Download pptx - 2 Surat Surat Melayu

Transcript

Surat-surat Melayu: Ketamadunan Melayu dalam Sistem Tulisan Jawi Terawal di Nusantara

Surat-surat Melayu: Ketamadunan Melayu dalam Sistem Tulisan Jawi Terawal di NusantaraNota Kuliah 2: JBGA6201Adi Yasran Abdul AzizBatu Bersurat Piagam Terengganu

Muka AMuka BMuka CMuka D

Surat Sultan Abu Hayat, Ternate kepada Raja John III, Portugal (1521M)

Aqaid Al-Nasafi (1590M)

Penggunaan Konsonan Jawi-MelayuBBPTSSAHAAN (dandanya)(semuhanya) (hambanya) (senyjatah) (nyatanya) (manyuruh) (menyesatkan)Penulisan huruf nya adalah seragam dalam ketiga-tiga teks, iaitu dengan tiga titik di bahagian atas rumahnya kecuali perkataan tertentu dalam AAN seperti perkataan diturunkannya yang dieja sebagai . Rumah yang dipilih sesuai kerana kedua-duanya bunyi nasal yang paling hampir.

Penggunaan Konsonan Jawi-Melayu

Huruf ga dalam BBPT ditulis tanpa titik (atau tidak kelihatan), sama seperti huruf (kaf). Dalam SSAH dan AAN, sudah terdapat usaha untuk membezakan antara ga dan kaf iaitu dengan meletakkan satu titik di bawahnya. Diambil daripada rumah kaf kerana kedua-duanya pada daerah artikulasi lelangit lembut.Penggunaan Konsonan Jawi-MelayuBBPTSSAHAAN (pada) (pelabuhan) (pun) (penentu) (seperti) (apa) (asap)Huruf pa dalam SSAH adalah yang tertua dijumpai setakat ini dan kekal hingga sekarang. Diambil daripada rumah fa kerana kedua-duanya konsonan bibir.Penggunaan Konsonan Jawi-MelayuBBPTSSAHAAN (barang) (orang) (yang) (dihembalang) (jong) (yang) (hilangkan) (tangan)Huruf nga dalam SSAH adalah yang tertua dijumpai dan bentuk penulisannya tekal dan kekal sehingga sekarang. Rumahnya mungkin diambil daripada huruf ghain yang sama daerah artikulasi dengan nga.Penggunaan Konsonan Jawi-MelayuBBPTSSAHAAN (cucuku) (racu/racun) (cita rasa) (bala cara) (racu/racun) (pencium)Dalam contoh di atas BBPT telah menyediakan rumah untuk bunyi c dan dilengkapkan oleh SSAH. Huruf ca adalah satu-satunya huruf Jawi-Melayu yang sama dengan Parsi. Namun untuk mengatakan huruf ini dipinjam dari Parsi agak sukar dibuktikan kerana (1) Rumah yang disediakan untuk ca mengehadkan rekabentuknya; (2) Jika dipinjam dari Parsi, mengapa pengguna bahasa Melayu tidak meminjam Parsi untuk bunyi /p/ atau Parsi untuk bunyi //; (3) Pengaruh bahasa Parsi tidak jelas.Huruf Parsi

Penggunaan DiakritikBBPTSSAHAAN (llaba) (serra) (sattaru) (lekkas) (dajjal) (lasysykar)Tanda-tanda ini bukan sahaja dapat memudahkan pembacaan tetapi juga penting untuk membezakan maknanya. Contohnya, perkataan dajjal jika dieja dajal, iaitu tanpa syaddah di atas huruf jim, ia membawa makna baja dalam bahasa Arab.Penggunaan Angka Dalam teks BBPT dan SSAH didapati angka dua Arab ini tidak digunakan, tetapi sudah ada dalam AAN, iaitu pada perkataan raja-raja . Kehadiran angka dua Arab dalam AAN ini memberikan sumbangan yang besar pada sistem tulisan Jawi kerana ejaan sebegini lebih ekonomi dan digunakan sehingga sekarang.

Penggunaan VokalDalam tulisan Jawi klasik hanya terdapat tiga huruf vokal atau huruf saksi, iaitu alif, wau dan ya. Hal ini menimbulkan sedikit kerumitan untuk mengeja perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai 6 huruf vokal. Sistem vokal dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu sistem vokal pengaruh Arab, sistem vokal Melayu dan campuran antara kedua-duanya.Sistem Vokal Pengaruh ArabBBPTSSAHAAN (dengan) (berhimpun) (daripada) (engkar) (maka) (pada) (tuhan) (lekkas) (hamba)Sistem vokal pengaruh Arab menggunakan sistem baris/harakat dan semua huruf bertaraf konsonan. Namun, lama-kelamaan sistem baris tersebut telah lenyap kecuali pada perkataan . Misalnya:Sistem Vokal MelayuBBPTSSAHAAN (asa) (pun) (dara) (agama) (hari) (antara) (raja) (dan) (tinggi)Dalam sistem vokal Melayu, bunyi-bunyi vokal dilambangkan dengan huruf alif, wau, dan ya. Contohnya:Sistem Vokal CampuranBBPTSSAHAAN (pada) (orang) (tiada) (bagi) (dahulu) (dari) (barang) (binasa) (pakaian)Bagi sistem vokal campuran antara kedua-dua sistem vokal Arab dan sistem vokal Melayu pula adalah seperti berikut:Keanjalan Sistem Ejaan Vokal JawiSSAHAANFeringgi: Ilmu: Racun: Ketiga-tiga sistem di atas digunakan secara tekal dalam BBPT tetapi terdapat perkataan-perkataan tertentu di dalam SSAH dan AAN yang dieja dengan dua sistem ejaan vokal. Contohnya:Keanjalan sistem ejaan dalam SSAH dan AAN telah membuka pintu yang lebih luas untuk penambahbaikan ejaan Jawi pada zaman berikutnya.Ejaan Kata Serapan BBPTSSAHAAN (Islam) (sultan) (mukjizat) (Rajab) (surat) (makzul) (laknat) (alam) (amar)Selain perbendaharaan kata Melayu terdapat dua pengaruh asing yang ketara dalam perbendaharaan kata ketiga-tiga teks yang dikaji, iaitu pengaruh Arab dan Sanskrit. Terdapat banyak perbendaharaan kata daripada kedua-dua bahasa tersebut yang masih dieja dalam bentuk asalnya atau hampir sama dengan bentuk asalnya.Contoh Pengaruh Arab Ejaan Kata SerapanBBPTSSAHAAN (dengan) (raja) (syaksyi) (agama) (maka) (naraka) (tuhan) (lasysykar) (drohaka)Contoh Pengaruh Sanskrit Keanjalan Sistem Ejaan Kata SerapanDalam AAN misalnya, pengaruh bahasa Arab semakin banyak kelihatan, namun terdapat beberapa perkataan yang telah atau sedang dalam proses asimilasi ke dalam sistem ejaan Melayu. Contohnya, terdapat dua cara pengejaan perkataan ilmu, iaitu (pengaruh Arab) dan (pengaruh Melayu).Sama seperti bahasa Arab, bahasa Sanskrit juga mempunyai kata-kata yang dieja dalam dua cara, iaitu cara Sanskrit dan cara Melayu. Contohnya, perkataan manusia yang dieja (pengaruh Sanskrit). Sedangkan di tempat lain pula dieja sebagai (pengaruh Melayu). Ini menunjukkan proses asimilasi terhadap perkataan tersebut ke dalam bahasa Melayu.

KesimpulanBBPT telah menyediakan huruf Jawi-Melayu nya yang terawal dan lengkap dengan tiga titik manakala bagi huruf Jawi-Melayu yang lain, BBPT telah menyediakan rumahnya.Rumah bagi ca, pa dan nga ini kemudiannya dilengkapkan dalam SSAH.AAN pula menunjukkan variasi nya tiga titik di bawah yang kemudiannya dijadikan variasi nya di awal dan tengah kata.Variasi huruf ga tanpa titik dan satu titik di bawahnya dalam SSAH dan AAN menunjukkan bahawa sudah terdapat usaha untuk membezakan ga dengan kaf.

KesimpulanSemua 5 huruf tambahan daripada bahasa Arab, iaitu ca, nga, pa, ga dan nya dalam bahasa Melayu klasik boleh dianggap sebagai huruf asli Melayu dan bukannya serapan dari Parsi. Sistem Ejaan Vokal yang ada sekarang adalah kesinambungan daripada sistem ejaan vokal yang terdapat dalam ketiga-tiga teks yang dikaji.Pengubahsuaian ejaan kata serapan juga sudah berlaku dalam ketiga-tiga teks yang dikaji.Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa sistem tulisan Jawi terawal ini menunjukkan ketamadunan rumpun Melayu Nusantara.


Recommended