33

UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 1 - manusia dan ilmu

Citation preview

Page 1: UICI 2022 - Manusia dan ilmu
Page 2: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

1. Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut sarjana Islam dan Barat.

2. Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang merangkumi epistemologi, ontologi, dan aksiologi.

3. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu dalam tamadun manusia.

4. Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia.

Page 3: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

3

PENDAHULUAN

• Manusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan Tuhan dan terdiri daripada dua unsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa.

• Menurut al-Quran (al-Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan dengan ilmu untuk membolehkannya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan diajar oleh Allah untuk mengetahui nama segala benda.

• Imam al-Ghazali (1986: 51) menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsi membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal inilah manusia dapat membangun dan memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnya menurut apa yang direncanakannya.

Page 4: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

4

DEFINISI ILMU

• Antara persoalan yang penting tentang ilmu ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Apakah ada sesuatu yang bukan ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat? Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan ini perlu ditanya dan dijawab dengan betul kerana kesilapan memahami pengertian ilmu akan menghasilkan usaha yang sia-sia, merugikan, dan merosakkan.

• Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu walaupun susah ditakrifkan, tetapi maknanya tidak begitu susah untuk difahami.

Page 5: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

ISTILAH ILMU DALAM KAMUS INGGERIS

• Umumnya disebut sebagai ‘knowledge’ dan ‘science’ yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan kepandaian.

• Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab “alima, ya’lamu, ilman”. Justeru, ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima” yang meletakkannya antara “alim” (yang mengetahui) dan ma’lum (yang diketahui). Dengan kata lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yang diketahui (objek).

Page 6: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

6

PENDAPAT TOKOH-TOKOH FALSAFAH MENGENAI ILMU SECARA UMUM

• Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani dan rohani dari segenap segi yang membawa kepada kesempurnaan.

• Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal untuk menerima sokongan luar.

• Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah menyediakan manusia menjalani hidup yang sempurna, kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan teratur fikirannya.

• J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah untuk menciptakan manusia yang sempurna dalam pelbagai urusan hidup serta berusaha mengatasi segala kesulitan mengenainya.

• Immanuel Kant [1724-1804]: Ilmu bertujuan untuk menyampaikan manusia kepada taraf kesempurnaan yang semaksima mungkin.

Page 7: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan …Sambungan …• Kata Albert Einstein [1879-1955], “ilmu tanpa agama

adalah buta, dan agama tanpa ilmu adalah lumpuh”. • F. Frobel mengatakan “ilmu hendaknya memimpin manusia

untuk mengenal siapa dirinya, alam sekeliling, juga kepercayaan terhadap keEsaan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang suci dan murni”.

• Imam al-Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T”.

• Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan kumpulan ilmu pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu dengan yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan.

Page 8: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan…Sambungan…• Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifan ilmu yang

dipetik daripada 107 definisi. Sebahagian besar daripada takrifan tersebut diambil daripada golongan Ahli Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash’ari, al-Juwayni, al-Ghazali dan Ibn Hazm. Antara takrifan tersebut ialah:

• Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

• Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya takrifan al-Baqilani bahawa: “ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar”.

• Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.• Ilmu adalah suatu rupa bentuk (surah). Contohnya takrifan Ibn

Sab’in bahawa ilmu adalah perkara yang menerangkan kebenaran dan memberikan maklumat tanpa tertinggal apa-apa yang perlu diselidiki.

Page 9: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

S. M. Naquib Al-Attas (1975: 154) mentakrifkan

ilmu sebagai• ketibaan sesuatu makna hasil daripada

maklumat yang benar ke dalam diri seseorang.

• Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagai sumber asal segala ilmu.

• Takrifan ini menunjukkan bahawa autoriti ilmu di bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu. Allah S.W.T selaku Pencipta sekalian alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya. Dialah Yang Maha Mengetahui hakikat segala ilmu dan makna sesuatu yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.

Page 10: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

10

ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH

Ilmu ialah kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain.

Menurut Jujun Suriasumantri (1993: 3), ciri-ciri keilmuan didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepada tiga persoalan pokok, iaitu:

1. Apakah yang ingin kita ketahui ? (ontologi/teori wujud)• Bagaimanakah kita memperolehi pengetahuan?

(epistemologi/teori ilmu)• Apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita? (aksiologi/teori nilai).

Page 11: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

11

Dari sudut falsafah, ilmu merupakan

• salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab ketiga-tiga persoalan tersebut.

• Untuk menghargai ilmu menurut kewajarannya yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengan sebenarnya.

• Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja akan mengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka matanya terhadap pelbagai kekurangan dirinya dan keterbatasan ilmu yang dimilikinya.

Page 12: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

12

KONSEP ILMU MENURUT BARAT

Kalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran Kristian melihat bahawa ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata-mata. Berpunca daripada aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya ilmu.

Akal manusia menyimpan segala maklumat serta pengalaman, kemudian memprosesnya dan seterusnya menganalisis.

Page 13: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan …Sambungan …

• Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yang tertinggi. Mereka berpegang kepada konsep rasional sebagai ukuran dalam menerima atau menolak sesuatu ilmu.

• Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains yang hanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh bukti-bukti saintifik (empirikal). Apabila kaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia dianggap tidak wujud.

• Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan, pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera manusia itu bersifat serba kekurangan lalu konsep ilmu menurut masyarakat Barat dilihat tidak mampu untuk membimbing manusia menuju kepada kesejahteraan.

Page 14: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

7 SUMBER ILMU MENURUT JOHN

HOSPERS (1988: 41-47)• terdiri daripada persepsi (tanggapan), introspeksi

(menilik diri), memori (ingatan), alasan atau keterangan (reason), kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan).

• Kesemua pernyataan sumber ilmu tersebut boleh dipertikaikan kebenarannya. Justeru, Barat kelihatannya berpegang kepada sumber ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya dan konsep ilmu menurut Barat hanya bersifat luaran dan berdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-mata. Ia juga tiada hubungan dengan alam ghaib atau wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber pertama bagi keilmuan manusia.

Page 15: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

KONSEP ILMU MENURUT AJARAN KRISTIAN

• terkandung dalam teks Bible yang mempercayai bahawa tafsiran bagi pohon yang buahnya dimakan oleh Adam a.s. ialah pohon ilmu yang ditegah oleh Allah daripada Adam menghampirinya ataupun memakan sesuatu daripada buahnya. Old Testament menyebut:

• “And the Lord God commanded the man, “you are free to eat from any tree in the garden; but you must not eat from the tree of the knowledge of good and evil, for when you eat of it you will surely die”. [Genesis 2:15-17].

Page 16: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan …Sambungan …• Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam dan atas pujukan

isterinya yang diperdaya oleh ular (syaitan), maka mereka berdua memakan buah larangan pokok ilmu tersebut. Justeru, selepas memakan buah larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.s memperolehi ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Adam dan Hawa tidak mengetahui hakikat keduanya tidak berpakaian dan tidak mempunyai rasa malu.

• Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya diketahui oleh Adam setelah memakan buah daripada pohon ilmu tersebut.

• Atas tafsiran bahawa akal mengarahkan kepada kejahatan maka gereja mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu sains dan menghukumnya dengan hukuman yang berat.

• Bersandarkan alasan untuk mencapai kemajuan inilah maka masyarakat Barat memilih untuk membelakangi arahan gereja dan mendatangi negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslim khususnya Sepanyol dan Sicily dengan tujuan menuntut ilmu.

Page 17: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

17

KONSEP ILMU MENURUT ISLAM

Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuan membolehkan para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan dan ulama mengembangkan diri, masyarakat dan alam sekitarnya sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanah sebagai khalifah.

Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampu meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan kedudukannya.

Page 18: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

KLASIFIKASI ILMU

• Terdapat berbagai istilah yang digunakan oleh ulama dalam pembahagian ilmu.

• Jika dilihat secara terperinci, maka ilmu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1.ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan2.ilmu aqli (ilmu fardu kifayah/ilmu perolehan

akal).

18

Page 19: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

PEMBAHAGIAN ILMU MENURUT HIERARKI

1. Pertamanya, ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan Rasul-Nya yang dipanggil ilmu naqli.

2. Keduanya, ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia yang dipanggil ilmu aqli atau kasbi.

• Ilmu yang ditanzilkan bersifat benar secara mutlak manakala ilmu manusia pula kebenarannya bersifat relatif kerana diperolehi daripada akal dan pancaindera sama ada menerusi pengalaman mahupun intuisi.

Page 20: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

KLASIFIKASI AL-GHAZALI KLASIFIKASI AL-GHAZALI & MULLA SADRA& MULLA SADRA

• Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada empat kelompok, iaitu; (1) ilmu teoritikal dan praktikal, (2) Ilmu mendatang (huduri) dan ilmu pemerolehan (husuli), (3) ilmu keagamaan (shari’yyah) dan ilmu intelektual (‘aqliyyah), dan (4) ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada ilmu terpuji (mahmud) dan ilmu terkeji (madhmum), dan ilmu yang harus dipelajari (mubah).

• Mulla Sadra pula mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan.

Page 21: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

KLASIFIKASI ILMU MENGIKUT ALAT PENERIMA• 1. ILMU WAHYU

Ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah (mewakili ilmu-ilmu seperti al-Quran, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf). Ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu syariah, ilmu agama, revealed knowledge dan ilmu naqli.

• 2. ILMU ILHAMTurut dikenali dengan nama ilmu ladunni dan bersifat lebih

menjurus kepada kehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semua orang. Biasanya ia diberikan kepada orang-orang yang hatinya benar-benar hampir dengan Tuhan.

• 3. ILMU EMPIRIKALIlmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera lahir.

Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu rasional terletak pada keupayaan aktiviti akal.

Page 22: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI, DAN

AKSIOLOGI DALAM ISLAM• Persoalan ilmu dalam falsafah dilihat daripada tiga

bidang ilmu, iaitu;1.Ontologi (teori wujud)2.Epistemologi (teori perolehan), dan 3.Aksiologi (teori nilai).• Dalam menjelaskan hubungan antara ketiga-tiga

teori tersebut, Suriasumantri (1995: 105) menegaskan bahawa setiap jenis pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang spesifik mengenai apa (ontologi), bagaimana (epistemologi), dan untuk apa (aksiologi) pengetahuan tersebut disusun.

Page 23: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

1) ONTOLOGI (TEORI KEWUJUDAN, ILMU HAKIKAT BENDA DAN ILMU PRINSIP

DASAR)

• berasal daripada bahasa Yunani, iaitu onto yang bererti sesuatu yang wujud manakala perkataan logi atau logos pula bererti ilmu pengetahuan yang logik (Runes, 1976).

• Oleh itu, ontologi bermaksud menjelaskan sesuatu perkataan atau ilmu pengetahuan mengenai hakikat atau sifat sesuatu benda, kenyataan atau hakikat sesuatu yang wujud secara abstrak.

Page 24: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Persoalan Ontologi Ilmu• Menjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik (etimologi dan

terminologi), kepelbagaian maksud perkataan ilmu yang berulangan sebanyak 750 kali dalam al-Quran; perkataan yang sinonim (seerti) dengan ilmu seperti perkataan makrifah (pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan), fikr (pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ulul al-absar (pemerhati atau pengkaji).

• Untuk menjawab tiga persoalan utama; • Apakah yang diteliti oleh sesuatu ilmu? (perlukan penjelasan

konsep falsafah ilmu dari segi semantik dan teori falsafah ilmu).

• Bagaimana hakikatnya sesuatu ilmu itu wujud? (perlukan penjelasan teori falsafah ilmu pengetahuan).

• Bagaimana hubungan ilmu dengan tanggapan melalui fikiran dan pancaindera manusia yang menghasilkan pengetahuan? (perlukan penelitian secara ilmiah dan saintifik).

Page 25: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

2) EPISTEMOLOGI

• Dari sudut bahasa berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang bermaksud sains atau kajian. Ringkasnya, epistemologi ialah kajian secara falsafah yang berkaitan tentang ilmu atau disebut teori ilmu.

• Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi aspek yang berkaitan dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi dan mentafsir bentuk ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan justifikasi yang boleh dibuat.

Page 26: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

3) AKSIOLOGI• Berasal daripada perkataan Inggeris axiology yang

bermaksud sains nilai, teori, dan sistem nilai. Istilah aksiologi terdiri daripada dua suku kata Greek, iaitu axios [harga atau nilai] dan logos [logik atau teori].

• Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai juga digambarkan sebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan. Nilai ditunjukkan dengan kenyataan-kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan.

• Juga dikaitkan dengan konsep memahami nilai kebergunaan ilmu.

Page 27: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

LIMA NILAI YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS

MANUSIA1)FARDU ATAU WAJIB [Nilai ini menjadi suatu

kemestian dan dikira amat baik untuk dilaksanakan]

2)SUNAT [Nilai ini amat digalakkan dan dikira sebagai satu kebaikan]

3)HARUS [Nilai ini dikira seimbang antara melakukan atau meninggalkannya]

4)MAKRUH [Nilai ini dibenci dan merupakan sebahagian daripada keburukan]

5)HARAM [Nilai ini adalah dilarang dan dikira sebagai yang terburuk].

Page 28: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

SEJARAH PERKEMBANGAN

FALSAFAH DAN ILMU

Page 29: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

BUDAYA ILMU: KONSEP DAN

PENGAPLIKASIANNYA• Konsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia.

• Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentu dan diputus serta dilaksana berdasarkan ilmu pengetahuan.

29

Page 30: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

BEBERAPA ASPEK DAN GAGASAN UNTUK MENYUBURKAN BUDAYA

ILMU1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya

sistem nilai, pandangan dunia, dan idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di dalamnya.

2) Perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya yang dianggap sebagai idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca dan pendorong bagi mencetuskan segala kebaikan yang lain.

3) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang bersepadu adalah berasaskan konsep Tuhan, manusia, dan alam semesta.

4) Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan perkara penting yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang sekalipun semasa akhir hayatnya.

Page 31: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan …Sambungan …5) Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses

pencapaian ilmu, antara lainnya memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.

6) Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan.

7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai ‘the highest good’ kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai bagi individu dan masyarakat.

8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (life long learning) , dari buaian hingga ke liang lahad, serta menyeluruh dan bersepadu.

9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosio ekonominya.

Page 32: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

Sambungan …Sambungan …

10)Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.

11)Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan.

Page 33: UICI 2022 - Manusia dan ilmu

33

LIMA PELAN TINDAKAN UNTUK MEMBOLEHKAN BUDAYA ILMU MENYERAP DALAM MINDA, JIWA,

DAN AMALAN WARGA UNIVERSITI

1) Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam pemikiran, minda, kehidupan dan warga kerja universiti, termasuklah mahasiswa, staf akademik dan staf sokongan.

2) Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan kedudukan yang sewajarnya dari segi penghormatan, peranan, dan tanggungjawab.

3) Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat dalam proses peningkatan dan penghayatan ilmu.

4) Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial, makmal dan kerja lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati Ilahi.

5) Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat sombong, ego, dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain.