltan di dalam sesuatu litar mestilah sama dengan jumlah voltan bekalan.

Page 5: ASAS ELEKTRIK

1.9 V + 21.8 V + 0.3 V = 24 V (Voltan bekalan)

Arus (Current)

Arus ialah jumlah pengaliran elektron di dalam sesuatu litar. Unit yang digunakan untuk mengukur arus ialah Ampere atau Amp (A). Satu Amp adalah bersamaan 628 billion billion electrons bagi setiap saat yang mengalir di dalam sesuatu litar.

Arus hanya boleh mengalir jika persambungan litar yang lengkap dari sumber voltan tinggi (Power) kepada sumber voltan rendah (ground).

LED tidak menyala kerana litar tidak lengkap

Page 6: ASAS ELEKTRIK

Litar lengkap LED menyala dengan terang

Page 7: ASAS ELEKTRIK

Cara mengukur arus di dalam sesuatu litar

Rintangan (Resistance)

Rintangan elektrik merujuk kepada berapa banyak halangan yang diterima oleh arus elektrik semasa mengalir di dalam sesuatu litar. Unit bagi rintangan adalah Ohm. Simbol bagi Ohm ialah omega ().

Page 8: ASAS ELEKTRIK

Hukum Ohm (Ohm’s Law)

Hukum mentakrifkan bahawa nilai voltan adalah berkadar terus dengan perubahan arus dan rintangan. Melalui persamaan ini kita dapat mengira nilai arus jika kita tahu nilai voltan dan nilai rintangan yang terdapat di dalam sesuatu litar.

Page 9: ASAS ELEKTRIK

Litar siri dan selari

Rintangan Sesiri

Apabila rintangan atau beban di susun secara sesiri atau sebaris, jumlah rintangan adalah jumlah kesemua nilai rintangan di dalam beban yang terdapat di dalan litar tersebut.

Page 10: ASAS ELEKTRIK

Rintangan Selari

Jumlah rintangan di dalam litar selari ialah:

1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +1/RN = 1/RJ

Rintangan siri/ selari

= =

= atau sama dengan 2 Ohm

Maka jumlah keseluruhan adalah 2 (dari litar selari) + 2 (dari litar sesiri) = 4

Kenapa ianya penting?:

Konsep diatas adalah amat penting untuk mempercepatkan proses mengenalpasti kerosakkan peralatan elektrik di dalam sesebuah kenderaan. Dengan mengunakan konsep diatas kita boleh menjangka nilai voltan yang sepatutnya diterima oleh sesuatu komponen.

Page 11: ASAS ELEKTRIK

Aplikasi hukum ohm pada kenderaan

Bagi seorang mekanik konsep yang paling penting yang perlu difahami di dalam hukum ini ialah “Apabila rintangan tinggi, arus rendah. Apabila rintangan rendah, arus tinggi”.

Hukum ohm juga memberitahu kita bahawa: Jika sesuatu litar gagal untuk beroperasi, ianya boleh disebabkan samaada berlakunya litar

buka (Open circuit) disebabkan oleh wayar sepenuhnya, connector tercabut, fius putus, filamen putus atau lain - lain kerosakkan atau disebabkan oeh rintangan yang tinggi di dalam litar seperti connector longgar atau berkarat, wayar putus dibahagian dalam tetapi tidak sepenuhnya, wayar berkarat atau lain – lain.

Litar beroperasi dengan baik

Wayar putus

Rintangan tinggi di dalam wayar

Page 12: ASAS ELEKTRIK

Jika sekiranya komponen atau perlatan masih boleh beroperasi tetapi tidak seperti yang sepatutnya seperti lampu malap, motor berpusing perlahan. Ini disebabkan oleh pertambahan rintangan di dalam litar. Perkara ini biasanya berlaku apabila terlalu banyak beban ditambah didalam sesuatu litar siri.

Pertambahan rintangan didalam litar, lampu menyala tapi malap

Pertambahan beban dalam litar lampu menyala tetapi tidak terang

Nota penting:Jika sesuatu fius terbakar atau putus ini menunjukan bahawa terdapat pnegaliran arus yang melebihi kadar arus yang dibenarkan oleh fius tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh kadar rintangan yang rendah dialam litar tersebut. Rintangan rendah ini biasanya disebabkan oleh “short to ground”. Untuk mengatasi masalah ini kita mesti mencri punca dimana masalah ini berlaku dan selesaikannya.

Page 13: ASAS ELEKTRIK

Contoh aplikasi litar siri pada kenderaan

Voltan

Votlan di dalam litar ini dibahagi secara berkadar terus dengan nilai rintangan di dalam sesuatu komponen. Komponen yang mempunyai rintangan yang tinggiakan mendapat lebih banyak voltan berbanding dengan komponen yang mempunyai rintangan yang lebih rendah.

Arus

Nilai arus didalam setiap komponen didala litar ini adalah sama.

Page 14: ASAS ELEKTRIK

Masalah di dala litar ini ialah apabila salah satu komponen di dalam litar ini bermasalah semua komponen tidak berfungsi.

Jika brlaku pertambahan beban maka ia akan mengingkatkan jumlah rintangan dan mengurangkan jumlah arus, lalu menyebabkan jumlah voltan yang diterima oleh setiap komponen menyusut.

Page 15: ASAS ELEKTRIK
Page 16: ASAS ELEKTRIK

Contoh aplikasi litar selari pada kenderaan

Page 17: ASAS ELEKTRIK

Voltan

Kadar voltan didalam litar selari adalah sama pada semua cabang.

Page 18: ASAS ELEKTRIK

Arus dan rintangan

Rintangan di dalam litar akan berkurangan apabila terdapat pertambahan beban. Keadaan ini akan menyebabkan nilai arus bertambah selari dengan pertambahan beban.

Page 19: ASAS ELEKTRIK
Page 20: ASAS ELEKTRIK

Contoh aplikasi litar siri – selari


Recommended