20
PENGENALAN Kebanyakkan ubi keledek ( lpomoea batatas (L.) Lam. ) kini ditanam oleh pekebun kecil untuk dipasarkan sebagai ubi segar bagi makanan manusia. Hanya sebahagian kecil diproses menjadi snek tradisional seperti kerepek dan cakar ayam serta kuih – muih seperti keria. Kawasan penaman ubi keledek di Semenanjung Malaysia agak stabil pada tahap kira –kira 2000 ha setahun. Keadaan ini disebabkan tiada potensi untuk memperluaskan kawasan penanaman ubi kelede jika tumpuan hanya pada pasaran ubi segar yang begitu terhad permintaannya. Walau bagaimanapun potensi unutk memproses ubi keledek menjadi produk makanan seperti makanan snek, produk reroti, tepung pracampura dan frenh fries ( semacam jejari kentang goreng ) amat cerah. Permintaan produk sebegitu makin berkembang kerana gaya hidup masa kini yang menghargakan penjimatan masa. PRASARANA LADANG Tapak ladang mesti mempunyai kemudahan jalan untuk memudahkan pengangkutan hasil dan input ladang. Hampir semua jenis tanah dengan saliran yang baik sesuai untuk tanaman ubi keledek. Sistem pengaliran renjis ( sprinkler ) amat sesuai untuk tanaman ubi keledek. Sumber seperti kolam buatan, paya atau anak sungai berhampiran ladang. Sebuah stor untuk menyimpan input ladang hendaklah disediakan.

Ubi Keledek

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ubi Keledek

PENGENALAN

Kebanyakkan ubi keledek ( lpomoea batatas (L.) Lam. ) kini ditanam oleh pekebun

kecil untuk dipasarkan sebagai ubi segar bagi makanan manusia. Hanya sebahagian kecil

diproses menjadi snek tradisional seperti kerepek dan cakar ayam serta kuih – muih

seperti keria. Kawasan penaman ubi keledek di Semenanjung Malaysia agak stabil pada

tahap kira –kira 2000 ha setahun. Keadaan ini disebabkan tiada potensi untuk

memperluaskan kawasan penanaman ubi kelede jika tumpuan hanya pada pasaran ubi

segar yang begitu terhad permintaannya.

Walau bagaimanapun potensi unutk memproses ubi keledek menjadi produk

makanan seperti makanan snek, produk reroti, tepung pracampura dan frenh fries

( semacam jejari kentang goreng ) amat cerah. Permintaan produk sebegitu makin

berkembang kerana gaya hidup masa kini yang menghargakan penjimatan masa.

PRASARANA LADANG

• Tapak ladang mesti mempunyai kemudahan jalan untuk memudahkan

pengangkutan hasil dan input ladang.

• Hampir semua jenis tanah dengan saliran yang baik sesuai untuk tanaman ubi

keledek.

• Sistem pengaliran renjis ( sprinkler ) amat sesuai untuk tanaman ubi keledek.

Sumber seperti kolam buatan, paya atau anak sungai berhampiran ladang.

• Sebuah stor untuk menyimpan input ladang hendaklah disediakan.

Page 2: Ubi Keledek

PENYEDIAAN TANAH

• Boleh dikatakan semua jenis tanah sesuai untuk penanaman keledek.

• Kapur diperlukan pada kadar 3-6 t/ha untuk menaikkan pH tanah. pH tanah yang

paling sesuai ialah 5.0. kesan pengapuran boleh bertahan 3-5 musin penanaman.

• Semasa menyediakan tanah, pastikan semua tunggul atau serpihan kayu telah

dibuang untuk mengelakkan jangkitan penyakit serta menjamin bilangan pokok

yang optimum boleh ditanam.

• Peringkat pertama ialah dengan menggunakan bajak piring (disc plough) dengan

kedalaman 25cm. Seeloknya dilakukan pada musim panas dan dibiarkan selama

14 hari untuk mematikan rumpai dan juga benih rumpai yang ada.

• Kemudian gunakan bajak sikat ( disc harrow ) untuk memecahkan ketulan yang

besar supaya menjadi lebih kecil.

• Selepas itu, alat pemutar-pembatas (rotor-ridger) digunakan untuk menggembur

tanah seterusnya membina atas. Jarak antara batas ialah 1.0m dengan tinggi 30cm

dengan bahagian tapak batas 60cm.

PENYEDIAAN KERATAN DAN PEMILIHAN VARIETI

• Bagi penanaman seluas 1.0 hektar, jumlah keratan atau bahan tanaman yang

diperlukan ialah 40,000 keratan.

• Tapak semaian perlu disediakan untuk membiakkan bahan tanaman. Keratan

pucuk yang sihat sepanjang 30cm dengan lebih kurang tujuh mata tunas amat

sesuai diambil dari pokok yang berumur 2-2 ½ bulan. Keratan kedua boleh

diambil sekiranya bahan tanaman tidak mencukupi, tetapi hasil yang diperolehi

tidak setanding dengan hasil pokok dari keratan pucuk.

• Rendam keratan ke dalam larutan carbarly pada kadar 15 g/10 liter air selama 10-

15 minit untuk membunuh segala telur dan ulat perosak sebelum menanam.

• Keratan boleh juga disimpan ditempat teduh selama 2-3 hari untuk

menggalakkan pengeluaran akar supaya pertumbuhan lebih terjamin.

Page 3: Ubi Keledek

• Varieti ubi keledek Gendut amat sesuai ditanam untuk dijual segar, untuk

membuat kuih tradisional atau diproses menjadi jejari keledek.

• Untuk pemprosesan tepung, varieti Telong dan Jalomas lebih sesuai ditanam.

• Kini tardapat varieti baru yang mempunyai kandungan beta-kerotena yang tinggi

dan sesuai untuk dimakan segar atau diproses. Varieti ini telah dikeluarkan secara

rasmi oleh MARDI pada 12 Jun 2007 dan ia dinamakan ’vitAto’.

PENANAMAN

• Menanam ubi keledek secara bergilir dengan tanaman lain digalakkan untuk

mengelakkan serangan perosak dan penyakit dan untuk mengelakkan

ketidakseimbangan nutrien di dalam tanah. Ubi keledek boleh digilirkan dengan

tanaman seperti jagung manis, sengkuang, labu manis dan tembikai.

• Sebelum menanam, tapak tanaman hendaklah disembur dengan racun pracambah

iaitu metolachlor pada kadar 1.8 liter/ha 4-7 hari sebelum menanam. Ini untuk

membunuh benih rumpai di dalam tanah bagi mengurangkan persaingan pada

peringkat awal pertumbuhan ubi keledek.

• Ubi keledek boleh ditanam sepanjang tahun jika sumber air terjamin. Bagi

kawasan yang tiada sumber air, penanaman hendaklah dibuat pada permulaan

musin hujan supaya pada peringkat awal tidak terjejas.

• Keratan ditanam pada jarak 1.0 m X 0.25 m secara berbaring dan ditimbus dengan

bahagian hujungnya di atas tanah. Dengan jarak ini, satu hektar memerlukan

40,000 keratan.

• Di tanah pasir, menanam keratan secara menegak diamalkan kerana suhu pasir

boleh meningkat ke aras 500 C. Sekiranya keratan dtanam secara berbaring, pasir

yang panas boleh menyebabkan keratan lecur.

• Arah penanaman perlu diseragamkan untuk memudahkan kerja kemudian seperti

membaja dan membuat lurah.

Page 4: Ubi Keledek

PEMBAJAAN

• Baja organik seperti baja tahi ayam yang telah reput dengan kandungan air 15-

20% boleh digunakan sebagai baja asas pada kadar 5-10 t/ha. Bagi tanah bris dan

tanah bekas lombong 10-20 t/ha diperlukan supaya daya pegangan nutrien dan air

dapat ditingkatkan.

• Kadar baja yang disyorkan bagi jenis tanah biasa dan tanah asid sulfat ialah

34 N: 34 P2O5:67K2O kg/ha.

• Semasa menanam atau tidak lewat dari seminggu 400 kg/ha baja sebatian NPK

12:12:17:2 diberikan

• Pembajaan kali kedua dan ketiga di berikan pada minggu ke 4 dan ke 7 pada

kadar 250 kg/ha dan 200 kg/ha.

• Semburan baja daun mungkin perlu terutamanya di kawasan tanah pasir sekiranya

terdapat tanda-tanda kekurangan mikronutrien.

PENGURUSAN RUMPAI

• Bagi kawalan rumpai peringkat awal, racun pracambah (metolachlor) digunakan

pada kadar 1.8 liter/ha disembur pada tapak tanaman 4-7 hari sebelum menanam.

Ini untuk membunuh benih-benih rumpai di dalam tanah dan mengurangkan

persaingan pada peringkat awal pertumbuhan tanaman. Dengan penyediaan tanah

yang sempurna kesan penggunaan racun pracambah boleh bertahan selama 2-3

bulan.

• Bagi tanah gambut kadar racun pracambah yang lebih tinggi iaitu 4.2 liter/ha

diperlukan.

• Aktiviti mencegah rumpai seterusnya boleh dibuat secara manual atau dengan

semburan terkawal. Pertumbuhan rumpai akan berkurangan apabila pokok

keledek sudah besar dan menjalar menutupi batas.

Page 5: Ubi Keledek

PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK

• Pada perinkat awal penyediaan tapak, pastikan semua rumpai jenis Ipomoea yang

ada di sekitar tapak dihapukan bagi mencegah serangga kumbang belalai (Cylas

formicarius) bertapak sebagai perumah alternatif.

• Tabur racun butiran seperti cartap hydrochloride, fipronil atau endosulfan pada

pangkal pokok 1-2 blan selepas menanam pada kadar 30 kg/ha

• Racun semburan seperti phenthoate, deltamethrin atau triazophos diperlukan

untuk mengawal ulat batang (Omphisa anastomosalis).

• Amalan pengurusan perosak bersepadu yang boleh diikuti bagi mencegah

kerosakan kumbang belalai menggilirkan tanaman ubi keledek dengan tanaman

jangka pendek yang lain yang bukan dari jenis ipomeae.

• Menggunakan keratan pucuk yang sihat dan direndam di dalam larutan racun

carbaryl atau malathion pada kadar yang disyorkan pada label selama 10-15 minit

sebelum menanan adalah salah satu cara untuk mengelakkan dari perosak.

• Elakkan menanam tanaman ubi keledek yang baru bersebelahan dengan tanaman

ubi keledek yang sediaada. Jarakkan sekurang- kurangnya 200meter antara

tanaman baru dengan yang lama.

• Bagi mencegah penyakit keruping, racun kuprum oksiklorid, mancozeb atau

chlorothalonil boleh di sembur mengikut kadar yang telah disorkan pada label.

• Apabila terdapat simptom penyakit ’daun kecil’ ( little leaf ) pokok tersebut

hendaklah segera dicabut dan dimusnahkan.

• Amalan menaikkan batas (hilling) semasa keadaan kering perlu dilakukan. Ubi

mula membesar boleh menyebabkan rekahan pada permukaan batas yang akan

menyebabkan ubi terdedah. Rekahan ini memberi peluang untuk kumbang belalai

menyerang.

Page 6: Ubi Keledek

• Selain serangan penyakit dan perosak, serangan tikus hendaklah dikawal dengan

menabur racun dalam bentuk pelet atau ’cake’ pada peringkat awal pembentukan

ubi iaitu pada 1 ½ -2 bulan selepas menanam.

PENGUTIPAN HASIL DAN MUTU UBI KELEDEK

• Hasil ubi keledek boleh dipungut pada 3 ½ -4 bulan selepas menanam. Pungutan

lewat menyebabkan ubi keledek bertunas semula. Kelewatan memungut juga

menyebabkan ubi akan mula diserang kumbang belalai dan juga tikus.

• Sebelum memungut hasil, keratan benih boleh diambil dahulu untuk disemaikan

sebagai bahan tanaman untuk penanaman musin akan datang. Pokok yang

selebihnya dipotong dan dibuang.

• Pungutan hasil boleh digunakan dengan cangkul mata tiga atau jika tanah jenis

gambut ia boleh dicabut dengan tangan sahaja.

• Bagi tanaman yang luas, penggunaan jentera digalakkan.

• Ubi keledek yang telah dituai tidak perlu dibasuh. Gunakan berus untuk

membuang tanah sebelum dimasukkan kedalam guni atau bakul. Untuk dijual

terus.

• Ubi keledek yang tidak cacat dan bebas penyakit boleh disimpan selama 1-2

minggu.

• Penyimpanan ubi keledek akan menyebabkan ubi menjadi bertambah manis

kerana kandungan kanjinya akan bertukar menjadi gula.

KOS PENGELUARAN DAN PULANGAN

• Penggunaan input yang optimum di samping pengurusan ladang yang tepat dan

betul amatlah penting untuk menjamin hasil dan mutu ubi yang tinggi.

• Warna isi ubi boleh mempengaruhi harga jualan. Biasanya ubi yang berwarna

oren lebih tinggi berbanding ubi berwarna putih.

Page 7: Ubi Keledek

• Hasil ubi dijangka 25tan sehektar. Berdasarkan hasil ini, pendapatan kasr dijangka

lebih kurang RM 12000.

Page 8: Ubi Keledek

JADUAL KERJA UNTUK TANAMAN KELEDEK

HST Operasi/ Aktiviti Input/AlatJenis Kadar

Sasaran/Huraian

-60 Penyediaan tapak semaian Keratan

Pisau/seketeur

10000 Untuk mendapatkan bahan yang sihat dan seragam.

Keratan dari pucuk yang sihat dan bebas serangan

serangga.-30 Penyediaan tanah I Bajak piring.

Traktor 4 roda

1 pusingan Menbajak sedalam 25cm dan biar selama 14 hari

Untuk mematikan rumpai -22 Pengapuran Kapur magnesium

kisar

1-2 t/ha Untuk mengubah pH tanah

Untuk kawal serangan penyakit.-21 Penyediaan tanah II Sikat piring/bajak

putar traktor 4 roda

1 pusingan Sedalam 25cm untuk mengecilkan ketulan dan

menggaul kapur serta menghapuskan rumpai-7 Penyediaan tanah III Alat pembatas,

Traktor 4 roda

1 pusingan Bina batas 1m parit ke parit dengan saiz batas 60cm

lebar X 30cm tinggi-5 Pembekalan baja asas Tahi ayam 5-10 tan/ha Guna tahi ayam yang telah reput. Tabur pada

permukaan batas dan gaul rata sedalam 10cm-4 Kawalan rumpai I Alat penebas/ racun

herba jenis sentuh

1 pusingan Hapuskan semua rumpai jenis ipomoea (perumah

alternatif kumbang belalai) di sekeliling ladang

-4 Kawalan rumpai II Metolachlor, alat

penyembur

1.8 liter/ha Sembur racun herba pracambah pada permukaan batas

-3 Penyediaan bahan tanaman Keratan pucuk,

pisau, seketeur

40000/ha Keratan pucuk yang sihat sepanjang 30cm. Dari pokok

yang berusia 2-2 ½. Di simpan ditempat teduh dan

Page 9: Ubi Keledek

dingin hingga ditanam.-1 Rawatan keratan Carbaryl atau

malathion

15g/10liter

15-20ml/10

liter air

Rendam seluruh keratan sekurang-kurangnya 10-15

minit.

0 Operasi penanaman Keratan, cangkul /

tajak

1 keratan

setiap

lubang

25 cm antara pokok dalam baris.

0 -14 Pengairan Sistem renjis 0.3 – 1 liter

sesaat

Dilakukan dalam tempoh 2 minggu pertama.

7 Pembajaan Baja sebatian

12 : 6 : 22 : 3 atau

12 : 12 : 17 : 2

300 kg / ha

atau 400

kg/ha

Disepanjang baris tanaman kemudian ditimbus

30 Terbalikkan jalar Manual 1 pusingan Diterbalikkan ke tengah batas, memberi ruang jalan

untuk operasi kawalan, mengelak ubi terbentuk di buku

jalar.

30 Kawalan perosak I

Penyakit keruping, daun

kecil, ulat pemakan daun

Alat penyembur

Mancozeb

15 g / liter Sembur apabila terdapat simpton

30-60 Menaikkan batas Cangkul / tajak Sepanjang

batas

Untuk menutup rekahan, mengelak ubi dari terdedah

30-60 Kawalan perosak II Cartap Hidrokloride 30kg / ha Bubuh racun di sekitar pangkal.

Page 10: Ubi Keledek

Kumbang belalai, pengorek

batang, ulat putih45 Kawalan rumpai III Racun herba sentuh 3.3 liter /

450 liter air

Sembur di sekitar batas untuk elak rumpai

105-

120

Memungut hasil Pisau, cangkul mata

tiga, berus, raga

Pastikan dilakukan tidak melebihi 120 HST, Pilih dan

potong keratan pucuk, berus ubi untuk membuang

tanah, susun di dalam raga, simpan di tempan dingin

dan teduh sebelum di pasarkan.

Pengiraan kos dan pulangan penanaman ubi keledek untuk sehektar di tanah mineral biasa

Operasi ladang Amaun Unit Jenis Kos/harga

seunit (RM)

Nilai (RM) Jumlah kecil

(RM)Penyediaan Tanah

Membajak piring

Kapur

Upah mengapur

Membajak putar

1

2

2

1

Kali

Tan

Hari tenaga

Kali

Kontrak

GML

Kontrak

200

240

28

200

200

480

56

200

Page 11: Ubi Keledek

Membatas 1 Kali Kontrak 200 200Jumlah 1136.00Penanaman

Bahan tanaman

Upah menanam

40000

16

Keratan

Hari tenaga

Keratan pucuk 0.01

28

400

448Jumlah 848Pembajaan

Tahi ayam

Upah membubuh

Baja sebatian

Kali pertama

Upah

Kali kedua

Upah

Kali ketiga

Upah

Mikronutrien

Upah

5

10

400

5

5

5

5

Tan

Hari tenaga

Kg

Hari tenaga

Kg

Hari tenaga

Kg

Hari tenaga

Kg

Hari tenaga

12:12:17:2

250

28

1250/tan

28

1250

280

500

140

Jumlah 2170Kawalan rumpai

Racun pra-cambah

Upah

1.8

10

Liter

Hari tenaga

metolachlor 170

28

306

280Jumlah 586

Page 12: Ubi Keledek

Pengurusan perosak &

penyakit

Racun kulat

Upah

Racun perosak batang

Upah

Racun perosak daun

upah

0.5

10

16

10

1

10

Kg

Hari tenaga

Kg

Hari tenaga

Liter

Hari tenaga

24

28

7.50

28

22

28

12

280

120

280

22

280Jumlah 994Pengairan

Kali pertama 3 Hari tenaga Rain gun 28 84Jumlah 84Pungutan hasil

Pengambilan bahan tanaman

Memotong dan membuang jalar

pokok

Memungut ubi

40 Hari tenaga

Tan

Kontrak

kontrak

250

28

250

1120

Jumlah 1370

JUMLAH KOS 7188Pulangan

Hasil ubi

Pulangan kasar

25 Tan 0.50/kg

12500

Page 13: Ubi Keledek

Kos pengeluaran 7188

Pulangan bersih

Kos sekilogram

5312

0.288

Page 14: Ubi Keledek

Varieti Baru Ubi Keledek

Mardi telah menemui satu varieti baru ubi keledek. Varieti ini dinamakan vitAto. Ia

mengandungi kandungan beta-karotena yang tinggi dan sesuai untuk dimakan segar atau

diproses menghasilkan produk makanan kesihatan termasuk jus.

Makna vitAto bagi varieti ubi keledek baru yang berisi oren ini kerana ia mengandungi

beta-karotena yang apabila dimakan akan menjadi vitamin A. Oleh itu nama vitAto

membayangkan varieti ini akan memberi khasiat vitamin A. ’vitA’ untuk vitamin A dan

’to’ untuk sweetpotato. Nama ini mempunyai unsur global dan tidak terlalu regional.

Kajian agronomi yang dijalankan menunjukkan ubi keledek sangat sesuai diusahakan

dikawasan tanah bris.

Keistimewaan ubi keledek

Nilai pemakanan ubi keledek.

Pada amnya, ubi keledek adalah makanan yang berkhasiat. Ubinya kaya dengan bahan

anti oksidan seperti beta-karotena yang ditukar menjadi vitamin A di dalam badan,

vitamin C, vitamin E dan antosianin. Bahan antioksidan dapat mengelak kerosakan pasa

sel dan DNA dan seterusnya dapat menghalang barah dan kecacatan pada janin.

Kandungan serabut diet dan zat kalium di dalam ubi sangat tinggi. Serabut diet berkesan

menentang diabetes, sembelit dan kanser usus besar. Kalium pula berguna untuk

mengawal tekanan darah tinggi dan menjaga jantung.

Ciri-ciri VitAtoDaun

- Pucuk sedikit ungu- Gagang daun hijau dengan bintik ungu dipangkal daun- Urat daun sebahagian ungu- Daun berbentuk segitiga

Batang- Batang berwarna hijau

Ubi- Berbentuk bujur panjang- Kulit ubi berwarna oren muda- Kulitnya licin- Isi ubi berwarna oren

Page 15: Ubi Keledek

Prestasi vitAto

- Sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah- Boleh mencapai hasil ubi basah sebanyak 40 tan sehektar- Hasil melebihi varieti ubi keledek lain

Kelebihan vitAto

- Lebih berkhasiat kerana mengandungi beta-karotena yang tinggi- Beta-karotena dapat dikekalkan apabila diproses menjadi tepung- Tepung vitAto lebih berkhasiat dibandingkan dengan tepung gandum dari

segi serabut diet, vitamin C dan beta-karotena

Penggunaan vitAto

- Boleh dimakan selepas direbus, kukus, goreng atau dibakar.- Boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng, kek, ban

dan mufin- Produk tersebut boleh dibuat daripada tepung atau daripada ubi segar- Boleh dibuat jus dan milk shake

Kandungan setiap 100g

Protein kasr 1.20gLemak kasar 0.22gSerabut diet 2.49gKanji 13.90gVitamin C 1.33gBeta-karotena 2066.00gTenaga 87.70g

Bandingan setiap 100g antara tepung keledek dengan tepung gandum

Setiap 100g Tepung keledek Tepung gandumAir Protein kasarLemak kasarSerabut kasarSerabut dietVitamin CBeta-karotenaTenaga

6.6g2.9g0.5g4.5g9.7g18.0mg7.48mg362 kcal

12.5g12.0g1.6g2.0gt.m.* ( tiada maklumat )0.0mg0.0mg345kcal

Page 16: Ubi Keledek

Tepung pracampuran berasaskan keledek

- Satu produk baru untuk kuih tradisional berasaskan keledek.- Jangka masa simpanan produk sekurang-kurangnya 6 bulan.- Teknologi memberi peluang untuk industri kuih tradisional meningkat.- Teknologi boleh diolah untuk diubahsuaikan kepada kuih tradisional

berasaskan komoditi lain.

Keunikan produk

- Disediakan dari keledek- Memudahkan penyediaan kuih tradisional- Ramuan telah dicampur dengan nisbah tertentu bagi menjamin mutu yang

dihasilkan.- Penghasilan kuih yang enak- Boleh didapati sepanjang masa

Teknologi pemprosesan tepung ubi keledek

UBI KELEDEK

DIBERSIH DAN DIPOTONG NIPIS

DIRENDAM DI DALAM LARUTAN SODIUM METABISULFIT SELAMA

30 MINIT

TEPUNG KELEDEK

DITUS DAN DIKERINGKAN PADA SUHU 50-600C SEHINGGA RAPUH

KISAR DAN AYAK

Page 17: Ubi Keledek

SISTEM TANAMAN

Kajian sistem penanaman giliran berasaskan ubi keledek dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap hasil, insiden penyakit dan kesuburan tanah.Lima sistem penanaman berasaskan ubi keledek telah dinilai.

A. Ubi keledek - TembikaiB. Ubi keledek - FallowC. Ubi keledek - PadiD. Ubi keledek - JagungE. Ubi keledek - Ubi keledek

Keputusan Kajian

Sistem tanaman yang disyorkan ialah sistem A,B,C dan D. Purata hasil bagi sistem diatas adalah melebihi 27.5 tan/ha.Purata hasil bagi sistem penanaman E (ubi keledek – ubi keledek) selepas tanaman pusingan kedua ialah 7.6 tan/ha.

Mekanisasi pengeluaran ubi keledek

1. Mesin Penanam Sebaris2. Penyembur Boom3. Merumput dan Membaja4. Penghancur Daun sebelum Penuaian5. Penabur Baja Organik6. Mesin Penuai

Page 18: Ubi Keledek

RUJUKAN

1. FAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7.

Kuala Lumpur : FAMA.

2. MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDI

3. Vimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran

Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI.

4. Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung

Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

5. MARDI, Manual Teknologi Penanaman Ubi Keledek. Kuala Lumpur : MARDI

Page 19: Ubi Keledek

LAMPIRAN

Ubi Keledek Segar

Page 20: Ubi Keledek

LAMPIRAN

Produk Dari Ubi Keledek