5
WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN BERTERUSAN* Olell MARIAM ABDUL KADm" ABSTRAK This anicie discussed the types and work trend for women in the public sectors. Women in the various Boards and Statutory Bodies were however excluded. Also mentioned were the factors contributing tile changes, especiaUy during the 1970's through 1990's. Their active role in nation - building and the faCIal'S related to lhe successful careers were discussed quite thoroughly. The writer agrees rhat women in the public sectors is becoming an indispensable asset and therefore be given due recognition. PENGENALAN rr.a anita yang bekerja dalam seklOr awam, au iaitu dengan kerajaan, kerap disalah anggap sebagai menjawat pekerjaan yang tidak mempunyai banyak risiko, tidak banyak cabaran, akan terus menerima gaji tiap hujung bulan sebab mustahil kerajaan tidak dapat bayar gaji, menjalankan tug as mudah dan boleh balek tepat jam 4.15 petang. Ianya juga dianggap sesuai bagi wanita yang perlukan banyak masa bersama keluarga. Anggapan ini menyebabkan status atau imej wanita yang bekerja dengan kerajaan sebagai lebih rendah tarafnya dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang dianggap sebagai lebih glamour. Kerajaan adalah majikan yang terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih 700,000 pekerja terbahagi kepada dua peringkat iaitu Kumpulan Pengurusan (i.e. Kumpulan A dan lUSA) dan Kumpulan Sokongan (Kumpu l an B hingga D sebelum SSB). Pegawai kerajaan yang memegang jawatan sebagai Ketua labatan, Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah juga penasihat kerajaan dalarn bidang masing-masing serta penggubal dasar untuk kerajaan, iaitu tugas yang saya filor lebih penting dari mana-mana tugas Ketua Ekselcutif dalarn Sektor Korporat. Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan sebaltagian atas Kumpulan Sokongan adalah penggerak utanta kepada pembangunan sosio- ekonomi negara meliputi semua bidang. Sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan, mereka boleh mempengaruhi pembangunan negara atau sebalilcuya melambatkan arus pembangunan ini melalui aliran kerja yang rumit dan keperluan "red tape" yang tidalk sepatutnya ada. Untuk menentukan sarnada wanita yang efisen serra mempunyai lcuasa menentukan proses keputusan dan implementasi satu-satu dasar kerajaan kita perlu lihat kedudukan wanita dalam hiraki organisasi kerajaan dan jumlah wanita perlu dalam Kumpulan Pengurusan. Kertas Kerja dibemangkan di Seminar 'Caba ran Keplmpinan Wanita Menjeiang Abad ke 21' Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang , 2 Mac 1996. '* Ketua Pengarah. Perpuslakaan Negara Malaysia. Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

  • Upload
    vonhu

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

S~k;lar P~rpuslakQQn

WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN BERTERUSAN*

Olell

MARIAM ABDUL KADm"

ABSTRAK

This anicie discussed the types and work trend for women in the public sectors. Women in the various Boards and Statutory Bodies were however excluded. Also mentioned were the factors

contributing tile changes, especiaUy during the 1970's through 1990's. Their active role in nation -building and the faCIal'S related to lhe successful careers were discussed quite thoroughly. The writer

agrees rhat women in the public sectors is becoming an indispensable asset and therefore be given due recognition.

PENGENALAN

rr.a anita yang bekerja dalam seklOr awam, au iaitu dengan kerajaan, kerap disalah anggap sebagai menjawat pekerjaan yang tidak mempunyai banyak risiko, tidak banyak cabaran, akan terus menerima gaji tiap hujung bulan sebab mustahil kerajaan tidak dapat bayar gaji, menjalankan tug as mudah dan boleh balek tepat jam 4.15 petang. Ianya juga dianggap sesuai bagi wanita yang perlukan banyak masa bersama keluarga. Anggapan ini menyebabkan status atau imej wanita yang bekerja dengan kerajaan sebagai lebih rendah tarafnya dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang dianggap sebagai lebih glamour.

Kerajaan adalah majikan yang terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih 700,000 pekerja terbahagi kepada dua peringkat iaitu Kumpulan Pengurusan (i.e. Kumpulan A dan lUSA) dan Kumpulan Sokongan (Kumpu lan B hingga D sebelum SSB).

Pegawai kerajaan yang memegang jawatan sebagai Ketua labatan, Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah juga penasihat kerajaan dalarn bidang masing-masing serta penggubal dasar untuk kerajaan, iaitu tugas yang saya filor lebih penting dari mana-mana tugas Ketua Ekselcutif dalarn Sektor Korporat. Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan sebaltagian atas Kumpulan Sokongan adalah penggerak utanta kepada pembangunan sosio­ekonomi negara meliputi semua bidang. Sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan, mereka boleh mempengaruhi pembangunan negara atau sebalilcuya melambatkan arus pembangunan ini melalui aliran kerja yang rumit dan keperluan "red tape" yang tidalk sepatutnya ada. Untuk menentukan sarnada wanita yang efisen serra mempunyai lcuasa menentukan proses keputusan dan implementasi satu-satu dasar kerajaan kita perlu lihat kedudukan wanita dalam hiraki organisasi kerajaan dan jumlah wanita perlu dalam Kumpulan Pengurusan.

• Kertas Kerja dibemangkan di Seminar 'Cabaran Keplmpinan Wanita Menjeiang Abad ke 21' Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang , 2 Mac 1996.

'* Ketua Pengarah. Perpuslakaan Negara Malaysia.

~==~=-~====~===---~========O

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

Kertas kerja ini akan membincangkan bentuk dan trend pekerjaan wanita dalam perkhidmatan awam dan faktor-faktor yang membawa perubahan, terutama dari tahun 70'an hingga 90'an. Faktor-faktor penting kejayaan wanita dalam perkhidmatan awam dan peranan wanita perkhidmatan awam dalam arus pembangunan negara juga akan dibincang. Perkhidmatan awam dalam konteks kertas kerja ini hanya meliputi pekerja dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, tidak termasuk Lembaga atau Badan Berkanun Kerajaan.

PENGLIBATAN WANITA DALAM PENTADBIRAN AWAM:

PERINGKAT AWAL

Data penglibatan wan ita dalam perkhidmatan awam sebelum merdeka dibawah pemerintahan Inggeris tidak terkumpul dengan lengkap dan sukar bagi saya untuk membuat satu perbandingan trend dan penglibatan wanita sebelum dan selepas merdeka dengan statistik. Yang jelas ialah peluang pekerjaan untuk wanita dalam pentadbiran awam telah mula dibuka pada awal tahun 50'an dengan lebih sistematik bermula dalam bidang pendidikan apabila beberapa pelatih wanita telah dihantar bersama lelaki ke Kirby, England untuk latihan sebagai guru. Selain dari ini, wanita yang ramai bekerja dan menerima upahan gaji dari kerajaan pemerintahan Inggeris sejak tahun 20' an lagi ialah wanita immigrant yang berasal dari India dan bekerja sebagai buruh. Tidak terdapat wanita Melayu atau Cina yang diambil kerja ketika itu .

Keadaan berubah setelah negara mencapai kemerdekaan. Jumlah wanita yang telah bekerja dengan upahan gaj i telah meningkat, dan hampir semua wanita yang bekerja dalam tahun 50'an dan 60'an adalah dalam perkhidmatan awam disebabkan peluang pekerjaan yang lebih luas untuk mereka berbanding dengan sektor swasta ketika itu . Bidang pekerjaan masih tertumpu

, t ' 0~ , Seldlar Perpuslakaan

kepada pendidikan sebagai guru; kesihatan sebagai jururawat, bidan, amah hospital; bidang pekeranian dan jurutaip, operator telefon dan juga dalam perkhidmatan kebajikan. Walaupun dalam perkhidmatan awam jawatan-jawatan ini bukan khusus untuk wanita, tetapi wanita sendiri menganggap ini yang lebih sesuai untuk mereka. Struktur sosialjuga ketika itu (dan hingga sekarang) menentukanjenis pekerjaan dan jawatan yang layak dan sesuai untuk pekerja lelaki dan wanita. Misalnya, pintu juga telah terbuka untuk wanita masuk dalam perkhidmatan polis tetapi Masyarakat Malaysia ketika itu masih belum dapat menerima wanita dalam tentera darat, laut dan udara. One revedling point juga ialah jumlah besar wanita yang bekerja dengan kerajaan dalam tahun 80'an dan 60'an adalah wanita Melayu.

BENTUK DAN TREND PEKERJAAN WANITA DALAM PERKHIDMATAN

A W AM: 1970 - 1990

Mulai tahun 70'an hingga 80 ' an, kemasukan wanita dalam perkhidmatan awam telah mendadak dengan pertambahanjawatan-jawatan kerajaan. Pada tahun 1967, jumlah jawatan kerajaan hampir 270,000, tetapi pada akhir tabun 1972, iaitu dalam tempoh 5 tabun, jumlall ini telah meningkat kepada hampir 450,000 jawatan, dan pada akhir tabun 1982 jumlah ini meningkat kepada 807,000 jawatan. Jumlah jawatan yang telah diisi oleh wanita bertambah dengan terbukanya peluang pekerjaan yang luas ini, terutama dalam kumpulan perkeranian, kesetiausahaan dan pendidikan. Saya ambil statistik tabun 1982 sebagai ilustrasi keadaan. Daripada 807,000 jawatan yang wujud dari tabun 1982, sejumlah 647,975 telah diisi dan dari jumlah ini 179,761 (atau 27.6%) adalah wanita sementara 468,214 (atau 72.3 %) adaIah lelaki. Malangnya saya tidak dapat perolehi statistik 1972 (10 tabun sebelum ini) sebagai perbandingan, tetapi statistik yang diperolehi tabun 1991 menunjukkan satu peningkatan. Dari 709,019 jawatan yang diisi, 238,415 (atau 33.6%) adalah wanita sementara lelaki ialah 66.4 % iaitu peningkatan

0 ==================================

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

-l' - ~ .. 1', • S~kitar 1'~rpUSlakaan

daripada 27.6% kepada 33.6% dalarn rnasa 9 tahun untuk pekerja wanita.

Faktor utarna pertarnbahan ini ialah keputusan kerajaan untuk memperluaskan skop aktiviti sektor kerajaan dengan rnemberi rumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan sosial dan pembangunan ekonorni. Beberapa labaran dan Kementerian barn telah ditubuh bagi melaksana projek di bawah Dasar Ekonomi Baru, dan ini memberi peluang wanita bersaing dengan lelaki untuk pekerjaan. Sektor kerajaan yang mula berkembang dengan pesat pad a awal tahun 70 'an terus rneningkat dalarn tahun 80 'an. Melalui Operasi lsi Penuh 1979, kerajaan telah mengisi 27 ,600 kekosongan jawatan sehingga akhir 1980. Rancangan Malaysia ke empat yang bermula tahun 1981 juga rnenyediakan pe1uang pekerjaan yang banyak dalarn sektor swasta dan kerajaan.

Faktor kedua ialah selaras dengan perrurnbuhan ekonomi negara dan perluasan skop aktiviti kerajaan, peluang pendidikan yang sarna antara lelaki dan wanita hingga ke peringkar tinggi terbuka luas , dan ini pula telah mencetuskan peluang pekerjaan yang sama dengan le1aki , perolehan gaji yang sama dengan lelaki dalam bidang professional dan non-professional , dan kemahiran serta pengetahuan yang tinggi dan bidang barn oleh wanita.

Faktor ketiga ialah perubahan sikap wanita bermula awal tahun 70 ' an untuk membuat pilihan bekerja dan mernbina karier selain daripada berkahwin dan membesarkan anak. Keadaan ini memberi kesan kepada wu judnya bilangan wanita yang pilih lambat untuk kahwin sehingga mencapai status tinggi dalam karier mereka.

Faktor keempat ialah pembukaan yang lebih luas untuk wanita dalam jawatan professional dalam perkhidmatan keraj aan selain dari bidang pendidikan lebih ramai wanita mula masuk bidang perundangan; dengan lKR sebagai arkitek dan engineer , bidang kesihatan sebagai dentist,

farmasi, medical specialist, sebagai akauntan, quantity surveyors dan jurusan baru seperti bidang kepustakawanan.

Faktor kelima yang menarik wanita bekerja dengan kerajaan dalam tahun 70'an dan 80'an ialah kelebihan faedah iaitu pencen selepas bersara dan 'security' dalam jawatan dengan anggapan "government can never go bankrupt and retrenched workers". Masa pekerjaan iaitu 8.00 pagi hingga 4.15 petang lebih sesuai kepada wanita yang berumahtangga terutama jawatan yang tidak memerlukan kerja lebih masa atau "shift". Perubahan dasar untuk memberi cuti bersalin bergaji penuh dari 3 kepada 5 anak boleh dianggap juga sebagai satu intensif.

Faktor keenam ialah perrambahan kos sara hidup terutama di kawasan bandar. Isteri terpaksa bekerja kerana terdesak untuk menambah pendapatan keluarga supaya dapat terns hidup di bandar . Bekerja bagi mereka bukan lagi satu pilihan tetapi satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dengan ini terdapat wanita berkelulusan SPM Gred 3 yang dahulu pilih menjadi suri rumahtangga terpaksa keluar bekerja.

Trend pertambahan pekerja wanita pula berbanding dengan lelaki yang bermula tahun 1986 lebih ketara mulai tahun 1987. Menurnt statistik dari rekod pusat staf awam yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, jumlah pekerja lelaki menurnn sementara jumJah wanita bertambah.

1986 70.2% lelaki dan 29.8% wanita 1987 69.4% lelaki dan 30.6 wanita 1990 67 % lelaki dan 33 % wanita

Trend ini berlaku sebab pertarna tidak ramai wan ita yang pilih untuk bersara option dan lebih ramai rnenunggu bersara wajib berbanding pekerja lelaki yang telah bersara optional untuk merebut peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan di sektor swasta. Sebab kedua ialah dasar untuk mengkorporatkan beberapa

====~~===---~===-~===========O

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

agensi kerajaan bagi mengurangkan jumlah kakitangan dan perbelanjaan kerajaan untuk gaji, upahan dan pencen yang bermula dalam tahun 1989. Kebanyakan pekerja dalam agensi yang dikorporatkan seperti Jabatan Telekom, Jabatan Cetak Kerajaan dan Jabatan Pos adalah pekerja lelaki .

KEJAYAAN WANITA DALAM PERKIllDMA T AN KERAJAAN

Kayu pengukur bagi kejayaan wanita ialahjumlah jawatan penting dan tinggi yang disandang berbanding lelaki. Memang benar jumlah besar wanita dalam jawatan kerajaan ialah dalam kumpulan sokongan, terutama dalam kumpulan gaji C (sebelum SSB) , iaitu 113,600 lebih berbanding hanya 23,000 dalam Kumpulan A dan hanya 17,800 Kumpulan B bagi tahun 1990. Memang benar juga jumlah wanita dalam kerajaan yang memegang jawatan Ketua Jabatan boleh dihitung denganjari. Tetapi kejayaan wanita tidak terletak hanya kepada dua kriteria ini. Seperti yang sayajelaskan diawal kertas kerja ini, pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan, iaitu Kumpulan A sebelum SSB, memainkan peranan penting sebagai pegawai mengimplementasi dasar kerajaan dan pada saya jumlah ini yang perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan kemahiran dan kelulusan mereka. Untuk mengisi jawatan JUSA (atau superscale sebelum SSB) dan jawatan utama sebagai Ketua Pengarah, KSU, TKSU, Pengarah­pengarah Negeri, kerajaan akan memilih dari Kumpulan A ini dan bukannya Kumpulan B atau C.

Sebenarnya, jumlah wanita dalam Kumpulan A telah semakin bertambah manakala jumlah bagi lelaki serna kin kurang bermula tahun 1987 . Statistik dari Rekod Pusat Staf A warn, J abatan Perkhidmatan A warn memberi angka ini untuk Kumpulan A.

S~kilor P~rpuslakoon

1987 67.2% lelaki dan 32.8% perempuan 1991 63 .2% lelaki dan 36.8% perempuan

Malangnya tiada angka perbandingan untuk tahun-tahun selepas 1991 . lni adalah satu kejayaan yang berternsan bagi wanita dalam perkhidmatan kerajaan , dan bagi menentukan kejayaan ini tidak akan pegawai kerajaan wanita yang memegang jawatan tinggi dan boleh mempengaruhi kedudukan wanita perlu berbuat demikian.

Di Perpustakaan Negara, hampir 90 % jawatan Kumpulan A ialah pegawai wanita. Peluang untuk Pus taka wan melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana dan Ph.D dalam bidang barn kepustakawanan telah di buka dengan kepercayaan bahawa Perpustakaan Negara perlu meningkatkan imej dan prestasinya sebab ianya adalah satu-satunya Jabatan Kerajaan di mana hampir semua pegawai kanannya ialah wanita. Oleh kerana Perpustakaan adalah pusat maklumat, pengalaman dan prestasi kerja sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan imej perpustakawan. Kelulusan dan kemahiran yang lebih tinggi adalah penting. Apabila pegawai­pegawai kanan Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai kepakaran, kebolehan dan kemahiran yang tinggi, maka tugas sebagai Ketua Pengarah akan lebih mudah.

Sehingga kini, terdapat lebih ramai wanita dalam perkhidmatan kerajaan memegang jawatan penting berbanding 5 tahun dahulu. Memang benar jumlah wanita dalam Kumpulan JUS A sangat kecil berbanding lelaki tetapi peluang sentiasa ada bagi mereka "who is there at the right place, the right time and the right job". Jawatan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara tidak pernah disandang oleh seorang wanita dan kenaikan pangkat sebagai Ketua Pengarah adalah kerana saya antara yang ulung memilih bidang kepustakawanan , satu bidang yang tidak ramai minat pada mulanya . Saya mula bekerja dengan Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1970 "and happen

O===---~~~=======================

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: WANITA DALAM PERKHIDMATAN AWAM: SATU KEJAYAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2386/1/Sekitar_1996_22_1.pdf · dibandingkan jawatan yang sama di sektor korporat yang

to be there with the right job at the right place." Semasa jawatan Ketua Pengarah kosong , say a mendapat sokongan yang padu dari semua pegawai wanita-wanita dan lelaki di bawah saya disebabkan mereka tidak mahu jawatan ini kekal sebagai satu jawatan PTD. Nasib say a juga baik sebab saya diberi pertimbangan untuk jawatan ini oleh seorang Ketua Setiausaha Kementerian dan juga Ketua Setiausaha Negara yang percaya kepada kebolehan dan kemampuan saya. Tetapi yang paling mustahak ialah pendirian saya sendiri yang sanggup menerima jawatan ini dengan segala cabaran dan tanggungjawab kepada negara.

Anggapan bahawa peluang jawatan tinggi untuk wanita tidak ada , diskriminasi dalam perkhidmatan awam wujud secara tidak rasmi dan lain-lain anggapan negatif adalah tidak benar. Jika seorang pegawai wan ita itu mempunyai kelulusan yang cukup , kebolehan menjalankan tugas yang lebih tinggi, boleh diterima (iaitu acceptability) mengikut beberapa norma kerja perkhidmatan awam , dan mempunyai kesanggupan dan sikap yang positif, maka peluang luas terbuka untuknya . Pernah seorang pegawai pentadbiran wan ita yang telah berusaha menyokong seorang doktor wanita dari salah sebuah universiti untuk me me gang jawatan yang lebih tinggi dalam pentadbiran universiti itu telah menolak peluang ini semata-mata kerana dia tidak sanggup walau pun mempunyai kebolehan dan tidak mahu tinggal klinik pakarnya. Insiden seperti ini banyak berlaku dan kita tidak boleh salahkan sesiapa tetapi wan ita sendiri.

Wanita yang memegang jawatan tinggi adalah pendorong bagi wanita lain dan simbol status kejayaan wanita . Dengan itu, adalah tanggungjawab mereka ini pula menentukan imej wanita di peringkat atasan sentiasa baik,

Sekita,. Perpustakaan

sebab jika seorang pegawai kanan lelaki membuat kesalahan, ia dipandang perkara biasa, tetapi situasi yang sama bagi pegawai kanan wan ita akan membawa padah pada wanita lain . Cemuhan kebolehan dan kewibawaan wanita akan berlaku. Imej inilah yang sentiasa saya jaga.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kedudukan wanita dalam perkhidmatan awam tidak seharusnya dianggap sebagai lemah dan negatif. Beberapa tindakan positif telah berlaku dan akan berterusan. Yang penting ialah jumlah pertambahan wanita dalam perkhidmatan awam perlu diselaraskan dengan pertambahan dalam jawatan-jawatan penting dalam Kumpulan So kong an dan Kumpulan Pengurusan. Kita mahu lebih ramai pegawai Kerani Kanan Wanita , Guru Besar Wanita, Ketua Penolong Setiausaha Wanita , Ketua Pengarah Wanita, Timbalan KSU dan KSU Wanita , State Legal Advisor Wanita, State Financial Wanita dan State Secretary Wanita.

Untuk mencapai ini, kita perlu ada strategi pelaksanaan untuk membawa perubahan ini, perlu ada anjakan paradigma (paradigm shift) dan perlu ada imbangan antara keperluan pejabat dan keperluan rumahtangga .

Yang akhir sekali kita perlu bersatu dan tidak menjatubkan antara satu sarna lain. Apabila bersatu dan kukuh , kita boleh pohon perubahan yang dapat membantu kita, seperti waktu bekerja yang fleksibel untuk wanita yang mempunyai anak kecil dan pusat asuhan kanak-kanak di pejabat. lanya boleh menjadi kenyataan apabila pekerja wanita dalam perkhidmatan kerajaan dianggap sebagai "an indispensible asset". lni seharusnya matlamat kita semua.

- 0

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia