22
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 2, No.9 ;2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) __________________________________________________________________________ _______________ PERANAN EFIKASI KENDIRI KAUNSELOR DALAM MENINGKATKAN KUALITI PROFESIONALISME PERKHIDMATAN KAUNSELING Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak, Amla Salleh Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Bagi kajian kuantitatif, seramai tiga ratus enam orang guru kaunseling sekolah menengah dari enam daerah di negeri Selangor telah memberi respon kepada dua soal selidik; Instrumen Efikasi Kendiri Umum dan Efikasi Kendiri Kaunseling. Hasil kajian kuantitaif menghasilkan profil efikasi kendiri kaunseling dan melihat perbezaan berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai guru kaunseling. Kajian kualitatif pula meneroka bagaimana guru kaunseling membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan. Sampel kajian kualitatif melibatkan empat orang subjek yang dipilih daripada tiga ratus enam orang guru kaunseling sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Dua orang daripada peserta kajian memperoleh skor Kecerdasan Emosi tinggi dan dua orang memperoleh skor KE yang rendah dalam kajian tinjauan. Data kajian diproses menggunakan perisisan NVivo 2.0 melibatkan arahan Browse Nodes, Assay Scope, Boolean Search, Matrix Intersection, Document Attribution and Explore. Hasil dapatan menunjukkan guru kaunseling mempunyai tahap efikasi kendiri kaunseling yang sederhana (80-.35). Kajian turut mendapati bahawa wujud perbezaan efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian kualitatif telah menghasilkan tujuh kategori utama yang menggambarkan pembinaan dan penggunaan efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembinaan efikasi kendiri berlaku secara tersirat disebalik laluan proses perkembangan sahsiah secara holistik, sumber ransangan persekitaran dan kejelasan peranan sebagai guru kaunseling sepenuh masa. Kajian seterusnya mendapati efikasi kendiri digunakan ketika guru kaunseling menjana pemikiran kritis, membentuk daya tindak, menjana daya tahan, dan membentuk hala tuju pembinaan kerjaya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa kecekapan kecerdasan emosi bertindak sebagai pendorong ketabahan profesionalisme guru kaunseling, manakala efikasi kendiri bertindak sebagai mekanisme penggerak kecerdasan emosi ke arah memacu komitmen guru kaunseling terhadap bidang tugas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kata kunci: Efikasi kendiri kaunselor, Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor sekolah. 1.0 PENGENALAN Kaunselor memainkan peranan penting sebagai agen pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu memiliki kompetensi peribadi dan profesional yang mantap dan berkesan (Mat Saat 2005 dan Linsay 2017). Selain itu, kaunselor khususnya yang berkhidmat di sekolah perlu memiliki keyakinan yang tinggi dan melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi personal dan profesional merangkumi atribut kepimpinan, perhubungan, komunikasi dan kontribusi, role model, berwawasan, dan advokasi supaya perkhidmatan yang diberikan berkesan serta mendapat kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Young & Bryan 2015). Pandangan ini menyokong Laporan resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 Anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) (Mohd Feroz 2004 dalam Rorlinda 2010) melaporkan guru kaunseling (GK) bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal memantau disiplin pelajar, malah menerangkan hala tuju pendidikan, pembangunan sahsiah dan

storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 2, No.9 ;2018E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________

PERANAN EFIKASI KENDIRI KAUNSELOR DALAM MENINGKATKAN KUALITI PROFESIONALISME PERKHIDMATAN KAUNSELING

Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak, Amla Salleh

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Bagi kajian kuantitatif, seramai tiga ratus enam orang guru kaunseling sekolah menengah dari enam daerah di negeri Selangor telah memberi respon kepada dua soal selidik; Instrumen Efikasi Kendiri Umum dan Efikasi Kendiri Kaunseling. Hasil kajian kuantitaif menghasilkan profil efikasi kendiri kaunseling dan melihat perbezaan berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai guru kaunseling. Kajian kualitatif pula meneroka bagaimana guru kaunseling membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan. Sampel kajian kualitatif melibatkan empat orang subjek yang dipilih daripada tiga ratus enam orang guru kaunseling sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Dua orang daripada peserta kajian memperoleh skor Kecerdasan Emosi tinggi dan dua orang memperoleh skor KE yang rendah dalam kajian tinjauan. Data kajian diproses menggunakan perisisan NVivo 2.0 melibatkan arahan Browse Nodes, Assay Scope, Boolean Search, Matrix Intersection, Document Attribution and Explore. Hasil dapatan menunjukkan guru kaunseling mempunyai tahap efikasi kendiri kaunseling yang sederhana (80-.35). Kajian turut mendapati bahawa wujud perbezaan efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian kualitatif telah menghasilkan tujuh kategori utama yang menggambarkan pembinaan dan penggunaan efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembinaan efikasi kendiri berlaku secara tersirat disebalik laluan proses perkembangan sahsiah secara holistik, sumber ransangan persekitaran dan kejelasan peranan sebagai guru kaunseling sepenuh masa. Kajian seterusnya mendapati efikasi kendiri digunakan ketika guru kaunseling menjana pemikiran kritis, membentuk daya tindak, menjana daya tahan, dan membentuk hala tuju pembinaan kerjaya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa kecekapan kecerdasan emosi bertindak sebagai pendorong ketabahan profesionalisme guru kaunseling, manakala efikasi kendiri bertindak sebagai mekanisme penggerak kecerdasan emosi ke arah memacu komitmen guru kaunseling terhadap bidang tugas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Kata kunci: Efikasi kendiri kaunselor, Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor sekolah.

1.0 PENGENALAN

Kaunselor memainkan peranan penting sebagai agen pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu memiliki kompetensi peribadi dan profesional yang mantap dan berkesan (Mat Saat 2005 dan Linsay 2017). Selain itu, kaunselor khususnya yang berkhidmat di sekolah perlu memiliki keyakinan yang tinggi dan melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi personal dan profesional merangkumi atribut kepimpinan, perhubungan, komunikasi dan kontribusi, role model, berwawasan, dan advokasi supaya perkhidmatan yang diberikan berkesan serta mendapat kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Young &

Bryan 2015). Pandangan ini menyokong Laporan resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 Anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) (Mohd Feroz 2004 dalam Rorlinda 2010) melaporkan guru kaunseling (GK) bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal memantau disiplin pelajar, malah menerangkan hala tuju pendidikan, pembangunan sahsiah dan peluang kerjaya pelajar pada masa hadapan. Justeru, satu resolusi telah diputuskan untuk melantik lebih ramai guru bimbingan dan kaunseling agar jumlahnya sesuai dengan bilangan pelajar. Keputusan tersebut menggambarkan tingginya harapan masyarakat terhadap peranan GK dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar secara seimbang.

Page 2: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

32

2. PENYATAAN MASALAH

Usaha memimpin kesejahteraan pelajar di sekolah perlu seiring dengan usaha pembinaan kesejahteraan dan kecemerlangan guru kaunseling. Jaworski (1996) dalam Goleman (1998) menyatakan sebelum seseorang itu boleh memimpin dan membantu orang lain secara berkesan, dia perlu terlebih dahulu meneroka ke dalam diri untuk menemui dirinya yang sebenar. menurut Combs (1982) keberkesanan seorang kaunselor bukan hanya melalui teknik, malah boleh dibezakan dengan melihat pada kepercayaan kendiri dan personaliti yang dimiliki. Menurut Jourard dan Landsman (1980) personaliti sihat digambarkan oleh orang yang mengambil berat tentang dirinya sendiri dan orang lain secara mendalam. Cormier dan Cormier (1998), Belkin (1981), Taiwo Hanbal (1998), Gladding (2004) telah menyenaraikan ciri kaunselor berkesan sebagai individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman kendiri tentang pelbagai aspek kendiri seperti tahap kecekapan, nilai dan keyakinan diri, sifat penyabar dan penyayang, kuasa dan intimasi, perasaan sendiri, serta kesedaran interpersonal yang melibatkan kesedaran pengalaman budaya, kebolehan menunjukkan model dan pengaruh, mengutamakan orang lain, fleksibel, mempunyai perasaan belas dan empati. ciri-ciri tersebut sejajar dengan domain kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kematangan dan kerohanian dalam model kecerdasan emosi (Noriah-Goleman 2005).

Kajian tentang kesejahteraan psikologi guru kaunseling (gk) mendapati bahawa gk di negara ini ada mempunyai masalah tekanan, daya ketahanan dan tahap kepercayaan diri yang sederhana (Che Supeni 2000; Nilmi 2006; Siti Halimah 2004; Shahril 2005; Wan Marzuki 2007) Shahril (2005) mendapati bahawa 32.68 peratus gk di negara ini tidak mempunyai daya ketahanan. Manakala Che Supeni (2000) pula mendapati gk sering kali mengalami tekanan dan 53.3% daripada subjek yang dikaji bersedia untuk melepaskan jawatan gk sepenuh masa dan bertugas sebagai guru biasa. dapatan ini disokong oleh kajian Siti Halimah (2004) dan beberapa kajian luar negara (barret, riggar, flowers Crimando dan Bailey (1997). Hasil kajian menunjukkan wujudnya tekanan dan kemungkinan ketidakpuasan kerja dalam kalangan gk sepanjang melaksanakan perkhidmatan b&k di sekolah. masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik

boleh menjejaskan kesejahteraan psikologikal gk serta menjejaskan keberkesanan perkhidmatan yang disediakan.

Kajian lepas turut membuktikan bahawa penurunan daya motivasi gk adalah berdasarkan faktor bebanan tugas, masa kerja yang panjang, ketidakselarasan jangkaan dengan kemampuan, serta ketidakselarasan sokongan dan kerjasama dengan harapan. (Asrah 2003; Che Supeni 2000; gambang 2005; Haslee 2003; Lukman 2005; Omar 1999; Siti Halimah 2003). Selain itu, menurut Abd. Karim (1998) antara faktor yang mengekang proses pelaksanaan perkhidmatan b&k di sekolah ialah faktor dalaman dan luaran diri kaunselor. faktor dalaman meliputi aspek; (a) kemampuan kaunselor yang masih rendah (b) sikap dan peribadi kaunselor yang kurang memadai, (c) permasalahan yang kurang diberi perhatian, (d) sifat kaunselor yang dilihat sebagai hakim, (e) kurang penguasaan teknik-teknik b&k (f) kurang motivasi, kreativiti, kepercayaan dan keyakinan diri, (g) masalah agama dan ras dalam memahami pelajar yang bukan dari golongan sebangsa (h) emosi kurang matang (i) perilaku yang tidak diteladani dan (j) penampilan yang kurang menarik. Faktor luaran pula membabitkan aspek kemudahan infrasturktur, sumber kewangan dan maklumbalas persekitaran kerja yang juga menjadi penyumbang penting terhadap kestabilan psikologikal gk. Faktor-faktor tersebut didapati berkaitan dengan aspek kecekapan peribadi. ketidakcekapan yang berterusan boleh penyumbang kepada cetusan emosi yang boleh menimbulkan ketidakpuasan kerjaya, seterusnya menjejaskan daya tahan gk dalam persekitaran kerja di sekolah. pandangan ini selari dengan pendapat Corey (2003:58) dalam pernyataannya; counseling can be a hazardous profession and its stresses stem from the nature of the work, from the professional role expectations of counselors, and from the individual dynamics of the practitioner.

Sehubungan itu, Brammer (1993), Combs (1982), dan Rogers (1961) menyarankan supaya kaunselor perlu mempunyai keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka. Justeru, kaunselor perlu mengukur kecekapan diri supaya dapat diselaraskan dengan ciri kaunselor yang berkesan dan beretika. Saranan ini menyokong pendapat Corey (2005: 34) yang menyatakan “the most important instruments you have to work with as a counselor is yourself as a person”.

64

Page 3: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

33

Apabila prestasi perkhidmatan gk dikaitkan dengan aspek kualiti peribadi dan profesionalisme, tiga persoalan dapat dibangkitkan: (1) mungkinkah ketidaksejahteraan psikologi gk berpunca daripada isu-isu berkaitan persepsi negatif dan salah faham masyarakat terhadap perkhidmatan yang dijalankan?, (2) mungkinkah ketidaksejahteraan psikologikal gk berpunca daripada pengaruh faktor cetusan emosi yang timbul akibat kesukaran menghadapi cabaran perkhidmatan yang semakin rencam? atau (3) adakah tekanan yang dialami berpunca daripada faktor peribadi gk yang meliputi aspek ketidakupayaan mengurus emosi atau kekurangan keyakinan diri dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti? semua persoalan tersebut memerlukan satu kajian introspektif yang terfokus agar gambaran yang jelas berhubung kualiti keperibadian gk diperoleh. beberapa pengkaji telah menyamakan daya ketahanan emosi dengan efikasi kendiri kaunseling (Shahril 2003; dan William 2004). peningkatan sesuatu aspek efikasi akan memperbaiki komitmen dan prestasi kerja seseorang (Bandura 1982; Larson 1992; Lin 1988). sehubungan itu, penilaian tahap kecekapan efikasi kendiri telah dijadikan kompetensi teras dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkesan (Martin, Easton, Wilson, Sullivan & Takemoto 2002).

3. KAJIAN LITERATUR

3.1 Efikasi Kendiri (Ek)

Efikasi kendiri (ek) ialah proses kognitif yang melibatkan pengukuran tahap keyakinan. kecekapan ek boleh menjadi pengantara dalam perubahan tingkah laku seseorang. Menurut Bandura (1982, 1997, 2003) ek merupakan suatu konsep yang berkaitan dengan kepercayaan peribadi tentang keupayaan mengamalkan kawalan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan seseorang. kecekapan individu mengawal sesuatu situasi mengikut Schwarzer & Jerusalem (1995) bergantung kepada peranan ek dalam menyediakan asas pertimbangan terhadap kepercayaan tentang kebolehan individu tersebut melaksanakan aktiviti dan mengurus situasi yang bakal dihadapi. kepercayaan peribadi merujuk kepada rasa berkebolehan untuk melakukan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan mengikut piawaian yang ditetapkan individu berkenaan. Persepsi diri tentang kebolehan untuk bertindak dengan cekap dan berkesan akan mempengaruhi individu dalam aspek; (a) tindakan dan pengendalian tingkah laku (b) pilihan samada untuk mendekati

suatu situasi dan persekitaran atau sebaliknya, dan (c) ketekunan melakukan tugasan tertentu (bandura 1997). Rasa berkebolehan untuk berjaya melakukan sesuatu mengikut piawaian yang diingini pula boleh meningkatkan estim kendiri dan seterusnya menaikkan ek seseorang. Sehubungan itu, sikap optimis dan harapan yang dipertaruhkan seseorang terhadap kebolehannya adalah asas kepada peningkatan ek. dengan kata lain, ek ialah anggaran keyakinan tentang kebolehan kendiri seseorang individu yang akan membantunya mencapai hasil sepertimana yang diharapkan.

Konsep ek bersandarkan kepada andaian

bahawa kesedaran terhadap ek menjadi penghubung antara pengetahuan seseorang untuk melakukan sesuatu tugas dengan perkara sebenar yang akan dilakukannya (Larson, Suzuki, Gillespie, Potenza, Bechtel, Toulouse 1992). Andaian ini disokong oleh Khoo dan Tan (2004) yang berpendapat bahawa ek akan membentuk espektasi atau harapan terhadap diri sendiri, kemudiannya akan mendorong kepada tindakan yang bakal diambil. semasa proses pelaksanaan suatu tindakan, individu yang mempunyai ek tinggi dikatakan akan mencungkil atau menggunakan seberapa banyak potensi peribadi yang dimilikinya untuk mencapai harapan yang telah dibentuk sejak awal. individu berefikasi tinggi seterusnya akan membuat tindakan-tindakan besar dengan komitmen yang berterusan bagi memastikan harapan yang dibentuk menjadi kenyataan. usaha tersebut akan membawa kepada kejayaan yang besar. kejayaan mencapai matlamat yang dibentuk secara realistik akan memperteguhkan eknya (Dacey & Kenny 1997). Pandangan tersebut menunjukkan bahawa ek berperanan dalam mempengaruhi kesediaan individu untuk melaksanakan suatu tugas dan menentukan tahap serta jenis usaha yang akan dilakukan untuk mencapai prestasi kejayaan yang ditentukan.

Kajian terdahulu telah membuktikan

bahawa persepsi terhadap ek akan mempengaruhi bentuk dan tahap kesukaran tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang. individu yang mempunyai ek tinggi didapati meminati tugas-tugas yang sukar dan melihatnya sebagai cabaran yang boleh diukur berbanding sebagai ancaman yang perlu dielakkan (Boundreaux 1998; Lin 1998; Orpen 1995; Stajkovic & Luthans 1998; Zimmerman 1995). Oleh yang demikian, individu yang mempunyai efikasi kendiri tinggi akan memperlihatkan ciri-ciri seperti pencapaian peribadi yang tinggi, rendah tahap tekanan dan tidak mudah tersinggung (Bandura

65

66

Page 4: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

34

2003). individu yang mempunyai ek rendah pula akan menjauhkan diri daripada tugas-tugas sukar yang dianggap sebagai ancaman peribadi (Betz 2000). Mereka mempunyai aspirasi dan komitmen yang rendah terhadap matlamat yang ingin dicapai. apabila berhadapan dengan tugas sukar, mereka akan melihat pada kekurangan diri, pelbagai halangan dan semua jenis situasi sukar, berbanding memberi perhatian terhadap cara untuk melaksanakannya. perasaan tidak berkemampuan menjadikan mereka kurang berusaha, cepat mengalah dan mudah terlibat dengan tekanan. Bagaimanapun, tahap efikasi individu tidak terus berkekalan pada semua tugasan kerana menurut Bandura (1993, 1997, 2003) persepsi terhadap ek adalah subjektif dan spesifik pada jenis tugas tertentu. Individu mungkin mempunyai efikasi tinggi dalam menghadapi situasi sosial yang sukar, namun ragu-ragu tentang kebolehan untuk menghadapi cabaran akademik. Selain itu, Marsh, Walker dan Debus (1991) berpendapat individu tidak perlu membandingkan efikasi kendirinya dengan orang lain kerana ek lebih melibatkan kepercayaan peribadi yang bersifat realistik untuk dirinya dalam melakukan tugas yang ditentukan.

Menurut Bandura (1997) ek boleh dipelajari. terdapat beberapa sumber yang boleh membina ek iaitu; (i) pengalaman masteri, (ii) pengalaman persekitaran (iii) rangsangan verbal dan (iv) keadaan fisiologi merangkumi pemikiran, fizikal dan emosi. sumber-sumber tersebut boleh berkembang, bergantung kepada cara individu dilayan, pengalaman kejayaan dan kegagalan dalam hidup serta pandangan individu itu sendiri terhadap pengalaman tersebut (Mischel 1963, 1973). Justeru, jika individu itu percaya bahawa dia boleh berjaya, maka dia akan mencuba sedaya upaya. hal ini menjadikan individu lebih yakin untuk berjaya. sebaliknya, jika individu berasa tidak mampu untuk berjaya maka dia akan menghadapi kegagalan kerana tiada usaha yang diupayakan untuk membolehkan dia berjaya (Pajares 1996). Pandangan tersebut menunjukkan ek lebih merupakan kepercayaan yang berorientasi masa depan dan melibatkan cara seseorang berfikir, berperasaan, bermotivasi dan bertingkah laku untuk melaksanakan tugas. selain itu, faktor ransangan peribadi dan persekitaran penting sebagai pendoroang dalam menjana pembinaan efikasi kendiri indivdu.

3.2 Efikasi Kendiri Kaunseling

Efikasi kendiri kaunseling (EkK) melibatkan penilaian kaunselor terhadap kebolehan dirinya menjalankan sesi kaunseling secara berkesan (Larson & Daniel 1998). EkK yang mantap dijangka dapat menghasilkan proses kaunseling yang teraputik dan berkesan secara berterusan. Hal ini disebabkan oleh kualiti keyakinan kaunselor boleh mempengaruhi keberkesanan hubungan antara kaunselor dengan klien dalam proses kaunseling (Corey 2005). Apabila kualiti keyakinan dapat dimanfaatkan ke dalam diri kaunselor, kemungkinan penghasilan proses kaunseling yang mantap dapat direalisasikan. justeru, memiliki kecekapan ek yang tinggi adalah penting dalam mengurus tingkah laku pelajar dan memperbaiki iklim sekolah (Brown 1999; Rusni 2004). Penghayatan kecekapan efikasi kendiri kaunseling dapat memupuk kesungguhan dalam menghasilkan kepuasan dan daya tahan ke arah mencapai matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Aminah (1984) menegaskan bahawa kejayaan perkhidmatan kaunseling di sekolah bergantung kepada dua faktor; (a) personaliti kaunselor dan (b) pengiktirafan pihak atasan dan ahli dalam sekolah berkenaan. Teori dan kajian lepas telah membuktikan bahawa kualiti peribadi kaunselor adalah ramuan terpenting dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan kaunseling (Brammer 1993; Combs 1982; & Rogers 1961). Menurut mereka, kaunselor perlu mempunyai keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan masyarakat. oleh itu, gk perlu mengukur kebolehan sendiri supaya dapat diselaraskan dengan ciri kaunselor berkesan dan beretika. Sehubungan itu, kajian ini mengkaji ciri-ciri efikasi dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di negeri selangor dan bagaimana gk membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling di dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

a. Apakah profil efikasi kendiri umum dan efikasi kendiri kaunseling GK sekolah menengah negeri Selangor secara keseluruhan?

b. Adakah terdapat perbezaan efikasi kendiri kaunseling (EkK) dan efikasi kendiri umum (EkU) GK sekolah menengah di negeri Selangor mengikut jantina, umur dan pengalaman sebagai guru kaunseling? .

67

Page 5: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

35

c. Bagaimanakah GK membina efikasi kendiri kaunseling?

d. Bagaimanakah GK menggunakan efikasi kendiri kaunseling semasa menjalankan tugasan bimbingan dan kaunseling di sekolah?

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Rekabentuk kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan dalam dua fasa. Kajian asal melibatkan kajian terhadap tiga pemboleh ubah iaitu kecerdasan emosi, efikasi kendiri (umum dan kaunseling) , dan komitmen GK. Namun untuk kajian ini, pelaporan hanya melibatkan pembolehubah efikasi kendiri umum dan efikasi kendiri kaunseling serta pembinaan dan penggunaan efikasi dalam perkhidmatan kaunseling. Kajian fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan penganalisisan data menggunakan soal selidik, iaitu instrumen efikasi kendiri kaunselor yang terdiri daripada efikasi kendiri umum (EkU) dan efikasi kendiri kaunseling (EkK). Fasa kedua pula menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah temubual individu secara mendalam bagi menjawab persoalan kajian.

Laporan dapatan fasa pertama bermula dengan penerangan tentang (a) ciri-ciri demografi responden kajian yang terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah menengah di negeri Selangor, (b) paparan graf profil EkU dan EkK guru-guru kaunseling secara keseluruhan di negeri Selangor. Statistik deskriptif, iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan bagi penghuraian profil responden serta menjawab persoalan kajian yang berkaitan. Selanjutnya penganalisisan data melibatkan statistik inferensi yang membincangkan tentang perbezaan EkU dan EkK GK berdasarkan faktor demografi jantina, umur dan pengalaman kaunseling, diikuti dengan penerangan berkaitan hubungan antara EkU dan EkK. Sehubungan itu, statistik inferensi yang merangkumi Ujian Analisis Varians Multivariat (MANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis kajian.

Fasa kedua pula menghuraikan hasil dapatan kajian kualitatif. Perbincangan adalah berdasarkan kepada analisis data temubual individu secara mendalam menurut perspektif empat orang peserta kajian. Huraian secara deskriptif dilakukan

berdasarkan kategori dan tema-tema yang terbentuk bagi menjawab persoalan kajian (a) bagaimana cara GK membina efikasi kendiri (EK) dan (b) bagaimana cara GK menggunakan EK semasa menjalankan tugas dan perkhidmatan. Data kualitatif ini dikumpulkan daripada empat orang peserta kajian yang terdiri daripada dua orang GK yang memperolehi skor kecekapan kecerdasan emosi paling tinggi dan dua orang yang memperolehi skor kecerdasan emosi paling rendah. Subjek kajian dikenalpasti daripada hasil dapatan kajian asal. Hasil dapatan yang menggambarkan pengalaman, amalan tingkah laku dan rasionalisasi peserta kajian diperoleh menerusi penjelasan petikan temubual secara verbatim (Marshall & Rossman 1995).

5.2 Subjek Kajian Kuantitatif

Kajian fasa pertama asalnya melibatkan 360 orang GK sekolah menengah dari enam buah daerah di negeri Selangor. Setelah menjalankan proses pembersihan data, hanya 306 sampel sahaja yang diterima untuk penganalisisan data selanjutnya. Jadual 1.0 menunjukkan profil demografi GK sekolah menengah negeri Selangor yang terlibat dengan kajian ini. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 69 orang (22.5%) terdiri daripada GK dari daerah Hulu Langat, 46 orang (15%) dari Gombak, 26 orang (8.5%) dari daerah Kuala Langat, 23 orang (7.5%) dari daerah Kuala Selangor, 83 orang (27.2%) dari daerah Petaling, dan 59 orang (19.3%) dari daerah Klang.

Dari segi komposisi mengikut jantina, data kajian menunjukkan 93 orang (30.4%) terdiri daripada GK lelaki dan 213 orang (69.6%) terdiri daripada GK perempuan. Dari komposisi kaum pula, data kajian menunjukkan 227 orang GK (74.2%) berketurunan Melayu, 37 (12.1%) kaum Cina, 40 orang (13.1%), kaum India dan 2 orang (0.7%) tidak menyatakan kaum dalam instrumen yang diberi. Profil berdasarkan kategori umur menunjukkan bahawa GK yang berumur kurang daripada 40 tahun adalah 188 orang (61.4%), manakala yang berumur lebih daripada 40 tahun adalah 118 orang (38.6%). Bagi tempoh pengalaman sebagai GK pula, terdapat 183 orang (59.8%) yang mempunyai pengalaman kaunseling kurang daripada 5 tahun dan 123 orang (40.2%) mempunyai pengalaman kaunseling melebihi 5 tahun. Data kajian juga menunjukkan bahawa sebahagian besar responden terdiri daripada mereka yang telah berkahwin, iaitu 280 orang (91.5%) dan hanya 26 orang (8.5%) yang belum berkahwin.

Page 6: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

36

5.3 Subjek Kajian Kualittatif

Empat orang subjek kajian telah dipilih daripada tiga ratus sampel dalam kajian tinjauan yang dijalankan ke atas guru-guru kaunseling sekolah menengah sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Subjek kajian terdiri daripada dua orang memperoleh skor Kecerdasan Emosi (KE) paling tinggi dan dua orang memperoleh skor KE paling rendah (Jadual 2.0 ).

6.0 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi tujuan pemerolehan data, empat jenis instrumen telah digunakan sebagai alat kajian utama dalam fasa pertama, diikuti dengan protokol temu bual individu dalam fasa kedua. Instrumen-instrumen berkaitan adalah seperti berikut: (a) Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU) dan (b) Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling (IEkK).

6.1 Alat Kajian Kuantitatif

6.1.1 Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU)

Kajian fasa pertama melibatkan penggunan Instrumen efikasi umum yang asal diadaptasi daripada instrumen The General Self-Efficacy Scales (GSES) oleh Schwarzer (1992). Instrumen GSES asal telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Haslee Shahril (2003) dan diujisahkan dalam satu kajian awal sebelum digunakan dalam kajian sebenar. Instrumen ini telah diuji ke atas 615 orang kaunselor sepenuh masa sekolah menengah dalam kajian untuk melihat daya ketahanan kaunselor sekolah di Malaysia. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpa untuk instrumen asal ini ialah .84, sementara bacaan Guttman Split-Half pula ialah .85. Instrumen asal GSES mengandungi 10 item yang setiap item menggunakan jawapan skala likert 5-mata iaitu 1-Sangat Tidak Benar, 2- Benar, 3- Tidak Pasti, 4- Benar, dan 5- Sangat Benar.

Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah menambah 10 lagi item efikasi kendiri umum (EkU), menjadikannya 20 item yang mempunyai kaitan dengan skop persekitaran tugas guru bimbingan dan kaunseling (B&K) di sekolah. Pertambahan item adalah berdasarkan senarai tugas pengurusan perkhidmatan guru B&K di sekolah menengah (Pekeliling Iktisas Bil.3/96, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia) dan kajian kepustakaan berkaitan isu dan permasalahan guru B&K di sekolah menengah. Instrumen yang dimurnikan dengan penambahan item ini telah dirintis untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahannya. Hasil ujian rintis dijalankan ke atas 113 orang guru kaunseling sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kajian mendapati daripada 20 item yang dirintiskan, hanya lapan item yang dikekalkan selepas analisis faktor. Kelapan-lapan item tersebut

68

69

Page 7: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

37

mempunyai nilai practical significance iaitu dari 0.585 hingga 0.790. Sebagai rumusan, Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU) mempunyai lapan item yang menggunakan Skala Likert 5-mata iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak pasti, 4-Setuju, dan 5- Sangat Setuju. Item-item ini merujuk kepada aspek pemikiran, perasaan dan tindakan GK dalam mengurus tugas bimbingan yang merangkumi aspek pengurusan hubungan dan konflik atau cabaran dalam perkhidmatan.

6.1.2 Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling (IEkK)

Instrumen IEkK ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kerangka konseptual kajian dan hasil kajian kepustakaan (Easton 2005; Larson 1992; William 2004). Secara khusus, instrumen efikasi kendiri kaunseling (IEkK) yang dibina telah mengadaptasi konstruk yang terdapat dalam Instrumen Counseling Self-Efficacy-COSE oleh Larson (1992). Lima konstruk COSE ialah kepercayaan dalam kebolehan (i) mengamalkan kemahiran mikro kaunseling, (ii) kemahiran melayan dalam proses kaunseling, (iii) kemahiran berhadapan dengan tingkah laku bermasalah klien, (iv) bertindak secara cekap mengikut budaya, dan (v) menyedari nilai sendiri. Konstruk tersebut didapati sejajar dengan aspek kemahiran dalam perkhidmatan kaunseling di negara ini. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang instrumen asal Counseling Self-Efficacy Estimated-COSE oleh Larson (1992). Konsistensi dalaman keseluruhan instrumen COSE ialah 0.93 dan kebolehpercayaan pengujian test-retest selama tiga minggu ialah 0.87 (Larson 1992). Walau bagaimanapun, bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah membina sendiri item-item dalam instrumen EkK dengan menggunakan lima konstruk utama seperti dalam instrumen COSE (Larson, 1992), iaitu efikasi dalam (a) kemahiran mikro kaunseling, (b) dalam proses kaunseling, (c) menangani tingkah laku bermasalah klien, (d) kesedaran kecekapan budaya, (e) kesedaran tentang nilai peribadi.

Instrumen asal yang dibina mempunyai lima konstruk dengan 187 item, selepas pengujian analisis faktor menggunakan putaran varimaks, didapati tidak semua item yang diuji terkumpul dalam satu konstruk yang sama (item berserakan pada beberapa kelompok). Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih kelompok yang

mengandungi item bernilai 0.5 ke atas dan terkumpul dalam satu kelompok berbanding kelompok yang lain. Berdasarkan nilai factor loading 0.50 bagi 100 hingga 120 sampel (Hair, Anderson, Tatham, & Black 1998) item-item terkumpul telah melalui beberapa pusingan proses pengguguran item (putaran varimaks) sehingga diperoleh item terpilih, iaitu item yang mempunyai nilai melebihi 0.50. Akhirnya, daripada 187 item yang diuji, hanya 41 item sahaja yang dapat dikekalkan dan selebihnya telah digugurkan kerana mempunyai indeks kesahan item factor loading kurang daripada 0.50. Secara keseluruhan nilai faktor loading 41 item yang terpilih ialah di antara 0.556 hingga 0.871.

6.2 Alat Kajian Kualitatif

Peserta kajian telah ditemubual secara mendalam dengan menggunakan protokol temu bual berdasarkan prosedur temu bual berstruktur penilaian kehidupan kerjaya atau Life Career Assessment oleh Golman (1990) dalam Gysbers et.al (2002). Pemprosesan data kajian temu bual ini melalui tiga langkah, bermula dengan; (a) proses mereduksi data yang melibatkan kerja memilih, memfokus, memudah dan menyaring apa yang terdapat dalam data yang ditranskripsikan. Seterusnya, (b) memaparkan data yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif, graf, rajah pokok dan carta (Miles & Huberman 1994). Analisis terakhir melibatkan aspek (c) membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kesemua respons lisan subjek kajian ditranskripsi dan di analisis menggunakan perisian NVivo 2.0. Di peringkat ini, pengkaji mengintepretasi makna di sebalik tema yang diperoleh secara mendalam selaras dengan matlamat persoalan kajian.

Sebagai kesimpulan pemprosesan data kualitatif menggunakan perisian NVivo 2.0 melibatkan aktiviti (i) pemindahan data temu bual microsoft word kepada bentuk rich text format (rtf), (ii) membentuk projek (create project), (iii) browse document untuk membuka fail rtf yang ingin dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan data, penyusunan data dalam bentuk gambar rajah pokok yang menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara kelompok data dan analisis frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi diperoleh dengan menggunakan arahan seperti

70

Page 8: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

38

Browse Node, Explanation-building, Assay Scope, Boolean Search, Matric Intersection, Documen Attribute dan Explore Model untuk menjawab persoalan kajian yang dikaji.

6.2.1 Prosedur Mengumpul Data Kuantitif

Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data secara berturutan. Gabungan pendekatan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif melibatkan pentadbiran soal selidik dalam fasa pertama dan temu bual individu dalam fasa kedua. Sehubungan itu, hasil dapatan fasa pertama dijadikan rujukan dalam menentukan pemilihan subjek kajian untuk pengumpulan data fasa kedua.

6.2.2 Prosedur Mengumpul Data Kualitatif

Data kajian ini diperolehi daripada peserta kajian terpilih yang terdiri daripada GK yang memperoleh skor KE yang tinggi dan rendah dalam kajian fasa pertama (kajian tinjauan). Sebelum kajian sebenar dijalankan beberapa prosedur telah dilalui termasuk membina protokol temu bual dan mengurus proses temu bual bersama subjek kajian bagi menjawab persoalan; bagaimana GK membina dan menggunakan EK semasa menjalankan perkhidmatan B&K. Rajah 1.0 menunjukkan carta aliran prosedur pengumpulan data kualitatif (fasa 2) bermula daripada peringkat awal hingga akhir dan Rajah 1.2 carta aliran pengumpulan data temu bual.

7.0 PENGANALISISAN DATA

7.1 Data Kuantitatif dan kualitatif

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik akan dikodkan dan dimasukkan ke dalam komputer. Data-data tersebut dianalisis menggunakan perisian program “Statistic Package For The Social Science Version 11.5” (SPSS 11.5). Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif frekuensi, peratusan, dan min digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh profil efikasi kendiri umum (EkU) dan efikasi kendiri kaunseling (EkK) subjek kajian. Manakala analisis statistik inferensi digunakan untuk melihat perbezaan yang wujud di antara pemboleh ubah EkU dan EkK yang dikaji berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai GK

7.2 Analisis Data Kualitatif (Temubual Individu)

Penganalisisan data kualitatif dilakukan secara serentak dengan proses pengumpulan data mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh Creswell (2005) dan Miles & Huberman (1994). Pemprosesan data kajian temu bual ini melalui tiga langkah, bermula dengan (a) proses mereduksi data melibatkan kerja memilih, memfokus, dan menyaring apa yang terdapat dalam data kualitatif yang telah ditranskripsikan. Proses ini dilakukan dari awal data dikumpul sehingga kesemua data selesai dikumpul bagi tujuan menyusun semula data, menggugurkan bahagian yang tidak menyumbang kepada kajian dan membuat kesimpulan. Proses reduksi data juga melibatkan aktiviti membuat ringkasan, mengekod, mencungkil tema dan membuat pengelompokan (kategori).

Secara jelas proses reduksi bertujuan membantu pengkaji untuk memastikan data-data yang relevan dan berkaitan bagi menjawab persoalan kajian. Seterusnya dengan aktiviti (b) memaparkan data yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif, graf, rajah pokok dan carta (Miles & Huberman 1994). Paparan data yang sering digunakan dalam kajian adalah bentuk naratif. Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, pengkaji memaparkan data mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian (rajah model, jadual Essay Scope, jadual perbandingan dan naratif). Analisis terakhir melibatkan aspek (c) membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kesemua respons lisan subjek kajian ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVivo

71

Page 9: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

39

2.0. Di peringkat ini, pengkaji menginterpretasikan makna di sebalik tema yang diperolehi secara mendalam selaras dengan matlamat persoalan kajian.

Sebagai kesimpulan pemprosesan data kualitatif menggunakan perisian NVivo 2.0 melibatkan aktiviti (i) pemindahan data temu bual microsoft word kepada bentuk rich text format (rtf), (ii) membentuk projek (create project), (iii) browse document untuk membuka fail rtf yang ingin dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan data kesemua dianalisis, penyusunan data dalam bentuk gambar rajah pokok yang menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara kelompok data dan analisis frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi diperoleh dengan menggunakan arahan seperti Browse Node, Explanation-building, Assay Scope, Boolean Search, Matric Intersection, Documen Attribute dan Explore Model untuk menjawab persoalan kajian yang dikaji.

7.3 Dapatan Kajian Kuantitatif

a. Profil Efikasi Kendiri (Umum dan Kaunseling) GK Sekolah Menengah Negeri Selangor

Profil EK GK menggambarkan min peratus skor bagi lima subdomain efikasi kendiri kaunseling (EkK) dan domain efikasi kendiri umum (EkU). Skor min peratus bagi enam daerah yang dikaji telah dijumlahkan bagi memperoleh skor min peratus keseluruhan setiap subdomain EkK dan EkU GK negeri Selangor. Hal tersebut ditunjukkan melalui Jadual 4.4. EkK diwakili oleh lima subdomain yang meliputi (a) efikasi dalam kemahiran mikro, (b) efikasi semasa menjalankan proses kaunseling, (c) efikasi menangani tingkah laku bermasalah klien, (d) efikasi dalam kesedaran budaya dan (e) efikasi dalam kesedaran nilai peribadi. EkU dilihat secara berasingan pada satu domain. Hasil dapatan keseluruhan skor min peratus EK GK di negeri Selangor dapat dilihat menerusi jadual 3.0 dan rajah graf profil 1.0.

Graf profil EK GK keseluruhan negeri Selangor dibina berasaskan skor min peratus bagi setiap domain yang dikaji (Jadual 4.4). Graf profil efikasi kendiri GK yang dibina merangkumi profil enam domain dalam EK iaitu EK dalam kemahiran mikro, EK dalam menjalankan proses kaunseling, EK dalam menangani tingkah laku bermasalah klien, EK dalam kesedaran budaya, EK dalam kesedaran nilai peribadi, dan EK umum (EkU). Berdasarkan skor yang diperoleh pada setiap domain, jumlah purata peratus EkK bagi GK dalam kajian ini ialah 80.35. Skor EkU secara keseluruhan ialah 80.17.

72

Page 10: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

40

Rajah 3.0, graf profil efikasi kendiri kaunselor guru-guru kaunseling keseluruhan negeri Selangor menggambarkan bahawa profil efikasi dalam kesedaran nilai (86.91%) mengatasi efikasi kendiri kemahiran mikro (83.37%), diikuti efikasi kendiri semasa menjalankan proses kaunseling (82.12%), efikasi kesedaran budaya (78.75%) dan diakhiri dengan efikasi dalam menangani tingkah laku bermasalah klien (70.61%). Jumlah skor keseluruhan efikasi kendiri kaunseling ialah 80.35%, manakala skor efikasi kendiri umum ialah 80.17. Dapat disimpulkan bahawa guru-guru kaunseling yang dikaji mempunyai EK keseluruhan yang sederhana dengan penekanan yang berbeza-beza (sederhana ke tinggi) pada domain-domain yang dikaji. Rajah profil menunjukkan domain EkK yang memperoleh skor melebihi skor purata peratus (80.35) ialah EK dalam kesedaran nilai peribadi, kemahiran mikro dan semasa proses kaunseling. Manakala EK dalam kesedaran budaya dan menangani tingkah laku bermasalah klien didapati kurang daripada skor purata peratus keseluruhan.

c. Dapatan Perbezaan EK dan Efikasi Kendiri Kaunseling GK Sekolah Menengah Negeri Selangor.

Perbezaan efikasi kendiri kaunseling(EkK) dan efikasi kendiri umum (EkU) GK di Selangor berdasarkan jantina, umur dan pengalaman kaunseling?

Untuk menjawab persoalan kajian yang bertujuan untuk melihat perbezaan pemboleh ubah bersandar dengan tiga pemboleh ubah tak bersandar secara serentak, ujian MANOVA digunakan bagi menguji hipotesis Ho.1 hingga Ho. 3

Hipotesis Null bagi persoalan kajian 2 adalah seperti yang berikut:

Ho.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK sekolah menengah negeri Selangor berdasarkan faktor jantina.

Ho.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK sekolah menengah negeri Selangor berdasarkan faktor umur.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK sekolah menengah negeri Selangor

berdasarkan faktor pengalaman sebagai guru kaunseling.

Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan

EkK dan EkU yang signifikan berdasarkan faktor jantina dan umur. Hal ini dapat dilihat apabila nilai Pillai’s Trace = 0.034, F (2,286) = 2.489, p = 0.044 (p<0.05) dan partial eta squared = 0.034 bagi jantina. Dari segi nilai kesan, nilai η2 tersebut adalah kecil. Keputusan analisis menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan dalam gabungan pemboleh ubah bersandar yang dikaji antara GK lelaki dan GK perempuan. Keadaan ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1) ditolak.

Seterusnya, perbandingan pemboleh ubah bersandar EkK dan EkU berdasarkan faktor umur menunjukkan nilai Pillai’s Trace = 0.068, F (2,286) = 5.249 dan p = 0.000 (p<0.05) dan partial eta squared = 0.056. Dari segi nilai kesan, nilai η2

tersebut adalah sederhana. Keputusan ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi EkK dan EkU dalam kalangan GK yang berumur di bawah 40 tahun berbanding guru kaunseling yang berumur di atas 40 tahun. Ini bermakna hipotesis nol (Ho2) ditolak. Walau bagaimanapun, keputusan analisis selanjutnya menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pemboleh ubah bersandar EkK dan EkU dalam kalangan GK berdasarkan pengalaman kaunseling. Hal ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada nilai Pillai’s Trace bagi kategori pengalaman ialah 0.026, F (2,286) = 1.887 dan p = 0.113 (p>0.05) dan partial eta squared = 0.026. Dengan itu, hipotesis nol (Ho3) diterima.

7.4 Dapatan Kajian Kualitatif

Analisis data NVivo telah menghasilkan tujuh kategori utama bagaimana guru kaunseling menjana kecekapan Efikasi Kendiri Kaunseling (EkK). Tiga kategori utama mewakili bagaimana guru kaunseling membina efikasi kendiri kaunseling dan empat kategori mewakili bagaimana guru kaunseling menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Tiga kategori utama yang melibatkan cara membina EkK ialah; (1) perkembangan sahsiah kerjaya secara holistik, (2) sumber perangsang yang menjana kematangan sahsiah kerjaya dan (3) kejelasan peranan GK. Setiap kategori tersebut mempunyai tema-tema dan subtema yang mencerminkan keseluruhan makna kategori berkenaan (Rajah 4.0)

73

Page 11: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

41

Bagi kategori pertama penjanaan efikasi kendiri kaunseling menerusi pembinaan sahsiah kerjaya secara holistik, tujuh sub-tema yang muncul iaitu; pertama, ketelitian dalam daya fikir, tema ini menggambarkan bahawa guru kaunseling boleh membina efikasi kendiri apabila mereka mampu menilai kelebihan dan kekurangan diri, berkecenderungan untuk membentuk matlamat perkhidmatan, berfikiran terbuka dalam menjana kreativiti, kecenderungan membuat refleksi kendiri dan berupaya menganalisis sesuatu secara konstruktif. Kedua, kestabilan emosi dalam membina hubungan berkesan. Tema ini menerangkan bahawa guru kaunseling juga boleh membina efikasi kendiri apabila mereka memiliki ciri-ciri kepekaan atau sensitiviti emosi pada suasana persekitaran, kesediaan menghargai orang lain, mengamalkan kemahiran empati, dan menikmati kepuasan dan rasa selamat. Ketiga, kejujuran memanfaatkan sumber kendiri yang digambarkan menerusi kesediaan guru kaunseling untuk mengiktiraf kejayaan kendiri, memupuk minat menerusi proses retooling, menjana hasrat mencontohi kejayaan individu lain, menghayati nilai-nilai spiritual dalam kehidupan dan menilai tahap fisiologi kendiri. Selain itu, guru kaunseling juga akan boleh membina efikasi kendiri menerusi sub tema yang ke empat iaitu; kesungguhan menjana hubungan kerja yang harmoni. Tema ini digambarkan menerusi tindakan segera guru

kaunseling dalam menyelesaikan sebarang konflik yang timbul, berterusan dalam usaha menyelesaikan konflik walaupun secara senyap, kesediaan untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak, suka mewujudkan budaya kerja berpasukan. Sub tema ke lima ialah kecenderungan mendorong semangat membantu, yang diwakili oleh enam ciri iaitu kesedaran terhadap tahap kemampuan diri, mempunyai kecenderungan minat untuk membantu, mempunyai inisiatif untuk mempertingkat diri, bersikap terbuka terhadap perkara-perkara baru, berani mengambil tanggungjawab dan menghayati ciri dorongan pencapaian atau ingin berjaya dalam melaksanakan sebarang tugas. Sub tema ke enam ialah ketekalan daya tahan. Tema ini digambarkan menerusi ketekunan guru kaunseling dalam meneruskan komitmen, kecekalan mereka untuk mengatasi halangan dan perancangan untuk menghadapi halangan. Akhir sekali sub tema ke tujuh ialah kegigihan guru kaunseling membina pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan menerusi usaha mempertingkat pengetahuan dan kemahiran secara formal dan menerusi sumber luaran.

Bagi kategori kedua iaitu sumber perangsang sahsiah kerjaya, tiga tema utama yang ditemui ialah pertama, kecekapan sifat idola kehidupan, yang menerangkan guru kaunseling boleh membina efikasi kendiri dengan mencontohi kecekapan idola kehidupan yang memiliki sifat kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, kemahiran empati dan kemahiran sosial yang tinggi. Kedua, pengalaman yang menjana kecekapan kerjaya yang menerangkan guru kaunseling boleh membina efikasi menerusi pengalaman masteri berbentuk pengalaman input yang mencetus celik akal kerjaya kaunseling, pengalaman proses yang mempimpin penilaian kendiri kaunselor, pengalaman output yang mempimpin pencapaian matlamat, dan ketiga, pengalaman yang menjana perubahan sahsiah pelajar, seperti pengalaman masteri yang berbentuk pengalaman input yang memimpin celik akal kehidupan pelajar, pengalaman proses yang mempimpin penilaian kendiri pelajar, dan pengalaman output yang memimpin perubahan diri pelajar.

Manakala bagi kategori ketiga, kejelasan peranan GK, dua tema utama yang timbul ialah, pertama; kejelasan tanggungjawab tugas bimbingan, yang digambarkan menerusi tiga subtema iaitu jelas matlamat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, kesedaran fungsi guru

74

Page 12: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

42

bimbingan dan pengetahuan yang jelas tentang skop bidang tugas bimbingan. Kedua, kejelasan tanggungjawab tugas kaunseling yang bermaksud guru kaunseling perlu jelas dengan matlamat kaunseling, mempunyai kecekapan dalam kemahiran kaunseling, dan kejelasan tentang amalan etika kaunseling.

Seterusnya analisis Nvivo mendapati GK menggunakan EK dalam empat situasi, iaitu semasa GK (1) menjana proses pemikiran kritis kendiri, (2) membentuk daya pengendalian tindakan, (3) menjana daya tahan menghadapi situasi sukar dan (4) membentuk hala tuju dalam membina prestasi kerjaya. Bagi kategori pertama, menjana proses pemikiran kritis, dua tema yang muncul ialah (a) membina pemikiran kritikal (tiga subtema: menilai kelebihan peribadi, kekurangan kualiti peribadi dan penerimaan kendiri) dan (b) membentuk cara kawalan situasi (dua subtema: pemikiran analitikal dan ketegasan komitmen). Tema ini menerangkan bahawa GK akan menggunakan kecekapan efikasi kendiri kaunseling mereka semasa menilai kelebihan peribadi, kekurangan diri. Kebolehan menerima kelebihan dan kekurangan kendiri membuat mereka dapat menerima kendiri. Seterusnya, efikasi kendiri digunakan semasa GK membentuk cara mengawal situasi yang mana mereka akan rasa berkebolehan untuk berfikir secara analitik dan mempunyai komitmen yang tegas. Keupayaan memproses maklumat secara kritis sedemikian boleh membantu GK membina keyakinan diri dalam menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan.

Seterusnya, bagi kategori kedua, membentuk daya pengendalian tindakan, dua tema yang mencerminkan kategori ini ialah (a) membentuk tanggapan kemampuan diri (tiga subtema: rasa berkebolehan, membentuk jangkaan jenis tindakan dan membentuk jangkaan hasil tindakan) dan (b) merangka ikhtiar mempengaruhi pencapaian (empat subtema: rancang strategi, yakin dan berani mengambil tanggungjawab, nikmati kepuasan hadapi kejayaan dan penerusan daya tahan). Kategori pertama menerangkan bahawa GK menggunakan efikasi kendiri semasa proses membentuk tanggapan kemampuan diri yang mencakupi rasa berkebolehan, membentuk jangkaan jenis tindakan dan jangkaan hasil tindakan. Seterusnya, kategori kedua pula menerangkan GK menggunakan efikasi kendiri semasa merancang strategi, menjana keyakinan dan keberanian mengambil tanggungjawab, menikmati kepuasan

semasa menghadapi kejayaan dan semasa meneruskan daya tahan. Sebagai rumusan, penggunan efikasi kendiri kaunseling semasa membentuk pengendalian tindakan adalah penting kerana tanggungjawab sebagai GK di sekolah sangat mencabar. Untuk menghadapi situasi adverse yang datang daripada pelbagai sudut, GK perlu cekap menggunakan efikasi kendiri.

Untuk kategori ketiga, menjana daya tahan hadapi situasi sukar, dua tema yang muncul ialah (a) membentuk pendekatan menguasai pemikiran hadapi ancaman (tiga subtema: pendekatan rasional, emosional dan tindakan) dan (b) membentuk daya tindak kawalan hadapi ancaman (dua subtema: hadapi dengan berani dan hindari dengan tenang). Akhir sekali, kategori keempat bagaimana GK menggunakan EK dalam perkhidmatan ialah ketika membuat pemilihan hala tuju membina prestasi kerjaya. Dua tema utama yang ditemui ialah (a) membentuk kesediaan mencapai matlamat kerjaya (dua subtema: sedia melaksanakan tanggungjawab tugas dan sedia memupuk penghayatan nilai) dan (b) menjana pembinaan kompetensi atau kecekapan kerjaya (tiga subtema: kecenderungan minat bidang, cenderungan bina hubungan dan cenderung pertingkat ilmu dan kemahiran bidang).

8.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini mempunyai implikasi positif kepada GK dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan. Kajian ini membuktikan kesedaran dan penghayatan EK memberi impak yang besar terhadap komitmen GK dalam menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Hal ini menggambarkan amalan profesional GK yang berlandaskan matlamat yang jelas dan disertai aras keyakinan yang tinggi boleh menyerlahkan keterampilan profesionalisme kaunseling. Sehubungan itu, GK perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep dan elemen-elemen utama yang terkandung dalam kecekapan efikasi kendiri (umum dan kaunseling). Kecekapan tersebut perlu diterjemahkan ke dalam tugas pada kedua-dua skop bidang perkhidmatan iaitu bidang bimbingan dan kaunseling. Ini bermakna penghayatan kecekapan EK perlu menyeluruh, sama ada ketika menjalankan tanggungjawab memimpin dalam sesi kaunseling atau semasa mengurus program-program pengembangan. Hasil kajian telah membuktikan bahawa untuk membina kualiti peribadi profesionalisme guru kaunseling yang holistik, dua perkara utama perlu dikuasai iaitu;

75

Page 13: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

43

mendalami aspek pengetahuan dan menjana aspek penghayatan kecekapan EK dalam pekerjaan. Hasil kajian lepas telah banyak mengaitkan aspek keyakinan dengan kecekapan profesionalisme personali kaunseling yang berkualiti (Brammer & Egan 2007; Lambert 1992; Rogers 1951).

Implikasi kedua dapatan kajian menunjukkan GK perlu menyedari bahawa membina efikasi kendiri merupakan suatu tuntutan profesional. Pembinaaan aras keyakinan yang tinggi dalam efikasi kendiri umum dan kaunseling adalah penting kerana GK dipertanggungjawab untuk melaksanakan dua skop bidang kerja yang luas, iaitu perkhidmatan membimbing pelajar secara umum dan membimbing pelajar secara klinikal dalam sesi kaunseling. Penghayatan efikasi kendiri kaunseling yang tinggi semasa menguruskan kedua-dua skop tugasan perkhidmatan akan menjana rasa berkebolehan seterusnya memantapkan keyakinan GK. Kecekapan ini akan memantapkan keyakinan serta memacu komitmen GK dengan perkhidmatan profesionalisme bimbingan dan kaunseling di sekolah (Gambang 2005; Haslee 2003; Martita 1999). Sehubungan itu, kajian menyarankan agar GK (i) melipatgandakan usaha menjana interaksi hubungan dengan pelbagai lapisan warga sekolah, (ii) menanam azam untuk mencontohi ciri-ciri kepimpinan individu atau pakar-pakar bidang yang telah berjaya, (iii) membudayakan kecekapan membuat refleksi kritikal dengan mempertautkan pengalaman-pengalaman lepas dengan falsafah insan dan ketuhanan, (iv) memperluas penglibatan dalam pelbagai bentuk pengalaman di dalam dan di luar skop bidang perkhidmatan B&K, dan (v) memperkasa komitmen untuk menjalankan sesi kaunseling secara serius dan terancang. Kejayaan melaksanakan tanggungjawab tersebut akan dapat menjana kepuasan dan keyakinan diri GK. Pengiktirafan kendiri yang terbina mampu mempertingkatkan aras keyakinan GK dalam menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan dan profesional.

Selain itu, kajian ini mencadangkan supaya GK juga perlu (a) kreatif dalam usaha mendapatkan sokongan warga sekolah terhadap perkhidmatan B&K, (b) mengenalpasti warga sekolah yang berpotensi dan berminat dengan perkhidmatan menolong bagi membentuk ‘task force’ atau kumpulan penggerak yang komited, (c) menyebarkan maklumat tentang peranan dan kepakaran guru kaunseling kepada warga sekolah, (c) mendekati tugas secara terancang dan sistematik

dengan mengambilkira keperluan utama sekolah, (d) mendapatkan khidmat konsultasi atau runding cara dengan warga sekolah khasnya pihak pentadbiran, (e) membudaya pendekatan membina, (f) mengemaskini pengetahuan dan kemahiran-kemahiran profesional, (g) berbincang dengan pendidik kaunselor tentang bidang-bidang kurikulum yang boleh dijadikan kekuatan dalam membina keperluan kemahiran kerjaya dan kehidupan pelajar, dan (h) menyediakan program in-house untuk kakitangan dan guru-guru sekolah. Cadangan di atas sejajar dengan pandangan Staley (1997) tentang peranan kaunselor sekolah dalam menangani pelbagai cabaran abad 21.

Implikasi seterusnya ialah terhadap aspek perancangan dan pengurusan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Beberapa tindakan boleh dilaksanakan ke arah membina keyakinan sekaligus memartabatkan profesionalisme GK di negara ini. Antaranya termasuk; GK diberi peluang untuk (a) menjalani latihan pembinaaan kecekapan EK dalam kursus-kursus peningkatan profesionalisme GK, (b) mewujudkan pusat giat GK di setiap daerah bagi membolehkan GK menjalankan aktiviti pembinaan EK menerusi perbincangan isu peribadi dan profesional dalam kumpulan seperti ‘personal group therapy’, (c) memperkasa program mentorship dan (d) memasukkan kurikulum kecekapan dalam program atau bengkel Membina Insan Pelajar dan Program Pembangunan dan Peningkatan Profesionalisme Guru serta kakitangan sekolah. Cadangan yang disarankan bertujuan untuk membina efikasi kendiri (EK) dan kecekapan peribadi dan sosial guru kaunseling menerusi program-program penjanaan profesionalisme kaunselor.

Implikasi seterusnya ke atas penyediaan program latihan di institusi latihan kaunselor. Program-program latihan kaunseling perlu menjurus kepada aktiviti membina keterampilan peribadi GK (seperti aktiviti memimpin latihan permainan kaunseling, pengucaan awam, dan latihan kepimpinan majlis kerohanian) dan aktiviti membina kecekapan sosial yang melibatkan integrasi pelbagai kaum. Cadangan ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang menunjukkan pengalaman masteri yang dilalui semasa latihan pendidikan kaunseling dapat menjana kreativiti, keterbukaan minda, dan kecekapan sosial. Selain itu, perlaksanaan aktiviti bidang B&K secara berpasukan dan sistematik yang menggunakan pendekatan ‘school based

76

Page 14: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

44

attachment’ boleh menyediakan pengalaman menjana keyakinan, sikap berdikari dan berkolaborasi semasa menjalankan tugas dalam seting pekerjaan yang sebenar. Sebagai rumusan penerapan kecekapan EK dalam latihan pendidikan kaunselor secara teoritikal dan praktikal dapat memperteguh keyakinan dan ketrampilan semasa melaksanakan tanggungjawab kepimpinan kaunseling di sekolah.

Implikasi seterusnya ialah kepada pihak pentadbir, kepimpinan dan guru-guru di sekolah. GK merupakan personalia utama di barisan hadapan sekolah yang berusaha membina kecemerlangan sahsiah pelajar. Mereka memainkan peranan besar dalam tanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana dan menilai program dalam perkhidmatan B&K di sekolah. Oleh itu, maklum balas dan kerjasama pihak pentadbir dan rakan sekerja sangat penting bagi menjana keyakinan GK dalam menjayakan program B&K dengan berkesan. Hasil kajian mendapati sokongan dan kepercayaan pihak pentadbir menjadi perangsang yang boleh membangkitkan keyakinan GK semasa melaksanakan tanggungjawab B&K, namun demikian terdapat juga peserta kajian yang mengalami pengalaman sukar dalam memperoleh kepercayaan, sokongan dan penerimaan daripada pihak pentadbir serta rakan guru. Tanggapan negatif guru-guru terhadap jawatan GK sepenuh masa telah menghalang mereka daripada memberi kerjasama kepada GK dalam program perkembangan yang dirancang.

Cadangan yang dikemukakan memerlukan penggemblengan usaha pelbagai pihak secara komited disertai dengan penghayatan nilai-nilai kecekapan emosi. Hal ini bertujuan supaya usaha menjana EK dapat dilaksanakan secara selamat dalam persekitaran yang kondusif. Sejajar dengan saranan Stone (2005) supaya pengetua dan timbalan pengetua sekolah yang membudayakan ciri-ciri kecerdasan emosi yang tinggi dengan menghidupkan nilai-nilai kemanusiaan menerusi pengiktirafan positif sesama manusia akan menyumbang kepada terbinanya keyakinan individu. Dengan itu, matlamat visi perkhidmatan B&K sekolah yang menjurus kepada usaha melahirkan generasi yang menghayati ciri-ciri kemanusiaan dan nilai-nilai kecemerlangan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020.

9. PENUTUP

Perkhidmatan B&K merupakan bidang ilmu yang semakin berkembang dan menjadi keperluan penting kepada masyarakat di negara ini, khususnya para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, usaha melahirkan sahsiah GK yang berpersonaliti unggul merupakan suatu keperluan yang kritikal. Hal ini disebabkan GK di sekolah perlu memikul amanah memimpin generasi pewaris ke arah memaksimumkan potensi akal, hati dan budi (kecekapan insan cemerlang). Tanggungjawab tersebut memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kalangan GK. Sehubungan itu, tahap Efikasi Kendiri GK yang masih berada di tahap sederhana menggambarkan bahawa kesedaran yang tinggi perlu ada pada GK sendiri dan pihak-pihak berkaitan yang menyokong usaha memartabatkan kualiti profesion kaunseling. Kesedaran pemikiran tersebut akan dapat menjana usaha dan tindakan positif ke arah memperkasa kecekapan EK secara terancang dan berterusan. Sebagai kesimpulan, keseluruhan dapatan menunjukkan guru kaunseling sekolah perlu mempunyai idea yang jelas tentang cara bagaimana untuk membina dan bila untuk menggunakan kecekapan efikasi kendiri semasa menjalankan perkhidmatan kaunseling. Hal ini boleh membantu guru kaunseling menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan berkesan, sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap perkembangan profesionalisme dirinya sebagai guru kaunseling.

RUJUKAN

Aminah Hj. Hashim. (1984). Bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan menengah. Persatuan Kaunselor Malaysia. Jurnal PERKAMA 1: 21-27.

Asrah Datok Ambas. (2003). Perkembangan profesion yang berterusan. Seminar Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in human agency. American Psychologist 37: 122-147.

Bandura. A. (1986). Self-eficacy. In A.Bandura (pnyt.), social foundations of thought and action: a social cognitive theory, hlm. 45-61. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.

77

Page 15: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

45

Bandura, A. (1989). Human agency in social cognitive theory. American Psychologist 44: 1175-1184.

Bandura, A. (1990). Perceived self-efficacy in the exercise of personal agency. Applied Sport Psychology 2: 128-163.

Bandura, A. (1991). Social cognitive theory of self-regulation. Organization Behavior and Human Decision Making Processes 50: 248-287.

Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning. Educational Psychologist 28: 117-148.

Bandura, A. (1994). Self-eficacy. Dlm. V. S. Ramachaudran (Pnyt.), Encyclopedia Of Human Behavior, Vol. 4, hlm. 71-81. New York: Academic Press.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy in changing societies. New York.: Cambridge University Press.

Bandura, A. (2003). Self efficacy: The exercise of control. New York: Freeman and Company.

Brammer, L.M & Macdonald, G. (1999). The Helping Relationship: Process And Skills. Ma: Allyn And Bacon.

Barret, K., Riggar, T.F., Flowers, C.R., Crimando, W. & Bailey, T. (1997). The turnover Dilemma: A disease with solution. The Journal of Rehabilitation 63 (2): 36-47.

Belkin, G. (1981). Practical counseling in the schools. New York: Guilford Press

Betz, N.E. (2000). Self-efficacy theory as a basis of career assessment. Journal of Career Assessment 8: 205-222.

Boundreaux, E., Carmark, C.L., Scarinci, I.C. & Brantley, P.L. (1998). Predicting smoking stage of change among sample of low socio-economic status, primary care outpatients: Replication and extension using decisional balance and self-efficacy theories. International Journal of Behavior Medicine 5: 148-165.

Brown, B.L. (1999). Emotional Intelligence: Keeping Your Job. Trends And Issues. Eric Clearing House On Adult.,Career And Vocational Education Center On Education And Training For Employment College Of Education. Columbus: The Ohio State University.

Che Supeni Abdul Ghani. (2000). Masalah kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah: Satu kajian kes di daerah Kota

Setar, Kedah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Combs, A. (1982). A personal approach to teaching: Beliefs that make a difference. Boston: Allyn & Bacon.

Cormier, S., & Cormier, B. (1998). Interviewing strategies for helpers: Fundermental skills and cognitive behavioral interventions. CA: Brooks/Cole Publishing Company.

Corey, G. (2005). Theory and practice of counseling & psychotherapy. Ed. Ke-7. Thomson: Brooks/Cole Publishing Company.

Cottone, R.R. & Tarvydas, V.M. (1998). Ethical and professional issues in counseling. New Jersey: Prentice Hall.

Dacey, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent Development. Ed.Ke-2. Dubuque: Brown & Benchmark Publisher.

Easton, C.J. (2004). The Relationship Between Emotional Intelligence And Counseling Self-Efficacy. Dissertation Abstracts International Section A: Humanities & Social Sciences 65 (7-A).

Gambang A/L Pura. (2005). Kefahaman guru kaunseling sekolah menengah kerajaan terhadap kemahiran membentuk perhubungan dan komunikasi dalam sesi kaunseling: Satu kajian kes. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Persatuan Kaunseling Malaysia. Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi. 24-26 Jun.

Gladding, S.T. (2004). Counseling: A comprehensive profession. Ed. Ke.5. Pearson: Merill Prentice Hall. New Jersey.

Gysbers, N.C. ( 2004). Professional School Counseling 8 (1): 1-14

Haslee Shahril Lim Abdullah. (2003). A Study Of Malaysian School Counselor Resilience. Phd Thesis. Faculty Of Education, University Of Malaya.

Holland, J.L. & Holland, J.E. (1977). Distribution of personalities within occupations and fields of study. The Vocational Guidance Quaterly 25 (3): 226-231.

Jowarski. J. (1996). Working with emotional intelligence. London: Bloomsbury.

Jourard, S. & Landsman, T. (1980). Healty personality. New York: Macmillan.

Jurusalem, M. & Mittag, W. (1995). Self-efficacy in stressful life transitions. Dlm. A. Bandura (pnyt.). Self-efficacy in changing societies,

78

Page 16: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

46

hlm. 177-201. New York: Cambridge University Press.

Khoo Adam & Stuart Tan. (2004). Master your mind design your destiny. Singapore: Adam Khoo Learning Publisher.

Larson, L. M., Suzuki, L.A., Gillespie, K. N., Potenza, M. T., Bechtel, M. A. & Toulouse, A. L. (1992). Development and validation of the Counseling Self-Estimate Inventory. Journal of Counseling Psychology 39: 104-120.

Larson, L.M. & Daniels J.A. (1998). Review of the counseling literature. The Counseling Psychologist 26 (2): 179-218.

Lin, C. (1998). Comparison of the effects of perceived self-efficacy on coping with chronic cancer pain and coping with chronic low back pain. Clinical Journal of Pain 14: 303-310.

Lukman Moidin. (2005). Pengetahuan kaunseling dan perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Seminar Kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kali ke 2. Hotel City Bayview: 30 Mei-2 Jun.

Marsh,H.L., Walker, R. & Debus, R. (1991). Subject-specification components of academic self-concept and self-efficacy. Contemporary Educational Psychology 16: 331-345.

Martin, W.E., Easton, C., Wilson, S., Sullivan, S. & Takemoto, M. (2004). Relationship between emotional intelligence and counselor self-efficacy. Poster session presented at Annual Western Psychological Association 92nd Annual Convention, Irvine, CA.

Maynard. A. (2017). Characteristics-of-an-effective-counselor/ Retrieved: http://www.ccu.edu/blogs/cags/2017/03/7-

Mischel, W. (1963). Personality and assessment. New York: Wiley.

Mischel, W. (1973). Toward a cognitive social learning conceptualization of personality. Psychological Review 80: 252-283.

Michele, E.C. & Jason, D.A. (2004). The relationship between counselor job satisfaction and consumer satisfaction in vocational rehabilitation. Rehabilitation counseling bulletin 47 (4): 205-214.

Nilmi Ahmad Shagir. (2006). Kecekapan kaunseling pelbagai budaya, efikasi swadiri dan ikatan kerjasama kaunselor-klien di sekolah menengah di Malaysia. Tesis Doktor

Falsafah, Universiti Putra Malaysia.Noriah Mohd Ishak, Siti Rahayah Ariffin & Zuria

Mahmud. (2005). Emotional intelligence as core competency towards professionalism: A comparive study among teachers. Prosiding for CECA Conference. 723-737.

Omar Chek Man. (1999). Pelaksanaan Perkhidmatan kaunselor sepenuh masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman S.E.A. PJ Selangor Darul Ehsan. Laporan Praktikum Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan.

Orpen, C. (1995). Self-efficacy beliefs and job performance among black managers in South Africa. Psychology Reports 76: 649-650.

Pajares, F. (1996). Self-efficacy beliefs and mathematic problem-solving of gifted students. Contemporary Educational Psychology 21: 325-344.

Razza, N.J. (1993). Determinants of direct-care staff turnover in group homes for individuals with mental retardation. Mental Retardation 31: 284-291.

Rogers, C. (1961). Client –centered therapy: Its current practice, implications and theory. Boston: Houghton Mifflin.

Rusni Mohd Nor. (2004). Perkaitan antara budaya sekolah deng pencapaian akademik pelajar. Tesis Dr Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schwarzer, R. & Jerusalem, M. (1995). Generalized self-efficacy scale. Dlm. J.Weinmanr, S. Wright, & M. Johnston (pnyt.). Measure in health psychology: A user’s portfolio, hlm. 35-37. Windsor, UK: NFER-NELSON.

Stajkovic, A.D. & Luthans, F. (1998). Self-efficacy and work-related performance: A meta-analysis. Psychological Bulletin 124: 240-261.

Siti Halimah Syed Nordin. (2003). Tekanan kerja di kalangan guru kaunseling. Seminar Kaunseling Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Taiwo Hanbal Abdul Raheem. (1998). School Counseling: The nature of man in Islam as its foundation. Kuala Lumur: A.S. Noordeen

Wan Marzuki Bin Wan Jaafar. (1999). Pengaruh perkembangan penyeliaan dan efikasi swadiri kaunseling terhadap prestasi kaunselor. Tesis Dr Fal. Universiti Putra Malaysia.

79

Page 17: storage.googleapis.com€¦  · Web viewPeranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling. Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak,

Error! Use the Home tab to apply ChapterNo to the text that you want to appear here.. Error! No text of specified style in document.

47

William, E.M., Crystal Jr., Sheilah, W., Michehelle, T. & Shannon, S. (2004). Salience of emotional intelligence as a core characteristic of being a counselor. Counselor Education & Sipervision 44: 17-30.

Young, A., & Bryan, J. (2015). The school counselor leadership survey: Instrument development and exploratory factor analysis. Professional School Counseling,19, 1-15.

Zimmerman, B.J. (1995). Self-efficacy and educational development. Dlm. A. Bandura (pnyt.). Self-efficacy in changing societies, hlm. 10-15. New York: Cambridge University Press.

Young, A., & Miller-Kneale, M. (2013). School counselor leadership: The essential practice. Alexandria, VA: American School Counselor Association

Young, A., Dollarhide, C.T, & Baughman, A. (2005).The voices of school counselors:

essential characteristics of school counselor leaders. . Volume 19, number 1 | ASCA American School Counselor

80