of 68/68
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 1 Tajuk 5 Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun 1. Sinopsis Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun ( Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam, isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara. 2. Hasil pembelajaran Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan dapat 2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ). 2.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia. 3. Kerangka Tajuk Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1. Ibnu Sina 2. Al-Farabie 3. Ibnu Khaldun 4. Al-Khawarizmy 5. HAMKA 6. Al-Biruni 7. Al-Ghazali 8. Sheikh Tahir Jalaluddin 9. Ibnu Haitham 10. Ibnu Batuta 11. A-Zarqali Tokoh Tamadun Cina Kung Fu Tze Lao Tze Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India Mahatma Ghandi Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun Tokugawa Ieyasu Maharaja Meiji

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

  • View
    320

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS...

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    1

    Tajuk 5

    Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun

    1. Sinopsis

    Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan

    yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (

    Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam,

    isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara.

    2. Hasil pembelajaran

    Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan

    dapat

    2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ).

    2.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia.

    3. Kerangka Tajuk

    Tokoh Tamadun Islam dan

    Tamadun Asia

    Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun

    Asia

    Tokoh Tamadun Islam dan

    Tamadun Asia

    1. Ibnu Sina 2. Al-Farabie 3. Ibnu Khaldun 4. Al-Khawarizmy 5. HAMKA 6. Al-Biruni 7. Al-Ghazali 8. Sheikh Tahir Jalaluddin 9. Ibnu Haitham 10. Ibnu Batuta 11. A-Zarqali

    Tokoh Tamadun Cina

    Kung Fu Tze

    Lao Tze

    Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India

    Mahatma Ghandi

    Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun

    Tokugawa Ieyasu

    Maharaja Meiji

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    2

    4. Tokoh-tokoh tamadun Islam

    4.1. Ibnu Sina ( 1037M )

    Latar Belakang Ibnu Sina

    IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama

    Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin

    Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang

    yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir

    pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan

    Propinzi Bukhara Afghanistan.

    Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan

    sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun.

    Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran.

    Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja".

    Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang

    ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama

    (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.

    Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat

    karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya

    termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,

    teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

    Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

    Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang

    pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang

    lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang

    pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di

    himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang

    dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut

    termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    3

    Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

    Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau

    adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara

    dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester

    sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan

    bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah

    persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu

    empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam

    setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan

    lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah pangeran-nya

    tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher merupakan jendela-

    nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas

    pusat-nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan

    usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

    Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan

    yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus

    dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini

    belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang

    srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara

    urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut

    hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta,

    pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada

    keadaan yang sebenarnya.

    Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

    Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor

    perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku

    karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan)

    terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan

    perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden

    banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi

    pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    4

    Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

    Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah

    ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu

    Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan

    utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.

    Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15

    edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa

    Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut

    diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis ,

    Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak

    21 kali.

    Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai

    universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin

    telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.

    Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

    Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana Ibnu

    Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani

    Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli

    perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

    Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

    Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta

    mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga

    telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana

    telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut

    juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-

    gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu

    Sina yang luas.

    Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

    Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja

    Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya

    adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith",

    puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    5

    kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika

    beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak

    ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu

    Sina baginda kembali pulih.

    Penemuan-Penemuan Baru

    Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham

    terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara

    sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

    Bidang Geografi

    Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana

    sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.

    Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana

    gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles

    sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang

    letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia

    diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan

    pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut

    sebagai lembah-lembah."

    Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

    Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak

    dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu

    pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga

    meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu

    Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu

    dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah

    memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan

    Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah

    daripada :

    1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

    2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences)

    tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    6

    3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

    4. Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang

    kebahagiaan jiwa.

    5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de

    Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).

    6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang

    sebab-sebab terjadinya huruf.

    7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa

    manusia.

    8. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

    9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik.

    Sumbangan Ibnu Sina

    Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat

    beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan

    psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis

    melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa

    detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan

    jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,

    Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari

    Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan Parsi

    sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya

    yang pelbagai .Ini merangkumi :

    a. Kuat atau denyutan yang lemah.

    b. Masa antara denyutan.

    c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

    Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang dokto mungkin mengetahui

    dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

    Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit

    mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh

    mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk

    menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas

    denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    7

    seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,

    nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda

    tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya ,

    menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor

    perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary

    tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia

    menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang

    timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas

    jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

    Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan

    termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis

    dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah

    karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".

    Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah

    pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-

    universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

    Penutup

    Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan

    428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari

    kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai

    "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah

    dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di

    kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu

    yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana

    "zeninth" itu dimakamkan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    8

    4.2 Al-Farabie

    AL-FARABI (950M) TOKOH FALSAFAH

    Digelar Aristotle kedua.

    Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle

    mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli

    falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang

    terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-

    Farabi.

    Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq

    Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam

    Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi

    semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah

    mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.(

    Ibnu As-Siraj )

    Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan

    perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-

    Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam

    keadaan yang serba kekurangan.

    Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat

    sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian

    untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi

    hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir

    pada tahun 950M (339H).

    Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang

    zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau

    merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal

    pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai

    pelbagai bahasa.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    9

    Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan

    meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai

    kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang

    dikenali sebagai gambus.

    Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah

    beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang

    mendalam dalam bidang perubatan, sains,

    matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya

    sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih

    dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya

    dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang

    lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

    Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu

    adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan

    kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta

    masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar

    kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

    Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan

    Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai

    kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling

    memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis

    mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

    Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi

    beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

    kehidupan manusia.

    Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya

    daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi

    seorang ahli falsafah yang sempurna.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    10

    Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk

    diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen

    tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi

    kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini

    beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli

    falsafah.

    Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli

    falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali

    sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus

    diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

    Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan

    ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi

    di dalam sistem sosial sesebuah negara.

    Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului

    zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula

    jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala

    sifat semula jadi tersebut.

    Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung

    dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu

    falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya

    " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

    Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu

    ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al

    Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-

    Nadim pada tahun 988M.

    Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan

    teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku

    yang terpenting dalam bidang berkenaan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    11

    Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

    kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun

    kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah

    memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan

    di zamannya.

    Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah

    lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung

    memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan

    kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

    Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.

    Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan

    manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak

    dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis

    terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

    4.3. Ibnu Khaldun IBN KHALDUN (1406M)

    PENGASAS ILMU MASYARAKAT ( Kemukakan teori

    ekonomi Islam )

    Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-

    Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-

    Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya

    berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah

    menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah

    dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah

    Tunis pada waktu itu.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam

    pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan,

    falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu

    Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

    Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat

    kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya.

    Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    12

    dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam

    karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

    Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti

    keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation),

    dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan

    bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas

    kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat

    dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

    Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai

    merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab

    yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau

    menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat

    dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau

    meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

    Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga

    memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut

    beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah

    termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.

    Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara

    dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab

    sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

    Manusia dan Ekonomi

    Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn

    Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn

    Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama

    haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu

    sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan

    ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

    Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan

    jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk

    memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    13

    Teori Pengeluaran

    Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa

    menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.

    Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama

    masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam

    proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh

    perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

    Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat

    perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar

    masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh

    orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic

    growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini

    dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga

    buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal

    daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

    Teori Nilai, Wang dan Harga

    Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)

    dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa

    nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses

    pengeluaran.

    "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk

    mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk

    mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

    Teori Pengagihan

    Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji

    atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada

    masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu

    sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

    Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti

    buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan

    asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan

    oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    14

    Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga

    antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua

    harga itu

    4.4. Al-Khawarizmy

    PENGASAS ILMU ALGEBRA

    Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa

    al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah

    Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali

    di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-

    Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

    Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M

    adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi

    telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup

    sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,

    Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

    PENDIDIKAN

    Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh

    Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja

    meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,

    kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.

    Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan

    trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan

    Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam

    sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-

    Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah

    memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

    Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

    Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar

    dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik

    dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan

    pada zaman sekarang.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    15

    PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

    Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-

    karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad

    pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.

    Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan Al-

    Khawarizmi Melalui Karya. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

    1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens

    dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

    2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh

    persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang

    sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo.

    Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-

    Khawarizmi.

    3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting

    dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

    Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya

    dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia

    ini. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi

    dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut

    terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah

    beliau hasilkan ialah :

    1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero

    Indorum.

    2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai

    bidang.

    3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam

    Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

    4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia

    mengenai algebra.

    5. Al-Amal bi Usturlab

    6. Al-Tarikh

    7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    16

    Ketokohan al-Khawarizmi

    Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-

    Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.

    Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi

    kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah

    memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang

    masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah

    Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan

    pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya

    yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian

    persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga,

    segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor

    perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik

    yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

    Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman

    tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang

    bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran

    serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-

    Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah

    diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan

    orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun

    Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan

    matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

    Peribadi al-Khawarizmi

    Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-

    Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam

    dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan

    pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur.

    Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau

    adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata. al-Khawarizmi

    mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    17

    dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat

    keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

    Strategi Pengislaman Sains Matematik

    Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara

    iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi

    tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan

    yang mengikut undang-undang Islam.

    1. Tauhid

    Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu

    Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah

    iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud

    sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains

    matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

    2. Syariah

    Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.

    Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli

    matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan

    hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama

    samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah

    berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di

    dalam sudut syariah.

    3. Akhlak

    Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu

    dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai

    murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini

    adalah penemuan aljabar yang melambangkan

    keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh

    agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma

    tauhid dan syaiyah itu dapat memperkukuhkan

    lagi pembinaan akhlak.

    Cabang Matematika

    Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-

    Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    18

    dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan

    yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan

    utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi

    bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri bererti

    sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang

    berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak

    zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir

    kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana

    Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad

    ke9M. Algebra/aljabar merupakan nadi untuk matematik algebra. Karya Al-Khawarizmi

    telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa

    Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al

    Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada

    istilah aljabar.

    4.5. HAMKA

    Biografi Ulama (Prof. Dr. HAMKA)

    HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama

    sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau

    adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia

    yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17

    Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat,

    Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau

    dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah

    (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun

    1906.

    Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas

    dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera

    Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa

    Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang

    diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan

    Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    19

    Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing

    Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada

    tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di

    Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah,

    Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah

    itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam,

    Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari

    tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai

    Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi

    meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai

    negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

    Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

    filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan

    kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan

    pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad,

    Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti

    karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James,

    Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka

    juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta

    seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur

    dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli

    pidato yang handal.

    Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah.

    Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat,

    bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau

    mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka

    mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau

    menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua

    Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah,

    menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali

    pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    20

    Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat

    Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali

    melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya

    meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah

    Indonesia.

    Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota

    partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha

    kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan

    gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua

    Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi

    dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya

    diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun

    1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia.

    Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan

    karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota

    Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji

    Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

    Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka

    merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

    Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa

    buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang

    Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau

    menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun

    1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-

    Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor

    majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

    Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan

    cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya

    yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan

    Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan

    Kaabah dan Merantau ke Deli.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    21

    Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan

    antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-

    Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar

    Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

    Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan

    pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau

    bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara

    kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan

    Singapura, turut dihargai

    4.6. Al-Biruni

    Ahli falsafah yang serba boleh.

    Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam

    tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau

    bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai

    memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang

    berkaitan dengan falsafah.

    Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran

    Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan

    umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian

    kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan

    kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

    Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada

    persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga

    meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan

    kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai

    golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah

    berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,

    sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    22

    Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan

    akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu

    meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.

    Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke

    negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam

    motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu

    pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

    Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan

    Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun,

    ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah

    Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik

    dan ilmu alam.

    Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu

    pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi

    semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.

    Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang

    ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa

    Sanskrit dan bahasa lain di India.

    Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan

    falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai

    hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

    Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran

    Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai

    persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti

    dalam agama Kristian.

    Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-

    Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya

    yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    23

    dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam

    penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi

    menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar

    yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

    Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang

    dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi

    Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

    Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid

    al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut

    mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu

    perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya

    dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah

    yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

    Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah

    menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu.

    Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

    dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni

    diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

    Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk

    satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-

    Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan

    lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini

    dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

    Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga

    bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas

    tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan

    oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu

    pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta

    membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    24

    Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata

    bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi

    berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara

    empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh

    dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi

    beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang

    berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

    Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina.

    Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan

    kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba

    boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia

    seluruhnya.

    Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli

    falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan.

    Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.

    Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta

    peradaban manusia.

    Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah

    mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label

    yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli

    falsafah itu sendiri.

    4.7. Al-Ghazali

    Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama

    tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya

    terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak

    boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi

    yang bergelar "hujjatui Islam".

    Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali

    itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    25

    telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai

    cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku

    dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

    Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga

    mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain

    untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di

    Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

    Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan

    pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan

    beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli

    sufi yang terkenal disana.

    Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau

    telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

    mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

    sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yang

    menyerang kota Baghdad.

    Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir,

    Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi

    ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-

    Orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan

    beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mim al

    Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah

    (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan

    Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu

    Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

    Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak

    dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-

    Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap anti falsafah. Pandangan ini

    berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik

    dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    26

    menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan

    orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang

    anti falsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

    Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali

    terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu

    diingatkan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan

    sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan

    semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah

    tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap

    permasalahan tersebut.

    Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau

    merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil

    sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli

    filsafah tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah

    falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan

    fizikal.

    Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan

    ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala

    selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

    Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari

    ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan

    kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu

    merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

    Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang

    berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh

    menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai

    perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Gharali tidak salah

    berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    27

    terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang

    berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

    Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba

    mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada

    ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi

    jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada

    antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh

    menyebabkan kesesatan dan syirik.

    Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat

    bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap

    perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau

    jasmani.

    Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan

    penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu

    kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan

    menyalakan api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran

    Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

    kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani.

    Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-

    Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal

    semata-mata.

    Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan

    kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan

    dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya

    merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan

    al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim

    digunakan ahli falsafah Yunani.

    Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang

    dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh

    golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran

    itu sendiri.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    28

    4.8. Sheikh Tahir Jalaluddin

    Latarbelakang

    Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh

    Muhammad. atau dikenali dengan gelaran Sheikh

    Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari (9

    Disember 1869 - 26 Oktober 1956), Beliau dilahirkan pada

    hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah

    bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat

    Angkat (Ampek Angkek), Ayah beliau iaitu Syeikh

    Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di

    Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh

    Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking.

    Beliau merupakan tokoh bidang Falak Syari di alam Melayu Nusantara yang telah

    memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran,

    penggunaan dan penyibaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang

    bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan Syeikh Tahir Jalaluddin

    sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan

    menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari,

    Al-Falaki Assyahir iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir

    dan seorang ahli Falak yang terkenal.

    Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun.

    Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan

    ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang

    usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut

    ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang

    menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram.

    Di Makkah

    Syeikh Tahir telah datang ke Makkah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk

    sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Makkah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    29

    di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran

    asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada

    Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keagamaan dipelajarinya dari

    Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya

    sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir

    menetap di Makkah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan

    mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah

    mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir terutama berhubung dengan masalah amalan

    beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bidaah. Syeikh

    Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di

    Makkah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah

    mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru

    lain di Makkah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi

    keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat

    Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.

    Setelah tujuh tahun berada di Makkah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang

    ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Makkah

    untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada

    tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad

    bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka

    beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Makkah ketika Syeikh

    Tahir berada di sana.

    Semenjak beliau tinggal di Makkah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula

    mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan

    (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna-meaning), Badi (ilmu

    boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-

    undang), Usul Fiqh (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui

    perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-

    Quran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah

    (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang

    beredar). Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia

    sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    30

    Di Tanah Melayu

    Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899.

    Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari

    suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb

    September 1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati

    untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Semasa beliau menetap di Tanah Melayu,

    beliau kerap belayar ke wilayah-wilayah di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah,

    melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah agama dan sebagainya.

    Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk

    Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh

    dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah

    membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau

    yang dikatakan agak `berada juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya

    berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepulauan

    Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa,

    Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan

    buah fikirannya mengenai ilmu agama di tempat-tempat yang di lawatinya.

    Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu

    beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi

    mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Di antara hakim-hakim yang

    mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin

    Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim

    tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas

    inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana

    menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.

    Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-

    hakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di

    sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor

    (Nazir). Ternyata kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak

    puashati dengan sistem pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu

    itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    31

    menyatakan dukacitanya kerana tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang

    terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar. Beliau akhirnya

    meminta berhenti kerja pada tahun 1916.

    Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh

    rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah

    Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh

    Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah

    jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak

    kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula

    ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau

    selama enam bulan.

    Sebagai seorang ahli falak

    Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat,

    beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak

    dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian.

    Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering

    diberi kepercayaan untuk membantu menyelesaikan masalah hukum agama

    berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung

    dengan soal keagamaan.

    Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-

    pertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh

    berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang

    dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai

    tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari,

    sering kali disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil

    berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat

    mengambil berat tentang pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul

    dan tepat mengikut hala Kaabah di Makkah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang

    tanpa mengadap arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa

    bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjid oleh kerana beliau memahami Ilmu

    Falak.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    32

    Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang

    Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa

    kiblat di seluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat

    banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau

    menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah

    melaporkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala

    kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak.

    Selain itu di dapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan

    Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul.

    Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh

    Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada

    menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di

    Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951

    diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan

    Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).

    Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai

    Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah

    menyatakan bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang

    perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda

    Rasul Allah yang mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai

    matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang. Berdasarkan kepada

    sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari Ilmu

    Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat

    dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta

    menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya.

    Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai

    minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau Matematik. Beliau turut mengecam

    mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh

    berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk

    menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku

    cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari

    mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu

    menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    33

    samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan

    mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang

    terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan.

    Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah

    kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau

    mengatakan:

    Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya

    dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan

    selemah-lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar

    semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil.

    Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada

    mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu

    mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif

    tentang dalil kiblat.

    Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar-akhbar mengenai

    banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala

    kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang

    ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau

    Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul.

    Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka

    mata masyarakat tentang banyak kesilapan arah kiblat yang

    berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan

    ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-

    pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh

    mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan

    penyiasatan arah kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat

    beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal

    kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap

    ke kiri atau kanan kiblat.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    34

    Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya

    dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua

    dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini

    amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke

    Bangkok, Thailand untuk mengajar kira-kira arah kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh

    Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada

    kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala

    Kangsar ke Johor Baharu.

    Hasil karya

    a. Sheikh Tahir Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada

    penerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa.

    b. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal

    Madaniah.

    c. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-

    Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi.

    Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.

    4.9. Ibnu Haitham

    Kajian sainsnya sering digunakan oleh Barat.

    Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama

    yang mundur oleh pihak Barat. Islam juga dikatakan

    tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai

    pelbagai disiplin ilmu. Kenyataan dan gambaran yang

    diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi

    bertentangan dengan hakikat sejarah yang

    sebenarnya.

    Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan

    sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik,

    kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri

    yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar

    dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat

    dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh itu lebih

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    35

    dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia

    juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang

    agama, falsafah, dan seumpamanya. Salah seorang

    daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama

    sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-

    Haitham.

    Di kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali

    dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di

    Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965

    Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi

    pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan

    pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan

    Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian

    pada penulisan.Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.

    Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja

    penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku

    mengenai Matematik dan Falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan

    dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.Hasil daripada usaha itu, beliau telah

    menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang Sains, Falak, Matematik, Geometri,

    Perubatan dan Falsafah.

    Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah

    satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian Sains

    Perubatan di Barat. Malahan kajiannya mengenai

    perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian

    perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham

    merupakan ilmuwan yang gemar melakukan

    penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah

    memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,

    Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop.

    Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan

    menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai

    cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah

    Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    36

    dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan

    gerhana.Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis

    19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari

    berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya

    menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias

    cahaya dan pembalikan cahaya.

    Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan

    terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah

    teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh

    para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta

    pembesar yang pertama di dunia.Yang lebih

    menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui

    prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang

    bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun

    kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui

    kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton

    mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham

    mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung

    secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang

    gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya

    disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat

    kita tontoni pada masa kini.

    Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,

    logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis

    ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.Penulisan falsafahnya

    banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.

    Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada

    pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa

    kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui

    dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai

    falsafah amat menarik untuk disoroti.Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan

    daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus

    dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    37

    dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental

    akan turut mengalami kemerosotan.Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila

    beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya.

    Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku

    karyanya termasuk:

    a. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu matemetik dan

    matemetik penganalisaannya;

    b. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

    c. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

    d. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat

    bagi segenap rantau;

    e. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan

    hukum syarak dan

    f. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

    Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana

    itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya

    dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan

    sehingga ke hari ini.Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan

    "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada

    beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para

    sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi

    dengan kegelapan.Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada

    perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah

    telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang

    tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. Beliau meninggal dunia di Kaherah

    pada tahun 1039 M ketika berusia 74.

    4.9. Ibnu Batuta

    Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa

    Arab: ) (dilahirkan Februari 24, 1304;

    dan meninggal dunia di Fez pada tahun 1369M

    merupakan seorang Berber dari golongan Muslim Sunni.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    38

    Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan

    Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa

    38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua

    benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan

    Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat

    al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku tersebut diterjemahkan ke dalam

    pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

    Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan

    pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah

    sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu

    Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah,

    seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah

    sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan

    rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

    Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan

    melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman

    dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui

    Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

    Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam,

    Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta

    Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria,

    Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian

    menyusuri sepanjang Sungai Danube.

    Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea

    di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau

    pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan

    keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka,

    Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara

    pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum

    meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke

    Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November

    1348 mesihi.

    Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di

    tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    39

    pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah

    menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza

    mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355

    masihi.

    Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat

    catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang

    dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai

    cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris

    dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu

    Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip

    catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan

    negeri di benua Afrika.

    Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris,

    menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai

    seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis

    pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang

    yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

    AKHIR PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA

    Pada tahun 1354 Battuta kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di kota Fez

    dan berteman baik dengan sultan. Sultan kagum dengan perjalanan Battuta dan

    meminta Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla

    atau My Travel. Sebuah perjalanan yang menarik dan menempuhi perlajanan melebihi

    120.000km. Jika bukunya berbentuk catatan kehidupan tentunya orang akan lebih

    mengenal Ibnu Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.

    Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, Akhirnya aku sampai

    juga di kota Fez. Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis

    bernama Mohad Ibnu Jauzi menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang

    mudah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat

    tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang Mengagumka, diselesaikannya pada 9

    Desember 1355 M.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    40

    4.10. A-Zarqali

    Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim

    ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai

    Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia

    dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di

    Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol)

    juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah.

    Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan

    menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia

    hidup disaat-saat ke