47
PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah

mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan

melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.

Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu

bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara

bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum,

Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi

pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan

pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan

berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah

Bebas Dadah Tahun 2012’.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan

orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi

lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah

tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa

Page 2: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari

hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk

melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara

sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan

Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah

supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

b) Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari

segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

c) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan

mengamalkan nilai-nilai murni.

d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah

dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan

program PPDa.

2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru,

kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Page 3: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang

disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Negara.

4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan

ketahanan dan jati diri murikd.

5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua

warga sekolah.

6. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke

arah ‘Sekolah Bebas Dadah’

Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam

Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa

di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah

melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian

dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda

strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta

Pembangunan Sahsiah.

Page 4: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

BAB 1 – AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH

1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH

Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut hendaklah

dijalankan.

a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di

sekolah.

b. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.

c. Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah.

d. Melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah.

e. Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah.

f. Membuat pemantauan dan penilaian.

g. Menyediakan laporan.

Page 5: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH

PENASIHAT(PENGARAH)

PENGERUSI(PENGETUA/GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI(PEN.KANAN 1 /PEN.KANAN PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA(PEN.KANAN HEM)

PEN.SETIAUSAHA 1(PK KOKURIKULUM/PENYELIA PETANG)

PEN.SETIAUSAHA 11(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

JABATANKESIHATAN

PIBG PDRM ADK PEMADAM

WAKIL PEKERJASEKOLAH

Page 6: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT(GURU BESAR)

PENGERUSI(PK HEM)

NAIB PENGERUSI(PENYELIA PETANG/PK

KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARASPENGURUSAN

DANKEPIMPINAN(S/U PPDa)

PENYELARASAKTIVITI

KURIKULUM(GURU PENDIDIKAN

JASMANI DANKESIHATAN

PENYELARASAKTIVITI

KURIKULUM(S/U PENYELARAS

KOKURIKULUM)

PENYELARASPEMBENTUKAN

SAHSIAH(GURU BIMBINGANDAN S/U DISIPLIN

KUMPULAN SASARANMURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT

Page 7: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH

1.2 RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

PENASIHAT(GURU BESAR)

PENGERUSI(PK HEM)

NAIB PENGERUSI(PENYELIA PETANG/PK

KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARASPENGURUSAN

DANKEPIMPINAN(S/U PPDa)

PENYELARASAKTIVITI

KURIKULUM(KETUA BIDANG)

PENYELARASAKTIVITIKOKURIKULUMAKTIVITI SLAD:

(GURU PPDa)AKTIVITI SENI

PPDa PENYELARAS BADAN BERUNIFORM/ KELAB DAN PERSATUAN/ SUKAN DAN PERMAINAN

PENYELARASPEMBENTUKAN

SAHSIAH(GURU

KAUNSELING/GURU DISIPILN

KUMPULAN SASARANMURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT

SETEMPAT

Page 8: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

AktivitiBulan Pelaksanaan

J F M A M J J O S O N D1.

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

1. Jawatankuasa PPDa2. Rancangan Pendidikan Pencegahan Dadah3. Perkembangan Staf4. Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRESS)5. Ujian Urin6. Minggu Antidadah

2.

KURIKULUM1. Mesej Jauh Dadah2. PPDa Dalam KBSM3. Program PINTAR4. Ceramah Antidadah5. Pameran Antidadah

3.

KOKURIKULUM3.1 Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)3.2 Perkhemahan3.3 Aktiviti Seni Jauhi Dadah

Dikir Barat Poster Antidadah Penulisan Sajak

Antidadah Deklamasi Antidadah Boria Antidadah Nasyid Antidadah Buku Skrap Antidadah

4.

PEMBENTUKAN SAHSIAH ANTIDADAH

1. Kemahiran Personel dan Interpersonel2. Kaunseling PPDa3. Program Intervensi Pelajar (PIP)4. Kolokium Kepimpinan PPDa5. Program Waja Diri6. Seminar PPDa7. Program Keibubapaan

Page 9: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

PERKEMBANGAN STAF

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah.

RASIONAL

Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.

Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah.

OBJEKTIF

Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah. Meningkatkan kemahiran PPDa. Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum. Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

Guru sekolah Kakitangan sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

Ceramah Bengkel Seminar Forum Lawatan

PERSONALIA

Pengetua / Guru Besar S/U PPDa Guru Kauseling / Guru Bimbingan Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah Penceramah Jemputan (ADK, Kesihatan, Jabatan Narkotik, PEMADAM, Penjara,

Jabatan Kebajikan dan jabatan Agama.

PENGISIAN

Pengetahuan PPDa Strategi menangani masalah dadah Senario dadah di Malaysia Kemahiran Personal dan Interpersonal Pendedahan Kadeah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa Aktiviti permuafakatan dalam PPDa

Page 10: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS)

Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktivti dalam bentuk kempen yang boleh meminbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, Agensi Dadah kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.

RASIONAL

Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.

OBJEKTIF

Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah. Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat. Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-

rakan dan masyarakat.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah.

KAEDAH PELAKSANAAN

Perhimpunan Kempen (1 – 3) Ceramah Pameran

PERSONALIA

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Guru Kauseling Guru Disiplin Pegawai Penceramah Jemputan

PENGISIAN

Ceramah PPDa Pameran PPDa Bersama tokoh Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

Page 11: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

RUJUKAN

Modul Aktivti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah oleh bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 UJIAN URIN MURID

Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan utnuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.

RASIONAL

Ujian urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk mengesan murid yang ingin mencuba dadah supaya boleh dicegah dan diberi bimbingan.

OBJEKTIF

Mengesan murid yang terlibat dengan dadah. Memberi bimbingan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid yang positif

urin

KUMPULAN SASAR

Murid sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

Menggunakan kertas jalur (saringan) Ujian Pengesahan (Makmal)

PERSONALIA

Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah Guru Disiplin Guru Kaunseling Pengawai Khas Dadah JPN/Daerah Agensi Dadah Kebangsaan/Kementerian Kesihatan

Page 12: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

PENGISIAN

Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti. Memaklumkan kepada PPD / JPN. Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh). Taklimat ujian urin kepada murid. Pengambilan dan pengujian sampel. Soal selidik atau pengakuan murid.

RUJUKAN

Surat siaran KP(BS/HEP) 8543 / 064 (36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian urin Pelajar Sekolah.

Buku Panduan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah. Di Kalangan Murid Di Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.6 MINGGU ANTIDADAH

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah supaya hasrat kita menjadi Sekolah Bebas Dadah akan tercapai.

RASIONAL

Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah.

OBJEKTIF

Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah. Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan

Pencegahan Dadah. Membentuk tingkah laku an nilai positif di kalangan warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN

Murid sekolah rendah dan menengah. Guru-guru dan kakitangan sekolah. Ibu bapa

KAEDAH PELAKSANAAN

Perhimpunan Ceramah Pameran

Page 13: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Pertandingan Persembahan Bacaan Perutusan dan ikrar

PERSONALIA

Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah Guru Disiplin Guru Kaunseling/Bimbingan Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan

RUJUKAN

Surat Siaran KP)BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar Sekolah.

Page 14: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

BAB 2 – AKTIVITI KURIKULUM

2.1 MESEJ JAUHI DADAH

Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

RASIONAL

Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah.Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.

OBJEKTIF

Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah. Memberikan kesedaranbahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup

cemerlang. Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan

Dadah kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN

Warga sekolah

KAEDAH PERLAKSANAAN

Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa Pengajaran dan Pembelajaran Perhimpunan Aktiviti kokurikulum

PERSONALIA

Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Ketua Panitia Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Bertugas Mingguan Guru Kokurikulum Pemimpin Murid

PENGISIAN

Menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah Penilaian ringkas melalui soal selidik

Page 15: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

RUJUKAN

Buku mesej Jauhi Dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku Kenali dan Perangi Dadah, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur.

2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)

Pendidikan Pencegahan Dadah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tidak disampaikan sebagai satu masa pelajaran tersendiri tetapi disepadukan dalam semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Unsur-unsur PPDa disampaikan melalui mata pelajaran berkenanan.

RASIONAL

Institusi pendidikan merupakan intitusi yang mempunyai kekuatan untuk menyedarkan maklumat andidadah secara yang lebih berkesan dengan kaedah yang sistematik dan kumpulan sasar yang lebioh luas.

Proses pendidikan diyakini berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya dadah dan berupaya menjauhi diri daripadanya.

OBJEKTIF

Memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani, emosi, rohani serta kesan penggunaan dadah, minuman keras dan merokok dalam kehidupan.

Memperolehi kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja serta membuat keputusan dengan baik.

Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.

KUMPULAN SASARAN

Murid Tingkatan Satu hingga Lima.

KAEDAH PELAKSANAAN

Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang dicadangan:

Karangan/penbincangan Projek/Kajian Lapangan Perbahasaan/Syarahan Ulasan filem, video dan rancangan televisyen Main peranan

Page 16: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

PERSONALIA

Ketua Bidang

Guru Panitia

Guru Mata Pelajaran

PENGISIAN

Bahagian 1 – Punca dan Jenis-jenis dadah

Bahagian 2 – Sebab-sebab Penggunaan Dadah

Bahagian 3 – Kesan Penggunaan Dadah dan Bahan Bahaya

Bahagian 4 – Pencegahan Penggunaan Dadah

RUJUKAN

Buku Pendidikan Pencegahan Dadah Merentasi Kurikulum KBSM Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.

2.3 PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program terasa pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum.Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

RASIONAL

Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

OBJEKTIF

Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif rakan sebaya.

Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya mengatakan “TIDAK” kepada dadah.

Menggalakkan murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah. Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.

KUMPULAN SASARAN

Tahap Dua Sekolah Rendah

KAEDAH PERLAKSANAAN

Pelaksanaan di semua sekola rendah terpilih di seluruh negara.

Page 17: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Lapan waktu pengajaran dalam setahun. Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah

Kebangsaan.2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia, 4 waktu kepada guru PJK. Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Kem Pintar (Peringkat Negeri).

PERSONALIA

Penyelaras PINTAR Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Pegawai Polis (Jabatan Narkotik)

PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR

24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut:

Tahun Empat

1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun2. Jenis-jenis Dadah3. Kesan Atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)7. Kemahiran Berkomunikasi (i)8. Kemahiran Berkomunikasi (ii)

Tahun Lima

1. Faktor-faktor Penagihan Dadah2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri3. Alternatif-alternatif Yang Sihat4. Pengaruh Rakan Sebaya5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)7. Kemahiran Membuat Keputusan (ii)8. Undang-undang Dadah9. Kemahiran Pengurusan Tekanan

Tahun Enam

1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi, dan Keselamatan Negara2. Masalah Dadah Semasa3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-strateginya4. Penghargaan Kendiri (iii)5. Tingkah Laku Berisiko6. Peranan Agensi-agensi/Masysrakat dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah7. Media Massa dan Dadah8. Kemahiran Aserif

Page 18: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

RUJUKAN

Modul Latihan Mengajar PINTAR, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1999

2.3 CERAMAH ANTIDADAH

Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi dadah.Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

RASIONAL

Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekoalh memperolehi maklmat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah. Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah. Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASARAN

Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PERLAKSANAAN

Semasa perhimpunan sekolah Semasa sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun) Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.

PERSONALIA

Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Penjara, Jabatan Farmasi dan PEMADAM.

PENGISIAN

Seperti dalam Mesej Jauhi Dadah (kecuali penilaian) Tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam mencapai objektif PPDa

RUJUKAN

Mesej Jauhi Dadah Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat pekeliling Am Bil. 1/1985: Ruj.PPAS(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985.Program-program

Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi Kerajaan.

Page 19: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

2.4 PAMERAN ANTIDADAH

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.

RASIONAL

Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah. Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah. Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASARAN

Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN

Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun) Semasa kursus-kursus motivasi Semasa Program PPDa

PERSONALIA

Pegawai Khas Dadah Negeri/Daerah Agensi Dadah Kebangsaan Jabatan Narkotik PDRM Jabatan Kesihatan Jabatan Kastam Jabatan Penjara PEMADAM Kebangsaan

PENGISIAN BAHAN

Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan maujud mengenai PPDa

RUJUKAN:

Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan, 29 Januari 1985.

Page 20: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

BAB 3 - AKTIVITI KOKURIKULUM

3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH

Skim Lencana Antidadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.

RASIONAL

Murid lebih murid ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan sahabat handai.

OBJEKTIF

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam

menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat handai.

Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan

KUMPULAN SASAR

Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (Tingkatan 2 dan 4)

KAEDAH PELAKSANAAN

Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD. Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD

untuk tempoh satu hingga dua tahun. Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya.

PERSONALIA

Guru Penyelaras SLAD Guru Penasihat Persatuan Pakaian Seragam Sekolah

PENGISIAN

Kurikulum SLAD

1. Rekod Penilaian Guru

Ujian teori -Secara objektif -20% (markah)

Page 21: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Ujian teori -Secara mengarang -20% (markah) Ujian amali: Menghadiri ceramah -10% (markah) Membuat lawatan -10% (markah) Aktiviti Seranta -10% (markah) Penyertaan pertandingan -10% (markah) Menghasilkan buku skrap -10% (markah) Menyampaikan penerangan -10% (markah)

2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):-

Bahagian 1 (Teori)Akitviti wajib Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya Khidmat bantu di sekolah dan institut lain Sebab dan kesan merokok Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah Bahan dan kesan inhalan Kesan dan akibat penggunaan dadah Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati

Bahagian II (Amali)Aktiviti Pilihan Pertandingan Melukis Poster Pertandingan Esei Pertandingan Sajak Pertandingan Kuiz Pertandingan Nasyid

RUJUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah, Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh 3 Februari 1998

Buku Log Skim Lencana Antidadah, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2 PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH

Perkhemahan Skim Lencana Antidadah (SLAD) di peringkat sekolah atau Jambori SLAD bagi pelaksanaan diperingkat negeri dan daerah merupakan satu program perhimpunan tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah sekolah menengah. Menerusi Perkhemahan ini, setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai pendekatan dan strategi pendidikan pencegahan dadah.

RASIONAL

Program Perkhemahan SLAD merupakan satu keperluan ke arah pemantapan aktiviti SLAD di sekolah. Ahli-ahli SLAD perlu diberi penghargaan dan peluang

Page 22: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman PPDa di kalangan rakan sebaya.

Perhimpunan secara bersepadu ini akan menjadikan usaha pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah lebih berkesan.

OBJEKTIF

Memperkasakan lagu penguasaan pengetahuan, pengalaman dan nilai pendidikan pencegahan dadah di kalangan ahli SLAD.

Mempertingkatkan semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan tindakan ahli SLAD dalam menerangi dan membendung pengaruh ancaman dadah.

Memupuk tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi dadah.

KUMPULAN SASARAN

Ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

Perkhemahan Latihan dalam kumpulan Ceramah Forum

PERSONALIA

Guru PK Kokurikulum Setiausaha PPDa Guru SLAD Penyelaras Badan Beruniform Guru Kaunseling

PENGISIAN

Kemahiran Interpersonal Perkembangan Sahsiah/Pendidikan Moral Pertandingan Kecekapan Unit Beruniform Persembahan Kumpulan Kembara Riadah Penilaian

RUJUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 bertarikh 3 Februari 1988:Program Skim Lencana Antidadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah

Page 23: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Menengah (SLAD)

3.3 AKTIVITI SENI JAUHI DADAH

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi PendidikanPencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan muridterhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

RASIONAL

Murid merupakan golongan remaja aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.

OBJEKTIF

Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah.

Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada murid.

Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

Murid sekolah menengah dan rendah

KAEDAH PERLAKSANAAN

Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan,persembahan dan pameran padaMinggu Antidadah,Bulan Bahasa dan Hari Perayaan Sekolah.

PERSONALIA

1. Sekolah Rendah: Penyelia Kokurikulum S/U PPDa

2. Sekolah Menengah: Penyelaras Kokurikulum Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan Penyelaras Sukan/Permainan

PENGISIAN

Dikir Barat Antidadah-Menengah Poster Antidadah –Rendah,Menengah Rendah dan Menengah Atas

Page 24: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Penulisan Sajak Antidadah-Menengah Deklamasi Sajak Antidadah-Rendah dan Menengah Boria Antidadah-Rendah Nasyid Antidadah-Menengah Buku Skrap Antidadah-Menengah

RUJUKAN

Syarat-syarat Pertandingan Seni Jauhi Dadah,Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

BAB 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH

4.1 KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL

Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri,bertingkah laku positif,mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang.

RASIONAL

Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah.

Page 25: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

OBJEKTIF

* Melahirkan murid yang berperibadi mulia. Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Meningkatkan kemahiran tegas diri. Mengatakan “TIDAK” kepada dadah. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan. Meningkatan kemahiran memimpin di kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

Murid sekolah rendah dan menengah

KAEDAH PERLAKSANAAN

Bengkel Seminar Kaunseling kelompok Kursus Forum Kolokium Perkhemahan

PERSONALIA

Guru Kaunseling/Guru Bimbingan Guru PPDa Fasilitator

PENGISIAN

Kesedaran kendiri Asas komunikasi Asas kaunseling Perkembangan remaja Kemahiran lanjutan:

a) Tegas dirib) Membuat keputusanc) Mengatakan “TIDAK” kepada dadah

RUJUKAN

Buku Mencegah Salah nGuna Dadah Melalui Kaunseling – Dewan Bahasa dan Pustaka 1984

4.2 KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah.Mirid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.

Page 26: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

RASIONAL

Murid sekolah yang dikesan terlibat mencuba dadah perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas daripada dadah.

OBJEKTIF

Menyedarkan murid tentang bahaya dadah. Mengesan dan membasmi serta menyelesaikan masalah berkenaan dadah di

kalangan murid. Menolong murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas daripada dadah. Menghentikan atau mengurangkan perkembangan masalah penggunaan

dadah di kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

Murid yang datang secara sukrela Murid yang dirujuk Murid yang dikenal pasti melalui ujian urin

KAEDAH PERLAKSANAAN

Melalui kaunseling individu,kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga.

PERSONALIA

Guru Kaunseling/Guru Bimbingan

PENGISIAN

Perubahan tingkah laku Pengurusan diri,masa dan tekanan Kemahiran interpersonal Kemahiran membuat keputusan Perkembangan konsep kendiri Kemahiran tegas diri

RUJUKAN

Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.DBP 1983.

4.3 PROGRAM INTERVASI PELAJAR(PIP)

Program Intervasi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu murid yang didapati positif urin.

RASIONAL

Page 27: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Murid yang terlibat dengan dadah perlu dibimbing ke arah gaya hidup sihat dan sejahtera.

OBJEKTIF

Membina ketahanan diri yang positif serta memberi kesedaran yang menyeluruh kepada murid tentang bahaya dadah.

Menimbulkan keinsafan diri agar tidak lagi terjebak dengan dadah. Membina personaliti proaktif ke arah pembangunan sahsiah diri yang

cemerlang. Memupuk komitmen keluarga dalam usaha membantu murid ke arah

perkembangan diri yang positif.

KUMPULAN SASARAN

Murid urin positi(ujian kertas jalur). Murid mengaku mencuba dadah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini dilaksanakan mengikut tiga fasa sebagaimana berikut:-

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN1 Ujian pengesahan(kertas jalur) Dilaksanakan oleh ADK2 Menerima keputusan jalur Memaklumkan untuk pengetahuan

pengetua, kaunselor dan waris murid3 Laporan keputusan dihantar Untuk perhatian dan tindakan

Kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah

Pegawai Khas Dadah negeri dan daerah

4 Perjumpaan dengan waris Menjemput waris ke sekolah5 Mengadakan perjumpaan dengan

murid berkenaan (kaunseling PPDa)Tindakan kaunselor sekolah

6 Penerusan ke Fasa II Kaunselor sekolahFASA II (Dilakasanakan di peringkat daerah oleh ADK dan JPN)

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1. Program Pembangunan insan (Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah, kursus, kajian lapangan, forum dan lain-lain yang berkaitan) dadah.

Berfokuskan ketahanan mental, jasmani dan rohani, dan penekanan kepada kemahiran kepada kemahiran mengatakan “TIDAK” kepada

FASA III (Dilaksanakan oleh ADK dan JPN)

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1 Ujian urin untuk murid yang Urinnya positif Fasa I

ADK

Page 28: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

2 Positif saringan (murid urin positif Kali kedua)

Rujuk pada pakar Perubatan atau psikologi untuk tindakan lanjutan Rawatan dan pemulihan.

PERSONALIA

Pengetua Penyelaras Program Inteversi Kaunselor Pegawai Dadah Daerah Pegawai ADK Daerah

PENGISIAN

Ujian urin Sesi kaunseling Perjumpaan dengan waris Aktiviti pembangunan insan Rujukan pakar

RUJUKAN

Modul Inteversi Pelajar oleh Agensi Dadah Kebangsaan Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia

4.4 KOLOKIUM KEMPIMPINAN PPDA

Kolokium Kempipinan PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah.

RASIONAL

Pemimpin murid perlu diberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah sebagai pengukuhan diri.Hal ini penting supaya mereka berperanan sebagai pemimpin yang berkesan untuk memerangi dadah.

OBJEKTIF

Berkongsi pengetahuan,pengalaman dan maklumat mengenai Pendidikan Pendidikan Pencegahan Dadah.

Membina ketahanan diri yang positif di kalangan murid.

Page 29: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Meningkatkan kemahiran kendiri murid untuk menangani gejala sosial di sekolah.

Meninghkatkan daya kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan peserta.

KUMPULAN SASARAN

Pemimpin murid dan ahli SLAD sekolah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Perkhemahan Perhimpunan Latihan Dalam Kumpulan Ceramah

PERSONALIA

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Kaunseling Penyelaras Badan Beruniform

PENGISIAN

Kepimpinan dan Antidadah Kembara Bengkel Komunikasi Qiamullail Kerohanian dan moral Pidato spontan antidadah Riadah Penilaian

RUJUKAN

Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.5 PROGRAM WAJA DIRI

Program Waja Diri memberi fikus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di kalangan murid.

RASIONAL

Murid masa kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gejala penggunaan dadah.Oleh itu,mereka perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan tentang bahaya serta risiko pangambilan dadah.

Page 30: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan peserta.

Membina ketahanan diri yang positif di kalangan peserta serta mengeratkan silaturahim antara mereka.

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan PendidikanPencegahan Dadah.

KUMPULAN SASARAN

Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan gejala dadah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Perkhemahan a) Cadangan tempoh : 4 hari 3 malamb) Cadangan tempat : Pusat Kokurikulum Negeri,tepi pantai,kawasan

rekreasi,kawasan perhilitan. Latihan Dalam Kumpulan Ceramah

PERSONALIA

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha PPDa Guru Kaunseling/Guru Bimbingan Guru Agama

PENGISIAN

Ikhtiar Hidup Kem Solo Kembara Bengkel Persembahan Kumpulan Kerohanian dan Moral Riadah

RUJUKAN

Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.6 SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MENENGAH ATAS

Page 31: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Aktiviti seminar merupakan suatu pendekatan bagi memerangi dadah dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.

RASIONAL

Murid sekolah menengah atas mempunyai potensi untuk membantu usaha – usaha memerangi dadah.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan juga maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Menyampaikan mesej antidadah dengan jelas. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan supaya mereka mampu

mengubah orang lain.

KUMPULAN SASARAN

Murid Menengah Atas

KAEDAH PERLAKSANAAN Seminar Forum Bengkel

PERSONALIA

Guru Kaunseling Guru Disiplin Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Pemimpin Murid di Sekolah Penceramah jemputan

- Agensi Dadah Kebangsaan- PDRM , Kastam- Jabatan Kesihatan

PENGISIAN

Senario masalah dadah Punca terlibat dengan dadah Teknik dan kemahiran pengucapan awam Kemahiran Asertif Kemahiran membuat keputusan Perkongsian pengalaman

Page 32: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

RUJUKAN

Modul Aktiviti Pencegahan Dadah di Sekolah , Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.7 PROGRAM KEIBU BAPAAN

Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu , berwawasan dan penbglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan menjauhi dadah.

RASIONAL

Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara.Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah.

OBJEKTIF

Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada ibu bapa.

Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam mewujudkan keluarga bahagia.

Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah.

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terdiri daripada ibu bapa.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Ceramah Latihan Dalam Kumpulan Seminar Forum Bengkel

PENGISIAN

Pameran Antidadah Kemahiran Keibubapaan Pengurusan Keluarga Bahagia Ancaman Dadah Terhadap Keluarga Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Dadah di Sekolah

PERSONALIA

Page 33: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Guru Kaunseling/Guru Bimbingan AJK PIBG ADK PDRM Jabatan Kesihatan PEMADAM

RUJUKAN

Surat Siaran PIBG 1973 – Kaedah dan Peraturan

PENILAIAN

Nama Sekolah : ……………………………………………………………………

Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………

Negeri : ……………………………………………………………………

Arahan:

1. Pilih jawapan yang sesuai dengan apa yang anda rasa dan alami2. Soal selidik ini mengandungi 16 soalan.

Sila tandakan / Pilihan anda bagi setiap soalan

BIL SOALAN YA TIDAK1. Pihak sekolah merancang aktiviti PPDa2. Pengurusan sekolah menyokong kuat kepada

Usaha melaksanakan program PPDa.

3. Program PPDa yang dirancang mendapat Kerjasama daripada guru-guru dan kakitangan

Page 34: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Sekolah.4. Program PPDa yang dijalankan merangkumi 4

Strategi yang disarankan iaitu: i. Pengurusan dan Kepimpinan. ii. Kurikulum. iii. Kokurikulum. iv. Pembentukan Sahsiah.

5. Program PPDa yang dilaksanakan menepatiKeperluan sasaran.

6. Guru-guru selesa melaksanakan Program PPDadalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) disekolah.

7. Akitiviti PPDa memberi manfaat kepada murid.8. Agensi luar dilibatkan dalam Program PPDa di

sekolah.9. PIBG memberikan sokongan yang padu dalam

Program PPDa di sekolah.10. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa

dalam sesi perkembangan staf.11. Program PPDa mendapat sambutan yang

menggalakkan di kalangan murid.12. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa

kepada ibubapa13. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa

kepada staf sokongan.14. Pihak sekolah membuat penilaian bagi setiap

Program PPDa.15. Setiap program PPDa didokumentasikan.

AKTA, SURAT SIARAN DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Salah Guna Dadah – Garis Panduan dan Bil. 7/1975 untuk Guru Panduan dan Guru Besarbertarikh 19 Ogos 1975

* Surat siaran : Laporan Penggal Kes-kesKementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan DadahKP(BS)8786-51 Jld.III (34)Bertarikh 27 Jun 1978

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Laporan Murid-murid Dalam KeadaanBil. 2/1979 Risiko Penyalahgunaan Dadah ynagbertarikh 26 Mac 1979 Memerlukan Pertolongan

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Penubuhan Jawatankuasa BimbinganBil.1/1985 Pelajar SekolahBertarikh 2 Januari 1985

* Surat Pekeliling Am : Program-Program Mencegah dan

Page 35: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

Bil.1/1985 Membasmi Kegiatan Penagihanbertarikh 29 Januari 1985 Dadah Di Agensi-Agensi Kerajaan

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Program Skim Lencana Anti DadahBil.3/1988 Pasukan Berpakaian Seragambertarikh 3 Februari 1988 Sekolah Menengah (SLAD)

* Surat Siaran Ketua Pengarah : Pelaksanaan Program PendidikanPendidikan Malaysia Pencegahan Dadah Di Sekolah-bertarikh 14 November 1997 Sekolah

* Undang-Undang Malaysia : Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Akta A1018 Pemulihan)(Pindaan) 1998Terbitan 19 Mac 1998

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Pelaksanaan Mata PelajaranBil.25/1998 Pendidikan Jasmani dan Pendidikanbertarikh 18 November 1998 Kesihatan

* Surat Siaran : Jawatan Penyelia (MencegahKementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan Dadah), PegawaiKP(BS/HEP)8543/26962) Perkhidmatan Pendidikan Lepasanbertarikh 18 Mac 2003 Diploma, Gred DGA5 Dalam Pengstrukturan

Baru Di Pejabat Pendidikan Negeri Dan Daerah

Borang PPDa Ren / Men

SENARAI SEMAK PENGURUSAN AKTIVITIPENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DI SEKOLAH

TAHUN _________

A. Latar Belakang Sekolah

1. Nama Sekolah:__________________________________________________________

2. Gred: __________________________ A / B / C (Kurang Murid)

3. Status sekolah (Bandar / Luar Bandar) B LB

4. Sesi persekolahan (Pagi / Petang) Pg. Ptg.

Page 36: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

5. Jumlah murid = _____________ _________ org.(L) _________________org.(P)

6 Jumlah guru = ______________ _________ org.(L) _________________ org.(P)

B. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

1. Takwim PPDa (dapatkan salinan) A T2. Bilangan program / aktiviti yang dijalankan Aktiviti

2.1 Pengurusan dan kepimpinan2.1.1 Carta Organisasi Jawatankuasa

Pendidikan Pencegahan Dadah A T2.1.2 Rancangan Aktiviti Pendidikan

Pencegahan Dadah A T2.1.3 Perkembangan Staf A T2.1.4 Program Gerak Sedar Bersepadu A T2.1.5 Ujian Urin Murid A T2.1.6 Minggu Antidadah A T

Nyatakan aktiviti lain jika ada:i.ii.

2.2 Kurikulum 2.2.1 Mesej Jauhi Dadah A T 2.2.2 PPDa dalam KBSM A T 2.2.3 Program PINTAR Sekolah Rendah A T 2.2.4 Ceramah PPDa A T 2.2.5 Pameran PPDa A TNyatakan Aktiviti lain jika ada:i.ii.2.3 Kurikulum 2.3.1 Poster Antidadah A T 2.3.2 Penulisan Sajak Antidadah A T 2.3.3 Deklamasi Sajak Antidadah A T 2.3.4 Dikir Barat Antidadah A T 2.3.5 Boria Antidadah A T 2.3.6 Nasyid Antidadah A T 2.3.7 Buku Skrap Antidadah A TNyatakan aktiviti lain jika ada :i.ii.2.4 Pembentukan Sahsiah 2.4.1 Kemahiran Personel dan Interpersonal A T

Page 37: PENDAHULUANppdkmy.moe.gov.my/attachments/article/200/2_Panduaan... · Web viewDapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan

2.4.2 Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.4.3 Program Intervensi Murid A T 2.4.5 Program Waja Diri A T 2.4.6 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.4.7 Program Keibubapaan A TNyatakan aktiviti lain jika ada :i.ii.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas PPDa – 16 naskah A T4. Sudut PPDa A T

Disahkan Oleh :

…………………………………………………… …………………………. Tandatangan dan Cop Sekolah Tarikh

Catatan:1. Isi maklumat di ruang yang disediakan2. Bulatkan A untuk ada atau T untuk Tiada