Transcript

8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Objektif kajian iaitu ‘penggunaan kaedah gambar bersiri dalam meningkatkan

kefahaman murid-murid dalam tajuk Gigi’ ini diukur berdasarkan alat kajian Ujian 1,

Ujian 2 dan temu bual yang telah dijalankan ke atas murid-murid kumpulan sasaran.

Analisis alat kajian tersebut ditulis secara jelas pada bahagian berikut.

8.1 Ujian

Selain itu, objektif pertama juga telah diukur berdasarkan Ujian 1 yang telah

dijalankan sebelum pengunaan kaedah gambar bersiri yang bertujuan untuk

mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk ‘Gigi’

Manakala Ujian 2 pula telah dijalankan ke atas murid-murid yang sama setelah sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah gambar

bersiri. Tujuannya adalah untuk mengesan keberkesanan kaedah yang telah

dilaksanakan dalam membantu murid-murid meningkatkan kefahaman murid-murid

tahun tiga tentang struktur, jenis dan fungsi gigi.

Bagi alat kajian Ujian 1 dan 2, hasilnya telah turut dijadualkan dan

diterbitkan dalam bentuk graf bar supaya peratus peningkatan kefahaman tentang

struktur, jenis dan fungsi gigi dapat dinilai. Jadual 6 menunjukkan gred dan markah

ujian yang ditetapkan.

1

Jadual 6

Gred dan Markah Ujian 1 dan Ujian 2

Gred Markah Ujian 1 Markah Ujian 2A 5-6 13-16B 4 10-12C 3 6-9D 2 2-5E 0-1 0-1

Jadual 7 menunjukkan senarai responden dan pencapaian mereka dalam Ujian

1 dan Ujian 2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2.

Jadual 7

Senarai responden dan pencapaian mereka dalam Ujian 1 dan Ujian 2 bagi cubaan

1 dan cubaan 2

RespondenCubaan 1 Cubaan 2

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 1 Ujian 2

Markah % Markah % Markah % Markah %

1 4 67 6 100 6 38 11 692 3 50 6 100 7 44 16 1003 0 0 3 50 3 19 7 444 4 67 6 100 8 50 16 1005 2 33 6 100 7 44 16 1006 0 0 3 50 4 25 10 637 2 33 4 67 10 63 16 1008 2 33 4 67 9 56 16 1009 3 50 4 67 8 50 14 8810 1 17 3 50 7 44 12 7511 1 17 4 67 6 38 16 10012 3 50 6 100 9 56 16 100

Min 35 77 44 86Sisihan Piawai

22.04 20.87 12.23 18.54

Catatan: %= peratus

Jadual 8 menunjukkan peratus responden yang mendapat gred A-gred E

dalam Ujian 1 dan Ujian 2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2.

44

Jadual 8

Perbandingan peratus responden yang mendapat gred A-E dalam Ujian 1 dan Ujian

2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2

GredCubaan 1 Cubaan 2

Ujian 1 (%) Ujian 2 (%) Ujian 1 (%) Ujian 2 (%)A 0 42 0 67B 17 33 8 25C 25 25 75 8D 25 0 17 0E 33 0 0 0

Catatan: %= peratus

Rajah 6 menunjukkan graf perbandingan peratus murid yang mendapat gred

A-E bagi Ujian 1 dan Ujian 2 bagi cubaan 1.

Rajah 6. Graf perbandingan peratus murid yang mendapat gred A-E bagi Ujian 1

dan Ujian 2 bagi cubaan 1.

45

A B C D E0

102030405060708090

100

0

1725 25

3342

3325

0 0

UJIAN 1 UJIAN 2

Gred Markah

Per

atus

Mur

id (%

)

Rajah 7 menunjukkan graf perbandingan bilangan murid yang mendapat gred

A-E bagi Ujian 1 dan Ujian 2 bagi cubaan 2.

Rajah 7. Graf perbandingan bilangan murid yang mendapat gred A-E bagi Ujian 1

dan Ujian 2 bagi cubaan 2.

Jadual 9 menunjukkan perbezaan bilangan peratus responden yang mendapat

gred A hingga gred E dalam Ujian 1 dan 2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2 kaedah

selepas kaedah gambar bersiri digunakan untuk menilai kefahaman struktur, jenis

dan fungsi gigi.

Jadual 9

Perbezaan peratus responden yang mendapat gred A-E dalam Ujian 1 dan 2 bagi

cubaan 1 dan cubaan 2

Gred Cubaan 1 (%) Cubaan 2 (%)A +42 +67B +16 +17C 0 -67D -25 -17E -33 0

Catatan: %= peratus; +: peningkatan; - : penurunan

Rajah 8 menunjukkan graf perbezaan peratus responden yang mendapat gred

A-E dalam Ujian 1 dan 2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2.

46

A B C D E0

102030405060708090

100

08

75

17

0

67

25

80 0

UJIAN 1 UJIAN 2

Gred Markah

Per

atus

Mur

id (%

)

Rajah 8. Graf perbezaan peratus responden yang mendapat gred A-E dalam ujian 1

dan 2 bagi cubaan 1 dan cubaan 2

Berdasarkan Jadual 8 yang telah diterjemah dalam bentuk graf seperti dalam

Rajah 6 dan Rajah 7, perbandingan pencapaian murid bagi Ujian 1 dan Ujian 2 dapat

dilihat dengan jelas. Terdapat peningkatan dalam pencapaian murid-murid.

Perbezaan peratus pencapaian murid jelas ditafsir dalam Rajah 8.

Berdasarkan analisis tersebut, tiada seorang murid yang mendapat gred A

dalam Ujian 1 cubaan 1 tetapi dalam Ujian 2 pula peratusnya bertambah sebanyak

42%. Bagi gred B pula peningkatan berlaku sebanyak 16% iaitu daripada 17%

dalam Ujian 1 kepada 33% dalam Ujian 2. Peratus gred C tidak berubah dalam Ujian

1 dan Ujian 2 bagi cubaan 1 iaitu kekal pada 25%. Terdapat perubahan yang drastik

dalam gred D dan E. Peratus gred D berkurang sebanyak 25% untuk cubaan 1 iaitu

dari 25% bagi Ujian 1 kepada 0% bagi Ujian 2. Begitu juga bagi gred E. Peratusnya

berkurang 33% iaitu dari 33% bagi Ujian 1 kepada 0% bagi Ujian 2.

Bagi cubaan 2, tidak ada seorang murid yang mendapat gred A dalam Ujian

1. Peratusnya ialah 0%. Nilainya bertambah sebanyak 67% dalam Ujian 2. Peratus

47

A B C D E

-100

-80

-60

-40

-20

0

20

40

60

80

100

42

160

-25-33

67

17

-67

-17

0

CUBAAN 1 CUBAAN 2

Gred Markah

Per

atus

Mur

id (%

)

gred B bertambah dari 8% kepada 25%. Peningkatan sebanyak 17% tercatat bagi

gred B. Selain itu, peratus gred C menurun sebanyak 67% iaitu 75% murid mendapat

gred C dalam Ujian 1 tetapi dalam Ujian 2 hanya 8% murid mendapat gred C.

Penurunan yang ketara ini menunjukkan murid-murid yang mendapat gred C dan D

dalam Ujian 1 telah berjaya menguasai kandungan pelajaran dan mara ke gred yang

lebih tinggi iaitu gred A dan B. Peratus gred D menurun dari 17% bagi Ujian 1

kepada 0% bagi Ujian 2. Sebanyak 17% murid telah berjaya mendapat gred yang

lebih tinggi. Tiada seorang murid yang mendapat gred E dalam ujian cubaan 2.

Hasil analisis pencapaian murid dalam ujian yang dijalankan bagi cubaan 1

dan cubaan 2 menunjukkan peningkatan yang positif. Hal ini terbukti apabila peratus

murid-murid gred C, D dan E berkurangan secara peringkat demi peringkat sehingga

tiada seorang murid yang mendapat gred D dan E dalam Ujian 2 cubaan 2. Rajah 8

jelas menunjukkan perubahan yang berlaku dalam pencapaian murid-murid bagi

cubaan 1 dan cubaan 2.

Gred markah yang mengalami peningkatan yang tertinggi dalam ujian yang

dijalankan ialah gred A iaitu sebanyak 42% dalam cubaan 1 dan 67% dalam cubaan

2. Hal ini demikian kerana tiada seorang murid yang mendapat gred A dalam Ujian 1

cubaan 1 dan Ujian 1 cubaan 2. Perubahan besar yang seterusnya berlaku pada

pencapaian murid gred C kerana penurunan sebanyak 67% berlaku dalam ujian

cubaan 2. Walaupun bagi cubaan 1 nilainya tidak berubah iaitu sebanyak 25% bagi

Ujian 1 dan Ujian 2 tetapi penurunan yang ketara dapat dilihat dalam ujian cubaan 2.

Tambahan pula, bilangan murid-murid yang mendapat gred D dan E juga telah dapat

dihapuskan dalam Ujian 2 cubaan 2. Hasil ini membuktikan bahawa kaedah gambar

bersiri telah membantu murid-murid Tahun Tiga yang berpencapaian sederhana dan

menguasai struktur, jenis dan fungsi gigi dengan baik.

48

Justeru itu, terbuktilah bahawa semasa Ujian 1 bagi cubaan 1 iaitu sebelum

kaedah gambar bersiri diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid

mengalami kekeliruan dalam memahami struktur, jenis dan fungsi gigi. Hal ini

dikenalpasti melalui tindakan murid-murid yang memadankan pasangan struktur dan

fungsi gigi yang salah. Kekeliruan ini berjaya diatasi selepas tindakan kerana murid

dapat memilih padanan yang tepat. Tambahan pula, murid-murid yang mendapat

gred C juga berjaya mara ke peringkat gred yang lebih tinggi dalam Ujian 2 bagi

cubaan 1 dan cubaan 2.

Oleh itu, dapatan kajian dan tafsiran di atas dapat membuktikan bahawa

kaedah gambar bersiri dapat meningkatkan kefahaman murid-murid Tahun Tiga bagi

tajuk ‘Gigi’.

8.4 Temu Bual

Temu bual telah dilaksanakan bersama lima orang murid-murid sebelum dan

selepas kaedah gambar bersiri digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah temu bual ini dapat menilai kefahaman murid tentang struktur, jenis dan

fungsi gigi. Item temu bual dilampirkan pada Lampiran 2. Hasil temu bual telah

ditafsirkan dengan jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan refleksi guru.

Jadual 10

Temubual guru bersama murid sebelum tindakan

Murid Soalan Guru Refleksi GuruA

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Hmmm... Tak cikgu. Sains banyak susah. Tak sukala.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Suka main dengan barang-barang sains cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi

Pengkaji dapat mengenal pasti bahawa murid tidak minat pada mata pelajaran sains dan mereka suka untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti sains. Selain itu, mereka tidak

49

S:

J:

S:

J:

S:

J:S:

J:

geraham?Apatu gigi kacip, taring dan hmm…Bulatke cikgu? Saya ingat bulat cikgu (sambil menyentuh gignya).Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Fungsi semua gigi samaje cikgu. Untuk gigit makanan cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Apa tu gigi susu cikgu? Saya tak faham apa yang cikgu cakap.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Saya tak tahula cikgu.

mengetahui bentuk gigi dan keliru dengan jenis-jenis gigi.

B

S:

J:

S:

J:S:

J:S:

J:S:

J:S:J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Hmmm... Suka cikgu, boleh buat eksperimen.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Eksperimen cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip, taring? Apa tu cikgu?Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Semua gigi untuk gigit ayam cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Hmm…10 cikguBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Kenapa ada dua jenis cikgu? 1-je cikgu.

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid-murid suka akan mata pelajaran sains tetapi mereka tidak mengetahui jenis-jenis gigi dan bilangan gigi.

CS:

J:S:

J:S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Tak suka cikgu. Ashik baca bukuje.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Tak suka apa-apa cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Haha...Gigipun ada nama ke cikgu? Saya tak tahu cikgu.Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini tidak suka untuk belajar berdasarkan buku sahaja. Selain itu, murid ini juga tidak mengetahui perbezaan di antara fungsi dan jenis gigi.

50

S:

J:S:

J:S:

J:

geraham?Gigit dan makan cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Semua 20 gigi cikguBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Cikgu berapa gigi yang kita ada. Tadi saya dah beri jawapan.

D

S:

J:S:

J:S:

J:

S:

J:S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Suka sangat cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Hmm…Buat eksperimen cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Tajam cikgu, tengok saya ada dua gigi yang tajam.Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigit dan makan cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?1, 2, 3… (Mula mengira gigi). Saya ada 12 gigi cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Itupun 12 juga cikgu pasal saya ada 12 je.

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini suka untuk belajar mata pelajaran sains dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai bentuk gigi. Walaubagaimanapun murid ini tidak mengetahui jenis-jenis gigi.

ES:

J:S:

J:S:

J:

S:

J:S:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Suka cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka untuk main dengan magnet cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Ah! Kenapa ada banyak jenis gigi cikgu? Saya tak pernah dengar pun.Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Untuk makan.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini suka akan mata pelajaran sains dan mempunyai pengetahuan tentang bilangan gigi. Murid ini juga mempunyai kekeliruan tentang jenis-jenis gigi.

51

J:

S:

J:

gigi geraham pada set gigi susu?Cikgu ayah saya pernah cakap manusia ada 32 gigi cikgu. Tak pi saya tak da banyak macam tu cikgu.Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Aik, ada dua jenis ke cikgu? Saya tak tahu cikgu.

Jadual 11 menunjukkan hasil temu bual guru bersama lima orang murid

Tahun Tiga selepas kaedah gambar bersiri digunakan bagi cubaan 1 dalam menilai

kefahaman murid tentang sturktur, jenis dan fungsi gigi.

Jadual 11

Temubual guru bersama murid selepas tindakan (cubaan 1)

Murid Soalan Guru Refleksi GuruA

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Ya cikgu, banyak gambar warna warni sangat menarik.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Aktiviti sambung gambar yang cikgu bagi. Sangat seronok, macam permainan je. [Sambil senyum]Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-leperGigi taring- tajamGigi geraham- Lengkung dan berlubang kecil cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- untuk memotong makananGigi taring- untuk gigit dan menarik makananGigi geraham- untuk menghancurkan makanan

Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini telah mempunyai minat untuk belajar mata pelajaran sains. Dia juga memahami struktur, jenis dan fungsi gigi dengan tepat.

52

S:

J:

Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4, Gigi geraham-20

B

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya suka sangat cikgu. Cikgu setiap hari tunjuk gambar-gambar gigi; Senang nak ingat.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Dulu tak suka apa-apa. Tapi, saya suka tengok gambar cikgu. Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Hmm…Gigi kacip-leperGigi taring- tajamGigi geraham- lengkung cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- untuk gigit makananGigi taring- untuk tarik daging ayam cikguGigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-6Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-18 (atas 9 bawah 9) cikgu

Murid ini berminat untuk mempelajari sains. Murid ini suka untuk belajar apabila penggunaan gambar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dia juga memahami struktur, jenis dan fungsi gigi tetapi tidak begitu tepat.

CS:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Suka sikit cikgu, tak pi bahasa Inggeris lagi bes cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka gambar gigi yang cikgu tunjuk pasal

Melalui temu bual ini, pengkaji dapat mengetahui bahawa terdapat peningkatan yang sedikit terhadap minat murid dalam mempelajari sains. Murid tersebut juga

53

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

berwarna-warni.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Hmm…Gigi kacip-tak tau cikguGigi taring- tajamGigi geraham- lengkung dan ada lubang cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- boleh gigit makanan yang besar cikguGigi taring- gigit daging ayam cikguGigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-4Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20

suka akan penggunaan gambar dalam matapelajaran sains. Murid ini dapat menguasai pelajaran yang telah belajar. Dia dapat mengingati serba sedikit mengenai struktur, jenis dan fungsi gigi.

DS:

J:S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya suka sangat cikgu. Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka tengok slaid yang cikgu tunjuk tentang gigi. Banyak cantik pergerakan-pergerakan itu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-leperGigi taring- hmm leper kot cikgu. Dah lupala (sambil tunduk kepala)Gigi geraham- berlubang dan lengkung cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- hancurkan makanan besar cikguGigi taring- untuk tarik daging ayam cikguGigi geraham- boleh mengunyah makanan cikguBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid tersebut mempunyai minat dalam matapelajaran sains dan memahami jenis-jenis gigi dan fungsinnya dengan baik. Walaubagaimanapun, dia tidak dapat memberitahu bentuk gigi taring dengan tepat. Kaedah gambar bersiri membolehkan murid ini memahami kandungan yang dipelajari.

54

S:

J:

Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20 cikgu

E

S:

J:S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya suka cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka untuk tengok slaid yang pusing-pusing yang cikgu tunjuk.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Saya tahu cikgu!Gigi kacip-leperGigi taring- tajamGigi geraham- lengkung dan berlubang cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- untuk gigit makanan yang besar jadi kecil cikgu.Gigi taring- untuk gigit daging ayam cikguGigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-2Gigi geraham-6Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-2Gigi geraham-20 cikgu

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini mempunyai minat dalam matapelajaran sains dan memahami fakta-fakta yang dipelajari.

Jadual 12 menunjukkan hasil temu bual guru bersama lima orang murid

Tahun Tiga selepas kaedah gambar bersiri digunakan bagi cubaan 2 dalam menilai

kefahaman murid tentang sturktur, jenis dan fungsi gigi.

Jadual 12

55

Temubual guru bersama murid selepas tindakan (cubaan 2)

Murid Soalan Guru Refleksi Guru

A

S:

J:S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Suka sangat cikgu…Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Hmm… gambar gigi yang cikgu gabung sedikit-sedikit hari tu cikgu.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-leperGigi taring- tajamGigi geraham- lengkung cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- untuk gigit makanan yang besar cikgu.Gigi taring- untuk gigit dan menarik makananGigi geraham- untuk menghancurkan makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini mempunyai minat untuk belajar mata pelajaran sains. Dia juga memahami struktur, jenis dan fungsi gigi dengan tepat.

BS:

J:S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya suka sangat cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka cikgu tunjuk slaid yang ada gambar-gambar.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Saya tahu cikgu!Gigi kacip-mendatarGigi taring- tajam

Murid ini berminat untuk mempelajari sains. Dia juga memahami struktur, jenis dan fungsi gigi dengan baik.

56

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Gigi geraham- leper cikgu. Betul tak?Apakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- untuk gigit makananGigi taring- untuk gigit dan tarik daging ayam cikguGigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20

CS:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Suka cikgu. Dulu tak suka, tapi sekarang gambar yang cikgu tunjuk senang nak ingat.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka gambar gigi yang berwarna-warni yang kita sambung-sambung.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-Ah! Leper cikgu! Nasib baik saya ingat.Gigi taring- tajam cikguGigi geraham- lengkung tapi berlubang cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- boleh gigit makanan yang besar menjadi kecil cikguGigi taring- saya ingat cikgu cakap gigit daging-daging kan cikgu? Gigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?

Melalui temu bual ini, pengkaji dapat mengetahui bahawa terdapat banyak peningkatan terhadap minat murid ini dalam mempelajari sains. Murid ini dapat menguasai pelajaran yang telah belajar. Dia dapat mengingati struktur, jenis dan fungsi gigi dengan baik.

57

J: Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20

D

S:

J:S:

J:S:

J:

S:

J:

S:

J:

S:

J:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya suka sangat cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka tengok slaid yang cikgu tunjuk.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-leperGigi taring- leper cikgu. Gigi geraham- lengkung cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip- hancurkan makanan cikguGigi taring- tarik daging ayam cikguGigi geraham- boleh mengunyah makanan cikguBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20 cikgu

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid tersebut mempunyai minat dalam matapelajaran sains dan terdapat peningkatan dalam kefahaman tentang jenis-jenis gigi dan fungsinnya dengan baik.

ES:

J:S:

J:

S:

J:

S:

Adakah anda suka mempelajari mata pelajaran sains?Saya banyak suka cikgu.Apakah aktiviti yang anda suka dalam mata pelajaran sains?Saya suka untuk tengok slaid yang cantik cikgu tunjuk.Apakah bentuk gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham?Gigi kacip-leperGigi taring- tajam…hmmGigi geraham- leper kot cikguApakah fungsi gigi kacip, gigi taring dan gigi

Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini mempunyai minat dalam matapelajaran sains dan memahami fakta-fakta mengenai struktur, jenis dan fungsi gigi.

58

J:

S:

J:

S:

J:

geraham?Gigi kacip- untuk gigit makanan yang besar jadi kecil cikgu.Gigi taring- boleh gigit daging ayam cikguGigi geraham- untuk mengunyah makananBerapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi susu?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-8Berapakah bilangan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham pada set gigi kekal?Gigi kacip-8Gigi taring-4Gigi geraham-20 cikgu

Daripada hasil temu bual bersama lima orang murid-murid daripada

kumpulan sasaran, pengkaji telah mengenal pasti bahawa sebelum mereka

didedahkan dengan kaedah gambar bersiri murid-murid menghadapi kekeliruan

dalam memahami struktur, jenis dan fungsi gigi. Perkara ini berubah apabila

pengkaji memperkenalkan kaedah gambar bersiri kepada murid-murid Tahun Tiga.

Kekeliruan murid-murid tentang struktur, jenis dan fungsi gigi dapat diselesaikan dan

mereka juga mudah memahami struktur, jenis dan fungsi gigi yang dipelajari. Hal ini

adalah kerana murid-murid minat untuk mempelajari matapelajaran sains dan juga

mudah untuk mengimaginasi bahagian-bahagian gigi secara peringkat demi

peringkat.

59


Recommended