32
Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan- Utusan Malaysia (13 Jan 2010)

Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan-Utusan

Malaysia (13 Jan 2010)

Page 2: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

1.0    PENGENALAN

            Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia

pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia pendidikan ini

merupakan satu aspek yang penting agar system pendidikan kita sentiasa sinonim

dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan kemajuan dunia.  

            Hakikatnya perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu yang perlu

ditempuhi dan diharungi oleh warga dunia pendidikan khususnya barisan guru-guru.

Salah satu isu perubahan yang ingin diketengahkan adalah berkenaan dengan

pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan.

Pada tanggal 13 Januari 2010, pihak Utusan Malaysia telah menyiarkan satu

artikel berkenaan dengan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin iaitu mengenai penguasaan guru

dalam teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.

Perenggan pertama artikel berkenaan mengetengahkan isu penguasaan

golongan guru terhadap bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Perenggan kedua

artikel ini pula berkisar mengenai kursus dan program yang dilaksanakan kepada

barisan pentadbiran dan guru-guru sekolah bagi mewujudkan golongan celik komputer.

Isu berkenaan dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi yang telah

disediakan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan turut diselitkan dalam perenggan

keempat dalam artikel tersebut. Selain itu juga, penekanan berkenaan infrastuktur

pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah turut terkandung dalam

perenggan kelima artikel berkenaan.

Page 3: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Antara isu lain yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah cabaran

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Isu berkenaan cabaran

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan akan dihuraikan melalui punca

permasalahan lantas mewujudkan cabaran-cabaran tersebut. Malahan huraian

berkenaan cara mengatasi cabaran-cabaran tersebut turut diselitkan dalam tugasan ini.

2.0 ISU-ISU BERKENAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN MENERUSI ARTIKEL

UTUSAN MALAYSIA 13 JANUARI 2010.

Sebelum isu-isu yang terdapat dalam artikel Utusan Malaysia tersebut diulas

dengan lebih mendalam, wajarlah konsep teknologi maklumat dan komunikasi dikupas

secara ringkas terlebih dahulu.

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai

disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Yusuf Hashim menyatakan

bahawa bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan

dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. 

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa teknologi maklumat

(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information

and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk

pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan

segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Page 4: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Secara tepat dan mudahnya, teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu

medium untuk berhubung, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat

dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 

            Berbalik semula kepada artikel Utusan Malaysia yang bertarikh 13 Januari 2010

tersebut, isu berkenaan penekanan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi

kepada barisan guru merupakan agenda utama artikel tersebut. Selain daripada itu

juga, beberapa isu lain yang berkaitan seperti program teknologi maklumat dan

komunikasi yang dilaksanakan kepada guru,inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi

yang telah disediakan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan, infrastuktur

pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah dan yang terakhir sekali

adalah berkenaan dengan cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan.

2.1 Penekanan Penguasaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kepada Guru.

            Tumpuan dan penekaan terhadap penguasaan teknologi maklumat dan

komunikasi kepada guru sememangnya mempunyai tujuan yang penting untuk dicapai.

Hal ini adalah guru merupakan penggerak dalam sesuatu sesi proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Ahmad Subki (2012), guru bertanggungjawab terhadap proses

pembelajaran seseorang individu dan guru harus menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran yang mampu menarik minat murid. Rentetan daripada kepentingan itulah

barisan guru perlu diberi penekanan agar dapat menguasai bidang teknologi maklumat

dan komunikasi agar kepentingannya dapat dicapai.

Tambahan lagi, menurut Yazid (2001), guru adalah merupakan sumber kepada

keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya

Page 5: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak

akan tercapai matlamatnya. Jelas di sini menunjukkan bahawa guru merupakan satu

medium dalam mencapai keberkesanan pendidikan. Oleh kerana itulah penguasaan

guru terhadap bidang teknologi maklumat dan komunikasi perlu diberi perhatian.

Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada guru juga

dapat dilihat daripada kenyataan yang tertulis dalam Dewan Masyarakat (Mei 2012)

yang menyatakan bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang

berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan

peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan

sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari

alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran

akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi,

sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Atas

dasar kepentingan inilah barisan guru-guru di Malaysia perlu memperkukuhkan diri

dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana barisan

guru adalah titik permulaan dalam memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran.

Selain daripada itu juga, penekanan terhadap penguasaan teknologi maklumat

dan komunikasi kepada golongan guru adalah bagi mencapai hasrat yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Dr. Ismail Zain (2008) yang dipetik

daripada Utusan Malaysia menyatakan bahawa kebestarian sesuatu pengajaran itu

bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek

Page 6: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan

seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan

jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada

agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah

pendidikan negara. Jelas menerusi perenggan ini penguasaan guru dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi mampu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Selain daripada itu, penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi menurut Wan Mustama (2004) dalam Jurnal Pengurusan Dan Pentadbiran

Pendidikan adalah usaha bagi meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan inovatif dalam

teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas. Daripada

kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kini ilmu pengetahuan bukan sekadar

diperoleh daripada bahan-bahan bercetak malahan ianya kian berkembang dalam

dunia tekonologi maklumat. Oleh hal demikian, guru yang berupaya menguasai bidang

teknologi maklumat dan komunikasi dilihat mampu memperkukuhkan lagi ilmu

pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu juga, guru yang kreatif dan inovatif kesan

daripada penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting

bagimemperkembangan potensi murid secara bersepadu dan menyeluruh yang

merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini diperkukuhkan dengan

kenyataan  Ab. Rahim Selamat (1992) iaitu melalui pengajaran & pembelajaran kreatif

dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran

Page 7: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan

inovasi mereka.

Tambahan lagi, menurut cadangan Lembaga Peperiksaan Negara yang dipetik

oleh Naim Hj Ahmad (2000),  guru yang kreatif dan inovatif dalam ICT akan

mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat murid menggunakan bahan-

bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik

penyampaian dalam bilik darjah bagi membolehkan pelajar memahami konsep serta

menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kerjayanya sebagai pendidik dan

mempunyai tujuan tersendiri dalam meningkatkan prestasi murid sekaligus bagi

memartabatkan bidang pendidikan negara.

2.2  Program Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang Dilaksanakan

Kepada Guru.

            Menurut artikel yang dipilih bagi tugasan ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata

bahawa pendedahan bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada guru besar,

pengetua dan guru-guru telah dilaksanakan melalui kursus yang berterusan dan

implikasinya mewujudkan golongan celik komputer yang ketara.

            Sememangnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi

meningkatkan kemahiran golongan pendidik terutamanya dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi. Menurut Muhamad Hasan (2000), dalam tempoh RMK-8,

Bahagian Pendidikan Guru menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

diberi tanggunghawab untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT

Page 8: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

dengan mengkaji semula kurikulum latihan guru dan menyediakan kursus jangka

pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Jelas di sini

menunjukkan kerajaan telah berusaha meningkatkan keupayaan guru dalam

bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pelaksanaan khusus bermula

daripada golongan guru pelatih sehinggalah kepada guru-guru senior dan hal ini

sekaligus mampu meningkatkan penguasaan keseluruhan guru dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi tanpa mengira lapisan tempoh perkhidmatan.

            Usaha kerajaan bagi meningkatkan penguasaan golongan pendidik terhadap

bidang teknologi maklumat dan komunikasi tidak terhenti setakat itu sahaja. Kerajaan

telah Kempen Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1997. Kempen ini sebenarnya turut

membawa kesan positif kepada golongan pendidik. Hal ini adalah kerana kerajaan

menyedari bahawa negara ini perlu mempersiapsediakan golongan belia terutamanya

guru pelatih bagi bidang pendidikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi agar dapat menjadi penyambung kepada usaha yang telah

dilaksanakan pada hari ini.

Hal ini adalah selaras dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam

ucapannnya pada perasmian kempen tersebut, iaitu sebuah negara mesti sentiasa

berfikir tentang hari esok. Kerana memikirkan hari esoklah kita telah membuat

keputusan untuk menggunakan kuasa teknologi maklumat. Kerajaan telah memberi

komitmen untuk berperanan aktif dalam mencapai cita-cita ini. Kita bukan sahaja akan

menyediakan kepimpinan dari atas ke bawah yang diperlukan untuk memajukan

pembangunan teknologi maklumat tetapi kita juga akan membawa masyarakat

melonjak bersama.

Page 9: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

            Atas kesedaran tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalinkan

satu usahasama dengan pihak Intel Education Malaysia bagi melahirkan golongan guru

baru yang telah bersiap sedia dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk dilaksanakan semasa di sekolah kelak. Menurut kenyataan yang diterbitkan oleh

Utusan Malaysia (7 Jun 2010), program ini adalah bagi memastikan guru pelatih dapat

membiasakan diri bagimengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus akan

memberi kesan dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi akademik murid-

murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.

            Konklusinya kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan

golongan-golongan pendidik berupaya menguasai bidang teknologi maklumat dan

komunikasi. Usaha-usaha yang dilaksanakan turut melibatkan satu pelan jangka masa

panjang bagi tujuan menyediakan bakal tenaga pendidik yang telah sedia

diperkukuhkan dengan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

2.3       Inisiatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang Disediakan Oleh Kerajaan

Kepada Bidang Pendidikan.

            Menurut artikel Utusan Malaysia itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut

mengulas berkenaan dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi yang telah

disediakan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan. Menurut beliau, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelbagai program bagi menyebarkan sekaligus

memperkukuhkan dunia pendidikan di Malaysia bukan hanya bagi memudahkan guru

malahan juga mempunyai pelbagai kebaikan kepada murid-murid. Antara inisiatif yang

Page 10: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

disediakan adalah melalui video pendidikan melalui web iaitu EduWeb TV dan juga

School Net.

            Amnya video pendidikan melalui web ataupun dikenali sebagai EduWeb TV

memudahkan guru-guru memilih dan seterusnya menjadikan soalan peperiksaaan yang

telah disediakan di web tersebut sebagai satu panduan dalam menyediakan set soalan

peperiksaan Selain daripada itu juga, guru boleh memilih dan seterusnya menggunakan

video yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para murid juga. boleh

melayari video-video pendidikan dengan mudah terus daripada pelayar web. Tambahan

lagi, para murid turut boleh mengikuti pelbagai soalan yang disediakan. pelajar lain

menggunakan topik yang disediakan oleh anda.

Sememangnya keupayaan guru dalam menaplikasikan EduWeb Tv ini

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diterangkan di atas.

Hal ini turut diperakui oleh Norasiah Abdullah (2009) iaitu penggunaanEduWeb Tv

merupakan satu medium bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana

berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan serta

mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh

menghiburkan pelajar.

Selain daripada EduWeb TV, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyentuh

berkenaan dengan School Net. Sememangnya program School Net ini merupakan satu

insiatif dan menjadi tujuan kerajaan berkehendakkan guru yang berkeupayaan dalam

bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan

sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru sistem

Page 11: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan pembelajaran melangkaui bilik

darjah. Menurut Nor Fariza Ramlan (2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi

kepada penggunanya, termasuk aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan

kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi

pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa

hanya guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

mampu mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis

bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat

dan komunikasi.

Guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi dengan kemahiran mengendalikan School Net juga dilihat sebagai satu

podium bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar tercapai.

Menurut Nor Fariza Ramlan (2012), pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan

perkongsian ilmu dengan mengoptimumkan tenaga pengajar pakar di negara ini.

Melalui teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar sesuatu mata pelajaran

melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan sekolah lain.

Selain itu, guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat

dan komunikasi.serta dapat menguasai SchoolNet dengan sebaiknya boleh

memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi

persekitaran menarik justeru dapat menambah minat pelajar terhadap pendidikan.

Dengan teknologi ini juga, seorang guru yang berkeupayaan dalam bidang

bidang teknologi maklumat dan komunikasi boleh mengajar sesuatu subjek kepada

bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan sekolah lain. Portal SchoolNet

Page 12: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama

mereka. Jelas di sini menunjukkan guru yang mempunyai berkeupayaan dalam bidang

bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting bagi mengendalikan inisiatif

yang telah dilaksanakan bagi kemudahan banyak pihak sekaligus mampu

meningkatkan mutu pendidikan negara.

            2.4       Infrastuktur Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Di

Sekolah.

Artikel yang dipilih bagi menyempurnakan tugasan ini juga bukan sekadar

memperkatakan mengenai keupayaan guru dalam dalam bidang bidang teknologi

maklumat dan komunikasi, malahan turut menyentuh berkenaan isu infrastuktur

pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah yang diwujudkan oleh

kerajaan. Selain daripada pembinaan 6633 makmal komputer di sekolah dan 3029

Pusat Akses Internet, terdapat beberapa lagi usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai peralatan kemudahan teknologi maklumat

dan komunikasi di sekolah sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin

Yassin dalam artikel yang dipilih itu. Hal ini diperkukuhkan oleh Robiah Sidin & Nor

Sakinah Mohamad (2007) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa pihak kerajaan

bersetuju untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah yang merangkumi komputer

riba, projektor LCD atau tv, troli dan skrin. Sememangnya setiap orang guru yang

terlibat dengan pelaksanaan program PPSMI di kelas-kelas yang berkenaan diberikan

komputer riba dan dibolehkan membawa balik ke rumah supaya mereka dapat

membuat persediaan awal sebelum masuk ke bilik darjah. Kelas-kelas juga disediakan

dengan LCD dan troli untuk digunakan guru di bilik darjah. KPM sendiri telah

Page 13: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran untuk digunakan

sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru serta untuk ulangkaji pelajar.

Bahan-tersebut terdiri daripada perisian interaktif, rancangan TV pendidikan, buku-buku

bacaan tambahan, modul-modul dan alat Bantu mengajar.

Selain daripada menyediakan peralatan ICT, kerajaan juga memandang serius

berkenaan masalah kekurangan peruntukan pula. Menurut Robiah Sidin & Nor Sakinah

Mohamad (2007) menyatakan bahawa dalam Bajet 2008, kerajaan telah meluluskan

peruntukan wang sebanyak RM30 bilion untuk pendidikan tidak termasuk RM15 juta

lagi untuk pendidikan ICT di luar bandar. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan

bersikap serius dalam merealisasikan hasrat ini dengan melaburkan begitu banyak

modal semata-mata untuk membangunkan insan celik komputer yang lebih berdaya

saing di era digital ini.

2.5       Cabaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan.

            Artikel yang memetik ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Forum Pembelajaran

dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II berkenaan dengan

penguasaan guru dalam teknologi maklumat dan komunikasi turut mengulas serba

sedikit berkenaan dengan cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan. Sememangnya cabaran-cabaran ini serba sedikit mengganggu proses guru

dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh hal demikian saya turut

mencadangkan beberapa usul bagi mengatasi setiap cabaran teknologi maklumat dan

komunikasi yang wujud.

            Menurut Wan Mustama (2004), cabaran teknologi maklumat dan komunikasi

dalam pendidikan terbahagi kepada lima aspek. Apek pertama adalah berkenaan

Page 14: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

dengan kesukaran menghabiskan sukatan pelajaran. Aspek kedua adalah halangan

pihak pentadbiran sekolah. Aspek ketiga adalah berkaitan dengan sikap negative guru.

Aspek kedua terakhir adalah maklumat dan laporan tidak tepat serta aspek terakhir

adalah berkaitan dengan jurang digital.

Apek pertama adalah berkenaan dengan kesukaran menghabiskan sukatan

pelajaran. Sukatan pelajaran merupakan satu garis panduan bagi setiap warga

pendidik. Amnya perancangan yang baik amat perlu dititikberatkan dalam menyusun

atur waktu proses pengajaran dan pembelajaran agar mencakupi kesuluruhan topik dan

aspek yang telah dimuatkan di dalam sukatan pelajaran. Keadaaan ini secara tidak

langsung telah menjadi satu cabaran bagi guru-guru dalam menerapkan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

Menurut Naim Hj. Ahmad (2000), penggunaan internet untuk diakses dan dilayari

memerlukan masa yang agak lama untuk diaplikasikan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran. Beliau juga telah mengutarakan penyediaan alatan teknologi seperti LCD

mengambil masa yang lama terutamanya kepada guru-guru lama yang tidak

mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan teknologi. Hal ini dilihat mampu

menjejaskan waktu proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menganggu

perancangan bagi menghabiskan sukatan pelajaran.

Terdapat beberapa cadangan dan langkah yang telah dijalankan bagi mengatasi

cabaran yang telah dikeutarakan di atas. Pendekatan pengajaran berkonsepkan

teknologi maklumat dan komunikasi perlu dirancang bersesuaian dengan spesifikasi

kurikulum. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi perlu diperluaskan mencakupi penggunaan internet seperti

Page 15: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

mengakses laman web, email, on-line dan perlu diselaraskan dengan program

pendidikan dengan teratur bagi memastikan pengurusan masa yang baik dapat

dilaksanakan.

Hal ini memperjelaskan bahawa cabaran penggunaan internet memerlukan

mengambil masa yang lama dapat diatasi dengan perancangan guru bagi

menyenaraikan alamat web yang berkait dengan isi pembelajaran murid terlebih

dahulu. Penyediaan alatan seperti LCD yang dianggap mengambil masa yang panjang

juga dapat diatasi melalui penyediaan juruteknik di sekolah-sekolah. Pihak kerajaan

turut menyediakan kursus teknologi maklumat kepada tenaga pengajar di sekolah yang

diadakan melalui kursus-kursus semasa. Selain daripada itu juga, kementerian telah

melaksanakan tindakan awal dengan mempersiapkan guru-guru pelatih berkenaan

teknologi maklumat dan komunikasi melalui latihan berkenaan Teknologi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran yang telah disenaraikan sebagai satu silibus di Institut

Pendidikan Guru.

Seterusnya adalah berkenaan dengan aspek kedua cabaran teknologi maklumat

dan komunikasi dalam pendidikan iaitu berkenaan dengan halangan pihak pentadbiran

sekolah. Penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid sememangnya diakui dapat

dipercepatkan dan dipermudahkan melalui pengaplikasian teknologi maklumat dan

komunikasi.

Realitinya menurut Muhamad Hasan Adul Rahman (2000) terdapat segelintir

pihak pentadbiran sekolah yang meletakkan prosedur yang ketat kepada para guru

yang ingin menggunakan alatan-alatan teknologi sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini

adalah kerana alatan tersebut memerlukan infrastruktur yang berkos tinggi dan

Page 16: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

penyelenggaraan yang baik. Implikasinya guru-guru lebih selesa menggunakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran biasa berbanding bahan teknologi maklumat.

Terdapat cadangan yang difikirkan mampu mengatasi cabaran penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan berkenaan halangan pihak

pentadbiran sekolah tersebut. Penggunaan Model Apple Classroom of Tomorrow

(ACOT) yang telah diperkenalkan pada tahun 1995 telah menggariskan lima langkah

perubahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan

teknologi maklumat dan komunikasi.

Langkah pertama adalah berkenaan Kemasukan (Entry) yang mengetengahkan

penerimaan positif kesemua pihak terutamanya pihak pentadbir dan dan guru

berkenaan kemasukan teknologi dalam bidang pendidikan. Langkah kedua pula adalah

melalui Pemilihan (adoption) iaitu pemilihan bahan yang sesuai sahaja bagi sesuatu

kelas sekaligus mengelakkan penggunaan alatan lain yang tidak berkaitan dan hanya

menggalakkan penggunaan lebihan alatan.

Langkah ketiga pula adalah berkenaan Kesesuaian (adaptation) iaitu

pengaplikasian alatan yang bersesuaian dengan tahap murid. Hal ini adalah bagi

memastikan keberkesanan kaedah penggunaan alatan tersebut yang disesuaikan

dengan alatan yang digunakan.

Model ini turut menggariskan Penggunaan (appropriation) alatan dengan kaedah

dan teknik yang betul agar alatan tersebut dapat digunakan secara berterusan.

Langkah ini bertujuan memastikan alatan teknologi dapat digunakan dalam tempoh

masa yang lama sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraannya. Langkah terakhir

pula adalah merekacipta (invention) iaitu pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta

Page 17: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

bahan-bahan tambahan bagi meneguhkan pemudahcara dalam menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada murid-murid.

Penggunaan model ini mengetengahkan peranan setiap pihak dalam menjaga

alatan serta perubahan sikap dan mentaliti berkenaan alatan komunikasi. Langkah-

langkah ini dilihat mampu mengubah prosedur ketat yang dikenakan oleh pihak

pentadbiran ke arah yang lebih mesra pengguna. Tambahan lagi, sikap dan pandangan

guru juga akan turut berubah dalam mengubahsuai proses pengajaran dan

pembelajaran mereka seiring dengan arus pemodenan yang berlaku.

Aspek ketiga bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan adalah berkaitan dengan sikap negatif guru. Kebanyakan guru telah sebati

dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar menyesuaikan diri dengan teknologi

intruksional. Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan yang telah dikeutarakan

oleh Becker & Watt (1966) iaitu ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi

cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan.

Menurut Becker & Watt (1966) juga, ada kalangan guru yang ‘buta teknologi

maklumat dan komunikasi’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat

mengajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi selain sikap malas

menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk

pengajaran.

Cabaran berkenaan sikap negatif guru dapat diselesaikan apabila pemikiran guru

lebih bersifat keterbukaan dalam menerima perubahan-perubahan baru dalam dunia

pendidikan.  Maizun Binti Jamil (2009) menyokong pendapat Steers & Black (1994) iaitu

persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah

Page 18: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi. Latihan yang cukup

akan membantu guru menambahkan pengetahuan dan kecekapan terhadap alatan

teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus menimbulkan minat dikalangan guru-guru

tersebut.

Aspek keempat cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan

adalah maklumat dan laporan tidak tepat. Amnya tugas guru tidak hanya meliputi

proses pengajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan malahan juga melibatkan kerja-

kerja pengkeranian yang memerlukan guru-guru merekodkan dan memasukkan data-

data berkenaan prestasi murid dalam sistem. Namun proses memasukkan data yang

dikendalikan melalui sesuatu perisian terdedah kepada pemprosesan dan

penganalisisan laporan serta maklumat yang tidak tepat. Hal ini mungkin disebabkan

oleh proses kemasukan data yang terlalu banyak dan berterusan. Menurut Zoraini Wati

Abas (1993),kesilapan juga boleh berlaku terhadap data prestasi murid sekiranya

berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan

sistem data itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem data tersebut.

            Cadangan yang ingin dikeutarakan bagi mengawal cabaran ini adalah melalui

ppihak pentadbir sekolah. Hubungan yang baik dan tolak ansur amat penting dalam

sesebuah organisasi. Hal ini merujuk kepada sikap dan layanan pihak pentadbir kepada

staff berkenaan kebajikan pekerja bagi mengelakkan berlakunya tekanan kerja dan

perpindahan pekerja ke organisasi lain. Perpindahan ini akan menyumbang kepada

masalah hilangnya pekerja yang memiliki sesuatu kemahiran. Lebih teruk lagi, pekerja

baru yang menggantikan tempat pekerja lama tidak memahami konsep dan cara kerja

Page 19: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

pekerja lama tersebut dan seterusnya menjuruskan ke arah berlakunya kesilapan kerja

terutamanya dalam skop memasukkan data.

            Malah masalah seperti kemasukan data yang salah (Garbage In Garbage Out -

GIGO) dapat dihapuskan sekiranya pentadbir memberi peluang dan masa yang

secukupnya untuk kakitangan mereka menjalankan tugas. Selalunya kesilapan berlaku

kerana kecuaian pekerja yang melakukan kerja secara tergopoh-gapah. Mungkin

kerana mahu cepat siap, faktor kuantiti sahaja yang diambil kira, dan ini menyebabkan

mereka mengabaikan faktor kualiti. Kebajikan pekerja perlu diambil berat. Adalah

dicadangkan juga setiap data atau maklumat yang dimasukkan disemak oleh "Quality

Control". Hal ini dapat menghasilkan data yang lebih tepat dan jitu.

Aspek terakhir bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan adalah jurang digital. Jurang digital terbentuk apabila berlakunya

ketidakseimbangan yang wujud di kalangan masyarakat. Ketidakseimbngan ini amnya

merangkumi aspek ekonomi, kemudahan infrastruktur, pendapatan, pemodenan,

pendidikan dan sebagainya dan hal ini secara tidak langsung turut memberikan impak

terhadap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dan digital di sekolah.

Ab. Rahim Selamat (1992) menyatakan bahawa situasi jurang digital

menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di luar bilik

darjah memandangkan  sosioekonomi  murid – murid di luar bandar yang rendah.

Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh membantutkan

penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan.

            Selain daripada itu juga, Ab. Rahim Selamat (1992) mengakui wujudnya jurang

perbezaan dari segi taburan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di antara

Page 20: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta kawasan Lembah Kelang

dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia.

            Hakikatnya cabaran ini bukannya sesuatu yang boleh dipandang serius kerana

kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi cabaran yang telah

digariskan ini. Kerajaan telah mewujudkan kesedaran berkenaan penggunaan komputer

untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Kempen

Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977 telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Kerajaan juga memperlonggarkan syarat

pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi individu yang ingin memiliki

komputer persendirian. Kerajaan turut melancarkan program Satu Rumah Satu

Komputer dengan membekalkan komputer kepada murid-murid. Kerajaan juga

memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer

yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar

bandar. Cabaran ini cuma berlaku di sekolah-sekolah pendalaman yang baru dibuka

dan mengalami masalah tempoh penerimaan alatan teknologi yang agak lambat namun

proses penerimaan tersebut tetap berlaku.

Penutup

Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini

dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa

depan yang lebih mencabar. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem

pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang

dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah

Page 21: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan

implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan.

Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi

menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari

jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak

langkah dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas

terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi maklumat dan

komunikasi memerlukan anjakan peranan  pendidikan dan profesion keguruan. Untuk

mencapai matlamt menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan

lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi

maklumat (TMK)

Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang

mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk

menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu

mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus

berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak

terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam

pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak

pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. 

Page 22: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Rujukan

Ab. Rahim Selamat. (1992). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ahmad Subki & Syed Ismail (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Profesionalisme.Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.

Dr. Ismail Zain. (2008) Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran. Utusan Malaysia. 27 Oktober.

Isyak Din, Azmi Zakaria, Wan Mustama, Rafee Che Kasim & Mazlan Shamsuddin

(2004). Jurnal Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan 14 (02).

Maizun binti Jamil. (2009). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Dalam Pendidikan Telah Memberi Kesan Positif Dalam Sistem Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi. Penilaian Tahap Kecekapan. Universiti

Putra Malaysia.

Mohd. Termizi Che Anuar. (2010) Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan. Utusan

Malaysia, 13 Januari:1,

Muhamad Hasan Adul Rahman. (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan

Pengajaran Berkesan. Terbitan UPM.

Muhamad Rafiq Abdul Rahman. (2012) Pendidikan Menerusi Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi.  Dewan Masyarakat. Mei 2012.

Naim Hj Ahmad. (2000). Teknologi Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nor Fariza Ramlan. (2012) School Net diperluas ke Johor. Berita Harian, 2 September.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Mat Lazim & Rosnah Zain. (2009). Teknologi Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 23: Ulasan Berkenaan Artikel Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan.doc

Robiah Ridin & Nor Sakinah Mohamad. (2007) ICT  dalam  Pendidikan:  Prospek  dan 

Cabaran  dalam Pembaharuan  Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007).

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Yazid Abdul Manap (2001). Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab

Bersama. Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor.

Yusup Hasyim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Zoraini Wati Abas (1993). Komputer dan Pendidikan, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti