39
UNIT 1: KONSEP DAN PENGERTIAN

Unit 1 Konsep Dan Pengertian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota KPN

Citation preview

Slide 1

Unit 1: Konsep dan pengertianArahan: Sila Jawab SEMUA soalan di bawah80 x 5= ___________

80 + 5 = ___________

80 5 = ___________

5 80 = ___________

80 5 = ___________

Sila Jawab soalan di bawah:80 x 5= 400

80 + 5 = 85

80 5 = 75

5 80 = -75

80 5 = 16

PEMARKAHAN BERDASARKAN JAWAPAN BETUL:

5 betul = 5 markah = Gred A 4 betul = 4 markah = Gred B3 betul = 3 markah = Gred C2 betul = 2 markah = Gred D1 betul = 1 markah = Gred E0 betul = 0 markah = Gred F

UjianUjian ialah satu tugasan atau satu siri tugasan.

Digunakan untuk mendapatkan satu maklumat secara sistematik.

Maklumat tentang trait pendidikan atau atribut yang dikehendaki.

Contoh:UPSR, PMR, Ujian Semester, KuizPengukuranPemberian angka-angka atau nombor kepada suatu objek atau perkara.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Boleh berbentuk ujian, skala kadar atau senarai semak.

Contoh:Skor (markah) 60 daripada 100 markah bagi suatu ujian ialah satu pengukuranPenilaianSatu proses pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu perkara atau benda.

Membandingkan status objek yang dinilai dengan satu set standard atau kriteria untuk dibuat keputusan.

PenilaianRajah 1: Proses umum dalam membuat penilaianPenilaianRajah 2: Fasa-fasa dalam suatu penilaianPenaksiranProses mengumpul data untuk membuat keputusan tentang individu atau kumpulan atau program atau dasar.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.

Maklumat tentang kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya dikuasai.

Maklumat kepada pembuat polisi pendidikan.

RefleksiNyatakan ciri ujian, pengukuran, penilaian dan penaksiran seperti dalam jadual di bawah:

UjianPengukuranPenilaianPenaksiranRajah 3: Hubungan antara ujian, pengukuran, penilaian dan penaksiranJenis-jenis penilaianPenilaian FormatifPenilaian SumatifPenilaian PenempatanPenilaian Diagnostik

Penilaian formatifPenilaian yang dijalankan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Bertujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan kadar segera.

Membantu guru meneruskan atau memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang dijalankan.

Maklumat diperoleh menerusi pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan ujian.

Penilaian SumatifPenilaian yang dijalankan di akhir kursus /program.

Tujuan untuk mendapatkan maklumat keberkesanan P&P atau kursus dilaksanakan.

Fungsi: Menentukan pencapaian di penghujung program atau kursus bagi memastikan sama ada P&P berlaku.

Maklumat yang diperoleh mempunyai skop lebih luas dari aspek cakupan kandungan yang ditaksir tetapi kurang terperinci.

Contoh: Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, Semester

Penilaian penempatanPemilihan pelajar berdasarkan pencapaian untuk ditempatkan dalam kelas-kelas tertentu yang bersesuaian dengan tahap pencapaian atau kemahiran tersebut.

ContohUjian persediaan, pra ujian, pemerhatianPenilaian diagnostikBerkaitan kesukaran pembelajaran yang wujud secara berulang dan tidak dapat diperbaiki menerusi penilaian formatif.

Bertujuan untuk menentukan punca masalah pembelajaran dan menyediakan perancangan untuk tindakan pemulihan.RefleksiNyatakan perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif?

Apakah tujuan melaksanakan penilaian diagnostik?

Apakah maksud ujian penempatan?Tujuan penaksiranSkala pengukuranRajah 4: Jenis-jenis skala pengukuranSkala NominalPerwakilan nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan.

Skala pengukuran yang paling mudah dan paling rendah.

Contoh:Jantina pelajar boleh diwakilkan oleh:1 Lelakidan 2 Perempuan(Ini tidak bermaksud 1 lebih baik dari 2 atau sebaliknya hanya sekadar perwakilan nombor)

Skala ORDINALSusunan data mengikut hierarki.

Melambangkan perbezaan atau kedudukan individu relatif kepada individu yang lain. Perbezaan antara data yang disusun tidak semestinya sama.

Menunjukkan kedudukan skor individu sama ada di atas atau di bawah individu lain.

Contoh:Susunan markah skor dalam Ujian Matematik.Pelajar 1 = 98%, Pelajar 2 = 80%, Pelajar 3 = 50%Ini menunjukkan pelajar 1 lebih tinggi markah dari pelajar 2 dan pelajar 2 lebih tinggi markah dari pelajar 3.

Skala SELAMempunyai semua ciri skala nominal dan ordinal.

Setiap titik dalam skala ini mempunyai jarak yang sama daripada titik origin.

Contoh:Katakan kita mempunyai 5 benda dengan nilai:

Sela A ke C ialah 3 1 = 2Sela C ke D ialah 4 3 = 1Oleh itu sela A ke D= Sela (A ke C) + Sela (C ke D)= 2 + 1 = 3Begitu juga sela A ke D = 4 3 = 1ABCDE12345Skala SELADi sini bukan kuantiti atau amaun yang ditolak, tetapi sela atau jaraknya.

Nilai 0 (Sifar) dalam skala sela tidak bermakna tidak ada apa-apa pun yang diukur.

Contoh:Suhu 0 darjah Celsius tidak menandakan tiada suhu.Skala nisbahMempunyai ciri nominal, ordinal dan sela.

Mempunyai sifar mutlak (ada nilai).

Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur.

Contoh 1:Berat 0 gram bermakna tiada berat.

Contoh 2:Pelajar A mendapat 60 markah. Pelajar B mendapat 30 markah. Kesimpulan = Pencapaian pelajar A adalah dua kali dari pelajar B.

Skala nisbahJarang digunakan dalam pengukuran pendidikan kerana tidak menggunakan titik kosong yang sebenar.

Contoh 3:Pelajar C mendapat markah 0 dalam ujian Matematik tidak bermakna dia langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang diuji.RefleksiNyatakan perbezaan antara jenis-jenis skala yang telah anda pelajari.Speedometer menunjukkan bacaan 0 bermaksud kereta tidak bergerak - Nisbah

Pelajar mendapat markah 0 dalam ujian BM- SelaRajah 5: Hubungan antara jenis-jenis skala pengukuranSemakin bermaklumatKepentingan mengetahui jenis skalaProsedur statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala tertentu.

Contoh:Ujian khi kuasa dua hanya boleh dilaksanakan untuk data berskala nominal dan ordinal.

Ujian t hanya boleh dilaksanakan untuk data berskala sela dan nisbah.Alat-alat pengumpulan maklumatUjianSatu tugasan/siri tugasan untuk mendapatkan data secara sistematik.

Data merupakan wakil bagi suatu trait/atribut bagi seseorang individu atau benda atau perkara.

Soal selidikInstrumen yang memerlukan responden menjawab soalan dengan menulis atau menanda jawapan yang sesuai dengan pendapat/kehendak responden.

Jenis-jenis soal selidik:Objektif pelbagai pilihanBenar salahMenandaIsi tempat kosongSenarai semakSenarai yang mengandungi ciri-ciri atau aktiviti yang dikemukakan kepada individu yang dikaji.

Individu tersebut dikehendaki mengkaji kandungan pernyataan dan membuat tanda bersesuaian bersebelahan ciri/aktiviti berkaitan dirinya.

Berguna bagi calon untuk mendiagnosis atau menilai prestasi mereka sendiri.

Contoh senarai semakSkala kadarPartisipan dikehendaki menandakan/membulatkan satu titik di atas kontinum yang menunjukkan darjah perkadaran diberi.

Contoh:Skala kadar numerik

AnekdotSatu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting.

Pencatat mestilah spesifik dan tepat dalam merekodkan apa yang dilihat atau dibuat dan mengelakkan penilaian atau interpretasi dalam catatannya.

Anekdot

SosiogramSatu persembahan visual.

Menggunakan anak panah sebagai simbol pemilihan pelajar terhadap pelajar lain.

Menentukan keadaan dan struktur hubungan interpersonal dalam sebuah kelas.

Setiap pelajar diwakili dengan bulatan (perempuan) atau segi tiga (lelaki).SosiograMAnak panah dilukis menggambarkan pilihan mereka terhadap suatu soalan aktiviti kepada seorang pelajar.

Respons pelajar dan interaksi mereka yang dinyatakan melalui anak panah disebut sebagai sosiogram.

RujukanBhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Ulang cetak. Quantum Books: Tanjong Malim