142
KITARAN SEMULA SISA PEMBUANGAN BAHAN BINAAN WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

KITARAN SEMULA SISA PEMBUANGAN BAHAN BINAAN

WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT Author’s full name : WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM

Date of birth : 5 JANUARI 1993

Title : KITARAN SEMULA SISA PEMBUANGAN BAHAN

BINAAN

Academic Session : 2015/2016

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret

Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organization where research was done)*

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access

(full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

3 The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 4 The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the

purpose of research only. 5 The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

(NEW IC NO./PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

930105-03-5228 Sr. DR. MAIZON BT HASHIM

Date: Date:

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from

the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.

Page 3: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains (Pembinaan)”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : Sr. DR. MAIZON BT HASHIM

Tarikh : ………………………………………..

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Pembaca Kedua: ENCIK JAMALUDIN YAAKOB

Tarikh : ………………………………………..

Page 4: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

i

KITARAN SEMULA SISA PEMBUANGAN BAHAN BINAAN

WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2016

Page 5: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Kitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan” ini

adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : . .........................................................................................

Nama : …………………………………………………………

Tarikh : …………………………………………………………

WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM

Page 6: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah S.W.T.

Ditujukan khas buat,

Ibu tersayang,Siti Meriam Binti Awang Hamad,

Arwah ayah yang diingati, Wan Ibrahim Bin Wan Omar,

Suami tercinta,Muhamad Amir Sobirin Bin Suhaimi,

Keluarga yang jauh dimata namun dekat dihati,

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan,

Buat Pensyarah UTM,

Terima kasih yang tak terhingga di atas ilmu,

Terima kasih untuk semuanya.

Buat rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih yang tidak terhingga.

Setiap sokongan, bantuan, kata-kata semangat amat dihargai.

Page 7: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah (SWT)

kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih ditujukan khas kepada Sr. Dr. Maizon Binti Hashim sebagai

penyelia saya yang telah komited memberikan tunjuk ajar, panduan beliau, nasihat

dan motivasi di sepanjang dua semester bagi menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak kontraktor yang sudi

meluangkan masa untuk ditemu bual dan bekerjasama dalam memberikan pelbagai

maklumat untuk kajian ini. Pengalaman dan maklumat yang telah dikongsikan telah

membantu merealisasikan kajian ini.

Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

kepada suami dan ibu tercinta serta rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi

sokongan dan doa yang tidak putus selama ini. Hanya Allah yang dapat membalas

jasa baik kalian. Amin.

Page 8: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

v

ABSTRAK

Perkembangan aktiviti pembinaan meningkatkan jumlah sisa pembuangan

bahan binaan. Kitaran semula sisa pembuangan merupakan satu komponen yang

penting bagi sebuah pembinaan dan juga alam sekitar. Objektif bagi kajian ini

adalah;pertama, untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan, dan kedua, mengenalpasti faktor-

faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Bagi

memastikan objektif tercapai, lima kajian kes mengenai kitaran semula sisa

pembuangan dijalankan dalam projek penyelidikan ini dan kaedah yang digunakan

untuk mendapatkan data kajian adalah melalui temu bual bersama pihak kontraktor

berdaftar G7 disekitar Johor Bahru. Data dianalisis dengan menggunakan analisa

kandungan transkrip dan mengkodkan data. Objektif pertama, analisis mendapati

terdapat beberapa jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dan

kaedah yang digunakan iaitu sisa pembuangan kayu dan kaedah yang digunakan

adalah penyokong, acuan, rumah kongsi, meja dan tong sampah; sisa pembuangan

konkrit dan kaedah yang digunakan ialah menampung jalan berlubang dan lintel; sisa

pembuangan batu bata dan kaedah kitar semula ialah menampung jalan berlubang,

subgrade dan silt trap; sisa pembuangan besi dan kaedah yang digunakan ialah lintel,

penghadang, penanda penyiasatan aras, safety guard rail dan bar chair; sisa

pembuangan aluminium dan kaedah yang digunakan ialah framework dan sisa

pembuangan jubin pula ialah skirting dan jalan sementara. Objektif kedua,faktor-

faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan ialah

pencemaran pada bahan, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan

binaan, tambahan kerja bagi kontraktor, ruang yang terhad, bebanan kos bagi

kontraktor, kualiti bahan, kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit, tidak

memenuhi spesifikasi dan kemahuan untuk menjalankan kitar semula.

Page 9: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

vi

ABSTRACT

The development of construction activity increases the amount of

construction waste materials. Recycling of waste disposal is an important component

of a construction and the environment. The objective of this research are; one,

identify the types of construction waste materials commonly recycled and the

methods used, and two, identify factors that prevent recycling of construction waste

materials. To ensure that the objectives are achieved, five case studies on the

recycling of waste disposal is carried out in this research project and the methods

used to obtain research data is through interviews with the contractor G7 registered

around Johor Bahru. Data were analyzed using content analysis of the transcripts and

the encoded data. For objective one, the analysis showed that there are some types of

construction waste materials commonly recycled and the method used, namely wood

wastes, and methods used are struts, mold, share house, table and waste bin; waste

disposal of concrete and the method used are cover the road holes and lintel; waste

disposal of bricks and recycling methods are cover the road holes, subgrade and silt

trap; waste disposal of steel and the method used are lintel, barricades, survey level

marker, safety guard rail and bar chair; waste disposal of aluminum and the method

used is framework and waste disposal of tiles is skirting tiles and temporary roads.

For objective two, factors that prevents recycling construction waste materials was

pollution on materials, difficult to isolate the type of construction waste materials,

additional work for the contractor, limited space, the cost burden on contractors, the

quality of materials, the lack of communication between the parties involved, does

not meet the specification and willingness to carry out recycling.

Page 10: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Penyataan Masaalah 3

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Skop Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Metodologi Kajian 7

1.7.1 Peringkat Pertama – Kajian Awal 7

1.7.2 Peringkat Kedua – Kajian Literatur 8

1.7.3 Peringkat Ketiga – Penyediaan Metodologi Kajian 8

Page 11: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

viii

1.7.4 Peringkat Keempat – Pengumpulan Data 8

1.7.4.1 Temubual 9

1.7.5 Peringkat Kelima – Analisis dan Rumusan 9

1.7.4 Peringkat Keenam – Kesimpulan dan Cadangan 9

1.8 Organisasi Bab 12

1.9 Rumusan 13

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Sisa Pembuangan Bahan Binaan 15

2.3 Definisi Kitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 15

2.4 Cara Pelupusan Sisa Pembuangan Bahan Binaan 17

2.4.1 Pembakaran 17

2.4.2 Kitaran Semula 17

2.4.3 Penggunaan Semula 18

2.4.4 Penimbusan 18

2.4.5 Pelupusan di Tapak Pelupusan Sampah 18

2.5 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan Yang Lazim

Dikitar Semula 19

2.5.1 Asfalt 19

2.5.2 Konkrit 20

2.5.3 Kayu 20

2.5.4 Kayap Bumbung 21

2.5.5 Batu Bata 22

2.6 Kaedah Yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan Yang Lazim Dikitar Semula 23

2.6.1 Asfalt 23

2.6.1.1 Kaedah Kitar Semula Permukaan 24

2.6.1.2 Menurap Semula 25

2.6.1.3 Campuran Semula 27

2.6.2 Konkrit 29

2.6.2.1 Agregat Kitar Semula 29

2.6.2.2 Granular Base / Asas Berbutir 31

2.6.3 Kayu 32

Page 12: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

ix

2.6.3.1 Kitar Semula Papan Lapis 32

2.6.3.2 Blok Simen Gentian Kayu 35

2.6.3.3 Papan Partikel 36

2.6.4 Kayap Bumbung 37

2.6.4.1 Turapan Asfalt 37

2.6.4.2 Cold Patch 38

2.6.4.3 Asas Sub dan Agregat 39

2.6.5 Batu Bata 39

2.6.5.1 Agregat Kasar 40

2.6.5.2 Agregat Halus 40

2.7 Faktor-faktor Yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa

Pembuangan Bahan Binaan 41

2.7.1 Pencemaran Pada Bahan 41

2.7.2 Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa Pembuangan

Bahan Binaan 41

2.7.3 Tidak Mendapat Sambutan 42

2.7.4 Kurang Informasi Mengenai Produk Kitaran

Semula 42

2.7.5 Tambahan Kerja Bagi Kontraktor 42

2.7.6 Ruang Yang Terhad 43

2.7.7 Kekurangan Komunikasi Diantara Pihak Yang

Terbabit 43

2.7.8 Bebanan Kos Bagi Kontraktor 44

2.8 Rumusan 44

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Rekabentuk Metodologi Kajian 47

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 48

3.3.1 Data Primer 48

3.3.1.1 Temu Bual Semi Struktur 48

3.3.2 Data Sekunder 49

3.3.2.1 Kajian Literatur 50

3.4 Rekabentuk Soalan Kajian 50

Page 13: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

x

3.4.1 Bahagian A 51

3.4.2 Bahagian B 51

3.4.3 Bahagian C 51

3.4.3.1 Soalan Temu Bual Pertama 52

3.4.3.2 Soalan Temu Bual Kedua 52

3.5 Kaedah Menganalisis Data 52

3.6 Rumusan 56

4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Latar Belakang Kajian 58

4.3 Analisa Kajian 58

4.3.1 Analisa Kes Projek A 58

4.3.1.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah

yang Digunakan 59

4.3.1.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 64

4.3.2 Analisa Kes Projek B 66

4.3.2.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah

yang Digunakan 67

4.3.2.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 71

4.3.3 Analisa Kes Projek C 72

4.3.3.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah

yang Digunakan 73

4.3.3.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 74

4.3.4 Analisa Kes Projek D 79

4.3.4.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah

yang Digunakan 80

Page 14: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xi

4.3.4.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 84

4.3.5 Analisa Kes Projek E 87

4.3.5.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah

yang Digunakan 88

4.3.5.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 91

4.4 Analisa Bagi Setiap Projek 93

4.4.1 Analisis Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

yang Lazim Dikitar Semula dan Kaedah yang

Digunakan 93

4.4.2 Analisis Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran

Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan 98

4.5 Rumusan 101

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 102

5.2 Kesimpulan Kajian 102

5.2.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang

Lazim Dikitar Semula Di Tapak Bina dan Kaedah

yang Digunakan 103

5.2.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula

Sisa Pembuangan Bahan Binaan 104

5.3 Batasan Kajian 105

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 106

5.5 Rumusan 107

RUJUKAN 108

LAMPIRAN 115

Page 15: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek A 59

4.2 Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek A 61

4.3 Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis

Sisa Pembuangan Projek A 61

4.4 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek A 64

4.5 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek B 67

4.6 Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek B 68

4.7 Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis

Sisa Pembuangan Projek B 69

4.8 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek B 71

4.9 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek C 73

4.10 Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek C 74

4.11 Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis

Sisa Pembuangan Projek C 75

4.12 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek C 77

4.13 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek D 80

4.14 Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek D 81

4.15 Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis

Sisa Pembuangan Projek D 82

Page 16: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xiii

4.16 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek D 84

4.17 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek E 88

4.18 Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek E 89

4.19 Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis

Sisa Pembuangan Projek E 89

4.20 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek E 91

4.21 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Untuk Semua Projek 93

4.22 Skala Petunjuk 95

4.23 Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan 95

4.24 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Pembuangan

Bahan Binaan

Page 17: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 11

2.1 Komponen Bagi Kayap Bumbung Asfalt 22

2.2 Proses Asas Kitar Semula Permukaan 25

2.3 Proses Menurap Semula Multiple Pass 26

2.4 Proses Menurap Semula Single Pass 27

2.5 Konsep Kaedah Campuran Semula 28

2.6 Proses Campuran Semula Single Pass 28

2.7 Kitaran Bahan Agregat 30

2.8 Proses Pengeluaran 33

2.9 Proses Kitar Semula Kayu Lapis 33

2.10 Carta Aliran Pembuatan Blok Konkrit 35

2.11 Proses Penghasilan Kayu Partikel 36

2.12 Proses Campuran Semula Single Pass 28

2.13 Kitaran Bahan Agregat 30

2.14 Proses Pengeluaran 33

3.1 Ringkasan Kaedah Menganalisis Data 55

4.1 Konkrit 60

4.2 Kayu 60

4.3 Aluminium (Framework) 62

4.4 Kayu (Penyokong) 62

4.5 Kayu (Acuan) 63

4.6 Jubin (Skirting) 63

4.7 Besi 67

Page 18: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xv

4.8 Kayu 67

4.9 Kayu (Rumah Kongsi) 70

4.10 Besi (Safety Guard Rail) 70

4.11 Besi 74

4.12 Kayu (Acuan) 76

4.13 Kayu 81

4.14 Batu Bata (Silt Trap) 83

4.15 Besi 88

Page 19: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Temu Bual 115

Page 20: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Menerusi Bank Negara Malaysia (2016), Buletin Suku Tahunan untuk suku

pertama 2014 menunjukkan sektor pembinaan berkembang pesat pada suku pertama

(18.9%; S4 2013: 9.8%), didorong oleh subsektor kediaman. Prestasi pertumbuhan

yang lebih kukuh dalam sektor pembinaan juga disokong oleh subsektor bukan

kediaman dan kejuruteraan awam selain subsektor kediaman. Dalam subsektor

kediaman, pertumbuhan yang kukuh adalah kerana disokong oleh pembinaan projek

harta tanah bertingkat tinggi terutamanya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Pertumbuhan dalam subsektor bukan kediaman pula disebabkan oleh pembinaan

projek komersial dan perindustrian yang kian mendapat permintaan. Sementara itu,

pertumbuhan subsektor dalam kejuruteraan awam seperti projek landasan kereta api,

kemudahan dan jalan raya seperti projek Aliran Transit Laju (MY) MRT di Lembah

Klang, penyambungan Aliran Transit Ringan (LRT), loji jana kuasa Tanjung Bin dan

Janamanjung serta Lebuh Raya Utara- Selatan menggambarkan kemajuan berterusan

di dalam sektor pembinaan.

Page 21: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

2

Namun begitu, disebabkan sektor pembinaan semakin berkembang

menyebabkan sisa pembuangan bahan binaan makin meningkat. Pembaziran bahan

binaan yang boleh dikitar semula disebabkan oleh isu lebihan bahan binaan dan

pengurusannya yang lemah (Sharifah Meryam et al.,2009). Menurut Abdul Yazid

Alias (2010), setiap tahun pihak berkuasa tempatan (PBT) diseluruh Malaysia

menanggung kira-kira RM1 billion untuk pengurusan sisa pepejal. Oleh itu dengan

amalan kitar semula dapat mengurangkan pelbagai kos termasuk kos pengurusan sisa

pepejal. Pada 2005 sebanyak 7.34 juta tan pepejal domestik dicatatkan di seluruh

negara dan jumlah ini dijangka akan meningkat 30,000 tan sehari menjelang tahun

2020 (Abdul Yazid Alias,2010).

Mengikut Sharifah Meryam et al. (2009), terdapat pelbagai usaha yang dibuat

di Malaysia bagi mengurangkan sisa binaan dan menggalakan penggunaan semula

sisa antaranya adalah usaha bersepadu melalui Kempen Kebangsaan Kitar Semula

untuk menggalakkan penggunaan semula, pengurangan dan pengitaran semula (3R)

sisa pepejal namun jumlah yang dikitar semula masih kurang daripada 5.0 peratus.

Disebabkan oleh sesetengah bahan binaan ada yang boleh dikitar semula manakala

ada yang tidak boleh dikitar semula, kadar kitar semula bahan binaan kurang

meningkat.

Kitar semula adalah akitiviti yang melibatkan pungutan, pengasingan dan

penjualan bahan kitar semula ke kilang untuk diproses menjadi bahan produk yang

baru dan juga merupakan perbuatan dimana menjadikan sesuatu bahan sisa kepada

sesuatu yang lebih berfaedah setelah diasingkan (Masyitah et al.,2011). Apabila

pembaziran dapat dikurangkan dan menghasilkan produk yang boleh diguna,kitar

semula adalah langkah yang paling berkesan dalam meminimumkan sisa buangan.

Page 22: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

3

Walaubagaimanapun, masalah pembaziran bahan binaan sukar dilupuskan.

Semua pihak perlu berganding bahu dan lebih berpengetahuan dalam isu kitar semula

sisa bahan. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang alam sekitar supaya

mereka menjaga alam sekitar dengan cara mengitar semula sisa bahan.

1.2 Penyataan Masalah

Vieira dan Pereira (2015), menyatakan kitar semula bahan binaan dan

perobohan penting kerana pembaziran bahan binaan menyebabkan kekurangan

agregat semula jadi, peningkatan yang besar pada tapak pelupusan dan juga

kebimbangan terhadap alam sekitar yang lain. Sekiranya bahan binaan tidak diguna

semula, ia menyebabkan pembaziran dan memberikan kesan terhadap alam sekitar.

Disebabkan pencemaran yang semakin serius, industri pembinaan yang semakin

pesat membangun perlu mempratikkan kitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan supaya dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Menurut Sharifah Meryam et al.(2009), di Malaysia terdapat pelbagai usaha

dalam menggalakan penggunaan semula sisa antaranya melalui Kempen Kebangsaan

Kitar Semula namun jumlah yang dikitar semula masih sedikit. Ini bermakna ramai

pihak yang tidak peka dan kurang berpengetahuan mengenai penggunaan semula sisa

bahan binaan. Masih ada yang tidak terdedah dengan kitaran semula sisa

pembuangan sedangkan kitaran semula dapat memberikan pelbagai kelebihan

disamping dapat memulihara alam semulajadi.

Page 23: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

4

Kebanyakan kontraktor mengambil jalan mudah antaranya melupuskan sisa

pembuangan bahan pembinaan dengan melakukan pembakaran terbuka dan juga

pembuangan secara terbuka (Recover Your Resource,2009). Sisa pembuangan bahan

binaan juga boleh dilupuskan di tapak pelupusan sampah namun merugikan pihak

kerana sisa pembuangan bahan binaan dapat dikitar semula dan menjadi produk lain.

Sasitharan et al.(2012), menyatakan sisa pembinaan memberikan kesan langsung

terhadap produktiviti, kerugian masa dan bahan. Sisa fizikal menyumbang kepada

sebahagian besar tapak pelupusan dan kajian menunjukkan bahawa hampir 26 % sisa

di tapak pelupusan sisa binaan adalah daripada sisa fizikal.

Mengikut Recover Your Resource (2009), dalam sektor pembinaan, terdapat

kontraktor yang mengasingkan bahan binaan untuk dihantar ke pusat kitar semula

namun ada diantara mereka tidak mempunyai satu panduan yang sistematik dalam

mengasingkan bahan yang berbahaya dan bertoksik. Menerusi Recover Your

Resource (2009) lagi, bahan-bahan dari bahagian tertentu dari projek-projek

pembinaan dan perobohan adalah toksik atau diklasifikasikan sebagai sisa berbahaya

dan pengendalian khas diperlukan bagi bahan- bahan yang dihasilkan oleh

pembinaan termasuk getah cat, pelarut kimia dan pelekat. Pendedahan dan

pengetahuan tentang kaedah kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan amat

penting supaya kontraktor dapat mempraktikkan amalan ini pada setiap projek

pembinaan yang dijalankan.

Semua pihak yang terlibat dalam sektor pembinaan perlu mempunyai

kesedaran terhadap kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Berdasarkan

kenyataan, dapat disimpulkan bahawa pelbagai kesan akan diterima sekiranya kitaran

semula sisa pembuangan tidak dijalankan. Pembaziran bahan binaan menyebabkan

pelbagai masalah seperti kekurangan agregat semulajadi, peningkatan pada tapak

pelupusan dan juga akan mencemarkan alam sekitar. Sisa pembinaan juga

memberikan kesan terhadap produktiviti, kerugian masa dan bahan. Oleh itu, kitaran

semula sisa pembuangan bahan binaan perlu dititkberatkan supaya ia memberi impak

kepada semua pihak seperti kontraktor, syarikat kitar semula dan sebagainya.

Page 24: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

5

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang dijelaskan mengenai permasalahan kitar

semula sisa pembuangan bahan binaan. Beberapa persoalan kajian telah dikeluarkan

iaitu:

1. Apakah jenis – jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula dan kaedah yang digunakan?

2. Apakah faktor – faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan?

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian yang dijalankan adalah:

1. Mengenalpasti jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim

dikitar semula dan kaedah yang digunakan.

2. Mengenalpasti faktor – faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan.

Page 25: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

6

1.5 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan tertumpu kepada kontraktor gred G7 berdaftar yang

sedang menjalankan pembinaan di sekitar kawasan Johor Bahru, Johor. Kajian

dijalankan ke atas lima tapak bina yang sedang menjalankan aktiviti pembinaan di

sekitar kawasan Johor Bahru, Johor. Pengitaran sisa bahan binaan adalah yang

melibatkan industri pembinaan sahaja.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi membantu kontraktor mengenalpasti jenis-jenis

sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang

digunakan. Selain itu, kajian ini juga membantu kontraktor mengenalpasti faktor-

faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Sekiranya amalan kitaran semula dapat dipraktikkan didalam industri

pembinaan, pembaziran sisa pembuangan bahan binaan dapat dikurangkan.

Timbunan sisa pembuangan bahan di tempat penimbusan sampah akan berpindah ke

tempat kitar semula. Seterusnya, tempat penimbusan sampah-sarap dapat dipelihara.

Tambahan pula, amalan kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan ini juga dapat

memberi pelindungan kepada alam sekitar dan pemuliharaan sumber semulajadi.

Page 26: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

7

1.7 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis sisa

pembuangan binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan dan

faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula bahan pembuangan binaan. Oleh

itu, beberapa langkah dan kaedah boleh diambil untuk menjalankan kajian ini.

Metodologi kajian yang juga dikenali sebagai kaedah dalam pengumpulan data

dan teknik-teknik menganalisis data yang digunakan untuk membantu mencapai

objektif kajian. Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, terdapat enam

peringkat dalam proses kajian ini iaitu:

1.7.1 Peringkat Pertama – Kajian Awal

Pada peringkat pertama, perbincangan awal merupakan salah satu daripada

proses yang penting untuk menjalankan kajian. Dalam perbincangan ini ia dapat

memberi gamabaran kasar mengenai permasalahan yang dihadapi berkaitan kajian

yang ingin dijalankan. Proses perbincangan ini dapat dijalankan dengan pertemuan

dengan pensyarah dan rakan untuk membincangkan mengenai kajian tersebut.

Maklumat dan bahan mengenai kajian yang ingin dijalankan didapatkan dan daripada

bahan-bahan tersebut akan timbulnya persoalan dan isu berkaitan kajian seterusnya

objektif kajian dapat dikenalpasti.

Page 27: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

8

1.7.2 Peringkat Kedua – Kajian Literatur

Kajian literatur adalah bertujuan untuk mengumpul data-data yang berkaitan

dengan kajian yang dijalankan. Fakta-fakta ini kebanyakkannya diambil daripada

buku-buku, jurnal, dan artikel yang berkaitan. Perbincangan dengan penyelia

dilakukan pada peringkat ini untuk memastikan bahawa maklumat yang berkaitan

dengan kajian sahaja akan digunakan dalam kajian literatur ini.

1.7.3 Peringkat Ketiga – Penyediaan Metodologi Kajian

Setelah selesai kajian awal di peringkat pertama, seterusnya adalah

menjalankan kerja-kerja bagi mengenalpasti kaedah kajian untuk mendapatkan data-

data yang ingin diperolehi. Data-data yang berkaitan dengan penulisan kajian akan

dikenalpasti bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan dalam kajian.

1.7.4 Peringkat Keempat – Pengumpulan Data

Antara langkah – langkah yang boleh diambil dalam peringkat keempat ini

iaitu dalam proses pengumpulan data ialah temu bual.

Page 28: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

9

1.7.4.1 Temubual

Temubual akan dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam kajian

yang dijalankan. Antara pihak yang terlibat dalam temu bual kajian ini adalah

individu-individu yang berkaitan dalam pengurusan kitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan di tapak bina seperti pengurus projek, pengurus tapak, subkontraktor

atau mana-mana individu yang terlibat dalam kaitan kerja yang dilaksanakan dan

adalah merupakan kontraktor G7 yang berdaftar. Kaedah temubual ini adalah penting

bagi mengetahui secara terperinci dan praktikal mengenai proses kitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan di tapak bina.

1.7.5 Peringkat Kelima – Analisis dan Rumusan

Peringkat kelima ini adalah proses semua data-data dan maklumat yang

diperolehi akan disemak dan disusun untuk mendapatkan hasil kajian. Seterusnya

akan dianalisis dan diinterpretasi sebelum ditukar menjadi bentuk maklumat yang

akan digunakan untuk tujuan penulisan.

1.7.6 Peringkat Keenam – Kesimpulan dan Cadangan

Dalam peringkat ini, kesimpulan kajian akan dibuat berdasarkan hasil

daripada analisis data-data yang diperolehi. Selain itu, sebarang cadangan-cadangan

yang bersesuaian diberikan bagi tujuan penambahbaikan keatas kajian yang

dijalankan.

Page 29: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

10

Peringkat ini adalah dimana data-data yang telah diproses akan disusun dan

penulisan akan dijalankan berdasarkan hasil daripada kajian yang dilaksanakan.

Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir dalam proses penyelidikan dimana

semua data-data yang diperolehi daripada peringkat sebelum ini akan disusun dan

diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Page 30: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

11

Peringkat Pertama

Mengenalpasti masalah

Pemilihan tajuk kajian

Mengeluarkan isu kajian

Menentukan objektif dan skop kajian

Peringkat Kedua

Penyediaan Kajian Literatur

Data sekunder, buku, jurnal, artikel

Peringkat Ketiga

Penyediaan metodologi kajian

Peringkat Keempat

Pengumpulan Data(Kajian Kes)

Data Primer :

Temu bual

Peringkat Kelima

Analisis dan Rumusan

Peringkat Keenam

Kesimpulan dan Cadangan

Penulisan

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian

Page 31: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

12

1.8 Organisasi Bab

Kajian kitar semula sisa pembuangan bahan binaan ini mengandungi lima bab

utama iaitu Bab 1 yang merupakan pendahuluan kepada kajian, Bab 2 yang

membentangkan kajian literatur, Bab 3 yang menghuraikan metodologi kajian, Bab 4

yang membincangkan analisis kajian dan bab terakhir iaitu Bab 5 yang merupakan

kesimpulan dan cadangan.

Bab pertama kajian ini merupakan pendahuluan mengenai latar belakang

kajian, penyataan masalah mengenai kajian akan dinyatakan, persoalan-persoalan

yang timbul dalam kajian ini akan dikeluarkan, objektif kajian dikenalpasti, skop

kajian akan ditentukan bagi memudahkan kajian dijalankan, kepentingan kajian,

ringkasan metodologi kajian dan organisasi laporan.

Bab kedua adalah mengenai kajian literatur yang dijalankan oleh penyelidik.

Kajian literatur yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengumpul fakta- fakta

berkaitan kajian yang dijalankan. Dalam bab ini mengandungi definisi-definisi

berkaitan tajuk kajian,cara-cara pelupusan sisa pembuangan bahan binaan, jenis-jenis

sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang

digunakan dan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula pembuangan bahan

binaan.

Seterusnya dalam bab ketiga iaitu mengenai metodologi kajian. Dalam bab

ini membincangkan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan

maklumat kajian. Penyelidik menceritakan mengenai pengenalan bagi bab

metodologi kajian, rekabentuk metodologi kajian, kaeadah pengumpulan data,

rekabentuk soalan kajian, kaedah menganalisa data dan kesimpulan bagi bab ini. Di

samping itu, bab ini juga dapat menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif

kajian.

Page 32: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

13

Bab keempat iaitu pengumpulan dan analisis data. Bab ini mengandungi

beberapa perkara seperti pengenalan bagi bab pengumpulan dan analisis data, latar

belakang projek yang mengandungi maklumat responden dan maklumat projek,

analisis data yang mengandungi jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan, faktor-faktor yang menghalang

pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan dan kesimpulan bagi bab ini.

Bab terakhir iaitu kesimpulan daripada keseluruhan kajian, cadangan yang

diusulkan bagi penambahbaikan penyelidikan dan permasalahan kajian. Hasil

daripada analisis data di Bab 4, dapatan kajian akan dapat ditentukan.

1.9 Rumusan

Bab ini menerangkan mengenai latar belakang kajian ini, isu-isu dan

penyataan masalah yang berkaitan dengan kajian ini, objektif dan persoalan kajian,

kepentingan kajian, skop kajian. Bab seterusnya menyediakan kajian literature yang

berkaitan dengan topik kajian.

Page 33: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan merangkumi tentang teori dan konsep yang berkaitan dengan

kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Penulisan dalam bab ini adalah

berdasarkan daripada kajian literatur dari pelbagai sumber bacaan seperti, buku,

jurnal, artikel dan juga dari laman web. Daripada pembacaan yang dilakukan, ia akan

membantu untuk mendalami kajian berkaitan kitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan. Dalam bab ini mengandungi kajian secara teori mengenai kitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan seperti definisi, jenis –jenis sisa pembuangan, kaedah

yang digunakan dan faktor- faktor yang menghalang pengitaran semula.

Page 34: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

15

2.2 Definisi Sisa Pembuangan Bahan Binaan

Pengurusan sisa binaan adalah yang sering dihadapi dalam sektor pembinaan

menyebabkan sisa pembuangan semakin bertambah dari hari ke hari. Akta

Pengurusan Sisa Bahan Kitaran German Tertutup mentakrifkan “sisa” sebagai baki

yang dimana tidak boleh digunakan sebagai bahan atau perlu melalui pemulihan

tenaga dan oleh itu ianya perlu dilupuskan di tapak pelupusan (Host, 2015).

Menurut Host (2015), Germany’s Joint Waste Commission bagi Negara-

negara persekutuan (LAGA-Landesarbeitsgemeinschaft “Abfall”) membagikan

istilah bagi sisa pembinaan kepada beberapa kumpulan bahan iaitu tanah penggalian,

sisa jalan pembinaan, sisa runtuhan bangunan dan juga sisa tapak pembinaan.

Menurut F. Pachecho- Torgal et al. (2014), pemasangan bahan di tapak bina

ialah proses dimana melibatkan pemotongan dan pemasangan bahan-bahan dimana

proses ini menyebabkan penghasilan sisa dan sisa pembinaan ini telah menjadi satu

masalah yang serius terhadap alam sekitar. Lebihan potongan bahan dan juga

pemasangan bahan yang tidak digunakan lagi dalam pembinaan adalah sisa

pembuangan bahan binaan.

2.3 Definisi Kitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan Binaan

Definisi kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan seharusnya dikaitkan

dalam sektor pembinaan. Terdapat beberapa definisi kitaran semula antaranya :

Page 35: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

16

Menurut James dan Edward (2006), definisi bagi kitar semula ialah

pengitaran semula sisa pembuangan untuk penggunaan semula.

Menurut Sally (2009), kitar semula adalah sesuatu proses barangan yang telah

digunakan untuk memperoleh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk dijadikan

produk-produk baru.

Definisi kitar semula adalah memisahkan bahan-bahan tertentu untuk

pengumpulan dan menjadikan bahan-bahan tersebut kepada kegunaan yang

berfaedah. Sisa pembuangan bahan binaan yang dikitar semula dapat menjimatkan

kos kerana mengurangkan kos pelupusan dan juga menarik pelanggan yang

menghargai alam sekitar (Contractor Guide,2003).

Menurut Frank (2013), proses kitar semula adalah menjadikan bahan-bahan

yang telah digunakan ke dalam bahan-bahan mentah yang boleh digunakan untuk

dijadikan produk baru. Pengitaran semula sisa pembuangan adalah untuk memulihara

sumber asli dan juga mengurangkan pencemaran yang kian meningkat. Selain itu

juga dengan kitar semula dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerana tenaga

untuk mengitar semula bahan adalah kurang berbanding membuat yang baru.

Page 36: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

17

2.4 Cara Pelupusan Sisa Pembuangan Bahan Binaan

2.4.1 Pembakaran

Menurut David (2012), masyarakat menghasilkan pelbagai jenis sisa pepejal

seperti campuran sisa pepejal perbandaran, sisa patologi, sisa berbahaya dan pelbagai

bahan buangan industri yang khusus. Bahan-bahan ini dibakar sebagai salah satu cara

pengurusan sisa. Pelupusan sisa pembuangan bahan binaan menggunakan kaedah

pembakaran adalah yang paling mudah dilakukan. Namun pembakaran sisa

pembuangan bahan binaan adalah salah di sisi undang-undang. Lebih-lebih lagi

sekiranya dilakukan secara terbuka dan besar-besaran walaupun kaedah ini

melibatkan kos paling minimum. Terdapat sesetengah kontraktor mengambil jalan

mudah dengan menggunakan kaedah ini untuk melupuskan sisa pembuangan bahan

binaan mereka.

2.4.2 Kitaran Semula

Kitar semula bahan binaan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Kitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan merupakan satu cara menjimatkan kos pelupusan

bagi kontraktor (Chen, 2004). Kitar semula bahan sisa pembuangan seharusnya

dimulakan di tapak bina. Dalam proses menjalankan kitaran semula, pengasingan

dan pengenalpastian jenis sisa pembuangan yang berpotensi untuk dikitar semula

penting supaya cara pelupusan ini dapat dilakukan dengan lancar (Chen, 2004).

Kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan bukan sahaja memberikan

keuntungan kepada kontraktor, malah ianya memulihara alam sekitar dan

mengurangkan sisa di tempat pelupusan sampah.

Page 37: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

18

2.4.3 Penggunaan Semula

Menurut John (2009), guna semula memerlukan kurang tenaga berbanding

dengan penghasilan daripada bahan mentah dimana ianya mengurangkan jumlah sisa

dan mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah atau pembakar,

mengurangkan pencemaran tanah dan atmosfera dan mengurangkan keperluan bahan

mentah. Antara bahan binaan yang boleh diguna semula di dalam kerja pembinaan

adalah seperti batu bata, acuan konkrit yang dperbuat daripada kayu seperti papan

lapis dan juga jubin.

2.4.4 Penimbusan

Menurut White et al.(2008), penimbusan adalah satu proses rawatan sisa yang

berbeza dengan kaedah pelupusan. Penimbusan mempunyai input dan output yang

tersendiri. Penimbusan melibatkan simpanan jangka masa yang panjang untuk

bahan-bahan lengai bersama penguraian (biodegradable waste). Penimbusan adalah

kaeadah sisa bahan buangan yang boleh melibatkan hampir semua bahan-bahan bagi

sisa pepejal (White et al.,2008). Sesetengah kontraktor menggunakan penimbusan

sebagai cara pelupusan sisa pembuangan bahan binaan.

2.4.5 Pelupusan di Tapak Pelupusan Sampah

Kebanyakan sisa pembuangan bahan binaan boleh dilupuskan di tempat

pelupusan sampah kecuali bahan yang mengandungi toksik berbahaya. Menurut Xiao

et al.(2015), sisa pembuangan sisa binaan pembinaan dan perobohan sering dibawa

ke tapak pelupusan serupa dengan sisa pepejal perbandaran. Pelupusan di tapak

pelupusan sampah memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kos yang

tinggi untuk pengangkutan. Ini kerana jarak antara tapak pelupusan dan tapak bina

Page 38: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

19

adalah jauh dan memerlukan pengangkutan seperti lori dan sebagainya. Selain itu

juga pelupusan sisa bahan binaan memerlukan tanah yang lebih (Xiao et al.,2015).

2.5 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan Yang Lazim Dikitar Semula

2.5.1 Asfalt

Menurut James (2015), asfalt adalah agen penyimenan hitam, hasil daripada

penyulingan petroleum. Asfalt digunakan secara meluas dalam dunia yang moden

dan dihasilkan oleh industri penapisan walaupun terdapat bahan bitumen sama yang

semula jadi.

Asfalt digunakan secara meluas dalam pembinaan jalan raya, lebuh raya dan

juga tempat letak kenderaan. Selain itu juga, asfalt turut digunakan di kawasan sukan

dan rekreasi. Penggunaan asfalt juga dijadikan sebagai permukaan jalan lapangan

terbang. Bagi landasan di lapangan terbang, asas asfalt yang mempunyai kekuatan

lebih tinggi digunakan supaya air tidak bertakung di atas permukaan dan dapat

mengurangkan risiko kemalangan pada pesawat (James, 2015).

Salah satu ciri utama dan juga kelebihan penggunaan asfalt dalam pembinaan

terutama pembinaan kejuruteraan dan sebagai bahan penyelenggara ialah

kebolehannya yang dapat menahan tindak balas asid, alkali dan juga garam. Ini

membuatkan asfalt bahan yang tahan lama dan jangka hayat yang panjang.

Page 39: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

20

2.5.2 Konkrit

Menurut Ghambir (2006), konkrit adalah bahan pembinaan buatan manusia

yang paling banyak digunakan. Konkrit adalah terhasil daripada campuran bahan

bersimen, air dan agregat dalam kadar yang diperlukan. Campuran tersebut apabila

diletakkan dalam acuan dan dibiarkan seketika akan mengeras menjadi jisim batuan

yang dikenali sebagai konkrit.

Ciri-ciri konkrit seperti kekuatan, ketahanan dan lain-lain adalah bergantung

kepada sifat bahan di dalam bahagian campuran, kaedah pemadatan dan kawalan lain

semasa meletakkan konkrit, pemadatan dan juga pengawetan (Ghambir,2006).

Menurut Ghambir (2006), konkrit boleh dikelaskan kepada dua iaitu nominal

mix atau designed mix. Selain itu, konkrit juga boleh diklasifikasikan kepada konkrit

terkawal dan konkrit biasa. Ianya bergantung kepada tahap kawalan yang

dilaksanakan didalam kerja dan kaedah yang digunakan bagi mencampurkan

bahagian konkrit.

2.5.3 Kayu

Menurut Asif (2009), kayu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama

iaitu kayu lembut dan kayu keras. Namun terma kayu lembut dan kayu keras tidak

menunjukkan kelembutan atau kekerasan kayu. Sesetengah kayu keras adalah lebih

lembut dan ringan berbanding kayu lembut. Yang membezakan kayu lembut dan

kayu keras adalah dari segi struktur botani kayu tersebut.

Kayu lembut kebiasaannya mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan

biasana tumbuh lebih cepat berbanding kayu keras. Ianya juga lebih murah, lembut

Page 40: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

21

dan mudah untuk kerja. Kayu keras pula biasanya mempunyai daun lebar dan kayu

berwarna gelap. Mereka mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding

dengan kayu lembut (Asif,2009).

2.5.4 Kayap Bumbung

Menurut Daniel (2005), sejak awal 1980-an, bahan-bahan asfalt bumbung

dikilangkan dan kayap bumbung asfalt meliputi kira-kira 70-80% daripada semua

bumbung di United State. Kayap bumbung asfalt adalah menarik, serba boleh dan

tahan kepada api dan angin. Ianya mempunyai kelebihan seperti murah, mudah untuk

dipasang dan hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan. Jangka hayat biasa

bumbung ini adalah 15 hingga 20 tahun.

Base mat bagi kayap asfalt berasaskan organic (kayap organik) terdiri

daripada gentian selulosa yang asalnya daripada kayu kitar semula atau cip kayu dan

kapas atau gentian bulu. Base mat memberikan kekuatan kepada kayap dimana

bahan asas adalah tepu dan ditutup dengan high melting point flexible asphalt. Rajah

2.1 di bawah menunjukkan komponen bagi kayap bumbung asfalt.

Page 41: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

22

Rajah 2.1 : Komponen Bagi Kayap Bumbung Asfalt

Sumber : Daniel (1995)

2.5.5 Batu Bata

Menurut Hendry et al. (2004), bata ditakrifkan sebagai unit masonry dengan

dimensi (mm) tidak melebihi 337.5 ×225 ×112.5 (L ×W× T). dimensi yang melebihi

ukuran tersebut dipanggil sebagai blok. Blok dan bata diperbuat daripada fired clay,

kalsium silikat dan konkrit. Bata mestilah mematuhi piawaian antarabangsa. Dalam

piawaian, terdapat beberapa kelas bata dikenal pasti iaitu biasa, facing dan

kejuruteraan.

Page 42: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

23

Bata biasa adalah sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja bangunan am, bata

facing digunakan untuk dinding bahagian luar dan dalam dan boleh didapati dalam

pelbagai tekrstur dan warna. Bata kejuruteraan pula adalah padat dan kuat dengan

had penyerapan tertentu dan kekuatan mampatan.

Bata seharusnya tidak mengalami keretakan yang banyak, kerosakan pada

tepi dan sudut dan juga zarah-zarah kapur yang luas. Selain itu, bata juga dikelaskan

mengikut ketahanan mereka pada frost dan kandungan maksimum garam larut.

2.6 Kaedah Yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan Yang Lazim

Dikitar Semula

2.6.1 Asfalt

Pelbagai kaedah kitaran semula bahan yang dapat dibuat dengan sisa asfalt.

Menurut Federal Highway Administration (2015), kitar semula hot in-place (HIR)

adalah satu kaedah yang berlaku on site dimana kaedah tersebut adalah untuk

memulihkan turapan asfalt yang merosot. Dengan itu ia dapat mengurangkan bahan –

bahan baru.

Proses ini terdiri daripada empat langkah :

1. Menggunakan haba untuk melembutkan turapan asfalt

2. Penyingkiran bahan mekanikal pada permukaan

3. Ejen kitar semula, bitumen dan campuran baru dicampurkan bersama dan

4. Laydown dan menurap campuran kitar semula di permukaan turapan

Page 43: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

24

Menurut Federal Highway Administration (2015), The Asphalt Recycling and

Reclamation Association (ARRA) mengiktiraf tiga jenis asas bagi proses kitar

semula hot in-place :

1. Kitar semula permukaan

2. Menurap semula

3. Campuran semula

Menurut Federal Highway Administration (2015), ejen kitar semula

digunakan untuk mengembalikan kekuatan ikatan asfalt yang lama dan digunakan

dalam ketiga-tiga kaedah.

2.6.1.1 Kitar Semula Permukaan

Menurut Federal Highway Administration (2015), The Asphalt Recyling and

Reclamation Association (ARRA) mentakrifkan kitar semula permukaan adalah

proses pemulihan dimana ianya adalah untuk mengembalikan keretakan, kerapuhan

dan turapan yang tidak serata.

Tujuan utama proses kitar semula permukaan adalah untuk menyingkirkan

permukaan yang tidak sama dan retak. Proses ini juga untuk mengembalikan

permukaan turapan dengan garis, gred dan keratan rentas yang betul untuk saliran

yang sepatutnya.

Rajah 2.2 menunjukkan proses asas kitar semula permukaan. Peralatan yang

diperlukan untuk proses kitar semula permukaan terdiri daripada satu unit

prapemanasan, unit pemanasan dan kitar semula dan penggelek rubber-tired. Unit

Page 44: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

25

pra pemanasan memanaskan permukaan turapan yang lama, unit pemanasan dan

kitar semula menggunakan lebih banyak haba dan toreh turapan dengan non-rotating

teeth dan meyemburkan ejen kitar semula. Kemudian kaki lima yang lama dan

bahan-bahan kitar semula dicampurkan dengan standard auger dan didatarkan

dengan screed. Penggelek rubber-tired digunakan untuk memadatkan campuran

kitaran tersebut. Tiada agregate baru yang ditambah dalam proses kitar semula

permukaan.

Rajah 2.2 : Proses Asas Kitar Semula Permukaan

Sumber : Federal Highway Administration (2015)

2.6.1.2 Menurap Semula

Menurut Federal Highway Administration (2015), menurap semula

ditakrifkan sebagai kaedah kitar semula bergabung dengan lapisan asfalt hot mix

yang baru untuk hasilkan ikatan terma antara lapisan baru dan kitar semula. Pada

asasnya, proses kitar semula permukaan dilakukan dan diikuti oleh proses menurap

Page 45: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

26

lapisan. Proses menurap semula digunakan untuk membetulkan kecacatan pavement

di atas 25 hingga 50 mm bagi asfalt pavement yang sedia ada. Masalah pavement

seperti aluran kecil dan keretakan boleh dihapuskan dengan kaedah ini. Proses ini

sangat berguna apabila proses kitar semula permukaan tidak mencukupi untuk

memulihkan permukaan pavement mengikut keperluan yang dikehendaki.

Menurut Federal Highway Administration (2015), terdapat dua jenis proses

menurap semula iaitu proses multiple pass dan single pass. Rajah 2.3 menunjukkan

proses menurap semula multiple pass dan Rajah 2.4 menunjukkan proses menurap

semula single pass. Proses ini terdiri daripada pra pemanasan, pemanasan dan

torehan atau pengilangan putar, mengaplikasi dan mencampurkan agen kitar semula,

meletakkan campuran kitar semula sebagai leveling course dan akhirnya meletakkan

hot mix wearing course baru.

Rajah 2.3 : Proses Menurap Semula Multiple Pass

Sumber : Federal Highway Administration (2015)

Page 46: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

27

Rajah 2.4 : Proses Menurap Semula Single Pass

Sumber : Federal Highway Administration (2015)

2.6.1.3 Campuran Semula

Menurut Federal Highway Administration (2015), The Asphalt Recycling and

Reclamation Association (ARRA) mendefinisikan campuran semula adalah proses

yang terdiri daripada beberapa langkah : memanaskan jalan sehingga kedalaman 40

hingga 50 mm, mengumpul bahan yang lembut kedalam windrow, campuran bahan

dengan agregate asal dan agen kitar semula dan jika perlu,campurkan juga asfalt hot

mix baru di dalam plugmill, dan melapiskan campuran kitar semula sebagai

campuran homogen. Rajah 2.5 menerangkan konsep kaedah campuran semula

dimana adanya proses seperti pemanasan, scarifying, rejuvenating, campuran,

leveling dan reprofiling dan pemadatan.

Proses campuran semula digunakan apabila kaedah menurap semula tidak

mencukupi untuk mengembalikan pavement kepada sifat yang dikehendaki, agregate

tambahan dan asfalt hot mix baru diperlukan untuk memberikan kekuatan dan

kestabilan kepada pavement yang sedia ada (Federal Highway Administration,2015).

Proses ini juga berkesan untuk menyingkirkan keretakan dan pengerasan di atas 50

mm dari permukaan turapan. Rajah 2.6 menunjukkan proses campuran semula single

pass. Peralatan yang diperlukan untuk proses campuran semula terdiri daripada dua

unit prapemanasan, unit pemanas dan penggelek rubber-tired.

Page 47: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

28

Rajah 2.5 : Konsep Kaedah Campuran Semula

Sumber : Federal Highway Administration (2015)

Rajah 2.6 : Proses Campuran Semula Single Pass

Sumber : Federal Highway Administration (2015)

Page 48: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

29

2.6.2 Konkrit

Kitar semula konkrit memerlukan konkrit tersebut dihancurkan terlebih

dahulu sebelum digunakan. Menurut Public Works Technical Bulletin (2014), proses

penghancuran konkrit terdiri daripada beberapa langkah yang berbeza mengikut jenis

penghancur yang digunakan. Secara asasnya, ianya terdiri daripada pengeluaran,

pengumpulan dan pengredan produk konkrit. Selepas perobohan sesuatu binaan,

apabila konkrit menjadi sesuatu saiz yang terkawal, konkrit akan dikumpulkan

samaada di dalam tapak bina atau diangkut ke tempat dimana kemudahan

penghancuran dijalankan.

Terdapat dua kaedah yang lazim dikitar semula bagi sisa konkrit didalam

konteks pembinaan iaitu sebagai agregat kitar semula dan juga sebagai granular base

atau asas berbutir.

2.6.2.1 Agregat Kitar Semula

Menurut Alyssa (2014), Rang Undang- Undang Pehimpunan 2355 (Levine)

menggalakkan agensi-agensi tempatan untuk menggunakan standard untuk bahan-

bahan kitar semula dimana rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh

Gabenor Brown pada September 2014. Kini, Spesifikasi Standard Caltrans

membolehkan perkara-perkara berikut selagi bahan tersebut memenuhi kriteria

prestasi bahan:

1. 100% agregat dikitar semula dalam asas jalan raya,

2. Sehingga 40% kitar semula asfalt turapan dalam asfalt turapan, dan

3. Kitar semula agregat di dalam konkrit.

Page 49: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

30

Rajah 2.7 : Kitaran Bahan Agregat

Sumber : Alyssa (2014)

Menurut Filler (2014), kitar semula konkrit dan asfalt daripada runtuhan dan

perobohan boleh memberikan keuntungan kepada kuari agregat dan menjadikan

organisasi berdaya saing kerana banyak pengusaha dalam industri ini telah ditemui

pada tahun kebelakangan ini. Kilang kitar semula mudah alih juga boleh disediakan

berhampiran bangunan atau jalan perobohan dimana bertanggungjawab untuk

menghancurkan serpihan di tapak pembinaan. Rajah 2.7 menunjukkan kitaran bahan

agregat. Daripada perobohan bangunan binaan, agregat akan dikitar semula menjadi

agregat kitar semula dan seterusnya di bekalkan ke tapak pembinaan.

Page 50: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

31

2.6.2.2 Granular Base / Asas Berbutir

Menurut Federal Highway Administration (2012), kitar semula bahan konkrit

(RCM) boleh digunakan sebagai bahan kasar dan agregat halus dalam asas berbutir.

Apabila 100 peratus bahan dihancurkan, kitar semula bahan konkrit (RCM) yang

telah diproses menyediakan pemindahan beban yang baik apabila diletakkan di atas

subgred yang lemah.

Terdapat beberapa langkah dalam pemprosesan kitar semula bahan konkrit iaitu :

1. Penghancuran dan Penyaringan

2. Penyimpanan

3. Pembasuhan, dan

4. Pengujian

Menurut Federal Highway Administration (2012), dalam proses

penghancuran dan penyaringan, seawal runtuhan konkrit, pengasingan keluli atau

bahan besi dilakukan dengan menggunakan magnet pemisah kemudian konkrit yang

akan dikitar semula dihancurkan dan ditapis untuk penggredan dengan menggunakan

peralatan pemprosesan agregat konvensional. Kemudian di dalam proses

penyimpanan, kitar semula bahan konkrit (RCM) yang didapati daripada sumber dan

jenis yang berbeza dikenalpasti sama ada perlu dicampur atau dikekalkan dalam stok

simpanan yang berasingan untuk memastikan sifat bahan kekal.

Menurut Federal Highway Administration (2012), bagi proses pembasuhan,

agregat kitar semula konkrit dibasuh untuk menyingkirkan habuk sebagai langkah

untuk mengurangkan pembentukan tufa. Dalam proses pengujian, ujian kawalan

kualiti dilakukan untuk menilai potensi tufa dan melihat prestasi kitar semula bahan

konkrit sebelum diaplikasikan sebagai bahan berbutir.

Page 51: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

32

2.6.3 Kayu

Menurut Asif (2009), sisa adalah yang terhasil pada beberapa peringkat

ketika kitaran hidup produk kayu. Kayu antara bahan yang boleh dikitar semula.

Kayu kitar semula adalah produk mesra alam dimana ianya mudah untuk disusun dan

tidak memerlukan pemprosesan semula yang rumit. Sumber-sumber utama kayu

kitar semula adalah rumah-rumah yang dirobohkan, bangunan lama, bangsal,kilang

dan gudang.

Aplikasi kitar semula bahan kayu antaranya adalah pengeluaran kitar semula

papan lapis, blok simen gentian kayu dan papan partikel. Kayu yang dikitar semula

digunakan dalam lantai, panel, rasuk dan sebagainya (Asif,2009).

2.6.3.1 Kitar Semula Papan Lapis

Menurut Global Environment Centre Foundation (2011), kitar semula papan

lapis terhasil daripada serpihan kayu dan serat dan sisa plastik yang telah

dihancurkan menjadi kepingan plastik. Rajah 2.8 menunjukkan proses pengeluaran

dimana daripada sisa-sisa plastik dan sisa-sisa kayu akan menghasilkan produk yang

boleh diguna iaitu menjadi papan lapis.

Page 52: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

33

Rajah 2.8 : Proses Pengeluaran

Sumber : Global Environment Centre Foundation (2011)

Rajah 2.9 : Proses Kitar Semula Kayu Lapis

Sumber : Global Environment Centre Foundation (2011)

Page 53: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

34

Menurut Global Environment Centre (2011), proses kitar semula papan lapis terdiri

daripada beberapa langkah :

1. Penghancuran sisa kayu dan papan lapis,

2. Penghancuran sisa plastik dan penukaran ke dalam serat, dan

3. Pengeluaran kitar semula papan lapis

Rajah 2.9 menunjukkan proses kitar semula kayu lapis. Semasa proses

penghancuran sisa kayu dan papan lapis, benda-benda asing dikeluarkan dari kayu

buangan. Sisa kayu dan papan lapis yang telah diguna dihancurkan menjadi serpihan

kayu ke dalam saiz 30 hingga 50 mm. Dengan menggunakan magnet pemisah,

bahan-bahan seperti logam, paku, dawai, aluminium dan bahan asing lain

dikeluarkan. Kemudian, serpihan kayu dihancurkan lagi menjadi cip yang lebih kecil.

Semasa proses penghancuran sisa plastik dan penukaran ke dalam serat, sisa

plastik lembut (Polypropene) dan sisa plastik keras dihancurkan menjadi kepingan

plastik saiz 3 hingga 8 mm. kemudian plastik dicairkan dan diproses menjadi gentian

polipropilena.

Dalam proses pengeluaran kitar semula papan lapis, lapisan tengah papan

lapis terbentuk daripada campuran serpihan kayu dan kepingan plastik. Lapisan

permukaan papan lapis yang meliputi lapisan tengah terbentuk daripada serat kayu

dan plastik gentian. Papan lapis yang telah dibentuk disejukkan dan dipotong kepada

saiz yang ditetapkan.

Page 54: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

35

2.6.3.2 Blok Simen Gentian Kayu

Menurut Waste Minimization and Recycling Potential of Construction

Materials (2004), proses kisaran kayu akan menghasilkan gentian kayu. Kemudian

gentian kayu akan dicampurkan dengan Ordinary Portland Cement (OPC) untuk

menghasilkan blok simen gentian kayu.

Menurut Javad et al. (2014), kelemahan utama menggunakan gentian kayu

dalam simen adalah penyerapan kelembapan yang tinggi oleh serat dan keserasian

yang rendah antara gentian dan simen. Serat kayu mengandungi pelbagai karbohidrat

seperti hemiselulosa dan ekstratif untuk menghalang kekuatan sifat-sifat matriks

simen. Rajah 2.10 menunjukkan carta aliran pembuatan blok konkrit dimana simen

Portland dan serat kayu akan dicampurkan dan casting sebelum melalui proses

curing.

Rajah 2.10 : Carta Aliran Pembuatan Blok Konkrit

Sumber : Javad et al.(2014)

Page 55: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

36

2.6.3.3 Papan Partikel

Papan partikel diperbuat daripada habuk atau partikel kayu tetapi

dicampurkan dengan perekat berbanding penggunaan OPC sepertimana didalam

pengeluaran papan simen. Produk ini sangat popular didalam pembuatan perabot

seperti almari, kabinet, kabinet dapur, meja dan kerusi. Menurut James (2012),

partikel terdiri daripada serpihan kayu atau shavings dicampurkan bersama-sama

dengan resin dan dimampatkan menjadi kepingan.

Rajah 2.11 menunjukkan proses penghasilan kayu partikel. Proses bagi

penghasilan papan partikel ialah pertamanya, kepingan kayu yang sesuai

dikumpulkan dan kemudian direndam. Selepas itu ianya disembur dengan „resin‟

atau gam dan digaulkan bersama. Apabila resin yang direndam bersama kayu

digaulkan cara ini, ia menjadi campuran tebal yang bertindak sebagai bahan asas

untuk mewujudkan papan partikel. Campuran ini kemudiannya ditekan kedalam

bentuk helaian. Helaian tersebut kemudiaannya dipanaskan untuk mengekalkan

bentuknya. Akhirnya helaian tersebut sedia digunakan untuk pembinaan.

Rajah 2.11 : Proses Penghasilan Kayu Partikel

Sumber : James (2012)

Page 56: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

37

2.6.4 Kayap Bumbung

Di Amerika Syarikat, asfalt kayak bumbung merupakan salah satu

pengeluaran terbesar sisa pepejal (BooHyun et al., 2013). Aplikasi kayak bumbung

ke dalam bahan binaan boleh menjadi alternatif kepada kitar semula. Penambahan

kayap menyebabkan ikatan yang lebih keras di dalam campuran. Ini menyebabkan

peningkatan kepada kestabilan bahan.

2.6.4.1 Turapan Asfalt

Daniel et al. (2015) menyatakan setiap kayap bumbung terdiri daripada kira-

kira 53% agregat mineral dengan purata kandungan sebanyak 28%. Oleh itu

mengitar semula satu tan asfalt kayap bumbung bersamaan dengan penggunaan satu

tong minyak. Komposisi kayap bumbung menjadikan mereka bahan yang amat

sesuai untuk digunakan di dalam turapan asfalt. Kayap bumbung biasanya terdiri

daripada 25 hingga 30 peratus asfalt simen, 40 hingga 60 peratus agregat keras yang

mengandungi 30 dan 60 „sieves‟ dan 3 hingga 12 peratus serat (John,2015).

Menurut Shingle Recyclers (2009), langkah-langkah pemprosesan kitar semula

kayap bumbung adalah :

1. Sisa kayak bumbung dikisar kepada saiz yang diperlukan dan bahan cemar di

dalam sisa dikeluarkan.

2. Sekiranya kayap bumbung melekat diantara sama lain, semburan air atau

dicampurkan bersama dengan pasir atau batu dapat mengatasi masalah

tersebut.

3. Bergantung kepada peralatan yang digunakan, pengisaran utama boleh

menghasilkan saiz 2” atau 3”. Pengisaran menengah mungkin diperlukan

Page 57: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

38

untuk membuat bahagian yang lebih kecil. Contohnya asas agregat mungkin

memerlukan saiz ¾” dan turapan asfat memerlukan ½” atau 1/4”.

2.6.4.2 Cold Patch

California Department of Resources Recycling and Recovery (1997)

menyatakan salah satu keutamaan cold patch ialah mengisi jalan berlubang. Kitar

semula asfalt kayap bumbung boleh digunakan untuk membina lorong pejalan kaki,

jambatan dan tempat letak kereta.

Kitar semula kayap bumbung cold patch jika digunakan sebagai

tampalan.ianya terdiri daripada 25 peratus bahan bumbung dan 75 peratus agregat.

Cara pemprosesannya adalah :

1. Kayap bumbung akan dikisar dan ditapis

2. Dicampur bersama agregat dan bahan pelarut.

Kitar semula kayap bumbung cold patch mempunyai kelebihan berikut :

1. Beratnya lebih ringan.

2. Tiada peralatan yang diperlukan. Hanya perlu mengisi rekahan atau lubang

jalan dengan menggunakan shovel.

3. Fleksibiliti masa. Selepas dibuat pada jalan, trafik boleh dibenarkan di

kawasan tersebut.

Page 58: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

39

2.6.4.3 Asas Sub dan Agregat

Menurut Recycled Materials Resources Centre (2012), asfalt kayap bumbung

boleh ditambah kepada campuran asfalt yang digunakan sebagai agregat sebagai

alternatif kepada batu. Asas ini akan menyokong pavement.

Bahagian jalan biasa dibina dalam beberapa lapisan. Lapisan permukaan

pavement diperbuat daripada asfalt atau konkrit. Asas yang menyokong pavement

diperbuat daripada lapisan agregat asas atau agregat asas sub (California Department

of Resources Recycling and Recovery,2012). Kelebihan kitar semula asfalt kayap

bumbung selain menjimatkan ruang tapak pelupusan, ianya juga berkesesuaian

sebagai asas sub.

Pemprosesan bagi penghasilan kitar semula kayap bumbung sebagai asas sub

dan agregat ialah sisa kayap bumbung ditapis terlebih dahulu. Tapisan ini adalah

mengasingkan kayap bumbung dengan bahan-bahan binaan yang lain. Kemudian

ianya akan dikisar untuk menghasilkan kepingan saiz yang sesuai dan akhir sekali

dicampurkan dengan agregat dalam kuantiti yang diperlukan.

2.6.5 Batu Bata

Menurut Bingel dan Bown (2009), sisa bata mempunyai potensi untuk

digunakan sebagai pengganti separa simen dalam mortar dan konkrit. Kelebihannya

termasuklah mengurangkan kebolehtelapan dan meningkatkan rintangan kepada

serangan sulfat dan kereaktifan agregat alkali. Terdapat dua kaedah yang lazim

dikitar semula bagi bata iaitu sebagai agregat kasar dan juga agregat halus.

Page 59: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

40

2.6.5.1 Agregat Kasar

Menurut Bingel dan Bown (2009), agregate kasar diambil daripada

pemprosesan dan penggunaan semula bata, blok dan batu dari tapak perobohan untuk

dijadikan konkrit baru. Di Negara United Kingdom, penggunaan kitar semula bata

untuk dijadikan agregat kasar adalah terhad disebabkan oleh kebimbangan terhadap

pelbagai komposisi oleh bahan kitar semula daripada perobohan dan penggalian dan

juga disebabkan sisa-sisa yang tidak diingini seperti plastik, kayu, logam dan

gypsum.

Konkrit yang terdiri daripada agregat kitar semula mengandungi kekuatan

yang lebih rendah berbanding dengan konkrit yang terdiri daripada agregat

semulajadi. apabila 20 % agregat kasar yang asli dicampur bersama dengan agregat

kitar semula dan bahagian bata yang terdapat dalam agregat kitar semula, ianya tidak

menjejaskan keupayaan konkrit tersebut. Namun, apabila agregate kasar sepenuhnya

terdiri daripada agregat kitar semula, kekuatan konkrit berkurangan disebabkan oleh

kandungan bata. Konkrit yang mengandungi 100% bata yang telah hancur

mempunyai kira-kira 20-25% kekuatan lebih rendah berbanding konkrit yang terdiri

daripada agregate konkrit kitar semula.

2.6.5.2 Agregat Halus

Menurut Bingel dan Bown (2009), bata yang telah dihancurkan boleh

dijadikan agregat halus dalam konkrit. Namun disebabkan faktor air, ia memberikan

kekuatan konkrit yang rendah. Kesan terhadap prestasi konkrit adalah sama apabila

bata digunakan sebagai agregat kasar. Pada 28 hari, kekuatan konkrit berkurangan

dengan peningkatan kandungan bata. Namun pada waktu yang seterusnya, kadar

kekuatan konkrit yang mengandungi bata agregate halus boleh menjadi tinggi

disebabkan reaksi pozzolanic antara bata yang hancur dan juga produk bagi

penghidratan simen.

Page 60: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

41

2.7 Faktor-faktor Yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan

Bahan Binaan

2.7.1 Pencemaran Pada Bahan

Menurut Greg (2010), kontraktor perlu jelas menandakan semua bekas kitar

semula dan kawasan pembuangan sisa binaan di tapak bina untuk memastikan

pemisahan yang betul bagi bahan. Terdapat beberapa jenis bahan seperti kayu yang

diawet dengan bahan kimia yang mengubah ciri-ciri sisa lain sehingga tidak boleh

digunakan sebagai bahan kitar semula. Bahan-bahan berbahaya seperti asbestos

boleh mencemarkan sisa pembuangan bahan binaan lain. Sekiranya sisa bahan

berbahaya bercampurkan dengan bahan yang tidak berbahaya, seluruh campuran

dianggap sisa berbahaya.

2.7.2 Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

Kontraktor menghadapi masalah dalam menentukan atau mengasingkan

bahan pembaziran binaan. Menurut Paul (2013), jenis sisa yang dipisahkan dan

jumlah sisa yang dihasilkan bergantung kepada aktiviti sesebuah bangunan dan dasar

pihak berkuasa tempatan pada pengumpulan sisa pembuangan yang boleh dikitar

semula. Umumnya di dalam proses kitar semula sisa pembuangan bahan binaan, sisa

perlu dipisahkan terlebih dahulu di tapak bina, disimpan dan dihantar ke pusat

pemprosesan.

Page 61: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

42

2.7.3 Tidak Mendapat Sambutan

Menurut Indera Syahrul (2010), untuk mengatasi masalah pengurusan

sampah sarap, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

melaksanakan program kitar semula pada tahun 1993, tetapi program ini tidak

berjaya mencapai matlamatnya. Pada 2 Disember 2000, KPKT melancarkan program

yang sama dengan harapan program kitar semula mendapat sambutan daripada

masyarakat. Oleh kerana aktiviti kitar semula kurang mendapat sambutan daripada

pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pembinaan, sisa bahan pembuangan sukar

untuk dikomersialkan sebagai bahan kitar semula yang boleh digunakan.

2.7.4 Kurang Informasi Mengenai Produk Kitaran Semula

Menurut Akadiri (2015), kekurangan akses kepada maklumat pada masa

sekarang adalah gambaran kepada dunia sebenar dimana profesional dalam

pembinaan bangunan beroperasi. Proses membuat keputusan ditentukan oleh

individu yang profesional ini. Sekiranya kontraktor dan individu yang terlibat dalam

industri pembinaan kurang pengetahuan mengenai produk kitaran semula, ianya

menyebabkan kurang penggunaan produk kitar semula dalam industri pembinaan.

Oleh kerana itu, sisa pembuangan bahan binaan akan meningkat.

2.7.5 Tambahan Kerja Bagi Kontraktor

Proses pengasingan bahan sebelum bahan dikitar semula memerlukan

pengendalian daripada pihak kontraktor (Patrick,2005). Hal ini menyebabkan

pertambahan kerja kepada pihak kontraktor. Sebelum proses kitar semula sisa

pembuangan bahan binaan, sisa pembuangan bahan perlu diasingkan terlebih dahulu

di tapak bina. Kemudiaan sisa tersebut di simpan pada tempat yang sesuai dan di

hantar ke tempat pemprosesan. Oleh kerana pelbagai proses yang terlibat, kontraktor

Page 62: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

43

perlu menambah kos bagi kos pengendalian dan juga pemprosesan didalam tawaran.

Sekiranya pelanggan sendiri yang menentukan proses pelupusan, kontraktor perlu

mengikut kehendak pelanggan.

2.7.6 Ruang Yang Terhad

Menurut Marc (2013), kitar semula bahan kepingan besar seperti konkrit,

keluli, tetulang konkrit dan asfalt adalah satu proses yang memerlukan mesin khas

tugas berat. Operasi yang melibatkan sisa pembuangan bahan yang banyak

dijalankan berasingan dengan operasi bahagian yang lebih kecil kerana kawasan

tanah diperlukan bagi operasi yang melibatkan kepingan bahan yang besar. Sisa

pembuangan seperti kayu memerlukan ruang yang besar kerana saiz yang besar dan

kerap diangkut daripada tapak bina. Ruang yang terhad sering berlaku di tapak

pembinaan kerana sisa pembuangan yang dikumpul diletakkan dalam bekas

pembuangan yang berasingan. Selain itu juga laluan di tapak bina untuk

penghantaran sisa bahan pembuangan ke pusat pemprosesan perlu diambil kira

supaya memudahkan pengangkutan di dalam tapak bina.

2.7.7 Kekurangan Komunikasi Diantara Pihak Yang Terbabit

Komunikasi adalah sesuatu yang penting dalam menyebarkan idea-idea yang

berinovasi, konsep dan juga latihan dikalangan masyarakat dengan kelajuan yang

pantas dan juga berkesan terutamanya pada masa sekarang yang sedang mengalami

proses perindustrian dan perbandaran (Maiti,2005). Kekurangan komunikasi diantara

pihak yang terbabit dalam industri binaan seperti arkitek, jurutera, kontraktor,

subkontraktor dan sebagainya menjadi penghalang kepada kitar semula sisa

pembuangan bahan binaan. Sekiranya pihak-pihak yang terbabit dalam industri

pembinaan tidak memahami peranan masing-masing, tanggungjawab dan harapan di

dalam projek, isu-isu yang berkaitan sukar untuk ditangani dan tidak mendapat

kejelasan sebenar sesebuah projek.

Page 63: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

44

2.7.8 Bebanan Kos Bagi Kontraktor

Menurut Jaap (2004), kebanyakan 85 peratus kontraktor berhadapan dengan

kos yang tidak dijangka. Perbelanjaan tambahan yang paling kerap adalah untuk

pembuangan sampah, kerosakan atau kemalangan trak, waktu puncak bagi

pengeluaran sisa dan usaha tambahan untuk membetulkan penyelewengan oleh bekas

kontraktor. Dalam kebanyakan pembidaan projek, ia tidak dikira dalam bidaan untuk

sesebuah projek. Oleh itu kontraktor akan memilih pilihan yang paling menjimatkan

kos bagi pelupusan sisa bahan binaan. Salah satu faktor yang mendorong kontraktor

untuk membuat pilihan yang menjimatkan kos bagi sisa pembuangan bahan binaan

adalah kerana kos untuk pelupusan sisa bukan ditanggung oleh pelanggan atau

pembiaya projek tersebut.

2.8 Rumusan

Kesimpulannya sisa pembuangan bahan binaan mempunyai pelbagai cara

untuk melupuskannya namun dengan cara kitar semula sisa pembuangan bahan

binaan dapat menjimatkan kos bagi kontraktor dan juga dapat memulihara alam

sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan semulajadi. Pelbagai kaedah boleh

dilakukan bagi mengitar semula sisa pembuangan bahan binaan yang terhasil di

tapak bina. Pelbagai produk baru terhasil daripada kitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan. Kaedah untuk aplikasikan kitaran semula di tapak bina adalah

bergantung kepada individu yang bertanggungjawab di tapak bina.

Namun begitu terdapat beberapa faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan antaranya adalah ruang yang terhad, kekurangan

komunikasi diantara pihak terbabit, bebanan kos bagi kontraktor, kurang informasi

Page 64: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

45

mengenai produk kitar semula dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kekangan bagi

pihak kontraktor untuk menjalankan kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Page 65: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Tujuan metodologi kajian dilakukan adalah untuk mencapai objektif kajian

seperti yang telah dinyatakan dalam Bab 1. Perancangan amat penting dalam setiap

kajian yang hendak dijalankan. Bagi memastikan perancangan bagi setiap prosedur

selari dengan objektif yang telah ditetapkan dan mendapatkan jawapan bagi setiap

objektif tersebut, kaedah penyelidikan akan direka bentuk untuk mencapai objektif.

Perancangan kajian pada bab ini merangkumi peringkat-peringkat kajian,

kajian rekabentuk, intrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah bagi

menganalisis data. Perancangan ini adalah penanda aras bagi memulakan langkah-

langkah untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan dan

seterusnya menganalisis data yang diperoleh untuk mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Page 66: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

47

3.2 Rekabentuk Metodologi Kajian

Di dalam peringkat ini, rekabentuk metodologi kajian yang dijalankan

perlulah dikenalpasti dengan teliti untuk memastikan ia tidak tersasar daripada

matlamat penyelidikan dan penting untuk mencapai objektif penyelidikan. Dalam

melaksanakan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan untuk menjayakan kajian ini.

Kajian kualitatif adalah kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk

mendapatkan data secara terperinci dan lebih mendalam mengenai kajian yang

sedang dijalankan. Kaedah kualitatif ini akan menerangkan dengan lebih jelas

mengenai sesuatu perkara yang sedang dikaji. Data yang diperoleh melalui kaedah

ini adalah dengan menggunakan kaedah secara berinteraksi dan bersemuka, dalam

erti kata lain adalah melalui percakapan dan pemerhatian untuk mendapatkan data

yang ingin diperoleh.

Untuk mencapai objektif bagi kajian kitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan, kajian kes telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Kajian kes

digunakan kerana ia lebih sesuai kerana kajian ini lebih menfokuskan kepada

seseorang individu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan

dengan kajian yang sedang dijalankan iaitu untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa

pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan

dan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan.

Lima projek yang menjalankan pembinaan akan dipilih dan digunakan untuk

melaksanakn kajian kes ini. Lima projek digunakan adalah bertujuan untuk memberi

pandangan yang lebih holistic dan menyeluruh keatas kajian yang dilaksanakan

(Chua, 2006).

Page 67: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

48

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

Pemilihan kaedah dalam pengumpulan data kajian perlu dilakukan secara

sistematik dan berkesan agar hasil kajian yang diperoleh memenuhi kehendak

objektif dan matlamat kajian yang ingin dicapai. Dalam kajian ini terdapat dua data

yang akan diperoleh iaitu daripada pengumpulan data primer dan data sekunder.

3.3.1 Data Primer

Data primer adalah data yang diperoleh melalui data yang asal atau secara

langsung tanpa menggunakan perantaraan seperti pembacaan jurnal atau arkitel dan

sebagainya. Data primer adalah data yang dikumpul secara khususnya untuk

menjawab persoalan bagi kajian yang dijalankan iaitu data yang dikumpul oleh

penyelidik itu sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian

tersebut. Dalam kajian kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan ini,data primer

yang digunakan adalah kajian kes dan untuk mendapatkan maklumat kajian ini

adalah dengan menggunakan instrumen seperti:

i. Temu bual semi struktur

3.3.1.1 Temu Bual Semi Struktur

Temu bual semi struktur adalah temu bual yang terletak diantara temu bual

berstruktur dan temu bual tidak berstruktur (Chua, 2006). Temubual semi struktur

adalah temubual yang terletak diantara temu bual berstruktur dan tidak berstruktur

Page 68: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

49

(Chua,2006). Dalam temu bual semi struktur ini, sebilangan soalan telah

direkabentuk sebelum sesi temu bual bersama individu yang terlibat dalam kajian

yang dijalankan. Namun begitu, kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih

mendalam tentang jawapan responden juga boleh dilakukan dalam temu bual semi

struktur ini.

Seperti yang telah dinyatakan dalam Bab 1, temu bual semi struktur ini akan

dijalankan dengan pihak yang terlibat dalam kitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan dan antara sasaran responden bagi kajian ini adalah individu yang

menjalankan kerja berkaitan pengurusan kitar semula sisa pembuangan bahan binaan

di tapak bina. Kajian ini juga telah menfokuskan kepada kontraktor gred G7

berdaftar yang sedang menjalankan pembinaan. Kontraktor gred G7 dipilih kerana

modal untuk kontraktor gred ini lebih banyak dan sesuai dengan kajian yang

dijalankan memandangkan kajian yang dibuat adalah mengenai kitar semula sisa

pembuangan bahan binaan dan kebanyakan projek yang dibuat oleh konktraktor G7

adalah lebih besar. Jadi, untuk menjalankan temu bual semi struktur ini, soalan akan

direkabentuk terlebih dahulu dan sebarang soalan lain akan di soal ketika temu bual

di jalankan.

3.3.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang diperolehi melalui bahan-bahan bercetak atau

sumber-sumber yang sesuai seperti artikel, buku-buku rujukan, jurnal, internet dan

bahan penulisan yang bersesuaian. Melalui data-data ini, ia akan memberi gambaran

jelas mengenai fakta-fakta kajian yang dijalankan. Contoh fakta tersebut adalah dari

segi teori dan definisi.

Page 69: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

50

3.3.2.1 Kajian Literatur

Kajian literatur dilakukan dalam memberi pemahaman mengenai kajian yang

dilakukan dan juga ia dijadikan sebagai rujukan dalam melakukan kajian ini. Tujuan

kajian literature adalah untuk mengemukakan penerangan dan penilaian kritikal bagi

setiap kerja (sastera) sebagai satu cara untuk membentangkan gambaran keseluruhan

kesan kesusasteraan kepada kajian penyelidikan. Menurut Chua (2006), kajian

literatur didefinasikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik keatas

dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah

memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilaksanakan.

Semua maklumat yang diperoleh akan dipastikan berasas dan mempunyai bukti yang

kukuh.

3.4 Rekabentuk Soalan Kajian

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, salah satu instrumen yang digunakan

adalah dalam bentuk temu bual semi struktur. Kaedah ini digunakan adalah kerana ia

lebih mudah untuk mendapatkan maklumat secara terus dan bersemuka malah sesuai

dengan objektif dalam kajian ini iaitu untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa

pembuangan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan dan faktor-faktor

yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Untuk mencapai objektif kajian, set soalan bagi temu bual semi struktur

dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Page 70: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

51

3.4.1 Bahagian A

Bahagian A mengandungi soalan yang merangkumi maklumat latar belakang

kontraktor dan responden yang ditemu bual seperti nama syarikat, cop syarikat, nama

dan jawatan responden yang di temu bual.

3.4.2 Bahagian B

Bahagian B adalah soalan yang berkaitan dengan maklumat projek yang

sedang dilaksanakan oleh syarikat kontraktor berkenaan.

3.4.3 Bahagian C

Bahagian C adalah soalan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan.

Responden akan ditemu bual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dalam

bahagian ini juga temu bual yang dijalankan akan melengkapkan persoalan bagi

kedua-dua objektif yang dinyatakan pada bab 1. Temu bual semi stuktur akan

dilaksanakan pada bahagian ini dimana soalan yang telah direkabentuk untuk

disoalkan kepada responden dan juga soalan lain akan di soal untuk mendapatkan

maklumat yang lebih lengkap.

Page 71: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

52

3.4.3.1 Soalan Temu Bual Pertama

Dalam soalan temu bual yang pertama ini akan disoal berkaitan objektif

pertama kajian yang dijalankan iaitu jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar

semula dan kaedah yang digunakan. Soalan ini akan diikuti dengan soalan lain untuk

mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai kajian.

3.4.3.2 Soalan Temu Bual Kedua

Soalan temu bual kedua adalah berkaitan dengan objektif kedua kajian iaitu

mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan. Seperti soalan pertama, soalan kedua ini juga akan diikuti oleh

beberapa soalan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai kajian

yang di jalankan.

3.5 Kaedah Menganalisis Data

Kaedah menganalisis data akan dijalankan setelah proses pengumpulan data

selesai dilakukan. Seterusnya, data yang telah ditranskripsi tadi akan melalui lima

peringkat analisis data iaitu analisis kandungan, mengkategorikan dan mengekod

data, menyusun data dalam grid analisis dan kajian susulan.

Untuk kaedah menganalisis data ini, kaedah analisis kandungan digunakan

untuk mendapatkan data. Menurut Schreier (2012), analisis kandungan adalah satu

kaedah untuk menerangkan secara sistematik pengertian bahan kualitatif.

Page 72: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

53

Melalui kaedah analisis kandungan ini, proses pengumpulan data dilakukan

dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur keatas lima projek pembinaan

yang dipilih untuk menjalankan kajian yang mana kelima-lima temu bual tersebut

akan direkodkan menggunakan perakam telefon pintar.

Melalui kaedah analisis kandungan ini, data atau isi penting yang diperoleh

melalui temu bual semi struktur akan dikeluarkan ke dalam bentuk penulisan bagi

tujuan memudahkan proses menganalisis data hasil dapatan daripada temu bual yang

dijalankan. Menurut Khairuddin et al.(2014), semasa menjalankan analisis

kandungan, penyelidik perlu membuat penandaan terhadap beberapa isi penting yang

berkaitan dengan persoalan kajian. Langkah terbaik adalah dengan mendengar bahan

rakaman audio berkenaan secara berulang kali. Hanya data-data yang berkualiti dan

berkaitan sahaja yang akan dipilih manakala data yang meragukan atau bias

hendaklah diabaikan.

Data yang telah dikeluarkan dalam bentuk penulisan akan di kodkan coding

mengikut kategori yang bersesuaian. Menurut Saldana (2013), pengekodan atau

coding digunakan dalam kajian kualitatif untuk mengira kekerapan perkataan yang

disebut oleh responden. Data atau isi penting daripada hasil temu bual akan di

kodkan mengikut kekerapan perkataan yang disebut oleh kelima-lima responden.

Setiap perkataan yang dikodkan akan diwarnakan mengikut kategori seperti jenis sisa

pembuangan, warna merah jambu digunakan, untuk kaedah yang digunakan bagi

kitar semula jenis sisa pembuangan, warna biru digunakan, untuk kesukaran yang

dihadapi dalam menjalankan kitar semula sisa pembuangan bahan binaan, warna

kuning digunakan, dan untuk faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan, warna hijau digunakan. Warna berbeza digunakan adalah

untuk membezakan setiap data dan memudahkan proses menganalisis data bagi

mendapatkan keputusan hasil daripada dapatan kajian.

Untuk proses capaian dan ringkasan data, temu bual dianalisis berdasarkan

pengkelasan data yang dibuat untuk mendapatkan capaian bagi kajian yang

Page 73: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

54

dijalankan dan diringkaskan data tersebut bagi memudahkan pemahaman. Daripada

capaian yang diperoleh, kesimpulan dapat dilakukan berdasarkan keputusan akhir

yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan.

Page 74: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

55

Rajah 3.1 : Ringkasan Kaedah Menganalisis Data

1

•Pengumpulan Data

•Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual semi struktur

2

•Penulisan Data

•data yang diperoleh akan dikeluarkan dalam bentuk penulisan

3

•Pengkelasan Data

•Data yang dikeluarkan dalam bentuk penulisan akan dikelaskan mengikut kategori yang sesuai

4

•Capaian Dan Ringkasan

•Proses menganalisis data yang telah dikategorikan

5 •Kesimpulan

•Kesimpulan akhir bagi kajian yang diperoleh

Page 75: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

56

3.6 Rumusan

Methodologi kajian adalah kaedah perancangan yang digunakan untuk

menjalankan kajian bagi mendapatkan data untuk dianalisis. Kaedah akan ditentukan

berdasarkan tajuk dan objektif bagi kajian yang akan dijalankan. Seperti yang

diterangkan dalam bab ini, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah

kualitatif, dan instrumen yang digunakan adalah temu bual semi struktur.

Rekabentuk kajian dilakukan untuk menggambarkan kaedah kajian yang dijalankan

serta kaedah pengumpulan data dirancang untuk mendapatkan maklumat serta

merancang kaedah untuk menganalisis data dan seterusnya membuat kesimpulan

bagi kajian ini.

Page 76: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

BAB 4

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Di dalam bab ini akan menerangkan mengenai pengumpulan data dan analisis

berdasarkan lima kajian kes yang telah dilaksanakan. Data-data ini diperoleh hasil

daripada temu bual semi struktur yang dijalankan ke atas lima tapak bina yang

terdapat sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina tersebut. Analisis ini adalah

untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula dan kaedah yang digunakan. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti

faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Selain itu beberapa maklumat lain seperti sebab kitaran semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan binaan dijalankan dan kesukaran yang dihadapi dalam

menjalankan kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina akan

dibincangkan dalam bahagian ini.

Page 77: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

58

4.2 Latar Belakang Kajian

Pengumpulan data ini melibatkan 5 projek sebagai kes kajian dimana

kesemua projek adalah menjalankan aktiviti kitar semula bagi sisa pembuangan

bahan binaan di tapak bina. Data yang diperolehi adalah didalam Johor dimana

melibatkan kontraktor kelas A Gred G7 yang menjalankan projek pembinaan

bangunan. Projek-projek yang terlibat meliputi projek pangsapuri, bangunan

perniagaan dan pembangunan perdagangan.

4.3 Analisa Kajian

4.3.1 Analisis Kes Projek A

Kontraktor : Southern Builder (J) Sdn. Bhd.

Nama projek : Pangsapuri

Lokasi : Jalan Tahana, Johor Bharu

Tempoh Projek : 15 Jun 2014- 22 December 2016

Projek pertama yang ditemu bual oleh penyelidik adalah projek yang

menjalankan pembinaan pangsapuri pembinaan dan nama bagi projek tersebut adalah

cadangan membina 25 tingkat pangsapuri perkhidmatan yang mengandungi: (1) 3

menara pangsapuri perkhidmatan 18 & 19 tingkat (535 unit) beserta kemudahan, (2)

5 tingkat tempat letak kenderaan di atas sebahagian Lot 6002 dan 4993, Jalan

Tahana, Mukim Bandar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Kontraktor utama adalah

MB Buider Sdn, Bhd namun kontraktor yang bertanggungjawab dalam projek

pembinaan bangunan ini adalah Southern Builder (J) Sdn. Bhd. Tempoh projek

tersebut dijalankan adalah dalam anggaran selama 30 bulan.

Page 78: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

59

Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Pembantu Pengurus Projek

bagi projek tersebut, menurut beliau projek tersebut mempunyai lebih daripada lima

jenis sisa pembuangan bahan binaan yang terdapat dalam projek yang dijalankan.

Antaranya adalah konkrit, kayu, batu bata, aluminium, pipe, polysterene dan plastik.

Menurut responden, kitar semula sisa pembuangan bahan binaan penting

dijalankan di tapak bina. Ini kerana ia bukan sahaja memudahkan malah juga

melancarkan kerja. Kitar semula sisa pembuangan bahan binaan dapat

mengurangkan lebihan sisa di tapak bina. Selain itu juga, kontraktor tidak perlu

menunggu bahan yang ditempah kerana menggunakan bahan pembinaan yang sedia

ada di tapak bina.

4.3.1.1 Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula dan

Kaedah yang Digunakan

Jadual 4.1 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula di tapak bina Projek A.

Jadual 4.1 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek A

Jenis-jenis sisa

1 Konkrit

2 Kayu

3 Batu Bata

4 Aluminium

5 Jubin

Page 79: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

60

Berdasarkan Jadual 4.1 jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim

dikitar semula di tapak bina bagi projek A adalah konkrit, kayu, batu bata,

aluminium dan juga jubin.

Rajah 4.1 menunjukkan konkrit yang telah dikitar semula dan Rajah 4.2

menunjukkan kayu kitar semula yang berada di tapak bina projek A.

Jenis-jenis sisa pembuangan tersebut dikitar semula kerana ianya dapat

menjimatkan masa dan juga kos. Dengan adanya sisa pembuangan yang sedia ada

yang boleh diguna balik, kontraktor dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak

perlu menempah bahan baru. Selain itu juga ia menjimatkan kos kerana kontraktor

tidak perlu menambah tempahan untuk bahan yang sedia ada.

Rajah 4.1 : Konkrit

Sumber : Southern Builder (J)

Sdn. Bhd

Rajah 4.2 : Kayu

Sumber : Southern Builder (J)

Sdn. Bhd

Page 80: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

61

Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan kitar semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dalam masa sebulan bagi.

Jadual 4.2 : Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek A

Kekerapan Skala/ Petunjuk

0-2 1 Sangat Tidak Digunakan

3-5 2 Kurang Digunakan

6-8 3 Sederhana

9-11 4 Digunakan

12-14> 5 Sangat Digunakan

Jadual 4.3 menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula yang digunakan bagi

jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula bagi Projek A.

Jadual 4.3 : Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan Projek A

Bil. Jenis Sisa Pembuangan dan Kaedah yang

Digunakan / Skala

1 2 3 4 5

1. Konkrit

Menampung Jalan Berlubang

2. Kayu

Acuan

Penyokong

Rumah Kongsi

3. Batu Bata

Menampung Jalan Berlubang

Subgrade

Page 81: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

62

4. Aluminium

Framework

5. Jubin

Skirting

Berdasarkan Jadual 4.3, skala bagi kaedah kitar semula bagi jenis sisa

pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula di tapak bina Projek A. Bagi

sisa konkrit, kaedah kitar semula yang sering digunakan adalah menampung jalan

berlubang. Bagi sisa kayu pula, kaedah yang sering digunakan adalah penyokong,

kemudian diikuti oleh acuan dan rumah kongsi. Manakala bagi sisa batu bata, kaedah

yang sering digunakan adalah menampung jalan berlubang dan diikuti oleh

subgrade. Selain itu, sisa aluminium dikitar semula menjadi framework manakala

jubin pula dikitar semula sebagai skirting.

Rajah 4.3 menunjukkan aluminium yang dikitar semula sebagai framework

dan Rajah 4.4 menunjukkan kayu yang dikitar semula sebagai penyokong. Rajah 4.5

pula menunjukkan kayu yang dikitar semula sebagai acuan manakala Rajah 4.6

menunjukkan jubin yang dikitar semula sebagai skirting.

Rajah 4.3 : Aluminium

(Framework)

Sumber : Southern Builder (J) Sdn.

Bhd

Rajah 4.4 : Kayu (Penyokong)

Sumber : Southern Builder (J) Sdn.

Bhd

Page 82: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

63

Menurut responden terdapat kesukaran yang dihadapi dalam menjalankan

kitar semula pada sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina. Contohnya sisa

konkrit, sekiranya fizikal bahan tersebut seperti keras, ianya tidak boleh diguna untuk

menampung jalan berlubang. Bagi kayu pula, kesukaran yang dihadapi dimana kayu

yang hendak diguna balik adalah basah dan juga reput. Manakala, jubin dan

aluminium juga tidak boleh diguna balik sekiranya ada kecacatan seperti warna dan

saiz yang tidak sama.

Rajah 4.5 : Kayu (Acuan)

Sumber : Southern Builder (J) Sdn.

Bhd

Rajah 4.6 : Jubin (Skirting)

Sumber : Southern Builder (J) Sdn.

Bhd

Page 83: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

64

4.3.1.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Jadual 4.4 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina bagi Projek A.

Jadual 4.4 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek A

Faktor-faktor Keterangan

Pencemaran Pada Bahan Ia bukan pada keadaan asal bahan

tersebut. Contohnya kayu yang dimakan

anai-anai.

Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa

Pembuangan Bahan Binaan

Sukar untuk asingkan jenis sisa

pembuangan. Kontraktor juga perlu

mengagihkan pekerja untuk melakukan

pengasingan bahan. Selain itu, proses

pengasingan bahan juga memakan kos

dan masa.

Tambahan Kerja Bagi Kontraktor Kontraktor perlu mengagihkan pekerja

untuk mengasingkan bahan sedangkan

kontraktor tidak menanggung kos untuk

bahan buangan di tapak bina.

Ruang Yang Terhad Kawasan tapak yang sempit menjadi

faktor halangan pengitaran semula.

Banyak bahan yang tidak diperlukan

akan terus dibuang.

Bebanan Kos Bagi Kontraktor Fokus utama kontraktor adalah

menyiapkan projek dan mengurangkan

kos pembinaan.

Page 84: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

65

Menurut responden yang ditemu bual, terdapat beberapa faktor yang

menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina iaitu

pencemaran pada bahan, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan

binaan, tambahan kerja bagi kontraktor, ruang yang terhad dan bebanan kos bagi

kontraktor.

Pencemaran pada bahan apabila ia bukan pada keadaan asal bahan tersebut.

Menurut responden, sesetengah kayu tidak dapat digunakan apabila ia dimakan anai-

anai. Selain itu, faktor lain adalah sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan

bahan binaan dimana kontraktor perlu mengagihkan pekerjanya untuk melakukan

pengasingan bahan.

Faktor yang turut menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan adalah tambahan kerja bagi kontraktor sedangkan menurut responden

kontraktor tidak menanggung kos untuk bahan buangan di tapak bina namun

kontraktor perlu mengagihkan pekerja untuk kerja pengasingan bahan. Selain itu,

ruang yang terhad juga adalah fakor halangan dimana menurut responden, kawasan

yang sempit menjadi faktor halangan pengitaran semula. Hal ini menyebabkan

banyak bahan yang tidak diperlukan akan dibuang. Tambahan, bebanan kos juga

adalah salah satu faktor halangan. Menurut responden, fokus utama kontraktor

adalah menyiapkan projek dan mengurangkan kos pembinaan.

Menurut responden yang ditemu bual, faktor-faktor yang menghalang

pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina ialah pencemaran

pada bahan, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan,

tambahan kerja bagi kontraktor, ruang yang terhad dan bebanan kos bagi kontraktor.

Tambahan responden lagi, tambahan kerja bagi kontraktor adalah faktor yang paling

mempengaruhi kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Page 85: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

66

4.3.2 Analisa Kes Projek B

Kontraktor : Twin Unitrade Sdn. Bhd.

Nama projek : Projek Bangunan Perniagaan

Lokasi : Johor Bharu

Tempoh Projek : 1 October 2014 – 7 Jun 2016

Temu bual kedua yang dijalankan adalah pada projek bangunan perniagaan.

Nama projek tersebut adalah cadangan pembangunan yang mengandungi: (1) 6

tingkat ruang perniagaan, (2) 7 tingkat ruang letak kereta bertingkat, (3) 1 tingkay

ruang kemudahan/rekreasi, (4) 2 blok hotel,945 unit 11 tingkat,(i) hotel 315 unit, (ii)

suit hotel 630 unit, (5) 3 blok suit pejabat 690 unit 11 tingkat di atas Lot PTB 24274

(HSD 547601) Bandar Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Bagi

projek ini kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinan

bangunan tersebut adalah Twin Unitrade Sdn. Bhd. Dan tempoh projek tersebut

dilaksanakan adalah dalam anggaran 20 bulan.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Senior Jurutera Tapak yang

mengendalikan projek pembinaan tersebut menurut beliau terdapat lebih daripada

lima jenis sisa pembuangan bahan binaan yang terdapat di tapak bina yang sedang

dijalankan itu. Antaranya adalah kayu, besi dan juga konkrit.

Menurut Senior Jurutera Tapak yang ditemubual, kitar semula sisa

pembuangan bahan binaan ini memudahkan kerja dalam menjalani aktiviti

pembinaan di tapak bina. Walaupun kualiti bahan bukan 100 peratus namun dengan

menjalankan aktiviti kitar semula ini, ia menjimatkan masa dan juga kos. Kontraktor

tidak perlu menempah bahan baru kerana bahan yang sedia ada masih boleh diguna

balik.

Page 86: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

67

4.3.2.1 Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula dan

Kaedah yang Digunakan

Jadual 4.5 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula.

Jadual 4.5 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek B

Jenis-jenis sisa

1 Konkrit

2 Kayu

3 Batu Bata

4 Besi

Berdasarkan Jadual 4.5 jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim

dikitar semula di tapak bina bagi projek B adalah konkrit, kayu, batu bata dan besi.

Rajah 4.7 menunjukkan sisa pembuangan besi dan Rajah 4.8 menunjukkan

sisa pembuangan kayu yang berada di tapak bina Projek B.

Rajah 4.7 : Besi

Sumber : Twin Unitrade Sdn. Bhd

Rajah 4.8 : Kayu

Sumber : Twin Unitrade Sdn. Bhd

Page 87: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

68

Sisa pembuangan bahan binaan yang lazim di tapak bina dikitar semula

kerana menjimatkan kos. Menurut responden, kayu merupakan antara bahan yang

kosnya adalah tinggi. Selain itu juga, dengan adanya kitar semula, kontraktor dapat

menjimatkan masa. Ini kerana kontraktor tidak perlu menempah bahan baru kerana

menggunakan bahan yang sama walaupun kualiti bahan kitar semula tidak sebagus

kualiti bahan baru. Kadang kala, setiap tempahan bahan baru juga mengambil masa

berminggu-minggu untuk sampai ke tapak bina. Tambahan, ia memberikan

persekitaran yang lebih baik kerana menggunakan bahan kitar semula.

Jadual 4.6 menunjukkan kekerapan kitar semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan yang lazim dikitar semula dalam masa sebulan.

Jadual 4.6 : Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek B

Kekerapan Skala/Petunjuk

0-2 1 Sangat Tidak Digunakan

3-5 2 Kurang Digunakan

6-8 3 Sederhana

9-11 4 Digunakan

12-14> 5 Sangat Digunakan

Page 88: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

69

Jadual 4.7 menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula yang digunakan bagi

jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula bagi Projek B.

Jadual 4.7 : Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan Projek B

Bil. Jenis Sisa Pembuangan dan Kaedah yang

Digunakan / Skala

1 2 3 4 5

1. Konkrit

Menampung Jalan Berlubang

Lintel

2. Kayu

Acuan

Penyokong

Rumah Kongsi

3. Batu Bata

Menampung Jalan Berlubang

4. Besi

Safety Guard Rail

Penanda Penyiasatan Aras

Bar Chair

Berdasarkan Jadual 4.7 yang menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula

bagi jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula di tapak bina

Projek B. Kaedah kitar semula bagi sisa pembuangan konkrit yang dijalankan di

tapak bina adalah lintel dan diikuti menampung jalan berlubang. Bagi sisa

pembuangan kayu pula,kaedah yang sering digunakan adalah penyokong, kemudian

sebagai acuan dan rumah kongsi. Selain itu, bagi sisa pembuangan batu bata pula,

kaedah yang sering digunakan adalah sebagai menampung jalan berlubang. Bagi

Page 89: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

70

pembuangan besi, kaedah kitar semula yang sering digunakan di tapak bina ialah

sebagai penanda penyiasatan aras dan diikuti oleh safety guard rail dan bar chair.

Rajah 4.9 menunjukkan kayu yang dikitar semula sebagai rumah kongsi

manakala Rajah 4.10 menunjukkan besi yang dikitar semula sebagai safety guard

rail di tapak bina Projek B.

Walaupun kitar semula hanya menggunakan sisa pembuangan bahan binaan

yang sedia ada namun menurut responden terdapat kesukaran yang dihadapi dalam

menjalankan aktiviti kitar semula sisa pembuangan bahan binaan. Bagi kayu yang

telah pecah dan keadaan kayu yang tidak boleh diguna lagi, kayu tersebut akan

dibuang dan tidak akan dikitar semula.

Rajah 4.9 : Kayu (Rumah Kongsi)

Sumber : Twin Unitrade Sdn. Bhd

Rajah 4.10 : Besi (Safety Guard Rail)

Sumber : Twin Unitrade Sdn. Bhd

Page 90: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

71

4.3.2.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Jadual 4.8 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

Jadual 4.8 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek B

Faktor-faktor Keterangan

Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa

Pembuangan Bahan Binaan

Pengasingan bahan binaan memakan

masa. Setiap sisa pembuangan bahan

binaan yang telah bercampur perlu

diasingkan. Kontraktor juga perlu

mengasingkan bahan yang boleh diguna

pakai dan sebaliknya.

Kualiti bahan Disebabkan kitar semula menggunakan

bahan binaan yang sedia ada, kualiti

bahan tidak sebagus bahan yang baru.

Disebabkan kualiti bahan yang makin

menurun, tidak semua sisa pembuangan

bahan binaan boleh dikitar semula.

Berdasarkan Jadual 4.8, faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina bagi Projek B ialah sukar untuk

mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan dan juga kualiti bahan.

Menurut responden yang ditemubual, faktor halangan pengitaran semula

adalah sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan ditapak bina

kerana setiap pengasingan bahan memakan masa. Ini kerana setiap pembuangan

bahan binaan yang telah bercampur perlu diasingkan. Kontraktor perlu

mengasingkan bahan binaan yang boleh diguna dan sebaliknya.

Page 91: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

72

Selain itu, faktor lain yang menghalang pengitaran semula adalah kualiti

bahan. Menurut responden, disebabkan kitar semula menggunakan bahan binaan

yang sedia ada, kualiti bahan tidak sebagus bahan yang baru. Disebabkan kualiti

bahan yang makin menurun, tidak semua sisa pembuangan bahan binaan boleh

dikitar semula. Namun tidak bermakna sisa tersebut tidak boleh diguna

memandangkan penggunaan semula sisa pembuangan menjimatkan kos pembinaan.

Namun menurut responden yang ditemubual, sukar untuk mengasingkan jenis

sisa pembuangan bahan binaan adalah faktor yang paling mempengaruhi kitaran

semula sisa pembuangan bahan binaan.

4.3.3 Analisa Kes Projek C

Kontraktor : Titan Ritz Sdn. Bhd.

Nama projek : Pangsapuri

Lokasi : Nusajaya, Johor Bharu

Tempoh Projek : 15 Julai 2014 – 14 Januari 2017

Projek ketiga adalah projek yang sedang menjalankan pembinaan pangsapuri

35 tingkat dan nama projek tersebut adalah cadangan pembinaan bangunan bersrata 2

blok pangsapuri 35 tingkat yang mengandungi: (1) 1 blok pangsapuri 32 tingkat-blok

1(187 unit), (2) 1 blok pangsapuri 32 tingkat –blok 2 (183 unit), (3) podium tempat

letak keretea 3 tingkat beserta ruang serbaguna, (4) tempat letak kereta basement 2

tingkat dan (5) 1 unit pondok pengawal di atas PTD 170703 Nusajaya, Mukim Pulai,

Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta‟azim. Kontraktor yang melaksanakan

pembinaan bagi projek tersebut adalah Titan Ritz Sdn. Bhd. Projek tersebut dijangka

mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkan keseluruhan.

Page 92: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

73

Individu yang ditemu bual adalah Jurutera Tapak yang bertanggungjawab

dalam pembinaan projek tersebut. Menurut beliau terdapat pelbagai jenis-jenis sisa

pembuangan bahan binaan yang terdapat di dalam projek tersebut seperti besi, kayu

dan juga konkrit.

Menurut Jurutera Tapak yang ditemu bual, dengan melakukan aktiviti kitar

semula banyak memudahkan kerja di tapak bina. Aktiviti kitar semula sisa

pembuangan bahan binaan dapat mengurangkan sampah di tapak bina. Selain itu,

memandangkan sisa bahan binaan boleh diguna lagi, kontraktor dapat menjimatkan

masa dan kos kerana tidak perlu menempah bahan binaan dan tidak perlu menunggu

bahan binaan tiba di tapak bina.

4.3.3.1 Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula dan

Kaedah yang Digunakan

Jadual 4.9 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula.

Jadual 4.9 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek C

Jenis-jenis sisa

1 Kayu

2 Besi

Berdasarkan Jadual 4.9 jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang yang

lazim dikitar semula di tapak bina bagi projek C adalah kayu dan besi.

Page 93: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

74

Rajah 4.11 menunjukkan sisa pembuangan besi di tapak bina Projek C.

Jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan tersebut dikitar semula kerana sisa

pembuangan memberikan manfaat lain selain daripada kegunaan asalnya. Contohnya

papan lapis yang digunakan untuk acuan namun kemudian dikitar semula menjadi

rumah kongsi. Selain itu juga, ia menjimatkan kos dan juga masa. Ini kerana mereka

boleh menjimatkan masa untuk tempah bahan baru.

Jadual 4.10 menunjukkan kekerapan kitar semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan yang lazim dikitar semula dalam masa sebulan.

Jadual 4.10: Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek C

Kekerapan Skala/Petunjuk

0-2 1 Sangat Tidak Digunakan

3-5 2 Kurang Digunakan

6-8 3 Sederhana

9-11 4 Digunakan

12-14> 5 Sangat Digunakan

Rajah 4.11 : Besi

Sumber : Titan Ritz Sdn. Bhd

Page 94: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

75

Jadual 4.11 menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula yang digunakan

bagi jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula.

Jadual 4.11 : Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan Projek C

Bil. Jenis Sisa Pembuangan dan Kaedah yang

Digunakan / Skala

1 2 3 4 5

1. Kayu

Acuan

Penyokong

Rumah Kongsi

2. Besi

Penghadang

Berdasarkan Jadual 4.11 diatas, bagi sisa pembuangan kayu, kaedah yang

sering digunakan adalah sebagai penyokong dan diikuti oleh acuan dan rumah

kongsi. Manakala kaedah kitar semula iaitu sebagai penghadang bagi sisa

pembuangan besi.

Page 95: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

76

Rajah 4.12 menunjukkan sisa pembuangan kayu yang dikitar semula sebagai

acuan di tapak bina Projek C.

Menurut responden, terdapat kesukaran yang dihadapi dalam menjalankan

kitar semula bagi sisa pembuangan iaitu besi dan juga kayu. Antaranya adalah

keadaan kayu yang tidak elok seperti reput. Selain itu juga, apabila saiz tidak

menepati kehendak kegunaan kita, kayu tersebut tidak dapat digunakan. Begitu juga

dengan bentuk kayu. Sekiranya kayu runcing, bengkok dan sebagainya, kayu tersebut

tidak dapat digunakan semula. Apabila hayat kayu mencapai tempoh yang tidak

sesuai, kontraktor terpaksa membuang sisa tersebut dan menggantikan yang baru.

Rajah 4.12 : Kayu (Acuan)

Sumber : Titan Ritz Sdn. Bhd

Page 96: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

77

4.3.3.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Jadual 4.12 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

Jadual 4.12 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek C

Faktor-faktor Keterangan

Pencemaran Pada Bahan Sekiranya bahan tersebut tidak elok dan

bercampur, kontraktor tidak boleh

menggunakan sisa tersebut untuk

kegunaan lain. Ini kerana pencemaran

pada bahan boleh membahayakan orang

lain.

Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa

Pembuangan Bahan Binaan

Tapak bina yang sempit menjadikan

proses pengasingan bahan menjadi

sukar. Oleh kerana tapak bina kecil, sisa

pembuangan bahan mudah untuk

bercampur dan sukar untuk

mengasingkan jenis bahan tersebut.

Ruang Yang Terhad Tapak bina yang sempit menjadikan

ruang semakin terhad. Ini menyukarkan

kontraktor untuk meletakkan sisa

pembuangan bahan tersebut pada tempat

yang sesuai.

Page 97: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

78

Kekurangan Komunikasi Diantara

Pihak Yang Terbabit

Kontraktor utama dan sub kontraktor

mempunyai perbezaan pendapat

mengenai sisa pembuangan bahan.

Contohnya kontraktor berpendapat

bahawa sisa pembuangan bahan tersebut

boleh diguna namun sub kontraktor

menganggap yang sebaliknya.

Berdasarkan Jadual 4.12, faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan Projek C adalah pencemaran pada bahan, sukar untuk

mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan, ruang yang terhad dan

kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit.

Menurut responden, faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan adalah pencemaran pada bahan kerana sekiranya bahan

tersebut tidak elok dan bercampur, kontraktor tidak boleh menggunakan sisa tersebut

untuk kegunaan lain. Ini kerana pencemaran pada bahan boleh membahayakan orang

lain. Selain itu, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan juga

salah satu faktor. Menurut responden, tapak bina yang sempit menjadikan sisa

pembuangan bahan mudah untuk bercampur dan sukar untuk mengasingkan jenis

bahan tersebut.

Faktor lain ialah ruang yang terhad dimana tapak bina yang sempit

menjadikan ruang semakin terhad. Menurut responden, ini menyukarkan kontraktor

untuk meletakkan sisa pembuangan bahan tersebut pada tempat yang sesuai dan

mengikut jenis-jenis sisa pembuangan. Tambahan, kekurangan komunikasi diantara

pihak yang terbabit juga adalah faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan. Menurut responden, kontraktor utama dan sub kontraktor

mempunyai perbezaan pendapat mengenai sisa pembuangan bahan. Contohnya

kontraktor berpendapat bahawa sisa pembuangan bahan tersebut boleh diguna namun

sub kontraktor menganggap yang sebaliknya.

Page 98: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

79

Menurut responden yang ditemubual, ruang yang terhad adalah faktor yang

paling mempengaruhi kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Tambahan

beliau, setiap pembinaan yang dijalankan memerlukan ruang yang besar supaya kerja

mudah untuk dijalankan. Tambahan beliau, setiap tapak bina perlu ada tempat untuk

pembuangan bahan binaan untuk bahan yang boleh dikitar semula.

4.3.4 Analisa Kes Projek D

Kontraktor : WCT Construction Sdn. Bhd.

Nama projek : Pembangunan Perdagangan

Lokasi : Taman Bukit Mewah, Johor Bharu

Tempoh Projek : 13 Julai 2014 – 16 January 2017

Projek keempat adalah projek yang menjalankan pembangunan perdagangan

32 tingkat. Nama projek tersebut adalah cadangan pembangunan perdagangan 32

tingkat yang mengandungi 10 tingkat podium yang mengandungi: (1) kompleks

membeli-belah, (2) 2 tingkat apartment servis (8 unit), (3) kemudahan dan 2 tingkat

tempat letak kenderaan berserta 1 tingkat tempat letak kenderaan bawah tanah; 22

tingkat menara A- Apartment servis (255 unit); 17 tingkat menara B-Hotel (278 unit)

di atas Lot 32665, Jalan Mewah Ria 2, Taman Bukit Mewah, Mukim Tebrau, Daerah

Johor. Kontraktor yang melaksanakan pembinaan bagi projek tersebut adalah WCT

Construction Sdn. Bhd. Projek tersebut dijangka mengambil masa selama 30 bulan

untuk menyiapkan keseluruhan pembinaanya.

Individu yang ditemu bual adalah Pegawai Alam Sekitar yang

bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

Menurut beliau terdapat pelbagai jenis-jenis sisa pembuangan yang terdapat di dalam

projek tersebut. Antara sisa pembuangan yang ada adalah sisa pembinaan, sisa

Page 99: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

80

domestik, sisa kumbahan dan juga sisa penjadualan. Bagi sisa pembuangan bahan

binaan adalah seperti kayu, batu, besi dan juga konkrit.

Menurut Pegawai Alam Sekitar yang ditemu bual, dengan adanya kitar

semula di tapak bina, ia membantu dalam percepatkan kerja pembinaan dan juga

menjimatkan kos. Kontraktor tidak perlu membeli dan menunggu untuk bahan baru

kerana dapat menggunakan sisa pembuangan yang sedia ada. Oleh itu, projek lebih

cepat dijalankan. Apabila kitar semula dijalankan, sisa buangan dapat dikurangkan.

Justeru itu ia mengurangkan kos penghantaran sisa pembuangan ke tempat yang

sepatutnya.

4.3.4.1 Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula dan

Kaedah yang Digunakan

Jadual 4.13 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula.

Jadual 4.13 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek D

Jenis-jenis sisa

1 Konkrit

2 Kayu

3 Batu Bata

Berdasarkan Jadual 4.13 jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang yang

lazim dikitar semula di tapak bina bagi projek D adalah konkrit, kayu dan batu bata.

Page 100: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

81

Rajah 4.13 menunjukkan sisa pembuangan kayu yang telah diasingkan

supaya memudahkan proses kitaran semula sisa pembuangan di tapak bina Projek D.

Jenis-jenis sisa pembuangan tersebut dikitar semula kerana ianya dapat

menjimatkan masa dan juga kos. Kontraktor dapat menjimatkan masa dengan

menggunakan bahan binaan yang sedia ada berbanding menunggu bahan baru yang

ditempah.

Jadual 4.14 menunjukkan kekerapan kitar semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan yang lazim dikitar semula dalam masa sebulan.

Jadual 4.14 : Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek D

Kekerapan Skala/Penunjuk

0-2 1 Sangat Tidak Digunakan

3-5 2 Kurang Digunakan

6-8 3 Sederhana

9-11 4 Digunakan

12-14> 5 Sangat Digunakan

Rajah 4.13 : Kayu

Sumber : WCT Construction Sdn. Bhd

Page 101: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

82

Jadual 4.15 menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula yang digunakan

bagi jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula.

Jadual 4.15 : Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan Projek D

Bil. Jenis Sisa Pembuangan dan Kaedah yang

Digunakan / Skala

1 2 3 4 5

1. Konkrit

Menampung Jalan Berlubang

2. Kayu

Acuan

Meja

Tong Sampah

3. Batu Bata

Silt trap

Berdasarkan Jadual 4.15, kaedah kitar semula yang digunakan di tapak bina

Projek D bagi sisa pembuangan konkrit adalah menampung jalan berlubang. Bagi

sisa pembuangan kayu, skala adalah sama bagi kaedah kitar semula iaitu meja, tong

sampah dan juga acuan. Bagi sisa pembuangan batu bata pula, kaedah kitar semula

yang digunakan adalah sebagai silt trap.

Page 102: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

83

Menurut responden yang ditemuramah, terdapat kesukaran yang dihadapi

dalam menjalankan kitar semula bagi sisa pembuangan konkrit dan juga kayu. Bagi

sisa pembuangan konkrit, kitar semula sukar untuk dijalankan apabila konkrit sudah

menjadi kering. Bagi kayu pula, saiz kayu kadang kala tidak menepati kehendak

yang dimahukan dan fizikal kayu tersebut seperti hancur atau reput menyebabkan

kayu tersebut tidak boleh digunakan.

Rajah 4.14 : Batu Bata (Silt Trap)

Sumber : WCT Construction Sdn. Bhd

Page 103: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

84

4.3.4.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Jadual 4.16 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

Jadual 4.16 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek D

Faktor-faktor Keterangan

Pencemaran Pada Bahan Kebiasaan sisa pembuangan bahan

binaan yang boleh diguna balik

diletakkan pada aras ‘basement’.

Namun apabila hujan, bahan tersebut

bercampur dengan lumpur dan

menyebabkan bahan tersebut tidak

dapat diguna.

Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa

Pembuangan Bahan Binaan

Di tapak bina terdapat bekas untuk sisa

pembuangan bahan binaan namun

apabila bahan-bahan binaan bercampur

dalam satu bekas, ini menyukarkan

bahan tersebut untuk dikitar semula.

Walaupun bercampur, kerja

pengasingan perlu dilakukan.

Tambahan Kerja Bagi Kontraktor Apabila sisa pembuangan bahan binaan

bercampur, sub kontraktor tidak akan

ambil sisa bahan tersebut. Mereka

hanya mengambil bahan yang sudah

dikumpul. Hal ini menyebabkan

kontraktor terpaksa mengasingkan

bahan contohnya kayu dan batu bata.

Page 104: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

85

Ruang Yang Terhad Apabila tapak sempit, sukar untuk

melakukan aktiviti kitar semula. Ruang

yang terhad menyebabkan mudah

berlaku percampuran bahan. Apabila

bahan-bahan binaan bercampur, sukar

untuk asingkan bahan tersebut.

Kekurangan Komunikasi Diantara Pihak

Yang Terbabit

Pekerja di tapak bina melakukan kerja

sehingga lewat malam tanpa

pengawasan penyelia menyebabkan

mereka melakukan sesuka hati terhadap

sisa pembuangan bahan binaan.

Tidak memenuhi spesifikasi Kadang sisa pembuangan bahan binaan

tidak memenuhi spesifikasi yang

kontraktor perlukan untuk sesebuah

kerja.

Berdasarkan Jadual 4.16, faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina Projek D adalah pencemaran pada

bahan, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan, tambahan

kerja bagi kontraktor, ruang yang terhad, kekurangan komunikasi diantara pihak

yang terbabit dan tidak memenuhi spesifikasi.

Faktor yang menghalang pengitaran semula adalah pencemaran pada bahan

kerana menurut responden yang ditemu bual, kebiasaan sisa pembuangan bahan

binaan yang boleh diguna balik diletakkan pada aras ‘basement’. Namun apabila

hujan, bahan tersebut bercampur dengan lumpur dan menyebabkan bahan tersebut

tidak dapat diguna. Selain itu, faktor sukar untuk mengasingkan jenis sisa

pembuangan bahan binaan juga menghalang pengitaran semula. Menurut responden,

walaupun di tapak bina terdapat bekas untuk sisa pembuangan bahan binaan namun

apabila bahan-bahan binaan bercampur dalam satu bekas, ini menyukarkan bahan

tersebut untuk dikitar semula. Walaupun sisa pembuangan bercampur, kerja

Page 105: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

86

pengasingan perlu dilakukan kerana kontraktor menggunakan bahan kitar semula

bagi menjimatkan kos.

Selain itu, tambahan kerja bagi kontraktor juga adalah salah satu faktor yang

menghalang pengitaran semula. Apabila sisa pembuangan bahan binaan bercampur,

sub kontraktor tidak akan ambil sisa bahan tersebut. Mereka hanya mengambil bahan

yang sudah dikumpul. Oleh itu, kontraktor terpaksa mengagihkan pekerja untuk

mengasingkan sisa pembuangan bahan. Tambahan, ruang yang terhad juga adalah

salah satu faktor dimana menurut responden, apabila tapak sempit, sukar untuk

melakukan aktiviti kitar semula. Selain itu, ruang yang terhad juga menyebabkan

mudah berlaku percampuran bahan. Apabila bahan-bahan binaan bercampur, sukar

untuk asingkan bahan tersebut.

Menurut responden yang ditemu bual, kekurangan komunikasi diantara pihak

yang terbabit adalah salah satu faktor dimana pekerja di tapak bina melakukan kerja

sehingga lewat malam tanpa pengawasan penyelia menyebabkan mereka melakukan

sesuka hati terhadap sisa pembuangan bahan binaan. Selain itu, tidak memenuhi

spesifikasi juga adalah faktor halangan. Menurut responden, sisa pembuangan bahan

binaan tidak memenuhi spesifikasi yang kontraktor perlukan untuk sesebuah kerja

seperti saiz, warna, panjang dan sebagainya.

Menurut responden yang ditemu bual, ruang yang terhad adalah adalah faktor yang

paling mempengaruhi kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Apabila tapak

bina sempit, kitar semula sukar untuk dijalankan. Mereka yang ingin menggunakan

bahan binaan yang sedia ada perlu menyimpan bahan mereka sendiri.

Page 106: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

87

4.3.5 Analisa Kes Projek E

Kontraktor : Jetson Construction Sdn. Bhd.

Nama projek : Pangsapuri

Lokasi : Johor Bharu

Tempoh Projek : 13 Julai 2014 – 15 Julai 2016

Projek kelima yang dijalankan adalah pada projek yang juga sedang

menjalankan pembinaan pangsapuri perkhidmatan. Nama bagi projek tersebut adalah

pembinaan pembangunan 1 blok pangsapuri servis (260 unit) yang mengandungi: (1)

8 tingkat 'duplex soho', (2) 1 tingkat 'sky-loggias', (3) 20 tingkat pangsapuri

perkhidmatan, (4) kolam renang dan kemudahan penghuni di atas bumbung, (5) 7

tingkat tempat letak kereta di atas Lot 3267, 6189-6193 & 6194, Jalan Tenteram,

Daerah Sentral Johor Bahru, Negeri Johor Darul Takzim. Bagi projek ini, kontraktor

yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan bangunan tersebut adalah

Jetson Construction Sdn Bhd dan tempoh projek tersebut dilaksanakan adalah dalam

anggaran selama 24 bulan.

Individu yang ditemu bual adalah Pengurus Projek yang bertanggungjawab

dalam pengurusan sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina. Menurut beliau

empat bahan utama sisa pembuangan bahan binaan yang terdapat di tapak bina

namun begitu lebih lima jenis sisa pembuangan yang ada. Antara sisa pembuangan

yang utama ialah besi, sisa konkrit, kayu dan juga batu bata.

Menurut Pengurus Projek yang ditemu bual, dengan adanya kitar semula di

tapak bina, ia dapat mengurangkan kos. Contohnya adalah penggunaan semula kertas

di pejabat tapak. Dengan penggunaan semula, kontraktor tidak perlu membeli kertas

baru kerana hanya menggunakan kertas yang sedia ada.

Page 107: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

88

4.3.5.1 Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula dan

Kaedah yang Digunakan

Jadual 4.17 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula.

Jadual 4.17 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Projek E

Jenis-jenis sisa

1 Konkrit

2 Kayu

3 Batu Bata

4 Besi

5 Jubin

Berdasarkan Jadual 4.5 jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang yang

lazim dikitar semula di tapak bina bagi projek E adalah konkrit, kayu, batu bata, besi

dan juga jubin.

Rajah 4.15 menunjukkan sisa pembuangan besi yang telah diasingkan di

tapak bina Projek E.

Rajah 4.15 : Besi

Sumber : Jetson Construction Sdn. Bhd

Page 108: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

89

Jenis-jenis sisa pembuangan tersebut dikitar semula kerana ianya dapat

menjimatkan masa dan juga kos.

Jadual 4.18 menunjukkan kekerapan kitar semula bagi jenis-jenis sisa

pembuangan bahan yang lazim dikitar semula dalam masa sebulan.

Jadual 4.18 : Kekerapan Kitar Semula Bagi Jenis-jenis Sisa Pembuangan

Projek E

Kekerapan Skala/Petunjuk

0-2 1 Sangat Tidak Digunakan

3-5 2 Kurang Digunakan

6-8 3 Sederhana

9-11 4 Digunakan

12-14> 5 Sangat Digunakan

Jadual 4.19 menunjukkan skala bagi kaedah kitar semula yang digunakan

bagi jenis-jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula.

Jadual 4.19 : Skala Bagi Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Sisa

Pembuangan Projek E

Bil. Jenis Sisa Pembuangan dan Kaedah yang

Digunakan / Skala

1 2 3 4 5

1. Konkrit

Menampung jalan berlubang

Lintel

2. Kayu

Acuan

Page 109: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

90

Rumah Kongsi

3. Batu Bata

Menampung Jalan Berlubang

4. Besi

Lintel

5. Jubin

Jalan Sementara

Berdasarkan Jadual 4.19, kaedah kitar semula yang digunakan di tapak bina

Projek E bagi sisa pembuangan konkrit adalah lintel dan diikuti oleh menampung

jalan berlubang. Bagi sisa pembuangan kayu, kaedah kitar semula yang sering

digunakan adalah sebagai acuan dan rumah kongsi. Bagi sisa pembuangan batu bata

pula, kaedah kitar semula ialah menampung jalan berlubang. Manakala bagi sisa

pembuangan besi ialah sebagai lintel dan bagi sisa pembuangan jubin adalah jalan

sementara.

Menurut responden, terdapat kesukaran yang dihadapi dalam menjalankan

kitar semula sisa pembuangan tersebut. Antaranya adalah kayu dimana keadaan

fizikal seperti reput, bercampur dengan konkrit keras dan sebagainya menyebabkan

kayu tersebut tidak dapat digunakan lagi.

Page 110: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

91

4.3.5.2 Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Jadual 4.20 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

Jadual 4.20 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Projek E

Faktor-faktor Keterangan

Pencemaran Pada Bahan Apabila berlaku percampuran pada

bahan, sisa tersebut tidak boleh diguna

dan akan dibuang. Sekiranya masih

boleh dibersihkan, pekerja akan

membersihkan sisa pembuangan bahan

tersebut.

Kekurangan Komunikasi Diantara

Pihak Yang Terbabit

Pihak pengurusan mahukan sisa bahan

di kitar semula untuk menjimatkan kos.

Arahan akan diberikan kepada sub

kontraktor. Namun apabila arahan tidak

diikut, kitaran semula sisa pembuangan

tidak dapat dijalankan.

Kemahuan Untuk Menjalankan Kitar

Semula

Pihak pelaksana mahukan bahan baru

dan bukan bahan kitar semula namun

sebagai kontraktor, kos adalah sangat

penting untuk sesebuah projek. Projek

melibatkan banyak kos seperti kos

bahan, upah, mesin dan sebagainya. Jadi

semuanya bergantung kepada kontraktor

samaada mahu menggunakan bahan

kitar semula atau tidak.

Page 111: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

92

Berdasarkan Jadual 4.20, faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina Projek E adalah pencemaran pada

bahan, kekurangan komunikasi antara pihak yang terbabit dan kemahuan untuk

menjalankan kitar semula.

Menurut responden, faktor yang menghalang pengitaran semula adalah

pencemaran pada bahan dimana apabila berlaku percampuran pada bahan, sisa

tersebut tidak boleh diguna dan akan dibuang namun sekiranya masih boleh

dibersihkan, pekerja akan membersihkan sisa pembuangan bahan tersebut. Ini kerana

menggunakan bahan pembuangan dapat menjimatkan kos bahan. Selain itu, faktor

lain adalah kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit. Menurut responden,

kontraktor mahukan sisa bahan di kitar semula untuk menjimatkan kos. Arahan akan

diberikan kepada sub kontraktor. Namun apabila arahan tidak diikuti oleh sub

kontraktor atas beberapa sebab seperti sukar untuk asingkan sisa pembuangan,

kitaran semula sisa pembuangan tidak dapat dijalankan.

Tambahan, menurut responden, faktor yang menghalang pengitaran semula

adalah kemahuan untuk menjalankan kitar semula. Pihak pelaksana mahukan bahan

baru dan bukan bahan kitar semula namun sebagai kontraktor, kos adalah sangat

penting untuk sesebuah projek. Projek melibatkan banyak kos seperti kos bahan,

upah, mesin dan sebagainya. Jadi semuanya bergantung kepada kontraktor samaada

mahu menggunakan bahan kitar semula atau tidak. Namun dengan penggunaan

bahan kitar semula di tapak bina, ia menjimatkan kos bahan bagi kontraktor.

Menurut responden yang ditemu bual, pencemaran pada bahan adalah faktor

yang paling mempengaruhi kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Apabila

bahan sudah tercemar, bahan tersebut tidak boleh diguna lagi. Kontraktor mahu

jimatkan kos iaitu dengan menggunakan bahan yang sedia ada, namun masih boleh

dikitar semula.

Page 112: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

93

4.4 Analisa Bagi Setiap Projek

4.4.1 Analisis Jenis-Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan Yang Lazim Dikitar

Semula Dan Kaedah Yang Digunakan

Jadual 4.21 menunjukkan jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula untuk semua projek.

Jadual 4.21 : Jenis-jenis Sisa Pembuangan Untuk Semua Projek

Bil. Jenis-jenis

sisa

Projek

A

Projek

B

Projek

C

Projek

D

Projek

E

Jumlah

1 Konkrit 4

2 Kayu 5

3 Batu bata 4

4 Aluminium 1

5 Jubin 2

6 Besi 3

Berdasarkan Jadual 4.21, kayu adalah sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula bagi kesemua projek iaitu Projek A, Projek B, Projek C, Projek

D dan E. Menurut responden yang ditemu bual, kayu adalah antara harga bahan yang

tinggi dan memakan kos untuk sesebuah projek. Untuk menjimatkan kos, kontraktor

akan mengitar semula kayu sehinggakan kayu tersebut tidak boleh diguna pakai lagi.

Selain itu juga, konkrit adalah sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula bagi Projek A, Projek B, Projek D dan juga Projek E. Menurut responden,

tidak semua konkrit yang dituang kedalam mould akan masuk. Lebihan konkrit yang

berada diluar mould masih boleh diguna walaupun bercampur dengan tanah.

Page 113: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

94

Selain itu, batu bata juga adalah sisa pembuangan yang lazim dikitar semula

bagi Projek A, Projek B, Projek D dan Projek E. Menurut responden, batu bata

senang pecah dan hancur. Oleh itu, banyak berlaku pembuangan di tapak bina dan

menyebabkan bahan tersebut di kitar semula supaya tidak membazir dan merugikan

kontraktor.

Besi adalah sisa pembuangan bahan binaan yang juga lazim dikitar semula

bagi Projek B, Projek C dan Projek E. Besi adalah bahan yang mahal dan bahan

utama bagi kesemua projek. Menurut responden, sekiranya besi tidak dikitar semula

di tapak bina, ia akan dijual supaya projek tidak mengalami kerugian. Namun sisa

pembuangan besi masih boleh digunakan untuk pelbagai cara di tapak bina.

Jubin adalah jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula

bagi Projek A dan E. Menurut responden, lebihan jubin boleh dikitar semula di tapak

bina namun begitu jubin kurang dikitar semula kerana kurang sisa pembuangan

jubin. Contohnya kontraktor memerlukan 100 jubin, maka kontraktor akan

menempah sebanyak 105 jubin dimana 5 jubin lagi akan digunakan sekiranya ada

kecacatan seperti pecah dan sebagainya. Oleh itu, sisa pembuangan jubin adalah

rendah berbanding bahan binaan lain.

Aluminium adalah jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula bagi Projek A. Aluminium kurang dikitar semula di tapak bina kerana

menurut responden, aluminium yang diterima di tapak bina kebiasaannya adalah

yang sudah tetap mengikut saiz yang dikehendaki. Namun, sekiranya ada lebihan

aluminium yang sudah dipotong, bahan tadi diguna semula untuk menyambung

aluminium yang lain.

Page 114: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

95

Jadual 4.23 merupakan hasil temu bual yang dijalankan keatas lima projek

disekitar Johor Bahru. Jadual tersebut adalah menunjukkan skala berkenaan kaedah

yang digunakan bagi jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula di tapak bina. Petunjuk bagi skala adalah seperti berikut :

Jadual 4.22 : Skala Petunjuk

Skala Petunjuk

1 Sangat Tidak Digunakan

2 Kurang Digunakan

3 Sederhana

4 Digunakan

5 Sangat Digunakan

Jadual 4.23 menunjukkan kaedah kitar semula yang digunakan bagi jenis-

jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula di tapak bina.

Jadual 4.23 : Kaedah Kitar Semula yang Digunakan Bagi Jenis-jenis Sisa

Pembuangan

Bil. Jenis Sisa Pembuangan &

Kaedah Kitar Semula Yang

Digunakan

Projek

A

Projek

B

Projek

C

Projek

D

Projek

E

Jum

1. Konkrit

(i) Menampung Jalan

Berlubang

2 1 2 4 9

(ii) Lintel 2 5 7

2. Kayu

(i) Acuan 1 1 1 2 1 6

(ii) Penyokong 3 3 2 8

(ii) Rumah Kongsi 1 1 1 1 4

(iv) Meja 2 2

(v) Tong Sampah 2 2

Page 115: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

96

3. Batu Bata

(i) Menampung Jalan

Berlubang

4 2 1 7

(ii) Subgrade 3 3

(iii) Silt Trap 2 2

4. Besi

(i) Safety Guard Rail 1 1

(ii) Penanda Penyiasatan Aras 2 2

(ii) Bar Chair 1 1

(iii) Lintel 5 5

(iv) Penghadang 2 2

5. Aluminium

(i) Framework 2 2

6. Jubin

(i) Skirting 3 3

(ii) Jalan Sementara 2 2

Menurut Jadual 4.23, kaedah yang sering digunakan bagi sisa pembuangan

bahan binaan konkrit ialah menampung jalan berlubang dan diikuti oleh lintel.

Menurut responden yang ditemuramah, sisa konkrit digunakan untuk menampung

jalan berlubang kerana kebiasaan di tapak bina, banyak lubang-lubang disebabkan

lori berat yang masuk ke dalam tapak bina. Hal ini menyebabkan jalan rosak dan

perlu dibaiki supaya kerja pembinaan berjalan lancar.

Selain itu, kaedah yang digunakan bagi sisa pembuangan bahan binaan kayu

pula adalah sebagai penyokong, kemudian adalah acuan dan diikuti oleh rumah

kongsi dan seterusnya adalah meja dan tong sampah. Menurut responden, penyokong

sering digunakan daripada kitaran semula kayu disebabkan penyokong untuk acuan

tidak memerlukan spesifikasi yang tepat seperti saiz, panjang dan sebagainya.

Namun begitu, hanya kayu kitar semula yang masih elok akan digunakan supaya

dapat menyokong dengan baik.

Page 116: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

97

Bagi sisa pembuangan bahan binaan batu bata pula, kaedah yang sering

digunakan adalah sebagai menampung jalan berlubang dan diikuti oleh subgrade dan

silt trap. Menurut responden, batu bata adalah bahan binaan yang mudah pecah dan

hancur. Apabila ia sudah pecah dan tidak boleh dibuat untuk pembinaan, ia dikitar

semula sebagai tampungan jalan yang berlubang.

Kaedah yang digunakan bagi sisa pembuangan bahan binaan besi ialah

sebagai lintel dan kemudian adalah penghadang, penanda penyiasatan aras dan

diikuti oleh safety guard rail dan bar chair. Menurut responden, besi boleh dikitar

semula sebagai lintel apabila terdapat lebihan besi yang panjang. Ini dapat

menjimatkan kos dan juga masa kerana kontraktor tidak perlu menempah bahan baru

dan menunggu bahan untuk tiba di tapak bina.

Manakala bagi sisa pembuangan bahan binaan aluminium, hanya Projek A

mengitar semula aluminium dengan menjadikan sisa pembuangan tersebut sebagai

framework. Menurut responden, kaedah ini kurang digunakan di tapak bina kerana

kebiaasaan framework aluminium ditempah mengikut saiz dan spesifikasi yang

bergantung kepada lukisan projek.

Bagi jubin pula, kaedah yang selalu digunakan adalah sebagai skirting dan

diikuti oleh jalan sementara. Namun hanya projek A mengitar semula semula sisa

pembuangan jubin menjadi skirting manakala Projek E mengitar semula menjadi

jalan sementara. Menurut responden bagi projek lain, sisa pembuangan jubin kurang

dikitar semula di tapak bina kerana kebiasaannya jubin dipotong mengikut saiz.

Walaupun ada lebihan, namun jubin tersebut tidak mengikut saiz dan warna yang

dikehendaki.

Page 117: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

98

4.4.2 Analisis Faktor-faktor Yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa

Pembuangan Bahan Binaan

Jadual 4.24 : Faktor-faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan

Bahan Binaan

Bil. Faktor-Faktor Yang

Menghalang Pengitaran

Semula Sisa

Pembuangan Bahan di

Tapak Bina

Projek

A

Projek

B

Projek

C

Projek

D

Projek

E

Jumlah

1 Pencemaran Pada

Bahan

4

2 Sukar Untuk

Mengasingkan Jenis

Sisa Pembuangan

Bahan Binaan

4

3 Tambahan Kerja Bagi

Kontraktor

2

4 Ruang Yang Terhad 3

5 Bebanan Kos Bagi

Kontraktor

1

6 Kualiti Bahan 1

7 Kekurangan

Komunikasi Diantara

Pihak Yang Terbabit

3

8 Tidak Memenuhi

Spesifikasi

1

9 Kemahuan Untuk

Menjalankan Kitar

Semula

1

Page 118: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

99

Jadual 4.24 menunjukkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula

sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina. Berdasarkan jadual tersebut, responden

daripada Projek A, Projek C, Projek D dan Projek E menyatakan pencemaran pada

bahan adalah faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan di tapak bina. Menurut responden, sekiranya bahan tersebut tidak elok dan

bercampur, bahan tersebut tidak boleh digunakan kerana boleh membahayakan orang

lain.

Selain itu, empat responden iaitu Projek A, Projek B, Projek C dan Projek D

menyatakan sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan adalah

faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak

bina. Menurut responden yang ditemubual, pengasingan bahan binaan memakan

masa dan setiap sisa pembuangan bahan binaan yang telah bercampur perlu

diasingkan sebelum dapat dikitar semula. Selain itu juga, kontraktor perlu

menyediakan bekas untuk setiap jenis sisa pembuangan bahan binaan supaya tidak

bercampur dan aktiviti kitar semula dapat dijalankan.

Ruang yang terhad dan kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit

juga merupakan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan di tapak bina. Projek A, Projek C dan Projek D mengatakan ruang yang

terhad adalah salah satu faktor yang menghalang. Menurut responden, apabila tapak

sempit, sukar untuk melakukan aktiviti kitar semula. Malah ruang yang terhad juga

menyebabkan mudah berlaku percampuran bahan. Responden daripada Projek C,

Projek D dan Projek E menyatakan kekurangan komunikasi diantara pihak yang

terbabit adalah faktor yang menghalang. Menurut responden, kekurangan

komunikasi antara pihak yang terbabit terjadi diantara kontraktor utama dan sub

kontraktor yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai sisa pembuangan bahan.

Contohnya kontraktor berpendapat bahawa sisa pembuangan bahan tersebut boleh

diguna namun sub kontraktor menganggap yang sebaliknya.

Page 119: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

100

Selain itu, Projek A dan Projek D menyatakan tambahan kerja bagi

kontraktor adalah faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan di tapak bina. Menurut responden, apabila sisa pembuangan bahan

binaan bercampur, sub kontraktor tidak akan ambil sisa bahan tersebut. Hal ini

menyebabkan kontraktor terpaksa mengasingkan bahan contohnya kayu dan batu

bata. Manakala Projek B menyatakan kualiti bahan adalah faktor yang menghalang

pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina. Menurut responden,

disebabkan kitar semula menggunakan bahan binaan yang sedia ada, kualiti bahan

tidak sebagus bahan yang baru. Oleh itu, tidak semua sisa pembuangan bahan binaan

dapat dikitar semula.

Faktor yang kurang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan adalah bebanan kos kepada kontraktor, tidak memenuhi spesifikasi dan

kemahuan untuk menjalankan kitar semula. Responden daripada Projek A

menyatakan bebanan kos kepada kontraktor adalah salah satu faktor kerana

kontraktor perlu mengagihkan pekerja untuk mengasingkan bahan sedangkan

kontraktor tidak menangung kos untuk bahan buangan di tapak bina. Tidak

memenuhi spesifikasi adalah salah faktor yang dinyatakan oleh Projek D. Menurut

responden, kadang sisa pembuangan bahan binaan tidak dapat dikitar semula kerana

tidak memenuhi spesifikasi yang kontraktor perlukan untuk sesebuah kerja.

Faktor lain yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan di tapak bina adalah kemahuan untuk menjalankan kitar semula. Menurut

responden, projek melibatkan banyak kos seperti kos bahan, upah, mesin dan

sebagainya. Jadi semuanya bergantung kepada kontraktor samaada mahu

menggunakan bahan kitar semula atau tidak.

Page 120: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

101

4.5 Rumusan

Bab ini membincangkan dengan terperinci hasil data yang diperolehi dari

responden. Terdapat beberapa jenis sisa pembuangan yang lazim dikitar semula di

tapak bina dan kaedah yang digunakan iaitu bagi sisa pembuangan kayu, kaedah

yang digunakan adalah penyokong, acuan, rumah kongsi, meja dan tong sampah.

Bagi sisa pembuangan konkrit pula, kaedah kitar semula ialah menampung jalan

berlubang dan lintel dan manakala sisa pembuangan batu bata, kaedah kitar semula

ialah menampung jalan berlubang, subgrade dan silt trap. Bagi sisa pembuangan

besi, kaedah yang digunakan ialah lintel, penghadang, penanda penyiasatan aras,

safety guard rail dan bar chair. Bagi sisa pembuangan aluminium, kaedah yang

digunakan ialah framework dan sisa pembuangan jubin pula kaedah yang digunakan

ialah skirting dan jalan sementara.

Faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembinaan di tapak

bina ialah pencemaran pada bahan, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan

bahan binaan, tambahan kerja bagi kontraktor, ruang yang terhad, bebanan kos bagi

kontraktor, kualiti bahan, kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit, tidak

memenuhi spesifikasi dan kemahuan untuk menjalankan kitar semula.

Page 121: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan secara

keseluruhan bagi kajian yang telah dijalankan. Kesimpulan kajian merangkumi

objektif-objektif kajian untuk memastikan matlamat kajian tercapai hasil dapatan

kajian daripada responden. Batasan kajian dan cadangan kajian lanjutan juga akan

disertakan bagi penambahbaikan untuk kajian pada masa akan datang.

5.2 Kesimpulan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa pembuangan bahan

binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan dan mengenalpasti

faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan.

Kesimpulan adalah berdasarkan objektif yang telah dinyatakan.

Page 122: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

103

5.2.1 Jenis-jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan yang Lazim Dikitar Semula Di

Tapak Bina dan Kaedah yang Digunakan

Berdasarkan hasil kajian, kayu adalah sisa pembuangan bahan binaan yang

lazim dikitar semula bagi kelima-lima projek. Kayu merupakan kos bahan binaan

yang tinggi. Oleh itu, kayu sering dikitar semula kerana dapat menjimatkan kos.

Kaedah yang digunakan bagi sisa pembuangan bahan binaan kayu pula adalah

sebagai penyokong, acuan, rumah kongsi, meja dan tong sampah.

Konkrit adalah sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula bagi

empat projek. Kaedah kitar semula yang digunakan bagi sisa konkrit ialah

menampung jalan berlubang dan lintel. Lori berat yang masuk ke dalam tapak bina

menyebabkan banyak lubang di tapak bina. Hal ini menyebabkan jalan rosak dan

perlu dibaiki supaya kerja pembinaan berjalan lancar. Selain itu, lebihan konkrit juga

dibuat sebagai lintel kerana kuantiti konkrit yang diperlukan tidak banyak oleh itu

lebihan konkrit boleh diguna.

Selain itu, batu bata juga adalah sisa pembuangan yang lazim dikitar semula.

Bagi sisa pembuangan bahan binaan batu bata pula, kaedah yang digunakan adalah

sebagai menampung jalan berlubang, subgrade dan juga silt trap. Batu bata adalah

bahan binaan yang mudah pecah dan hancur.

Sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula adalah besi.

Kaedah yang digunakan bagi sisa pembuangan bahan binaan besi ialah lintel,

penghadang, penanda penyiasatan aras, safety guard rail dan bar chair. Besi boleh

dikitar semula sebagai lintel apabila terdapat lebihan besi yang panjang. Besi adalah

bahan yang memakan kos, oleh itu sekiranya sisa pembuangan besi tidak dikitar

semula di tapak bina, ianya akan dijual supaya mendapat pulangan. Sisa pembuangan

bahan binaan yang lain adalah aluminium. Kaedah kitar semula aluminium dengan

Page 123: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

104

menjadikan sisa pembuangan tersebut sebagai framework. Aluminium jarang dikitar

semula disebabkan saiznya yang sudah tetap.

Selain itu, sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula adalah

jubin. Bagi jubin pula, kaedah yang digunakan adalah sebagai skirting dan jalan

sementara. Namun, sisa pembuangan jubin kurang dikitar semula di tapak bina

kerana kebiasaannya jubin dipotong mengikut saiz dan peratusan sisa pembaziran

jubin hanya sedikit di tapak bina.

5.2.2 Faktor-Faktor yang Menghalang Pengitaran Semula Sisa Pembuangan Bahan

Binaan

Berdasarkan hasil kajian, terdapat sembilan faktor-faktor yang menghalang

pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan. Empat daripada lima projek

menyatakan pencemaran pada bahan adalah faktor yang menghalang pengitaran

semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina. Sekiranya bahan tersebut tidak

elok dan bercampur, bahan tersebut tidak boleh digunakan kerana boleh

membahayakan orang lain.

Selain itu, sukar untuk mengasingkan jenis sisa pembuangan bahan binaan.

Pengasingan bahan binaan memakan masa dan setiap sisa pembuangan bahan binaan

yang telah bercampur perlu diasingkan sebelum dapat dikitar semula. Ruang yang

terhad dan kekurangan komunikasi diantara pihak yang terbabit juga merupakan

faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di

tapak bina. Apabila tapak sempit, sukar untuk melakukan aktiviti kitar semula

manakala kekurangan komunikasi antara pihak yang terbabit terjadi diantara

kontraktor utama dan sub kontraktor yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai

sisa pembuangan bahan.

Page 124: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

105

Selain itu, tambahan kerja bagi kontraktor adalah salah satu faktor yang

menghalang. Faktor lain adalah kualiti bahan dimana disebabkan kitar semula

menggunakan bahan binaan yang sedia ada, kualiti bahan tidak sebagus bahan yang

baru. Faktor yang kurang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan bahan

binaan adalah bebanan kos kepada kontraktor, tidak memenuhi spesifikasi dan

kemahuan untuk menjalankan kitar semula. Bebanan kos kepada kontraktor adalah

salah satu faktor kerana kontraktor perlu mengagihkan pekerja untuk mengasingkan

bahan sedangkan kontraktor tidak menangung kos untuk bahan buangan di tapak

bina. Tidak memenuhi spesifikasi kerana kadang sisa pembuangan bahan binaan

tidak dapat dikitar semula kerana tidak memenuhi spesifikasi yang kontraktor

perlukan untuk sesebuah kerja.

5.3 Batasan Kajian

Semasa kajian dilaksanakan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi untuk

mencapai objektif kajian. Antaranya ialah :

a) Sukar untuk mencari responden yang ingin membantu di dalam

melaksanakan kajian. Di antara 6 responden yang ditemubual, hanya 5 sahaja

yang boleh digunakan kerana terdapat 1 responden yang meringkaskan

kesemua jawapan untuk soalan temu bual dan data itu tidak mencapai objektif

kajian.

b) Sukar untuk membuat temujanji kerana kesibukan responden manakala

permohonan temujanji melalui emel tidak mendapat maklum balas yang baik

dari responden.

c) Tindakan susulan untuk menghubungi responden adalah diperlukan sekiranya

responden berjanji untuk memberikan maklumat yang diperlukan melalui

Page 125: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

106

emel. Oleh itu, agak sukar untuk menunggu tindak balas dari responden

melalui emel dan perlu berkali-kali menelefon responden.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian yang telah dilaksanakan menumpukan kepada jenis-jenis sisa

pembuangan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan dan faktor-faktor

yang menghalang pengitaran semula di tapak bina. Setelah melaksanakan kajian ini,

didapati beberapa berkaitan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan bagi

mengembangkan lagi hasil kajian ini. Cadangan kajian lanjutan tersebut adalah :

a) Kajian mengenai teknologi dan kelengkapan yang digunakan untuk kitaran

semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina.

b) Kajian boleh dijalankan mengenai pengaruh kos produk kitaran semula ke

atas kos sesebuah projek pembinaan.

c) Kajian mengenai sistem pengauditan sisa pembinaan di tapak bina untuk

mengurangkan pembaziran sisa pembuangan bahan binaan.

Page 126: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

107

5.5 Rumusan

Secara keseruhannya, kajian yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif

yang ditetapkan. Dari analisis yang telah dibuat, dapat dikenalpasti jenis-jenis sisa

pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula dan kaedah yang digunakan

dapat mengurangkan sisa pembuangan di tapak bina dan juga menjimatkan masa dan

kos sesebuah pembinaan. Faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan yang dikenalpasti perlu dicegah supaya amalan kitar

semula dapat dipraktikkan di tapak bina.

Page 127: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

108

RUJUKAN

Abdul Yazid Alias. (2010,26 Jan). Amal Kitar Semula. Utusan Malaysia, p.25.

Akadiri, P. O. (2015). Understanding Barriers Affecting The Selection of The

Sustainable Materials in Building Projects. Journal of Building Engineering,

4, 86-93.

Alyssa, B. (2014). EnviroMINE,Inc. Assembly Bill 2355 : Recycled Aggregate.

Diambil daripada EnviroMINE,Inc website :

http://www.enviromineinc.com/assembly-bill-2355-recycled-aggregate/

(Diakses pada 28 Oktober 2015)

Asif, M. (2009). Sustainability of Construction Materials : Sustainability of Timber,

Wood and Bamboo in Construction. United Kingdom: Woodhead

Publishing Limited.

Bank Negara Malaysia (2016). Buletin Suku Tahunan, Suku Pertama 2014.Diperoleh

dari : http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2014/Q1/bm_p3.pdf

(Diakses pada 12 Oktober 2015).

Page 128: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

109

Bingel, P., & Bown, A. (2009). Sustainability of Construction Materials :

Sustainability of Masonry in Construction. London: Woodhead

Publishing.

BooHyun, N., Hamid, M., & Amir, H. (2014). Mechanical Characterization of

Asphalt Tear-Off Roofing Shingles Mix Asphalt. Construction and Building

Materials, 50, 308-316.

California Department of Resources Recycling and Recovery. (1997, JANUARY

01). Asphalt Roofing Shingles in Cold Patch. Diambil daripada CalRecycle

website: http://www.calrecycle.ca.gov/condemo/shingles/coldpatch.htm

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw- Hill (Malaysia)

Daniel, A. (2005). Roofing : Construction & Estimating. Carlsbad: Craftman Book

Company.

Daniel, J. O., Ellie, H., & C., E. (2015). Application of a Bio-binder as a Rejuvenator

for Wet Processed Asphalt Shingles in Pavement Construction. Construction

and Building Materials, 86, 75-84.

David, A. T. (2012). The Combustion of Solid Fuels and Wastes. California:

Academic Press. Inc.

F.Pacheco-Torgal, L.F.Cabeza, J.Labrincha, & Magalhaes, A. d. (2014). Eco-

Efficient Construction and Building Materials : Life Cycle Assessment

(LCA) Eco-Labelling and Case Studies. Philadephia: Woodhead Publishing.

Page 129: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

110

Federal Highway Administration Research and Technology. (2012, APRIL 04).

Reclaimed Concrete Material. Diambil daripada Federal Higway

Administration website:

https://www.fhwa.dot.gov/publications/research/infrastructure/pavements/971

48/053.cfm

Federal Highway Administration Research and Technology. (2015, OKTOBER 10).

Pavement. Diambil daripada Federal Higway Administration website:

https://www.fhwa.dot.gov/pavement/recycling/98042/09.cfm

Frank, A. (2008). Environmental History Recycling. In B. Brian (Ed.), The

Encyclopedia of Earth.

Filler (2014). The Landfill Site. Concrete Recycling. Diambil daripada The Landfill

Site website : http://landfill-site.com/concrete-recycling.html

Ghambir, M. L. (2004). Concrete Technology (Third Edition ed.). New Delhi: Tata

McGrawl-Hill.

Global Environment Centre Foundation. (2011, SEPTEMBER). Waste Recycling

Technologies and Recycling Promotion Initiatives in Eco-towns in Japan.

Retrieved from Global Environment Centre Foundation website :

http://nett21.gec.jp/Ecotowns/data/et_a-04.html

Greg, W. (2010). Recycling Construction & Demolition Waste : A LEED-Based

Toolkit. Washington,D.C.: McGraw-Hill.

Page 130: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

111

Guide, C. (2003). Save Money and Resources through Job-Site Recycling and Waste

Prevention. Seattle: Seattle Public Utilities.

Hendry, A. W., Sinha, B. P., & Davies, S. R. (1997). Design of Mansory Structures :

Third Edition of Load Bearing Design (Third Edition ed.). London: Chapman

& Hall.

Host, S. (2015). Sustainable Building with Earth. New York: Springer International

Publishing.

Indera Syahrul, M. R., Wee Seow, T., & Jamaluddin, M. J. (2009). Tingkahlaku

Masyarakat terhadap Program Kitar Semula : Kajian Kes di Daerah Batu

Pahat. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jaap, B. (2004). Solid Waste Management and Recycling : Trial and Error in

Privatisation;The Case of Hyderabad's Solid Waste Management (B. Isa, P.

Johan & F. Christine Eds.). London: Kluwer Academic Publisher.

James, G. (2015). Asphalt Materials Science and Technology. United States:

Butterworth-Heinemann.

James, R., & Edward, N. (2006). Encyclopedia of Environmental Science and

Engineering (Fifth ed.). Boca Raton: Taylor & Francis Group.

James (2012). Timberatnbcs. Research/ Manufactured Boards. Retrieved from

Timberatnbcs website : https://timberatnbcs.wordpress.com/manufactured-

boards/ (Diakses pada 28 Oktober 2015)

Page 131: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

112

Javad, T., Alireza, A., & Ali, S. M. (2014). Using Wood Fiber Waste, Rice Hulk Ash

and Limestone Powder Waste as Cement Replacement Materials for

Lightweight Concrete Works. Construction and Building Materials, 50, 432-

436.

John, A. S. (2009). Pengenalan kepada Proses Pembuatan. Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia.

John, D. (2014).Asphalt : The Magazines of the Asphalt Institude. Using Recycled

Asphalt Shingles in Asphalt Pavement. Retrieved from The Magazines of the

Asphalt Institude website : http://asphaltmagazine.com/using-recycled-

asphalt-shingles-in-asphalt-pavements/

Khairuddin, M., Ibrahim, Y., & Zaridah, R. (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia

Maiti, P. (2005). Urban Development Debates in The New Millennium : Studies in

Revisited Theories and Redefined Praxes. New Delhi: Atlantic Publishers &

Distributors.

Marc, J. O. (2013). Solid Waste Recycling and Processing : Planning of Solid Waste

Recycling Facilities and Programs (Second ed.). London: Elsevier.

Masyitah, M. N., Nurjuhanah, J., & Juliana, M. (2011). Kajian Penjanaan Sisa

Pepejal Dan Tahap Kesedaran Penduduk Terhadap Kitar Semula Di Seluruh

Negeri Perlis. Jurnal Intelek, 6(1), 123-131.

Page 132: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

113

Paul, A. (2013). Sustainable Retrofit and Facilities Management. New York: Taylor

& Francis Group.

Sally, M. (2009). Waste, Recycling and Reuse. London: Evans Brothers.

Saldana, Johnny. (2013). The Coding Manual for Qualitative Researchers. (2nd

ed.).

London: SAGE Publications.

Samantha, M. (2012). Recycling Considered: The Present Failure and Future

Promise of Environmental Action in The United States. United States:

Massachusetts Institute of Technology.

Sasitharan, N., Ismail, A. R., & Ade, A. (2012). Technical Paper : Sisa Pembinaan

dan Isu-Isu Yang Berkaitan Di Malaysia. Diges FKAAS, 1, 17-22.

Sharifah Meryam S.M, Shafi H., & Syed Zubir S.H. (2009). Potensi Kitar Semula

Dalam Industri Pembinaan : Kajian Kes Daerah Batu Pahat, Johor. In : The

3rd

Malaysian Technical Universities Engineering and Technology

(MUCEET2009).20-22 June. Kuantan. Pahang. 553-558.

Shingle Recyclers (2009, September). Why Recycle Shingles. Retrieved from Shingle

Recyclers website:http://www.shinglerecyclers.com/whyrecycleshingles.aspx

Schreier, Margrit. (2012). Qualitative Content Analysis in Practice. London: SAGE

Publications Ltd.

Page 133: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

114

Stephen, M. (1997). The Reuse and Recycling of Contaminated Soil. United States:

Lewis Publisher.

Soo Seong, C. (2006) Kitaran Semula Bahan Pembaziran Binaan. Tesis Sarjana

Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Recycled Materials Resource Center (2012). Recycled Asphalt Shingles : Materials

Description. Retrieved from Recycled Materials Resource Center website :

http://rmrc.wisc.edu/ug-mat-roofing-shingle-scrap/

Recover Your Resources (2009). Reduce, Reuse and Recycle Construction and

Demolition Materials at Land Revitalization Projects. Diperoleh dari :

http://archive.epa.gov/greenbuilding/web/pdf/cdbrochure.pdf (Diakses pada 8

November 2015)

Patrik J. Dolan, Richard G. Lampo, and Jacqueline C. Dearborn (2005). Concepts for

Reuse and Recycling of Construction and Demolition Waste. USACERL

Technical Report 97/58: 27-42

Vieira, C. S., & Pereira, P. M. (2015). Use of Recycled Construction and Demolition

Materials in Geotechnical Applications : A Review. Resources,

Conservation and Recycling, 103, 192-204.

White, P., Franke, M., & Hindle, P. (2008). Integrated Solid Waste Management : A

Lifecycle Inventory. New York: Chapman & Hall.

Page 134: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

LAMPIRAN A

SOALAN TEMUBUAL

Page 135: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

No. Rujukan:

JABATAN UKUR BAHAN

FAKULTI ALAM BINA

SOALAN TEMU BUAL SEMI STRUKTUR:

KITARAN SEMULA SISA PEMBUANGAN BAHAN BINAAN

Objektif:

Mengenalpasti jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar

semula dan kaedah yang digunakan.

Mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa

pembuangan bahan binaan.

Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti di atas. Semua

maklumat adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Kerjasama dari pihak

anda amatlah dihargai. Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Wan Norihan Binti Wan Ibrahim (A12BE0076)

930105035228

4SBEC (Sarjana Muda Sains (Pembinaan))

Tel: 01173591819

Penyelia: Sr. Dr. Maizon Hashim

Page 136: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

Nama Syarikat : _______________________________________

Alamat : _______________________________________

_______________________________________

_______________________________________

Nama Responden : _______________________________________

Jawatan : _______________________________________

Pengalaman Kerja : ___________ Tahun

Tandatangan Responden : _______________________________

Tarikh Temu Bual : _______________

BAHAGIAN A

Cop Syarikat

Page 137: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

1. Nama Projek : _______________________________________

_______________________________________

_______________________________________

2. Jenis Bangunan : _______________________________________

3. Tempoh Projek

Dijalankan : ________________________________________

1. Berapakah jenis sisa pembuangan bahan binaan yang terdapat dalam projek yang

dijalankan?

1 4 4

2 5> 5>

3

2. Apakah jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula di

tapak bina? Dan nyatakan sebabnya.

Jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim dikitar semula :

Konkrit

Kayu

Kayap bumbung

Batu Bata

Lain-lain :_____________

BAHAGIAN B

BAHAGIAN C

Page 138: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

Berdasarkan jawapan anda di atas, nyatakan sebabnya :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. Dengan adanya kitar semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina, adakah

kerja pembinaan lebih mudah untuk dijalankan?

Ya

Tidak

Berdasarkan jawapan di atas, nyatakan sebabnya :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. Apakah kaedah kitar semula yang digunakan bagi jenis-jenis sisa pembuangan

yang lazim dikitar semula? Serta nyatakan skala bagi kaedah kitar semula yang

dinyatakan.

Sangat Tidak

Digunakan

Kurang

Digunakan Sederhana Digunakan

Sangat

Digunakan

1 2 3 4 5

i) Konkrit

Kaedah/Tahap 1 2 3 4 5

Agregat Kitar

Semula

‘Granular Base’/

Asas Berbutir

Lain-lain :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Page 139: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

ii) Kayu

Kaedah/Tahap 1 2 3 4 5

Kitar Semula Papan

Lapis

Blok Simen Gentian

Kayu

Papan Partikel

Lain-lain :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

iii) Kayap Bumbung

Kaedah/Tahap 1 2 3 4 5

Turapan Asfalt

‘Cold Patch’

Asas Sub dan

Agregat

Lain-lain :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

iv) Batu Bata

Kaedah/Tahap 1 2 3 4 5

Agregat Kasar

Agregat Halus

Lain-lain :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Page 140: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

v) Bahan-bahan lain :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

5. Nyatakan kesukaran yang dihadapi dalam menjalankan kitar semula bagi setiap

jenis-jenis sisa pembuangan bahan binaan yang lazim yang dikitar semula di tapak

bina?

Konkrit

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Kayu

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Kayap Bumbung

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Batu Bata

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Bahan-bahan Lain

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

6. Adakah kaedah kitar semula sisa pembuangan bahan binaan penting untuk

dilaksanakan di tapak bina?

Ya

Tidak

Page 141: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

Berdasarkan jawapan di atas, nyatakan sebabnya :

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

7. Apakah faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan di tapak bina? Dan nyatakan sebab faktor tersebut diambil kira.

Pencemaran Pada Bahan

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Sukar Untuk Mengasingkan Jenis Sisa Pembuangan Bahan Binaan

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Kurang Informasi Mengenai Produk Kitaran Semula

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Tambahan Kerja Bagi Kontraktor

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Ruang Yang Terhad

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Kekurangan Komunikasi Diantara Pihak Yang Terbabit

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Bebanan Kos Bagi Kontraktor

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Page 142: WAN NORIHAN BINTI WAN IBRAHIM - bic.utm.my

123

Lain-lain

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

8. Berdasarkan faktor-faktor yang menghalang pengitaran semula sisa pembuangan

bahan binaan yang dinyatakan, faktor manakah yang paling mempengaruhi

kitaran semula sisa pembuangan bahan binaan di tapak bina?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________