42
PENGENALAN. Zaman neolitik merupakan suatu zaman yang merujuk kepada budaya yang tidak terdapat artifak logam sehingga dapat menghasilkan beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri itu ialah kapak penetak, tembikar, dan perkebunan . 1 Selain itu,zaman neolitik juga dikenali sebagai zaman batu akhir dan zaman seramik tradisi.Zaman ini berada di peringkat kedua dalam zaman Holosen.Pada peringkat ini juga adalah sebagai satu permulaan peradaban manusia.Sepanjang zaman ini berlaku perubahan yang besar terhadap manusia Homo sapien serta berlakunya suatu revolusi kebudayaan dalam prasejarah Asia Tenggara. Secara umumnya ahli-ahli sejarahwan menyatakan bahawa Zaman Neolitik bermula sekitar tahun 7000 S.M.Namun mengikut Peter Bellwood zaman ini telah pun berakhir pada 1000 S.M dan mungkin 3500 S.M di thailand, setelah manusia 1 .Peter Bellwood, Man’s Conquest Of The Pacific,hlm 453

Zaman Neolitik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah zaman Neolitik

Citation preview

PENGENALAN

PENGENALAN.

Zaman neolitik merupakan suatu zaman yang merujuk kepada budaya yang tidak terdapat artifak logam sehingga dapat menghasilkan beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri itu ialah kapak penetak, tembikar, dan perkebunan . Selain itu,zaman neolitik juga dikenali sebagai zaman batu akhir dan zaman seramik tradisi.Zaman ini berada di peringkat kedua dalam zaman Holosen.Pada peringkat ini juga adalah sebagai satu permulaan peradaban manusia.Sepanjang zaman ini berlaku perubahan yang besar terhadap manusia Homo sapien serta berlakunya suatu revolusi kebudayaan dalam prasejarah Asia Tenggara.

Secara umumnya ahli-ahli sejarahwan menyatakan bahawa Zaman Neolitik bermula sekitar tahun 7000 S.M.Namun mengikut Peter Bellwood zaman ini telah pun berakhir pada 1000 S.M dan mungkin 3500 S.M di thailand, setelah manusia pada zaman ini mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama. Perkembangan ini dikenali sebagai Revolusi Pertanian. Zaman Neolitik merujuk kepada kebudayaan yang tiada alatan logam.Zaman Neolitik juga memperlihatkan satu revolusi cara hidup yang ketara masyarakat pada zaman itu, iaitu daripada cara hidup sebagai yang berpindah randah kepada hidup menetap,serta mula menternak dan bercucuk tanam.Ini jelas menunjukkan berlakunya perubahan yang ketara dalam kebudayaan masyarakat pada zaman ini.Perubahan kebudayaan khususnya dari segi petempatan pada zaman ini berlaku apabila masyarakat pada zaman mula bergantung sepenuhnya kepada sumber pertanian sebagai sumber makanan.Keadaan ini telah menyebabkan mereka mula menubuhkan rumah- rumah dari tanah liat dan rumput- rumput kering. Namun pada zaman ini terdapat juga manusia yang tinggal di dalam gua seperti Gua Niah di Sarawak dan Gua Cha di Kelantan. Sehubungan itu, petempatan terbuka telah dijumpai iaitu di Ladang Tomanggong yang terletak di Kuala Sungai Segama, Lahad Datu. Ini terbukti apabila artifak yang ditemui sama dengan artifak dari Gua Madai.Ekoran daripada ini telah menyebabkan masyarakat pada zaman neolitik ini telah mula hidup menetap di sesuatu tempat.keadaan ini berbeza dengan zaman sebelumnya,dimana masyarakat hidup secara nomad serta berpindah-randah.Kehadiran zaman neolitik ini telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam cara petempatan masyarakat pada zaman ini.

Orang- orang zaman Neolitik hanya menggunakan bukit batu kapur sebagai tempat perlindungan sementara, pemujaan, upacara keagamaan dan sebagai tempat pengebumian. Contohnya, Gua Harimau di Lenggong, Perak dan Gua Tapadong di Sabah iaitu gua- gua tempat pengebumian masyarakat Neolitik yang ditemui di Malaysia. Gua- gua ini dijadikan tempat- tempat pengebumian berdasarkan bukti- bukti eskavasi dengan penemuan rangka manusia bersama tinggalan- tinggalan artifak- artifak zaman neolitik seperti tembikar, alat batu, tulang belulang dan perhiasan.

Tapak neolitik yang lain yang ditemui ialah di sekitar Sungai Chao Phraya. Kawasannya yang pernah mengalami banjir meninggalkan kawasan yang subur untuk pertanian. Salah satu kawasan yang menjadi petempatan awal masyarakat Neolitik di sekitar Chao Phraya ialah Ban Tha Kae. Tanahnya yang subur sesuai untuk penanaman padi dan kegiatan pertanian yang lain. Di Non Pa Wai pula, penemuan tembikar, beliung batu dan cengkerang menunjukkan wujudnya petempatan awal pada Zaman Neolitik terutamanya penemuan bentuk tembikar yang menyerupai bakul untuk mengisi makanan. Khok Charoen juga merupakan tapak neolitik awal di Asia Tenggara. Ia terbukti apabila pengeskavasian menemui kubur- kubur mengikut perbezaan taraf di mana wujud perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin. Kubur- kubur orang kaya ditemui bersama 19 bekas tembikar, gelang batu dan cangkerang- cangkerang. Masyarakat pada zaman neolitik telah mempunyai kegiatan ekonomi mereka sendiri terutamanya di dalam bidang pertanian. Perkembangan pertanian merupakan ciri utama yang menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan manusia zaman neolitik. Zaman neolitik merupakan permulaan kepada perkembangan aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian telah mengubah kehidupan manusia daripada yang bercorak nomad kepada kehidupan yang berasaskan kepada kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Masyarakat neolitik menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum.

Contohnya seperti di Non Nok Tha dan Spirit Cave di Utara Thailand yang menjalankan aktiviti pertanian seperti padi, lada hitam, pinang dan kekacang. Penggalian di Non Nok Tha telah menjumpai kesan-kesan penanaman padi yang berlaku lebih kurang 5000 B.C dan menjumpai logam gangsa. Manakala di Spirit Cave pula telah dijumpai kesan-lesan tumbuhan zaman neolitik seperti mentimun, lada hitam, pinang dan kekacang.

Rajah menunjukkan: Buat pertama kalinya ekskavasi di Gua Niah menemui tinggalan botani pada 1977.Ia adalah bijirin. Hal ini menunjukkan bahawa kegiatan pertanian telah bermula sejak zaman neolitik

Di Gua Sireh di Kuching Sarawak ditemui beberapa pecahan tembikar yang mengandungi campuran biji-bijian atau sekam dann sebiji padi di dalam salah satu pecahan yang bertarikh kira-kira 4500 tahun. Penemuan ini membuktikan bahawa adanya kegiatan menanam padi di kepulauan Indo-Malaysia pada zaman neolitik. Selain itu terdapat juga beberapa penemuan tentang bukti-bukti penanaman padi di Thailand Tengah. Penggunaan kapak empat segi bujur di Thailand dan Vietnam menunjukkan ciri kebudayaan neolitik kepulauan Melayu. Kesan tinggalan itu menunjukkan masyarakat zaman neolitik di Thailand dan Vietnam pandai bercucuk tanam. Mereka menanam ubi kayu, keladi dan bersawah bendang.

Tapak Neolitik di Chao Phraya Thailand merupakan bekas kawasan yang pernah mengalami banjir dan meninggalkan kawasan tanah sedimen yang subur dan sesuai untuk pertanian. Kealhofer (1997) telah menyelidik mengenai tumbuhan yang terdapat pada zaman neolitik berasal dari dua kawasan yang subur iaitu di Ban Tha Kae dan satu lagi kawasan yang subur adalah di sekitar kawasan tanah rata yang telah mengalami banjir pada zaman tersebut. Tapak Neolitik di Ban Tha Kae telah menunjukkan wujudnya pertanian zaman neolitik yang dikatakan telah bermula antara 2000 BC. Hal ini menunjukkan bahawa manusia zaman neolitik telah mengubahsuai persekitaran mereka kepada aktiviti pertanian sejak 2500-2000 BC lagi.

Perbezaan Rajah menunjukkan:Senjata yang diberbuat daripada tulang yang digunakan oleh masyarakat Neolitik dalam aktiviti pertanian yang dijumpai di Ban Kao Thiland.

Rajah menunjukkan:Tulang dibentuk menjadi pelbagai alatan yang tajam termasuk mata kail yang digunakan menangkap ikan.

Penemuan-penemuan mata kail ini menunjukkan bahawa masyarakat neolitik telah menjalankan aktiviti menangkap ikan. Begitu juga dengan penemuan pisau dari cengkerang yang digunakan untuk menuai padi menunjukkan kegiatan pertanian telah mengalami revolusi pada zaman Neolitik. Hal ini menjelaskan semual kepada pentakrifan zaman neolitik itu sendiri yang merujuk kepada zaman revolusi pertanian.

Aktiviti pertanian dijalankan untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan tambahan. Pengenalan kegiatan pertanian yang sistematik telah melahirkan masyarakat yang bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan primer. Selain itu masyarakat neolitik juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Di Filipina, pengkaji-pengkaji menemui bukti bahawa masyarakat neolitiknya menjalankan aktiviti perburuan haiwan-haiwan seperti babi dan kijang.

Zaman neolitik juga menyaksikan perkembangan perdagangan secara besar-besaran. Aktiviti perdagangan ini telah wujud sejak 4000 tahun dahulu. Hasil pertanian yang lebih ditukar untuk mendapatkan komoditi - komoditi lain . Bijirin yang berlebihan dijual untuk mendapatkan bahan-bahan lain seperti batu permata dan logam. Pada zaman neolitik ini telah wujud perdagangan yang bersifat primitif. Perdagangan ini telah mewujudkan satu interaksi antara masyarakat di pesisir pantai dengan masyarakat di kawasan pedalaman. Mereka saling bertukar-tukar barang dan dikenali sebagai sistem barter. Pada zaman ini, sistem matawang masih belum wujud dan mereka menggunakan sistem pertukaran barangan. Sistem ini telah mewujudkan pelbagai masalah kerana kehendak yang serentak sukar dicapai dan unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Zaman neolitik juga telah mencapai perkembangan di dalam bidang teknologi. Beberapa teknologi baru telah muncul disebabkan oleh aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Perkembangan kegiatan perdagangan telah menyebabkan berlakunya interaksi antara masyarakat neolitik yang menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru. Melalui aktiviti pertanian juga telah mendorong masyarakat membaiki alat-alat dan teknik-teknik pertanian. Menjelang 3000 S.M tenggala telah dicipta untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah. Penemuan roda menyebabkan kereta lembu digunakan untuk mengangkut hasil pertanian.

Pada zaman Neolitik, perlambangan mengenai sosial masyarakat neolitik dapat dilihat daripada beberapa aspek antaranya melalui penemuan tapak-tapak kuburan di kawasan petempatan Neolitik. Contoh pertama adalah eskavasi di Ban Non Wat (2002) menyatakan penemuan tembikar bersama mayat. Tembikar yang terbesar berdiameter 80 cm yang didalamnya mengandungi tengkorak orang dewasa bersama dengan secawan kecil. Manakala tedapat 3 buah kubur ke selatan yang hanya mengandungi beberapa bekas perhiasan tembikar. Masyarakat Neolitik Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Si mati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati akan diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat.

Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Perkembangan sosial masyarakat zaman neolitik mengalami satu proses revolusi yang merangkumi pelbagai aspek. Satu ciri penting zaman Neolitik ialah perkembangan institusi-institusi sosial seperti institusi keluarga dan agama. Keluarga ditakrifkan sebagai satu unit di mana ahli-ahlinya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak mereka. Peranan utama keluarga ialah mendidik, mengasuh dan melindungi anggota-anggota yang lebih kecil dan memberi dasar kepada pemilikan serta perwarisan harta (Burns dan Ralph, 1958:14).

Kewujudan organisasi sosial telah membawa kepada wujudnya kelas-kelas atau strata sosial. Strata sosial ini terbahagi golongan kaya dan golongan miskin dan ini dapat dibuktikan dengan penemuan kubur orang kaya di Khok Charoen Thailand. Dalam kubur ini ada terdapat 19 tembikar, rantai batu, 10 cengkerang dan banyak serpihan-serpihan cengkerang yang lain di sisi rangka. Di samping itu juga, di Ban Kao Thailand, ditemui rangka manusia yang di tanam bersamanya tembikar, beliung, kepingan-kepingan cengkerang, tulang babi muda, cengkerang yang sempurna dan manik batu. Bukti ini menunjukkan bahawa tapak pengebumian orang kaya pada zaman Neolitik adalah lebih sempurna dan mewah berbanding dengan orang miskin yang hanya dikebumikan bersama beliung batu berbentuk segiempat. Penemuan pelbagai bentuk-bentuk pengebumian orang neolitik yang disertakan pelbagai alat-alat perhisan atau keperluan harian menggambarkan bahawa masyarakat neolitik telah memiliki strata sosial.

Bentuk-bentuk pengebumian orang Neolitik mengikut strata sosial.

Rajah : Pengebumian Dua mayat dibaringkan sebelum pengkuburan dengan dua arah berbeza.

Rajah : Tapak pengebumian orang kaya di Khok Charoen bersama

susunan barisan bekas tembikar di kepala.

Peradaban zaman Neolitik berbanding dengan zaman- zaman sebelumnya juga ditunjukkan oleh ciri- ciri peralatan yang digunakan oleh masyarakatnya pada masa itu. Orang Neolitik telah mencipta alat yang lebih halus dan kemas dari segi pembuatannya seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam.. Pelbagai alat direka untuk memudahkan mereka melakukan kerja- kerja harian terutamanya ketika bercucuk tanam, memburu dan menangkap ikan. Hasil kajian ekskavasi mendapati peralatan pada zaman Neolitik lebih halus dan kemas buatannya berbanding pada Zaman Batu Awal dan Zaman Batu Pertengahan. Masyarakat Neolitik mempunyai kebolehan merepih batu yang tinggi yang mempelihatkan kekemasan serta ketelitian dalam pembuatannya. Mereka mencipta alat- alat batu ini mengikut saiz dan benrtuk mengikut kesesuaiannya untuk digunakan dalam aktiviti harian mereka. Sekiranya alat batu tersebut digunakan untuk meraut tumbuhan, bentuk dan saiznya lebih kecil dan nipis berbanding dengan alat batu untuk memotong daging. Alat-alat batu ini menjadi aset penting bagi masyarakat Zaman Neolitik kerana ia merupakan salah satu bentuk untuk menunjukkan sifat- sifat ketamadunan yang lebih tinggi daripada zaman- zaman sebelumnya.

Alat batu pada Zaman Neolitik mempunyai kepelbagaian bentuk yang berbeza- beza. Kepelbagaian bentuk batu ini diperolehi dilakukan dengan merepih batu yang besar atau batu teras dengan menggunakan batu yang lebih kecil yang dikenali sebagai batu pemukul. Batu yang direpih mempunyai ciri yang ketara. Kesan yang diperoleh daripada proses ini ialah bulba pemukulan, riak dan platform palu. Batu yang mempunyai permukaan yang agak rata dipilih supaya batu pemukulnya dapat disasar dengan baik. Pada sasaran ini iaitu tempat batu pemukul diketuk dikenali sebagai titik ketukan. Selepas diketuk, satu bahagian kecil batu itu terpecah meninggalkan kesan bonggol yang dipanggil bulba pemukulan. Di kawasan yang kurang tekanan iaitu hampir di penghujung repihan terdapat kesan riak yang jelas kelihatan pada bahan berkaca seperti obsidian tetapi kurang jelas pada kuarzit.

Rajah 1: Gambar menunjukkan sekeping batuan yang direpih keluar dari pebel untuk dijadikan alat repihan bagi kerja ringan. Perhatikan mata tepi alat di bahagian bawah gambar yang menunjukkan alat ini digunakan untuk meraut atau mengikis kerana strukturnya yang nipis dan tajam. Batu ini ditemui dalam ekskavasi di Gua Harimau, Lenggong Perak.

Masyarakat neolitik menjalankan kegiatan perburuan untuk mendapatkan makanan. Ini terbukti apabila pelbagai tulang- tulang binatang seperti ikan, penyu (trionyx), babi, rusa, beruang, monyet dan pelbagai jenis roden telah ditemui di tapak- tapak pengebumian di gua-gua di Asia Tenggara. Oleh itu masyarakat pada masa itu telah mencipta alat batu yang lebih kasar buatannya untuk digunakan dalam aktiviti perburuan. Alat- alat yang lebih kasar ini digunakan untuk kerja- kerja berat seperti menetak tulang binatang perburuan, menumbuk dan memecah.

Rajah 2: menunjukkan alat batu neolitik yang direpih sebahagian pemukaannya

untuk dijadikan alat bagi kerja- kerja berat seperti menetak dan menumbuk.

Alat batu ini ditemui di tapak Neolitik di Lenggong.

Rajah 3: menunjukkan pemukul batu seperti pemukul daging yang digunakan

sebagai batu penumbuk untuk merata dan melembutkan kulit kayu untuk dijadikan

pakaian. Alat batu ini dijumpai di tapak pengebumian Gua Harimau, Lenggong Perak

Masyarakat pada zaman Neolitik mempunyai kemahiran tersendiri dalam perburuan dan mencari makanan. Kehidupan mereka di suatu tempat yang tetap memaksa mereka terpaksa mencari makanan di tempat yang berlainan. Dalam kajian arkeologi, bukti penemuan kemahiran perburuan dan mencari makanan pada dapat dilakukan dengan penemuan cangkerang- cangkerang dan tulang- belulang tinggalan manusia pada masa itu. Bukti penemuan mendapati manusia Zaman Neolitik hanya makan binatang perburuan yang menghasilkan daging seperti lembu dan kambing sahaja. Oleh itu, alat- alat batu yang lebih kasar buatannya untuk memudahkan mereka memecahkan tulang untuk mendapatkan dagingnya.

Rajah 4: Gambar menunjukkan tinggalan fauna seperti haiwan daratan dan air yang ditemui dari ekskavasi memberikan maklumat tentang haiwan yang diburu dan dimakan dan secara tidak langsung kemahiran pemburuan, iklim dan persekitaran. Tinggalan fauna ini diekskavasi dari tapak Bukit Tengkorak di Sabah, tapak pesisiran pantai sekitar 4000 tahun dahulu. Sebagai tapak tepi pantai, pelbagai jenis ikan dan cangkerang kerap dimakan.

Selain itu, masyarakat Zaman Neolitik juga mempunyai kaedah- kaedah tertentu semasa menggunakan alat batu. Contohnya, semasa menetak daging alat batu akan disengetkan dan bahagian yang rata akan dihadapkan ke tempat sasaran supaya daging dapat dihancurkan dengan lebih cepat. Begitu juga semasa menetak dahan- dahan pokok, alatan batu akan disengetkan dan bahagian yang lebih tajam dihalakan ke arah tempat yang ditetak. Teknik- teknik penggunaan alat- alat batu ini memudahkan mereka melakukan kegiatan harian seperti mendapatkan sumber daging dan sumber tumbuhan.

Rajah 5: Gambar menunjukkan masyarakat zaman Neolitik menggunakan batu untuk

Melembutkan daging. Alat batu ditajamkan bagi memotong daging dan menghancurkannya. Biasanya batu untuk menetak daging lebih kasar buatannya berbanding untuk meraut tumbuhan.

Rajah 6: Alat batuan neolitik digunakan untuk meraut tumbuhan dengan menetak- netak dahan pokok. Ia dilakukan untuk mendapatkan sumber tumbuhan.

Selain alat- alat batuan, ciri- ciri neolitik juga ditunjukkan oleh pembuatan tembikarnya. Pembuatan tembikar telah membezakan dua budaya yang wujud di dalam gua yang sama iaitu masyarakat Zaman Neolitik dengan masyarakat Zaman Hoabinhian. Walaubagaimanapun, tembikar pada Zaman Neolitik lebih berkualiti dari segi pembuatannya. Tembikar digunakan untuk mengisi makanan dan air. Ia diperbuat daripada tanuh yang dikeringkan dan teknologi pembuatannya semakin berkembang selepas penciptaan ceper. Penemuan- penemuan asal tembikar menunjukkan masyarakat neolitik mempunyai kemahiran dan ketelitian dalam mencipta peralatan. Penciptaan tembikar tidak hanya sekadar bekas kosong tetapi mempunyai keseniannya tesendiri seperti ukiran- ukiran corak- corak abstrak. Manusia pada zaman Neolitik telah mengetahui cara memanaskan bekas tanah liat sekurang- kurangnya 600C dan menggunakan pewaja iaitu memasukkan pasir atau serpihan tembikar bagi menguatkan bekas dan mengurangkan tekanan.

Dari segi penemuan tembikar di beberapa buah tapak terdapat perbezaan dari segi penghasilannya iaitu di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tembikar mempunyai tanda tali manakala di Sabah dan Sarawak pula kebanyakannya tanpa hias dan hiasan turisan. Penemuan terpenting di Malaysia bagi Zaman Neolitik ialah satu tapak membuat tembikar yang sangat besar di Bukit Tengkorak, di Semporna, Sabah. Tapaknya berada di atas sebuah bukit di tepi pantai yang membekalkan bahan mentah untuk tembikar iaitu tanah liat, air dan bahan bakar manakala bongkah gunung berapi di tapak itu bertindak sebagai terowong angin semulajadi yang sesuai untuk pembakaran tembikar.

Rajah 7: Gambar menunjukkan bekas tembikar dari tapak pengebumian neolitik di Gua

Harimau, Lenggong. Permukaannya dihias dengan corak tanda tali yang tipikal bagi

tembikar pad zaman itu di tanah besar Asia Tenggara.

Terdapat penemuan Tembikar Penyu ( Turtle Ware ) di Tapadong dan Guomantong yang dihasilkan daripada tulang penyu sebagai pemukul. Tembikar ini dijumpai di Lobang Angus, Gua Niah, Sarawak. Penemuan di Gua Baturong telah menjumpai tembikar tiga warna pada kedalaman 30 inci yang diletakkan di bahagian atas kubur manusia. Di Pulau Burong Labuan, telah ditemui alat batu bergilap jenis trapezoibel yang terdapat di Sarawak, lesung kecil yang tingginya 19 cm dan 40 serpihan tembikar tanah. T.R Williams telah membuat galicari di Batu Punggol dan menemui alat batu repih bersama- sama dengan tembikar bertanda tali dan tembikar jenis merah dan hitam dalam zaman Neolitik

Rajah 8: Gambar menunjukkan bekas tembikar tanpa disepuh, dihiaskan dengan corak turisan merupakan jumpaan tidak sengaja dalam gua di Pulau Banggi, Kudat Sabah.

Penemuan tapak lain di Asia Tenggara mendapati wujudnya bentuk-bentuk lain dalam pembuatan tembikar. Di Ban Kao, Thailand didapati tembikarnya mempunyai kaki bagi menyokong struktur tembikar tersebut. Tembikar ini dibuat untuk mengisi bijirin dan beras. Selain itu, beliung turut dijumpai di tapak- tapak pengebumian masyarakat neolitik. Ia merupakan salah satu kebudayaan neolitik yang digelar Kebudayaan Beliung Quadrangular. Beliung-beliung ini mempunyai bentuk- bentuk berbeza mengikut tapak neolitik di Asia Tenggara. Beliung digunakan sebagai alat menggali dan memahat. Selain itu, terdapat satu alat yang bukan kapak, beliung atau pahat tetapi sejenis pisau batu yang dipanggil Pisau Tembeling kerana ditemui di sepanjang Sungai Tembeling di Pahang. Ia mungkin digunakan untuk membuang kulit binatang dan memotong daging atau sebagai alat menuai.

Rajah 9: Tembikar berkaki yang ditemui di Ban Kao, Thailand.

Rajah 10: gambar menunjukkan beliung yang tidak sengaja dari Hulu Perak merupakan alat tipikal bagi zaman neolitik. Alat- alat ini biasanya dijuringkan dan digunakan sebagai alat menggali atau kapak. Permukaan alat ini direpih dan tidak digilap sepertimana biasa.

Berdasarkan penemuan tapak- tapak neolitik di Asia Tenggara, hampir kesemua tapak ditemui bersama alat- alat perhiasan yang diperbuat sama ada dengan menggunakan batu atau cangkerang yang disusun dan dibentuk menjadi rantai, gelang, cincin atau anting- anting. Masyarakat neolitik telah pandai membuat alat- alat perhiasan daripada bahan- bahan semulajadi di sekeliling mereka. Alat- alat perhiasan ini tidak hanya dipakai oleh kaum wanita tetapi juga dipakai oleh kaum lelaki sebagai perhiasan diri. Penemuan di tapak neolitik di Lenggong mendapati barang- barang perhiasannya diperbuat daripada cangkerang yang dibentuk seperti gelang dan rantai serta batu kapur yang dibentuk menjadi gelang tangan.

Rajah 11: Gambar menunjukkan gelang cankerang laut yang diperbuat dengan memotong bahagian atas cangkerang Conus seperti yang ditemui di tapak pengebumian Gua Harimau, Lenggong. Gelang ini dibuat dengan sempurna dengan melicinkan bahagian tepi yang tajam.

Rajah 12: Gambar menunjukkan anting- anting cengkerang dijumpai di tapak pengebumian Gua Harimau, Lenggong. Bahagian dasar Cornus dipotong untuk membuat anting- anting. Pada asalnya warna dan corak cengkerang yang telah haus telah mencantikkan lagi anting- anting ini.

Tapak neolitik di Ban Kao, mendapati perhiasannya diperbuat daripada cangkerang yang lebih kecil yang disusun rapat menjadi rantai berdasarkan penemuannya disisi rangka wanita di Ban Kao, Thailand. Manakala penemuan di tapak pengebumian Non Mak La mendapati gelang tangannya diperbuat daripada cengkerang laut.

Rajah 12: Gambar menunjukkan rantai susunan cangkerang ditemui disisi rangka wanita

di Ban Kao, Thailand.

Lukisan di dinding-dinding gua juga menunjukkan perkembangan kesenian dan kepercayaan masyarakat pada zaman neolitik. Lukisan-lukisan yang dilukis ini menunjukkan kebolehan dan bakat yang ada pada masyarakat pada zaman neolitik. Sebenarnya lukisan ini menunjukkan sikap ataupun mentaliti dan cara hidup masyarakat dan tujuan mereka melukis di dinding-dinding gua adalah untuk memudahkan perjuangan hidup dengan membekalkan makanan. Oleh itu kesenian merupakan suatu magis yang digunakan untuk menggalakkan kejayaan berburu. Mereka percaya bahawa lukisan di dinding-dinding gua dapat mewujudkan suatu kuasa yang dapat mempengaruhi mereka supaya berburu dengan lebih baik.

Kewujudan lukisan-lukisan gua ini juga membawa maksud wujudnya kegiatan ekonomi dan sistem kepercayaan. Misalnya di Gua Tambon, terdapat lukisan-lukisan seperti dugong dan pelbagai bentuk binatang yang membuktikan wujudnya sistem pemburuan masyarakat neolitik pada zaman itu. Selain itu, lukisan-lukisan seperti perahu amat berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat neolitik, dimana digambarkan perahu-perahu yang dilukis ini membawa mereka mati ke satu alam baru iaitu alam roh, hal ini amat berkait rapat dengan kepercayaan kehidupan selepas mati. Lukisan gua juga menggambarkan tentang kehidupan seharian mereka dan wujudnya pelbagai aktiviti yang dilakukkan masyarakat neolitik.

Rajah: Lukisan arang manusia dan binatang di dinding gua di Bukit Sarang,

Sarawak.Lukisan ini dilukis untuk membantu pemburu memburu binatang.

Rajah: Lukisan gua yang dilukis menggunakan hematit di atas yang menghasilkan

lukisan berwarna merah.

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dikalangan manusia primitif. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Kepercayaan animisme boleh didefinisikan sebagai kepercayaan adanya makhluk- makhluk spiritual yang menguasai alam. Mereka menyakini adanya roh yang mendiami tubuh manusia dan roh tersebut hidup di dunia mati jika orang itu meninggal.

Kepercayaan animisme ini dapat dilihat apabila mereka mengamalkan pemujaan semangat sawah padi yang mana ianya penting dalam usaha menanam padi sehingga suasana bising tidak boleh dibenarkan sama sekali. Misalnya tinggalan padi yang dijumpai di Non Nok Tha(Thailand) yang dipercayai tanaman yang ditanam oleh masyarakat Neolitik dan berkait rapat dengan amalan pemujaan semangat padi. Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, disebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang musuh si mati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula.

Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, disebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula. Masyarakat Neolitik juga telah mengamalkan tradisi pengebumian mayat secara teratur. Pengebumian dilakukan secara terlentang dan bersama-sama mayat dibekalkan peralatan seperti periuk belanga,kapak batu,manik-manik berantai,tembikar,cengkerang dan makanan. Alat-alat ini merupakan persembahan kubur untuk dijadikan bekalan di alam akhirat.Amalan ini berkait rapat dengan kepercayaan kehidupan selepas mati. Pengebumian masyarakat Neolitik telah direkod secara saintifik oleh G.de.G.Sieveking di Gua Cha Kelantan pada 1954.

Mereka juga mengebumikan mayat dalam suatu kawasan yang khas dan istimewa. Walaupun mereka masih belum mencipta [sistem] rekod dan tulisan, cara mayat-mayat dikuburkan dan barang-barang yang tertanam di dalam kubur tersebut menunjukkan dua perkara penting. Perkara pertama ialah orang Neolitik mempunyai kepercayaan tentang kewujudan dunia akhirat atau kehidupan selepas mati. Perkara yang kedua ialah masyarakat Neolitik merupakan masyarakat yang berlapis. Mereka yang mempunyai status yang lebih tinggi mempunyai kubur yang lebih besar dan mulia daripada mereka yang mempunyai status yang lebih rendah . Gua-gua batu kapur hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara,tempat pengebumian dan upacara yang berkaitan dengan kepercayaan.

Rajah di atas menunjukkan: Pengebumian dilakukan secara terlentang dan bersama-sama mayat dibekalkan peralata seperti periuk belanga,kapak batu,manik-manik berantai,tembikar,cengkerang dan makanan. Alat-alat ini merupakan persembahan kubur untuk dijadikan bekalan di alam akhirat. Amalan ini berkait rapat kepercayaan kehidupan selepas mati.Kesimpulan

Zaman neolitik yang berlaku sekitar 8000 hingga 4000 B.C talah mengalami perkembangan evolusi dari pelbagai sudut kebudayaan. Evolusi kebudayaan neolitik ini merangkumi aspek petempatan, teknologi, ekonomi dan sosial dengan setiap satu mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Selain itu, evolusi ini tidak dilihat dari aspek kebudayaan sahaja, tetapi ia melibatkan proses evolusi manusia yang hidup pada Zaman Hoabinh kepada Zaman neolitik dari pelbagai aspek.

Evolusi budaya yang berlaku pada Zaman Neolitik atau Zaman Batu akhir amat berkait rapat dengan pertanian. Kegiatan pertanian yang disebabkan oleh pertumbuhan penduduk secara tidak langsung menjadi asas kepada evolusi kebudayaan masyarakat Neolitik. Evolusi budaya yang berlaku pada zaman ini menjadi pemangkin kepada kebudayaan yang lebih bertamadun dan bersistematik iaitu pada zaman seterusnya iaitu Zaman Logam. Oleh itu, jelaslah bahawa Zaman Neolitik telah menjadi zaman permulaan kepada revolusi budaya dalam sejarah peradaban manusia.

BIBLIOGRAFI

Charles Higham (2002), Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok: Rivers

Book Ltd

Derek Roe (1970), Prehistory An Introduction, University of California Press

F. Landa Jocano (1975), Philippine Prehistory, An Anthropoloical Overview of the

Beginnings of Filipino Society and Culture. Diliman: Quezon City.

M.W.F Tweedie (1955), Prehistoric Malaya, Eastern Universities Press Sdn.Bhd

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahaya Abu

Bakar (1988), Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah ( Untuk Prof Datuk Dr

Zainal Abidin Abdul Wahid ), Bangi: Jabatan Sejarah UKM

Sivachandralingam Sunda Raja & Ayadurai Letchumanan (2001), Tamadun Dunia

Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat

Penyelidikan Arkeologi Malaysia

.Peter Bellwood, Mans Conquest Of The Pacific,hlm 453

. Sivachandralingam Ssundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm 7

Sivachandralingam Sunda Raja & Ayadurai Letchumanan (2001), Tamadun Dunia Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlmn 7

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahaya Abu Bakar (1988), Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah ( Untuk Prof Datuk Dr Zainal Abidin Abdul Wahid ), Bangi: Jabatan Sejarah UKM. hlmn 45

Charles Higham (2002), Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok: Rivers Book Ltd. hlmn 95

Sivachandralingam Ssundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm 8.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm 21.

Peter Bellwood, Pra Sejarah Indo-Malaysia, hlm 346.

ibid, hlm 346

N.Hassan Shuhaimi Bin Abdul Rahman, Malaysia, warisan dan perkembangan, hlm 36.

N.Hassan Shuhaimi Bin Abdul Rahman, Malaysia, warisan dan perkembangan, hlm 37.

. Charles Higham (2000). Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Thailand: River Books Ltd hlm,95.

.ibid,hlm 95

. Charles Higham (2000). Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Thailand: River Books Ltd hlm

106 dan 107

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm 8.

Peter Bellwood, Pra Sejarah Indo-Malaysia, hlm 327-328.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm 9.

ibid, hlm 10

Charles Higham (2000). Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Thailand: River Books Ltd, hlm 94.

Charles Higham (2000). Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Thailand: River Books Ltd, hlm 100.

Charles Higham (2000). Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Thailand: River Books Ltd, hlm 105.

Sivachandralingam Sunda Raja & Ayadurai Letchumanan (2001), Tamadun Dunia Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlmn 7

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia. hlmn 70

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia. hlmn 116-117

M.W.F Tweedie (1955), Prehistoric Malaya, Eastern Universities Press Sdn.Bhd. hlmn 4

Sivachandralingam Sunda Raja & Ayadurai Letchumanan (2001), Tamadun Dunia Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlmn 7

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan

Arkeologi Malaysia. hlmn 116-117

M.W.F Tweedie (1955), Prehistoric Malaya, Eastern Universities Press Sdn.Bhd. hlmn 13

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia. hlmn 169-170

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia. hlmn 168.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahaya Abu Bakar (1988), Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah ( Untuk Prof Datuk Dr Zainal Abidin Abdul Wahid ), Bangi: Jabatan Sejarah UKM. hlmn 45

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahaya Abu Bakar (1988), Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah ( Untuk Prof Datuk Dr Zainal Abidin Abdul Wahid ), Bangi: Jabatan Sejarah UKM. hlmn 46

Charles Higham (2002), Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok: Rivers Book Ltd. hlmn 107

M.W.F Tweedie (1955), Prehistoric Malaya, Eastern Universities Press Sdn.Bhd. hlmn 10

Zuraina Majid (2003), Archaeology in Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia

Charles Higham (2002), Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok: Rivers Book Ltd. hlmn

106

Charles Higham (2002), Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok: Rivers Book Ltd. hlmn

99

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm 6.

Abdul Rahman Haji Abdullah ,Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara,hlm 22

.Sivachandralingam Ssundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia hlm 10

.Gua-gua Batu Kapur Di Malaysia dalam Persepktif Arkeologi,hlm 41.

.ibid hlm40