Beliau dilahirkan pada tahun 1964 di Batu Gajah, Perak. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di
Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau ialah Sejarah Malaysia, Sejarah Diplomatik, Warisan dan Pemuliharaan. Beliau berkelulusan B.A Hons Sejarah (UKM), MA (UKM) dan Ph.D (Malaya). Kini, beliau merupakan Pengarah,
Muzium Warisan dan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bel iau berpengalaman sebagai pensyarah universiti selama lebih 25
tahun. Beliau juga terlibat aktif dalam penyelidikan berkaitan dengan Sejarah Malaysia, Warisan dan Pemuliharaan di dalam dan di luar negara. Kepakaran beliau turut dirujuk oleh agensi di dalam dan di luar negara. Beliau dilantik menjadi Ketua Editor dan editor bagi jurnal ilmiah. Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan lebih 90 kertas kerja, artikel dan buku dalam bidang berkaitan.
Beliau dilahirkan pada tahun 1969 di Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau merupakan
Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Sejarah daripada Universiti Malaya pada tahun 1994, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah daripada School of Oriental and African Studies, Universiti London. Bidang pengkhususan kaj ian beliau ialah Sejarah Asia Selatan
dan Asia Tenggara. Antara buku yang dihasilkan termasuklah Sejarah
Perisikan di Malaysia, (2014), Tamadun India (2015), Sejarah Islam di India (2014),
Sejarah Masyarakat India di Malaysia (2012), Air Mata Kesengsaraan Rohingya, penulisan bersama-sama Azlinariah Abdullah (2012) dan “Gajah dalam Sejarah Sosio- Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka” dalam Abdullah Zakaria Ghazali dan Zuliskandar Ramli (ed.), Panji Pendeta (2013) dan Kuda dalam Masyarakat di Tanah Melayu pada Era Sebelum Merdeka (2014).
Beliau dilahirkan pada tahun 1966 di Arau, Perlis. Beliau merupakan Guru Cemerlang Sejarah di Sekolah
Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau berkelulusan Sarjana
Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pendidikan (Kaunseling) daripada Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan Sejarah dan pernah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan
SPM daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) dan Anugerah Guru Unggul
Terengganu - ExxonMobil (2012). Beliau terlibat dalam program pembangunan pendidikan Sejarah
dengan Bahagian Buku Teks, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan semenjak tahun 1998. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Peningkatan Mutu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Buku Teks Sejarah KBSM Tingkatan 3 (Kurikulum Semakan) dan merupakan penulis buku teks Sejarah Tahun 5 (Kegunaan Tahun 2015) dan buku teks Sejarah Tahun 6 (Kegunaan Tahun 2016).
Tema Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Biodata Penulis
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran
beliau ialah Sejarah Malaysia, Sejarah Diplomatik, Warisan dan
beliau merupakan Pengarah, Muzium Warisan dan Akademik,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bel iau berpengalaman sebagai
pensyarah universiti selama lebih 25
Malaya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah daripada Universiti Malaya
pada tahun 1994, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah
beliau ialah Sejarah Asia Selatan dan Asia Tenggara. Antara buku
yang dihasilkan termasuklah Perisikan di Malaysia
India (2015),
Terengganu. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah)
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pendidikan (Kaunseling)
menerima Anugerah Khas Kecemerlangan SPM daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (2011) dan Anugerah Guru Unggul Terengganu - ExxonMobil (2012). Beliau terlibat
dalam program pembangunan pendidikan Sejarah
Mohd bin Samsudin Azharudin bin Mohamed Dali Sharifah Afi dah binti Syed Hamid
Kandungan buku teks ini adalah berdasarkan tema buku teks Sejarah Tingkatan Satu, iaitu Sejarah dan Dunia Kita. Kulit buku teks ini menggambarkan gabungan perkembangan
tamadun awal dunia (Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Lembah Indus dan Tamadun Huang He) dan peningkatan dalam tamadun (Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun India dan Tamadun China). Penemuan lukisan di gua menjadi latar utama persembahan, di samping penonjolan beberapa penemuan artifak yang menggambarkan perkembangan tamadun manusia pada zaman tersebut.
Pencapaian fi zikal merupakan kayu ukur peningkatan tamadun manusia. Antaranya termasuklah dalam bidang pentadbiran, seni bina, pendidikan, teknologi serta kesenian dan kesusasteraan. Kesinambungan pencapaian fi zikal ini kekal sehingga kini dan menjadi mercu pencapaian sejarah tamadun manusia. Selain itu, pencapaian kerohanian mewujudkan keseimbangan dalam kelangsungan sesebuah tamadun. Pencapaiannya juga diukur dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Gabungan kedua-dua pencapaian ini membolehkan kehidupan manusia menjadi bertambah baik.
1
SE
Ja
Ra
H TINGKATAN 1
Tingkatan
1
FT091095
RM11.50
9 789834 911195
ISBN 978-983-49-1119-5