What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)

  • View
    590

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)

  • 1. DISEDIAKAN OLEH: FATMA ZUHRA BINTI ABDUL HAI FERYN FANERA JEFFERY JUMAIAH BINTI ABDUL

2. Analisis Kajian Kes (Lampiran 7) Apa yang anda faham tentang kajian ke yang dikaji? Apakah konsep/model/teori yang saya perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? Apakah strategi-strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji? Soalan : 3. Seorang guru yang efektif perlu menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid yang berkesan. Pengurusan bilik darjah yang baik mencakupi aspek persekitaran fizikal dan psikososial serta peraturan dan rutin bilik darjah. Selain itu, kecekapan pengurusan disiplin serta tingkah laku murid-murid adalah penting untuk memastikan keadaan persekitaran pembelajaran kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. John merupakan seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum (latihan mengajar) di sebuah sekolah rendah. John sering menghadapi masalah untuk mengawal kelas gred 8 yang mempunyai 15 orang pelajar. Komposisi pelajar : 15 orang murid Bijak - 7 orang Lemah - 8 orang (5 suka cakap, ketawa dan suka mendominasikan kelas ketika John mengajar) SINOPSIS 5. Pada suatu hari, John merancang untuk menjalankan proses P&P dalam bentuk kuiz atau soal jawab (guru penyelia tidak hadir) John berasa bebas untuk melakukan P&P mengikut pendekatan yang berlainan berbanding dengan pendekatan yang selalu digunakan oleh penyelia iaitu dengan hanya memberi tugasan individu untuk disiapkan dan kurang aktiviti kumpulan. Bagi John, adalah sangat penting menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. 6. ISU-ISU YANG DAPAT DIKENALPASTI 7. John membiarkan para pelajarnya membentuk kumpulan sendiri. 6 orang pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik membentuk 2 kumpulan. 9 orang pelajar lagi membentuk 3 kumpulan (8 orang lemah). Telah mencetuskan pergaduhan antara kumpulan yang tinggi pencapaian (Chris) dengan kumpulan pelajar lemah (Richard) ISU 1 8. John menghentikan pergaduhan dengan segera kerana mereka sudah mula tolak menolak antara satu sama lain. Kemudian, John berjaya meneruskan permainan kuiz yang dirancang dan dianggap tidak berjaya sehingga akhir masa P&P PENYELESAIAN ISU 1 9. John memanggil Chris dan Richard kebelakang kelas namun Richard melarikan diri. Tindakan Richard itu membuatkan John merasakan sia-sia untuk berbincang dengan hanya sebelah pihak. ISU 2 10. John merasakan bahawa dia tidak sepatutnya membiarkan Richard mengingkari arahannya. John mengambil keputusan untuk mencari Richard dan menegur kesalahan Richard itu. John menghantar borang aduan disiplin kepada pejabat sekolah itu. PENYELESAIAN ISU 2 11. Akibat terlampau marah,Richard mengancam John. Richard juga telah memandang John dengan pandangan yang sinis serta telah bersikap kurang ajar. ISU 3 12. Richard dikenakan hukuman berada dikelas tahanan. Kelas tahanan ini di pantau oleh Mr.Roberts. PENYELESAIAN ISU 3 13. John berasa tidak puas hati dengan cara Mr. Roberts iaitu menangguhkan hukuman kepada Richard setelah kesalahan itu berlaku. Richard menyuarakan ketidakpuasan hatinya berulang kali kepada John kerana John tidak mengenakansebarang hukuman terhadap Chris. ISU 4 14. John menjelaskan kepada Richard bahawa kelas tahanan berlaku bukan kerana pergaduhan antara mereka berdua tetapi akibat daripada Richard meningkari arahan gurunya. PENYELESAIAN ISU 4 15. Richard bertindak semakin agresif apabila dia bersikap kurang ajar dan meninggikan suara kepaa John. Pada masa yang sama, guru Bahasa Inggeris yang datang untuk menolong turut menerima ancaman yang sama seperti John ISU 5 16. John meminta seorang murid memanggil bekas guru Bahasa Inggeris Richard untuk membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Guru tersebut mengarahkan Richard untuk duduk dengan cara lemah lembut namun turut menerima ancaman. Menyedari hakikat itu,guru tersebut memanggil vice-principal untuk melepaskan Richard daripada kelas tahanan PENYELESAIAN ISU 5 17. John masih berasa tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Richard John tetap ingin mengenakan hukuman lain ke atas Richard walaupun Richard telah menghabiskan tempoh hukuman tersebut ISU 6 18. Berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah walaupun penyelesaian tersebut gagal. Berasa menyesal kerana tidak berkongsi dan tidak meminta pandangan dari guru lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. PENYELESAIAN ISU 6 19. Menekankan kepentingan guru dalam memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama- sama menjaga disiplin dalam bilik darjah. Menekankan guru perlu kenal pasti punca masalah tingkah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan disiplin dalam bilik darjah MODEL AKIBAT- LOGIKAL DREIKURS 20. Contoh yang berlaku John mengambil peluang ketika ketiadaan penyelia dengan cara mendominasi kelas dengan menjalankan proses P&P mengikut pendekatan yang dirasakan bersesuaian. John memberikan kebebasan kepada murid untuk memilih ahli bagi setiap kumpulan semasa aktiviti kuiz. 21. Membalas dendam Richard mengancam John untuk mencederakan John Mencabar kuasa Richard tidak datang kepada John setelah dipanggil Richard memberi ugutan terhadap John serta bersikap kurang ajar 22. Pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi kesemua perkara yang berlaku di dalambilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. John segera meleraikan pergaduhan di antara Richard dan Chris sebelum menjadi bertambah serius. MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN 23. Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, guru memberikan peneguhan positif sebaliknya jika murid melanggar peraturan,guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur MODEL DISIPLIN ASERTIF-CANTER 24. John mengenakan peneguhan negatif terhadap Richard iaitu tetap akan mengenakan kelas tahanan terhadap Richard seandainya dia masih melakukan tingkah laku tersebut. 25. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Elemen-elemen luaran ini berupa peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkahlaku yang dikehendaki. Richard dikenakan hukuman kelas tahanan di atas tingkah lakunya yang kurang ajar dan tidak mendengar kata. MODEL MODIFIKASI BF SKINNER 26. Keperluan fisiologi dan psikologi perludi penuhi agar seseorang bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri belajar perkara baru memanipulasi keupayaan diri serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. MODEL ABRAHAM MASLOW 27. Keperluan manusia terbahagi kepada 2bahagian: Keperluan kekurangan Keperluan perkembangan Richard berasal daripada keluarga yang miskin di mana keperluan perkembangannya tidak dipenuhi bagi membolehkannya mengembangkan potensi diri. Manakala Chris berasal daripada keluarga yang berada yang memenuhi segala keperluan untuk mengembangkan potensi diri 28. Teori pelaziman operan - Bf Skinner Pelaziman operan menekankan hasil kesan atau akibat membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi serta sebaliknnya. Kesan atau akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran atau hukuman. Boleh dirumuskan dalam bentuk A-B-C A-anticedent B- behavior C - consequence Teori pembelajaran behavioris 29. A - ketidakpuasan hati berlaku B - Richard bergaduh dengan Chris C-Richard dikenakan kelas tahanan