8

Click here to load reader

Ucapan Hari Guru 2013

  • Upload
    edward

  • View
    15

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ucapan

Citation preview

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Puan Lee Yoke Yee,

Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya,

Yang Berusaha, Encik Othman Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-pensyarah Kanan, pensyarah-pensyarah cemerlang, semua pensyarah, pegawai-pegawai pengurusan, Staf-staf sokongan,

Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Cik Santiana binti Ramli, dengan barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014,

Seterusnya para pelajar dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.Assalamualaiakum w.r.t, , Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita berhimpun pada hari ini untuk sama-sama meraikan para pensyarah dan seluruh warga IPG sempena sambutan Hari Guru peringkat IPGK gaya 2013.

Hari Guru merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insan bergelar guru. Hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan terhadap jasa bakti guru kita di seluruh negara. Tidak kira samada kita adalah guru yang bertugas di tadika, di sekolah, di kolej, di ipg atau di universiti, kita semua adalah insan istimewa yang telah dan akan membimbing anak bangsa sehingga mereka menjadi warganegara yang berjaya. Justeru, sempena tarikh keramat ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah, pendidik dan bakal pendidik.

Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan holistik tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan dedikasi para guru. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukan bimbingan para guru. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.

Hadirin sekalian,

Tema Sambutan Hari Guru 2013 ialah GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI, 1 AGENDA.

1 ASPIRASI bermaksud semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan Sitem Pendidikan Berkualiti Bertaraf Dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1 ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025, iaitu ke arah Sistem Pendidikan Negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1 AGENDA pula menghuraikan semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda, iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013 2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyatakan bahawa usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran dari semua peringkat pendidikan digemblengkan secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan dalam pendidikan negara.

Tema hari guru amat sesuai dijadikan wadah perjuangan semua guru dalam melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah mampu menjana kemakmuran Negara pada masa hadapan.

Menurut Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula menyatakan bahawa tema hari guru pada tahun ini menuntut semua guru melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan berlandaskan aspirasi murid seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Kejayaan sistem pendidikan adalah bergantung kepada guru yang cemerlang dan profesional. Guru yang cemerlang dan profesional dalam jentera pendidikan ialah guru di bilik darjah, pentadbir sekolah dan pentadbir pendidikan yang daya fikirnya, komitmennya dan etos profesionalnya tertuju dan tertumpu kepada usaha menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Menurut Dato Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa para guru perlu keinginan yang kuat dan semangat yang kental untuk membentuk anak bangsa menjadi generasi insan minda kelas pertama yang bersedia menghadapi persaingan global di persada antarabangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Demi menjayakan misi nasional pendidikan negara, maka 1 ASPIRASI dan 1 AGENDA hendaklah tersebar luas, difahami, dihayati dan dibudayakan oleh semua warga guru walaupun di mana mereka berada.

Bermula hari yang mulia dan bersejarah ini , saya menyeru dan mengajak semua sahabat guru bersama-sama kita pertingkatkan profesionalisme masing-masing, sanggup membuat perubahan paradigma minda kelas pertama, bersedia dan berani menempuh cabaran dan pertingkatkan prestasi kerja diri menjayakan PPPM 2013 2025.

Kita sebagai sebuah pasukan pendidikan hendaklah bersama-sama menghayati budaya prestasi puncak dalam kerja pendidikan dan persekolahan kita. Menerusi budaya ini kita bersama-sama memberi penekanan kepada pencapaian akademik dan juga dalam masa yang sama kita memberi peneguhan yang kuat dalam aspek peningkatan insan murid.

Institut kita sudah pun dibekalkan dengan pelbagai sumber dan kemudahan pendidikan. Penggerak utama barisan kepimpinan pendidikan dan penjana utama ialah barisan guru.

Seterusnya sama-samalah kita mewujudkan kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang kental untuk terus kita dengan penuh setia memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi membina masa depan pendidikan dan memastikan murid kita mendapat tempat dalam dunia Malaysia negara maju menjelang 2020.

Dalam menjayakan usaha kita bersama-sama menyediakan peluang dan membina masa depan murid-murid kita, marilah kita melakukan perubahan minda, lonjakan berganda dan meneroka dimensi baru pendidikan abad ke-21 negara maju.

Akhir kalam, sekali lagi saya menyeru kepada semua pelajar supaya terus melaksanakan amanah pendidikan dengan penuh integriti berteraskan Etika Profesion Keguruan.

Setiap institusi pendidikan di negeri ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi membolehkan murid daripada pelbagai latar belakang bangsa, etnik dan agama dapat bergaul dengan lebih mesra dan akrab untuk memantap dan mengekalkan perpaduan bangsa Malaysia.Modal insan bertaraf antarabangsa hanya mampu dilahirkan menerusi sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru bertaraf dunia.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Hari Guru 2013, peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya.

Selamat Hari Guru.

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA.

Terima Kasih Cikgu.

Wassalamualaikum w.b.t.