2
Ulasan - Semangat Kejiranan ULASAN 1 Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota keluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi

Ulasan - Semangat Kejiranan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan Ulasan PT3

Citation preview

  • Ulasan - Semangat Kejiranan

    ULASAN 1 Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggotakeluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapatmemastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isterimenjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pulabersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yangbaik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi

  • anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnyabersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anakmenghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar luahananak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk membantuanak-anak. (85 patah perkataan)

    ULASAN 2 Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah pendudukseharusnya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapatmengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenal-kenalan sesama penduduk. Sebagai contoh, semua pendudukbekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencucilongkang. Sementelahan, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kitamengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagaitamsilan, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat beritabahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatupenyakit atau ditimpa kemalangan. (80 patah perkataan)