22
Ekspresi Kreativiti kanak-kanak | 1 UNIT 12 PENILAIAN DALAM SENI HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi penilaian dan jenis-jenis penilaian seni kanak-kanak. 2. Mengenal kepentingan penilaian seni kanak-kanak 3. Mengenal peranan guru dalam proses penilaian seni kanak-kanak. 4. Merancang penilaian seni kanak-kanak. 5. Melaksanakan penilaian seni kanak-kanak. PENGENALAN semasa membuat penilaian seni. Kaedah penilaian seni kanak-kanak yang boleh dilaksanakan oleh guru merangkumi pemerhatian, hasil kerja seni dan penceritaan. Rekod anekdot, senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan digunakan oleh untuk merekod penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti seni. P enilaian seni dilaksanakan oleh guru untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak. Modul ini membincangkan peranan guru sebagai pemerhati, perekod dan penilai

Unit 12 Kae3013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul sem 3

Citation preview

Page 1: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 1

UNIT 12

PENILAIAN DALAM SENI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan definisi penilaian dan jenis-jenis penilaian seni kanak-kanak.

2. Mengenal kepentingan penilaian seni kanak-kanak

3. Mengenal peranan guru dalam proses penilaian seni kanak-kanak.

4. Merancang penilaian seni kanak-kanak.

5. Melaksanakan penilaian seni kanak-kanak.

PENGENALAN

semasa membuat penilaian seni. Kaedah penilaian seni kanak-kanak yang boleh dilaksanakan oleh guru

merangkumi pemerhatian, hasil kerja seni dan penceritaan. Rekod anekdot, senarai semak, skala kadar

dan carta penyertaan digunakan oleh untuk merekod penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti

seni.

P enilaian seni dilaksanakan oleh guru untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik

kanak-kanak. Modul ini membincangkan peranan guru sebagai pemerhati, perekod dan penilai

Page 2: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 2

ISI KANDUNGAN

Penilaian dan jenis-jenis penilaian seni kanak-kanak

pemerhatian, merekod perkembangan kanak-kanak dan menyimpan rekod dan hasil kerja seni kanak-

kanak. Guru perlu mengumpul dan menyemak semula hasil kerja seni kanak-kanak dalam bentuk portfolio

sebagai instrument untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan kemajuan artistik kanak-kanak.

Justeru, anda perlu menjalankan penilaian sebagai proses berterusan dalam mendokumentasikan

dan merekod perkembangan kanak-kanak. Penilaian seni boleh dilaksanakan secara pemerhatian,

menganalis hasil kerja seni kanak-kanak dan penceritaan kanak-kanak menerusi hasil kerja masing-

masing. Penilaian hasil kerja seni kanak-kanak membolehkan guru mengenal pasti perkembangan kreativiti

dan artistik kanak-kanak dengan menjalankan penilaian terhadap lukisan, kraf mudah atau hasil kerja lain

yang telah direkodkan secara sistematik dan beretika.

Fikirkan senario berikut.

Adam berumur 6 tahun. Tahap artistiknya di tahap skematik dan boleh menyampaikan cerita menerusi

lukisan yang dihasilkan. Dalam aktiviti melukis yang bertema Keluarga Saya, Adam melukis ahli-ahli

keluarganya yang terdiri daripada ibu, bapa, kakak dan juga kucing. Mengapakah Adam melukis seekor

kucing dalam lukisan yang bertema Keluarga Saya?

Setelah menganalis lukisan dan membuat penilaian terhadap lukisan Adam, cikgu mendapati bahawa

perkembangan artistik Adam adalah normal. Tetapi setelah mendengar cerita Adam menerusi

lukisannya, baru cikgu faham bahawa kucing itu adalah kucing kesayangan Adam dan dia menganggap

kucing itu salah seorang ahli keluarganya.

G uru berperanan sebagai pemerhati, perekod dan penilai seni untuk mengenal pasti perkembangan

kreativiti dan artistik kanak-kanak. Guru juga harus mengenal pasti prosedur-prosedur untuk membuat

Page 3: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 3

Penilaian Seni

kemampuan kanak-kanak dalam proses aktiviti-aktiviti yang melibatkan seni. Penilaian yang sistematik

dapat membantu guru mengenal perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak seseorang kanak-kanak

menerusi hasil kerja seni visual seperti aktiviti menggambar, aktiviti membuat corak dan rekaan serta

bentuk binaan. Selain itu, kemajuan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti seni persembahan seperti muzik,

drama, tarian dan pergerakan kreatif juga dapat dikenalpasti menerusi penilaian yang merangkumi

pemerhatian, hasil kerja seni dan penceritaan.

Pemerhatian

aktiviti seni. Guru perlu merancang, membuat pemerhatian, mencatatkan kemajuan kanak-kanak dan

mengambil tindakan untuk memperbaiki kelemahan kanak-kanak supaya kemahiran seni mereka dapat

dipertingkatkan. Contohnya dalam aktiviti membuat kraf mudah yang memerlukan kemahiran menggunting,

jika seseorang kanak-kanak masih tidak dapat menggunakan gunting untuk menggunting kertas maka guru

perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak seperti mengoyak kertas.

Seterusnya, guru harus merancang aktiviti yang melibatkan motor halus seperti pergerakan jari dan tangan

untuk membantu kanak-kanak menggunakan gunting dengan cara yang betul.

Hasil Kerja Seni

perlu dianalisis dari semasa ke semasa. Guru perlu membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan hasil

kerja seni kanak-kanak. Sebagai contoh, guru perlu menilai lukisan kanak-kanak berdasarkan

perkembangan artistik mereka. Guru juga perlu menyimpan hasil kerja seni lukisan kanak-kanak dan

P enilaian seni merupakan proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti

perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak. Ia dapat mempamerkan kebolehan dan

K aedah pemerhatian dilaksanakan untuk menilai proses penghasilan kerja seni kanak-kanak.

Selain itu, guru juga perlu memerhati minat, kebolehan dan penglibatan kanak-kanak dalam

H asil kerja seni kanak-kanak menggambarkan realistik berkenaan perkembangan kreativiti dan

artistik kanak-kanak. Hasil kerja seni kanak-kanak seperti lukisan dan kraf mudah yang dihasilkan

Page 4: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 4

mencatatkan cerita kanak-kanak terhadap lukisan masing-masing secara sistematik. Hasil kerja yang

disimpan secara berperingkat merupakan bukti kepada perkembangan artistik kanak-kanak. Cara ini

membantu guru dan ibu bapa lebih memahami perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.

Penceritaan

diminta untuk menyatakan pendapat dan perasaan masing-masing sepanjang proses persembahan drama.

Menerusi cara ini guru akan memahami perasaan mesej yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak. Bagi

aktiviti melukis pula, guru perlu menilai semula lukisan kanak-kanak setelah kanak-kanak menyampaikan

cerita mereka. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak tidak dapat menyampaikan perasaan dan mesej

mereka dalam bentuk visual tetapi dapat menyampaikannya dengan cara bercerita dan berkomunikasi

dengan guru. Setelah kanak-kanak bercerita tentang hasil kerja masing-masing, guru perlu membuat

rumusan untuk aktiviti seni yang dilaksanakan.

K aedah penceritaan hasil kerja seni dapat membantu guru memahami perasaan dan mesej yang

ingin disampaikan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, setelah persembahan drama, kanak-kanak

Page 5: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 5

Kepentingan penilaian seni kanak-kanak

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak, mencatatkan kekuatan dan kelemahan kanak-

kanak serta mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak.

Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak

kanak-kanak kurang berpontensi dalam bidang seni. Oleh itu, sebagai guru, anda perlu memahami dan

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam aktiviti seni yang dilaksanakan.

Kanak-kanak menggunakan seni sama ada seni visual atau seni persembahan sebagai medium

untuk mereka meluahkan segala tentang diri mereka. Hasil kerja seni mencerminkan perasaan gembira,

sedih, marah dan takut kanak-kanak. Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak berasa gembira, dia

akan melukis lukisan figuranya dengan saiz yang agak besar dan dengan bibir yang tersenyum manakala

jika dia berasa sedih, dia akan melukis lukisan yang bersaiz kecil dan tidak sempurna wajahnya.

Guru dapat memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dengan

membuat pemerhatian, merekod atau merakam aktiviti seni yang dilaksanakan di dalam atau luar bilik

darjah. Sebagai pemerhati, guru perlu menentukan objektif dan tempoh masa untuk menilai perkembangan

kreativiti dan artistik kanak-kanak.

Sebagai contoh, jika guru ingin mengenal pasti perkembangan artistik kanak-kanak, waktu yang

sesuai untuk membuat pemerhatian ialah ketika mereka sedang menjalankan aktiviti melukis manakala

jika guru ingin mengenal pasti ekspresi kreatif kanak-kanak, waktu yang sesuai untuk membuat

pemerhatian ialah semasa mereka menjalankan aktiviti bentuk binaan dengan menggunakan plastesin.

P enilaian seni kanak-kanak sangat penting kerana membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti

perkembangan kreativiti kanak-kanak dan artistik kanak-kanak. Guru perlu memahami dan

D alam aktiviti seni visual dan seni persembahan, proses adalah lebih penting daripada produk

akhir. Sesetengah kanak-kanak mempunyai bakat yang tinggi dalam seni manakala sesetengah

Page 6: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 6

Mencatatkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak

aktiviti seni dan membantu guru untuk membuat analisis dengan lebih detail kerana aktiviti seni yang

dilaksanakan dapat dilihat secara berulangan. Setelah mengumpul data pemerhatian, guru diminta untuk

menyediakan laporan secara bertulis berdasarkan apa yang diperhatikan sebagai bukti perkembangan

kreativiti dan artistik kanak-kanak yang boleh ditunjukkan kepada ibu bapa.

Mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak

Sebagai contoh, guru boleh menyediakan manual melukis untuk kanak-kanak yang kurang mahir dalam

aktiviti melukis dan menayangkan video persembahan muzik, lagu, nyanyian, drama, tarian dan

pergerakan kreatif kepada kanak-kanak untuk menarik minat mereka melibatkan diri dalam aktiviti seni.

Peranan guru dalam proses penilaian seni kanak-kanak

hasil kerja seni visual kanak-kanak dan prestasi kanak-kanak dalam aktiviti seni persembahan direkod dan

dinalis dan disimpan dalam portfolio. Portfolio ini dapat mengambarkan perkembangan kreativiti dan artistik

kanak-kanak. Portfolio ini juga menjadi satu bukti laporan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa kanak-

kanak.

P emerhatian yang dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti seni terutamanya seni persembahan

kanak-kanak perlu dicatat, direkodkan atau dirakamkan. Rakaman dapat merekodkan segala

S etelah kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dikenalpasti, sebagai guru, anda perlu mengambil

tindakan yang bijak untuk membantu kanak-kanak dalam aspek perkembangan kreativiti dan artistik.

A malan membuat pemerhatian, merekod dan membuat penilaian dalam proses aktiviti seni amat

penting untuk mengenal pasti kreativiti dan perkembangan artistik kanak-kanak. Contohnya

Page 7: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 7

Guru Sebagai Pemerhati

persembahan. Pemerhatian perlu dianalisis dan digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan aktiviti

seni yang dilaksanakan.

Guru Sebagai Perekod

laporan perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.

Guru Sebagai Penilai

laporan. Penilaian guru merujuk kepada proses menghakimi sesuatu peristiwa seni dengan tujuan untuk

memberi nilaian perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.

Merancang aktiviti penilaian seni kanak-kanak

peringkat dokumentasi supaya data penilaian yang dikumpul adalah sahih dan dapat mempamerkan

perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.

S ebelum memerhati kanak-kanak, guru perlu menentukan objektif pemerhatian. Aktiviti memerhati

dapat menyaksikan pencapaian dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual dan seni

M erekod merupakan mencatat atau merakam sesuatu peristiwa yang melibatkan aktiviti seni visual

dan seni persembahan kanak-kanak. Merekod membantu dalam pemerhatian dan penulisan

S etelah memerhati dan membuat rekod, guru sebagai penilai perlu membuat penilaian perkembangan

kreativiti dan artistik kanak-kanak dengan menganalisis peristiwa seni yang berlaku dan menulis

A ktiviti penilaian seni kanak-kanak perlu dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat penilaian seni

kanak-kanak merangkumi peringkat perancangan, peringkat perlaksanaan, peringkat penilaian dan

Page 8: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 8

Peringkat Perancangan

pengalaman awal mereka. Guru perlu fokus dan tahu apa yang ingin mahu diperhatikan.

Peringkat Perlaksanaan

oleh kanak-kanak. Termasuk isyarat nonverbal seperti ekspresi wajah, postur badan dan pergerakan.

Perkara yang penting ialah guru tidak boleh member komen tentang kanak-kanak berdasarkan latar

belakangnya contohnya jantina, bangsa, budaya, status sosial dan keperluan khas. Hal ini kerana setiap

ulasan yang dibuat mestilah berdasarkan perkara sebenar yang terjadi dan mencapai objektif yang hendak

dikaji.

Peringkat Penilaian

sedang melakukan kerja seni dan berada dalam kumpulan atau bersendirian ini perlu ada dalam catatan.

Kanak-kanak tersebut juga perlu diperhati pada waktu peristiwa atau pada situasi keadaaan yang berbeza

kerana setiap kanak-kanak bertindak sesuai dengan keadaan yang dialaminya.

Peringkat Dokumentasi

kanak-kanak atau tahap mereka. Dengan menggunakan kotak membantu dalam menyimpan portfolio di

ytempat yang sesuai dan mudah untuk disemak kembali.

P eringkat ini guru perlu menentukan objektif penilaian dan menentukan prosedur-prosedur penilaian

yang dapat membimbing tingkah laku kanak-kanak dan perkembangan mereka berdasarkan

S emasa perlaksanaan, guru perlu mengelakkan daripada memberi komen seperti baik, buruk

atau nakal. Dalam aktiviti merakam seseorang guru perlu merakam setiap apa yang dicakapkan

E tika guru dalam penilaian ialah tidak memihak dan tidak menipu dalam catatan. Dalam catatan

pula perlu ada nama, tarikh, masa dan peristiwa yang sedang berlaku. Contohnya kanak-kanak

M engumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio ialah menggunakan banyak folder atau

kotak yang berwarna untuk membezakan setiap kategori poertfolio mengikut perkembangan

Page 9: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 9

Sampel kerja seni kanak-kanak perlu dimasukkan ke dalam portfolio perlu disertakan dengan

tarikh. Dalam poertfolio juga perlu mengandungi maklumat latar belakang, menetapkan item kronologi

contohnya setiap sampel kerja seni perlu dimasukkan mengikut urutan hasil kerja seni kanak-kanak dan

portfolio juga harus menjadi proses yang berterusan untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan

artistik kanak-kanak secara berterusan.

Melaksanakan aktiviti penilaian seni kanak-kanak

Rekod Anekdot

Contoh rekod anekdot i. Aktiviti menggambar kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Adam Umur : 7 Tahun Tarikh : 25 Februari 2011 Masa : 9.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Adam membawa kertas lukis dan pensilnya menuju ke tempat Daniel. “Lihat saya nak lukis kucing”. Adam pun melukis gambar kucing di depan Daniel. “Ini kucing saya. Kucing saya suka makan ikan. Saya sayang kucing saya”. Adam menceritakan gambar kucing kepada Daniel.

Adam sudah mula berminat untuk melukis dan bercerita berkenaan hasil lukisannya kepada rakannya.

G uru boleh melaksanakan penilaian kemahiran seni visual dan seni persembahan kanak-kanak

dengan menggunakan rekod anekdot, senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan.

R ekod ringkas mengenai peristiwa atau tingkah laku kanak-kanak. Rekod ini mengandungi catatan

tentang suatu peristiwa, masa dan tempat semasa pemerhatian dilaksanakan.

Page 10: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 10

ii. Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Daniel Umur : 7 Tahun Tarikh : 25 Februari 2011 Masa : 10.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Daniel meminta tolong Adam untuk mencari gunting dan kertas. “Lihat saya nak gunting bentuk bulat”. Daniel pun menggunting tiga bentuk bulat. Bentuk bulat yang digunting oleh Daniel bersaiz besar, sederhana dan kecil. “Saya nak menampal bentuk-bentuk ini atas kertas. Tolong cari kertas lukisan dan glue. Daniel meminta Adam mencarikan kertas lukisan dan glue untuk dia.

Daniel sudah mula berminat untuk membuat corak dan rekaan dengan menggunting bentuk bulat yang pelbagai saiz.

iii. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak Nama kanak-kanak : Mimi Umur : 7 Tahun Tarikh : 25 Februari 2011 Masa : 11.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Semasa kelas seni, Mimi telah menghasilkan satu topeng kucing yang berwarna hitam. Dia tak suka. Mimi meminta kebenarkan daripada cikgu nak buat lagi satu topeng kucing putih. Mimi minta bahan-bahan membuat topeng. “Cikgu, saya nak buat topeng kucing putih”. Mimi pun membuat topeng di depan cikgu. Setelah siap, Mimi cerita kepada cikgu. “Saya lebih suka kucing warnanya putih”. Mimi ceritakan kepada cikgu Mimi

Mimi sudah mula berminat untuk membuat aktiviti bentuk binaan dengan membuat topeng kucing. Mimi dapat menyatakan perasaannya kepada cikgu.

Page 11: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 11

iv. Aktiviti drama kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Hawa Umur : 7 Tahun Tarikh : 28 Februari 2011 Masa : 9.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Hawa menarik tangan Mimi dan Diyana ke depan kelas. “Mari kita berlakon”. Hawa mengajak Mimi dan Diyana berlakon. “Mimi kakak, Diyana adik dan saya ibu.” Hawa membahagikan watak kepada rakan-rakannya. “Kakak tolong jaga adik, ibu memasak”. kemudiannya, Hawa memanggil cikgu Amelia. “Cikgu, kami nak membuat lakonan, cikgu lihat ya”. Cikgu Amelia menonton persembahan drama mereka.

Hawa sudah mula berminat untuk berdrama dan mengarah rakan-rakan untuk membuat lakonan.

v. Aktiviti muzik kanak-kanak Nama kanak-kanak : Diyana Umur : 7 Tahun Tarikh : 1 March 2011 Masa : 10.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Diyana memegang dua tamborin menuju ke arah Siti. “Siti, tamborin ini untuk kamu”. Diyana bagi satu tamborin kepada Siti. “Siti, bunyi ikut saya. 1…2…3…4…”. Siti bermain tamborin mengikut tempo bersama-sama Diyana.

Siti sudah mengenali nama alat muzik dan bermain alat muzik mengikut tempo.

Page 12: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 12

vi. Aktiviti tarian/pergerakan kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Siti Umur : 7 Tahun Tarikh : 1 March 2011 Masa : 11.00 pagi Nama guru : Cik Amelia

Catatan Ulasan

Siti menarik tangan Diyana ke depan kelas. Siti memanggil cikgu. “Cikgu, kami nak menari”. Siti dan Diyana menunjukkan gerakan tarian joget kepada cikgu Amelia. “Cikgu, cikgu, kami nak muzik”. Siti meminta cikgu Amelia memasangkan muzik tarian joget kepada mereka. Setelah cikgu pasang muzik, Siti dan Diyana menari sekali lagi mengiringi muzik. Cikgu Amelia member pujian kepada mereka.

Siti sudah mula berminat untuk menari dan boleh menari mengiringi muzik.

Senarai Semak

Contoh senarai semak i. Aktiviti menggambar kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI MENGGAMBAR

Lukisan Catan Kolaj Cetakan Resis

1. Adam √ √ √ √ √

2. Daniel √ √ √ √

3. Hawa √ √ √ √

4. Diyana √ √ √ √ √

5. Siti √ √ √

S enarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran kanak-kanak.

Digunakan untuk memerhati perkembangan kemahiran, sikap dan nilai kanak-kanak.

Page 13: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 13

ii. Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tiupan Titisan Renjisan Lipatan Guntingan

1. Adam √ √ √ √ √

2. Daniel √ √ √ √ √

3. Hawa √

4. Diyana √ √ √

5. Siti √ √ √

iii. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI BENTUK BINAAN

Topeng Boneka Origami Mobail Stabail

1. Adam √ √ √ √

2. Daniel √ √ √ √

3. Hawa √ √

4. Diyana √ √ √ √

5. Siti √ √ √

iv. Aktiviti drama kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI DRAMA

Watak dan perwatakan Dialog Props

1. Adam √ √ √

2. Daniel √ √ √

3. Hawa √

4. Diyana √ √ √

5. Siti √ √

v. Aktiviti muzik kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI MUZIK

Menyanyikan Melodi

Mengikut Tempo

Mengiringi muzik

Elemen muzik

Perasaan dan ekspresi

1. Adam √ √ √ √ √

2. Daniel √ √ √

3. Hawa √ √ √ √ √

4. Diyana √ √ √

5. Siti √ √ √ √ √

Page 14: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 14

vi. Aktiviti tarian/pergerakan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI TARIAN/PERGERAKAN

Gerakan kreatif

Ruang Masa Tenaga

1. Adam √ √

2. Daniel √ √ √

3. Hawa √ √ √

4. Diyana √

5. Siti √ √ √

Skala kadar

Contoh skala kadar i. Aktiviti menggambar kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN SENI

JUMLAH (MARKAH)

Melukis objek

(3 markah)

Mewarna objek

(3 markah)

Menceritakan hasil kerja seni

(4 markah)

10

1. Adam 2 2 3 7

2. Daniel 3 2 3 8

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 3 2 7

5. Siti 2 2 2 6

M engenal pasti darjah pencapaian kanak-kanak dalam suatu aktiviti. Digunakan untuk menilai

dan merekod kemahiran dan tingkah laku kanak-kanak.

Page 15: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 15

ii. Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN SENI

JUMLAH (MARKAH)

Aplikasi bahan seni (3 markah)

Ekspresi Idea

(3 markah)

Apresiasi seni

(4 markah)

10

1. Adam 2 2 2 6

2. Daniel 3 3 3 9

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 2 2 6

5. Siti 2 2 2 6

iii. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN SENI

JUMLAH (MARKAH)

Menggunakan bahan buangan

(3 markah)

Mereka cipta hasil kerja seni

(3 markah)

Menceritakan hasil kerja seni

(4 markah)

10

1. Adam 2 2 3 7

2. Daniel 3 3 3 9

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 2 2 6

5. Siti 2 2 2 6

iv. Aktiviti drama kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN DRAMA

JUMLAH (MARKAH)

Menjiwai watak

(3 markah)

Vokal dan pengucapan (3 markah)

Improvisasi lakonan

(4 markah)

10

1. Adam 2 2 2 6

2. Daniel 2 2 3 7

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 2 3 7

5. Siti 2 2 2 6

Page 16: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 16

v. Aktiviti muzik kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN MUZIK

JUMLAH (MARKAH)

Ketepatan tempo

(3 markah)

Kualiti ton

(3 markah)

Apresiasi muzik

(4 markah)

10

1. Adam 2 3 3 8

2. Daniel 3 3 3 9

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 2 2 6

5. Siti 2 2 2 6

vi. Aktiviti tarian/pergerakan kanak-kanak

BIL NAMA KANAK-KANAK

KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KEMAHIRAN TARIAN/PERGERAKAN

JUMLAH (MARKAH)

Ketepatan rentak

(4 markah)

Kualiti gerak

(3 markah)

Elemen gerak

(3 markah)

10

1. Adam 2 2 2 6

2. Daniel 3 3 2 8

3. Hawa 3 3 3 9

4. Diyana 2 2 2 6

5. Siti 2 2 3 7

Page 17: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 17

Carta Penyertaan

Contoh penyertaan

i. Aktiviti menggambar kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Menekap rupa geometrik . 4 3 2

2. Melukis rupa geometrik. 3 4 2

3. Mewarna rupa geometrik. 3 4 3

4. Mewarna dalam ruang tertentu. 3 3 3

5. Menceritakan hasil kerja sendiri. 3 3 3

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

ii. Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Mengenal bahan. 4 3 1

2. Memilih bahan. 4 2 2

3. Memanipulasi bahan. 4 2 3

4. Mereka corak bebas. 3 2 2

5. Menceritakan hasil kerja sendiri. 3 3 2

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

iii. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Memilih bahan. 3 3 3

2. Memanipulasi bahan. 4 3 2

3. Menghasilkan kraf mudah. 3 4 2

4. Menggunakan bahan kutipan. 4 3 1

5. Menceritakan hasil kerja sendiri. 4 3 2

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

M erekod pencapaian dan penglibatan sekumpulan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti pada

yang sama.

Page 18: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 18

iv. Aktiviti drama kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Menjiwai watak. 3 4 2

2. Menggunakan props. 3 4 2

3. Improvisasi lakonan. 3 3 3

4. Memberi pendapat. 4 3 3

5. Menceritakan perasaan. 4 3 2

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

v. Aktiviti muzik kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Menyanyi dengan iringan muzik. 3 3 2

2. Menyanyi dengan gerakan. 3 3 1

3. Menyanyi dengan perasaan. 4 2 3

4. Memberi pendapat. 3 2 2

5. Menceritakan perasaan. 4 3 2

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

vi. Aktiviti tarian/pergerakan kanak-kanak

AKTIVITI NAMA KANAK-KANAK DALAM KUMPULAN

Kanak-kanak A Kanak-kanak B Kanak-kanak C

1. Gerakan mengikut rentak. 4 2 3

2. Improvisasi gerak. 3 3 4

3. Bergerak dengan perasaan. 3 2 4

4. Memberi pendapat. 3 3 4

5. Menceritakan perasaan. 4 3 3

Skala:

4-Amat baik 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

Page 19: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 19

Nyatakan pengalaman anda menilai aktiviti seni kanak-kanak.

Huraikan bagaimana anda boleh merancang aktiviti penilaian seni dalam kalangan

kanak-kanak.

RINGKASAN

1. Penilaian seni merupakan proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti

perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.

2. Kaedah pemerhatian dilaksanakan untuk menilai proses penghasilan kerja seni kanak-kanak

dengan memerhati minat, kebolehan dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni.

3. Kaedah penceritaan hasil kerja seni dapat membantu guru memahami perasaan dan mesej yang

ingin disampaikan oleh kanak-kanak.

4. Portfolio mengambarkan perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak dan menjadi bukti

laporan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa kanak-kanak.

5. Guru perlu memerhati, merekod, menilai, merancang aktiviti dan menilai seni kanak-kanak.

6. Peringkat dokumentasi melibatkan aktiviti mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio.

7. Penilaian kemahiran seni visual dan seni persembahan kanak-kanak boleh dilaksanakan dengan

menggunakan rekod anekdot, senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan.

Page 20: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 20

PETA KONSEP

KATA KUNCI

1. Penilaian seni 6. Perekod

2. Pemerhatian 7. Penilai

3. Hasil kerja seni 8. Perancangan penilaian seni

4. Penceritaan 9.Perlaksanaan penilaian seni

5. Pemerhati 10.Dokumentasi penilaian seni

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan penilaian seni

kanak-kanak?

2. Senaraikan jenis-jenis penilaian seni kanak-kanak.

3. Nyatakan kepentingan penilaian seni kanak-kanak?

4. Apakah peranan guru dalam penilaian seni kanak-kanak?

5. Bagaimana merancang dan melaksanakan penilaian seni kanak-kanak?

Page 21: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 21

RUJUKAN Cox, M. (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom: Cambridge University Press.

Koster, J.B. (2001). Growing Artists:Teaching Art to Young Children. 2th Edition. New York: Thomson

Delmar Learning.

Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling

Jaya: L.C.L.

Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya:

L.C.L.

Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar

Learning.

Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia.

Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children. 6th Edition. New

York: Thomson Delmar Learning.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Maksudkan penilaian seni kanak-kanak.

- Proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan

artistik kanak-kanak.

- Mempamerkan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dalam proses aktiviti-aktiviti yang

melibatkan seni.

2. Jenis-jenis penilaian seni kanak-kanak.

- Pemerhatian

- Hasil kerja seni

- Penceritaan

Page 22: Unit 12 Kae3013

E k s p r e s i K r e a t i v i t i k a n a k - k a n a k | 22

3. Kepentingan penilaian seni kanak-kanak.

- Mengenal pasti perkembangan kreativiti kanak-kanak dan artistik kanak-kanak.

- Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak, mencatatkan kekuatan

dan kelemahan kanak-kanak serta mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak.

4. Peranan guru dalam penilaian seni kanak-kanak.

- Pemerhati

- Perekod

- Penilai

5. Perancangan dan Perlaksanakan penilaian seni kanak-kanak.

- Perancangan penilaian seni: peringkat perancangan, peringkat perlaksanaan, peringkat penilaian

dan peringkat dokumentasi.

- Perlaksanaan penilaian seni: rekod anekdot, senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan

secara berperingkat.