29
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK NOMBOR PERPULUHAN WONG LEON KIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WONG LEON KIT - fp.utm.my · PDF fileSaya sudahi penghargaan saya secara tulus ikhlas dengan serangkap pantun yang ... 4.14 Contoh Kosa Kata Yang ... Kemajuan sesebuah negara berkait

Embed Size (px)

Citation preview

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLEBERTAJUK NOMBOR PERPULUHAN

WONG LEON KIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK NOMBOR PERPULUHAN

WONG LEON KIT

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

iii

Untuk yang tercinta…

ayah Wong Ah Soon dan ibu Tan Choh Hooi

Untuk yang tersayang…

kakak Wong Soo Fun dan adik Wong Pooi Yee

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia tesis saya, Prof. Madya Dr. Hjh

Zaleha Ismail, yang banyak membimbing dan mendorong serta membetulkan kesilapan

saya.

Penghargaan juga kepada ahli keluarga saya, rakan-rakan dan setiap individu

yang tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan serta kerjasama.

Tanpa sokongan serta bantuan dari anda semua, Projek Sarjana Muda ini tidak

mungkin terhasil seperti mana yang ada sekarang.

Saya sudahi penghargaan saya secara tulus ikhlas dengan serangkap pantun yang

berbunyi:

Tanam lenggudi tumbuh kelapa,

Terbit bunga pucuk mati;

Budi tuan saya tidak lupa,

Sudah terpaku di dalam hati.

v

ABSTRAK

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan

pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat

sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah

ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar

kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-

pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan

MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong

prinsip sosial konstruktivisme. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk “Decimals” ini

menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Sukatan

KBSM. Sumber bahan pembelajaran disediakan mengikut hasil pembelajaran, iaitu

memahami hubungan antara perpuluhan dan pecahan, memahami konsep nilai tempat

dan nilai digit dalam perpuluhan, menggunakan konsep penambahan, penolakan,

pendaraban dan pembahagian dalam menyelesaikan masalah. Bentuk aktiviti yang

dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat,

Journal, dan Assignment. Aktiviti tertentu membenarkan pelajar berinteraksi dengan

guru serta mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut

dimantapkan dengan bunyian, grafik dan animasi.

vi

ABSTRACT

E-learning is no longer considered as new since it has been rapidly growing in

education. Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses in

the process of teaching and learning as this medium can support student-centred

learning which is self-directed, self-paced and self access. In the search for an effective

approach to implement e-learning, this project has employed a course management

system by the name of MOODLE. This system is favorable as its design support the

principles of social constructivism. The web portal entitled “Decimals” provide wide

range of resources and activities based on KBSM learning outcomes, namely student can

understand relationship between decimals and fractions, understand the concept of place

values and value of each digit in decimals, perform computations involving additions,

subtractions, multiplications and divisions to solve problem. The various activities

under MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal, and

Assignment. From certain activities, students have the opportunity to interact with the

course instructors as well as getting immediate feedback. The learning environment is

enhanced with audio, graphics and animations.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

1.6 Skop Projek 11

viii

1.7 Kerangka Teori 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Definisi Tentang e-Pembelajaran 14

2.1.1 Sorotan Luar Negara 14

2.1.2 Sorotan Tempatan 17

2.2 Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) 19

2.2.1 Sumber Terbuka dan e-pembelajaran 20

2.3 Moodle 22

2.3.1 Struktur Pembelajaran Moodle 23

2.3.1.1 Mingguan (Weekly) 23

2.3.1.2 Topik (Topic) 23

2.3.1.3 Bebas (Free Form) 23

2.3.2 Elemen Pembelajaran 24

2.3.2.1 Resource 24

2.3.2.2 Forum 25

2.3.2.3 Choice 25

2.3.2.4 Assignments 26

2.3.2.5 Quiz 26

2.3.2.6 Journal 27

2.3.2.7 Survey 28

2.3.3 Moodle Dari Perspektif Pelajar 28

2.3.3.1 Navigasi 29

2.3.3.2 Rekabentuk Halaman 29

2.3.3.3 Interaktiviti 29

2.3.4 Moodle Dari Perspektif Guru 31

2.3.4.1 Meminda Isi kandungan

Dengan Mudah 32

ix

2.3.4.2 Mengenali Setiap Pelajar

Dengan Mudah 34

2.3.4.3 Mengenali Pengajaran Dan

Pembelajaran Kelas 34

2.4 Teori dan Prinsip Pembelajaran 35

2.4.1 Konstruktivisme 35

2.4.1.1 Pengajaran Pembelajaran

Matematik Secara Konstruktivisme 38

2.4.2 Sosial Konstruktivisme 39

2.5 Pola Kesilapan Dan Kesukaran Matematik 41

2.5.1 Pola-Pola Kesilapan Dan Kesukaran

Nombor Perpuluhan 42

2.5.2 Pola-Pola Kesilapan Nombor Pecahan Yang

Berkaitan Dengan Nombor Perpuluhan 46

2.6 Penutup 47

3 METODOLOGI: PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.0 Pengenalan 49

3.1 Fasa Analisis Keperluan 51

3.1.1 Pemilihan Topik Pengajaran 51

3.1.2 Kumpulan Sasaran 52

3.1.3 Pembahagian isi pelajaran 52

3.1.4 Pemilihan Perisian Sokongan 53

3.1.4.1 OpenOffice.org 1.1 (Presentation) 53

3.1.4.2 Hot Potatoes Version 6 54

3.2 Fasa Reka Bentuk 55

3.3 Fasa Pembangunan Dan Pelaksanaan 56

3.3.1 Pembangunan Bahan Sumber (Resources) 57

3.3.2 Pembangunan Bahan Aktiviti 57

x

3.3.3 Elemen Multimedia 58

3.4 Fasa Pengujian Dan Penilaian 57

3.4.1 Penilaian Formatif 59

3.4.2 Penilaian Sumatif 60

3.5 Penutup 60

4 PEROLEHAN PEMBANGUNAN

4.0 Pengenalan 61

4.1 Web Portal “Decimals” 61

4.2 Reka Bentuk Web Portal “Decimals” 62

4.2.1 Login 62

4.2.2 Susun Atur Kandungan Web

Portal “Decimals” 63

4.2.2.1 Struktur Penyampaian 64

4.2.2.2 Sumber (Resource) 66

4.2.2.3 Aktiviti Secara online 66

4.2.2.4 Forum dan Chat 73

4.2.2.5 Survey 75

4.2.3 Kemudahan lain-lain 77

4.3 Penutup 79

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 80

5.1 Rumusan 81

5.2 Masalah yang dihadapi 82

5.3 Kebaikan Web Portal 84

5.4 Kelemahan Web Portal 85

xi

5.5 Cadangan 85

5.6 Kesimpulan 87

RUJUKAN 89

LAMPIRAN A-C 93-108

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Modul bagi Topik “Decimals” 53

3.2 Contoh Cara Mereka Item Berdasar Hasil

Pembelajaran 56

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori 12

2.1 Hubungan antara Pembelajaran Jarak Jauh, e-Pembelajaran,

Pembelajaran Secara Online dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer 15

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem Hannafin Dan Peck 50

4.1 Skrin Login 62

4.2 Skrin Topic Outline 65

4.3 Skrin Bagi Sub –Tajuk Mengikut Topik 65

4.4 Skrin Nota dalam HTML Format 66

4.5 Contoh Skrin Nota dalam Format Lesson 68

4.6 Contoh Skrin Paparan Kuiz Bersertakan Maklum balas 69

4.7 Maklum Balas Yang Betul Untuk Percubaan Pertama 70

4.8 Maklum Balas dan Markah Untuk Jawapan yang

Boleh Diterima walaupun Salah 71

4.9 Skill Checklist 72

4.10 Journal – Tell Me Your Problems! 73

4.11 E-Forum Yang Ditujukan Kepada Pelajar 75

4.12 Discussion Room 75

4.13 Contoh Paparan Keputusan Survey 76

4.14 Contoh Kosa Kata Yang Dipaparkan 77

4.15 Penambahan Dan Pencarian Kosa Kata Dengan Lebih Lanjut 78

4.16 Paparan Info Decimal untuk Maklumat Tambahan 78

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Reka bentuk soalan berserta dengan maklum balas 93B Panduan untuk pengguna web portal 101C Math Using Moodle Tex 107

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, perkembangan internet sememangnya menakjubkan dan tidak dapat

menafikan sumbangannya terhadap suatu revolusi maklumat. Revolusi maklumat yang

seterusnya mewujudkan era maklumat yang akan membawa perubahan yang

menyeluruh kepada cara hidup masyarakat baru yang celik ICT. (Baharuddin Aris,

2003). Era maklumat ini akan menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat

dan generasi berilmu serta bermaklumat. Keupayaan menguasai kemahiran penggunaan

komputer dan aplikasinya serta perkembangan yang begitu pantas dalam teknologi

maklumat akan memberikan impak yang besar terutamanya dalam aspek pendidikan.

Demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang 2020, pelbagai

usaha telah dijalankan oleh kerajaan dengan mengambil kira keperluan setiap lapisan

masyarakat supaya mengenali dan berkebolehan dalam bidang teknologi maklumat. Bagi

mencapai matlamat tersebut, kerajaan khusus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

mengambil langkah dengan memantapkan lagi program-program pengajian dalam

2

bidang teknologi di institusi-institusi pengajian tinggi serta mengetengahkan penggunaan

multimedia dalam pendidikan dalam peringkat sekolah di seluruh negara.

Kemajuan sesebuah negara berkait rapat dengan tahap pengetahuan serta

kebolehan masyarakat menyerap pengetahuan sama ada yang berbentuk tradisional

melalui sistem pembelajaran konvensional seperti menghadiri kelas, melalui medium

biasa seperti buku, majalah, surat khabar, rencana , bulletin. Dalam era maklumat ICT

keupayaan menguasai teknologi ICT melalui internet terutamanya menggunakan web

pendidikan sebagai sumber mendapat maklumat dan mempertingkatkan pengetahuan

adalah merupakan kelebihan dan keupayaan menjadikan seseorang bermaklumat.

Sehubungan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah diubahsuai sejajar

dengan era perkembangan teknologi maklumat. Menurut Rozinah Jamaludin (2000),

“kita mestilah melihat kepada fenomena dalam sistem pendidikan baru yang

merangkumi bagaimana fenomena itu distrukturkan , apa yang sepatutnya diajar, dan

bagaimana bahan patut diajarkan. ” Dalam pada itu, para pendidik kita seharusnya

memikirkan cara yang terbaik untuk pelajarnya supaya sistem pengajaran dan

pembelajaran memberikan pendedahan yang banyak tentang teknologi maklumat kepada

pelajar. Ini adalah mustahak kerana pelajar boleh berdikari dari segi pencapaian

maklumat tambahan bagi menguasai matapelajaran tertentu.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pendekatan pengajaran tradisional yang lalu menekankan pelajar belajar bawah

arahan. Namun pandangan baru bahawa pelajar membina pengetahuan mereka telah

3

menyebabkan perubahan dalam konsep dan teori pengajaran pembelajaran. Pelajar

memainkan peranan aktif dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan dan guru hanya

sebagai fasilatator. Tambahan pula, perkembangan teknologi dan informasi yang pesat

menyeru persekitaran pembelajaran yang interaktif. (Davier et al, 2003).

Kerajaaan kita menyedari bahawa segala kejayaan yang akan diperoleh kelak

perlulah bermula dari asasnya, iaitu pendidikan. Projek sekolah Bestari merupakan

salah satu aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia. Projek ini bertanggungjawab

untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru

teknologi maklumat. Dengan itu Sekolah Bestari memerlukan guru mahir dalam dua

bidang iaitu kemahiran tentang komputer dan matapelajaran yang hendak diajarkan.

Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam

pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial

dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi

pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap pembelajaran

berbudaya berfikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan pelbagai media dan teknologi

secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta pengurusan

sekolah yang efektif.

Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah Bestari

seharusnya membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang

dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan

secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya, mengemukakan soalan-soalan

yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan

banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan

teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.

4

Keberkesanan pendidikan di sekolah Bestari dapat dilihat melalui peranan guru

dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan

bersepadu. Dalam pada itu, guru berusaha menggunakan pendekatan yang berfokuskan

pembelajaran dan pelajar, pendekatan yang berpusatkan pemikiran dan berorientasikan

proses dengan bertujuan mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu

yang lebih bersifat pembelajaran terarah kendiri (self-directed), bergerak pada

kemampuan kendiri (self-paced) dan pemerolehan sumber maklumat secara akses

kendiri (self-accessed).

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak memuji langkah Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun memulakan projek Internet tanpa wayar di

sekolah berkenaan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Melalui

Internet tanpa wayar pelajar boleh memperoleh maklumat di luar bilik makmal pada

bila-bila masa diperlukan. Pelbagai maklumat terkini boleh diperolehi melalui internet

dan ia perlu diperluaskan di peringkat sekolah. (Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) Perak , 2005 ). Jelasnya, selain daripada P&P berasaskan komputer seperti model

sekolah Bestari yang sedia diwujudkan sekarang, internet telah dilihat sebagai satu

perkembangan positif dalam pendidikan unggul negara kita, penggunaan internet untuk

menyokong pembelajaran pula berkembang secara eksponen sebagaimana organisasi

pendidikan telah mengakui dan mengenalpasti potensi yang ada padanya. Sherry (1996)

turut menjelaskan pendidikan berasaskan web contohnya e-pembelajaran mendapat

perhatian disebabkan keupayaan interaktivitinya dan multimedia yang membolehkan

penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh

diakses dari mana jua dan pada bila-bila masa.

Beberapa tahun yang lalu, institusi pendidikan tinggi di Australia dan luar negara

telah melabur dan memperuntukkan wang dalam inisiatif e-pembelajaran (e-learning).

Contohnya, Universiti RMIT telah memperuntukkan sebanyak AUS$50 juta pada

tempoh 1999 hingga 2001 demi memenuhi keperluan teknologi maklumat universiti

5

tersebut. Universiti Melbourne turut memperuntukkan $ 12 juta sejak 1997 dari segi

multimedia untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. (Alexander,

2001). Menurut Bates (1997) , usaha pelaburan dalam e- pembelajaran begitu hangat

kerana mereka percaya bahawa penggunaan teknologi dalam institusi pendidikan tinggi

dapat mempertingkatkan kualiti pembelajaran, mengurangkan kos pendidikan di

samping menambahkan keberkesanan dalam pendidikan.

Namun bagi sesetengah guru, usaha untuk menyediakan kursus on-line dengan

menggunakan alat tujuan am seperti web page editors, discussion groups, mailing lists

dan perisian berkomersial adalah rumit dan membebankan. Menguasai kemahiran

penggunaan alat pula di luar kemampuan guru memandangkan faktor masa dan sumber

adalah kekangan besar. Natijahnya, kebanyakan kursus on-line adalah bersifat mudah

dan hanya membekalkan nota-nota yang statik (teks dan grafik sahaja). Salah satu jalan

penyelesaian adalah mengupah pakar merekabentuk dan menghasilkan semula, tetapi

kos pengupahan masih terlalu mahal bagi guru disebabkan penghasilan dan pengekalan

laman web tersebut memakan belanja yang tinggi. (Martin Dougiamas, 2000)

Potensi e-pembelajaran melalui web memang tidak dapat dinafikan dan ia

bertujuan untuk menyokong dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran di

samping membekalkan satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pengajaran dan

pembelajaran dan segala ini dapat dimanfaatkan dengan Moodle (Modular Object

Oriented Dynamic Learning Environment). Sebenarnya Moodle adalah sejenis perisian

(software) atau sistem pengurusan kursus yang tidak jauh berbeza berbanding dengan

pembelajaran persekitaran visual (Visual Learning Environment) secara on-line seperti

Blackboard, WebCT or Teletop, tetapi Moodle berbeza dari satu major aspek iaitu : ia

mempunyai lesen Open Source. Ini bermakna Moodle boleh didapat dengan percuma

dan sesiapa pun berhak melihat kod sumbernya malah menukarkannya dengan tujuan

memperbaiki kelemahan supaya lebih canggih aplikasinya. (Martin Dougiamas, 2000)

6

Persekitaran e-pembelajaran menggalakkan kerjasama antara pelajar tanpa

kehadiran mereka secara fizikal di sesuatu tempat. Logiknya pelajar di sekolah

menengah memang tidak berjauhan antara satu sama lain, namun kemungkinan besar

mereka tidak berada dalam kelas yang sama ataupun jadual waktu masing-masing

berbeza. Menurut Weller and Mason (2000) “time is the new distance”. Sebagaimana

kekurangan masa, walaupun jarak yang jauh memang menjadi alasan utama pelajar

tercicir daripada suatu matapelajaran. Moodle dalam konteks ini dapat menangani

kekangan tempat dan masa demi melaksanakan tugasan secara koperatif pada peringkat

sekolah. Tugasan ini memerlukan kerjasama dan usaha yang sewajar membuahkan

hasil; mencari penyelesaian masalah bersama ataupun membincangkan topik bersama.

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan

pesat sekali di dunia pendidikan. Mekanisme proses P&P dengan menggunakan Moodle

lantas akan memberikan satu cabaran kepada guru dan pelajar di sekolah Bestari

mahupun sekolah biasa. Menurut Pat Jefferies dan Fiaz Hussain (1998) e-pembelajaran

mempelbagaikan persekitaran pembelajaran kolaboratif yang akan mempertingkatkan

strategi penyelesaian masalah. Jadi e-pembelajaran menggalakkan revolusi dalam

pendidikan di mana satu persekitaran pembelajaran yang baru berdasarkan prinsip

pembelajaran aktif mencerminkan perubahan daripada pemusatan guru kepada

pemusatan pelajar. Dengan ini, Moodle dapat memainkan peranan yang mustahak dari

konteks persekitaran pembelajaran berdasarkan pembelajaran aktif.

Kebanyakan konsep pemusatan pelajar adalah berasaskan teori konstruktivisme

yang menyatakan bahawa pengetahuan mesti dibina oleh pelajar sendiri dan bukan

“spoon-feeding” oleh guru semata-mata. Oleh itu pembinaan pengetahuan adalah proses

yang dinamik yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.

Teori konstruktivisme dalam pembelajaran diterima secara meluas dalam bidang

pendidikan termasuklah pendidikan berasaskan web. Teori konstruktivisme sosial pula

sejajar dengan pembelajaran online. Teori konstruktivisme sosial menyatakan ilmu

7

pengetahuan dibina melalui interaksi sosial. Kajian Rovai (2002) telah menunjukkan

bahawa terdapat hubungan yang kuat antara komuniti dan pembelajaran. Pelajar terlibat

dalam e-pembelajaran dapat merasai komuniti di sekeliling dan mereka tidak lagi berasa

keseorangan dalam pembelajaran dan mempunyai berpuas hati terhadap program

akademik yang disediakan. Apa yang penting pelajar bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka dan peranan guru hanya menyediakan persekitaran pembelajaran

yang efektif kepada mereka.

Pembelajaran dikatakan berkesan apabila kebanyakan pelajar menguasai

sebahagian besar bahan pembelajaran yang diharapkan daripada mereka dalam satu

tempoh yang tertentu . Terdapat banyak faktor mengapa pembelajaran di kalangan

pelajar kurang berkesan. Ia termasuklah jenis bahan pembelajaran kurang sesuai,

persekitaran yang kurang fleksibel atau ketidakpelbagaian kaedah pengajaran oleh

pendidik. Seperti yang sedia dimaklumkan, Moodle telah direka khas untuk rangka

kerja pendidikan berlandaskan teori konstruktivisme sosial akan memberikan

persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Ini disokong oleh kajian

bahawa epistemologi konstruktivisme dalam konteks e-pembelajaran merupakan cara

yang efektif untuk mempersembahkan isi pelajaran, menggalakkan interaksi dan

memberikan penilaian dan maklum balas. Pendekatan konstruktivisme membenarkan

pelajar memainkan peranan sebagai guru dan berkongsi kemahiran serta pengalaman

mereka dengan rakan lain.

Moodle telah menambahkan keseluruh dimensi yang baru untuk pengajaran dan

pembelajaran yang boleh diaplikasi di sekolah lantas menyeru pendekatan pembelajaran

kolaboratif. Justeru ia bukan setakat satu nilai tambahan yang sedia ada pada teknologi

komunikasi dan komputer, malahan Moodle berkemampuan membawa pengalaman

pembelajaran yang bermakna (berlandaskan teori konstruktivisme sosial) kepada pelajar.

Sebagai pendidik, haruslah bertanggungjawab dan berusaha mempertingkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran untuk kebaikan guru mahupun pelajar. Potensi Moodle

8

sememangnya boleh dirasai namun kecerahan masa depan penggunaan Moodle di

sekolah masih menunggu peluang untuk dicungkil, mahu atau tidak ini terpulang pada

pendidik kita.

1.2 Pernyataan Masalah

Fenomena untuk menuju ke arah pembelajaran digital kian bertambah sama ada

datang daripada institusi pendidikan, guru ataupun pelajar. Penggunaan sistem

pengurusan kursus Moodle sebagai persekitaran pembelajaran yang dinamik di peringkat

sekolah giat berkembang di luar negara, namun usaha pengenalan Moodle pada

peringkat sekolah belum hangat lagi.

Secara dasarnya, semua sekolah akan mempunyai laman web sendiri tetapi

kebanyakan digunakan sebagai “public relations tool” di mana laman web statik ini

hanya memaparkan gambar dan maklumat am tentang sekolah. Jarang-jarang sekali

laman web sekolah digunakan adalah interaktif dan melibatkan pembelajaran pelajar.

Menyedari hakikat bahawa Moodle mampu membekalkan suasana atau

persekitaran pembelajaran yang bermakna di sekolah tetapi bahan pembelajarannya

tidak disediakan, maka projek ini akan membekalkan satu alternatif yang interaktif untuk

aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1 yang bertajuk “Decimals”

dengan menggunakan pakej Moodle.

9

1.3 Rasional Pemilihan Tajuk

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, tajuk “Decimals” masih diajar

sebagai satu topik yang khusus dalam tingkatan satu yang melibatkan kemahiran-

kemahiran nombor-nombor perpuluhan daripada mudah kepada penyelesaian masalah

secara heuristik. Sebenarnya terdapat kesinambungan konsep nombor perpuluhan yang

diajar di sekolah rendah sehingga ke tingkatan satu. Bahkan pembelajaran konsep-

konsep dan operasi nombor perpuluhan diulang di tingkatan satu. Namun begitu,

didapati ramai pelajar menghadapi masalah silap konsep asas dalam nombor perpuluhan

dan penggunaannya. Oleh itu, tajuk “Decimals” telah dipilih dalam projek ini untuk

menghasilkan bahan pembelajaran supaya dapat membantu pelajar menguasai tajuk

tersebut.

1.4 Objektif Projek

i. Merekabentuk bahan e-pembelajaran bagi tajuk “Decimals” Matematik

Tingkatan satu.

ii. Membangunkan web portal pembelajaran bernama “Decimals” merangkumi

pelbagai sumber dan aktiviti pembelajaran interaktif yang berpusatkan

pelajar.

10

1.5 Kepentingan Projek

Moodle dilihat sebagai anjakan paradigma daripada pembelajaran tradisional

kepada pembelajaran secara elektronik ataupun digital. Moodle mengatasi kekangan

masa dan lokasi serta pergantungan terhadap sumber pembelajaran yang konvensional.

Web portal yang dibangunkan dengan sistem Moodle boleh membekalkan satu

persekitaran pembelajaran dalam versi digital. Guru-guru boleh mengadakan sesi

perbincangan, menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran, nota dan menyemak

tugasan pelajar dan membina kuiz di mana penilaian adalah secara automatik. Apa yang

penting, guru akan bertindak sebagai fasilatator yang mengawal progres pembelajaran.

Satu masalah yang biasa dihadapi pelajar adalah mereka kurang berkeyakinan

dalam menguasai sesuatu topik pelajaran terutama menjelang peperiksaan. Maka

mereka boleh menjalani ujian diagnosis dengan menggunakan modul kuiz yang ada pada

Moodle supaya mengetahui bahagian yang perlu dikuasai. Setiap item yang diuji akan

memberikan maklum balas kepada pelajar untuk memaklumkan di mana kemungkinan

berlaku kesilapan. Dengan itu, secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar

Tingkatan 1 memperkukuhkan kemahiran asas mereka dalam tajuk “Decimals” .

Interaksi turut berlaku apabila pelajar dan guru dapat membincangkan isu, topik

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bertujuan mempertingkatkan kualiti

serta produktiviti pembelajaran sekaligus mengubah sikap supaya pembelajaran

berkesan berlaku.

11

Projek ini bukan sahaja mendedahkan keupayaan dan potensi aplikasi Moodle

dalam sekolah, malahan memperkenalkan institusi pendidikan bahawa memilih

pelaksanaan produk perisian Sumber Terbuka (Open Source) bermakna institusi ini tidak

perlu membayar kos lesen untuk produk perisian. Tambahan pula mereka boleh sentiasa

mengubahsuai fleksibiliti perisian (atau mengupah pakar untuk mengubahsuai) terhadap

keperluan semasa dan spesifikasi yang diingini.

1.6 Skop Projek

Projek ini akan menghasilkan bahan pembelajaran yang merangkumi nota dan

soalan objektif Matematik Tingkatan Satu yang bertajuk : “Decimals”. Isi pelajaran

adalah seperti berikut:

Relation Between Decimals And Fractions

Place Value And Value Of Each Digit In Decimals

Addition And Subtraction Of Decimals

Multiplication And Division Of Decimals

Combined Operations Of Decimals

12

1.7 Kerangka Teori

Secara amnya, projek ini ingin membangunkan bahan e-pembelajaran yang

mempunyai aktiviti– aktiviti pembelajaran yang bercirikan konstruktivisme. Antara

cirinya adalah kolaboratif, explorasi, penekanan kepentingan kesalahan dalam

pembelajaran matematik dan penyelesaian masalah.

Projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus atau pakej perisian yang

dinamakan Moodle. Ini adalah disebabkan rekabentuk menyokong ciri-ciri yang

dinyatakan dan dibina berlandaskan prinsip sosial konstruktivisme.

Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek.

Konstruktivisme

Kolaboratif

Explorasi

Penekanan kepentingan

kesalahan dalam

pembelajaran matematik

Penyelesaian masalah

Sosial Konstruktivisme

Sistem e-pembelajaran

Model Sumber Terbuka(Open Source)

Moodle

Penghasilan bahanpembelajaran