35
HADI SYAHMI MUHD SHAHRIL TAN AI POH NORANATI SITI NORHANISAH

wacana gabung

  • Upload
    t-poh91

  • View
    263

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: wacana gabung

HADI SYAHMIMUHD SHAHRIL

TAN AI POHNORANATI

SITI NORHANISAH

Page 2: wacana gabung
Page 3: wacana gabung

SEJARAH WACANA Menurut Sanat Md. Nasir (1996:1-

16)wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang,iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M.

Ia sebenarnya bermula sejak zaman ahli suhuf dan risalah nabi-nabi Allah yang jauh lebih awal daripada itu,iaitu seawal Nabi Adam.

Page 4: wacana gabung

Dalam tradisi Barat,wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi.

Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M.

Retorik klasik ini mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingannya pada awal abad ke-19.

Page 5: wacana gabung

Pada abad ke-20,lahir pula aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp(1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939).

Daripada beliau lahirlah konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks.

Di Great Britain telah berkembang aliran Firth (1953) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarnya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski.Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952).

Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat

Page 6: wacana gabung

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan tahun 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis.

Di Amerika terdapat aliran tagnemik yang di pelopori oleh Pike,etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb.

Di Jerman pula muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann dan di Great Britain pula wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya di kenali dengan linguistik sistemik.

Page 7: wacana gabung

Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi.

Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa,iaitu tatabahasa transformasi generatif.

Page 8: wacana gabung

Analisis wacana pada dekad 1970-an memperlihatkan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin.

Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif.

Dekad 1980-an dan 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang dan pada waktu yang sama merencamdan mengkhusus.

Antara terbitan yang besar dalam tempoh tiga dekad tersebut ialah hasil tulisan Grimes(1975),Halliday dan Hasan (1976),pike dan pike(1977),Beugrande dan Dressler(1981),Longacre (1983),Halliday (1985),Martin(1992) dan Cock (1994)

Page 9: wacana gabung
Page 10: wacana gabung

TATABAHASA WACANA BAHASA MELAYU

Harimurti Kridalaksana (1970: 1) pernah menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana.Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat.

Page 11: wacana gabung

Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran.Dekad awal 1990-an,Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut.

Page 12: wacana gabung

Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab:

- wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut.-Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh.

Page 13: wacana gabung
Page 14: wacana gabung

TATABAHASA WACANA MEGA

merupakan tatabahasa yang paling luas yang mempunyai unit wacana sebagai unit tertingginya. bersifat fungsional, iaitu yang memberikan tumpuan kajian pada makna teks dgn mengambil kira koteks da konteks.Merupakan konsep tatabahasa yang paling luas,daripada tatabahasa wacana biasa.Jika tatabahasa biasa mempunyai liputan unit linguistik yang serendah-rendahnya ialah fonem dan yang setinggi-tingginya ialah wacana, tatabahasa wacana mega pula berpotensi untuk mengambil kira unit yang lebih rendah daripada fonem dan yang lebih tinggi daripada wacana,asalkan bentuk tersebut bermakna.

Page 15: wacana gabung

Tatabahasa ini juga berpotensi utk mengembangkan maksud konteks secara lebih luas.Pada umumnya, konteks dirujuk kepada sekitaran yang dekat dan yang luas, sebaliknya dalam tatabahasa ini konteks meliputi aspek jasad, nafsu, akal, hati dan roh.

Page 16: wacana gabung
Page 17: wacana gabung

SANAT MD. NASIR (2002)

Dari segi amalan, tatabahasa wacana lebih sempurna daripada tatabahasa ayat kerana

cakupannya yang cukup luas. Lebih-lebih lagi jika dirujuk kepada tatabahasa wacana mega

yang bukan sahaja penggunaannya lebih berkomunikatif bahkan penggunaan bahasa

dianggap sebagai lambang beribadah

Page 18: wacana gabung

Alasan yang diberi bagi menyokong pendapat beliau ialah :

1. Bahawa fenomena wacana secara psikologinya benar sebagai unit semantik interaksi linguistik berdasarkan keutuhannya dan keupayaannya digantikan secara ringkas dengan satu ayat, tajuk atau penutup

2. Tatabahasa yang tidak berdasarkan wacana pasti tidak dapat menghuraikan kebergantungan yang wujud antara ayat dalam wacana tersebut

Page 19: wacana gabung

Contoh kebergantungan yang terdapat dalam ayat-ayat dibawah1. Ali membeli kereta2. Kereta itu besar3. Dia kaya

Perkataan “kereta” dalam ayat (2) dikekalkan dengan menambah kata ganti nama tunjuk “itu”.

Kata “itu” menunjukkan sebagai penentu bergantung pada kata “kereta” dalam ayat (1).

Jika kata “kereta” dalam ayat (1) tidak ada, kata “itu” juga tentunya tidak perlu ada.

Bagi kata ganti nama “dia” dalam ayat (3) pula bergantung pada kata “Ali” yang terdapat dalam ayat (1)

Page 20: wacana gabung

Pada peringkat semantik, diketahui bahawa ungkapan dalam wacana mewujudkan kesinambungan, ketekalan dan kesatuan maksud antara konsep dengan pengetahuan. Konsep dan pengetahuan merupakan istilah dalam runtutan. Contoh :

Jika ayat (1), (2) dan (3) dirujuk semula, kata “Ali” dalam ayat (1) bersifat tekal, berkesinambungan dan berpadu dengan kata “dia” dalam ayat (3).

Kata “kereta” dalam ayat (1) pula secara semantiknya sama sahaja dengan kata “kereta” dalam ayat (2)

Page 21: wacana gabung

Pada peringkat struktur, tanpa konteks wacana, usaha menyelidiki aspek-aspek tertentu seperti peristiwa penghubung, penanda peralihan, dieksisi, anafora dan penandaan tentu akan mengalami kesukaran

Penggunaan penghubung boleh dikaitkan dalam tautan yang merujuk kepada penghubung ayatContoh - kata “tetapi” atau “dan” yang digunakan pada

awal ayat Masing-masing menandakan peristiwa tentangan

dan tambahan dengan ayat yang sebelumnya

Penandaan peralihan pula boleh dicontohkan dengan penggunaan penanda umum dan khususContoh - jika ayat dalam ayat yang sebelumnya

menyatakan “buah durian”, perubahan itu dikatakan sebagai penanda peralihan

Page 22: wacana gabung

Dieksisi pula merujuk kepada kata atau konstruksi yang berfungsi untuk menentukan orang, benda atau idea.

Gejala semantik ini dapat ditafsirkan rujukannya dengan memerhatikan konteks ujaranContoh- kata ganti nama diri “saya” dan kata

ganti nama tunjuk “di sana” Masing masing merujuk kepada diri orang yang

bercakap dan yang merujuk kepada tempat, iaitu yang berada jauh daripada orang yang bercakap.

Page 23: wacana gabung

Pada peringkat struktural fungsional, konsep maklumat lama dan baharu, penonjolan dan tema perlu dipertimbangkan dalam konteks wacana.

CONTOH dengan melihat ayat (1), (2) dan (3) diatas, Maklumat lama merujuk kepada kata “Ali” dalam ayat (1),

kata “Kereta itu” dalam ayat (2) dan kata “Dia” dalam ayat (3).

Maklumat baharu pula adalah seperti “membeli kereta” dalam ayat (1), “besar” dalam ayat (2) dan “kaya” dalam ayat (3).

Contoh penonjolan dan tema pula adalah seperti kata “Ali” dalam ayat (1), kata “Kereta itu” dalam ayat (2) dan kata “Dia” dalam ayat (3)

Page 24: wacana gabung
Page 25: wacana gabung

ASMAH HAJI OMAR, 1986 KAMUS DEWAN, 1996:1540

TEKS PRA-U STPM KAJIAN BAHASA

KESIMPULANNYA

Page 26: wacana gabung

Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

Page 27: wacana gabung

Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982

Page 28: wacana gabung

Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Page 29: wacana gabung

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

Page 30: wacana gabung

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.

Page 31: wacana gabung
Page 32: wacana gabung

Tatabahasa Dewan (2008:524), menyatakan wacana yang utuh mempunyai dua ciri yang utuh:

1) Tautan @ kohesi Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan

antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana.

Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut.

Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.

2) Runtutan @ koheran Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea

yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna.

Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.

Page 33: wacana gabung

Tujuan Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti

mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan.

Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau penghujahan.

Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya.

Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.

Page 34: wacana gabung

Penerimaan Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau

pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar

atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan.

Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

Maklumat Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu

maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan

pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut.

.

Page 35: wacana gabung

Keadaan

Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan.

Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran.

Pemilihan kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.

Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang lain.

Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar.

Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan wacana