12
BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TAHUN 6 UJIAN BULANAN 1 NAMA : ___________________ TARIKH : _____________ Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1-20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai 1. “Sila datang ke hadapan apabila nama______________ dipanggil,’’ kata Cikgu Hasnah kepada pelajar-pelajarnya. A. saya B. kamu C. beliau D. mereka Soalan 2 berdasarkan gambar 2. Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam. A. menghiris B. membelah C. menyiang D. menebang

ujian bulanan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TAHUN 6UJIAN BULANAN 1

NAMA : ___________________TARIKH : _____________

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1-20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Sila datang ke hadapan apabila nama______________ dipanggil, kata Cikgu Hasnah kepada pelajar-pelajarnya. A. saya B. kamu C. beliau D. mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar

2. Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.A. menghiris B. membelah C. menyiang D. menebang

3. Encik Kanang __________________ penyakit kencing manis. A. menghidapi B. dihidapi C. hidapan D. penghidapi

4. ________________orang askar telah terkorban dalam peperangan itu. A. Pelbagai B. Kedua C. Beratus-ratus D. Berbagai-bagai

5. Sempena hari lahir Ali yang ______________, keluarganya telah mengadakan sambutan secara besar-besaran. A. kedua belasB. dua belas C. kedua-dua D. dua

6. Proton Saga _____________kereta buatan Malaysia yang pertama. A. untuk B. ialah C. adalah D. dengan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Hadi _______________ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.A menggerakkanB melambaikanC menaikkanD mengibarkan

8. Rani dan Malar _______________ menjaga ibu mereka yang sakit di hospital.

A bersaing-saingB bergilir-gilirC berselang-seliD berturut-turut

9. Murid-murid yang aktif bersukan sering cemerlang dalam _______________.

A pelajaranB mengajarC pengajarD belajar

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Emak menyimpan pisau itu di _______________ laci agar tidak diambil oleh adik.A celahB hujungC dalamD sudut

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11. Gajah sedang mengangkat _______________ kayu balak menggunakan belalainya.

A sebutirB sebuahC seketulD sebatang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12. Hobi Ah Leong membaca buku. Oleh itu, dia digelar _______________ .

A ringan tulangB ulat bukuC otak cairD buta huruf

13. Adik duduk _______________ bermain alat permainan.

A semenjakB sehinggaC supayaD sambil

14. Sanggupkah _______________ menderhakai sultan dan kerajaan Melaka ? kataHang Tuah kepada Hang Jebat.

A patikB hambaC bagindaD tuan hamba

15. Negara kita _______________ menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52tidak lama lagi.

A akanB masihC sedangD telah

16. Setiap hari ayah memakai _______________ ke pejabatnya

A kasut rodaB kasut getahC kasut sukanD kasut kulit

Soalan 17 dan Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah

17. Abang mengait buah mangga menggunakan mata pengait yang _______________ .

A melengkungB bundarC bujurD lurus

18. _______________ mengait buah mangga yang telah masak sahaja.

A EngkauB DiaC KamuD Awak

19. Mei Ying menyerahkan dompet itu _______________ Encik Kamal

A dariB padaC kepadaD daripada

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah

20. Dinding rumah baharu yang Encik Chong diami telah mulai _______________.

A retakB calarC carikD pecah

Soalan 21Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

21. Murid-murid bersenam pada waktu pagi.

A senjaB malamC petangD subuh

Soalan 22Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

22. Selepas bersara Encik Yaakob berasa bosan berehat di rumah sahaja.

A rimasB malasC bingungD jemu

Soalan 23Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23. Datuk Azhar Mansor mengambil masa selama 190 hari mengelilingi dunia.

A Bilakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?B Bagaimanakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?C Berapa lamakah masa yang diambil oleh Datuk Azhar Mansur untukmengelilingi dunia?D Benarkah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia selama 190 hari?

Soalan 24Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

24. Bilakah pertandingan bola sepak itu bermula?

A Pertandingan bola sepak itu telah dibatalkan.B Pertandingan bola sepak itu merupakan pertandingan persahabatan.C Pertandingan bola sepak itu akan ditangguhkan pada minggu hadapan.D Pertandingan bola sepak itu bermula sebaik-baik sahaja pengadilnya sampai.

Soalan 25 dan Soalan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Yang berkebaya biru dan berkaca mata itulah kakak sulung saya.

A Menurutnya, kakak sulungnya berkebaya biru dan berkaca mata.B Kakak sulungnya berkebaya dan tidak memakai kaca mata.C Saya memakai baju kebaya berwarna biru manakala kakak sulung sayamemakai kaca mata.D Kakak berkebaya biru dan memakai kaca mata.

26. Puan Low menjual pelbagai barangan di kedai runcitnya.

A Pelbagai barangan di kedai runcit dijual oleh Puan Low.B Pelbagai barangan dijual oleh Puan Low di kedai runcitnya.C Berbagai-bagai barangan dijual di kedai runcit Puan Low.D Berbagai-bagai barangan di kedai runcit Puan low dijual oleh.

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27. I Datuk saya ialah seorang bekas guru.II Almari ini adalah hasil bekas tangan Pak Mail Tukang.III Simpan buku awak di dalam bekas masing-masing.IV Lebam bekas kena pukul masih kelihatan lagi pada lengannya.

A I dan IIB I,II dan IIIC I, II dan IVD I, II, III dan IV

28. I Kopi itu pahit rasanya.II Gulai lemak cili padi ikan tenggiri itu sangat pahit.III Adik enggan menelan ubat yang pahit itu.IV Bapanya seorang penghisap pahit.

A I dan II sahajaB I dan III sahajaC I, II, dan III sahajaD I, II, III, dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30Pilh ayat yang betul.

29. A Eh, cantik sungguh hiasan balai persandingan itu!B Amboi, sudah mahir kau melayari internet!C Cis, ada jualan murah di pasar raya itu!D Aduhai, malang benar nasib budak miskin itu !

30. I Ah Leng berbasikal ke sekolah.II Mereka membimbing orang buta itu melintas jalan.III Sungai itu telah tercemar sepuluh tahun yang lalu.IV Mukanya perang kerana kekurangan darah.

A I dan II sahajaB I dan III sahajaC II, III, dan IV sahajaD I, II, III, dan IV

Soalan 31- 35 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dahulu,permainan sepak takraw dikenal sebagai sepak raga. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,semua peringkat golongan rakyat menggemari permainan ini. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad,putera Sultan Mansor Shah yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Dalam permainan sepak raga,beberapa orang pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Salah satu pemain akan melambungkan bola kepada rakannya dengan tangan. Kemudian,rakannya itu akan menimang bola dengan kakinya sekali atau beberapa kali sebelum menendangnya ke arah pemain lain.

Permainan ini memerlukan ketangkasan fizikal dan ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan akan dianggap menang.

Pada masa kini,sepak raga tidak lagi dimainkan. Sebaliknya telah ditukar dengan sepak takraw. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga orang pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

31. Berapakah bilangan pemain dalam setiap pasukan sepak takraw? A. Dua B. Tiga C. Lima D. Enam

32. Sepak takraw juga dikenal sebagai_____________. A. sepak bola B. bola raga C. sepak raga D. olahraga

33. Siapakah yang menendang bola raga sehingga tertanggal tanjak Raja Muhammad? ' 33. Siapakah yang menendang bola raga sehingga tertanggal tanjak Raja Muhammad? A. Sultan Melaka B. Sultan Mansor C. Raja Muhammad D. Tun Besar

34. Pernyataan yang berikut benar tentang permainan sepak raga kecuali

A. permainan ini memerlukan ketangkasan fizikal B. permainan ini memerlukan beberapa orang pemain C. permainan ini memerlukan ketajaman mata D. permainan ini memerlukan kaki yang panjang

35. Perkataan menggemari dalam petikan bermaksud

A. membenci B. menyukai C. mempermain D. mementingkan

Soalan 36 40 Baca dialog di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenny Choo : Selamat pagi,puan. Penjual tiket : Selamat pagi.Boleh saya bantu,cik? Jenny Choo : Puan,tiket perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 20 Januari 2012 masih ada? Penjual tiket : Ya,masih ada kerana pihak kami menyediakan penerbangan tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Cik mahu perjalanan pada waktu pagi atau malam? Jenny Choo : Saya mahu penerbangan waktu malam. Penjual tiket : Berapakah bilangan tiket yang mahu ditempah oleh cik? Jenny Choo : Saya mahu dua tiket bagi dewasa dan satu tiket warga emas. Penjual tiket : Baiklah,cik. Satu tiket dewasa berharga RM135. Ini tiketnya. Bayarannya ialah RM350. Jenny Choo : Ini wangnya,puan. Penjual tiket : Cik perlu berada di sini sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu Penerbangan.Sekiranya berlaku perubahan waktu penerbangan,cik boleh melayari internet untuk menyemaknya. Cik dapat menyemak jika berlaku perubahan waktu penerbangan 24 jam sebelum waktu berlepas. Jenny Choo : Baiklah,terima kasih kerana memaklumkan kepada saya tentang hal ini. Penjual tiket : Sama-sama.Selamat menggunakan perkhidmatan kami. Jenny Choo : Terima kasih.

36. Jenny Choo pulang ke Pulau Pinang menaiki A. bas B . feri C. kereta api D. kapal terbang

37. Berapakah harga tiket bagi seorang warga emas? A. RM 70 B . RM 80 C. RM 100 D. RM 145

38. Bagaimanakah caranya untuk Jenny menyemak perubahan waktu penerbangan? A. menyemak di kaunter tiket B . menyemak menggunakan internet C. menyemak pada tiket penerbangan D. menyemak pada hari penerbangan berlepas

39. Jika waktu penerbangan Jenny pada pukul 8.00 malam,Jenny perlu berada di situ sekurang-kurangnya pada pukul _________________

A. 0715 B . 1715 C. 1915 D. 2015

40. Perkataan waktu dalam petikan bermaksud ___________

A. kira B . lepas C. tebus D. masa