15
Sosial & Kebertanggungjawaban LMCK 2811 Set 96 Nama: Wong Yun Ai No. Matrik: A148322 Program: Audiologi 1. Maklumat Projek a) Nama Projek: Program Kemasyarakatan Siswa: Pencetus Transformasi Toh Puan Sesi 2015/2016 b) Kod JPPel: DN 00676 / 2015 c) Tarikh Projek: 6 Disember 2015 – 13 Disember 2015 d) Jawatan dalam Projek: Pengarah Subprogram ‘Hand in Hand’ e) Tempat projek dijalankan: Tepi Dewan Tun Syed Nasir , Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Batu Caves. f) Maklumat penasihat projek: Encik Wilfred Mok Kok Hoe, 016-3244505, [email protected] Cik Belina Anne Wiliam Thomas, 016- 5975534, [email protected] 2. Perancangan Program Kemasyarakatan Siswa ini dianjurkan oleh Pusat Komputer Unit Toh Puan Sharifah Aishah,Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memotivasikan para belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan sebagai platform untuk berkhidmat kepada masyarakat di luar sana nanti dan memupuk perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui pendedahan fizikal dan mental kepada golongan mahasiswa/i.

ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

Sosial & Kebertanggungjawaban LMCK 2811 Set 96

Nama: Wong Yun Ai

No. Matrik: A148322

Program: Audiologi

1. Maklumat Projek

a) Nama Projek: Program Kemasyarakatan Siswa: Pencetus Transformasi Toh Puan Sesi 2015/2016

b) Kod JPPel: DN 00676 / 2015

c) Tarikh Projek: 6 Disember 2015 – 13 Disember 2015

d) Jawatan dalam Projek: Pengarah Subprogram ‘Hand in Hand’

e) Tempat projek dijalankan: Tepi Dewan Tun Syed Nasir , Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Batu Caves.

f) Maklumat penasihat projek: Encik Wilfred Mok Kok Hoe, 016-3244505, [email protected]

Cik Belina Anne Wiliam Thomas, 016-5975534, [email protected]

2. Perancangan

Program Kemasyarakatan Siswa ini dianjurkan oleh Pusat Komputer Unit Toh Puan Sharifah Aishah,Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memotivasikan para belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan sebagai platform untuk berkhidmat kepada masyarakat di luar sana nanti dan memupuk perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui pendedahan fizikal dan mental kepada golongan mahasiswa/i.

Program Kemasyarakatan Siswa ini mempunyai dua subprogram iaitu ‘Hand in Hand’ dan ‘Sharing Is Caring Is Loving Is Amazing’. Subprogram ‘Hand in Hand’ mengandungi dua aktiviti iaitu perekaan baju oleh warga KTSN dan lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Batu Caves manakala subprogram ‘Sharing Is Caring Is Loving Is Amazing’ ialah satu fundraising night untuk menjana duit untuk didermakan kepada Rumah Anak Yatim.

Saya memegang jawatan sebagai pengarah dalam subprogram ‘Hand in Hand’. Saya manjalankan tugas bersama pengarah subprogram ‘Sharing Is Caring Is Loving Is Amazing’ seperti dalam aspek pembukaan peluang kepada warga Kolej Tun Sye Nasir(KTSN) untuk menjadi ahli organisasi program ini dan juga memuatnaikkan kertas kerja progam ini di laman sesawang SPI supaya mendapat kelulusan daripada pihak bangi UKM. Saya bertanggungjawab untuk membahagikan tugas dan kerja setiap exco dan AJK. Setelah

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

mengadakan perbincangan dengan timbalan pengarah tentang skop tugas setiap bahagian, kami telah mengadakan mesyuarat pertama pada 4 November 2015 di Bilik Felo. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengendalikan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap exco dan AJK masing-masing. Sebagai contohnya, setiausaha akan berurusan dengan perkara surat-menyurat. Bendahari akan berurusan dengan kewangan setiap bahagian dengan mengumpulkan resit perbelanjaan dan membuat laporan kewangan keseluruhan selepas program ini dijalankan. Exco program dan AJK program bertanggungjawab untuk berbincang tentang aktiviti yang boleh dijalankan pada lawatan tersebut seperti sukaneka dan gotong-royong. Exco publisiti & multimedia ditugaskan untuk mereka cipta poster supaya digunakan untuk mempromosikan aktiviti perekaan baju tersebut. Exco perhubungan bertanggungjawab untuk menghubungi beberapa rumah anak yatim supaya mendapat kebenaran daripada pihak rumah sebelum kami mengadakan lawatan ke sana. Exco dan AJK TTK akan bertanggungjawab untuk mencari pemborong penjualan baju yang murah dan membeli pen baju. Exco teknikal diamanahkan untuk menempah tempat untuk mengadakan mesyuarat satu minggu sebelum mesyuarat itu dijalankan dan berurusan dengan penempahan pengangkutan yang diperlukan untuk lawatan ke rumah anak yatim. Exco dan AJK pemasaran bertanggungjawab untuk mencari dana untuk didermakan kepada rumah anak yatim.

Saya memastikan exco publisiti & multimedia mereka cipta poster untuk mempromosikan program perekaan baju sebelum 13 November 2015 kerana exco TTK akan mengendalikan borang tempahan perekaan baju pada 16 November 2015 hingga 20 November 2015. Setelah exco publisiti & multimedia siap dengan poster tersebut, saya membuat pemeriksaan dan penambahan informasi dalam poster. Seterusnya, mereka mula mempromosikan program perekaan baju ini melalui laman sosial iaitu facebook.

Setelah mengumpulkan borang penempahan tersebut oleh exco dan AJK TTK pada 20 November 2015, mereka membuat pengiraan tentang jumlah bilangan baju yang ditempah dan menghubungi pemborong penjualan baju tersebut. Kami tidak bernasib baik kerana pemborong yang dihubungi sebelum itu memungkir janji dan kami terpaksa mencari pemborong yang lain. Memandangkan kami kesuntukan masa pada masa itu, saya juga membantu mereka dalam masalah ini kerana exco dan AJK TTK tidak dapat meluangkan masa pada hari itu. Saya dan salah satu exco mencari pemborong dengan pergi ke Jalan Kenanga di Kuala Lumpur. Akhirnya, kami dapat membeli baju dengan bilangan yang tertentu dengan harga yang berpatutan.

Saya telah berbincang dengan exco TTK tentang tarikh yang hendak ditentukan untuk mengadakan aktiviti perekaan cipta baju dan tarikh ditetapkan ialah 25 November, 26 November dan 30 November 2015 selepas perbincangan kami. Saya memberitahu kepada exco publisiti & multimedia tentang tarikh yang akan mengadakan perekaan baju supaya mereka memaklumkan aktiviti ini melalui laman sosial sebelum bermulanya program perekaan baju. Saya berbincang dengan timbalan pengarah tentang kemaskini kemajuan skop kerja dan kami bersetuju mesyuarat tidak diperlukan sebelum program perekaan baju kerana kami dapat berkomunikasi secara efektif dengan menggunakan aplikasi sosial seperti whatsapp dan facebook.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

Mesyuarat kedua telah dijalankan pada 2 Disember 2015 di Bilik Felo iaitu selepas program perekaan baju. Mesyuarat ini bertujuan untuk melaporkan kemajuan setiap bahagian seperti bahagian program dalam penyediaan aktiviti yang boleh dijalankan pada lawatan dan masalah-masalah yang dihadapi. Saya perlu memastikan masalah pengangkutan ke rumah anak yatim telah diselesaikan sebelum 4 Disember 2015. Exco teknikal akan menempah bas dari syarikat luar kerana bas dari UKM telah penuh ditempah. Exco TTK juga melaporkan dana yang dikumpul melalui perekaan cipta baju dan dana tersebut bersama dengan dana yang dikumpul oleh bahagian pemasaran akan didermakan kepada Rumah Anak Yatim Al-Nasuha.

3. Pelaksanaan

Pada 25 November, 26 November dan 30 November 2015, kami telah mengadakan program perekaan cipta baju di tepi Dewan Tun Syed Nasir. Program ini telah dikendalikan oleh exco dan AJK TTK. Oleh sebab mereka kekurangan orang, saya turut melibatkan diri dalam tugasan tersebut seperti menolong exco dan AJK TTK untuk mereka cipta baju bagi pelajar yang tidak dapat datang serta mengagihkan beberapa orang dari bahagian lain untuk membantu dalam program ini. Saya memastikan program ini dijalankan dengan lancar. Exco TTK melaporkan kepada saya bahawa ada sebahagian pelajar masih tidak datang untuk mereka cipta baju yang ditempah pada hari yang terakhir program ini. Oleh itu, saya meminta bahagian program untuk menghubungi pelajar-pelajar tersebut untuk datang pada 30 November 2015. Dengan adanya koperasi dan kerjasama daripada exco dan AJK setiap bahagian, program ini telah berakhir dengan jayanya.

Pada 6 November 2015, kami mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves. Saya membuat peringatan kepada ahli organisasi’Hand in Hand’ sehari sebelum lawatan tentang masa berkumpul di perhentian bus KTSN, kod pakaian dan juga pembawaan alat-alat pembersihan seperti mop dan baldi kerana kami akan menjalankan gotong-royong di sana tetapi mereka tidak mempunyai alat pembersihan yang mencukupi. Semua ahli organisasi berkumpul di tempat yang ditentukan pada masa yang tepat. Kami tiba di sana pada pukul 10 pagi. Kami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana dan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan berinteraksi dengan kank-kanak manakala satu kumpulan lain menjalankan pembersihan. Saya melibatkan diri dalam kerja pembersihan seperti menyapu sampah, mengemop lantai dan menyusun buku. Sebelum kami balik, exco teknikal telah mengadakan satu sesi temubual dengan pengasas rumah anank yatim, Pn Umi. Seterunya, ada sesi gambar dengan kanak-kanak di sana sebagi kenangan. Kami pulang ke KTSN pada pukul 12.30 tengah hari.

4. Laporan Akhir

Kami telah mengadakan perjumpaan post-mortem pada 16 November 2015 untuk berbincang tentang kelemahan dan kekuatan sepanjang persediaan program ini serta membentangkan cadangan yang dapat manjadikan program ini lebih baik pada masa depan.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

Melalui program ini ,saya dapat belajar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada kos yang berbeza dan juga bangsa yang berbeza. Kami dapat membuat perbincangan dan perkongsian idea yang matang. Saya juga belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan walaupun skop kerja saya lebih kepada memantau exco dan AJK tetapi saya juga akan menolong mereka apabila diperlukan. Selain itu, program ini juga memupuk saya untuk menjadi seorang yang lebih prihatin dan sanggup menolong orang yang lebih memerlukan. Kami melawat ke rumah anak yatim dengan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tersebut. Program ini juga manjadikan saya seorang yang lebih berkeyakinan kerana ini adalah pertama sekali saya memegang jawatan sebagai pengarah dalam satu program. Ini merupakan satu cabaran bagi saya dalam kehidupan universiti saya dan saya berharap saya akan mempraktikkan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari sepanjang program pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, program ini telah dijalankan dengan lancar kerana adanya kerjasama daripada setiap bahagian, Rumah Anak Yatim Al-Nasuha dan juga sambutan meriah daripada warga KTSN. Tanpa kerjasama daripada salah satu pihak, program ini tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada setiap orang yang melibat untuk menjayakan program ini.

Lampiran

1)whatsapp group Hand in Hand

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

2)whatsapp group dengan Exco Teknikal Hand in Hand

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

3)Poster untuk Perekaan cipta baju

4) Perekaan cipta baju

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

5)Mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

6) Lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Nasuha

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana
Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKami mendermakan baju yang direka cipta oleh warga KTSN kepada pengasas rumah anak yatim tersebut diikuti dengan sesi interaksi bersama kanak-kanak di sana

SESI PENGAMBILAN GAMBAR