1
Elektif: Warisan Budaya Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun) Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian http://ftkw.umk.edu.my/images/kursus/tk_tekstil_fesyen.pdf SINOPSIS PROGRAM Jabatan Pengajian Warisan menawarkan salah satu program yang diiktiraf di rantau ini. Program ini direka untuk memberi tumpuan kepada pancaindera yang terlatih, memberi ruang untuk bertindak inovatif dan mengarahkan serta memenuhi dan mengatasi cabaran prestasi. Bidang Warisan Budaya menawarkan peluang pembelajaran dalam disiplin ilmu yang cukup luas berkaitan warisan dan budaya. Ia merangkumi ilmu mengenai warisan, kebudayaan, kemanusiaan, pemikiran, corak hidup, kesenian masyarakat, pengurusan dan pelbagai lagi pembelajaran yang berkisar tentang kebudayaan dan warisan masyarakat setempat. Bidang ini dapat melahirkan graduan yang berketerampilan, berpengetahuan, memahami dan menghayati warisan budaya secara teknikal, inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang mapan. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teori dan praktikal menerusi kaedah pengajaran kuliah, studio, bengkel, amali di industri, pembangunan dan penghasilan produk, persembahan produksi dan penyelidikan ilmiah bagi memenuhi keperluan bergraduat. Pencapaian pelajar akan dinilai menerusi kaedah Penilaian Berterusan dan Peperiksaan. Peluang kerjaya dalam bidang ini meliputi Pengurusan Produksi Kreatif, Pengarah Kreatif, Penulis Kreatif, Penulis Skrip Produksi, Pelakon, Pereka Tari, Ahli Seni Persembahan Profesional, Juruacara, Penyelidik, Ahli Perunding, Pegawai Kesenian dan Kebudayaan, Usahawan dan Pendidik. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dalam bidang Warisan Budaya adalah tahap praktikal yang komprehensif yang ditawarkan di universiti dalam Malaysia. Kami mensasarkan khalayak global. Matlamat tertinggi kami adalah untuk melatih usahawan dalam setiap disiplin Warisan Budaya yang membawa idea-idea baharu dan berani yang menjana minda, mencabar hati, dan menggembirakan deria. Kami memupuk rasa ingin tahu, ciptaan, keberanian dan jenaka, menggalakkan inovasi praktikal, penghasilan, pengekalan serta kreativiti terhadap penghasilan produk-produk warisan budaya sama ada dalam warisan ketara dan tidak ketara. Ijazah ini mencerminkan kepelbagaian dan keseronokan subjek di alaf baharu dan memberi peluang kepada pelajar untuk melihat teori dan amalan prestasi dalam pelbagai medium dan konteks.

Warisan Budaya - Fakulti Teknologi Kreatif & Warisanftkw.umk.edu.my/.../pengajian_warisan/program_warisan_budaya.pdf · Bidang Warisan Budaya menawarkan peluang ... pengurusan dan

  • Upload
    lydat

  • View
    271

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Warisan Budaya - Fakulti Teknologi Kreatif & Warisanftkw.umk.edu.my/.../pengajian_warisan/program_warisan_budaya.pdf · Bidang Warisan Budaya menawarkan peluang ... pengurusan dan

Elektif: Warisan BudayaTempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun)

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian

http:/ / f tkw.umk.edu.my/images/kursus/tk_teksti l_fesyen.pdf

SINOPSIS PROGRAM

Jabatan Pengajian Warisan menawarkan salah satu program yang diiktiraf di rantau ini. Program ini direka untuk memberi tumpuan kepada pancaindera yang terlatih, memberi ruang untuk bertindak inovatif dan mengarahkan serta memenuhi dan mengatasi cabaran prestasi.

Bidang Warisan Budaya menawarkan peluang pembelajaran dalam disiplin ilmu yang cukup luas berkaitan warisan dan budaya. Ia merangkumi ilmu mengenai warisan, kebudayaan, kemanusiaan, pemikiran, corak hidup, kesenian masyarakat, pengurusan dan pelbagai lagi pembelajaran yang berkisar tentang kebudayaan dan warisan masyarakat setempat. Bidang ini dapat melahirkan graduan yang berketerampilan, berpengetahuan, memahami dan menghayati warisan budaya

secara teknikal, inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang mapan. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teori dan praktikal menerusi kaedah pengajaran kuliah, studio, bengkel, amali di industri, pembangunan dan penghasilan produk, persembahan produksi dan penyelidikan ilmiah bagi memenuhi keperluan bergraduat. Pencapaian pelajar akan dinilai menerusi kaedah Penilaian Berterusan dan Peperiksaan. Peluang kerjaya dalam bidang ini meliputi Pengurusan Produksi Kreatif, Pengarah Kreatif, Penulis Kreatif, Penulis Skrip Produksi, Pelakon, Pereka Tari, Ahli Seni Persembahan Profesional, Juruacara, Penyelidik, Ahli Perunding, Pegawai Kesenian dan Kebudayaan, Usahawan dan Pendidik.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dalam bidang Warisan Budaya adalah

tahap praktikal yang komprehensif yang ditawarkan di universiti dalam Malaysia.

Kami mensasarkan khalayak global. Matlamat tertinggi kami adalah untuk melatih usahawan dalam setiap disiplin Warisan Budaya yang membawa idea-idea baharu dan berani yang menjana minda, mencabar hati, dan menggembirakan deria. Kami memupuk rasa ingin tahu, ciptaan, keberanian dan jenaka, menggalakkan inovasi praktikal, penghasilan, pengekalan serta kreativiti terhadap penghasilan produk-produk warisan budaya sama ada dalam warisan ketara dan tidak ketara. Ijazah ini mencerminkan kepelbagaian dan keseronokan subjek di alaf baharu dan memberi peluang kepada pelajar untuk melihat teori dan amalan prestasi dalam pelbagai medium dan konteks.