Transcript
Page 1: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Isi Kandungan 1Pengenalan 2

1.0 Pencemaran Udara 1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara 3 1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara 3 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia 3 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan 4 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan 4 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan 4 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon 5 1.2.6 Kejadian Hujan Asid 5 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global 5 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera 5

2.0 Pencemaran Air2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air 72.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 8

2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia 8 2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air 8 2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut 9 2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar 9 2.2.5 Banjir 9 2.2.6 Kemusnahan Hidupan Akuatik 10

3.0 Pencemaran Tanah3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah 113.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 11

3.2.1 Tanah Beracun 11 3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit 12 3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya 12 3.2.4 Tanah Gersang 12 3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah 13 3.2.6 Hakisan Tanah 13

4.0 Pencemaran Bunyi 4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi 14

4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi 14 4.2.1 Menggangu Persekitaran 14 4.2.2 Masalah Kepada Pendengaran Manusia 15

Penutup 16Rujukan 17Lampiran 18-20

1

Page 2: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

PENGENALAN

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi

sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah

sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang

digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang

pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap

manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang

hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya,

terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang

dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu

ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu

perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,

kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga

menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu

keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam

atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa

menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah

mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat

terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat

yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan

kepada empat jenis yang utama iaitu:-

1. Pencemaran Udara

2. Pencemaran Air

3. Pencemaran Tanah

4. Pencemaran Bunyi

2

Page 3: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

1.0 PENCEMARAN UDARA

1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai   terdapatnya gas, cecair

atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang

menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan

oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang

melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu

yang tidak terkawal2.

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer

dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur

monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak

lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara

dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan

pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan

industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur

arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah

hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air

di udara.

1.2 Kesan–Kesan Pencemaran Udara

1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di

dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat

daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan

cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut

manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah

antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah

dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2)

boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon

(O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-1 Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3)2 Environmental Science : A Global Concern (Page464)3 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40)4 Environmental Science : A Global Concern (Page477)

3

Page 4: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata

manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap

tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan

tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan

perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara

tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur

dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami

kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi

kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk

dibumi juga terganggu.

1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam

dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari,

ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada

sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada

tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan

haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang

terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh

plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku

di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer

dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan

akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

1.2.4 Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan

terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8.

Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris

pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat

5 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41)6 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42)7 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42)8 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal42)

4

Page 5: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain

itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida

(SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah

rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita

mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-

bandar tersebut.

1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang

melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan

gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat

penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan

lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus

kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya

kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga

menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub

bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada

masa kini10.

1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan

asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen

oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan

oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan

wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid

nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-

tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama

dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh

tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas

dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam

tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak

subur12.

1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

9 Monitoring The Environment (Page 28)10 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176)11 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70)12 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)

5

Page 6: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh

warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan

oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon

menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh

penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas

karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu

banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi

meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga

adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Pemanasan global

menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku

secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal15. Kebakaran

hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi

ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah

mengurangkan jarak penglihatan16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran

besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan

beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat

teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida

dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan

perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati

bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun

1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia

menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini

dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.

13 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176)14 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page121)15 Global Forest : Issues For Six Billion People (Page266)16 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)

6

Page 7: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

2.0PENCEMARAN AIR

2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi

kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi

kesan apabila digunakan17.

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik18.

Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai

dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan

pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan

dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh

dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu

oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH,

dan suhu.

Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap

jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika ini

ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air

tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti

pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di

atas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik

termasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang

mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga

berpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan

17 Environmental Science : A Global Concern (Hal. 439)18 Environmental Management in Sabah : Issues and Challenges (Hal. 3)

7

Page 8: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan

rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini

disebabkan oleh persenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi

pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteria

patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin19.

2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air

2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah

terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.

Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan

oksigen dalam air20, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber

air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius

jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air21. Manusia juga boleh

mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau

menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang

dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan

menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia

sendiri

2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin

dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air22. Air yang panas selepas

digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan

semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi

19 Alam Sekitar Angerah Tuhan (Hal 21)20 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.22)21 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.23)22 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 60)

8

Page 9: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi

kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru

mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran

makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan

tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang

bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi

kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti

kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan

keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan

makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus

dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut23. Oleh itu, nutrien ini

menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam

sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik

terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan

sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini

akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini

mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran

terutamanya parit dan sungai24. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini

mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air

bawah tanah tercemar25. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan

mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

23 Economic Losses From Marine Pollution (Hal. 91)24 Environmental Indicator Report (Hal 15)25 Environmental Science : A Global Concern (Hal. 450)

9

Page 10: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada

masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap

menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di

laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang

berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar

yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak

selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini26.

2.2.6 Banjir

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku

di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh

tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.

Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku

dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan

langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,

dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos

meningkat27.

2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan

menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran

organik serta peningkatan keledak dalam air28. Ia merupakan pencemaran utama

yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke

lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,

Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,

Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak

bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan

lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau

kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik

dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-

haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

26 Teori Ekonomi Alam Sekitar (Hal. 4)27 Economic Losses from Marine Pollution (Hal. 101)28 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 45)

10

Page 11: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

3.0PENCEMARAN TANAH

3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu

kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya

disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan

pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan

pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran

menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan

bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut

menjadi layu.

Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti

manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang

mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan

aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan

kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan

tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.

11

Page 12: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah

3.1.1 Tanah Beracun

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti

pencemaran-pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk

terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa

toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh

yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia29. Kesannya

dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat

daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya

dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan

kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit

Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang

menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan

perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman

penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau

dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang

penyakit yang serius.

3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya

Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa

industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah

rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-

tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan

tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang

berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis

dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan

mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga

29 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 60) 30 Environmental Science : A Global Concern (Hal. 455)

12

Page 13: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan

jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

3.2.4 Tanah Gersang

Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun

disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha

pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur),

yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut

yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya

overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan

penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah

antara punca-punca kejadian tanah gersang31.

3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah

Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun

apa-apa sahaja hidupan bawah tanah32. Racun serangga yang disembur masuk

dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan

nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.

3.2.6 Hakisan Tanah

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah

adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya

bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga

mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga

gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan

tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh

menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan

31 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 63)32 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 23)

13

Page 14: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan

tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama

dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas

dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman33.

4.0 PENCEMARAN BUNYI

4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai

kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran34. Secara saintifik, ia

didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan

kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia

juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi

berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan

sebagainya35.

Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi

bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di

Pasar, dan trafik36. Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi

tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan

pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti

33 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 24)34 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 70)35 Global Environmental Issues : A Climatoligical Approach (Hal. 184)36 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 33)

14

Page 15: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang

berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu

seperti pengangkutan udara dan lalulintas.

4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi

4.2.1 Menggangu Persekitaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini

termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan

melampau37. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat

bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan

juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih

senyap38. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah

kepada manusia juga.

4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara

serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat

iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta

kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan

pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85

dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan

pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak

secara perlahan-lahan

Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu

meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan

pergerakan gastrik dan pembesaran pupil39. Seterusnya kesan psikomatik seperti

sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal,

gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku40.

37 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34)38 Global Forest : Issues For Six Billion People (Hal. 264)39 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34)40 Pencemaran Alam Sekitar (Hal. 25)

15

Page 16: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

PENUTUPPencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk

terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,

penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius

dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga

hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan

bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber

makanan untuk manusia.

Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan

keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi

semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus

secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-

lahan.

Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara

alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan

keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami

oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

16

Page 17: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan

pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada

masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa

keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil

tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh

diselamatkan lagi.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan

berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan

pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup

masa hadapan.

RUJUKANAbu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM

Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America :

Oxford University Press

David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological

Approach.London : Routledge

Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine Pollution.

United States Of America:Island Press

ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And

Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah

EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.

17

Page 18: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States

Of America : McGraw-Hill, Inc

Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM

Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six Billion

People.New Yor: McGraw-Hill,Inc.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala

Lumpur : Penerbit Mikamas

Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn.

Bhd.

Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka

William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: A

Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

LAMPIRAN

Pencemaran Udara : Pelepasan Asap dari kilang

18

Page 19: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Pencemaran Air

19

Page 20: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Pencemaran Tanah

20

Page 21: 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

A homework by Valsonz & friends.Feel free to use. Http://mrvalsonz.blogspot.com

21