7
Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 1 Edisi 2018: Bil. 4 Kandungan... Sambungan : MakeX World Robotic Champi- onship 2018, GhuangZhao, Chi- na 2 Finalis dan Pameran Tahun Pengkomersialan Malaysia (MYC) 2018 dan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference- Malysia (IGEM) 2018 Anjuran MESTECC di KLCC 6 Kembara Buyong Abdullah PKE 2018 7 Sidang Editor Penasihat Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Ashrif A. Bakar Ketua Editor Dr. Muhammad Faiz Bukhori Editor Cik Aida Baharuddin En. Ahmad Yunus Misdi Editor Bersekutu Cik Intan Safia Zainal Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad Dr. Seri Mastura Mustaza Jurufoto En. Ahmad Yunus Misdi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Edisi 2018: Bil. 4 01 Oct—31 Dis 2018 Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Sidang Editor, Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees Bersambung dihalaman 2... MakeX World Robotic Championship adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan di peringkat kebangsaan oleh syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd., pada 27 Oktober 2018 bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. CRYsTaL @ UKM yang diketuai Prof. Madya Dr. Hafizah Husain, yang juga ahli Pusat Keju- ruteraan Sistem Bersepadu dan Teknologi Ter- maju (Integra) turut terlibat sebagai panel juri pertandingan. Johan pertandingan ini seterusnya telah ditaja oleh Telaga Biru untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 6 Disember hingga 9 Disember 2018 di Nansha Sports Sta- dium, Guangzhou, China. PENGLIBATAN Penglibatan oleh lebih daripada 350 pasukan dari 20 buah negara, di mana 8 pemenang utama berpeluang memenangi hadiah berjumlah RMB 500,000. Malaysia telah diwakili oleh 4 pasukan, yang terdiri daripada 8 pelajar, dan 4 orang guru. CRYsTaL @ UKM telah diundang oleh Telaga Biru untuk menjadi penasihat teknikal bagi membimbing kontinjen Malaysia bagi menghadapi pertandingan. Berikut adalah senarai pelajar dan guru yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa: MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 1

Edisi 2018: Bil. 4

Kandungan...

Sambungan :

MakeX World Robotic Champi-

onship 2018, GhuangZhao, Chi-

na

2

Finalis dan Pameran Tahun

Pengkomersialan Malaysia

(MYC) 2018 dan International

Greentech and Eco Products

Exhibition and Conference-

Malysia (IGEM) 2018 Anjuran

MESTECC di KLCC

6

Kembara Buyong Abdullah PKE

2018

7

Sidang Editor

Penasihat

Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Ashrif A.

Bakar

Ketua Editor

Dr. Muhammad Faiz Bukhori

Editor

Cik Aida Baharuddin

En. Ahmad Yunus Misdi

Editor Bersekutu

Cik Intan Safia Zainal

Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad

Dr. Seri Mastura Mustaza

Jurufoto

En. Ahmad Yunus Misdi

UNIVERSITI

KEBANGSAAN

MALAYSIA

Edisi 2018: Bil. 4 01 Oct—31 Dis 2018

Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Sidang Editor, Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees

Bersambung dihalaman 2...

MakeX World Robotic Championship

adalah pertandingan robotik anjuran syarikat

teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada

mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan di

peringkat kebangsaan oleh syarikat penerbitan

Telaga Biru Sdn. Bhd., pada 27 Oktober 2018

bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

CRYsTaL @ UKM yang diketuai Prof. Madya

Dr. Hafizah Husain, yang juga ahli Pusat Keju-

ruteraan Sistem Bersepadu dan Teknologi Ter-

maju (Integra) turut terlibat sebagai panel juri

pertandingan. Johan pertandingan ini seterusnya

telah ditaja oleh Telaga Biru untuk mewakili

Malaysia ke peringkat antarabangsa, yang telah

berlangsung selama 4 hari bermula 6 Disember

hingga 9 Disember 2018 di Nansha Sports Sta-

dium, Guangzhou, China.

PENGLIBATAN

Penglibatan oleh lebih daripada 350 pasukan

dari 20 buah negara, di mana 8 pemenang

utama berpeluang memenangi hadiah berjumlah

RMB 500,000. Malaysia telah diwakili oleh 4

pasukan, yang terdiri daripada 8 pelajar, dan 4

orang guru. CRYsTaL @ UKM telah diundang

oleh Telaga Biru untuk menjadi penasihat

teknikal bagi membimbing kontinjen Malaysia

bagi menghadapi pertandingan. Berikut adalah

senarai pelajar dan guru yang mewakili

Malaysia di peringkat antarabangsa:

MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

Page 2: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 2

Edisi 2018: Bil. 4

Sambungan:

MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

GURU PENGIRING PESERTA SEKOLAH

Norhazami Binti Hashim

Amirul Ahnaf Bin Mohd Rofizan Ahmad Arrasyid Bin Zubir

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Umi Kalsum Binti Tajuddin

Wan Muhammad Irfan Mohamad Aqil Mirza Bin Razali

Wong Hee Ting

Joel Kwoh Lih Xun Hugh Liew Zhi Cheng SMK Jalan Arang

Muhammad Arif Bin Rani

Muhammad Muhairis Bin Azman Harith Najmi Bin Mohd Razali

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur

Kontinjen Malaysia turut diiringi oleh: Pn. Rozainum binti Ahmad

Pn. Norhayati binti Mustafa (Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian

Pelajaran Malaysia) Prof. Madya Dr. Hafizah Husain

Prof. Madya Ir. Dr. Nasharuddin Zainal Dr. Muhammad Faiz Bukhori Cik Intan Safia Zainal Ariffin

(CRYsTaL @ UKM, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM)

En. Nor Azri Jalel En. Norsaiful Abd Rahim En. Muhammad Afnan Zulkefli

(Telaga Biru Sdn. Bhd)

Sesi pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi pada 6 Disember 2018. Peserta seterusnya dibenarkan berlatih di ruangan latihan yang disediakan. Pada 7 Disember 2018, pertandingan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Makeblock, Jasen Wang. Ini disusuli dengan pusingan saringan pada jam 2.00 petang. Pemenang pertandingan diadili berasaskan konsep kerjasama antara gabungan 2 pasukan, yang membentuk satu “Alliance Team” dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka, peserta bukan sahaja diuji kebolehan pengaturcaraan dan inovasi mekanikal pada robot, malah strategi kerjasama dalam gabungan pasukan juga penting bagi menyelesaikan semua tugasan dengan betul dan pantas. 3 pasukan yang mewakili Malaysia telah berjaya mara ke peringkat akhir dan bertanding di antara 32 pasukan lain, manakala 1 lagi pasukan Malaysia berjaya mara ke pertandingan “Roadshow” dan “Technical Challenge”. Bagi kategori “Technical Challenge”, pasukan Malaysia yang diwakili Sekolah Menengan Agama Kuala Lumpur telah berjaya meraih tempat ketiga. Ini adalah pencapaian yang boleh dibanggakan, memandangkan ia adalah penyertaan kali pertama dari Malaysia.

CRYsTaL @ UKM ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dan guru pengiring, serta penghargaan terhadap Telaga Biru selaku penganjur dan penaja.

Page 3: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 3

Edisi 2018: Bil. 4

Sambungan:

MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

Page 4: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 4

Edisi 2018: Bil. 4

Sambungan:

MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

Page 5: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 5

Edisi 2018: Bil. 4

Sambungan:

MAKEX WORLD ROBOTIC CHAMPIONSHIP 2018, GUANGZHOU, CHINA

Disediakan oleh: Cik Intan Safia Zainal Ariffin dan Dr. Muhammad Faiz

Bukhori

Page 6: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 6

Edisi 2018: Bil. 4

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan program Tahun Pengkomersialan Malaysia 2018 sebagai program satelit, International Greentech and Eco Products Exhibition and Con-ference Malaysia 2018 (MCY@IGEM 2018) pada 17 hingga 20 Oktober 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai program berkai-tan dengan aspek keusahawanan dan pengkomersialan telah diadakan. Program-program utama MCY adalah Anugerah MCY 2018, Majlis Dialog Bersama YBM, Stargazer Mentoring, Program Pengkomersialan Generasi Muda, Angels on the Plane, Pocket Talks, Pameran Produk/Teknologi finalis Anugerah MCY dan MCY@Live Chat.

Produk InnoQibla dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terpilih sebagai finalis Tahun Pengkomersialan Malaysia 2018 bagi kategori Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Per-niagaan dan telah dijemput untuk menyertai pameran di Interna-tional Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2018 (MCY@IGEM 2018). Produk InnoQibla yang diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Norhana Arsad dari Pusat Keju-ruteraan Elektronik & Komunikasi Terkehadapan (PAKET), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Produk InnoQibla adalah satu alat untuk menentukan arah kiblat secara mudah, cepat dan berketepatan tinggi dimana ia juga boleh digunakan dalam sektor pembinaan. Kini, Innoqibla berada dalam fasa validasi dan semakan oleh JAKIM dan JUPEM (Juruukur dan Pemetaan Malaysia) dan dijangka akan dikomersialkan oleh Syarikat Is-tidamah Resources Sdn Bhd.

FINALIS DAN PAMERAN TAHUN PENGKOMERSIALAN MALAYSIA (MCY) 2018

DAN INTERNATIONAL GREENTECH AND ECO PRODUCTS EXHIBITION AND CON-

FERENCE MALAYSIA (IGEM) 2018 ANJURAN MESTECC DI KLCC

Disediakan oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad

Page 7: UNIVERSITI Edisi 2018: Bil. 4 KEBANGSAAN MALAYSIA...adalah pertandingan robotik anjuran syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock. Pada mulanya, pertandingan ini telah dianjurkan

Buletin JKEES, Bil. 4 (Oct—Dis 2018) - 7

Edisi 2018: Bil. 4

KEMBARA BUYONG ABDULLAH PKE 2018

Pada tahun ini, seramai 93 pelajar baharu telah mendaftar

untuk Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Bersempena dengan pendaftaran pelajar, pihak universiti telah menetapkan Minggu Mesra Mahasiswa bagi memperkenalkan kepada pela-jar baharu tentang UKM dan fakulti sebelum mereka memu-lakan sesi pembelajaran di universiti ini. Minggu Mesra Maha-siswa peringkat fakulti dan program, di beri tajuk “Kembara Buyong Abdullah” dan bertemakan “Menginsankan Teknologi”, telah pun diadakan pada 3 September 2018.

Bagi Kembara Buyong Abdullah PKE tahun ini, dimulakan

dengan aktiviti Explorace, dimana pelajar dibahagikan dalam

kumpulan diberi masa untuk mencari tempat, pejabat dan

makmal-makmal bagi membolehkan mereka menyiapkan tu-

gasan tertentu. Pelajar telah menjelajah ke seluruh fakulti khu-susnya di pejabat dan makmal-makmal pembelajaran program

bagi mengenalpasti lokasi serta fungsi tempat yang ditetapkan.

Daripada aktiviti ini juga, pelajar dapat berkenalan dengan ketua

program, para pensyarah serta kakitangan-kakitangan pelaksana PKE.

Sudah menjadi kemestiaan bagi pelajar kejuruteraan untuk melalui proses pembangunan dan reka bentuk. Oleh itu, pelajar

telah disajikan dengan aktiviti “rekabentuk dan pembinaan

turbin angin”. Objektif utama projek ini adalah untuk pelajar

berfikir dengan inovatif penakrifan teknologi ke satu bentuk yang menarik, mudah dan

tersampai. Bagi aktiviti ini,

pelajar perlu menghasilkan kincir atau turbin angin

daripada straw, lidi, cawan

plastik dan magnet. Penilaian

dibuat berdasarkan nilai voltan yang dapat dijana

daripada rekaan masing-

masing. Aktiviti ini memberi pelajar pandangan pertama

dalam menjadi seorang

pelajar kejuruteraan selain

menaikkan semangat mereka sebelum melangkah sebagai

pelajar Program Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik. Selain itu, aktiviti seperti ini

membolehkan pelajar

berkenalan dengan rakan-rakan baharu yang akan

bersama-sama mereka

sepanjang 4 tahun berada di

UKM dan FKAB

Disediakan oleh: Dr. Seri Mastura Mustaza