141
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 166 AKTA PROFESION UNDANG- UNDANG 1976 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

  • Upload
    lydiep

  • View
    276

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 166

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 1662

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 6 Mac 1976

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 11 Mac 1976

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 166

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Pemakaian

3. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA KELAYAKAN

4. Lembaga Kelayakan

5. Fungsi Lembaga

6. Kuasa am Lembaga dan kuasa membuat kaedah-kaedah

7. Keahlian Lembaga

8. Memilih pemangku Pengerusi

9. Mesyuarat Lembaga dan kuorum

Orang Berkelayakan

10. Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

11. Kelayakan untuk diterima masuk

12. Tempoh latihan orang berkelayakan

13. Pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untuk menjalanilatihan

14. Memfail petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan, dsb.

15. Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit

16. Memfail petisyen dan bantahan

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 1664

17. Membuat kaveat menentang penerimaan masuk

18. Penerimaan masuk dalam hal tertentu

19. Hak merayu pembantah

Kerani Berartikel

20. Kelayakan bagi kerani berartikel

21. Syarat menjadi pengetua dan pelepasan kerani

22. Melepaskan kerani kerana tidak layak

23. Melepaskan kerani secara am

24. Tempoh artikel dan syarat artikel

25. Syarat bagi kerani berartikel diterima masuk

Kaji Semula

26. Rayuan daripada keputusan Lembaga kepada Hakim

Mendengar Petisyen dan Daftarai

27. Pendengaran oleh Hakim yang menjadi ahli Lembaga

28. Daftarai peguam bela dan peguam cara

BAHAGIAN II A

PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGANPENERIMAAN MASUK SEBAGAI PEGUAM BELA

DAN PEGUAM CARA

28A. Kuasa Peguam Negara untuk mengeluarkan Sijil Penerimaan MasukKhas

28B. Penerimaan masuk dan pendaftaraian sebagai seorang peguam bela danpeguam cara seseorang yang kepadanya dikeluarkan suatu Sijil PenerimaanMasuk Khas

28C. Peruntukan mengenai Sijil Tahunan tidak terpakai bagi peguam beladan peguam cara yang diterima masuk di bawah Bahagian ini

28D. Kuasa Peguam Negara membuat perintah

28E. Peruntukan Bahagian ini hendaklah mengatasi

Seksyen

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 5

BAHAGIAN III

SIJIL AMALAN

Seksyen

29. Peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat akuan pada tiap-tiap tahun

30. Kehilangan kelayakan untuk mendapat sijil amalan

31. Daftar Pengamal

32. Pengeluaran Sijil Tahunan

33. Pengeluaran Sijil Tahunan dalam keadaan tertentu

34. Pemohon hendaklah memohon kepada Mahkamah

BAHAGIAN IV

KEISTIMEWAAN PEGUAM BELADAN PEGUAM CARA

35. Hak peguam bela dan peguam cara

36. Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama mereka dalamDaftarai sebelum menjalankan amalan

37. Tiada orang tidak berkuasa boleh bertindak sebagai peguam bela danpeguam cara

38. Orang tertentu boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara

39. Surat cara dan dokumen hendaklah diendors

40. Tiada kos boleh dibayar kepada orang tidak berkuasa

BAHAGIAN V

BAR MALAYSIA

41. Penubuhan Bar Malaysia

42. Tujuan dan kuasa Bar

Ahli Bar Malaysia dan Yuran

43. Peguam bela dan peguam cara ialah ahli Bar

44. Kelayakan seseorang ahli

45. Kehilangan kelayakan menjadi ahli

46. Yuran tahunan

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 1666

Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli MajlisPeguam, Jawatankuasa Bar, dsb.

Seksyen

46A. Kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Majlis Peguam, sesuatuJawatankuasa Peguam, atau mana-mana jawatankuasanya

Majlis Peguam

47. Penubuhan Majlis Peguam

48. Tempoh memegang jawatan

Pemilihan Ahli Majlis Peguam

49. Pemilihan ahli Majlis Peguam

50. Pemilihan tahunan Majlis Peguam

51. Bila pemilihan disifatkan sebagai pemilihan

52. Majlis Peguam bila ditubuhkan

53. Kekosongan luar jangka hendaklah diisi oleh orang berkelayakan

Pegawai

54. Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Bar

55. Bila seseorang ahli Majlis Peguam kena mengosongkan jawatan

Kuasai Majlis

56. Kuasa dan perbuatan Majlis Peguam

57. Kuasa tertentu Majlis Peguam

58. Pelantikan Jawatankuasa

59. Hak memeriksa fail dan salinan prosiding kebankrapan

60. Kuasa Majlis Peguam menerima hadiah

61. Pewakilan dalam mahkamah

Penjalanan Majlis Peguam

62. Mesyuarat Majlis

63. Belanja ahli

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 7

Mesyuarat Agung Bar Malaysia

Seksyen

64. Mesyuarat agung tahunan

65. Mesyuarat agung

66. Mengundi

67. Kuorum

Jawatankuasa Bar Negeri

68. Gabungan Bar-Jawatankuasa Bar Negeri

69. Gabungan ahli sebagai Bar Negeri

70. Mesyuarat agung tahunan Bar Negeri

70A. Mesyuarat agung Bar Negeri

71. Pemisahan gabungan Bar

72. Mesyuarat Jawatankuasa Bar Negeri

73. Kuasa Jawatankuasa Bar Negeri

74. Fi tidak dibenarkan dibayar kepada Jawatankuasa Bar Negeri

75. Kekosongan luar jangka

Am

76. Nama ahli Majlis dan Jawatankuasa hendaklah disiarkan dalan Warta

BAHAGIAN VI

AMALAN, KESOPANAN, KELAKUAN DAN TATATERTIBPROFESIONAL PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

DAN KERANI

77. Kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb.

78. Kuasa membuat kaedah-kaedah tertentu

78A. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai tanggung rugi profesional

79. Peguam bela dan peguam cara hendaklah menyerahkan laporan akauntan

Kumpulan Wang Pampasan

80. Kumpulan Wang Pampasan

81. Peguam bela dan peguam cara tidak boleh bertindak sebagai pesuruhjayaatau penyaksi tanpa sijil

82. Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengan diketahuinyabertindak sebagai ejen

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 1668

83. Peguam bela dan peguam cara tidak boleh mengguna khidmat seorangbankrap yang belum dilepaskan

84. Peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemajuperumahan tidak boleh bertindak bagi pihak pembeli dalam pemajuanperumahan

85. Pendaftar hendaklah menyenggara daftar nama firma

86. Jika ada hubungan peguam cara dengan klien

87. Jika wang kena dibayar oleh peguam bela dan peguam cara kepadaklien

Kawalan Harta

88. Peguam bela dan peguam cara yang bersalah, dsb.

88A. Penggantungan peguam bela dan peguam cara daripada menjalankan

amalan

89. Mengambil milik dokumen dalam milik peguam bela dan peguam cara

90. Mengambil milik harta dalam milik peguam bela dan peguam carajika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.

91. Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan peguam bela dan peguam cara

92. Majlis Peguam hendaklah mengendalikan akaun bank klien peguambela dan peguam cara yang telah mati

BAHAGIAN VII

PROSIDING TATATERTIB

93. Lembaga Tatatertib

94. Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memotong daripada Daftarai,menggantung kerana salah laku, dsb.

95. Panel Jawatankuasa Tatatertib dan Panel Tribunal Penyiasatan

96. Pelantikan Panel Jawatankuasa Tatatertib

97. Pelantikan Panel Tribunal Penyiasatan

98. Pengarah Urus Setia Aduan

99. Aduan terhadap peguam bela dan peguam cara atau pelatih

100. Tribunal Penyiasatan

101. Penyiasatan

102. Pertimbangan Lembaga Tatatertib tentang laporan oleh TribunalPenyiasatan

Seksyen

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 9

103. Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memerintahkan penalti

103A. Permohonan untuk melantik Jawatankuasa Tatatertib

103B. Jawatankuasa Tatatertib

103C. Dapatan Jawatankuasa Tatatertib

103D. Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib akan laporan JawatankuasaTatatertib

103E. Rayuan daripada keputusan Lembaga Tatatertib

103F. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

103G. Peruntukan kecualian dan peralihan

103H. Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib

103I. Pembayaran fi, denda, dsb., ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib

103J. Kuasa untuk membuat kaedah

104. (Dipotong)

105. Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untuk dikeluarkan namanyadaripada Daftarai

106. Majlis Peguam hendaklah memberitahu Pendaftar akan perintah yangbertentangan bagi peguam bela dan peguam cara

107. Mahkamah Tinggi boleh memasukkan semula peguam bela dan peguamcara

108. Kos prosiding di bawah Bahagian ini

109. Jika orang yang disiasat tidak hadir

110. Penerbitan dan dokumen dianggap keterangan bagi fakta yang dinyatakandi dalamnya

111. Tiada tindakan terhadap Jawatankuasa Tatatertib, dsb., kerana perbuatanyang dilakukan

BAHAGIAN VIII

SARAAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

112. Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membeli kepentingan klien

113. Jawatankuasa Kos Peguam Cara

114. Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuk saraandaripada klien

115. Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagi perundingandaripada penggadai janji

Seksyen

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16610

URUSAN BERTIKAIAN

Seksyen

116. Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian bagi kosurusan bertikaian

117. Kos boleh didapatkan daripada klien oleh orang lain yang tidak diakusaksi

118. Menguatkuasakan perjanjian

119. Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam bela dan peguamcara yang telah mati yang belum disempurnakan

120. Jika klien menukar peguam sebelum perjanjian disempurnakan

121. Jika saraan peguam bela dan peguam cara bukannya perkara perjanjian

BAHAGIAN IX

MENDAPATKAN DAN MENETAPKAN KOS

122. Peguam bela dan peguam cara ditakrif

123. Peguam bela dan peguam cara berhak mengenakan tanggungan ke atasharta untuk mendapatkan kos

124. Tiada peguam bela dan peguam cara boleh mendakwa untuk mendapatkankos sehingga telah diserahkan bil kos

125. Kuasa mahkamah membenarkan peguam cara memulakan tindakan

126. Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa 6 bulandari masa diserahkan bil kos

127. Kos mendapatkan perintah untuk penetapan

128. Perintah bagi penetapan bil peguam bela dan peguam cara apabila notisdiberi

129. Petisyen oleh pihak yang bertanggungan membayar bil kos

130. Perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara dengan cara petisyen

131. Mahkamah boleh memerintahkan peguam bela dan peguam cara supayamenyerahkan salinan bil kepada pemohon

132. Bil kos hendaklah mengikut Kaedah-Kaedah mahkamah

133. Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas wang yangdibelanjakan oleh peguam

134. Kos perintah penetapan kena dibayar oleh peguam cara

135. Sijil pegawai penetapan adalah muktamad

136. Hak Kerajaan untuk mendapatkan kos tidak terjejas

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 11

BAHAGIAN X

PELBAGAI

137. Lembaga dan Bar hendaklah menyenggara suatu pejabat

138. Dokumen yang hendak disampaikan boleh dihantar melalui pos

139. Majlis Peguam atau Bar Malaysia hendaklah mendapatkan jumlah wang

140. Fi hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kaedah

141. Bank tidak terikat untuk mengambil perhatian akan hak terhadap akaunpeguam bela dan peguam cara

142. Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi pemberian berwasiat kepadaBar

BAHAGIAN XI

PERUNTUKAN PERALIHAN

143. Takrif

144. Penamaan ahli Lembaga

145. Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama peguam beladan peguam cara

146. Takrif

147. Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 disifatkan sebagai sijilamalan

148. Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam memegang jawatan padatarikh Akta ini mula berkuat kuasa

149. Aset dan harta Majlis Peguam dan Bar Tempatan

150. Kecualian

151. Peruntukan Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara hendaklah terpakaiberkenaan dengan saraan peguam bela dan peguam cara sehingga PerintahAm dibuat di bawah Akta

BAHAGIAN XII

PEMANSUHAN

152. Pemansuhan

JADUAL

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16612

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 13

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 166

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang yang berhubungandengan profesion undang-undang dalam Malaysia.

[Semenanjung Malaysia—1 Jun 1977, P.U. (B) 327/77]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang1976.

(2) Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagipermulaan kuat kuasa bahagian atau peruntukan Akta ini yangberlainan dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaankuat kuasa Akta ini di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pemakaian

2. Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia tetapi hendaklahhanya boleh terpakai di Sabah dan Sarawak dengan ubah suaianyang dibuat melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong; danPerintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16614

Tafsiran

3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteks ayatnya menghendakimakna yang lain—

“Bar Malaysia” dan “Bar” ertinya pertubuhan perbadanan yangditubuhkan di bawah seksyen 41;

“Daftar Pengamal” ertinya daftar tahunan yang disimpan olehPendaftar di bawah seksyen 31;

“Daftarai” ertinya Daftarai peguam bela dan peguam caraMahkamah Tinggi yang disimpan oleh Pendaftar di bawahseksyen 28;

“Jawatankuasa Peguam” ertinya suatu Jawatankuasa Bar yangdipilih di bawah seksyen 70;

“Jawatankuasa Kaedah” ertinya Jawatankuasa Kaedah yangditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diberikuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia tatacaradalam Mahkamah Tinggi;

“Jawatankuasa Kos Peguam cara” ertinya Jawatankuasa KosPeguam cara yang ditubuhkan di bawah seksyen 113;

“klien” termasuklah—

(a) berhubung dengan urusan bertikaian, mana-mana orangyang sebagai prinsipal atau bagi pihak seorang lainmenempah atau mengguna khidmat seseorang peguambela dan peguam cara dan mana-mana orang yangbertanggungan atau mungkin bertanggungan membayarkos peguam cara;

(b) berhubung dengan urusan bukan bertikaian, mana-manaorang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak seoranglain, atau sebagai seorang pemegang amanah, wasi ataupentadbir, atau atas apa-apa sifat lain, mempunyai kuasayang nyata atau tersirat, untuk menempah atau menggunakhidmat, dan menempah atau mengguna khidmat, seseorangpeguam bela, dan peguam cara, dan mana-mana orangyang pada masa ini bertanggungan membayar kepadaseorang peguam bela dan peguam cara bagi perkhidmatandan kosnya;

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 15

“kerani berartikel” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam seksyen 20;

“kos” termasuklah fi, caj, bayaran ganti, belanja dan saraan;

“Kumpulan Wang Pampasan” dan “Kumpulan Wang” ertinyakumpulan wang yang disenggarakan dan ditadbirkan mengikutseksyen 80;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kelayakan yang ditubuhkan di bawahseksyen 4;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang HakimMahkamah Tinggi apabila bersidang dalam Mahkamah terbuka,dan “Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidangdalam Kamar;

“Majlis Peguam” dan “Majlis” ertinya majlis pusat Bar Malaysiayang ditubuhkan di bawah seksyen 47;

“orang berkelayakan” ertinya mana-mana orang yang—

(a) telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazahSarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya,Universiti Malaya di Singapura, Universiti Singapura atauUniversiti Kebangsaan Singapura;

(b) ialah seorang barrister-at-law England; atau

(c) mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yangdiisytiharkan oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalamWarta sebagai cukup untuk menjadikan seseorang ituorang berkelayakan bagi maksud Akta ini;

“Ordinan” ertinya Ordinan Peguam bela dan Peguam cara 1947[M.U. 4/1947];

“pegawai undang-undang” ertinya seorang berkelayakan dalamperkhidmatan kehakiman dan perundangan;

“peguam bela dan peguam cara”, dan “peguam cara” jika konteksayatnya menghendaki ertinya seseorang peguam bela dan peguamcara Mahkamah Tinggi yang diterima masuk dan didaftaraikansebagai peguam bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16616

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi dan termasuklahTimbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan PenolongPendaftar;

“Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia” ertinya suatupeperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga atau orang lain yangdilantik oleh Lembaga bagi maksud itu;

“plider” ertinya seorang plider yang berhak menjalankan amalanpada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;

“sijil amalan” ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar dibawah seksyen 29;

“Sijil Tahunan” ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dibawah seksyen 32;

“urusan bertikaian” ertinya urusan yang dijalankan oleh seorangpeguam bela dan peguam cara, dalam atau bagi maksud prosidingyang dimulakan di hadapan suatu mahkamah keadilan, tribunal,lembaga, suruhanjaya, majlis, badan berkanun atau seorangpenimbang tara.

BAHAGIAN II

LEMBAGA KELAYAKAN

Lembaga Kelayakan

4. Suatu badan bernama Lembaga Kelayakan ditubuhkan.

Fungsi Lembaga

5. Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) bagi menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagikemasukan mana-mana orang menjalani artikel dengantujuan dia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguamcara;

(b) bagi mengadakan kursus pengajaran untuk, dan bagimengawal selia latihan dan pengajaran bagi, keraniberartikel;

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 17

(c) bagi mengadakan peperiksaan bagi kerani berartikel yanghendak menjadi orang berkelayakan;

(d) bagi memutuskan kelayakan, jika ada, selain kelayakanyang ditetapkan dalam perenggan (a) dan (b) mengenaitakrif “orang berkelayakan” dalam seksyen 3, yang bolehmengehakkan seseorang menjadi orang berkelayakan bagimaksud Akta ini;

(e) bagi mengadakan kursus pengajaran untuk, dan peperiksaanbagi, orang yang kelayakannya tidak cukup untukmenjadikan mereka itu orang berkelayakan bagi maksudAkta ini kecuali selepas menjalani kursus dan luluspeperiksaan;

(f) bagi mengadakan peruntukan mengenai pengurusan danpenjalanan Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Kuasa am Lembaga dan kuasa membuat kaedah-kaedah

6. (1) Sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang diberikanoleh Akta ini Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah dan melakukansegala perkara yang perlu dan bersampingan untuk melaksanakantujuan Bahagian ini dan juga fungsi Lembaga.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),tetapi tertakluk kepada Bahagian ini, Lembaga khususnya bolehmembuat kaedah-kaedah—

(a) bagi mengawal selia mesyuarat dan penjalanan Lembaga;

(b) bagi membolehkan kerani berartikel diambil dan digunakhidmat oleh prinsipal dan bagi kelakuan, kewajipan dantanggungjawab pihak itu;

(c) bagi mengawal selia cara kerani berartikel menjalani tempohkeartikelannya;

(d) menentukan subjek yang kerani berartikel dikehendakimahir di dalamnya;

(e) bagi peperiksaan kerani berartikel dari semasa ke semasa;

(f) bagi pengecualian kerani berartikel daripada kursuspengajaran atau peperiksaan;

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16618

(g) bagi pelantikan pensyarah dan pemeriksa dan bagipembayaran fi kepada mereka;

(h) bagi pegurusan dan penjalanan, dan pengecualian kategoritertentu orang berkelayakan dan kerani berartikel daripada,Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia;

(i) bagi menetapkan borang yang hendak digunakan dan fiyang hendak dibayar di bawah Bahagian ini.

Keahlian Lembaga

7. Lembaga hendaklah terdiri daripada—

(a) Peguam Negara yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) dua orang Hakim yang dinamakan oleh Ketua HakimNegara;

(c) Pengerusi Majlis Peguam; dan

(d) seorang Dekan Fakulti Undang-Undang yang dinamakanoleh Menteri Pelajaran.

Memilih pemangku Pengerusi

8. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembagadan jika sekiranya Pengerusi tidak ada, ahli Lembaga yang hadirdalam mesyuarat itu hendaklah memilih seorang pemangku Pengerusiyang hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa Pengerusi.

(2) Ketua Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga.

(3) Lembaga hendaklah melantik mana-mana pegawai yangdifikirkannya perlu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membayarsaraan kepada pekerjanya.

Mesyuarat Lembaga dan kuorum

9. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat pada masa dan di tempatyang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2) Lembaga mempunyai kuasa untuk menentukan kuorum bagimesyuaratnya.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 19

(3) Setiap ahli Lembaga mempunyai satu undi dan Pengerusimesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

Orang Berkelayakan

Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

10. Mahkamah Tinggi boleh, menurut budi bicaranya dan tertaklukkepada Akta ini menerima masuk sebagai peguam bela dan peguamcara Mahkamah Tinggi—

(a) mana-mana orang berkelayakan; dan

(b) mana-mana kerani berartikel yang telah mematuhiseksyen 25:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang menjadi orangberkelayakan oleh sebab dia telah lulus peperiksaan akhir bagiijazah atau kelayakan lain yang menjadikan dia orang berkelayakandi bawah perenggan (a), (b) atau (c) takrif bagi “orang berkelayakan”dalam seksyen 3 boleh diterima masuk sebagai peguam bela danpeguam cara sebelum ijazah atau kelayakan lain telah dianugerahkankepadanya.

Kelayakan untuk diterima masuk

11. (1) Tertakluk kepada seksyen 14, seseorang berkelayakan bolehditerima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara jika dia—

(a) telah mencapai umur lapan belas tahun;

(b) berkelakuan baik; dan—

(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayahyang menjadikannya tidak layak menjadi seorangahli bagi profesionnya, dan khususnya, tetapi tidakterhad kepada, sesuatu kesalahan melibatkan fraudatau kecurangan;

(ii) tidak pernah dihukum menjadi bankrap dan tidakpernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatanatau peninggalan yang disebut dalam perenggan33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) AktaKebankrapan 1967 [Akta 360];

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16620

(iii) tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan lainyang membolehkan dia dipecat, hilang kelayakanatau digantung daripada menjalankan amalan,jika dia seorang barrister atau peguam beladi England;

(iv) tidak pernah, atau tidak boleh kena, dipecat, hilangkelayakan atau digantung atas sifatnya sebagaiseorang pengamal undang-undang di mana-mananegeri lain;

(c) ialah sama ada seorang warganegara Persekutuan atauseorang pemastautin tetap Malaysia;

(d) telah menjalani dengan memuaskan di Malaysia tempohlatihan yang ditetapkan bagi orang berkelayakan.

(2) Mulai 1 Januari 1984, tiada seseorang pun berkelayakanboleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam caramelainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen(1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan KelayakanBahasa Malaysia.

Tempoh latihan orang berkelayakan

12. (1) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang berkelayakanhendaklah dikenali sebagai seorang “pelatih” dalam tempohlatihannya, dan seseorang yang dengannya pelatih itu menjalanitempoh latihannya atau mana-mana bahagian daripada tempohlatihannya hendaklah dikenali sebagai “pengajar”.

(2) Seseorang berkelayakan hendaklah, sebelum diterima masuksebagai peguam bela dan peguam cara, menjalani suatu tempohlatihan dan, tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 13, tempohlatihan yang ditetapkan ialah sembilan bulan.

(3) Tiada seseorang pun berkelayakan boleh, tanpa kebenarankhas secara bertulis daripada Majlis Peguam, memegang apa-apajawatan atau bertugas dalam apa-apa pekerjaan dari apa-apa jenis,sama ada sepenuh masa atau selainnya, dalam tempoh latihannya,tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalangseseorang pelatih daripada menerima saraan daripada pengajarnya.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 21

Pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untukmenjalani latihan

13. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4) seseorang pelatih hendaklahmenjalani tempoh latihannya dengan seorang peguam bela danpeguam cara yang menjalankan dan telah menjalankan amalansecara aktif dalam Malaysia bagi jumlah tempoh tidak kurangdaripada tujuh tahun sebelum sahaja tarikh latihannya bermula:

Dengan syarat bahawa Majlis Peguam boleh atas alasan khasmembenarkan seseorang pelatih menjalani tempoh latihannya denganseorang peguam bela dan peguam cara yang telah menjalankanamalan kurang daripada tujuh tahun.

(2) Majlis Peguam boleh membenarkan seseorang berkelayakanmenjalani bahagian tempoh latihannya yang berlainan denganpengajar yang berlainan.

(3) Majlis Peguam boleh, menurut budi bicaranya sendiri,mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan hingga selama enam bulan apabila permohonandibuat kepadanya dengan disokong dengan keterangan yangmemuaskan bahawa—

(a) ada hal keadaan khas yang mewajarkan tempoh latihanitu disingkatkan; atau

(b) pemohon telah selama tempoh tidak kurang daripada enambulan menjadi pelatih atau berlatih dalam kamar seseorangpengamal undang-undang yang telah menjalankan amalansendirian secara aktif selama lebih daripada tujuh tahundi Komanwel; atau

(c) pemohon ialah seorang kerani berartikel di Malaysia atau;

(d) pemohon telah bertugas dalam amalan sendirian secaraaktif sebagai pengamal undang-undang tidak kira dengannama apa jua dia dikenali di mana-mana bahagianKomanwel selama tempoh tidak kurang daripada enambulan.

(4) Seseorang berkelayakan yang telah berkhidmat dalamPerkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama tujuh tahundikecualikan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan dengansyarat permohonannya untuk diterima masuk sebagai peguam bela

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16622

dan peguam cara disokong dengan suatu sijil daripada PeguamNegara yang menyatakan bahawa dia seorang yang layak dan sesuaiditerima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.

(5) Majlis Peguam boleh, menurut budi bicaranya sendiri, apabilapermohonan dibuat kepadanya dengan disokong dengan keteranganyang memuaskan secara bertulis yang diberikan oleh Peguam Negara,mengecualikan seseorang berkelayakan yang telah berkhidmat dalamPerkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama sekurang-kurangnya tiga tahun, daripada menjalani apa-apa tempoh latihansehingga maksimum enam bulan.

Memfail petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan, dsb.

14. (1) Apabila difail apa-apa petisyen untuk diterima masuk dandidaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, Majlis Peguamhendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat penyiasatanpenuh mengenai kelakuan pempetisyen dan, setelah petisyen itudiputuskan untuk didengar, hendaklah menghantar kepada HakimBesar suatu laporan sulit mengenai hasil penyiasatan itu.

(2) Semua Jawatankuasa Bar Negeri (jika lebih daripada satu)dalam Negeri yang orang yang memohon untuk diterima masuksebagai peguam bela dan peguam cara menurut seksyen 15 telahmenjalani latihannya hendaklah, apabila petisyen orang itu diputuskanuntuk didengar, membuat atau menyebabkan supaya dibuatpenyiasatan penuh mengenai kelakuan pempetisyen itu dan laporansulit mengenai hasil penyiasatan itu hendaklah dihantar kepadaHakim Besar dengan apa-apa ulasan mengenainya yang difikirkanperlu oleh Majlis Peguam.

(3) Jika mana-mana laporan yang disebut dalam subseksyen (1)atau subseksyen (2) tidak menguntungkan pempetisyen, HakimBesar, jika difikirkannya patut, boleh mengarahkan supaya laporanitu difailkan dalam Mahkamah dan satu salinannya disampaikankepada pempetisyen dan, tertakluk kepada apa-apa arahansebagaimana yang boleh diberi oleh Mahkamah, laporan itu bolehlahdiambil kira apabila petisyen itu didengar.

(4) Segala laporan dan perhubungan di bawah seksyen inidiistimewakan secara mutlak.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 23

Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit

15. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang yangbercadang hendak memohon untuk diterima masuk dan didaftaraikansebagai peguam bela dan peguam cara.

(2) Suatu permohonan untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguam cara di bawah seksyen ini hendaklah dibuatmelalui suatu petisyen kepada Mahkamah dan disahkan denganafidavit.

(3) Tiap-tiap pempetisyen hendaklah, dalam tempoh tidak kurangdaripada empat belas hari sebelum petisyennya didengar atau suatutempoh yang lebih singkat sebagaimana dibenarkan oleh Mahkamah,membuat suatu afidavit dengan menunjukkan—

(a) jika berkenaan, salinan benar bagi apa-apa keterangandokumen yang menunjukkan bahawa dia ialah seorangberkelayakan;

(b) dua sijil yang terbaharu tentang kelakuan baiknya;

(c) suatu sijil kerajinan daripada pengajarnya yang dengannyadia telah menjalani latihannya dalam hal yang diadikehendaki menjalani suatu tempoh latihan, atau, jikaketiadaan sijil itu, apa-apa keterangan lain yang dikehendakioleh Mahkamah yang menunjukkan dia telah menjalanilatihan itu dengan rajin;

(d) jika berkenaan, suatu sijil yang ditandatangani olehSetiausaha Lembaga menyatakan bahawa pempetisyentelah menghadiri kursus pengajaran dan lulus peperiksaan,jika ada, yang diperlukan baginya di bawah Akta ini; dan

(e) jika berkenaan, suatu sijil daripada pengetuanya yangmenyatakan bahawa dia telah menjalani tempoh latihanyang berkenaan dengan memuaskan sebagai seorang keraniberartikel;

(f) salinan benar apa-apa keterangan dokumentar yangmenunjukkan bahawa dia ialah sama ada seorangwarganegara Persekutuan atau seorang pemastautin tetapMalaysia; dan

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16624

(g) salinan benar apa-apa keterangan dokumentar bahawadia telah lulus atau dikecualikan daripada PeperiksaanKelayakan Bahasa Malaysia.

(4) Petisyen, notis, afidavit dan sijil yang disebut dalam seksyenini hendaklah dalam borang yang ditetapkan oleh Lembaga.

(5) Pempetisyen hendaklah memfailkan petisyennya di PejabatPendaftar di Pejabat Besar Pendaftaran disertai dengan notismemberitahu yang dia telah membuat petisyen itu; notis itu hendaklahditampalkan dan terus ditampalkan pada semua Mahkamah Tinggiselama tiga bulan sebelum pempetisyen itu diterima masuk dandidaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Memfail petisyen dan bantahan

16. (1) Satu salinan bagi setiap petisyen dan afidavit yangdikehendaki difailkan di bawah seksyen 15 bersama dengan salinanbenar setiap dokumen yang ditunjukkan menurut seksyen ituhendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pemfailannya di PejabatPendaftar, dan dalam masa tidak kurang daripada sepuluh hari atauapa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkanoleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mendengarpetisyen itu, disampaikan kepada Peguam Negara, Majlis Peguamdan Jawatankuasa Bar Negeri bagi Negeri yang pelatih itu telahmenjalani apa-apa bahagian daripada tempoh latihannya.

(2) Jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau mana-manaJawatankuasa Bar Negeri bercadang hendak membantah mana-mana petisyen, hendaklah disampaikan kepada pempetisyen itudan difailkan di Pejabat Pendaftar, dalam masa tidak kurang daripadatiga hari genap atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimanayang dibenarkan oleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkanuntuk mendengar petisyen itu, suatu notis bantahan yang hendaklahmenyatakan secara ringkas alasan bagi bantahan itu.

(3) Apabila suatu notis bantahan difailkan petisyen itu hendaklahditetapkan untuk didengar dalam masa satu bulan atau dengansecepat yang mungkin di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

(4) Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeritidak perlu diwakili apabila sesuatu petisyen itu didengar melainkanjika Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri,mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang hendak membantah

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 25

petisyen itu, tetapi tiada apa-apa perintah boleh dibuat terhadapmana-mana petisyen melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawapetisyen, afidavit dan salinan benar bagi setiap dokumen itu telahdisampaikan dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki olehsubseksyen (1).

Memasukkan kaveat menentang penerimaan masuk

17. (1) Mana-mana orang boleh memasukkan suatu kaveatmenentang mana-mana pempetisyen diterima masuk sebagai peguambela dan peguam cara dan apabila kaveat itu dimasukkan tiadaapa-apa permohonan untuk pempetisyen itu diterima masuk sebagaipeguam bela dan peguam cara boleh didengar melainkan jika suatunotis pendengaran tidak kurang daripada 3 hari genap telahdisampaikan kepada orang yang membuat kaveat itu.

(2) Tiap-tiap kaveat di bawah seksyen ini hendaklah dibuat diPejabat Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaandan alamat pengkaveat, suatu pernyataan ringkas tentang alasanbantahannya dan suatu alamat untuk penyampaian notis.

(3) Jika pada bila-bila masa selepas pempetisyen diterima masukdan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, buktidiberi dengan memuaskan Mahkamah bahawa sesuatu petisyen,afidavit, sijil atau dokumen lain yang telah difailkan oleh pempetisyenmengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukanpada bahagian materialnya atau menyembunyikan apa-apa faktamaterial nama pempetisyen itu boleh dikeluarkan daripadaDaftarai.

(4) Jika seorang peguam bela dan peguam cara telah dikeluarkandaripada Daftarai menurut subseksyen (3), Pendaftar hendaklahapabila apa-apa petisyen dibuat lagi oleh orang itu juga untukditerima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara membawafakta itu kepada pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah,jika tiada hal keadaan yang khas, enggan meluluskan petisyenyang dibuat lagi itu.

Penerimaan masuk dalam hal tertentu

18. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Aktaini, Mahkamah, bagi maksud mana-mana satu kes dan tertaklukkepada subseksyen yang berikut, boleh menerima masuk seseorang

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16626

untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguamcara yang, jika dia seorang warganegara Malaysia, atau seorangpemastautin tetap di Malaysia, dia layak diterima masuk sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dantiada seorang pun boleh diterima masuk untuk menjalankan amalansebagai peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen inimelainkan jika—

(a) bagi maksud kes yang tertentu itu dia, pada pendapatMahkamah, mempunyai kelayakan khas atau pengalamandaripada jenis yang tidak boleh didapati daripada kalanganpeguam bela dan peguam cara di Malaysia; dan

(b) dia telah diarahkan oleh seorang peguam bela dan peguamcara di Malaysia.

(2) Mana-mana orang yang memohon untuk dibenarkan hadirsebagai peguam di bawah seksyen ini hendaklah berbuat demikianmelalui usul pemula yang disahkan dengan afidavitnya sendiri,atau dengan afidavit peguam bela dan peguam cara yangmengarahkannya, menyatakan nama pihak dan butiran ringkasmengenai guaman atau perkara yang pemohon bercadang hendakhadir, dan menunjukkan dalam afidavit itu persetujuan pemohonuntuk hadir dalam guaman atau perkara itu; usul pemula itu danafidavit itu hendaklah disampaikan kepada Peguam Negara,Setiausaha Majlis Peguam dan Setiausaha Jawatankuasa Bar Negeridalam Negeri di mana guaman atau perkara itu akan didengar dankepada pihak yang satu lagi kepada guaman atau perkara itu; padamasa penyampaian itu pemohon hendaklah membayar satu ratusringgit kepada Setiausaha Majlis Peguam dan satu ratus ringgitkepada Setiausaha Jawatankuasa Bar Negeri bagi meliputi kosmereka yang dilakukan bagi permohonan itu.

(3) Sebelum seseorang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawahseksyen ini Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentangpendapat setiap orang yang telah disampaikan permohonan itu.

(4) Pendaftar hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan itu,mengeluarkan kepada tiap-tiap orang yang dibenarkan hadirsebagai peguam di bawah seksyen ini suatu sijil untuk menjalankanamalan dengan menyatakan di dalamnya guaman atau perkara yangorang itu dibenarkan hadir; dan mana-mana orang yang kepadanyasuatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawahsubseksyen ini hendaklah bagi maksud penggunakhidmatannya

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 27

dalam guaman atau perkara itu disifatkan sebagai seorang yangkepadanya suatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkandi bawah seksyen 29.

(5) Pendaftar tidak boleh mencatatkan di dalam Daftarai tetapihendaklah menyimpan suatu Daftarai yang berasingan bagi namaorang yang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyenini.

(6) Dalam seksyen ini perkataan “guaman atau perkara”termasuklah apa-apa prosiding interlokutori atau rayuan yangberkaitan dengan apa-apa guaman atau perkara.

Hak merayu pembantah

19. Pempetisyen di bawah seksyen 15 dan pemohon di bawahseksyen 18 dan mana-mana satu atau lebih daripada yang berikutiaitu Peguam Negara, Lembaga, Setiausaha Majlis Peguam atauSetiausaha mana-mana Jawatankuasa Bar Negeri yang membantahmana-mana petisyen atau membantah pembuatan apa-apa perintahatau mana-mana usul pemula menurut seksyen 18 mempunyai hakuntuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan:

Dengan syarat bahawa seseorang Hakim yang membuat perintahyang terhadapnya rayuan itu dibuat tidak boleh menjadi seorangahli Mahkamah Persekutuan.

Kerani Berartikel

Kelayakan bagi kerani berartikel

20. (1) Kecuali dibenarkan oleh Akta ini dan apa-apa kaedahyang dibuat oleh Lembaga tiada seorang pun boleh membuatperjanjian untuk menjalani artikel dengan tujuan supaya diterimamasuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan jika dia—

(a) telah mencapai umur tujuh belas tahun;

(b) berkelakuan baik; dan

(c) mempunyai kelayakan pendidikan yang perlu yangditetapkan oleh Lembaga.

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16628

(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang telah membuatperjanjian untuk menjalani artikel dengan seseorang peguam beladan peguam cara hendaklah dikenali sebagai “kerani berartikel”dan seseorang peguam bela dan peguam cara yang menerima seorangkerani berartikel hendaklah dikenali sebagai “pengetua”.

Syarat menjadi pengetua dan pelepasan kerani

21. (1) Tanpa kebenaran khas secara bertulis daripada Lembaga,tiada seseorang peguam bela dan peguam cara layak menjadi pengetuamelainkan jika dia telah menjalankan amalan dengan aktif sebagaipeguam bela dan peguam cara di Malaysia selama tempoh tidakkurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja permulaan artikel dandia masih menjalankan amalan dengan aktif.

(2) Tiada seorang pengetua boleh mempunyai lebih daripadadua orang kerani berartikel pada satu masa.

(3) Tiada seseorang pun pengetua boleh mengambil atau menggunakhidmat mana-mana kerani berartikel selepas pengetua itu berhentimenjalankan amalan dengan aktif sebagai peguam bela dan peguamcara di Malaysia atau semasa kerani berartikel itu diguna khidmatoleh seorang peguam bela dan peguam cara lain.

(4) Jika mana-mana peguam bela dan peguam cara mengambilseorang kerani berartikel berlanggaran dengan seksyen ini Lembagaboleh atas usulnya sendiri melepaskan artikel kerani berartikel ituatas apa-apa terma, termasuklah terma tentang pemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabaholeh Lembaga.

Melepaskan kerani kerana tidak layak

22. Jika apa-apa tuduhan dibuat kepada Lembaga tentangketidaklayakan seseorang kerani berartikel untuk menjadi peguambela dan peguam cara, dan Lembaga, selepas menyiasat tuduhanitu berpuas hati bahawa kerani berartikel itu tidak layak untukmenjadi peguam bela dan peguam cara, Lembaga boleh atas usulnyasendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu atas apa-apa terma,termasuklah terma tentang pemulangan apa-apa premium,sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh Lembaga.

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 29

Melepaskan kerani secara am

23. Jika Lembaga berpuas hati atas permohonan yang dibuatsama ada oleh seorang pengetua atau seorang kerani berartikelbahawa artikel sepatutnya dilepaskan, Lembaga boleh melepaskanartikel itu atas apa-apa terma, termasuklah terma-terma tentangpemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patutdan munasabah oleh Lembaga.

Tempoh artikel dan syarat artikel

24. (1) Tempoh artikel bagi seorang kerani berartikel yang ialahmahasiswa dari Universiti yang diiktiraf oleh Lembaga bagi maksudseksyen ini ialah tiga tahun.

(2) Tempoh artikel bagi tiap-tiap orang lain ialah lima tahun.

(3) Tiada seorang pun kerani berartikel boleh tanpa kebenarankhas secara bertulis daripada Majlis Peguam, memegang apa-apajawatan atau bertugas dalam apa-apa jenis pekerjaan, sama adapenuh masa atau selainnya, dalam masa artikelnya tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang seseorang keraniberartikel menerima saraan daripada pengetuanya.

Syarat bagi kerani berartikel diterima masuk

25. (1) Tertakluk kepada seksyen 22 dan 23 dan apa-apa kaedahyang dibuat oleh Lembaga tiada seorang kerani berartikel bolehditerima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguamcara melainkan jika dia—

(a) telah menjalani tempoh artikel yang ditetapkan denganmemuaskan;

(b) telah menghadiri apa-apa kursus pengajaran sebagaimanayang ditetapkan oleh Lembaga secara am atau khas; dan

(c) telah lulus apa-apa peperiksaan sebagaimana yangditetapkan oleh Lembaga.

(2) Mulai 1 Januari 1984, tiada seorang pun kerani berartikelboleh diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela danpeguam cara melainkan jika, sebagai tambahan pada memenuhikehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripadaPeperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16630

Kajian Semula

Rayuan daripada keputusan Lembaga kepada Hakim

26. (1) Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan apa-apakeputusan Lembaga boleh memohon kepada Hakim bagi mengkajisemula keputusan itu.

(2) Jika Lembaga tidak memutuskan apa-apa permintaan dalammasa enam minggu selepas permintaan itu mula-mula dikemukakankepadanya, pemohon boleh memohon di bawah seksyen ini seolah-olah permintaan itu telah diputuskan bertentangan denganpermintaannya.

(3) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah dibuatmelalui saman dalam kamar atas petisyen perayu jika dia telahmemfailkan suatu petisyen, selainnya, melalui saman pemula; Hakimyang mendengar permohonan itu boleh menurut budi bicaranyamenangguh permohonan itu supaya didengar dalam Mahkamahterbuka.

(4) Tiap-tiap saman dalam kamar atau saman pemula, mengikutmana-mana yang berkenaan, hendaklah disokong dengan keteranganmelalui afidavit dan hendaklah disampaikan bersama dengan afidavititu kepada Lembaga; saman dalam kamar atau saman pemula itutidak boleh didengar sebelum tamat dua belas hari selepas tarikhia disampaikan kepada Lembaga.

(5) Pada masa atau sebelum permohonan itu didengar, Lembagaboleh mengemukakan kepada Hakim suatu laporan sulit mengenaipemohon itu; laporan itu tidak boleh difailkan dalam Mahkamahtetapi suatu salinannya hendaklah diberikan kepada pemohon.

(6) Sesuatu laporan sulit di bawah seksyen ini diistimewakan.

(7) Pada pendengaran itu Hakim boleh menolak permohonanitu atau boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patutdan munasabah di bawah Akta ini.

(8) Seorang Hakim yang menjadi seorang ahli Lembaga tidakboleh mendengar apa-apa permohonan di bawah seksyen ini.

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 31

Mendengar Petisyen dan Daftarai

Pendengaran oleh Hakim yang menjadi ahli Lembaga

27. Seorang Hakim yang menjadi ahli Lembaga tidak bolehmendengar mana-mana petisyen untuk diterima masuk sebagaipeguam bela dan peguam cara.

Daftarai peguam bela dan peguam cara

28. (1) Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftarai peguambela dan peguam cara berserta dengan tarikh mereka masing-masingditerima masuk sedemikian.

(2) Nama, berserta dengan tarikh diterima masuk sebagai peguambela dan peguam cara bagi tiap-tiap orang yang diterima masuksedemikian hendaklah dicatitkan dalam Daftarai mengikut susunantarikh mereka diterima masuk.

(3) Tiap-tiap orang yang diterima masuk sebagai peguam beladan peguam cara hendaklah membayar fi yang ditetapkan danPendaftar hendaklah menyerahkan kepadanya suatu surat caraditerima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara yangditandatangani oleh Hakim Besar atau Hakim yang menerimapempetisyen masuk.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi orang yang diterima masuksebagai peguam bela dan peguam cara di bawah seksyen 18.

(5) Daftarai hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-manaorang pada waktu pejabat tanpa bayaran.

*B AHAGIAN II A

PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGANPENERIMAAN MASUK SEBAGAI PEGUAM BELA DAN

PEGUAM CARA

Kuasa Peguam Negara untuk mengeluarkan Sijil PenerimaanMasuk Khas

28A. (1) Peguam Negara boleh mengeluarkan suatu sijil khas untukditerima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara* CATATAN—Bahagian ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1999–lihat P.U. (B) 33/1999.

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16632

Mahkamah Tinggi (kemudian daripada ini disebut sebagai “SijilPenerimaan Masuk Khas”) kepada mana-mana orang yang, padapendapatnya, memenuhi kehendak-kehendak yang berikut:

(a) (i) ialah seorang berkelayakan; atau

(ii) bukan seorang berkelayakan, tetapi mempunyai suatukelulusan yang menjadikannya layak untukmenjalankan amalan sebagai seorang barrister, atausebagai seorang peguam cara, atau sebagai seorangpeguam bela dan peguam cara, atau selainnya sebagaiseorang pengamal undang-undang tidak kira dengannama apa jua dia dikenali atau untuk diambil bekerjasebagai seorang pegawai undang-undang ataukehakiman dalam perkhidmatan mana-mana kerajaan,dalam mana-mana negara; atau dalam sesuatubahagian mana-mana negara; atau dalam mana-manawilayah atau tempat, di luar Malaysia; dan

(b) telah menjalankan amalan sebagai seorang barrister, atausebagai seorang peguam cara atau sebagai seorang peguambela dan peguam cara, atau selainnya sebagai seorangpengamal undang-undang tidak kira dengan nama apajua dia dikenali atau telah diambil bekerja sebagai seorangpegawai undang-undang atau kehakiman oleh mana-manakerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa, pertubuhanatau badan, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, atau telah ada kalanya menjalankan amalansedemikian atau ada kalanya diambil bekerja sedemikian,keseluruhan atau sebahagiannya di dalam Malaysia ataukeseluruhan atau sebahagiannya di luar Malaysia, selamatempoh, atau selama tempoh yang jumlahnya beramaun,tidak kurang daripada tujuh tahun.

(2) Jika Peguam Negara mengeluarkan sesuatu Sijil PenerimaanMasuk Khas dia hendaklah menyatakan dalamnya tempoh yangorang yang kepadanya Sijil itu dikeluarkan akan diterima masuksebagai seorang peguam bela dan peguam cara.

(3) Sesuatu Sijil Penerimaan Masuk Khas ialah keterangankonklusif bahawa kehendak perenggan (1)(a) dan (b) telah dipenuhi,dan kesahan Sijil itu tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkandalam mana-mana mahkamah.

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 33

(4) Dalam subseksyen (1)—

“kerajaan” termasuklah—

(i) Kerajaan Malaysia;

(ii) Kerajaan mana-mana Negeri dalam Malaysia; dan

(iii) kerajaan mana-mana negara, atau suatu bahagian sesuatunegara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luar Malaysia;dan

“undang-undang” termasuklah—

(i) undang-undang bertulis sebagaimana ditakrifkan dalamseksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]; dan

(ii) undang-undang mana-mana negara, atau suatu bahagiansesuatu negara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luarMalaysia.

Penerimaan masuk dan pendaftaraian sebagai seorang peguambela dan peguam cara seseorang yang kepadanya dikeluarkansuatu Sijil Penerimaan Masuk Khas

28B. (1) Seseorang yang kepadanya dikeluarkan suatu SijilPenerimaan Masuk Khas boleh memohon melalui saman pemulaex parte kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam Kamarsupaya diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam caraMahkamah Tinggi.

(2) Seseorang Hakim yang mendengar sesuatu permohonan dibawah subseksyen (1) hendaklah, apabila berpuas hati mengenaikeaslian Sijil Penerimaan Masuk Khas itu dan mengenai identitipemohon itu, menerima pemohon masuk sebagai seorang peguambela dan peguam cara Mahkamah Tinggi selama tempoh yangdinyatakan dalam Sijil itu; dan seseorang yang diterima masuksedemikian sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklahdidaftaraikan dan diberikan suatu surat cara diterima masuk dibawah seksyen 28.

(3) Penerimaan masuk dan pendaftaraian seseorang sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2)tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-manamahkamah.

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16634

(4) Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterimamasuk di bawah subseksyen (2) berhak untuk memperbaharuipenerimaan masuknya dari semasa ke semasa apabila dikemukakankepada Pendaftar dalam tempoh dua bulan sebelum tamat tempohpenerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikutmana-mana yang berkenaan, suatu Sijil Pembaharuan yangdikeluarkan oleh Peguam Negara menurut budi bicaranya:

Dengan syarat bahawa, dengan izin Peguam Negara secara bertulis,Sijil Pembaharuan itu boleh dikemukakan kepada Pendaftar padabila-bila masa selepas tamat tempoh penerimaan masuk ataupenerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yangberkenaan.

(5) Sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan di bawahsubseksyen (4) hendaklah untuk pembaharuan penerimaan masukatau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yangberkenaan, selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam Sijilitu, dan pembaharuan di bawah subseksyen (4) hendaklah sewajarnyaselama tempoh yang dinyatakan demikian.

(6) Kesahan sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan dibawah subseksyen (4) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkandalam mana-mana mahkamah.

(7) Peruntukan seksyen 10 hingga 19, termasuklah kedua-duanya,tidak boleh terpakai bagi penerimaan masuk seseorang sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara di bawah Bahagian ini, ataubagi pembaharuan penerimaan masuk atau penerimaan masuk yangdibaharui, peguam bela dan peguam cara itu.

Peruntukan mengenai Sijil Tahunan tidak terpakai bagi peguambela dan peguam cara yang diterima masuk di bawah Bahagianini

28C. Peruntukan seksyen 32 dan 33, atau mana-mana peruntukanlain Akta ini yang berhubungan dengan Sijil Tahunan, tidak bolehterpakai bagi peguam bela dan peguam cara yang diterima masukdi bawah Bahagian ini.

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 35

Kuasa Peguam Negara membuat perintah

28D. Peguam Negara boleh, dengan perintah yang disiarkan dalamWarta, membuat apa-apa peruntukan yang difikirkan perlu dansuai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Bahagian ini ataumelaksanakan maksudnya, dan tanpa menjejaskan keluasan yangtersebut di atas, sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen iniboleh mengadakan peruntukan bagi—

(a) apa-apa perkara tambahan, bersampingan atau berbangkitberhubung dengan Bahagian ini; dan

(b) menghapuskan apa-apa jua kesulitan atau anomali dalammana-mana peruntukan Akta ini atau dalam mana-manaundang-undang bertulis yang lain, atau selainnya, yangmungkin disebabkan oleh mana-mana peruntukan atauBahagian ini.

Peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai

28E. Peruntukan Bahagian ini atau mana-mana perintah yangdibuat di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apapun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan atau tidak selarasdengannya yang terkandung dalam mana-mana peruntukan Aktaini selain Bahagian ini, atau dalam mana-mana undang-undangbertulis yang lain, dan peruntukan Akta ini (selain Bahagian ini)atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lainhendaklah dibaca—

(a) mutatis mutandis dengan peruntukan Bahagian ini danmana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini;dan

(b) dengan segala apa-apa jua ubah suaian, penyesuaian,perubahan atau pertukaran yang perlu untuk menjadikannyaselaras dengan peruntukan Bahagian ini dan mana-manaperintah yang dibuat di bawah Bahagian ini.

BAHAGIAN III

SIJIL AMALAN

Peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat akuanpada tiap-tiap tahun

29. (1) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah dalamsetiap tahun sebelum dia melakukan apa-apa perbuatan atas sifat

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16636

seorang peguam bela dan peguam cara menyerahkan ataumenyebabkan supaya diserahkan kepada Pendaftar:

(a) suatu akuan secara bertulis menyatakan—

(i) nama penuhnya;

(ii) nama yang dia menjalankan amalan atau namapeguam bela dan peguam cara atau firma peguambela dan peguam cara yang menggunakhidmatnya;dan

(iii) alamat utama atau alamat lain yang dia menjalankanamalan di Malaysia;

(b) Sijil Tahunan terakhir atau salinannya yang sebenar, jikaada, yang dikeluarkan kepadanya oleh Majlis Peguam;dan

(c) fi yang ditetapkan,

dan Pendaftar hendaklah apabila berpuas hati bahawa semua dokumenyang perlu adalah teratur dan bahawa nama firma yang di bawahnyapeguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan ada dalamdaftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 85(1) mengeluarkansuatu sijil amalan kepada peguam bela dan peguam cara itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiap-tiap sijil amalanhendaklah ditandatangani oleh Pendaftar dan hendaklah sah daritarikh ia dikeluarkan hingga akhir tahun itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) jika nama peguam bela dan peguam cara dikeluarkan,atau dipotong daripada Daftarai, sijil amalan itu, jikaada, bagi peguam bela dan peguam cara itu hendaklahtamat serta-merta dan tarikh tamatnya itu hendaklahdicatatkan oleh Pendaftar dalam Daftar Pengamal;

(b) jika seorang peguam bela dan peguam cara dihukummenjadi bankrap atau jika suatu perintah penerimaan dibuatterhadapnya, sijil amalan, jika ada, bagi peguam bela danpeguam cara itu hendaklah digantung serta merta, sehinggakebenaran Majlis Peguam untuk menggunakannya semuladidapati.

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 37

(3) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhidengan sempurnanya peruntukan subseksyen (1) dalam bulan Januarisesuatu tahun, sijil amalan yang dikeluarkan kepadanya berkenaandengan tahun itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasadari 1 Januari dalam tahun itu.

(4) Dalam seksyen ini perkataan “tahun” hendaklah bererti tempohdari 1 Januari dalam mana-mana tahun kalendar hingga 31 Disemberdalam tahun kalendar yang sama itu.

Kehilangan kelayakan untuk mendapat sijil amalan

30. (1) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara bolehmemohon suatu sijil amalan—

(a) melainkan jika dia menjalankan amalan atau bercadanguntuk menjalankan amalan sama ada bagi pihaknya sendiriatau secara perkongsian di Malaysia; atau

(b) melainkan jika dia diguna khidmat atau akan digunakhidmat sepenuh masa dalam menjalankan amalannya diMalaysia oleh peguam bela dan peguam cara atau firmapeguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalandi Malaysia; atau

(c) jika dia diguna khidmat secara berkeuntungan oleh mana-mana orang, firma atau badan lain atas sifat selain seorangpeguam bela dan peguam cara.

(2) Bagi maksud seksyen ini seseorang berkelayakan tidak bolehditafsirkan sebagai bekerja secara berkeuntungan jika dia berkhidmatdalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

(3) Mana-mana orang berkelayakan yang diguna khidmat secaraberkeuntungan mengikut perenggan (1)(c) hendaklah menyerahkanbalik sijil amalannya kepada Pendaftar.

Daftar Pengamal

31. (1) Apabila dikeluarkan tiap-tiap sijil amalan, Pendaftarhendaklah menyebabkan supaya dicatatkan dalam daftar tahunanyang dinamakan Daftar Pengamal, butir-butir yang terkandungdalam akuan yang diserahkan di bawah perenggan 29(1)(a) danmana-mana orang boleh memeriksa Daftar Pengamal itu pada waktupejabat tanpa bayaran.

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16638

(2) Jika ada apa-apa perubahan mengenai mana-mana peguambela dan peguam cara tentang butir-butir yang disebut dalamsubseksyen (1) peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dalammasa satu bulan kemudiannya memberitahu Pendaftar dan MajlisPeguam, dan Pendaftar hendaklah dengan itu menyebabkan supayacatatan berkenaan dengan peguam bela dan peguam cara itu dibuatdalam Daftar Pengamal.

Pengeluaran Sijil Tahunan

32. (1) Tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 33 dan 34,Majlis Peguam hendaklah pada bila-bila masa selepas bulan Jundalam tahun yang terdahulu mengeluarkan Sijil Tahunan kepadaseorang peguam bela dan peguam cara dalam masa dua puluh satuhari selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (2) jika—

(a) Majlis Peguam berpuas hati bahawa permohonan itumematuhi subseksyen itu dan apa-apa kaedah yang dibuatdi bawah seksyen ini;

(b) Majlis Peguam berpuas hati bahawa pemohon tidak dilarangdaripada memegang suatu sijil amalan di bawah seksyen30;

(c) peguam bela dan peguam cara itu telah menyerahkanatau dikecualikan daripada menyerahkan suatu laporanakauntan mengikut seksyen 79;

(d) peguam bela dan peguam cara itu tidak berhutang berkenaandengan apa apa caruman kepada Kumpulan WangPampasan, atau berkenaan dengan apa-apa yuran ataulevi yang kena dibayar secara sah kepada Majlis Peguamatau Jawatankuasa Bar Negerinya di bawah Akta ini; dan

(e) peguam bela dan peguam cara itu bercadang untukmenjalankan amalan di bawah sesuatu nama yangdiluluskan.

(2) Permohonan oleh seorang peguam bela dan peguam carauntuk suatu Sijil Tahunan hendaklah dibuat dalam borangsebagaimana yang ditetapkan oleh dan mengikut kaedah-kaedahyang dibuat di bawah seksyen ini dan hendaklah disertai dengansijil yang berkenaan yang menunjukkan bahawa perenggan (1)(d)telah dipatuhi.

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 39

(3) Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana peguambela dan peguam cara jika dalam, atau berhubung dengan, suatupermohonan di bawah seksyen ini dia membuat suatu pernyataanpalsu yang material kepada permohonan itu.

(4) Tertakluk kepada Akta ini, Majlis Peguam boleh membuatkaedah-kaedah bagi mengawal selia pengeluaran Sijil Tahunan.

(5) Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawahseksyen ini hendaklah ditandangani oleh Pengerusi Majlis Peguam.

Pengeluaran Sijil Tahunan dalam keadaan tertentu

33. (1) Subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa berkenaan denganpermohonan bagi suatu Sijil Tahunan yang dibuat oleh seorangpeguam bela dan peguam cara—

(a) selepas luput lebih daripada dua belas bulan semenjakdia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguamcara dan jika dia tidak memegang suatu sijil amalan yangsah selama tempoh itu;

(b) jika dia telah memegang suatu sijil amalan yang tertaklukkepada terma dan syarat pada bila-bila masa dalam masatiga tahun sebelum sahaja permohonannya;

(c) selepas luput lebih daripada dua belas bulan semenjakdia memegang suatu sijil amalan yang sah;

(d) selepas *Jawatankuasa Tatatertib telah memerintah supayasuatu penalti atau kos dibayar olehnya;

(e) setelah digantung daripada menjalankan amalan atau setelahnamanya dikeluarkan, atau dipotong, daripada Daftaraitempoh penggantungan itu telah tamat atau namanya telahdicatatkan semula dalam Daftarai, mengikut mana-manayang berkenaan;

(f) semasa dia masih seorang bankrap yang belum dilepaskanatau semasa suatu perintah penerimaan dalam kebankrapanmasih berkuat kuasa terhadapnya;

*CATATAN—Apa-apa sebutan mengenai “Jawatankuasa Tatatertib” atau “Jawatankuasa Penyiasatan”dalam Akta ini sebelum ia dipinda dalam tahun 1992 oleh Akta A812 mestilah ditafsirkan sebagaisuatu sebutan mengenai istilah “Lembaga Tatatertib” menurut pindaan itu—lihat Akta ProfesionUndang-Undang (Pindaan) 1992 [Akta A812] s. 2(2).

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16640

(g) setelah dihukum menjadi bankrap dan mendapatpelepasannya atau setelah membuat suatu komposisi denganpemiutangnya atau suatu surat ikatan perkiraan bagi faedahpemiutangnya;

(h) selepas suatu perintah komital atau perintah supaya suatuwrit penahanan dikeluarkan telah dibuat terhadapnya.

(2) Dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam subseksyen(1), pemohon hendaklah, melainkan jika Hakim atau Majlis Peguammemerintahkan selainnya, memberi notis kepada Majlis Peguamtidak kurang daripada empat minggu sebelum permohonannya untuksuatu Sijil Tahunan mengenai tujuannya hendak memohonnya danMajlis Peguam boleh menurut budi bicaranya—

(a) mengeluarkan suatu Sijil Tahunan; atau

(b) memberitahu pemohon bahawa dia dikehendaki membuatsuatu permohonan di bawah seksyen 34.

Pemohon hendaklah memohon kepada Mahkamah

34. (1) Seseorang peguam bela dan peguam cara yang dikehendakimembuat suatu permohonan di bawah seksyen ini atau mana-manapeguam bela dan peguam cara yang tidak puas hati dengankeengganan, kecuaian atau kelewatan dalam mengeluarkan kepadanyasuatu Sijil Tahunan boleh memohon kepada seorang Hakim melaluisaman pemula untuk mendapatkan suatu perintah mengarahkanMajlis Peguam mengeluarkan suatu Sijil Tahunan kepadanya.

(2) Hakim yang mendengar sesuatu permohonan di bawah seksyenini boleh membuat suatu perintah supaya kos dibayar oleh ataukepada sama ada Majlis Peguam atau pemohon sebagaimana yangdifikirkan patut dan munasabah.

BAHAGIAN IV

KEISTIMEWAAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

Hak peguam bela dan peguam cara

35. (1) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana undang-undangbertulis lain, mana-mana peguam bela dan peguam cara mempunyaihak eksklusif untuk hadir dan bercakap bagi pihak klien mereka

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 41

dalam semua Mahkamah Keadilan di Malaysia mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dalam Mahkamah itu; dan antara merekasendiri mereka mempunyai hak dan keistimewaan yang sama tanpaperbezaan.

(2) Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam ini bolehmenyentuh hak yang dengan ini ditetapkan bagi—

(a) pegawai undang-undang yang kewajipannya memerlukanmereka berbuat demikian, dan orang berkelayakan yangdilantik untuk sementara bagi menjalankan kewajipanpegawai undang-undang untuk hadir dan bercakap bagipihak Kerajaan dalam Mahkamah;

(b) *Pemegang Amanah Raya, Ketua Pengarah Insolvensi,*Penolong Pegawai Amanah Raya dan †Pegawai Insolvensiuntuk hadir dan bercakap dalam Mahkamah di bawahmana-mana undang-undang bertulis yang berhubungandengan jawatan itu; dan

(c) plider yang sedia ada.

Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama merekadalam Daftarai sebelum menjalankan amalan

36. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiada seorang pun bolehmenjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara ataumelakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang peguam bela danpeguam cara melainkan jika namanya ada dalam Daftarai dan diamempunyai suatu sijil amalan yang sah membenarkan dia melakukanperbuatan itu; seseorang yang tidak berkelayakan sedemikian disebutdalam Akta ini “orang tidak diberi kuasa”.

(2) Seseorang Hakim, atas permohonan yang dibuat dalam Kamaroleh seorang Pengajar pada masa bermulanya latihan pelatih Pengajaritu, boleh membuat suatu perintah membenarkan pelatih itu hadirbagi pihak Pengajar atau firma yang Pengajar itu sedang menjalankanamalan—

(a) di sepanjang tempoh tiga bulan dari tarikh perintah itu—

(i) di hadapan Hakim atau Pendaftar Mahkamah Tinggi,dalam Kamar;

*CATATAN—Apa-apa sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya ditafsirkan sebagai sebutan mengenaiPerbadanan—lihat subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya [Akta 532].

†CATATAN—lihat seksyen 70 Akta A1197 yang berkuatkuasa pada 1.10.2003.

Page 42: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16642

(ii) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret,dalam Kamar;

(iii) di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah,

untuk menyebut kes, termasuk mencatatkan penghakiman ingkar,atau memohon jaminan atau mengambil penghakiman persetujuanatau perintah; dan

(b) pada masa tamatnya tempoh tiga bulan tersebut dalamkamar di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rendahdan di hadapan mana-mana Majistret, untuk menjalankanapa-apa guaman atau perkara.

(3) Hakim hendaklah membuat perintah yang disebut dalamsubseksyen (2) jika difikirkannya patut dan munasabah berbuatdemikian dengan syarat sentiasanya bahawa kedua-dua MajlisPeguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri telah disampaikanpermohonan itu dan telah mendapat peluang didengar mengenaipermohonan itu.

(4) Tempoh latihan hendaklah bermula pada tarikh pemfailanpetisyen yang disebut dalam subseksyen 15(5).

(5) Pengajar pelatih, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeriboleh memohon pada bila-bila masa di sepanjang latihan seseorangpelatih kepada mana-mana Hakim dalam Kamar untuk mendapatkanperubahan atau pembatalan perintah yang disebut dalam subseksyen(2) dan Hakim atas permohonan itu hendaklah membuat apa apaperintah yang dalam segala hal keadaan didapatinya adalah untukkepentingan utama profesion itu.

(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagaimenghalang seseorang pegawai undang-undang daripada menjalankanapa-apa tugasnya tanpa memegang suatu sijil amalan atau menjadikanseorang pegawai undang-undang yang tidak mempunyai sijil amalanyang sah sebagai orang tidak diberi kuasa.

Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguambela dan peguam cara

37. (1) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang—

(a) bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam caraatau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atauatas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu

Page 43: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 43

tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohonserta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, ataumemulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membelaapa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas namamana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah diMalaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa suratcara berhubung dengan apa-apa prosiding dalam mana-mana Mahkamah itu; atau

(b) bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambilatau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atauperihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakanatau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa diadiiktiraf oleh undang undang sebagai berkelayakan ataudiberi kuasa sedemikian,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), mana-manaorang tidak diberi kuasa yang sama ada secara langsung atau secaratidak langsung—

(a) membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau suratcara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alihatau yang berhubungan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau apa-apa amanah; atau

(b) mengambil arahan untuk atau membuat atau menyediakanapa-apa dokumen untuk mengasaskan atau menentangsuatu pemberian probet atau surat pentadbiran pusaka;

(c) membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau suratcara yang berhubungan dengan memperbadankan ataumenubuhkan suatu syarikat berhad; atau

(d) bagi pihak suatu pihak menuntut atau seorang yangmengatakan dirinya sebagai mempunyai tuntutan atas suatuhak di sisi undang-undang menulis, menyiarkan ataumenghantar suatu surat atau notis mengugut hendakmengambil prosiding undang-undang selain suatu suratatau notis menyatakan bahawa perkara itu akan diserahkankepada seorang peguam bela dan peguam cara bagiprosiding undang-undang; atau

Page 44: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16644

(e) memujuk rayu hak untuk berunding, atau berunding denganapa-apa cara pun bagi penyelesaian, atau menyelesaikan,apa-apa tuntutan yang terbit daripada kecederaan diriatau kematian dan yang berasaskan hak di sisi undang-undang atau selainnya,

melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukanbukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi,keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawahsubseksyen ini.

(3) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang menawarkan ataubersetuju meletakkan untuk kegunaan seseorang lain perkhidmatanseseorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahandi bawah subseksyen ini:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagiseseorang yang menawarkan atau bersetuju meletakkan untukkegunaan seseorang lain perkhidmatan seseorang peguam bela danpeguam cara menurut suatu kontrak tanggung rugi atau insuranyang sah.

(4) Tiap-tiap orang yang disabitkan atas suatu kesalahan dibawah subseksyen (2) atau (3) boleh, apabila disabitkan, bagikesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ratus ringgitatau jika tidak membayarnya dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi tiga bulan dan bagi kesalahan kali kedua atau kalikemudiannya didenda tidak melebihi dua ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5) Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu pertubuhanperbadanan yang jika dilakukan oleh seseorang akan menjadi suatukesalahan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) atau yang berkeadaanatau yang dilakukan sedemikian hingga boleh dikira sebagaimembayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu berkelayakan,atau diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan, untukbertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara adalahsuatu kesalahan di bawah seksyen ini dan pertubuhan perbadananitu boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama didendatidak melebihi satu ribu ringgit dan bagi kesalahan kali yang keduaatau kali kemudiannya didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit dan

Page 45: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 45

jika perbuatan itu dilakukan oleh seorang pengarah, pegawai ataupekhidmatnya oleh itu pengarah, pegawai atau pekhidmat itu boleh,tanpa menjejaskan tanggungan pertubuhan perbadanan itu, dikenakanhukuman yang diperuntukkan dalam subseksyen (4).

(6) Jika mana-mana firma melakukan suatu perbuatan yang jikadilakukan oleh seseorang akan menjadi suatu kesalahan di bawahsubseksyen (1), (2) atau (3) tiap-tiap ahli firma itu hendaklahdisifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika diamembuktikan bahawa dia tidak tahu tentang perbuatan itu dilakukan.

(7) Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatanberhubung dengan suatu prosiding yang dicadangkan atau dibawadalam Mahkamah Tinggi dan perbuatan itu suatu kesalahan dibawah seksyen ini, orang itu juga melakukan kesalahan menghinaMahkamah yang dalamnya prosiding itu dicadangkan atau dibawadan boleh dihukum dengan sewajarnya tidak kira sama ada diadidakwa bagi kesalahan itu atau tidak.

Orang tertentu boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguamcara

38. (1) Seksyen 37 tidaklah terpakai bagi—

(a) Peguam Negara atau Peguam Cara Negara atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah kuasa salahseorang daripada mereka;

(b) *Pemegang Amanah Raya, Ketua Pengarah Insolvensi,*Penolong Pemegang Amanah Raya dan †PegawaiInsolvensi yang bertindak dalam masa menjalankankewajipan mereka di bawah mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan jawatan mereka;

(c) mana-mana pegawai awam lain yang membuat ataumenyediakan surat cara dalam masa menjalankankewajipannya;

(d) mana-mana orang yang bertindak sendiri untuk dirinyasahaja dalam apa-apa perkara atau prosiding yang diaialah suatu pihak kepadanya atau yang bertindak semata-mata bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan yang dengannyadia berkhidmat sebagai seorang pekerja bergaji sepenuhmasa dalam apa-apa perkara atau prosiding yang syarikatatau pertubuhan itu ialah suatu pihak, tetapi orang itu

*CATATAN—Apa-apa sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya ditafsirkan sebagai sebutan mengenaiPerbadanan—lihat subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya [Akta 532].

†CATATAN—lihat seksyen 70 Akta A1197 yang berkuatkuasa pada 1.10.2003.

Page 46: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16646

tidak berhak untuk mewakili syarikat atau pertubuhan itudi dalam Mahkamah atau di dalam Kamar atau mengakusaksi dokumen bagi pihak syarikat atau pertubuhan ituyang dikehendaki diaku saksi oleh seorang peguam beladan peguam cara;

(e) mana-mana pekerja bona fide dan sepenuh masa bagisuatu syarikat insuran yang merundingkan penyelesaianatau yang menyelesaikan suatu tuntutan yang dibuat ataudicadangkan terhadap mana-mana orang atau pertubuhanperbadanan dalam hal jika tuntutan yang timbul daripadakecederaan diri atau kematian itu berhubung dengan sesuaturisiko yang diinsurankan oleh syarikat insuran itu;

(f) mana-mana penimbang tara atau pengadil yang bertindaksecara sah di bawah mana-mana undang-undang bertulisberhubung dengan timbang tara, bagi menyelesaikan danmencuba menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihakdalam penimbangtaraan;

(g) mana-mana ahli sepenuh masa daripada kakitanganakademik Fakulti Undang-undang Universiti Malaya yangbertindak semata-mata atas sifat penasihat dengan arahandaripada seorang peguam bela dan peguam cara yangmenjalankan amalan;

(h) mana-mana akauntan yang membuat atau menyediakandokumen dalam menjalankan profesionnya;

(i) apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Timbang TaraPerusahaan atau Mahkamah Syariah;

(j) mana-mana orang yang semata-mata diguna khidmat untukmenulis sesuatu surat cara atau prosiding;

(k) mana-mana juruaudit syarikat yang diluluskan yangmembuat atau menyediakan sesuatu surat cara yang disebutdalam perenggan 37(2)(c) atau yang dia diberi kuasamembuat di bawah mana-mana undang-undang bertulisyang berhubungan dengan syarikat;

(l) mana-mana ejen yang diberi kuasa dengan sempurna hinggamemuaskan hati Pendaftar Cap Dagangan yang membuatatau menyediakan dokumen mengenai apa-apa perkarayang berhubung dengan cap dagangan;

Page 47: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 47

(m) mana-mana pekerja sepenuh masa bagi seseorang peguambela dan peguam cara yang membuat atau menyediakanapa-apa dokumen di bawah kuasa seseorang peguam beladan peguam cara yang menjalankan amalan dan bagimaksud majikannya.

(2) Perkataan “dokumen” dan “surat cara” dalam seksyen 37tidak termasuk sesuatu wasiat atau dokumen lain yang mewasiatkan.

Surat cara dan dokumen hendaklah diendors

39. Tiap-tiap orang yang membuat atau menyediakan apa-apasurat cara atau dokumen yang disebut dalam seksyen 37 hendaklahmengendorskan atau menyebabkan supaya diendorskan pada suratcara atau dokumen itu nama dan alamatnya atau nama dan alamatfirmanya atau firma yang mengguna khidmatnya dan mana-manaorang itu yang tidak berbuat demikian atau secara palsumengendorskan atau menyebabkan supaya diendorskan mana-manasurat cara itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Tiada kos boleh dibayar kepada orang tidak berkuasa

40. (1) Tiada apa-apa kos berkenaan dengan apa-apa jua yangdilakukan oleh seseorang tidak diberi kuasa sebagai seorang peguambela dan peguam cara atau berkenaan dengan apa-apa perbuatanyang suatu kesalahan di bawah seksyen 37 atau 39 boleh dituntutoleh seseorang dalam sesuatu tindakan, guaman atau perkara.

(2) Apa-apa pembayaran kepada seseorang tidak diberi kuasabagi apa-apa jua yang dilakukan yang ialah suatu kesalahan dibawah seksyen 37 atau 39 boleh dituntut di dalam mahkamah yangmempunyai bidang kuasa yang layak oleh orang yang telah membayarwang itu.

BAHAGIAN V

BAR MALAYSIA

Penubuhan Bar Malaysia

41. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Bar Malaysia”ditubuhkan.

Page 48: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16648

(2) Bar Malaysia ialah suatu pertubuhan perbadanan yang kekalturun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan danmempunyai kuasa tertakluk kepada Akta ini untuk membawa guamandan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan memperolehdan melupuskan harta alih dan harta tak alih dan melaku danmenyempurnakan apa-apa perbuatan lain yang boleh disempurnakanoleh pertubuhan perbadanan melalui undang-undang.

Tujuan dan kuasa Bar

42. (1) Tujuan Bar Malaysia ialah—

(a) untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingansendiri atau kepentingan ahlinya, tidak terpengaruh olehperasaan takut atau kasihan;

(b) untuk memelihara dan meninggikan lagi standard kelakuandan pengajaran profesion undang-undang di Malaysia;

(c) untuk memudahkan ahli profesion undang-undang danlain-lain memperoleh pengetahuan undang-undang;

(d) jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakanpendapatnya atas perkara yang melibatkan perundangandan pentadbiran dan amalan undang-undang di Malaysia;

(e) untuk mewakili, memperlindungi dan menolong ahliprofesion undang-undang di Malaysia dan memajukandengan apa-apa cara yang wajar kepentingan profesionundang-undang di Malaysia;

(f) untuk menubuhkan perpustakaan dan memperoleh ataumenyewa premis bagi menempatkan perpustakaan danpejabat Bar Malaysia atau kemudahan bagi kegunaananggota sama ada bersendiri atau bersama dengan sesuatubadan atau pertubuhan lain;

(g) untuk memperlindungi dan menolong orang ramai dalamsemua perkara yang menyentuh, berkaitan ataubersampingan dengan undang-undang;

(h) untuk membuat peruntukan bagi atau menolongmenganjurkan suatu skim yang orang yang tiada berwangboleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara;

Page 49: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 49

(i) untuk memberi hadiah dan biasiswa dan menubuhkandan mensubsidi pensyarahan di institut pendidikan dalamperkara pengajian yang berhubungan dengan undang-undang;

(j) untuk memberi bantuan wang atau bantuan lain kepadamana-mana persatuan, institut, lembaga atau pertubuhandi Malaysia demi kepentingan profesion undang-undangatau demi kepentingan pelajar undang-undang;

(k) untuk memberi bantuan wang atau bantuan lain kepadaahli atau bekas ahli Bar Malaysia dan kepada isteri, balu,anak dan orang tanggungan lain, sama ada bagi ahli,bekas ahli atau ahli yang telah mati yang memerlukanapa-apa bantuan itu;

(l) untuk memajukan hubungan baik dan pergaulan sosial dikalangan ahli dan antara ahli dengan orang lain yangterlibat dalam pentadbiran undang-undang dan keadilandi Malaysia;

(m) untuk menggalak, mengadakan dan memelihara hubunganbaik dengan badan profesional bagi profesion undang-undang di negara lain dan mengambil bahagian dalamaktiviti mana-mana persatuan tempatan atau antarabangsadan menjadi ahlinya; dan

(n) untuk menubuhkan suatu Kumpulan Wang Pampasan.

(2) Sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang diberikanoleh Akta ini, Bar Malaysia boleh—

(a) membeli atau memajak mana-mana tanah atau bangunanyang dikehendaki bagi apa-apa maksud Bar Malaysia;

(b) menjual, menyerahkan balik, memberi, memajakkan,bertukar-tukar atau mengubah mana-mana tanah ataubangunan sebagaimana yang didapati amat sesuai atauberfaedah;

(c) meminjam wang sama ada dengan cara overdraf bankatau selainnya bagi apa-apa maksud Bar Malaysia yangdifikirkan berfaedah dari semasa ke semasa oleh BarMalaysia;

Page 50: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16650

(d) membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan cara memanggilmesyuarat agung Bar Malaysia dan tatacara bagi mesyuaratitu dan kaedah-kaedah itu hendaklah diluluskan dan bolehdipinda dengan ketetapan biasa dalam sesuatu mesyuaratagung Bar Malaysia; dan

(e) melakukan semua perkara lain yang bersampingan denganatau membawa kepada tercapainya atau bertambah baiknyatujuan Bar Malaysia.

(3) Sebagai tambahan kepada mana-mana kaedah lain yang bolehdibuatnya di bawah Akta ini Bar Malaysia boleh membuat kaedah-kaedah untuk menguatkuasakan Bahagian ini.

Ahli Bar Malaysia dan Yuran

Peguam bela dan peguam cara ialah ahli Bar

43. Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara menjadi ahli BarMalaysia tanpa dipilih, dimasukkan atau dilantik dan berterusanmenjadi ahli di bawah seksyen ini selama dia mempunyai suatusijil amalan yang sah.

Kelayakan seseorang ahli

44. Semua ahli yang tidak terhutang yuran di bawah seksyen 46layak—

(a) menghadiri dan mengundi dalam mana-mana mesyuaratagung;

(b) tertakluk kepada seksyen 46A, dipilih menjadi ahli MajlisPeguam; dan

(c) mengundi dalam pemilihan ahli untuk menjadi ahli MajlisPeguam.

Kehilangan kelayakan menjadi ahli

45. Mana-mana ahli Bar Malaysia apabila tidak lagi berkelayakanmenjadi ahli hendaklah dengan itu terhenti menjadi ahli.

Yuran tahunan

46. (1) Amaun yuran tahunan yang kena dibayar oleh ahli BarMalaysia hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5),ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Peguam.

Page 51: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 51

(2) Pada menetapkan yurannya, Majlis Peguam bebas membahagiahli kepada kelas-kelas, dan memperuntukkan bahawa amaun yangberlainan hendaklah dibayar oleh kelas yang berlainan bagi tempohyang berlainan dan pada amnya mengawal dan mengubah darisemasa ke semasa yuran yang kena dibayar oleh ahli atau olehkelas ahli yang berlainan, sebagaimana yang difikirkan patut danmunasabah oleh Majlis Peguam.

(3) Majlis Peguam boleh dari semasa ke semasa menetapkanlevi yang kena dibayar oleh ahli bagi apa-apa tujuan Bar Malaysia.

(4) Jumlah yuran yang kena dibayar di bawah subseksyen (1),levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (3) dan carumantahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 80 tidak boleh dalammana-mana tahun kalendar lebih daripada tiga ratus ringgit bagisetiap ahli tanpa kelulusan dua pertiga daripada ahli yang hadirdan mengundi sendiri dalam sesuatu mesyuarat agung Bar Malaysia.

(5) Tanggungan untuk membayar apa-apa yuran tahunan kepadaBar Malaysia bermula apabila yuran telah ditetapkan oleh MajlisPeguam. Semua yuran tahunan kepada Bar Malaysia hendaklahdibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.

(6) Seseorang peguam bela dan peguam cara, jika dia membayaryuran tahunannya selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen(5), hendaklah membayar kepada Majlis Peguam, sebagai tambahankepada yuran yang terhutang, suatu amaun yang senilai denganyuran yang terhutang sedemikian itu.

Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Majlis Peguam,Jawatankuasa Peguam, dsb.

Kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Majlis Peguam, sesuatuJawatankuasa Peguam, atau mana-mana jawatankuasanya

46A. (1) Seseorang ahli hilang kelayakan untuk menjadi ahli MajlisPeguam atau sesuatu Jawatankuasa Peguam, atau ahli mana-manajawatankuasa Majlis Peguam atau mana-mana JawatankuasaPeguam—

(a) melainkan jika dia ialah atau telah menjadi seorang peguambela dan peguam cara selama tempoh tidak kurang daripadatujuh tahun, atau selama tempoh yang jumlahnya beramauntidak kurang daripada tujuh tahun; atau

Page 52: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16652

(b) jika dia ialah seorang ahli Dewan Negara atau DewanRakyat, atau seorang ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri,atau seorang ahli mana-mana pihak berkuasa tempatan;atau

(c) jika dia memegang apa-apa jawatan dalam—

(i) mana-mana kesatuan sekerja; atau

(ii) mana-mana parti politik; atau

(iii) apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orangyang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang, sama ada ia didalam Malaysia atau di luar Malaysia, yangmempunyai tujuan atau menjalankan aktiviti yangboleh ditafsirkan sebagai berjenis, bercorak atauberbau politik, atau yang diisytiharkan oleh PeguamNegara dengan perintah yang disiarkan dalam Wartasebagai suatu pertubuhan, badan atau kumpulanorang yang mempunyai tujuan itu atau menjalankanaktiviti itu.

(2) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Peguam Negara di bawahsubperenggan 1(c)(iii) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkandalam mana-mana mahkamah.

(3) Jika seseorang ahli Majlis Peguam atau sesuatu Jawatankuasapeguam, atau ahli mana-mana jawatankuasa Majlis Peguam atausesuatu Jawatankuasa peguam, hilang kelayakan di bawah subseksyen(1), dia hendaklah apabila menjadi sedemikian disifatkan sebagaitelah berhenti menjadi ahlinya itu dan sebagai telah mengosongkanapa-apa jawatan yang dipegang dalamnya.

Majlis Peguam

Penubuhan Majlis Peguam

47. (1) Bagi menguruskan hal ehwal Bar Malaysia dengan sempurnadan bagi melaksanakan fungsinya dengan sempurna di bawah Aktaini hendaklah ada suatu Majlis yang dikenali sebagai Majlis Peguam.

(2) Majlis Peguam hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a) Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang baharu lalubagi Bar Malaysia;

Page 53: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 53

(b) pengerusi setiap Jawatankuasa Bar Negeri dan ahli yangdipilih untuk mewakili setiap Jawatankuasa Bar Negerimenurut subseksyen 70(7);

(c) ahli yang dipilih menurut seksyen 50.

Tempoh memegang jawatan

48. Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap ahli Majlis Peguamhendaklah memegang jawatan selama satu tahun tetapi layak untukdipilih semula.

Pemilihan Ahli Majlis Peguam

Pemilihan ahli Majlis Peguam

49. (1) Pada tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya satu minggusebelum bulan Oktober Majlis Peguam hendaklah memberitahusemua ahli Bar Malaysia bahawa penamaan bagi memilih ahliMajlis Peguam yang disebut dalam perenggan 47(2)(c) boleh dibuatdan mestilah sampai ke pejabat Bar Malaysia dalam bulan Oktober.

(2) Tiap-tiap penamaan calon untuk pemilihan—

(a) hendaklah penamaan seorang yang berkelayakan menjadicalon di bawah Akta ini;

(b) hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh tidakkurang daripada tiga orang ahli;

(c) hendaklah menamakan hanya seorang calon sahaja danpersetujuannya hendaklah diendorskan dalam penamaanitu.

(3) Nama calon untuk pemilihan yang dinamakan mengikutsubseksyen (1) hendaklah dihantar kepada atau didepositkan dipejabat Bar Malaysia dalam bulan Oktober pada setiap tahun.

Pemilihan tahunan Majlis Peguam

50. (1) Pemilihan tahunan bagi ahli Majlis Peguam yang disebutdalam perenggan 47(2)(c) hendaklah, tertakluk kepadaseksyen 51, dengan undi pos.

Page 54: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16654

(2) Majlis Peguam hendaklah menetap dan menyiarkan dalamminggu pertama dalam bulan November pada tiap-tiap tahun danmemberitahu tiap-tiap ahli Bar Malaysia dengan surat mengenai—

(a) nama calon yang dinamakan untuk pemilihan mengikutseksyen 49;

(b) bilangan orang yang setiap ahli berhak mengundi;

(c) hari terakhir bagi mengembalikan undi pos itu yanghendaklah hari terakhir dalam bulan November;

(d) alamat untuk undi pos itu dikembalikan;

(e) nama tiga orang pemeriksa.

(3) Majlis Peguam hendaklah juga pada masa yang samamenghantar kepada tiap-tiap ahli suatu kertas undi mengandunginama semua calon yang dinamakan di bawah seksyen 49.

(4) Semua sampul surat mengandungi kertas undi yang diterimaoleh Majlis Peguam hendaklah disimpan tanpa dibuka dan hendaklahdiserahkan kepada pemeriksa pada hari kerja yang pertama selepashari terakhir dalam bulan November.

(5) Pemeriksa hendaklah mengira kertas undi itu danmengisytiharkan kepada Setiausaha Majlis Peguam orang yangdipilih tidak lewat daripada hujung minggu pertama dalam bulanDisember setiap tahun dan dengan itu Setiausaha Majlis Peguamhendaklah dengan serta-merta memberitahu setiap JawatankuasaBar Negeri akan orang yang dipilih sedemikian itu.

(6) Jika dengan cara tidak sengaja Majlis Peguam tidak mematuhiseksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat berkenaan denganpemilihan bagi Majlis Peguam hal yang demikian tidak membatalkansesuatu pemilihan.

Bila pemilihan disifatkan sebagai pemilihan

51. (1) Jika bilangan calon yang dinamakan untuk pemilihan bagiMajlis Peguam hanya sebanyak yang dikehendaki untuk dipilihmaka calon itu hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih; jikakurang, calon yang dinamakan hendaklah disifatkan sebagai telahdipilih dan mereka bersama-sama dengan ahli lain Majlis ituhendaklah melantik beberapa lagi ahli yang perlu untuk memenuhikehendak perenggan 47(2)(c).

Page 55: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 55

(2) Jika tiada penamaan dibuat bagi pemilihan ahli Majlis Peguamahli lain Majlis Peguam hendaklah melantik dua belas orang yangberkelayakan menjadi calon di bawah Akta ini untuk menjadi ahliMajlis itu.

(3) Ahli Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2)hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai ahli yangdipilih.

Majlis Peguam apabila ditubuhkan

52. Tiap-tiap bakal Majlis Peguam baru yang ditubuhkan di bawahBahagian ini hendaklah memulakan jawatan apabila tamat mesyuaratagung tahunan hadapan yang mula-mula dan hendaklah memegangjawatan sehingga tamat mesyuarat agung tahunan dalam tahunyang berikut.

Kekosongan luar jangka hendaklah diisi oleh orang berkelayakan

53. (1) Apa-apa kekosongan luar jangka yang berlaku di kalanganahli Majlis Peguam yang dipilih hendaklah diisi oleh Majlis Peguamdengan melantik seseorang yang berkelayakan di bawah Akta ini,dan ahli baru itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempohjawatan ahli yang digantikannya itu.

(2) Walau apa pun apa-apa kekosongan dalam Majlis ahli yangmasih menjadi ahli Majlis boleh bertindak dengan syarat ada cukupkuorum, dan tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh atau dibawah kuasa Majlis Peguam akan terbatal oleh sebab apa-apakecacatan yang didapati kemudiannya dalam pemilihan ataukelayakan ahli atau mana-mana daripada mereka.

Pegawai-pegawai

Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Bar

54. (1) Hendaklah ada seorang Yang Dipertua, seorang Naib YangDipertua dan seorang Setiausaha bagi Bar Malaysia yang hendaklahdipilih oleh Majlis Peguam daripada kalangan ahlinya; tetapi tiadaseorang pun Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausahaboleh memegang jawatan selama lebih daripada dua tahun berturut-turut dan sekiranya berlaku apa-apa kekosongan luar jangka dalam

Page 56: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16656

jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausaha BarMalaysia, maka Majlis Peguam hendaklah dalam mesyuaratnyayang akan datang atau dengan seberapa segera selepasnya memilihseorang daripada ahlinya bagi mengisi kekosongan itu.

(2) Yang Dipertua atau, jika dia tidak ada, Naib Yang Dipertua,hendaklah menjadi Pengerusi Majlis Peguam dan hendaklahmempengerusikan semua mesyuarat Majlis Peguam dan mesyuaratBar Malaysia.

(3) Jika Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua kedua-duanyatidak ada Majlis Peguam hendaklah memilih seorang Pengerusidaripada kalangan ahlinya.

Bila seseorang ahli Majlis Peguam kena mengosongkan jawatan

55. Seseorang ahli Majlis Peguam hendaklah mengosongkanjawatannya jika—

(a) dia telah dipotong daripada Daftarai atau digantung daripadamenjalankan amalan sebagai seorang peguam bela danpeguam cara; atau

(b) dia menjadi bankrap atau tidak solven atau membuatkomposisi dengan mana-mana pemiutang ataumenggunakan atau cuba menggunakan faedah mana-manaundang-undang bertulis untuk melikuidasi aset atau halehwalnya; atau

(c) dia menjadi tidak sempurna akal; atau

(d) dia meletakkan jawatannya dalam Majlis; atau

(e) dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis Peguamberturut-turut tanpa sebab yang munasabah dan MajlisPeguam membuat ketetapan supaya dia dipecat daripadajawatan.

Kuasa Majlis

Kuasa dan perbuatan Majlis Peguam

56. Pengurusan Bar Malaysia dan pengurusan wangnya diletakhakkan yang tidak dibenarkan, diarah akan dikehendaki dengannyata oleh pada Majlis Peguam; dan semua kuasa, perbuatan atau

Page 57: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 57

perkara yang tidak dibenarkan, diarah atau dikehendaki dengannyata oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukan oleh BarMalaysia dalam mesyuarat agung boleh, tertakluk kepada Akta iniatau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau apa-apaketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Bar Malaysiadalam mesyuarat agung, dijalankan atau dilakukan oleh MajlisPeguam:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa ketetapan Bar Malaysiaboleh membatalkan apa-apa kuasa yang telah dijalankan atau apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan terdahulu olehMajlis Peguam yang mungkin telah sah sekiranya ketetapan itutidak diluluskan.

Kuasa tertentu Majlis Peguam

57. Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh seksyen 56atau kuasa tertentu untuk membuat kaedah-kaedah yang diberikanoleh mana-mana peruntukan lain Akta ini Majlis Peguam mempunyaikuasa—

(a) membuat kaedah-kaedah bagi mengadakan peruntukanbagi semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyatakepada Bar Malaysia dalam mesyuarat agung sama adaperkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak;

(b) menjawab soalan yang menyentuh amalan dan kesopananprofesion undang-undang dan kelakuan ahli;

(c) mengambil endah akan apa-apa perkara yang menyentuhBar Malaysia atau kelakuan profesional ahlinya danmembawa ke dalam mana-mana mesyuarat agung BarMalaysia apa-apa perkara yang difikirkannya materialkepada Bar Malaysia atau kepada kepentingan profesiondan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakansebagaimana yang difikirkannya patut berhubungdengannya;

(d) memeriksa dan jika difikirkannya patut membuat laporanmengenai undang-undang semasa atau undang-undangyang dicadangkan dan apa-apa perkara undang-undangyang lain;

(e) mewakili ahli Bar Malaysia atau mana-mana bahagiannyaatau seseorang ahlinya yang tertentu dalam apa-apa perkarayang perlu atau suai manfaat;

Page 58: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16658

(f) dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan daripadaBar Malaysia dalam mesyuarat agung, memberi hadiahdan biasiswa untuk pelajar undang-undang dan menetapkansyarat bagi pemberiannya;

(g) melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat untukperkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimanayang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa kesemasa dan menentukan kewajipan dan tempohperkhidmatan mereka;

(h) membeli, menyewa atau selainnya memperoleh danmelengkapkan dengan perabot premis yang sesuai untukkegunaan Bar Malaysia;

(i) berhubung dari semasa ke semasa dengan pertubuhanseumpamanya yang lain dan dengan ahli profesion undang-undang di tempat lain bagi maksud memperoleh danmenyampaikan maklumat mengenai semua perkara yangmungkin berfaedah atau memberi minat kepada ahli;

(j) memula, menjalankan, membela, mengkompaun ataumeninggalkan apa prosiding undang-undang oleh atauterhadap Bar Malaysia atau pegawainya atau selainnyaberkenaan dengan hal ehwal Bar Malaysia danmengkompaun dan memberi masa untuk membayar ataumenunaikan apa-apa hutang yang kena dibayar atau apa-apa tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh atau terhadapBar Malaysia;

(k) melabur dan menguruskan apa-apa wang Bar Malaysiadari semasa ke semasa dalam sekuriti yang dibenarkanuntuk pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(l) dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wangmelalui overdraf bank atau selainnya dengan mengeluarkandebentur atau apa-apa sekuriti lain yang berasaskan semuaatau mana-mana harta dan hak Bar Malaysia atau tanpamana-mana sekuriti itu dan atas apa-apa terma tentangkeutamaan atau selainnya sebagaimana yang difikirkanpatut oleh Majlis Peguam; dan

(m) menjalankan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicarasebagaimana yang tidak dikehendaki secara nyata daneksklusif oleh Akta ini dijalankan oleh ahli Bar Malaysiadalam mesyuarat agung.

Page 59: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 59

Pelantikan Jawatankuasa

58. (1) Majlis Peguam boleh melantik satu jawatankuasa ataulebih bagi apa-apa maksud am atau apa-apa maksud tertentusebagaimana yang pada pendapat Majlis Peguam boleh dikawalselia atau diurus dengan lebih baik dengan cara sesuatu jawatankuasadan Majlis Peguam boleh mewakilkan kepada sesuatu jawatankuasayang dilantik sedemikian, dengan atau tanpa sekatan atau syarat,penjalanan apa-apa fungsi Majlis Peguam.

(2) Bilangan dan tempoh jawatan ahli jawatankuasa yang dilantikdi bawah seksyen ini, dan bilangan ahli ini yang perlu untukmenjadi sesuatu kuorum, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Peguamdan melainkan jika ditetapkan sedemikian bilangannya tidak bolehkurang daripada tiga.

(3) Sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen iniboleh termasuk orang yang bukan ahli Majlis Peguam.

(4) Majlis Peguam tidak boleh mewakilkan kepada sesuatujawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini mana-mana daripada,fungsinya melainkan jika sekurang-kurangnya dua per tiga daripadaahli jawatankuasa itu (termasuk Pengerusinya) ialah ahli Majlis.

Hak memeriksa fail dan salinan prosiding kebankrapan

59. Majlis Peguam berhak, tanpa membayar apa-apa fi, memeriksafail prosiding kebankrapan yang berhubungan dengan mana-manapeguam bela dan peguam cara yang terhadapnya prosidingkebankrapan telah diambil, dan berhak diberi salinan pejabat atauyang diperakui prosiding itu dengan membayar bayaran yang biasadikenakan bagi salinan itu.

Kuasa Majlis Peguam menerima hadiah

60. (1) Majlis Peguam boleh bagi pihak Bar Malaysia menerimadengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat atau denganapa-apa cara lain harta atau wang bagi membantu kewangan atautujuan Bar Malaysia atas apa-apa syarat yang ditentukan olehMajlis Peguam.

Page 60: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16660

(2) Daftar hendaklah disimpan bagi semua derma kepada BarMalaysia termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yangdengannya sesuatu derma telah diberi.

(3) Semua harta, wang atau kumpulan wang yang didermakankepada Bar Malaysia bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah,tertakluk kepada undang-undang yang berhubungan dengan khairat,diguna dan ditadbirkan mengikut maksud yang ia telah didermakandan hendaklah diperakaun secara berasingan.

Pewakilan dalam mahkamah

61. Bar Malaysia boleh diwakili atau hadir dalam mana-manamahkamah oleh atau melalui mana-mana peguam bela dan peguamcara sama ada dia ahli Majlis Peguam atau bukan.

Penjalanan Majlis Peguam

Mesyuarat Majlis

62. (1) Majlis Peguam boleh memutuskan untuk memanggil sesuatumesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan denganseberapa kerap yang perlu, dan Pengerusi Majlis Peguam dengankehendaknya sendiri atau dengan permintaan secara bertulis daripadatidak kurang daripada satu setengah daripada ahlinya bolehmemanggil sesuatu mesyuarat tergempar Majlis Peguam untukmenimbangkan apa-apa perkara yang mustahak.

(2) Sembilan orang ahli yang hadir sendiri dalam mana-manamesyuarat Majlis Peguam menjadi suatu kuorum bagi menjalankanapa-apa urusan.

(3) Sesuatu keputusan bilangan terbesar ahli Majlis Peguamyang hadir dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat MajlisPeguam hendaklah disifatkan sebagai keputusan Majlis Peguam.

(4) Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam Pengerusihendaklah mempunyai undi pemutus.

(5) Tertakluk kepada apa-apa kaedah Bar Malaysia, Majlis Peguamboleh mengawal selia penjalanannya sendiri dan khususnya mengenaimengadakan mesyuarat, notis yang hendak diberikan tentang apa-apa mesyuarat, penjalanan mesyuarat itu, penyimpanan minit danpenjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.

Page 61: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 61

Belanja ahli

63. Tiada fi boleh dibayar kepada mana-mana ahli Majlis Peguamtetapi belanja perjalanan yang dilakukan oleh seseorang ahliberhubung dengan hal ehwal Bar Malaysia boleh dibayar gantikepadanya daripada kumpulan wang Bar Malaysia.

Mesyuarat Agung Bar Malaysia

Mesyuarat agung tahunan

64. (1) Majlis Peguam hendaklah pada setiap tahun memanggilsuatu mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia untuk diadakan sebelum1 April.

(2) Majlis Peguam hendaklah menyebabkan supaya disediakandan dikemukakan kepada mesyuarat agung tahunan—

(a) suatu laporan mengenai aktiviti Bar Malaysia sepanjangtempoh jawatannya; dan

(b) akaun yang betul, yang telah diaudit dengan sempurna,bagi semua wang, harta dan aset Bar Malaysia bagi duabelas bulan yang berakhir pada 31 Disember sebelumsahaja mesyuarat agung itu.

Mesyuarat agung

65. (1) Majlis Peguam boleh memanggil sesuatu mesyuarat agungBar Malaysia selain mesyuarat agung tahunan pada bila-bila masayang difikirannya suai manfaat atau perlu.

(2) Mana-mana lima puluh orang ahli Bar Malaysia boleh bila-bila masa meminta diadakan suatu mesyuarat agung dengan notisbertulis bagi maksud itu yang ditandatangani oleh mereka dandisampaikan kepada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atauSetiausaha Bar Malaysia; dan Majlis Peguam hendaklah memanggilsuatu mesyuarat agung untuk diadakan dalam masa tiga puluh hariselepas notis itu disampaikan.

(3) Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuaratyang dicadangkan itu.

Page 62: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16662

(4) Jika Majlis Peguam tidak memanggil mesyuarat agungmengikut permintaan dalam masa tiga puluh hari selepas permintaanitu disampaikan, ahli yang meminta diadakan mesyuarat agung itubolehlah memanggil mesyuarat agung itu dalam masa enam puluhhari selepas penyampaian itu.

(5) Jika mana-mana ahli Bar Malaysia berhasrat untukmencadangkan sesuatu usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuaratagung tahunan atau mesyuarat agung lain yang akan dipanggil dibawah seksyen ini, dia hendaklah tidak kurang daripada tujuh harisebelum tarikh mesyuarat itu menyampaikan notis usul itu secarabertulis kepada Setiausaha Bar Malaysia.

Mengundi

66. (1) Pada tiap-tiap mesyuarat agung selain mesyuarat agungtahunan, tiap-tiap ahli yang hadir hendaklah mempunyai satu undidan Pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undipemutus.

Kuorum

67. (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung Bar Malaysia ialahsatu per lima daripada jumlah bilangan ahli Bar Malaysia yanghadir sendiri atau apa-apa bilangan yang lebih banyak sebagaimanayang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah yang dibuat menurutperenggan 42(2)(d); dan tiada apa-apa urusan boleh dijalankandalam sesuatu mesyuarat agung melainkan jika ada cukup kuorumapabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.

(2) Mana-mana mesyuarat agung, sama ada dipanggil ataspermintaan ahli menurut subseksyen 65(2) atau dipanggil menurutsubseksyen 65(4), hendaklah dibubarkan jika tidak ada kuorumdalam masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat.

(3) Apa-apa persoalan dalam mesyuarat agung Bar Malaysiahendaklah diputuskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan ahli yang hadir dan mengundi.

Page 63: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 63

Jawatankuasa Bar Negeri

Gabungan Bar—Jawatankuasa Bar Negeri

68. (1) Dalam Bahagian ini—

“gabungan Bar” ertinya suatu Bar Negeri yang menggabungkansemua ahli dalam mana-mana dua Negeri atau lebih dan diiktirafsebagai sedemikian di bawah seksyen 69.

(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang ahli Bar Negeri disifatkansebagai menjalankan amalan di suatu Negeri jika dia biasanyamenjalankan amalan di Negeri itu. Pendapat Jawatankuasa BarNegeri ialah keterangan prima facie bahawa ahli itu biasanyamenjalankan amalan di Negeri itu.

(3) Seseorang ahli boleh biasanya menjalankan amalan dalamlebih daripada sebuah Negeri dan semua ahli yang menjalankanamalan dalam Wilayah Persekutuan boleh disifatkan sebagai ahliBar Negeri Selangor.

(4) Ahli yang menjalankan amalan di Wilayah Persekutuan KualaLumpur hendaklah berhak menubuhkan bar yang berasingan bagiWilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai BarKuala Lumpur. Keputusan untuk mengadakan bar yang berasinganhendaklah dibuat melalui undi majoriti ahli yang hadir dalammesyuarat agung yang dipanggil bagi maksud ini.

(5) Pada masa penubuhan Bar Kuala Lumpur mana-mana ahliyang telah membayar yuran tahunan bagi tahun kalendar itu kepadaJawatankuasa Bar Negeri Selangor tidak dikehendaki membayarsatu lagi yuran tahunan bagi tahun yang sama kepada JawatankuasaBar Kuala Lumpur.

(6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai BarSelangor dan Wilayah Persekutuan, hendaklah, apabila tertubuhnyaBar Kuala Lumpur, dibahagikan antara Bar Negeri Selangor denganBar Kuala Lumpur menurut kadar keahlian masing-masing dalamkeahlian Bar gabungan terdahulu.

Page 64: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16664

Gabungan ahli sebagai Bar Negeri

69. Gabungan mana-mana sepuluh orang ahli atau lebih dalamsebuah Negeri atau gabungan mana-mana sepuluh orang ahli ataulebih dalam dua buah Negeri atau lebih bagi maksud Bahagian IVOrdinan hendaklah diiktiraf sebagai suatu Bar Negeri bagi maksudAkta ini dengan syarat bahawa tidak kurang daripada sepuluhorang daripada ahli itu yang mewakili Bar Negeri itu telahmenjalankan amalan dalam Negeri atau Negeri-negeri yang berkaitanitu dalam sepanjang tempoh dua belas bulan sebaik sebelumpermulaan kuat kuasa Akta ini.

Mesyuarat agung tahunan Bar Negeri

70. (1) Sebelum 1 Mac pada setiap tahun, Setiausaha setiap BarNegeri hendaklah memanggil semua ahli Bar Negeri ke suatumesyuarat agung tahunan yang akan diadakan dalam bulan itupada waktu dan di tempat yang akan ditetapkan olehnya. Hanyaahli Bar Negeri itu sahaja berhak menghadiri dan mengundi dalammesyuarat itu.

(1A) Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah menyebabkan disediakandan dibentangkan di mesyuarat agung tahunan—

(a) suatu laporan tentang aktiviti Bar Negeri selama tempohjawatannya; dan

(b) akaun yang sempurna, yang telah diaudit sewajarnya,bagi segala wang, harta dan aset Bar Negeri bagi duabelas bulan yang berakhir pada 31 Disember sebelumsahaja mesyuarat agung itu.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan, PengerusiJawatankuasa Bar Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuaratdan sekiranya dia tidak hadir, ahli yang paling kanan yang sangguphendaklah mempengerusikannya dan kuorum ialah satu pertigadaripada jumlah bilangan ahli Bar Negeri itu. Jika tidak ada kuorumdalam masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat itu, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkanke hari yang sama dalam minggu yang berikutnya pada masa dandi tempat yang sama melainkan jika ahli diberitahu selainnya olehJawatankuasa Bar Negeri.

Page 65: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 65

(3) Apa-apa persoalan dalam mesyuarat itu hendaklah diputuskandengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilanganahli yang hadir dan mengundi dan ahli yang mempengerusikanmesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4) Mesyuarat itu hendaklah memilih daripada kalangan ahliBar Negeri itu seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada empatdan tidak lebih daripada enam orang ahli untuk menjadi JawatankuasaBar Negeri.

(5) Pengerusi dan ahli jawatankuasa yang dipilih sedemikianhendaklah memegang jawatan sehingga tamatnya mesyuarat agungtahunan Bar Negeri itu yang akan datang.

(6) Tiap-tiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah melantik seorangSetiausaha yang hendaklah seorang Ahli Bar Negeri.

(7) Selepas pemilihan Jawatankuasa Bar Negeri mesyuarat ituhendaklah memilih seorang ahli Bar Negeri (yang tidak semestinyaanggota Jawatankuasa Bar Negeri) untuk mewakili Bar Negeridalam Majlis Peguam:

Dengan syarat bahawa jika Pengerusi Jawatankuasa Bar Negeriyang dipilih menurut subseksyen (4) adalah juga Yang Dipertuaatau Naib Yang Dipertua Bar Malaysia semasa, mesyuarat ituhendaklah memilih dua orang ahli dan bukannya seorang di bawahsubseksyen ini.

(7A) Jika kerana apa-apa sebab seseorang ahli yang dipilih dibawah subseksyen (7) mengosongkan jawatan, Jawatankuasa BarNegeri hendaklah melantik seorang ahli lain Bar Negeri itu untukmengambil tempatnya dan ahli yang dilantik itu hendaklah memegangjawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang digantikannya itu.

(8) Pengerusi Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah memberitahuPendaftar dan Setiausaha Bar Malaysia tentang nama orang yangdipilih dan dilantik masing-masing sebagai Pengerusi, ahli danSetiausaha Jawatankuasa Bar Negeri itu dan nama orang yangdipilih sebagai wakil Bar Negeri itu dalam Majlis Peguam.

(9) Setiausaha Bar Malaysia hendaklah dalam bulan Oktoberpada setiap tahun menghantar kepada semua Penolong Pendaftardalam setiap Negeri suatu senarai semua wakil yang dipilih untukmewakili Bar Negeri dalam Majlis Peguam; dan senarai itu hendaklahdiadakan untuk diperiksa oleh semua ahli tanpa bayaran.

Page 66: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16666

Mesyuarat agung Bar Negeri

70A. (1) Tiap-tiap Jawatankuasa Bar Negeri boleh memanggil suatumesyuarat agung Bar Negeri selain mesyuarat agung tahunan padabila-bila masa yang difikirkan perlu atau suai manfaat olehJawatankuasa Bar .

(2) Kuorum dalam tiap-tiap mesyuarat sedemikian hendaklahsatu pertiga daripada jumlah semua ahli Bar Negeri.

(3) Mana-mana sepuluh orang ahli Bar Negeri atau satu pertigadaripada bilangan ahli Bar Negeri mengikut mana-mana yang lebihbesar boleh pada bila-bila masa meminta diadakan mesyuarat agungmelalui notis bertulis bagi maksud itu yang ditandatangani olehmereka dan disampaikan kepada Pengerusi atau SetiausahaJawatankuasa Bar Negeri dan Jawatankuasa Bar Negeri itu hendaklahmemanggil suatu mesyuarat agung untuk diadakan dalam masatiga puluh hari selepas notis itu disampaikan.

(4) Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuaratyang dicadangkan itu.

(5) Jika Jawatankuasa Bar Negeri tidak dapat mengadakanmesyuarat agung mengikut permintaan itu dalam masa tiga puluhhari selepas permintaan itu disampaikan, ahli yang meminta diadakanmesyuarat itu boleh memanggil mesyuarat agung itu dalam masaenam puluh hari selepas permintaan itu disampaikan.

(6) Mana-mana mesyuarat agung yang dipanggil di bawahsubseksyen (3) atau (5) hendaklah dibubarkan jika tidak ada kuorumdalam masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat.

(7) Pada tiap-tiap mesyuarat agung tiap-tiap ahli yang hadirmempunyai satu undi dan Pengerusi mesyuarat itu mempunyaiundi pemutus.

(8) Apa-apa persoalan dalam mesyuarat itu hendaklahdiputuskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang hadirdan mengundi.

Page 67: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 67

Pemisahan gabungan Bar

71. (1) Jika bilangan ahli dalam setiap Negeri yang menubuhkansuatu gabungan Bar lebih daripada sepuluh, ahli Bar bagi sesuatuNegeri boleh, dalam mana-mana mesyuarat agung yang dipanggilbagi maksud itu, meluluskan dengan undi terbanyak ahli yanghadir dan mengundi suatu ketetapan supaya gabungan Bar itudipisahkan.

(2) Satu bulan selepas diluluskan ketetapan itu, gabungan Baritu hendaklah dipisahkan, dan ahli dalam setiap Negeri yangmenubuhkan gabungan Bar itu hendaklah selepas itu menubuhkansuatu Bar Negeri yang berasingan.

(3) Pengerusi mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1)hendaklah melaporkan kelulusan apa-apa ketetapan kepada Pendaftardan kepada Majlis Peguam.

(4) Jika bilangan ahli dalam satu daripada Negeri yangmenubuhkan suatu gabungan Bar tidak lebih daripada sepuluh,ahli Bar bagi Negeri itu boleh memisahkan diri mereka daripadaahli Bar bagi Negeri yang satu lagi itu jika—

(a) bilangan ahli dalam Negeri yang satu lagi itu lebih daripadasepuluh; dan

(b) ahli Bar bagi Negeri yang pertama disebut itu telahmendapat suatu Negeri lain yang ahli Barnya telahmenyatakan kemahuan mereka dengan undi lebih suaraahlinya dalam suatu mesyuarat agung untuk bergabungdengan ahli Bar bagi Negeri yang pertama disebut itu.

(c) (Dipotong oleh Akta A567).

(5) Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandisbagi pemisahan sesuatu gabungan Bar yang dilakukan menurutsubseksyen (4).

(6) Jika pemisahan berlaku menurut peruntukan seksyen ini,aset Bar gabungan terdahulu hendaklah dibahagikan sebagaimanadiperuntukkan dalam subseksyen 68(6) mutatis mutandis.

Page 68: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16668

Mesyuarat Jawatankuasa Bar Negeri

72. (1) Setiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah bermesyuaratpada waktu dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2) Setiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah mengawal seliapenjalanannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut;kecuali kuorumnya tidak boleh kurang daripada tiga orang ahliyang hadir sendiri:

Dengan syarat bahawa suatu ketetapan yang diedar danditandatangani oleh tidak kurang daripada tiga orang ahlinya atauoleh semua ahlinya yang berada di Malaysia mengikut mana-manayang banyak pada tarikh lulusnya ketetapan itu hendaklah disifatkansebagai telah diluluskan dalam suatu mesyuarat Jawatankuasa BarNegeri yang diadakan dengan sempurna.

Kuasa Jawatankuasa Bar Negeri

73. Setiap Jawatankuasa Bar Negeri mempunyai kuasa yangberikut—

(i) untuk melevi yuran daripada ahlinya dalam mana-manasatu tahun amaun tidak melebihi satu ratus ringgit daripadasetiap ahli melainkan jika telah dipersetujui olehJawatankuasa Bar Negeri dalam mesyuarat agungtahunannya bahawa yuran itu hendaklah lebih daripadasatu ratus ringgit; dan yuran hendaklah dibayar pada setiaptahun kepada Jawatankuasa Bar Negeri yang berkenaanoleh setiap peguam bela dan peguam cara pada atau sebelum30 Jun;

(ii) untuk memajukan dan menjaga kepentingan peguam beladan peguam cara yang menjadi ahli Bar Negeri;

(iii) untuk membuat rayuan yang sesuai kepada Bar Malaysiaberkenaan dengan perkara mengenai Bar Negeri;

(iv) untuk melayani dan mengurus perkara yang dari semasake semasa dirujuk kepadanya sama ada secara am atausecara tertentu oleh Majlis Peguam atau Bar Negeri dalammesyuarat agung;

(v) untuk mengadakan kemudahan bagi dan secara am untukmemajukan kebajikan ahli Bar Negeri;

Page 69: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 69

(vi) untuk menyiasat dan mengambil tindakan atas apa-apaaduan mengenai kelakuan seseorang peguam bela danpeguam cara atas sifat profesionalnya atau mengenaikelakuan mana-mana pelatih atau kerani berartikel dibawah Bahagian VII;

(vii) untuk memilih sebagai ahli Jawatankuasa yang tidak lebihdaripada dua orang ahli Bar Negeri yang tidak mempunyaihak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

Fi tidak dibenarkan dibayar kepada Jawatankuasa Bar Negeri

74. Tiada apa-apa fi boleh dibayar kepada mana-mana ahliJawatankuasa Bar Negeri, kecuali bagi apa-apa belanja perjalananyang dilakukan oleh seseorang ahli Jawatankuasa Bar Negeri. Belanjaitu boleh dengan persetujuan Jawatankuasa Bar Negeri dibayarganti kepada ahli itu daripada kumpulan wang Jawatankuasa itu.

Kekosongan luar jangka

75. (1) Apa-apa kekosongan luar jangka dalam Jawatankuasa BarNegeri hendaklah diisi oleh ahli Jawatankuasa Bar Negeri yangmasih menjadi ahli dengan melantik seseorang ahli Bar Negeriyang berkenaan itu dan seseorang ahli yang dilantik sedemikianitu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahliyang digantikannya itu.

(2) Walau apa pun apa-apa kekosongan dalam JawatankuasaBar Negeri ahli Jawatankuasa itu yang masih menjadi ahli bolehbertindak jika cukup kuorum; dan tiada apa-apa perbuatan yangdilakukan oleh atau di bawah kuasa Jawatankuasa Bar Negeri akanterbatal oleh sebab sesuatu kecacatan yang didapati kemudiannyadalam pemilihan atau kelayakan ahli atau seorang daripada mereka.

Am

Nama ahli Majlis dan Jawatankuasa hendaklah disiarkan dalamWarta

76. (1) Nama ahli Majlis Peguam dan nama Setiausaha Bar Malaysiadan nama Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Bar Negeri dan nama

Page 70: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16670

Setiausaha yang dilantik oleh mereka termasuklah nama mana-mana orang yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosonganhendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Kecuali dan setakat yang perlu bagi maksud menguatkuasakanapa-apa ketetapan yang diluluskan atau keputusan yang dibuat,kerahsiaan hendaklah dipelihara dalam semua prosiding yangdijalankan oleh Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri,*Jawatankuasa Penyiasatan dan kakitangannya.

BAHAGIAN VI

AMALAN, KESOPANAN, KELAKUAN DAN TATATERTIBPROFESIONAL PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

DAN KERANI

Kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb.

77. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain untuk membuatkaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawah Akta ini, Majlis Peguamboleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedahbagi mengawal selia amalan, kesopanan, kelakuan dan tatatertibprofesional peguam bela dan peguam cara.

(2) Mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidakboleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

(3) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidakmematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen iniboleh dikenakan prosiding tatatertib.

(4) Peguam Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,boleh membuat apa-apa ubah suaian sebagaimana difikirkannyaperlu kepada mana-mana kaedah yang dibuat dan disiarkan dibawah seksyen ini sebelum mula berkuat kuasa subseksyen ini.

Kuasa membuat kaedah-kaedah tertentu

78. (1) Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah—

(a) memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan akaun dibank oleh peguam bela dan peguam cara bagi wang klien;

*CATATAN—lihat catatan mengenai “Jawatan kuasa Tatatertib” atau “Jawatankuasa Penyiasatan” diperenggan 33(1)(d).

Page 71: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 71

(b) memperuntukkan penyimpanan oleh peguam bela danpeguam cara akan akaun yang mengandungi butir-butirdan maklumat tentang wang yang diterima, dipegang ataudibayar oleh mereka untuk atau bagi pihak klien mereka;dan

(c) memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambiltindakan yang perlu untuk membolehkan ia menentukansama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau tidak.

(2) Majlis Peguam hendaklah juga membuat kaedah-kaedah—

(a) memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan oleh tiap-tiap peguam bela dan peguam cara yang menjadi seorangpemegang amanah tunggal, atau yang menjadi pemegangamanah bersama dengan seorang atau lebih pekongsi,kerani atau pekhidmatnya akan sesuatu akaun di sesuatubank bagi wang apa-apa amanah yang baginya dia ialahpemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama;

(b) memperuntukkan pembukaan oleh tiap-tiap peguam beladan peguam cara itu akan akaun yang mengandungi butir-butir dan maklumat tentang wang yang diterima, dipegangatau dibayar olehnya untuk atau bagi pihak apa-apa amanahitu; dan

(c) memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambilapa-apa tindakan yang perlu untuk membolehkan iamenentukan sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atautidak.

(3) (a) Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah membuat peruntukan bagi menghendaki seseorang peguambela dan peguam cara, dalam apa-apa hal yang ditetapkan olehkaedah-kaedah itu, sama ada—

(i) menyimpan secara deposit dalam suatu akaun berasingandalam suatu bank bagi faedah wang klien yang diterimauntuk atau bagi pihak seseorang klien jika klien itu memintasedemikian; atau

(ii) membayar kepada klien dengan wangnya sendiri sejumlahyang sama banyaknya dengan bunga yang mungkin telahterakru jika wang yang diterima sedemikian telah disimpansecara deposit.

Page 72: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16672

(b) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-manakaedah yang dibuat menurut seksyen ini, seseorang peguambela dan peguam cara tidak bertanggungan oleh sebabperhubungan antara peguam bela dan peguam cara denganklien memperakaunkan kepada mana-mana klien bungayang diterima olehnya bagi wang yang dideposit di sesuatubank iaitu wang yang diterima atau dipegang untuk ataubagi pihak kliennya pada amnya.

(c) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini, atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini, boleh—

(i) menyentuh sesuatu perkiraan secara bertulis, bila-bila jua dibuat, antara seseorang peguam bela danpeguam cara dengan kliennya tentang penggunaanwang klien itu atau bunganya;

(ii) terpakai bagi wang yang diterima oleh seseorangpeguam bela dan peguam cara iaitu wang yangtertakluk kepada suatu amanah yang dia ialahpemegang amanahnya.

(4) Apa-apa kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidak bolehmula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

(5) Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana peguambela dan peguam cara yang tidak mematuhi mana-mana kaedahyang dibuat di bawah seksyen ini.

(6) Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegangamanah” meliputi amanah yang tersirat dan amanah konstruktifdan meliputi kes yang pemegang amanah mempunyai kepentinganbenefisial atas harta amanah itu dan meliputi kewajipan yangbersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri, dan “pemegangamanah” jika konteks ayatnya membenarkan, termasuklah seorangwakil diri.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai tanggung rugiprofesional

78A. (1) Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara,membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan pengambilan tanggungrugi profesional bagi peguam bela dan peguam cara terhadap apa-apa kelas liabiliti profesional dan kaedah-kaedah itu boleh bagi

Page 73: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 73

maksud mengadakan tanggung rugi itu melakukan semua ataumana-mana yang berikut:

(a) memberi kuasa Majlis Peguam untuk mengambil danmenyenggara insurans atas nama Bar Malaysia denganmana-mana orang yang dibenarkan oleh undang-undanguntuk menjalankan perniagaan insurans liabiliti profesionalatau perniagaan insurans kerugian wang dan meliputitiap-tiap peguam bela dan peguam cara yang menjalankanamalan;

(b) memberi kuasa Majlis Peguam untuk menubuhkan danmenyenggara suatu kumpulan wang bagi maksud yangtersebut terdahulu; atau

(c) menghendaki peguam bela dan peguam cara mengambildan menyenggara insurans.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedahyang dibuat di bawah seksyen ini boleh—

(a) menentukan terma dan syarat yang berdasarkannyatanggung rugi profesional akan boleh didapati;

(b) mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pentadbirandan perlindungan mana-mana kumpulan wang yangditubuhkan di bawah subseksyen (1) dan menghendakipeguam bela dan peguam cara membuat pembayaran kepadamana-mana kumpulan wang sedemikian;

(c) menghendaki peguam bela dan peguam cara membuatpembayaran dengan cara premium atas apa-apa polisiyang diambil di bawah subseksyen (1) dan mengadakanperuntukan bagi prosiding oleh Bar Malaysia ataupenanggung insuransnya terhadap mana-mana peguambela dan peguam cara yang gagal berbuat demikian untukmendapatkan premium yang berkenaan;

(d) menetapkan syarat yang mesti dipenuhi oleh sesuatu polisiinsurans bagi maksud perenggan (1)(c);

(e) memberi kuasa Majlis Peguam untuk menentukan amaunapa-apa pembayaran yang dikehendaki oleh kaedah-kaedahitu;

Page 74: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16674

(f) menentukan hal keadaan yang jika seseorang peguambela dan peguam cara telah gagal untuk mematuhi kaedah-kaedah itu, prosiding berkenaan dengan apa-apa jumlahwang yang dibayar melalui tanggung rugi boleh diambilterhadapnya oleh Bar Malaysia atau penanggunginsuransnya;

(g) menetapkan bahawa seseorang peguam bela dan peguam caratidak berhak mendapat Sijil Tahunan melainkan jika diatelah mengambil insurans sebagaimana yang dikehendakioleh kaedah-kaedah itu bagi tempoh yang berhubungandengan Sijil Tahunan itu;

(h) memberikan kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambilapa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perluatau suai manfaat untuk menentukan dan memastikanbahawa kaedah-kaedah itu dipatuhi; dan

(i) mengandungi apa-apa peruntukan yang bersifat tatacara,yang bersampingan atau yang lainnya sebagaimana yangdifikirkan perlu atau suai manfaat bagi maksud kaedah-kaedah itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh hakmana-mana peguam bela dan peguam cara, sebagai tambahan kepadatanggung rugi yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuatdi bawah seksyen ini, untuk menginsuranskan dirinya selanjutnyaterhadap apa-apa kerugian yang berbangkit akibat daripada apa-apa tuntutan yang mungkin dimulakan terhadapnya.

(4) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini tidakboleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

Peguam bela dan peguam cara hendaklah menyerahkan laporanakauntan

79. (1) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah,melainkan jika dikecualikan oleh Majlis Peguam, menyerahkankepada Setiausaha Bar Malaysia bersama tiap-tiap permohonanyang dibuat olehnya bagi suatu Sijil Tahunan suatu laporan yangditandatangani oleh seorang akauntan, disebut “laporan akauntan”dalam seksyen ini.

Page 75: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 75

(2) Laporan akauntan hendaklah—

(a) menyatakan bahawa akauntan itu pada mematuhi seksyenini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya telahmemeriksa buku, akaun dan dokumen firma peguam beladan peguam cara itu bagi apa-apa tempoh perakaunanyang dinyatakan dalam laporan itu;

(b) menyatakan sama ada akauntan itu berpuas hati atau tidak,daripada pemeriksaannya akan buku, akaun dan dokumenyang dikemukakan kepadanya dan daripada maklumatdan penjelasan yang diberikan kepadanya, bahawa dalammasa tempoh perakaunan tersebut peguam bela dan peguamcara itu atau firmanya telah mematuhi apa-apa kaedahyang dibuat di bawah subseksyen 78 (1);

(c) menyatakan, jika akauntan itu tidak berpuas hati, perkarayang berkenaan dengannya dia tidak puas hati itu;

(d) mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan olehkaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawahseksyen ini; dan

(e) diserahkan kepada Setiausaha Bar Malaysia tidak lebihdaripada dua belas bulan (atau apa-apa tempoh lainsebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yangdibuat di bawah seksyen ini) selepas berakhir tempohperakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu.

(3) Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang dibuat di bawahseksyen ini, tempoh perakaunan bagi maksud laporan akauntanadalah—

(a) bermula pada tamatnya tempoh perakaunan yang barulalu yang baginya suatu laporan akauntan telah diserahkanatau dari tarikh peguam bela dan peguam cara mulamenjalankan amalan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b) meliputi tidak kurang daripada dua belas bulan;

(c) tamat tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikhlaporan itu diserahkan kepada Majlis Peguam; dan

(d) jika boleh, selaras dengan perenggan (a), (b) dan (c),bersamaan dengan suatu tempoh atau tempoh-tempohberturut-turut yang baginya akaun peguam bela dan peguamcara itu atau firmanya biasanya disediakan.

Page 76: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16676

(4) Dalam seksyen ini “akauntan” ertinya juruaudit syarikatyang diluluskan sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Syarikat,1965 [Akta 125]. Jika dalam mana-mana hal yang tertentu tidakada juruaudit syarikat yang diluluskan menjalankan amalan diNegeri dimana seseorang peguam bela dan peguam cara biasanyamenjalankan amalan dan Majlis Peguam berpendapat bahawa olehsebab kesukaran atau belanja yang terlibat pada memperolehperkhidmatan juruaudit syarikat yang diluluskan daripada luar Negeriitu adalah tidak berpatutan bagi menjangka peguam bela dan peguamcara itu akan memperoleh perkhidmatannya, Majlis Peguam bolehnyameluluskan mana-mana juruaudit lain yang pada fikirannya layakbagi maksud seksyen ini.

(5) Majlis Peguam hendaklah membuat kaedah-kaedah untukmenguatkuasakan seksyen ini dan tanpa menjejaskan keluasan yangtersebut di atas kaedah-kaedah itu hendaklah menetapkan jenisdan takat pemeriksaan yang hendak dibuat oleh akauntan itu akanbuku dan akaun firma seseorang peguam bela dan peguam caradan akan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan tujuanuntuk menyediakan laporan yang hendak diserahkan oleh peguambela dan peguam cara itu di bawah seksyen ini.

(6) Apa-apa kaedah itu bolehlah temasuk peruntukan bagi—

(a) membenarkan dalam apa-apa hal keadaan khas yang ditakrifdalam kaedah-kaedah itu suatu tempoh perakaunan yangberlainan daripada yang ditentukan dalam subseksyen(3); dan

(b) mengawal selia apa-apa perkara tentang tatacara atauperkara yang bersampingan, atau berkaitan atau yangmenjadi tambahan kepada seksyen ini.

(7) Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawahseksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkandalam Warta.

(8) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidakmematuhi seksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya boleh dikenakan prosiding tatatertib.

Page 77: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 77

Kumpulan Wang Pampasan

Kumpulan Wang Pampasan

80. (1) Bar Malaysia hendaklah menyenggara dan mentadbirkanmengikut seksyen ini suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai“Kumpulan Wang Pampasan”.

(2) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah padasetiap kali dia memohon Sijil Tahunan membayar pada Bar Malaysiasuatu caruman sebanyak yang ditentukan oleh Majlis Peguam darisemasa ke semasa dan Bar Malaysia hendaklah membayar carumanitu kepada Kumpulan Wang itu:

Dengan syarat bahawa seseorang peguam bela dan peguam carayang memohon Sijil Tahunan dikehendaki membayar hanya setengahsahaja daripada caruman yang ditentukan sedemikian itu jika sijilamalan yang dia bercadang memohon itu sah selama kurang daripadaenam bulan.

(3) Bar Malaysia boleh melaburkan apa-apa wang daripadaKumpulan Wang itu yang tidak dikehendaki dengan segera untukapa-apa maksud lain dan, bagi maksud seksyen ini, Bar Malaysiaadalah mempunyai semua kuasa pemegang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(4) Bar Malaysia boleh bagi maksud Kumpulan Wang itumeminjam daripada mana-mana pemberi pinjam dan bolehmenggadaikan mana-mana pelaburan Kumpulan Wang itu sebagaisekuriti bagi pinjaman itu.

(4A) Majlis Peguam, bagi apa-apa maksud Bar Malaysiasebagaimana difikirkan sesuai oleh Majlis Peguam, boleh meminjamwang daripada Kumpulan Wang, dan berkenaan dengan apa-apawang yang dipinjam itu, hendaklah membayar faedah kepadaKumpulan Wang mengikut kadar prima yang ditetapkan olehPersatuan Bank di Malaysia, yang terpakai dari semasa ke semasa.

(5) Bar Malaysia boleh mengambil insuran untuk KumpulanWang itu daripada mana-mana perniagaan insuran berdaftar diMalaysia bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa terma yangdifikirkan suai manfaat oleh Bar Malaysia.

Page 78: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16678

(6) Hendaklah dibawa kepada kredit Kumpulan Wang itu—

(a) semua caruman tahunan yang dibayar kepada Bar Malaysiamenurut subseksyen (2);

(b) semua bunga, dividen dan pendapatan lain atau apa-apatambahan modal yang terbit daripada pelaburan KumpulanWang itu;

(c) hasil daripada penjualan apa-apa pelaburan KumpulanWang itu;

(d) semua wang yang dipinjam bagi maksud Kumpulan Wangitu;

(e) semua wang yang diterima oleh Bar Malaysia di bawahapa-apa insuran yang diambil oleh Bar Malaysia di bawahsubseksyen (5); dan

(f) apa-apa wang lain yang mungkin dipunyai oleh atau terakrukepada Kumpulan Wang itu atau mungkin diterima olehMajlis Peguam berkenaan dengan Kumpulan Wang itu.

(7) Semua wang yang dari semasa ke semasa menjadi sebahagiandaripada Kumpulan Wang itu dan semua pelaburan KumpulanWang itu hendaklah digunakan—

(a) untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja bagimenubuhkan, menyenggara dan mentadbirkan KumpulanWang itu;

(b) untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja MajlisPeguam pada menentukan sama ada kaedah-kaedah yangdibuat di bawah seksyen 78 telah dipatuhi, menurut kuasayang diberikan oleh kaedah-kaedah itu;

(c) untuk membayar apa-apa premium bagi insuran yangdiambil oleh Bar Malaysia di bawah subseksyen (5);

(d) untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam olehBar Malaysia dan untuk membayar bunga bagi apa-apawang yang dipinjam sedemikian;

(e) untuk membayar apa-apa pemberian yang mungkin dibuatoleh Bar Malaysia di bawah subseksyen (8); dan

(f) untuk membayar apa-apa wang lain yang kena dibayardaripada Kumpulan Wang itu menurut kuasa seksyen ini.

Page 79: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 79

(8) Jika dibuktikan dengan memuaskan hati Majlis Peguam bahawamana-mana orang telah menanggung kerugian akibat kecurangandi pihak seseorang peguam bela dan peguam cara atau seseorangkerani atau perkhidmat seseorang peguam bela dan peguam caraberkenaan dengan amalan peguam bela dan peguam cara itu diMalaysia sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, atauberkenaan dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela danpeguam cara itu ialah seorang pemegang amanah, maka tertaklukkepada seksyen ini, Bar Malaysia, jika Majlis Peguam fikirkanpatut dan munasabah, boleh membuat suatu pemberian kepadaorang itu daripada Kumpulan Wang itu bagi maksud membantunyadan meringankan kerugian itu.

(8A) Jika dalam mana-mana tahun tidak ada permohonan dibuatuntuk mendapat pemberian daripada Kumpulan Wang ataupun tidakada pemberian dibuat daripada Kumpulan Wang, Majlis Peguammenurut budi bicaranya boleh memindahkan daripada KumpulanWang segala bunga, dividen dan pertambahan modal lain yangberbangkit daripada Kumpulan Wang, atau mana-mana bahagiandaripadanya, kepada Kumpulan Wang Bar Malaysia yang ditubuhkanbagi maksud membeli atau menyenggarakan sesuatu perpustakaanbagi kegunaan ahli Bar Malaysia.

(9) Sesuatu pemberian boleh dibuat di bawah seksyen ini samaada atau tidak peguam bela dan peguam cara itu mempunyai sijilamalan yang sah pada masa perbuatan kecurangan itu dilakukan,dan walaupun kemudian daripada perbuatan itu dilakukan peguambela dan peguam cara itu telah mati atau namanya telah dikeluarkanatau dipotong daripada Daftarai atau telah berhenti menjalankanamalan atau telah digantung daripada menjalankan amalan.

(10) Apabila apa-apa pemberian dibuat oleh Bar Malaysia dibawah seksyen ini kepada mana-mana orang berkenaan denganapa-apa kerugian—

(a) Bar Malaysia hendaklah setakat amaun pemberian itudisuborgasi kepada semua hak dan remedi yang mungkinada pada orang yang kepadanya dibuat pemberian ituterhadap peguam bela dan peguam cara, kerani atauperkhidmat itu berkenaan dengan kerugian itu;

(b) orang yang kepadanya pemberian itu dibuat tidakmempunyai apa-apa hak dengan cara kebankrapan atauapa-apa prosiding undang-undang lain atau selainnya untukmenerima apa-apa wang daripada aset peguam bela dan

Page 80: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16680

peguam cara, kerani atau perkhidmat itu berkenaan dengankerugian itu sehingga Kumpulan Wang itu telah dibayarganti dengan amaun penuh pemberian itu.

(11) Sebutan dalam perenggan (10)(a) dan (b) mengenai orangyang kepadanya dibuat pemberian itu atau mengenai peguam beladan peguam cara, kerani atau pekhidmat itu hendaklah termasuk,sekiranya dia mati, tidak solven atau hilang upaya secara lain,sebutan mengenai wakil dirinya atau mana-mana orang lain yangmempunyai kuasa untuk mentadbirkan hartanya.

(12) Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah berkenaandengan tatacara yang hendak diikut pada menguatkuasakan seksyenini dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan,atau berkaitan dengan atau yang menjadi tambahan kepada seksyenini atau berkenaan dengan pentadbiran atau perlindungan KumpulanWang itu.

(13) Pendapatan yang didapati daripada Kumpulan WangPampasan itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dan semuacukai lain, dan Kumpulan Wang itu ialah suatu institusi yangdiluluskan bagi maksud seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan 1967[Akta 53] dan pembayaran kepadanya ialah potongan yang wajarbagi maksud cukai pendapatan pada mengira agregat pendapatanorang yang membuat pembayaran itu untuk tahun yang berkaitan.

Peguam bela dan peguam cara tidak boleh bertindak sebagaipesuruhjaya atau penyaksi tanpa sijil

81. Tiada seseorang pun peguam bela dan peguam cara yangmana ialah seorang pesuruhjaya sumpah atau seorang penyaksiawam boleh melakukan apa-apa perbuatan sebagai pesuruhjayaatau penyaksi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkanjika dia mempunyai sijil amalan yang sah.

Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengandiketahuinya bertindak sebagai ejen

82. (1) Tiada seseorang pun peguam bela dan peguam cara bolehdengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejendalam apa-apa jenis prosiding undang-undang atau dalam apa-apaperkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh seorang

Page 81: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 81

peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yangsah untuk peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyaisijil amalan yang sah atau membenarkan namanya digunakan dalamapa-apa prosiding atau perkara itu bagi pihak atau bagi keuntunganpeguam bela dan peguam cara yang lain itu atau menghantar apa-apa proses kepada peguam bela dan peguam cara yang lain itu ataumelakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan peguambela dan peguam cara itu hadir, bertindak, menjalankan amalanatau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagaipeguam bela dan peguam cara dalam apa-apa prosiding atau perkaraitu.

(2) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara bolehmemberi kuasa kepada seseorang yang tidak diberi kuasa untukmengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau nama firmanyadan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya berkenaan denganamalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

(3) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah bertindakbersalahan dengan subseksyen (1) atau (2) boleh dikenakan tindakantatatertib.

(4) Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang bertindakatau menjalankan amalan atau berbuat sesuatu sebagai menjalankanamalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebihdua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihisatu tahun atau kedua-duanya.

Peguam bela dan peguam cara tidak boleh mengguna khidmatseorang bankrap yang belum dilepaskan

83. (1) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh,berkaitan dengan amalannya, tanpa persetujuan mahkamah yangdiperoleh atas suatu permohonan melalui saman pemula yangdisampaikan kepada Peguam Negara dan kepada Bar Malaysia,mengguna khidmat atau menyara mana-mana orang yang dia ketahuiialah seorang bankrap yang belum dilepaskan atau yang—

(c) telah dipotong daripada Daftarai selain atas permintaannyasendiri di mana-mana bahagian Malaysia atau di Singapuraatau di tempat lain dan masih terpotong;

Page 82: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16682

(b) telah digantung daripada menjalankan amalan sebagaipeguam bela dan peguam cara di mana-mana bahagianMalaysia atau di Singapura atau di tempat lain dan masihtergantung;

(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkankecurangan atau fraud atau telah didapati bersalah atassuatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961[Akta 57];

(d) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen15A Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] atau di bawahAkta ini;

(e) ialah seorang yang berkenaan dengannya telah dibuatsuatu perintah di bawah subseksyen (2); atau

(f) diguna khidmat sebagai pegawai awam:

Dengan syarat bahawa perenggan (f) tidak boleh terpakai bagimana-mana pegawai awam yang ialah seorang peguam bela danpeguam cara atau seorang yang berkelayakan.

(2) Atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak PeguamNegara atau Bar Malaysia, Mahkamah boleh membuat suatu perintahmengarahkan bahawa, mulai suatu tarikh yang akan dinyatakandalam perintah itu, tiada seseorang pun peguam bela dan peguamcara boleh berkenaan dengan amalannya mengguna khidmat ataumenyara mana-mana orang yang—

(a) telah menjadi suatu pihak dalam apa-apa perbuatan ataukemungkiran seseorang peguam bela dan peguam carayang berkenaan dengannya suatu aduan telah atau mungkintelah boleh dibuat terhadapnya di bawah Akta ini; atau

(b) telah berkelakuan sedemikian semasa diguna khidmat olehseorang peguam bela dan peguam cara hingga, jika diatelah menjadi seorang peguam bela dan peguam cara,kelakuannya itu mungkin telah menjadi perkara suatuaduan terhadapnya di bawah Akta ini.

(3) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklahdisampaikan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh harisebelum permohonan itu didengar kepada orang yang berkenaandengannya ia dibuat dan kepada majikannya atau majikannya yangdahulu yang ialah seorang peguam bela dan peguam cara.

Page 83: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 83

(4) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)hendaklah difailkan dalam suatu fail yang dikehendaki disimpanbagi maksud ini oleh Pendaftar dan fail itu boleh diperiksa olehmana-mana peguam bela dan peguam cara tanpa fi.

(5) Sebelum seseorang peguam bela dan peguam cara menggunakhidmat atau menyara mana-mana orang (selain seorang peguambela dan peguam cara atau orang yang berkelayakan) berkenaandengan amalannya sebagai demikian, dia hendaklah meminta orangitu membuat suatu akuan berkanun menyatakan bahawa dia bukanseorang bankrap yang belum dilepaskan dan bahawa dia tidaktermasuk dalam golongan orang yang dinyatakan dalam perenggan(1)(a) hingga (f) dan bahawa ia bukan seorang yang berkenaandengannya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (2).

(6) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang bertindakbersalahan dengan seksyen ini boleh dikenakan prosiding tatatertib.

Peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemajuperumahan tidak boleh bertindak bagi pihak pembeli dalampemajuan perumahan

84. (1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara bertindakbagi pihak seorang pemaju perumahan dalam suatu jualan hartatak alih yang dimajukan di bawah suatu pemajuan perumahansama ada dia atau pun mana-mana ahli atau pembantu firma yangdia ialah seorang ahlinya sama ada sebagai pekongsi atau pekerjatidak boleh dalam urusan itu juga bertindak bagi pihak pembeliharta itu, dan suatu perjanjian bertulis yang disediakan oleh seseorangpeguam bela dan peguam cara atau mana-mana ahli atau pembantufirma yang bertindak bagi pihak pemaju itu berkenaan denganurusan itu hendaklah diperiksa dengan rapi oleh seorang peguambela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pembeli itu:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana perjanjian bertulisberkenaan dengan urusan itu tidak diperiksa dengan rapi olehseorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihakpembeli itu, peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagipihak pemaju perumahan itu hendaklah memperoleh suatu sijilyang ditandatangani oleh pembeli itu menunjukkan bahawa pembeliitu tidak bertujuan hendak menugaskan seorang peguam bela danpeguam cara hendak memeriksa dengan rapi bagi pihaknya akanperjanjian itu.

Page 84: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16684

(2) Bagi maksud seksyen ini sesuatu sijil tidak sah melainkanjika ia ditandatangani oleh Pembeli itu di hadapan PesuruhjayaSumpah yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara yangmenjalankan amalan dalam perkongsian dengan, atau sebagai seorangpekerja peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihakpemaju perumahan itu.

(3) Pemaju dan pembeli itu hendaklah setiap seorang membayarfi peguam bela dan peguam caranya sendiri.

(4) Dalam subseksyen (1)—

(a) istilah “pemajuan perumahan” mempunyai erti yangdiberikan kepadanya dalam *Akta Pemajuan Perumahan(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]; dan

(b) “jualan harta tak alih” termasuk suatu pemberian pajakanselama tempoh lebih daripada tiga tahun.

(5) Subseksyen (1) tanpa menjejaskan mana-mana undang-undangyang menyentuh seorang peguam bela dan peguam cara yangbertindak bagi pihak-pihak jika ada suatu percanggahan kepentinganatau apabila suatu percanggahan kepentingan mungkin timbul.

(6) Seorang peguam bela dan peguam cara yang bertindakbersalahan dengan subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tindakantatatertib.

(7) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa transaksi jikakontrak untuk jualan itu telah dibuat sebelum permulaan kuatkuasa Akta ini.

Pendaftar hendaklah menyenggara daftar nama firma

85. (1) Majlis Peguam hendaklah menyenggara suatu daftar namafirma yang di bawahnya peguam bela dan peguam cara menjalankanamalan. Tiada nama firma boleh didaftarkan atau dipotong daripadadaftar tanpa suatu sijil daripada Majlis Peguam. Majlis Peguamboleh menolak suatu sijil bagi pendaftaran dengan alasan bahawanama firma yang dicadangkan itu mungkin difikirkan sama dengansuatu nama firma yang telah didaftarkan atau mungkin mengelirukanorang awam. Seseorang peguam bela dan peguam cara yang tidakpuas hati dengan keputusan Majlis Peguam boleh merayu kepadaMahkamah Tinggi dan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalahmuktamad.

*CATATAN—Dahulunya disebut “Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966”–lihat AktaA1142.

Page 85: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 85

(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguambela dan peguam cara di atas nama yang bukan—

(a) namanya sendiri;

(b) nama peguam bela dan peguam cara yang menjadi atauyang telah menjadi pekongsinya;

(c) nama pengamal sebelumnya yang nama baik mereka telahdiperoleh olehnya atau oleh pekongsinya;

(d) mana-mana satu atau gabungan daripada nama yangdinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c).

(3) Dalam mana-mana hal jika suatu nama yang mematuhisubseksyen (2) tidak boleh didaftarkan tanpa menyalahi subseksyen(1) orang itu boleh menjalankan amalan di bawah apa-apa namayang disukainya yang diluluskan oleh Majlis Peguam.

(4) Seseorang peguam bela dan peguam cara yang bertindakbersalahan dengan subseksyen (3) boleh dikenakan prosidingtatatertib.

(5) Majlis Peguam hendaklah, atas permintaan pekongsi yangmenjalankan amalan di bawah sesuatu nama firma, dan boleh, jikaia berpuas hati bahawa tiada seorang pun menjalankan amalan dibawah nama itu, mengeluarkan sesuatu nama firma daripada daftar.

Jika ada hubungan peguam cara dengan klien

86. (1) Jika ada, atau telah ada, hubungan peguam bela dan peguamcara dengan klien, boleh dikeluarkan suatu saman oleh klien ituatau oleh wakilnya supaya diserahkan akaun wang tunai, ataudibayar wang, atau diserahkan sekuriti.

(2) Mahkamah atau seorang Hakim boleh memerintahkanseseorang peguam bela dan peguam cara supaya menyerahkankepada pemohon suatu senarai wang atau sekuriti yang ada dalamjagaan atau kawalannya bagi pihak pemohon, atau membawa kedalam mahkamah kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya,dalam masa yang diperintahkan oleh Mahkamah atau Hakim itu.

(3) Jika peguam bela dan peguam cara itu mengatakan bahawadia ada tuntutan untuk kos, Mahkamah atau Hakim bolehlah membuatapa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya patut danmunasabah untuk pembayarannya atau sekuritinya atau untukmelindungi lien peguam bela dan peguam cara itu, jika ada.

Page 86: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16686

Jika wang kena dibayar oleh peguam bela dan peguam carakepada klien

87. (1) Jika, dalam masa penetapan apa-apa bil kos atau pengiraanapa-apa akaun antara peguam bela dan peguam cara dengan klien,Pendaftar berpendapat bahawa ada wang kena dibayar oleh peguambela dan peguam cara kepada klien Pendaftar boleh membuat suatusijil sementara tentang amaun yang kena dibayar sedemikian olehpeguam bela dan peguam cara.

(2) Apabila difailkan sijil itu Mahkamah atau Hakim bolehmemerintahkan supaya wang yang diperakukan sedemikian dibayardengan serta-merta kepada klien atau dibawa ke dalam mahkamah.

Kawalan Harta

Peguam bela dan peguam cara yang bersalah, dsb.

88. (1) Majlis Peguam, jika mempunyai sebab yang munasabahuntuk mempercayai bahawa seorang peguam bela dan peguamcara, atau seorang kerani atau pekhidmat seseorang peguam beladan peguam cara, telah bersalah atas kecurangan berkaitan denganamalan peguam bela dan peguam cara itu sebagai peguam bela danpeguam cara atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang peguambela dan peguam cara itu menjadi seorang pemegang amanah,boleh mengeluarkan suatu sijil bagi maksud itu dan oleh sebab ituJadual, kepada Akta ini, kecuali perenggan 7 Jadual itu, hendaklahterpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu.

(2) Jika nama seseorang peguam bela dan peguam cara dikeluarkandaripada Daftarai atau jika seseorang peguam bela dan peguamcara digantung daripada menjalankan amalan, hendaklah dia dalammasa dua puluh satu hari daripada tarikh yang material itu memuaskanMajlis Peguam bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuaiuntuk mengadakan kepada kliennya atau kepada peguam bela danpeguam cara lain atau peguam bela dan peguam cara yang diarahkanoleh kliennya atau olehnya sendiri—

(a) semua surat ikatan wasiat, dokumen yang menjadi ataumembuktikan hak milik terhadap apa-apa harta, kertas,buku akaun, rekod, baucer dan dokumen lain yang adadalam milik atau kawalannya atau dalam milik atau kawalanfirmanya, atau berkenaan dengan apa-apa amanah yang

Page 87: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 87

baginya dia ialah pemegang amanah yang tunggal ataupemegang amanah bersama dengan seorang pekongsi,kerani atau pekhidmatnya atau lebih daripada seorang;dan

(b) semua wang yang kena dibayar olehnya atau oleh firmanyakepada kliennya atau yang dipegang olehnya atau olehfirmanya bagi pihak kliennya atau yang tertakluk kepadaapa-apa amanah sebagaimana tersebut di atas.

(3) Jika dia tidak memberi keterangan yang memuaskan MajlisPeguam, Jadual tersebut hendaklah terpakai berhubung dengannya.

(4) Dalam subseksyen (2), ungkapan “tarikh yang material”ertinya tarikh terakhir sekali antara tarikh yang berikut—

(a) tarikh bila perintah *Jawatankuasa Tatatertib atau perintahMahkamah yang dengannya atau yang menurutnya namapeguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong,daripada Daftarai atau peguam bela dan peguam cara itudigantung daripada menjalankan amalan, akan mula berkuatkuasa;

(b) tarikh akhir sesuatu rayuan terhadap perintah dalamperenggan (a) boleh dibuat;

(c) tarikh yang sesuatu rayuan di bawah perenggan (b) ditolakatau ditinggalkan;

(5) Dalam seksyen ini dan dalam Jadual, perkataan “amanah”dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalamsubseksyen 78(6).

Penggantungan peguam bela dan peguam cara daripadamenjalankan amalan

88A. (1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara—

(a) telah didapati bersalah oleh mahkamah undang-undangatas suatu kesalahan yang melibatkan kecurangan,penyalahgunaan wang kliennya atau kecurangan terhadapklien atau berkenaan dengan apa-apa harta kepunyaanklien;

*CATATAN—lihat catatan mengenai “Jawatankuasa Tatatertib” atau “Jawatankuasa Penyiasatan” diperenggan 33(1)(d).

Page 88: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16688

(b) telah dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantungdaripada menjalankan amalan atau dicela atas sifatnyasebagai seorang pengamal undang-undang di mana-mananegeri lain;

(c) berkenaan dengan sesiapa suatu aduan dibuat terhadapnyakepada Majlis Peguam mengenai apa-apa perbuatan curangyang dilakukan olehnya atas sifatnya sebagai seorangpeguam bela dan peguam cara;

(d) telah meninggalkan negara atau tidak hadir di pejabatnya,dalam hal keadaan yang Majlis Peguam boleh menganggapdengan munasabahnya bahawa dia telah melarikan diri;atau

(e) selainnya tidak berdaya, kerana kelemahan tubuh atauakal atau atas apa-apa sebab lain, untuk melaksanakandengan berkesan fungsinya sebagai peguam bela danpeguam cara,

dan Majlis Peguam fikirkan bahawa demi kepentingan awam ataudemi kepentingan kliennya atau profesion itu yang peguam beladan peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan, MajlisPeguam boleh memohon melalui saman ex parte kepada HakimBesar bagi suatu perintah menggantung peguam bela dan peguamcara itu daripada menjalankan amalan sehingga perintah selanjutnyadiberikan.

(2) Hakim Besar boleh memerintahkan supaya permohonan itudisampaikan kepada peguam bela dan peguam cara itu.

(3) Jika Hakim Besar berpuas hati bahawa peguam bela danpeguam cara itu patut digantung daripada menjalankan amalanHakim Besar itu boleh membuat suatu perintah bagi maksud itusehingga dibuat apa-apa perintah Mahkamah selanjutnya.

(4) Peguam bela dan peguam cara itu dalam masa satu bulanselepas perintah itu dibuat boleh merayu terhadap perintah itukepada Mahkamah Persekutuan yang keputusan MahkamahPersekutuan itu adalah muktamad.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh digantungkan pelaksanaannyasementara menunggu rayuan.

Page 89: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 89

(6) Melainkan jika perintah itu diakaskan atas rayuan, subseksyen88(2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi peguambela dan peguam cara yang berkenaan; dan bagi maksud subseksyen(4) seksyen itu ungkapan “tarikh yang meterial” ertinya tarikhperintah itu.

(7) Majlis Peguam dengan secepat yang boleh hendaklahmerujukkan aduan terhadap peguam bela dan peguam cara yangberkenaan itu kepada Lembaga Tatatertib.

Mengambil milik dokumen dalam milik peguam bela dan peguamcara

89. (1) Jika—

(a) suatu aduan dibuat kepada Majlis Peguam bahawa telahada kelewatan yang tidak sepatutnya di pihak seseorangpeguam bela dan peguam cara berkenaan dengan apa-apaperkara yang dia atau firmanya telah diarahkan bagi pihakseseorang klien atau apa-apa perkara berkenaan denganpentadbiran sesuatu amanah yang baginya peguam beladan peguam cara itu ialah pemegang amanah yang tunggalatau pemegang amanah bersama dengan seorang ataulebih daripada pekongsi, kerani atau pekhidmatnya;

(b) Majlis Peguam telah dengan notis secara bertulis menjemputpeguam bela dan peguam cara itu untuk memberi penjelasanberkenaan dengan perkara itu;

(c) peguam bela dan peguam cara itu telah, dalam tempohtidak kurang daripada dua puluh satu hari yang dinyatakandalam notis tersebut, tidak memberi penjelasan yang padafikiran Majlis Peguam cukup dan memuaskan hatiberkenaan dengan perkara itu; dan

(d) peguam bela dan peguam cara itu telah diberitahu secarabertulis oleh Majlis Peguam bahawa dia telah tidak memberipenjelasan itu,

Jadual kepada Akta ini, selain perenggan 7, hendaklah terpakaiberhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu, tetapi berkenaandengan dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 1, dan jumlahwang yang dinyatakan dalam perenggan 9, Jadual itu, hanya setakatyang ia berhubung dengan perkara yang diadukan itu:

Dengan syarat bahawa bagi maksud proviso kepada perenggan6 Jadual itu, Majlis Peguam boleh membuat salinan, atau cabutan

Page 90: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16690

daripada, dokumen berhubung dengan perkara yang diadukan ituatau dengan perkara itu dan dengan perkara lain dalam amalanpeguam bela dan peguam cara itu.

(2) Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegangamanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen78(6).

Mengambil milik harta dalam milik Peguam bela dan Peguamcara jika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.

90. (1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara menjalankanamalan atas namanya sendiri atau sebagai peguam bela dan peguamcara tunggal atas suatu nama firma dan—

(a) dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan atausuatu perintah penerimaan dalam kebankrapan sedangberkuat kuasa terhadapnya;

(b) dia telah membuat suatu komposisi dengan pemiutangnyaatau suatu surat ikatan perkiraan bagi faedah pemiutangnya;

(c) suatu perintah komital atau suatu perintah supaya suatuwrit penahanan dikeluarkan telah dibuat terhadapnya; atau

(d) dia ialah orang yang sakit otak atau pesakit sebagaimanayang ditakrifkan oleh *Ordinan Kecelaruan Mental 1952[Ord. 31/1952],

dan Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri ada sebab yangmunasabah mempercayai bahawa oleh sebab perbuatan kemungkiranatau ketidakupayaan peguam bela dan peguam cara itu atau mana-mana kerani atau pekhidmatnya—

(i) telah ada kelewatan yang tidak sepatutnya berkenaan denganapa-apa perkara yang peguam bela dan peguam cara ataufirmanya telah diarah bagi pihak seseorang klien atasapa-apa perkara berhubung dengan pentadbiran suatuamanah yang baginya peguam bela dan peguam cara ituialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanahbersama dengan seorang atau lebih daripada seorang keraniatau pekhidmatnya; atau

*CATATAN—Ordinan ini akan dimansuhkan dan digantikan oleh Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615]apabila ianya mula berkuat kuasa–lihat seksyen 93 Akta 615.

Page 91: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 91

(ii) apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh peguambela dan peguam cara itu atau firmanya kepada kliennya,atau yang dipegang olehnya atau firmanya bagi pihakkliennya atau yang tertakluk kepada apa-apa amanah yangbaginya dia ialah pemegang amanah tunggal atau pemegangamanah bersama seperti tersebut di atas dalam bahayasemasa dalam kawalan atau milik peguam bela dan peguamcara itu atau firmanya,

Jadual kepada Akta ini, selain perenggan 7, hendaklah terpakaiberhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu:

Dengan syarat bahawa bagi maksud proviso kepada perenggan6 Jadual itu, Majlis Peguam boleh membuat salinan, atau cabutandaripada, dokumen berhubung dengan apa-apa perkara yang disebutdalam subperenggan (i) seksyen ini atau dengan apa-apa jumlahwang yang disebut dalam subperenggan (ii) seksyen ini atau denganperkara atau jumlah wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,dan dengan perkara lain dalam amalan peguam bela dan peguamcara itu.

(2) Dalam seksyen ini perkataan “amanah” dan “pemegangamanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen78(6).

Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan peguam bela danpeguam cara

91. (1) Jika—

(a) Majlis Peguam ada sebab yang munasabah untukmempercayai bahawa wakil diri bagi seorang peguambela dan peguam cara yang telah mati dan yang sebaiksebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara atas namanyasendiri, atau sebagai peguam bela dan peguam cara tunggalatas suatu nama firma, telah bersalah atas kecuranganatau kelewatan yang tidak sepatutnya dalam mentadbirkanhal ehwal amalan peguam bela dan peguam cara itu atauberkaitan dengan apa-apa amanah yang baginya peguambela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah tunggalatau pemegang amanah hanya bersama dengan seorangatau lebih daripada kerani atau hanya pekhidmatnya; atau

Page 92: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16692

(b) seorang peguam bela dan peguam cara mati dan sebaiksebelum kematiannya peruntukan Jadual terpakai baginya,

Jadual, selain perenggan 7, hendaklah terpakai berhubung denganwakil diri itu dan hendaklah terus terpakai bagi wakil diri bagipeguam bela dan peguam cara yang akhir tersebut itu sebagaimanaperuntukan itu terpakai atau telah terpakai, mengikut mana-manayang berkenaan, berhubung dengan peguam bela dan peguam carayang disebut dalam peruntukan itu dan seolah-olah perkataan “wakildiri itu” telah, dengan penyesuaian yang perlu, menggantikanperkataan “peguam bela dan peguam cara itu” di mana-mana juaperkataan itu terdapat dalam peruntukan itu.

(2) Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegangamanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen78(6).

Majlis Peguam hendaklah mengendalikan akaun bank klienpeguam bela dan peguam cara yang telah mati

92. Apabila mati seseorang peguam bela dan peguam cara yangsebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara atas namanya sendiri atausebagai seorang peguam bela dan peguam cara tunggal atas suatunama firma hak bagi mengendalikan, atau menguruskan secaralain, apa-apa akaun bank atas nama peguam bela dan peguam caraitu atau nama firmanya, iaitu suatu akaun yang ke dalamnya telahdibayar apa-apa wang klien hendaklah, walau apa pun apa-apa juayang terkandung dalam Akta ini yang berlawanan, terletak hakpada Majlis Peguam dengan mengenepikan hak mana-mana wakildiri peguam bela dan peguam cara itu dan boleh dijalankan mulaidaripada kematian peguam bela dan peguam cara itu.

BAHAGIAN VII

PROSIDING TATATERTIB

Lembaga Tatatertib

93. (1) Bagi maksud prosiding tatatertib di bawah Bahagian ini,hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Tatatertib.

Page 93: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 93

(2) Lembaga Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa yang samasebagaimana yang dijalankan oleh Majlis Peguam sebelum permulaankuat kuasa Bahagian ini.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a) pengerusi Lembaga Tatatertib yang dilantik oleh HakimBesar dan orang itu hendaklah seorang Hakim MahkamahTinggi atau Mahkamah Persekutuan, seorang HakimMahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan yang telahbersara atau mana-mana orang lain yang layak menjadiseorang Hakim Mahkamah Tinggi atau MahkamahPersekutuan:

Dengan syarat bahawa dalam hal jika seorang HakimMahkamah Persekutuan hendak dilantik sebagai pengerusi,pelantikan itu hendaklah dibuat oleh Hakim Besar selepasberunding dengan Ketua Hakim Negara;

(b) Yang Dipertua Majlis Peguam dengan Naib Yang Dipertuasebagai silih gantinya; dan

(c) lima belas orang ahli pengamal yang sudah menjadi peguambela dan peguam cara tidak kurang daripada lima belastahun yang dilantik oleh Hakim Besar selama tempohdua tahun:

Dengan syarat bahawa Hakim Besar boleh melanjutkantempoh jawatan mereka selama tempoh yang tidak melebihidua tahun lagi atau melantik mereka semula.

(4) Kuorum Lembaga Tatatertib ialah tujuh orang ahli yangdaripadanya seorang ahli hendaklah daripada perenggan (a), seorangahli daripada perenggan (b) dan lima orang ahli daripada perenggan(3)(c).

(5) Setiausaha Lembaga Tatatertib hendaklah menjadi seorangpekerja sepenuh masa Majlis Peguam yang dilantik di bawah seksyen98 dan orang itu hendaklah seorang peguam bela dan peguam carayang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurangdaripada lima tahun.

(6) Lembaga Tatatertib boleh membuat kaedah-kaedah yangberhubungan dengan kuorumnya dan untuk mengawal seliatatacaranya.

Page 94: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16694

Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memotong daripada Daftarai,menggantung kerana salah laku, dsb.

94. (1) Semua peguam bela dan peguam cara tertakluk bagi maksudsemua tindakan tatatertib kepada kawalan Lembaga Tatatertib.

(2) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melakukanapa-apa salah laku boleh dipotong daripada Daftarai atau digantungdaripada menjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yang tidakmelebihi lima tahun.

(3) Bagi maksud Bahagian ini, “salah laku” ertinya kelakuanatau ketinggalan untuk bertindak di Malaysia atau di tempat lainoleh seseorang peguam bela dan peguam cara atas sifat profesionalnyaatau selainnya yang dikira sebagai perbuatan tidak patut yangserius dan termasuk—

(a) sabitan atas kesalahan jenayah yang menjadikan dia tidaklayak menjadi anggota profesionnya;

(b) pelanggaran kewajipan kepada mahkamah termasuk apa-apa kegagalannya mematuhi sesuatu aku janji yangdiberikan kepada mahkamah;

(c) kelakuan curang atau fraud dalam menunaikankewajipannya;

(d) pelanggaran apa-apa kaedah amalan dan etika profesionyang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah Akta ini atauselainnya;

(e) dihukum menjadi bankrap dan didapati bersalah atas mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang tersebut dalamperenggan 33(6) (a), (b), (c), (d), (e), (f), (h), (k) atau (l)Akta Kebankrapan 1967;

(f) menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang telah mendapatkan pekerjaan dalamapa-apa urusan perundangan bagi dirinya sendiri ataubagi mana-mana peguam bela dan peguam cara lain;

(g) secara langsung atau tidak langsung mendapatkan ataucuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya sendiri ataumana-mana peguam bela dan peguam cara lain melaluiatau atas arahan mana-mana orang yang kepadanya apa-apa saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberikanolehnya atau dipersetujui atau dijanjikan akan diberikan;

Page 95: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 95

(h) menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundanganmelalui penarik langganan;

(i) membenarkan mana-mana orang yang tidak diberikebenaran menjalankan urusan perundangan atas namanyatanpa kawalan langsung dan rapat olehnya selaku ketuaatau tanpa penyeliaan yang sepatutnya;

(j) menjalankan sendiri, secara langsung atau tidak langsung,apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan yang tidakbersesuaian dengan profesion undang-undang atau diambilbekerja untuk ganjaran atau selainnya dalam apa-apaprofesion, tred, perniagaan atau urusan itu;

(k) pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau apa-apa arahanatau keputusan Majlis Peguam;

(l) dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantung atau dicelaatas sifatnya sebagai pengamal undang-undang di mana-mana negara lain atau melakukan perbuatan salah lakuyang boleh menyebabkan dia dihukum di mana-mananegara lain;

(m) mengenakan, tanpa perjanjian bertulis, berkenaan denganperkhidmatan profesional yang diberikan kepada klien, fiatau kos yang terlalu berlebihan dalam semua hal keadaan;

(n) terlalu mengabaikan kepentingan kliennya; dan

(o) melakukan apa-apa kelakuan yang tidak sepadan denganseorang peguam bela dan peguam cara atau yangmenyebabkan atau dijangka akan menyebabkan profesionundang-undang dipandang hina.

(4) Jika seorang peguam bela dan peguam cara—

(a) telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apakesalahan yang melibatkan kecurangan, penyalahgunaanatau pelesapan apa-apa wang atau harta klien atau mana-mana orang lain;

(b) telah dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantung ataudicela atas sifatnya sebagai seorang pengamal undang-undang di mana-mana negara lain;

Page 96: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16696

(c) menjadi bahan sesuatu aduan mengenai apa-apa perbuatancurang yang telah dilakukannya atas sifatnya sebagaiseorang peguam bela dan peguam cara;

(d) telah meninggalkan negara atau telah tidak hadir dipejabatnya dalam keadaan yang semunasabahnya dianggapoleh Majlis Peguam bahawa dia telah melarikan diri;atau

(e) selainnya tidak berupaya disebabkan kelemahan tubuhatau akal atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakandengan berkesan fungsi seorang peguam bela dan peguamcara,

dan Majlis Peguam berpendapat bahawa demi kepentingan awamatau kepentingan kliennya atau kepentingan profesionnya bahawapeguam bela dan peguam cara itu digantung daripada menjalankanamalan, Majlis Peguam boleh memohon kepada Lembaga Tatatertibuntuk mendapatkan perintah menggantung peguam bela dan peguamcara itu daripada menjalankan amalan sehingga notis selanjutnya.

(5) Seorang pelatih mutatis mutandis tertakluk kepada kawalanyang sama daripada Lembaga Tatatertib yang, menurut kuasa seksyenini, dilaksanakan terhadap peguam bela dan peguam cara tetapisebagai ganti perintah yang memotongnya daripada Daftarai ataumenggantungnya, suatu perintah boleh dibuat menghalang pelatihitu daripada mempetisyen Mahkamah untuk diterima masuk sehinggaselepas tarikh yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu.

Panel Jawatankuasa Tatatertib dan Panel Tribunal Penyiasatan

95. Bagi maksud tatatertib di bawah Bahagian ini, hendaklahditubuhkan suatu Panel Jawatankuasa Tatatertib dengan suatuJawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawahnya dan suatuPanel Tribunal Penyiasatan dengan suatu Tribunal Penyiasatanyang ditubuhkan di bawahnya.

Pelantikan Panel Jawatankuasa Tatatertib

96. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, dari semasa ke semasasebagaimana yang dikehendaki, melantik suatu Panel JawatankuasaTatatertib, daripada senarai yang diberikan oleh Majlis Peguam,

Page 97: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 97

yang terdiri daripada tiga puluh orang ahli yang daripadanya duapuluh orang ahli ialah peguam bela dan peguam cara yang sudahmenjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada sepuluhtahun dan mempunyai sijil amalan yang sah dan sepuluh orang ahliialah orang biasa:

Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh, bilamanadisifatkannya perlu atau suai manfaat, dan selepas berunding denganMajlis Peguam, mengubah bilangan ahli Panel JawatankuasaTatatertib. Apa-apa perubahan bilangan ahli hendaklah mengikutperkadaran yang sama bagi peguam bela dan peguam cara danorang biasa sebagaimana yang diperihalkan di atas.

(2) Tiap-tiap ahli Panel Jawatankuasa Tatatertib hendaklahberkhidmat selama tempoh dua tahun:

Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh melanjutkantempoh jawatannya selama suatu tempoh yang tidak melebihi duatahun lagi atau melantiknya semula.

Pelantikan Panel Tribunal Penyiasatan

97. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, dari semasa ke semasasebagaimana yang dikehendaki, melantik suatu Panel TribunalPenyiasatan, daripada senarai yang diberikan oleh Majlis Peguam,yang terdiri daripada enam puluh orang ahli yang daripadanyaempat puluh orang ahli ialah peguam bela dan peguam cara yangsudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripadatujuh tahun dan mempunyai sijil amalan yang sah dan dua puluhorang ahli yang ialah orang biasa:

Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh, bilamanadisifatkannya perlu atau suai manfaat, dan selepas berunding denganMajlis Peguam, mengubah bilangan ahli Panel Tribunal Penyiasatan.Apa-apa perubahan bilangan ahli hendaklah mengikut perkadaranyang sama bagi peguam bela dan peguam cara dan orang biasasebagaimana yang diperihalkan di atas.

(2) Tiap-tiap ahli Panel Tribunal Penyiasatan hendaklahberkhidmat bagi tempoh dua tahun:

Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh melanjutkantempoh jawatannya hingga suatu tempoh yang tidak melebihi duatahun atau melantiknya semula.

Page 98: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 16698

Pengarah Urus Setia Aduan

98. (1) Majlis Peguam hendaklah, dari semasa ke semasasebagaimana yang dikehendaki, melantik seorang peguam beladan peguam cara yang sudah menjadi peguam bela dan peguamcara tidak kurang daripada lima tahun untuk menjawat jawatanPengarah Urus Setia Aduan.

(2) Pengarah itu hendaklah bertugas sebagai Setiausaha kepadaLembaga Tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib dan TribunalPenyiasatan.

(3) Majlis Peguam hendaklah bertanggungjawab bagi saraanPengarah itu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkanpelantikannya.

(4) Pengarah itu hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiranharian aduan terhadap peguam bela dan peguam cara di bawahBahagian ini.

Aduan terhadap peguam bela dan peguam cara atau pelatih

99. (1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan mana-mana peguambela dan peguam cara atau mana-mana pelatih hendaklah secarabertulis dan hendaklah pada mulanya dibuat atau dirujuk kepadaLembaga Tatatertib yang akan mengendalikan aduan itu mengikutapa-apa kaedah yang dibuat dari semasa ke semasa di bawah Bahagianini.

(2) Mana-mana mahkamah, Hakim, Hakim Mahkamah Sesyenatau Majistret atau Peguam Negara boleh pada bila-bila masa merujukkepada Lembaga Tatatertib apa-apa aduan yang dibuat terhadapseseorang peguam bela dan peguam cara atau pelatih.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira menghalangMajlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri daripada membuatapa-apa aduan atas usulnya sendiri kepada Lembaga Tatatertibterhadap seseorang peguam bela dan peguam cara atau pelatih.

Tribunal Penyiasatan

100. (1) Jika sesuatu permohonan atau aduan bertulis dirujukkepada Lembaga Tatatertib, Lembaga Tatatertib itu hendaklah,

Page 99: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 99

jika difikirkannya terdapat merit dalam permohonan atau aduanitu, dengan serta-merta menubuhkan suatu Tribunal Penyiasatan.

(2) Sesuatu Tribunal Penyiasatan yang akan dilantik oleh LembagaTatatertib untuk menyiasat permohonan atau aduan itu hendaklahterdiri daripada tiga orang ahli iaitu—

(a) dua orang peguam bela dan peguam cara; dan

(b) seorang ahli biasa,

yang dilantik daripada Panel Tribunal Penyiasatan.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah melantik seorang ahli daripadaperenggan (2)(a) menjadi pengerusi Tribunal Penyiasatan tersebut.

Penyiasatan

101. (1) Sesuatu Tribunal Penyiasatan hendaklah, dalam masadua minggu selepas pelantikannya, memulakan penyiasatannyaterhadap permohonan atau aduan itu dan melaporkan dapatannyakepada Lembaga Tatatertib dengan seberapa segera yangsemunasabahnya boleh diharapkan daripadanya, tetapi tidak lewatdaripada dua bulan selepas bermulanya penyiasatan itu, atau dalamapa-apa tempoh lain yang ditentukan secara bertulis oleh pengerusiLembaga Tatatertib atas permohonan yang dibuat oleh TribunalPenyiasatan bagi pelanjutan tempoh dua bulan itu.

(2) Bagi maksud apa-apa penyiasatan, Tribunal Penyiasatanboleh—

(a) meminta atau mengambil kerja mana-mana orang untukmembuat atau membantu dalam membuat apa-apa juapenyiasatan permulaan yang difikirkannya perlu;

(b) menghendaki dikemukakan untuk pemeriksaan olehTribunal Penyiasatan atau mana-mana orang yang diambilkerja di bawah perenggan (a) apa-apa buku, dokumenatau kertas yang ada hubungan atau kaitan dengan halperkara penyiasatan itu dan boleh menghendaki mana-mana orang memberikan maklumat berhubung denganbuku, dokumen atau kertas itu; dan

(c) menghendaki orang yang berkenaan memberikan segalamaklumat berhubung dengan mana-mana buku, dokumenatau kertas itu yang mungkin semunasabahnya dikehendaki

Page 100: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166100

oleh Tribunal Penyiasatan atau oleh orang yang diambilkerja di bawah perenggan (a).

(3) Mana-mana peguam bela dan peguam cara dan mana-manaorang lain yang tanpa alasan yang sah enggan atau gagalmengemukakan kepada Tribunal Penyiasatan atau kepada mana-mana orang yang diambil kerja oleh Tribunal Penyiasatan bagimaksud penyiasatan mana-mana buku, dokumen atau kertas ataugagal memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengannya dibawah perenggan (2)(b) atau (c) melakukan suatu kesalahan dan,*apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan ataukedua-duanya.

(4) Sebelum Tribunal Penyiasatan memulakan pendengarannyaberkenaan dengan apa-apa perkara—

(a) Tribunal Penyiasatan hendaklah menghantar melalui posatau menyerahkan kepada peguam bela dan peguam carayang berkenaan—

(i) suatu salinan apa-apa permohonan atau aduanbertulis dan juga apa-apa akuan berkanun atauafidavit yang telah dibuat bagi menyokongpermohonan atau aduan itu; dan

(ii) suatu notis mengundang peguam bela dan peguamcara yang berkenaan, dalam apa-apa tempoh (yangtidak kurang daripada empat belas hari) yangdinyatakan dalam notis, untuk memberi TribunalPenyiasatan apa-apa penjelasan bertulis yang ingindikemukakannya dan memberitahu TribunalPenyiasatan sekiranya dia ingin didengar olehTribunal Penyiasatan itu; dan

(b) Tribunal Penyiasatan hendaklah membiarkan masa yangditetapkan dalam notis itu berlalu dan memberi peguambela dan peguam cara yang berkenaan peluang yangmunasabah untuk didengar jika dia berhasrat sedemikiandan hendaklah memberikan pertimbangan yang wajarkepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya.

*CATATAN—Peruntukan asal sebelum pindaan yang dibuat oleh Akta A861 ialah denda sebanyak limaratus ringgit.

Page 101: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 101

Pertimbangan Lembaga Tatatertib tentang laporan oleh TribunalPenyiasatan

102. (1) Tribunal Penyiasatan hendaklah memutuskan danmengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib mana-mana satu daripadasyor yang berikut:

(a) bahawa penyiasatan formal tidak perlu;

(b) bahawa tiada sebab yang cukup berat wujud bagipenyiasatan formal tetapi peguam bela dan peguam caraitu hendaklah diperintahkan membayar penalti; atau

(c) bahawa patut diadakan suatu penyiasatan formal olehJawatankuasa Tatatertib.

(2) Jika Tribunal Penyiasatan dalam laporannya mengesyorkan—

(a) bahawa patut diadakan suatu penyiasatan formal, LembagaTatatertib hendaklah menubuhkan suatu JawatankuasaTatatertib; atau

(b) bahawa suatu penyiasatan formal oleh JawatankuasaTatatertib tidak perlu, Lembaga Tatatertib boleh, jika iatidak bersetuju dengan syor itu, melantik suatuJawatankuasa Tatatertib.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah memberitahu peguam beladan peguam cara itu dan orang yang membuat permohonan atauaduan itu tentang cara ia telah memutuskan permohonan atau aduanitu dan sekiranya keputusannya ialah bahawa suatu penyiasatanformal tidak perlu, Lembaga Tatatertib hendaklah atas permintaanorang itu memberinya sebab secara bertulis.

Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memerintahkan penalti

103. (1) Jika Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa tiada sebabyang cukup berat wujud bagi membuat sesuatu penyiasatan formaltetapi memutuskan bahawa peguam bela dan peguam cara ituhendaklah diperintahkan membayar penalti ia boleh memerintahkanpeguam bela dan peguam cara itu membayar penalti yang tidaklebih daripada lima ribu ringgit.

(2) Sebelum Lembaga Tatatertib membuat perintah bagipembayaran penalti di bawah seksyen ini, ia hendaklah memberitahu

Page 102: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166102

peguam bela dan peguam cara yang berkenaan tentang niatnyauntuk berbuat demikian dan memberinya peluang yang munasabahuntuk didengar.

(3) Jika Lembaga Tatatertib sudah memerintahkan supaya apa-apa penalti dibayar di bawah seksyen ini oleh seseorang peguambela dan peguam cara, penalti itu hendaklah dibayar dalam masasatu bulan dari tarikh perintah itu dan jika dia ingkar membayarnya,Lembaga Tatatertib boleh memerintahkan supaya peguam bela danpeguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan sehinggapembayaran penalti itu dibuat.

Permohonan untuk melantik Jawatankuasa Tatatertib

103A. Jika—

(a) Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa hendaklahdiadakan suatu penyiasatan formal; atau

(b) seorang peguam bela dan peguam cara telah disabitkanatas kesalahan pecah amanah jenayah di bawah seksyen409 Kanun Keseksaan [Akta 574] atau apa-apa kesalahanlain yang melibatkan fraud atau kecurangan; atau

(c) peguam bela dan peguam cara itu telah digantung dibawah subseksyen 94(4) Bahagian ini,

Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta melantik suatuJawatankuasa Tatatertib yang akan mendengar dan menyiasat perkaraitu.

Jawatankuasa Tatatertib

103B. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah melantik suatuJawatankuasa Tatatertib untuk menimbangkan, dalam hal apabilasuatu Tribunal Penyiasatan telah dilantik, laporan TribunalPenyiasatan itu, atau untuk menyiasat dan membuat syor kepadaLembaga Tatatertib berkenaan dengan hal di bawah seksyen 103A.

(2) Sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripadatiga orang ahli iaitu—

(a) dua orang peguam bela dan peguam cara; dan

(b) satu orang ahli biasa,

yang dilantik daripada Panel Jawatankuasa Tatatertib.

Page 103: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 103

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah melantik seorang ahli daripadaperenggan (2)(a) menjadi pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.

Dapatan Jawatankuasa Tatatertib

103C. (1) Selepas mendengar dan menyiasat apa-apa perkara yangdirujuk kepadanya, sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklahmerekodkan dapatannya berhubung dengan fakta kes itu dan mengikutfakta itu hendaklah memutuskan dan membuat mana-mana satudaripada syor yang berikut kepada Lembaga Tatatertib:

(a) bahawa tiada sebab yang cukup berat wujud bagi tindakantatatertib;

(b) bahawa walaupun tiada sebab yang cukup berat wujudbagi tindakan tatatertib peguam bela dan peguam cara itupatut dicela; atau

(c) bahawa terdapat merit yang cukup dalam aduan itu danbahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklahdikenakan salah satu daripada tindakan tatatertib yangberikut:

(i) pengenaan denda ke atas peguam bela dan peguamcara itu bagi apa-apa jumlah yang difikirkan adiloleh Jawatankuasa Tatatertib;

(ii) penggantungan peguam bela dan peguam cara yangberkenaan daripada menjalankan amalan selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh JawatankuasaTatatertib memandangkan hal keadaan itu; atau

(iii) pemotongan peguam bela dan peguam cara yangberkenaan daripada Daftarai.

Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib tentang laporanJawatankuasa Tatatertib

103D. (1) Selepas menimbangkan laporan Jawatankuasa Tatatertib,Lembaga Tatatertib boleh membuat suatu perintah—

(a) yang mengesahkan syor Jawatankuasa Tatatertib; dan

Page 104: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166104

(b) boleh sama ada menerima syor Jawatankuasa Tatatertibtentang hukuman yang akan dikenakan atau, dalam kesluar biasa, mengenakan hukuman yang lebih berat.

(2) Sebelum Lembaga Tatatertib membuat sesuatu perintah danmengenakan sesuatu hukuman di bawah seksyen ini yangmengakibatkan hukuman yang lebih berat ia hendaklah memberitahupeguam bela dan peguam cara yang berkenaan tentang niatnyauntuk berbuat demikian dan memberinya peluang yang munasabahuntuk didengar.

(3) Jika Lembaga Tatatertib tidak bersetuju dengan syorJawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah membuatapa-apa perintah lain yang difikirkannya adil.

Rayuan daripada keputusan Lembaga Tatatertib

103E. (1) Mana-mana pihak yang terkilan dengan apa-apa keputusanatau perintah yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib berhak merayukepada Mahkamah Tinggi dalam masa sebulan selepas pemberitahuankeputusan atau perintah yang dimusykilkan itu.

(2) Rayuan itu hendaklah ditetapkan untuk didengar di hadapantiga orang Hakim Mahkamah Tinggi.

(3) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan MahkamahTinggi berhak merayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam masasatu bulan selepas keputusan Mahkamah Tinggi.

(4) Majlis Peguam boleh atas budi bicaranya mencelah padamana-mana peringkat apa-apa rayuan di bawah seksyen ini.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

103F. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, dari semasa ke semasa,membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia tatacara berkenaandengan prosiding tatatertib.

(2) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini tidakboleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

Page 105: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 105

Peruntukan kecualian dan peralihan

103G. (1) Penggantian peruntukan yang berhubungan denganprosiding tatatertib oleh *Akta ini tidak menyentuh apa-apapermohonan, aduan atau prosiding tatatertib yang belum diputuskanpada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) Akta ibu yang berhubungandengan prosiding tatatertib hendaklah terus berkuat kuasa.

Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib

103H. (1) Bar Malaysia hendaklah menubuhkan, menyenggara danmentadbirkan suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai“Kumpulan Wang Tatatertib”.

(2) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah, padasetiap kali dia memohon Sijil Tahunan, membayar kepada BarMalaysia suatu caruman kepada Kumpulan Wang Tatatertib yangjumlahnya boleh ditentukan oleh Majlis Peguam dari semasa kesemasa:

Dengan syarat bahawa jika seseorang peguam bela dan peguam caramemohon sijil amalan yang sah selama suatu tempoh yang kurangdaripada enam bulan dalam sesuatu tahun kalendar, dia hendaklahdikehendaki membayar suatu caruman yang merupakan setengahdaripada jumlah yang ditentukan bagi tahun itu.

(3) Segala kos, caj dan perbelanjaan bagi maksud mana-manaprosiding di bawah Akta ini hendaklah dibayar daripada KumpulanWang Tatatertib itu.

Pembayaran fi, denda, dsb., ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib

103I. Hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib fiyang ditetapkan menurut seksyen 140 dan apa-apa denda, penalti,atau apa-apa bayaran lain yang diperintahkan oleh Lembaga Tatatertibsupaya dibayar.

* CATATAN—Perkataan “Akta ini” merujuk kepada Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan)1992 [Akta A812].

Page 106: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166106

Kuasa untuk membuat kaedah

103J. Lembaga Tatatertib boleh, dengan berunding dengan MajlisPeguam dan dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa kaedahyang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan Akta ini denganlebih baik.

104. (Dipotong oleh Akta A567).

Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untukdikeluarkan namanya daripada Daftarai

105. (1) Mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh, tertaklukkepada seksyen ini dan kepada mana-mana kaedah yang dibuatbagi maksud itu, memohon kepada Mahkamah supaya namanyadikeluarkan daripada Daftarai.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara usulpemula dan hendaklah disokong dengan afidavit dalam bentukyang ditetapkan dan hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguamtidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Majlis Peguam boleh bagi sebab yang baik menghendakipemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuatpermohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh MajlisPeguam.

(4) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah didengaroleh seorang Hakim yang bersidang dalam mahkamah terbuka.

(5) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas sesuatu permohonandi bawah seksyen ini jika Hakim itu berpuas hati bahawa—

(a) tindakan tatatertib masih belum diputuskan terhadappemohon itu; atau

(b) kelakuan pemohon itu ialah perkara yang disiasat di bawahBahagian ini.

(6) Selepas didengar apa-apa permohonan itu Hakim itu bolehmembuat perintah—

(a) mengarahkan Pendaftar memotong nama pemohon itudaripada Daftarai; atau

Page 107: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 107

(b) menangguhkan pendengaran itu sine die atau kepada apa-apa tarikh yang difikirkan patut dan munasabah olehHakim itu,

dan apa-apa perintah yang adil bagi pembayaran kos.

Majlis Peguam hendaklah memberitahu Pendaftar akan perintahyang bertentangan bagi peguam bela dan peguam cara

106. Majlis Peguam hendaklah memberi Pendaftar akan tiap-tiapperintah yang dibuat di bawah Bahagian ini yang bertentanganbagi seseorang peguam bela dan peguam cara, dan Pendaftarhendaklah menyebabkan supaya suatu notis mengenai natijah perintahitu dicatatkan dalam Daftarai bersetentangan dengan nama peguambela dan peguam cara yang berkenaan itu:

Dengan syarat bahawa sesuatu perintah yang berkenaan dengankos sahaja tidak perlu dicatatkan sedemikian dalam Daftarai.

Mahkamah Tinggi boleh memasukkan semula peguam beladan peguam cara

107. (1) Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya patut danmunasabah, pada bila-bila masa memerintahkan Pendaftarmemasukkan semula dalam Daftarai nama seseorang peguam beladan peguam cara yang namanya telah dikeluarkan atau dipotongdaripada Daftarai.

(2) Apa-apa permohonan supaya nama seseorang peguam beladan peguam cara dimasukkan semula dalam Daftarai hendaklahdibuat melalui usul pemula yang disokong dengan afidavit, dihadapan Mahkamah Tinggi.

(3) Notis usul itu hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguamyang hendaklah diwakili pada waktu usul itu didengar dan hendaklahmengemukakan di hadapan Mahkamah itu suatu laporan yanghendaklah termasuk salinan rekod apa-apa prosiding yangmengakibatkan nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkanatau dipotong daripada Daftarai dan suatu pernyataan apa-apa faktayang telah berlaku semenjak nama peguam bela dan peguam cara

Page 108: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166108

itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan yang padapendapat Majlis itu atau mana-mana ahlinya adalah berkaitan untukdipertimbangkan atau disiasat berkenaan dengan permohonan itu.

(4) Pada menjalankan bidang kuasanya di bawah seksyen ini,Mahkamah Tinggi hendaklah dianggotai oleh tiga orang Hakim.

(5) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan MahkamahTinggi mempunyai hak merayu ke Mahkamah Persekutuan:

Dengan syarat bahawa Hakim yang membuat keputusan yangterhadapnya rayuan dibuat tidak boleh menganggotai MahkamahPersekutuan.

Kos prosiding di bawah Bahagian ini

108. Kos bagi semua prosiding dan yang bersampingan dengannyadi bawah Bahagian ini adalah mengikut budi bicara Mahkamahyang mendengar prosiding itu dan boleh termasuk kos bagi MajlisPeguam, dan kos prosiding di hadapan Tribunal Penyiasatan danJawatankuasa Tatatertib.

Jika orang yang disiasat tidak hadir

109. Jika orang yang kelakuannya disiasat itu tidak hadir di hadapanMahkamah, Tribunal Penyiasatan atau Jawatankuasa Tatatertib,mengikut mana-mana yang berkenaan, penyiasatan atau prosidingitu boleh dijalankan tanpa apa-apa notis lagi kepada orang ituapabila penyampaian dibuktikan dengan afidavit atau akuan berkanunatau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan olehMahkamah.

Penerbitan dan dokumen dianggap keterangan bagi fakta yangdinyatakan di dalamnya

110. (1) Dalam apa-apa prosiding di bawah Bahagian ini apa-apapenerbitan yang berupa sebagai dicetak di bawah kuasa GeneralCouncil of the Bar atau The Law Society of England dan apa-apadokumen yang berupa sebagai ditandatangani di bawah kuasa badanitu, sehingga dibuktikan sebaliknya, keterangan bagi fakta yangdinyatakan di dalamnya atau bagi apa-apa kaedah, amalan ataukelaziman yang terpakai di England sebagaimana dinyatakan didalamnya.

Page 109: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 109

(2) Apabila orang yang kelakuannya disiasat itu tidak hadir danJawatankuasa Tatatertib mengambil keputusan di bawah seksyen109 untuk meneruskan penyiasatan itu semasa ketidakhadirannyadan dalam apa-apa kes lain dengan persetujuan secara bertulisorang itu, Tribunal Penyiasatan atau Jawatankuasa Tatatertib bolehsama ada tentang seluruh kes itu atau tentang apa-apa fakta ataufakta tertentu, meneruskan penyiasatan itu dan bertindak atasketerangan melalui afidavit atau akuan berkanun.

Tiada tindakan terhadap Jawatankuasa Tatatertib, dsb., keranaperbuatan yang dilakukan

111. Tiada apa-apa tindakan atau prosiding boleh diambil terhadapTribunal Penyiasatan, Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib,Bar Malaysia atau Majlis Peguam atau mana-mana ahlinya keranaapa-apa perbuatan atau sesuatu yang dilakukan di bawah Akta inimelainkan jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa perbuatanatau sesuatu itu telah dilakukan dengan hati yang tidak suci ataudengan niat jahat.

BAHAGIAN VIII

SARAAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membeli kepentinganklien

112. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata dalammana-mana undang-undang bertulis, atau oleh kaedah-kaedah yangdibuat di bawah Akta ini, tiada seseorang pun, peguam bela danpeguam cara boleh—

(a) membeli atau bersetuju membeli sama ada secara langsungatau tidak langsung sesuatu kepentingan atau apa-apabahagian daripada kepentingan itu hal perkara kliennyaatau hal perkara pihak yang satu lagi dalam guaman,tindakan atau prosiding bertikaian lain yang sama yangdibawa atau hendak dibawa atau dipertahankan; atau

(b) membuat apa–apa perjanjian yang dengannya dia ditempahatau diguna khidmat untuk menjalankan apa-apa guamanatau tindakan atau prosiding bertikaian lain yang mensyaratatau mencadangkan pembayaran hanya jika guaman,tindakan atau prosiding itu berjaya.

Page 110: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166110

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagaimengesahkan di sisi undang-undang apa-apa pembelian atauperjanjian yang dilarang oleh subseksyen (1) atau apa-apa pelupusan,kontrak, penyelesaian, pindahan, penyerahan, urusan atau pindahmilik yang tidak sah terhadap—

(a) Ketua Pengarah Insolvensi di bawah undang-undang yangberhubungan dengan kebankrapan;

(b) seseorang penyelesai atau penerima di bawah undang-undang yang berhubungan dengan penggulungan syarikat;atau

(c) pemiutang dalam apa-apa komposisi.

Jawatankuasa Kos Peguam cara

113. (1) Jawatankuasa Kos Peguam cara hendaklah terdiri daripadaorang yang berikut—

(a) Hakim Besar atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi yangdinamakan oleh Hakim Besar (dalam seksyen ini disebut“Hakim Besar atau nomininya”);

(b) Peguam Negara atau seorang ahli Jabatan Peguam Negarayang dinamakan oleh Peguam Negara;

(c) Ketua Pendaftar atau seorang Penolong Kanan Pendaftaryang dinamakan oleh Ketua Pendaftar;

(d) empat orang peguam bela dan peguam cara yang dinamakanoleh Majlis Peguam.

(2) Jawatakuasa Kos Peguam cara hendaklah dipanggilbermesyuarat oleh Hakim Besar atas permintaan mana-mana daripadaahlinya.

(3) Jawatankuasa Kos Peguam cara atau mana-mana empat orangdaripada ahlinya (Hakim Besar atau nomininya ialah seorang) bolehmembuat perintah am menetapkan dan mengawal selia mengikutapa-apa cara yang difikirkannya patut dan munasabah saraan peguambela dan peguam cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaiandan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini bolehmembatalkan atau mengubah apa-apa perintah terdahulu yang dibuatsedemikian.

Page 111: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 111

(4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini, boleh,berkenaan dengan cara saraan, menetapkan bahawa ia hendaklahmengikut suatu skil kadar atau komisen atau peratusan, yang berubah-ubah atau tidak bagi berlainan kelas urusan, atau dengan sejumlahwang kasar, atau dengan sejumlah wang tetap bagi setiap dokumenyang disediakan atau diteliti, tidak kira panjangnya, atau denganapa-apa cara lain, atau sebahagiannya dengan satu cara dan sebahagianlagi dengan suatu cara lain, dan boleh mengawal selia jumlah atausaraan itu dengan merujuk kepada semua atau mana-mana daripadapertimbangan yang berikut, antara lain pertimbangan:

(a) kedudukan pihak yang baginya peguam bela dan peguamcara itu bersangkutan dengan urusan itu, sama ada sebagaipenjual atau pembeli, pemberi pajak atau pemegang pajak,penggadai janji atau pemegang gadai janji, danseumpamanya;

(b) tempat di mana, dan hal keadaan yang urusan atau mana-mana bahagiannya dijalankan;

(c) jumlah wang modal atau sewa yang berhubung denganurusan itu;

(d) kemahiran, kerja dan tanggungjawab yang terlibat di pihakpeguam bela dan peguam cara itu;

(e) bilangan dan mustahaknya dokumen yang disediakan atauditeliti, tidak kira panjangnya.

(5) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh membenarkandan mengawal selia—

(a) pengambilan oleh peguam bela dan peguam cara daripadakliennya cagaran, yang ditentukan dengan cara penetapanatau selainnya, bagi pembayaran apa-apa saraan yangmungkin kena dibayar kepadanya di bawah perintah itu;dan

(b) pemberian bunga.

(6) Selagi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini berkuatkuasa, penetapan bil kos peguam bela dan peguam cara berkenaandengan urusan bukan bertikaian hendaklah, tertakluk kepada seksyen121, dikawal selia oleh perintah itu.

(7) Seksyen 136 hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yangdibuat di bawah seksyen ini.

Page 112: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166112

Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuksaraan daripada klien

114. (1) Sama ada apa-apa perintah berkuat kuasa di bawah seksyen113 atau tidak, seseorang peguam bela dan peguam cara dan kliennyaboleh, sama ada sebelum atau selepas atau dalam masa peguambela dan peguam cara itu menjalankan apa-apa sesuatu urusanbukan bertikaian, membuat suatu perjanjian tentang saraan peguambela dan peguam cara itu berkenaan dengannya:

Dengan syarat bahawa perjanjian itu tidak boleh membuatperuntukan bagi kos mengikut suatu skil yang lebih rendah daripadaskil yang diperuntukkan oleh apa-apa perintah yang dibuat di bawahseksyen 113.

(2) Perjanjian itu boleh membuat peruntukan bagi saraan peguambela dan peguam cara itu dengan sejumlah wang kasar, atau dengankomisen atau peratusan, atau dengan gaji, atau selainnya, dan iaboleh dibuat atas terma bahawa amaun saraan yang dijanjikan didalam perjanjian itu hendaklah sama ada termasuk atau tidak termasuksemua atau apa-apa pembelanjaan yang dibuat oleh peguam beladan peguam cara itu berkenaan dengan carian, pelan, perjalanan,setem, fi atau perkara lain.

(3) Perjanjian itu hendaklah secara bertulis dan ditandatanganioleh orang yang akan terikat dengannya atau oleh ejennya bagimaksud itu.

(4) Perjanjian itu boleh dibawa guaman dan didapatkan ataudibatalkan dengan cara dan alasan sama seperti suatu perjanjianyang tidak berhubungan dengan saraan peguam bela dan peguamcara:

Dengan syarat bahawa jika atas apa-apa penetapan kos peguambela dan peguam cara bergantung kepada perjanjian itu dan klienmembantah terhadap perjanjian itu atas alasan bahawa ia tidakpatut atau tidak munasabah, pegawai penetapan boleh menyiasatfakta itu dan memperakuinya kepada Mahkamah, dan jika atasperakuan itu Mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu patutdibatalkan, atau jumlah yang kena dibayar di bawahnya patutdikurangkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya perjanjianitu dibatalkan, atau amaun yang kena dibayar itu dikurangkan, danboleh memberi arahan yang berbangkit sebagaimana yang difikirkanpatut dan munasabah oleh Mahkamah.

Page 113: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 113

Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagiperundingan daripada penggadai janji

115. (1) Jika suatu gadai janji dibuat kepada seorang peguambela dan peguam cara, sama ada dia seorang atau dengan oranglain, peguam bela dan peguam cara itu, atau firma yang dia ialahseorang ahlinya, berhak mendapatkan daripada penggadai janji ituberkenaan dengan semua urusan yang dijalankan olehnya atauoleh firma itu dan berkenaan dengan semua perbuatan yang dilakukanolehnya atau oleh firma itu pada merundingkan pinjaman itu,menentukan dan menyiasat hak milik harta itu, dan menyedia danmenyempurnakan gadai janji itu, apa-apa kos biasa yang dia ataufirma itu tetap berhak mendapatnya jika gadai janji itu telah dibuatkepada seorang yang bukan seorang peguam bela dan peguam caradan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnyaatau firma itu untuk menjalankan urusan itu dan melakukan perbuatanitu.

(2) Jika suatu gadai janji telah dibuat kepada, atau telahdiletakhakkan pada seorang peguam bela dan peguam cara samaada dia seorang atau dengan mana-mana orang lain dengan carapindah milik atau pindahan, dan apa-apa urusan dijalankan atauapa-apa perbuatan dilakukan oleh peguam bela dan peguam caraitu, atau oleh firma yang dia ialah seorang ahlinya, berhubungdengan gadai janji itu atau cagaran yang diwujudkan dengannyaitu atau berhubung dengan harta yang terkandung di bawahnya,dia atau firma itu berhak mendapatkan daripada penggadai janjiyang bagi pihaknya urusan itu telah dijalankan atau perbuatan itutelah dilakukan, dan mengenakan ke atas cagaran itu, apa-apa kosbiasa yang dia atau firma itu tetap berhak mendapatnya jika gadaijanji itu telah dibuat kepada seorang yang bukan seorang peguambela dan peguam cara dan masih terletak hak pada orang itu dengancara pindah milik atau pindahan dan penggadai janji itu telahmenempah dan mengguna khidmatnya untuk menjalankan urusanitu dan melakukan perbuatan itu.

(3) Dalam seksyen ini perkataan “gadai janji” termasuk apa-apagadaian apa-apa harta untuk memperoleh wang atau sesuatu bernilaiwang.

Page 114: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166114

Urusan Bertikaian

Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian bagikos urusan bertikaian

116. (1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undangbertulis, seseorang peguam bela dan peguam cara boleh membuatsuatu perjanjian secara bertulis dengan kliennya berkenaan denganamaun dan cara pembayaran bagi kesemua atau mana-mana bahagiandaripada kosnya berkenaan dengan urusan bertikaian yang dilakukanatau yang akan dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu,sama ada dengan sejumlah wang kasar, atau selainnya, dan samaada dengan kadar yang sama atau yang lebih besar atau lebih kecildaripada kadar yang dengannya dia akan selainnya berhak disara.

(2) Tiap-tiap perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh kliendan hendaklah tertakluk kepada Bahagian ini.

Kos boleh didapatkan daripada klien oleh orang lain yangtidak diaku saksi

117. (1) Apa-apa perjanjian yang dibuat menurut seksyen 116tidak boleh menjejaskan amaun, atau apa-apa hak atau remediuntuk mendapatkan apa-apa kos yang boleh didapatkan daripadaklien itu oleh mana-mana orang lain atau yang kena dibayar kepadaklien itu oleh mana-mana orang lain, dan mana-mana orang lainboleh menghendaki supaya apa-apa kos yang kena dibayar olehnyakepada klien itu atau yang boleh didapatkannya daripada klien ituditetapkan mengikut kaedah-kaedah yang pada masa itu berkuatkuasa bagi penetapan kos itu, melainkan jika orang lain itu telahbersetuju selainnya:

Dengan syarat bahawa klien yang telah membuat apa-apa perjanjianitu tidak berhak mendapatkan daripada mana-mana orang lain, dibawah mana-mana perintah untuk pembayaran apa-apa kos yangmenjadi perkara perjanjian itu, lebih daripada amaun yang kenadibayar oleh klien itu kepada peguam bela dan peguam caranyasendiri.

(2) Sesuatu perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidaktermasuk apa-apa tuntutan tambahan peguam bela dan peguamcara itu yang lain daripada terma perjanjian berkenaan denganapa-apa perkhidmatan, bayaran, caj atau perbelanjaan berhubungdengan penjalanan dan penyelesaian urusan yang berkenaandengannya perjanjian itu dibuat, kecuali perkhidmatan, bayaran,caj atau perbelanjaan, jika ada, yang dikecualikan dengan nyataoleh perjanjian itu.

Page 115: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 115

(3) Tertakluk kepada Bahagian ini, kos bagi seorang peguambela dan peguam cara dalam apa-apa kes yang ada apa-apa perjanjiansebagaimana yang disebut dalam seksyen 116, tidak tertakluk kepadapenetapan dan juga kepada seksyen 124.

(4) Sesuatu peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yangmenyatakan bahawa peguam bela dan peguam cara itu tidakbertanggungan terhadap kecuaian, atau bahawa dia hendaklahdilepaskan daripada apa-apa tanggungjawab yang kepadanya diatertakluk sebagai peguam bela dan peguam cara jika tidak adaperuntukan itu, tidak sah sama sekali.

Menguatkuasa perjanjian

118. (1) Tiada apa-apa tindakan atau guaman boleh dibawa ataudiambil atas mana-mana perjanjian yang disebut dalam seksyen116, tetapi tiap-tiap soalan yang berkenaan dengan kesahan ataukuat kuasa mana-mana perjanjian itu boleh diperiksa atau diputuskan,dan perjanjian itu boleh dikuatkuasakan, diubahkan atau dibatalkanmelalui guaman atau tindakan melalui saman, usul atau petisyenoleh mana-mana orang atau wakil mana-mana orang yang menjadisuatu pihak kepada perjanjian itu, atau yang dikatakan bertanggunganmembayar, atau berhak atau menuntut berhak dibayar kos, bayaran,caj atau perbelanjaan yang berkenaan dengannya perjanjian itudibuat, oleh Mahkamah dalam mana urusan atau mana-manabahagiannya telah dibuat, atau oleh Hakim Mahkamah itu, atau,jika urusan itu tidak dibuat dalam mana-mana Mahkamah, makaoleh Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi.

(2) Atas saman, usul atau petisyen seperti itu, jika Mahkamahatau Hakim itu berpendapat bahawa perjanjian itu dari segala segipatut dan munasabah antara pihak-pihak kepada perjanjian itu,perjanjian itu boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah atau Hakimitu dengan hukum atau perintah, mengikut cara dan tertakluk kepadaapa-apa syarat, jika ada, tentang kos saman, usul atau petisyensebagaimana yang difikiran patut dan munasabah oleh Mahkamahatau Hakim itu.

(3) Jika terma substantif mana-mana perjanjian itu disifatkanoleh Mahkamah atau Hakim tidak patut atau tidak munasabah,perjanjian itu boleh diisytiharkan tidak sah, dan Mahkamah atauHakim boleh dengan itu memerintahkan supaya perjanjian itudiserahkan untuk dibatalkan, dan boleh mengarahkan supaya kos,

Page 116: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166116

fi, caj dan perbelanjaan yang dilakukan atau yang boleh dikenakanberkenaan dengan perkara yang termasuk di dalamnya ditetapkan,mengikut cara yang sama dan mengikut kaedah yang sama seolah-olah perjanjian itu telah tidak dibuat:

Dengan syarat bahawa Mahkamah atau Hakim boleh memindaatau mengesahkan perjanjian itu jika tidak semua isi perjanjian itutidak patut atau tidak munasabah.

(4) Mahkamah atau Hakim boleh juga membuat apa-apa perintahtentang kos yang berhubungan dengan saman, usul atau petisyendan prosiding mengenainya sebagaimana yang difikirkan patut danmunasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.

(5) Apabila amaun yang dipersetujui di bawah perjanjian itutelah dibayar oleh atau bagi pihak klien atau oleh mana-manaorang yang boleh dikenakan membayar atau berhak membayarnya,mana-mana Mahkamah atau Hakim yang mempunyai bidang kuasauntuk memeriksa atau menguatkuasakan perjanjian itu boleh, apabilapermohonan dibuat oleh orang yang telah membayar amaun itudalam masa dua belas bulan selepas pembayarannya dan, jikaMahkamah atau Hakim itu berpendapat bahawa hal keadaan istimewaitu memerlukan perjanjian itu dibuka semula, membukanya semuladan memerintahkan supaya kos, fi, caj dan perbelanjaan ditetapkan,dan kesemua atau apa-apa bahagian daripada amaun yang diterimaoleh peguam bela dan peguam cara itu dibayar balik olehnya, atasapa-apa terma dan syarat bagaimana yang difikirkan patut danmunasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.

(6) Jika apa-apa perjanjian itu dibuat oleh klien atas sifat penjagaatau pemegang amanah di bawah suatu surat ikatan atau wasiat,atau atas sifat jawatankuasa bagi mana-mana orang atau orangyang hartanya akan boleh dikenakan amaun yang kena dibayar dibawah perjanjian itu atau boleh dikenakan apa-apa bahagian amaunitu, perjanjian itu hendaklah sebelum dibuat apa-apa pembayarandibentangkan di hadapan Pendaftar untuk pemeriksaannya danPendaftar boleh menolak mana-mana bahagiannya, atau bolehmeminta melalui saman, usul atau rayuan supaya Mahkamah atauHakim membuat arahan mengenai perjanjian itu.

(7) Jika dalam mana-mana kes itu—

(a) klien itu membayar kesemua atau mana-mana bahagianamaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu tanpa

Page 117: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 117

kebenaran Pendaftar atau Mahkamah atau Hakim, diabertanggungan untuk memperhitungkan pada bila-bila masakepada orang yang hartanya dikenakan amaun yang telahdibayar itu, atau mana-mana bahagiannya, amaun yangdikenakan sedemikian itu; dan

(b) peguam bela dan peguam cara itu menerima bayarantanpa kebenaran itu, mana-mana mahkamah yang mungkintelah ada bidang kuasa untuk menguatkuasakan perjanjianitu, boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah,memerintahkannya memulangkan balik amaun yangditerimanya sedemikian di bawah perjanjian itu, atau mana-mana bahagiannya.

Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam beladan peguam cara yang telah mati yang belum disempurnakan

119. (1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah membuatsuatu perjanjian dengan kliennya menurut seksyen 116 dan sesuatutelah dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu di bawahperjanjian itu, dan, sebelum perjanjian itu disempurnakan olehnyadengan sepenuhnya, peguam bela dan peguam cara itu mati atautidak berupaya bertindak, suatu permohonan boleh dibuat kepadamahkamah oleh mana-mana pihak kepada perjanjian itu atau olehwakil pihak itu, dan Mahkamah itu dengan itu mempunyai kuasayang sama untuk menguatkuasakan atau membatalkan perjanjianitu, jika tindakan belum diambil ke atasnya.

(2) Walaupun Mahkamah memikirkan perjanjian itu patut danmunasabah dari semua segi ia boleh memerintahkan supaya amaunyang kena dibayar berkenaan dengan urusan yang dilakukan dibawah perjanjian itu ditentukan dengan cara penetapan.

(3) Pada menentukan apa-apa amaun itu Pendaftar hendaklahmemberi perhatian, setakat yang mungkin, kepada terma perjanjianitu.

(4) Pembayaran amaun yang didapati kena dibayar bolehdilaksanakan mengikut cara yang sama seolah-olah perjanjian itutelah disempurnakan dengan sepenuhnya oleh seorang peguambela dan peguam cara.

Page 118: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166118

Jika klien menukar peguam sebelum perjanjian disempurnakan

120. (1) Walau apapun apa-apa perjanjian di bawah seksyen 116,seseorang klien boleh menukar peguam bela dan peguam caranyasebelum selesai urusan yang berhubung dengan perjanjian itu dandalam hal itu peguam bela dan peguam cara yang menjadi suatupihak kepada perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidakberupaya bertindak di bawah perjanjian itu mengikut pengertianseksyen ini.

(2) Apabila apa-apa perintah dibuat untuk penetapan amaunyang kena dibayar seseorang peguam bela dan peguam cara berkenaandengan urusan yang dilakukan di bawah perjanjian itu, Mahkamahhendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memberi perhatian kepadahal keadaan dalam mana penukaran peguam bela dan peguam caraitu telah berlaku.

(3) Setelah amaun itu ditetapkan peguam bela dan peguam caraitu tidak boleh disifatkan sebagai berhak kepada amaun penuhsaraan yang dipersetujui yang akan dibayar kepadanya melainkanjika didapati tidak ada kemungkiran, kecuaian, kelambatan yangtidak patut atau kelakuan lain yang tidak patut di pihaknya yangmemberi alasan yang munasabah kepada klien itu untuk menukarpeguam bela dan peguam caranya.

Jika saraan peguam bela dan peguam cara bukannya perkaraperjanjian

121. Jika saraan bagi seorang peguam bela dan peguam caraberkenaan dengan urusan bertikaian yang dilakukan olehnya bukannyaperkara suatu perjanjian yang dibuat menurut seksyen 116, bil kosbagi peguam cara itu boleh dengan opsyen peguam bela dan peguamcara itu sama ada mengandungi butiran-butiran yang lengkap ataumengikut jumlah wang kasar:

Dengan syarat bahawa—

(a) pihak yang boleh dikenakan kos yang termasuk dalam biljumlah wang kasar boleh pada bila-bila masa sebelumdisampaikan kepadanya suatu writ atau proses pemulalain untuk mendapatkan kos itu dan sebelum tamat tigabulan dari tarikh bil itu disampaikan kepadanya, meminta

Page 119: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 119

peguam bela dan peguam cara itu menyerahkan kepadanyasebagai ganti kos itu suatu bil mengandungi butiran-butiranlengkap, dan dengan itu bil jumlah wang kasar itu tidaklahmempunyai apa-apa kuat kuasa;

(b) jika sesuatu tindakan dimulakan atas bil jumlah yangkasar, Mahkamah hendaklah, jika diminta oleh pihak yangdikenakan bil itu sebelum tamat satu bulan dari tarikhwrit atau proses pemula lain disampaikan kepada pihakitu, memerintahkan supaya bil itu ditetapkan;

(c) jika suatu bil jumlah wang kasar dirujuk untuk penetapan,sama ada di bawah seksyen ini atau mana-mana seksyenlain, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskanmana-mana kaedah mahkamah berkenaan dengan penetapandan peguam bela dan peguam cara itu hendaklah memberikepada pegawai penetapan itu apa-apa butir mengenaiapa-apa kos yang diliputi oleh bil itu sebagaimana yangdikehendaki oleh pegawai penetapan itu.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi fi yang dibayar kepadaseseorang peguam bela dan peguam cara yang diarahkansebagai seorang peguam kanan.

BAHAGIAN IX

MENDAPATKAN DAN MENETAPKAN KOS

Peguam bela dan peguam cara ditakrif

122. Dalam Bahagian ini perkataan “peguam bela dan peguamcara” termasuklah wasi, pentadbir dan pemegang serah hak peguambela dan peguam cara yang berkenaan itu.

Peguam bela dan peguam cara berhak mengenakan caj ke atasharta untuk mendapatkan kos

123. Mana-mana Mahkamah dalam mana seorang peguam beladan peguam cara telah diguna khidmat untuk mendakwa atau membelaapa-apa guaman, perkara atau prosiding boleh pada bila-bila masamengisytiharkan peguam bela dan peguam cara itu berhakmengenakan caj ke atas harta yang didapatkan atau dikekalkandalam guaman, perkara atau prosiding itu untuk mendapatkan kospeguam bela dan peguam cara itu yang ditetapkan berkenaan dengan

Page 120: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166120

guaman, perkara atau prosiding itu, dan boleh membuat apa-apaperintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabahuntuk penetapan kos itu dan bagi mendapatkan wang untuk membayarkos itu daripada harta itu, dan semua pindah hak dan perbuatanyang dilakukan untuk mengecewakan, atau yang bertujuan untukmengecewakan, tanggungan itu tidak sah terhadap peguam beladan peguam cara itu, kecuali berkenaan dengan suatu pindah hakyang dibuat kepada seseorang pembeli bona fide yang membelikerana nilai tanpa notis:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa perintah boleh dibuat jikahak untuk mendapatkan kos itu terhalang oleh Akta Had Masa1953 [Akta 254].

Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membawa guamanuntuk mendapatkan kos sehingga telah diserahkan bil kos

124. (1) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta ini, tiadapeguam bela dan peguam cara boleh, tanpa kebenaran Mahkamah,memulakan atau mempertahankan apa-apa tindakan untukmendapatkan apa-apa kos yang kena dibayar bagi apa-apa urusanyang dilakukan olehnya sehingga tamat tempoh satu bulan selepasdiserahkan olehnya kepada pihak yang ke atasnya hendakdipertanggungkan kos itu, atau selepas dihantar olehnya melaluipos kepada pihak itu, atau selepas ditinggalkan olehnya denganpihak itu di pejabat atau di tempat perniagaannya, rumah kediamanpihak itu atau tempat tinggal pihak itu yang akhir diketahui, suatubil kos itu, yang sama ada ditandatangani oleh peguam bela danpeguam cara itu, atau dalam hal perkongsian, oleh mana-manapekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan namaatau gelaran perkongsian itu, atau oleh peguam bela dan peguamcara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam carayang pertama disebut atau oleh perkongsian itu, atau yang dilampirkankepada atau disertai dengan suatu surat yang ditandatangani dengancara yang demikian itu juga, berkenaan dengan bil itu.

(2) Jika sesuatu bil dibuktikan sebagai telah diserahkan menurutsubseksyen (1) tidaklah perlu pada pertamanya bagi peguam beladan peguam cara itu membuktikan kandungan bil itu dan ia hendaklahdianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai suatu bil bonafide yang mematuhi Akta ini.

Page 121: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 121

Kuasa mahkamah membenarkan peguam cara memulakantindakan

125. Mahkamah boleh membenarkan seseorang peguam bela danpeguam cara memulakan tindakan untuk mendapatkan kosnya danjuga boleh merujukkan bil kosnya untuk ditetapkan oleh Pendaftar,walaupun tempoh satu bulan belum lagi tamat dari penyerahan bilitu, apabila dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa mana-mana pihak yang ke atasnya kena dipercajkan bil itu hampir hendakmeninggalkan Malaysia, atau hampir hendak mendapat suatu perintahpenerimaan dibuat terhadapnya, atau hampir hendak mengkompaundengan pemiutangnya atau hampir hendak mengambil apa-apalangkah lain atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang padapendapatnya mungkin mengecewakan atau melambatkan peguambela dan peguam cara itu mendapatkan bayaran.

Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa6 bulan dari masa diserahkan bil kos

126. (1) Suatu perintah untuk penetapan sesuatu bil kos yangdiserahkan oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara bolehdidapati dengan suatu petisyen lazim dibuat oleh pihak yang keatasnya kena dipercajkan bil itu, atau oleh mana-mana orang yangbertanggungan membayarnya sama ada kepada pihak yang ke atasnyakena dipercajkannya atau kepada peguam bela dan peguam caraitu, pada bila-bila masa dalam masa enam bulan dari penyerahanbil itu, atau, oleh peguam bela atau peguam cara itu selepas tamattempoh satu bulan kalendar, dan dalam masa satu tahun, daripenyerahan bil itu.

(2) Perintah itu hendaklah mengandungi apa-apa arahan dansyarat yang difikiran patut oleh mahkamah, dan mana-mana pihakyang terkilan dengan mana-mana perintah Mahkamah boleh memohonmelalui saman dalam kamar supaya perintah itu dipinda atau diubahatau dibatalkan.

(3) Dalam apa-apa kes jika peguam bela dan peguam cara dankliennya bersetuju supaya bil seseorang peguam cara itu ditetapkanPendaftar boleh bertindak menetapkan bil itu walau apa pun tiadasesuatu perintah baginya.

Page 122: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166122

Kos mendapatkan perintah untuk penetapan

127. Kos bagi mendapatkan suatu perintah untuk penetapan kos,termasuk perintah petisyen dan penyampaian perintah, selain apa-apa fi mahkamah yang kena dibayar atasnya atau perbelanjaan,jika perintah itu didapatkan dengan persetujuan peguam bela danpeguam cara salah satu pihak hendaklah berjumlah dua puluh limaringgit:

Dengan syarat jika satu daripada pihak-pihak itu tidak bersetujuterhadap penetapan kos bagi mendapatkan perintah mahkamahhendaklah berjumlah satu ratus lima puluh ringgit.

Perintah bagi penetapan bil peguam bela dan peguam caraapabila notis diberi

128. (1) Selepas tamat tempoh enam bulan dari penyerahan bilkos itu, atau selepas bil kos itu dibayar, tiada apa-apa perintahboleh dibuat untuk penetapan bil kos seorang peguam cara, kecualiatas notis yang diberikan kepada peguam bela dan peguam caraitu dan dalam hal keadaan khas yang hendaklah dibuktikan denganmemuaskan hati Mahkamah.

(2) Walau bagaimanapun tiada apa-apa perintah untuk penetapanboleh dibuat selepas tamat tempoh satu tahun dari penyerahan bilkos.

Petisyen oleh pihak yang bertanggungan membayar bil kos

129. Semua petisyen oleh sesuatu pihak yang ke atasnyadipercajkan sesuatu bil kos atau yang bertanggungan membayarsesuatu bil kos hendaklah mengandungi suatu pengakuan olehpihak itu yang dia akan membayar amaun bil kos itu kepada peguambela dan penguam cara itu apabila ditetapkan, melainkan jika bilkos itu telah dibayar.

Perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara dengan carapetisyen

130. (1) Suatu perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara,dan supaya diserahkan apa-apa surat ikatan, dokumen atau kertaslain yang di dalam milik peguam bela dan peguam cara itu, tertaklukkepada apa-apa lien yang peguam bela dan peguam cara mungkinada, dan supaya ditetapkan bil itu apabila diserahkan, boleh didapatidengan membuat suatu petisyen lazim.

Page 123: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 123

(2) Apabila petisyen itu difailkan, Pendaftar hendaklahmenandakan perintah itu pada petisyen itu dengan serta-merta, danmenyediakan perintah itu jika perlu.

(3) Tertakluk kepada seksyen ini, Mahkamah mempunyai bidangkuasa sama seperti bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Englanduntuk membuat sesuatu perintah, di bawah subseksyen (1).

Mahkamah boleh memerintahkan peguam bela dan peguamcara supaya menyerahkan salinan bil kepada pemohon

131. Apabila permohonan dibuat oleh suatu pihak selain pihakke atasnya kena dipercajkan bil, Mahkamah boleh memerintahkanpeguam bela dan peguam cara itu menyerahkan kepada pihak yangmembuat permohonan itu suatu salinan bil itu, apabila dibayar kosbagi membuat salinan itu.

Bil kos hendaklah mengikut Kaedah-Kaedah mahkamah

132. Bil kos untuk ditetapkan antara peguam bela dan peguamcara dengan klien hendaklah dibuat mengikut cara yang diperuntukkanoleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, dan penetapan itu tertaklukkepada Kaedah-Kaedah itu.

Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas wangyang dibelanjakan oleh peguam

133. Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas apa-apa kadar dan mulai masa yang difikirkannya adil dan munasabahatas wang yang dibelanjakan oleh seseorang peguam bela danpeguam cara bagi kliennya, dan juga atas wang klien yang adadalam tangan peguam bela dan peguam cara itu dan yang dipegangolehnya dengan tidak sepatutnya.

Kos perintah penetapan kena dibayar oleh peguam cara

134. (1) Jika apa-apa perintah untuk penetapan dibuat ataspermohonan pihak yang ke atasnya kena dipercajkan atau yangbertanggungan membayarnya, atau atas permohonan peguam beladan peguam cara, kos bagi perintah dan penetapan itu, kecuali jika

Page 124: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166124

perintah itu telah dibuat selepas tamat tempoh satu tahun, hendaklahdibayar mengikut hal penetapan itu—

(a) jika bil itu apabila ditetapkan kurang sebanyak satu perenam daripada bil yang diserahkan, peguam bela danpeguam cara itu hendaklah membayar kos itu;

(b) jika bil itu apabila ditetapkan tidak kurang sebanyak satuper enam daripada bil yang diserahkan, pihak yang keatasnya kena dipercajkan atau yang bertanggungan,membayarnya, jika permohonan itu dibuat olehnya, ataudia hadir pada masa penetapan, hendaklah membayar kositu.

(2) Tiap-tiap perintah untuk apa-apa rujukan di bawah seksyen125 hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya menetapkan kosrujukan itu, dan apa untuk diperakui, apabila rujukan itu dibuat,yang didapati kena dibayar kepada atau oleh peguam bela danpeguam cara itu berkenaan dengan bil itu, dan berkenaan dengankos rujukan itu, jika kena dibayar.

(3) Pendaftar hendaklah memperakui apa-apa hal keadaan khasyang berhubungan dengan bil atau penetapan itu.

(4) Mahkamah boleh dengan itu membuat apa-apa perintahsebagaimana yang difikirannya patut dan munasabah berkenaandengan pembayaraan kos penetapan itu.

(5) Jika apa-apa rujukan itu dibuat, tetapi ia tidak dibenarkankecuali di bawah hal keadaan yang khas, Mahkamah bolehmemberikan apa-apa arahan khas berkenaan dengan kos rujukanitu.

Sijil pegawai penetapan muktamad

135. Sijil Pendaftar yang telah menetapkan apa-apa bil muktamadtentang amaun kos yang diliputi olehnya melainkan jika ia telahdibatalkan atau diubah oleh Mahkamah, dan Mahkamah bolehmembuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patutdan munasabah berhubung dengan sijil itu, termasuk, dalam haljika bayaran peguam tidak dipertikaikan, suatu perintah supayahukuman dicatat untuk wang sebanyak yang diperakui kena dibayarbersama kos.

Page 125: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 125

Hak Kerajaan untuk mendapatkan kos tidak terjejas

136. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hakKerajaan, yang dengan ini diisytiharkan, apabila diwakili olehmana-mana orang yang disebut dalam perenggan 35(2)(a) untukmendapatkan kos yang diaward kepadanya dalam atau berkenaandengan sesuatu guaman atau perkara, dan dalam apa-apa guamanatau perkara itu kos Kerajaan itu hendaklah ditetapkan mengikutapa-apa kaedah yang berkuat kuasa pada masa itu bagi menetapkanfi dan kos peguam bela dan peguam cara seolah-olah seorangpeguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang bukan dalamperkhidmatan Kerajaan telah hadir bagi pihak Kerajaan.

BAHAGIAN X

PELBAGAI

Lembaga dan Bar hendaklah menyenggara suatu pejabat

137. (1) Lembaga dan Bar Malaysia setiapnya hendaklah padasetiap masa mengadakan dan menyenggarakan suatu pejabat danmasing-masingnya hendaklah menyiarkan dalam Warta alamat pejabatitu dan apa-apa pertukaran alamat itu.

(2) Semua writ, plaint, notis, pliding, perintah, saman, waranatau perhubungan bertulis yang lain yang dikehendaki atau dibenarkanatau diperintah supaya disampai atau diserahkan atau dihantarkepada Lembaga atau Bar Malaysia hendaklah disifatkan sebagaitelah disampai, diserahkan atau dihantar dengan sempurna jikaditinggalkan di pejabat Lembaga atau Bar Malaysia, mengikutmana-mana yang berkenaan.

Dokumen yang hendak disampaikan boleh dihantar melaluipos

138. (1) Apa-apa dokumen selain dokumen proses Mahkamah yangdikehendaki disampaikan atau diserahkan di bawah Akta ini bolehdihantar melalui pos.

(2) Sesuatu sijil bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawaiBar Malaysia atau pegawai Lembaga atau seorang ahli MajlisPeguam menyatakan bahawa sesuatu dokumen telah dialamat dandiposkan dengan sewajarnya dan menyatakan tarikh ia diposkanhendaklah menjadi keterangan prima facie yang dokumen itu telahdisampaikan.

Page 126: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166126

(3) Apa-apa dokumen yang dialamatkan kepada peguam beladan peguam cara di alamatnya yang tunggal atau utama yang akhirterdapat dalam Daftar Pengamal hendaklah disifatkan sebagai telahdialamatkan dengan sewajarnya.

Majlis Peguam atau Bar Malaysia hendaklah mendapatkanjumlah wang

139. Sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain untuk mendapatkandan kepada apa-apa hak, remedi atau kuasa lain yang terletak hakpada Bar Malaysia atau Majlis Peguam apa-apa jumlah wang yangkena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedahatau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh didapatkanoleh Majlis Peguam atau Bar Malaysia sebagai suatu hutang dalammana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak.

Fi hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kaedah

140. Fi yang kena dibayar di bawah seksyen 18, 28, dan 29hendaklah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh JawatankuasaKaedah dan pembayarannya hendaklah ditandakan dengan suatucap tekanan pada dokumen yang berkaitan.

Bank tidak terikat untuk mengambil perhatian akan hakterhadap akaun peguam bela dan peguam cara

141. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiada sesuatu bank, berkenaandengan apa-apa transaksi yang berhubungan dengan akaun peguambela dan peguam cara yang disimpan dengannya atau dengan mana-mana bank lain (selain suatu akaun yang disimpan oleh peguambela dan peguam cara sebagai pemegang amanah bagi benefisiaritertentu) mempunyai apa-apa tanggungan atau pun berkewajipanmembuat apa-apa penyiasatan, atau disifatkan mempunyai apa-apapengetahuan mengenai apa-apa hak mana-mana orang ke atas apa-apa wang yang dibayar atau dikreditkan pada mana-mana akaunitu, iaitu tanggungan yang dia tidak akan lakukan atau kewajipanyang dia tidak akan ada atau pengetahuan yang tidak dia tidakakan disifatkan ada dalam hal suatu akaun yang disimpan olehseseorang yang berhak secara mutlak kepada semua wang yangdibayar atau dikreditkan padanya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen iniboleh melepaskan sesuatu bank daripada apa-apa tanggungan ataukewajipan yang di bawahnya ia akan bertanggungan di bawahseksyen 93 atau seksyen ini.

Page 127: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 127

(2) Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen (1), sesuatubank di mana peguam bela dan peguam cara menyimpan suatuakaun bagi wang kliennya tidak boleh, berkenaan dengan apa-apatanggungan peguam bela dan peguam cara itu kepada bank itu,iaitu bukan tanggungan berkenaan dengan akaun itu, telah ataumendapatkan apa-apa pertolongan atau hak, sama ada dengan caratolak selesai, tuntutan balas, pertanggungan atau selainnya, terhadapwang yang ada dalam kredit akaun itu.

Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi pemberian berwasiatkepada Bar

142. (1) Tiada apa-apa duti harta pusaka kena dibayar berkenaandengan apa-apa amaun apa-apa pemberian berwasiat kepada BarMalaysia, dan nilai harta yang berpindah atas kematian seseorangpemberi hendaklah disifatkan tidak termasuk amaun sesuatupemberian berwasiat itu bagi maksud menilai kadar duti hartapusaka.

(2) Lembaga dan Bar Malaysia hendaklah setiap satunya disifatkansebagai—

(a) suatu institusi yang dinyatakan dalam Jadual Pertamakepada dan di bawah perenggan 13(1)(e) Akta CukaiPendapatan 1967; dan

(b) suatu institusi dari jenis am yang diluluskan oleh Menteribagi maksud perenggan 37(2)(c) Akta Cukai Pendapatan1967.

BAHAGIAN XI

PERUNTUKAN PERALIHAN

Takrif

143. (1) Dalam Bahagian ini, melainkan jika kandungan ayatnyamenghendaki makna yang lain—

“daftarai dahulu” ertinya daftarai peguam bela dan peguam carayang disenggara di bawah seksyen 3 Ordinan;

Page 128: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166128

“Jawatankuasa Bar Tempatan” dan “Majlis Peguam” mempunyaierti yang diberikan kepada ungkapan ini dalam Ordinan.

(2) Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dengannya dalam mana-mana peruntukanlain Akta ini.

Penamaan ahli Lembaga

144. (1) Pihak berkuasa yang masing-masing disebut dalam seksyen7 hendaklah menamakan orang untuk menjadi ahli Lembaga mengikutseksyen itu dalam masa satu bulan daripada permulaan kuat kuasaBahagian II.

(2) Tempoh jawatan bagi ahli Lembaga selain Peguam Negarahendaklah bermula pada hari Lembaga pertama kali bermesyuaratuntuk menjalankan urusan.

Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai namapeguam bela dan peguam cara

145. (1) Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai namasemua peguam bela dan peguam cara yang ada dalam daftaraidahulu bersama dengan serta mengikut susunan tarikh merekamasing-masing diterima masuk sebagai peguam bela dan peguamcara.

(2) Pada memindahkan nama itu Pendaftar boleh meninggalkannama bagi mana-mana orang yang diketahui oleh Pendaftar sebagaitelah mati atau sebagai biasanya tidak bermastautin di Malaysia.

(3) Mana-mana orang yang namanya telah ditinggalkan secarasalah atau tidak sengaja boleh memohon kepada Pendaftar supayanamanya dimasukkan dalam Daftarai dan atas permohonan ituPendaftar hendaklah dengan serta-merta memasukkan nama pemohonitu dalam Daftarai.

(4) Tiap-tiap orang yang namanya telah dimasukkan dalam Daftaraidi bawah seksyen ini hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya,disifatkan sebagai telah diterima masuk sebagai peguam bela danpeguam cara dengan sewajarnya di bawah Akta ini.

Page 129: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 129

(5) Seksyen 107 hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yangnamanya telah dikeluarkan, atau dipotong, dari daftarai dahulu.

Takrif

146. (1) Dalam seksyen ini ungkapan “petisyen yang belumdiputuskan” ertinya—

(a) sesuatu petisyen yang difailkan menurut subseksyen (2);atau

(b) sesuatu petisyen yang difailkan sebelum permulaan kuatkuasa Bahagian II dalam mana tiada apa-apa perintahtelah dibuat bagi menerima masuk pempetisyen sebagaipeguam bela dan peguam cara apabila Bahagian II mulaberkuat kuasa.

(2) Walau apa pun Ordinan dimansuhkan, mana-mana orangberkelayakan yang ingin menfailkan suatu petisyen untuk diterimamasuk sebagai peguam bela dan peguam cara sebelum Lembagaditubuhkan boleh berbuat demikian di bawah Ordinan.

(3) Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen 5 hingga 9 Ordinanhendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyen yang belum diputuskan.

(4) Seksyen 27 dan 28 hendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyenyang belum diputuskan.

(5) Jika perintah untuk seseorang pempetisyen diterima masuksebagai peguam bela dan peguam cara tidak dibuat dalam sesuatupetisyen yang belum diputuskan sebelum tamat dua belas bulandari permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh lanjutanyang dibenarkan oleh Mahkamah petisyen yang belum diputuskanitu hendaklah disifatkan sebagai luput.

Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 disifatkan sebagaisijil amalan

147. Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 Ordinan hendaklah,tertakluk kepada peruntukan yang berhubungan denganpenggantungan sijil amalan dalam Akta ini, dan walau apa pun adaapa-apa tarikh yang direndorskan padanya, disifatkan sebagai sijilamalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 29.

Page 130: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166130

Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam memegang jawatanpada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa

148. Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam negeri yangmemegang jawatan pada tarikh Bahagian V mula berkuat kuasahendaklah terus memegang jawatan sehingga mesyuarat telahdiadakan dan pemilihan bagi Jawatankuasa Bar Negeri yang barudan Majlis Peguam yang baru telah diadakan mengikut cara danpada masa yang diperuntukkan dalam Akta ini.

Aset dan harta Majlis Peguam dan Bar Tempatan

149. Semua harta dan aset Majlis Peguam dan Jawatankuasa BarNegeri hendaklah, apabila Bahagian V mula berkuat kuasa, akanterletak hak pada Majlis Peguam dan Jawatankuasa Bar Negerimasing-masingnya tanpa perbuatan atau formaliti lanjut.

Kecualian

150. (1) Semua permohonan dan aduan yang dibuat di bawahseksyen 27, 28 dan 30 Ordinan dan semua prosiding di hadapanJawatankuasa Tatatertib yang dilantik di bawah Ordinan atau dihadapan Mahkamah di bawah seksyen 31 Ordinan hendaklahditeruskan seolah-olah permohonan atau aduan itu telah dibuatatau prosiding itu telah dimulakan di bawah Akta ini, dan bagimaksud seksyen ini mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang dilantikdi bawah Ordinan hendaklah disifatkan sebagai JawatankuasaTatatertib yang dilantik di bawah Akta ini.

(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi semua permohonan, aduandan prosiding, dan jika ada apa-apa keraguan atau kesulitanpermohonan hendaklah dibuat dengan cara saman pemula kepadaHakim untuk arahan, dan apa-apa perintah yang dibuat oleh Hakimdi bawah seksyen ini tidak boleh menjadi perkara rayuan danhendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai di bawah Aktaini.

Peruntukan Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara hendaklahterpakai berkenaan dengan saraan peguam bela dan peguamcara sehingga Perintah Am dibuat di bawah Akta

151. Sehingga perintah am dibuat di bawah seksyen 113menetapkan dan mengawal selia saraan peguam bela dan peguamcara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian, saraan merekahendaklah dikawal selia mengikut Ordinan.

Page 131: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 131

BAHAGIAN XII

PEMANSUHAN

Pemansuhan

152. (1) Ordinan Peguam bela dan Peguam cara 1947 dengan inidimansuhkan.

(2) Ordinan Peguam bela Sabah [Bab. 2] dan Ordinan Peguambela Sarawak [Bab. 110] hendaklah dimansuhkan apabila Akta inimula berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak.

Page 132: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166132

JADUAL

[Seksyen 88]

PEGAWALAN HARTA PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARADALAM HAL TERTENTU

1. Majlis Peguam boleh menghendaki supaya dikemukakan atau diserahkankepada mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis Peguam pada masa dan ditempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Peguam, dan boleh mengambil milik,segala surat ikatan, wasiat, dokumen yang menjadi atau menerangkan suratmilik apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod baucer dan dokumen lain yangada dalam milik atau kawalan peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya,atau yang berhubungan dengan apa-apa amanah yang dia menjadi pemegangamanah tunggal atau pemegang bersama sahaja dengan seorang atau lebih daripadapekongsi, kerani atau pekhidmatnya.

2. Jika mana-mana orang ada dalam milik atau kawalannya apa-apa dokumenitu tidak mematuhi dengan serta-merta mana-mana daripada kehendak itu—

(a) dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan secara terusboleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit; dan

(b) Mahkamah Tinggi atau Hakim boleh atas permohonan Majlis Peguammemerintahkan orang itu supaya mematuhi kehendak itu dalam masayang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada masa itu jugamemerintahkan bahawa apabila orang itu tidak mematuhi kehendakitu satu orang pegawai Majlis Peguam atau lebih atau seorang yangdilantik oleh Majlis Peguam atau lebih bagi maksud itu, boleh denganserta-merta memasuki mana-mana premis (dengan menggunakan apa-apa kekerasan sebagaimana yang munasabah perlu bagi maksud itu)untuk mencari, dan mengambil milik, dokumen yang tersebut dalamperenggan yang terdahulu.

3. Setelah mengambil milik dokumen itu, Majlis Peguam hendaklahmenyampaikan kepada peguam bela dan peguam cara itu dan kepada tiap-tiaporang yang daripadanya dokumen itu telah diterima, atau yang daripada premisnyadokumen itu telah diambil menurut perintah yang dibuat di bawah perenggan2, suatu notis memberi butir-butir dan tarikh pengambilan milik dokumen itu.

4. Apa-apa kehendak atau notis di bawah Jadual ini hendaklah dibuat secarabertulis dengan ditandatangani oleh orang yang dilantik oleh Majlis Peguambagi maksud itu dan boleh disampaikan kepada mana-mana orang sama adakepadanya sendiri atau dengan menghantarnya dengan surat berdaftar yangdialamatkan ke tempat urusan atau kediamannya yang akhir diketahui.

5. Dalam masa empat belas hari selepas disampaikan notis di bawah perenggan3, peguam bela dan peguam cara atau orang lain yang kepadanya notis itu telahdisampaikan boleh memohon kepada Hakim dalam kamar untuk mendapatkansuatu perintah mengarahkan Majlis Peguam mengembalikan dokumen itu kepadaorang yang daripadanya ia telah diterima, atau yang daripada premisnya ia telah

Page 133: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 133

diambil, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Majlis Peguam atau kepadamana-mana orang lain mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh pemohonitu, dan apabila mendengar mana-mana permohonan itu Hakim itu boleh membuatapa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah berkenaan denganpekara itu.

6. Jika tiada permohonan dibuat di bawah perenggan 5 atau jika Hakim yangkepadanya permohonan itu dibuat mengarahkan supaya dokumen itu terus beradadalam jagaan atau kawalan Majlis Peguam, Majlis Peguam boleh membuatpenyiasatan untuk menentukan siapakah orang yang mempunyai dokumen itudan boleh meguruskan dokumen itu mengikut arahan orang itu:

Dengan syarat bahawa, sebelum menguruskan dokumen itu, Majlis Peguamboleh membuat salinan, atau cabutan daripada, mana-mana dokumen itu.

7. Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonanMajlis Peguam, memerintahkan supaya tiada apa-apa pembayaran dibuat, tanpakebenaran Mahkamah Tinggi atau Hakim, oleh mana-mana jurubank yangdinamakan dalam perintah itu daripada mana-mana akaun bank atas nama peguambela dan peguam cara itu atau firmanya.

8. Dalam apa-apa kes jika Majlis Peguam telah mengambil milik dokumen dibawah perenggan 1, dan belum dikehendaki mengembalikannya menurut perenggan5, perenggan yang berikut hendaklah terpakai, tetapi tanpa menjejaskan pemakaianperenggan 16 setakat mana perenggan itu menyentuh mana-mana daripadaperenggan yang mendahuluinya.

9. Majlis Peguam, atas ketetapan bagi maksud itu yang dibuat oleh Majlis itu,boleh mengawal semua jumlah wang yang kena dibayar daripada peguam beladan peguam cara itu atau kepada firmanya kepada kliennya atau klien firmanya,atau yang dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya atau klien firmanyaatau yang tertakluk kepada sesuatu amanah yang baginya dia ialah pemegangamanah tunggal atau pemegang amanah bersama sahaja dengan seorang ataulebih daripada pekongsi, kerani atau pekhidmatnya, dan bagi maksud itu MajlisPeguam hendaklah menyampaikan kepada peguam bela dan peguam cara ituatau firmanya, dan, kecuali jika seksyen 98 terpakai, kepada seseorang jurubankdan kepada mana-mana orang lain yang ada dalam milikan dan kawalan ke atasapa-apa jumlah wang itu suatu notis, bersama dengan suatu salinan ketetapanyang diperakui, melarang pembayaran daripada jumlah wang itu selain menurutperenggan 11 atau 12.

10. Dalam masa empat belas hari selepas disampaikan notis di bawah perenggan9 peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya, atau jurubank atau oranglain yang kepadanya notis itu telah disampaikan, boleh memohon kepada Hakimdalam kamar untuk mendapatkan suatu perintah mengarahkan Majlis Peguammenarik balik notis itu, dan apabila mendengar permohonan itu hakim itu bolehmembuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah berkenaandengan perkara itu.

11. Tertakluk kepada penyampaian apa-apa notis di bawah perenggan 9, dankepada apa-apa permohonan yang mungkin dibuat di bawah perenggan 10,Majlis Peguam atau mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh

Page 134: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166134

Majlis Peguam boleh mengeluarkan wang, atau dari semasa ke semasa apa-apabahagian daripada wang, dalam mana-mana akaun bank atas nama peguam beladan peguam cara itu atau firmanya, yang kena dipegang bagi pihak kliennya,dan memasukkan wang itu ke dalam suatu akaun khas atas nama Majlis Peguamatau nama orang yang dilantik oleh Majlis itu dan boleh mengendalikan, danselainnya menguruskan, akaun khas yang mungkin telah dikendalikan olehpeguam bela dan peguam cara itu atau firmanya atau selainnya menguruskan,akaun bank itu:

Dengan syarat bahawa seseorang jurubank yang dengannya apa-apa akaunkhas itu disimpan tidaklah berkewajipan menentukan yang akaun itu sedangdikendalikan sedemikian atau selainnya sedang diuruskan.

12. (1) Tertakluk kepada perenggan 10 dan 11, Majlis Peguam bolehmenyampaikan suatu notis kepada peguam bela dan peguam cara itu, ataufirmanya, atau jurubank atau orang lain yang kepadanya suatu notis telahdisampaikan di bawah perenggan 9, mengarahkan supaya, selepas sahaja tamatlapan hari dari penyampaian notis yang pertama tersebut itu, apa-apa wang yangdisebut dalam notis itu dipindah milik mengikut arahan Majlis Peguam:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada apa-apa arahan boleh diberikan oleh Majlis Peguam kecualidengan kelulusan orang yang mempunyai wang itu, dan mengenaisesuatu amanah, dengan kelulusan pemegang amanah, dan, jika peguambela dan peguam cara itu pemegang amanah tunggal bagi suatu amanahatau pemegang amanah bersama bagi amanah itu dengan seorang ataulebih daripada pekongsi, kerani atau pekhidmatnya, dengan kelulusanorang yang berhak secara benefisial ke atas wang itu; dan

(b) orang yang kepadanya notis yang pertama tersebut itu telah disampaikantidaklah berkewajipan menentukan sama ada kelulusan itu telah didapati.

(2) Dalam apa-apa kes jika Majlis Peguam tidak dapat menentukan orangyang mempunyai wang itu atau jika Majlis Peguam fikirkan selainnya suaimanfaat untuk berbuat sedemikian, Majlis Peguam boleh memohon kepadaMahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan arahantentang pemindahmilikan wang itu.

13. Jika mana-mana orang tidak mematuhi kehendak mana-mana notis yangdiberi di bawah perenggan 9 atau 12—

(a) dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi lima ratus ringgit; dan

(b) Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi, atas permohonanMajlis Peguam, boleh memerintahkan orang itu supaya mematuhikehendak notis itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

14. Tertakluk kepada apa-apa perintah bagi pembayaran kos yang mungkindibuat atas suatu permohonan di bawah perenggan 2, 5, 7, 10, subperenggan12(2) atau 13, apa-apa kos yang dilakukan oleh Majlis Peguam bagi maksudJadual ini hendaklah dibayar oleh peguam bela dan peguam cara itu dan bolehdidapatkan daripadanya sebagai hutang yang terhutang kepada Majlis Peguam.

Page 135: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 135

15. Jika apa-apa tuntutan atau pertuduhan dibuat atau apa-apa prosiding diambilterhadap Majlis Peguam atau pekhidmatnya atau ejennya yang dilakukan ataudibuat olehnya atau oleh mereka dengan suci hati dan dalam menjalankan ataudalam membuat sesuatu yang berupa sebagai menjalankan kuasa atau kewajipanyang ditanggungkan ke atasnya atau ke atas mereka di bawah atau menurutJadual ini, Majlis Peguam, atau pekhidmatnya atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibayar ganti daripada Kumpulan Wang Pampasanbagi semua atau apa-apa kos atau kerugian yang mungkin telah dilakukanolehnya atau oleh mereka berhubung dengan tuntutan, pertuduhan atau prosidingitu.

16. Majlis Peguam boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatacarayang hendak diikuti pada menguatkuasakan perenggan 1, 3, 4, 6, 9, 11 dansubperenggan 12(1) dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan,berkaitan dengan atau yang menjadi tambahan kepada peruntukan itu.

Page 136: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166136

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 166

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A367 Akta Profesion Undang-Undang 01-06-1977(Pindaan) 1977

Akta A419 Akta Profesion Undang-Undang Seluruh Akta(Pindaan) 1978 24-01-1978;

kecuali s. 2;01-02-1999[P.U. (B) 33/1999]

Akta A567 Akta Profesion Undang-Undang 16-12-1983(Pindaan) 1983

Akta A812 Akta Profesion Undang-Undang 01-02-1992(Pindaan) 1992

Akta A861 Akta Profesion Undang-Undang 17-09-1993(Pindaan) 1993

Akta A1197 Akta Kebankrapan 01-10-2003(Pindaan) 2003 [P.U. (B) 295/2003]

Page 137: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 137

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 166

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

3 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

5 Akta A567 16-12-1983

6 Akta A567 16-12-1983

7 Akta A567 16-12-1983

8 Akta A567 16-12-1983

9 Akta A567 16-12-1983

10 Akta A567 16-12-1983

11 Akta A567 16-12-1983

12 Akta A567 16-12-1983

13 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983

14 Akta A567 16-12-1983

15 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

16 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983

18 Akta A567 16-12-1983

19 Akta A567 16-12-1983

25 Akta A567 16-12-1983

26 Akta A567 16-12-1983

28 Akta A567 16-12-1983

29 Akta A567 16-12-1983

Page 138: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166138

30 Akta A367 01-06-1977

32 Akta A567 16-12-1983

33 Akta A567 16-12-1983

36 Akta A567 16-12-1983

37 Akta A367 01-06-1977

38 Akta A367 01-06-1977

42 Akta A567 16-12-1983

44 Akta A419 01-02-1999

46 Akta A567 16-12-1983

46A Akta A419 01-02-1999

47 Akta A567 16-12-1983

50 Akta A567 16-12-1983

54 Akta A567 16-12-1983

57 Akta A567 16-12-1983

62 Akta A567 16-12-1983

64 Akta A567 16-12-1983

65 Akta A567 16-12-1983

67 Akta A419 01-02-1999Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

68 Akta A812 01-04-1992

70 Akta A419 01-02-1999Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

70A Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

71 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

73 Akta A567 16-12-1983

76 Akta A567 16-12-1983

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

Page 139: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 139

77 Akta A567 16-12-1983

78 Akta A567 16-12-1983

78A Akta A812 01-04-1992

79 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983

80 Akta A567 16-12-1983

83 Akta A367 01-06-1977

84 Akta A367 01-06-1977

85 Akta A567 16-12-1983

88 Akta A567 16-12-1983

88A Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

92 Akta A567 16-12-1983

93 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

94 Akta A812 01-04-1992

95 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

96 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992Akta A861 17-09-1993

97 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992Akta A861 17-09-1993

98 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

99 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

Page 140: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Undang-Undang Malaysia AKTA 166140

100 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992Akta A861 17-09-1993

101 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992Akta A861 17-09-1993

102 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

103 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992Akta A861 17-09-1993

103B Akta A861 17-09-1993

103D Akta A861 17-09-1993

103H Akta A861 17-09-1993

103I Akta A861 17-09-1993

103J Akta A861 17-09-1993

104 Akta A567 16-12-1983

107 Akta A567 16-12-1983

108 Akta A567 16-12-1983Akta A812 01-04-1992

109 Akta A812 01-04-1992

110 Akta A812 01-04-1992

111 Akta A812 01-04-1992

117 Akta A567 16-12-1983

118 Akta A567 16-12-1983

119 Akta A567 16-12-1983

121 Akta A367 01-06-1977

123 Akta A368 01-06-1977

136 Akta A567 16-12-1983

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

Page 141: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 166... · Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara 11. Kelayakan untuk diterima masuk 12. Tempoh latihan orang berkelayakan 13. Pengecualian

Profesion Undang-Undang 141

137 Akta A567 16-12-1983

138 Akta A567 16-12-1983

139 Akta A567 16-12-1983

141 Akta A367 01-06-1977Akta A567 16-12-1983

142 Akta A567 16-12-1983

145 Akta A567 16-12-1983

146 Akta A367 01-06-1977

147 Akta A567 16-12-1983

149 Akta A567 16-12-1983

150 Akta A567 16-12-1983

Jadual Akta A567 16-12-1983

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa