70
U PELAN STRATEGIK JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG 2009 -2015

U PELAN STRATEGIK - jaipp.penang.gov.myjaipp.penang.gov.my/images/pdf/PelanstrategikJHEAIPP-140809latest.… · Penggubalan Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • Upload
    lytuong

  • View
    294

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

U

PELAN STRATEGIK

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

PULAU PINANG

2009 -2015

Penggubalan Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

(JHEAIPP) merupakan satu anjakan ke arah mempertingkatkan pembangunan

ummah melalui pengurusan hal ehwal Islam secara terancang, cekap dan

berkesan. Pengurusan hal ehwal Islam sangat penting dalam sebuah negara

yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Ini kerana, elemen modal

insan yang menjadi penggerak utama kepada pembangunan sesebuah negara

perlu dipersiapkan dengan pengukuhan nilai-nilai insaniah yang menyeluruh.

Bagi memenuhi kehendak semasa dan aspirasi masyarakat, pelan strategik ini

digubal sejajar dengan peranan JHEAIPP sebagai agensi rujukan pelbagai

pihak serta pencetus kepada usaha menegakkan nilai-nilai kebenaran.

Strategi-strategi yang digubal meliputi keperluan semua pihak yang terlibat

dalam pengurusan dan pembangunan masyarakat Islam di semua peringkat

masyarakat. Ia turut mengambil kira cabaran-cabaran terhadap ummah yang

bersifat global. Pelan strategik ini diharap akan dapat memperteguhkan

ketamadunan masyarakat berdasarkan perancangan pembangunan umat

Islam yang bersistematik dan berwawasan. Melalui pelan ini juga diharap

akan lahir masyarakat yang bertaqwa, progresif, mempunyai budaya dan

akhlak yang luhur, serta sentiasa mengutamakan perpaduan ummah yang

kental.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada MAMPU dan Jabatan Perkhidmatan

Awam yang telah memberi bimbingan, serta semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penggubalan pelan strategik

ini.

HAJI SAZALI BIN HAJI HUSSEIN

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

PERKARA

Kata-Kata Aluan Pengarah JHEAIPP

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Ringkasan Eksekutif

1.2 Pengenalan dan Latar Belakang Agensi

1.3 Carta Organisasi

1.4 Carta Fungsi dan Peranan Agensi

1.5 Punca Kuasa

1.6 Stakeholders dan Pelanggan

BAB 2 SENARIO PERSEKITARAN

2.1 Isu-Isu / Cabaran-Cabaran Kritikal

BAB 3 HALA TUJU STRATEGIK

3.1 Visi

3.2. Misi

3.3. Moto

3.4 Nilai Bersama

3.5 Objektif Strategik

3.6 Pelan Tindakan

3.7 Elemen Penentu Kejayaan

3.8 Mekanisme Pelaksanaan

3.9 The Way Forward

BAB 4 PENUTUP

ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

1

Pelan Strategik ini digubal dengan hasrat untuk memartabatkan pengurusan hal ehwal agama Islam negeri Pulau Pinang. Pelan strategik ini meliputi latarbelakang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) iaitu sejarah, carta organisasi, fungsi jabatan, punca kuasa dan juga stakeholders jabatan. Pelan ini juga menggariskan enam isu dan cabaran utama dalam menguruskan hal ehwal agama Islam iaitu:

• Tahap Kesedaran dan Penghayatan Islam di Kalangan Masyarakat yang Belum Menyeluruh;

• Ancaman Akidah, Pemikiran dan Dakyah Agama-Agama Lain yang Semakin Menyerlah;

• Isu Perpaduan Ummah;

• Persepsi Negatif Terhadap Pihak Pengurusan Hal Ehwal Islam;

• Propaganda Media Terhadap Islam; dan

• Arus Globalisasi yang Menjejaskan Kualiti Pegangan Nilai dan Sosiobudaya Masyarakat

Bagi menangani isu dan cabaran tersebut, pelan strategik JHEAIPP telah menggariskan lima objektif strategik seperti berikut:

• Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam;

• Memperkukuhkan pengurusan institusi pendidikan Islam bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat;

• Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan surau bagi

pembentukan ummah yang bersatu, sejahtera dan harmoni;

• Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah; dan

• Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah

mendaulatkan pelaksanaan syariat Islam.

1.1. RINGKASAN EKSEKUTIF

2

Kejayaan pelaksanaan lima objektif strategik di atas dan pelan tindakannya akan dapat ditentukan melalui pemantapan struktur organisasi, pengurusan ilmu yang berkesan dan sistematik, pembangunan modal insan, pendekatan dakwah bersepadu dan perkembangan teknologi maklumat. Dengan pelaksanaan strategi ini maka JHEAIPP akan menjadi agensi yang terunggul dalam pengurusan Islam dan menjadi rujukan di peringkat negeri, kebangsaan malah ke peringkat global.

3

Sejarah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah bermula sebelum merdeka lagi apabila telah wujud lembaga Penasihat Agama Islam yang bertugas sebagai penasihat dan bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1955, satu jawatankuasa telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai dan Majlis Agama Islam telah ditubuhkan pada 15 April, 1959 setelah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959. Berikutan dengan penubuhan Majlis Agama Islam, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan tujuan :

i. Mentadbir dan memastikan hal-hal yang bersangkutan dengan Agama Islam dalam Negeri Pulau Pinang menurut Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri yang perlu menitikberatkan Hal Ehwal Agama Islam seperti yang termaktub dalam Bahagian I Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ditugaskan untuk meninggikan dan mengembangkan syiar Islam khususnya supaya kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara terjamin dan terpelihara.

ii. Memberi khidmat nasihat kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi menasihati D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan Agama Islam.

JHEAIPP ketika itu mempunyai empat (4) bahagian iaitu Pentadbiran, Mahkamah Syariah, Penerangan, Pelajaran dan Pendidikan serta Masjid Negeri dengan warga seramai 20 orang yang diketuai oleh Yang di-Pertua. Yang di-Pertua Hal Ehwal Agama Islam adalah merupakan Ex-Offico Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai. Jabatan Mufti juga merupakan satu pengisian di bawah JHEAIPP yang berperanan memberikan nasihat dan fatwa dari segi hukum syarak. Perjawatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang terus berkembang sehinggalah pada tahun 1982, terdapat seramai 101 warga.

Seterusnya tahun 1997 fungsi JHEAIPP, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah dipisahkan berikutan bidang tugas masing-masing yang lebih terfokus. Peranan dan tanggungjawab JHEAIPP terus berkembang selaras dengan perubahan semasa. Oleh kerana itu, JHEAIPP juga telah distruktur semula pada tahun 2007 di mana bilangan perjawatan telah bertambah dari 167 kepada 330. Di bawah penstrukturan ini gred-gred jawatan telah dinaikkan seperti gred jawatan Pengarah, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Imam Besar, Imam Masjid Daerah dan Ketua Penolong Pengarah Dakwah yang menunjukkan peranan jabatan yang semakin meningkat.

1.2. PENGENALAN & LATAR BELAKANG AGENSI

4

PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

UNIT PENERBITAN/ PENERANGAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

UNIT DAKWAH DAN TARBIAH

PENGARAH (TERBUKA)

JUSA C

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIT

KEWANGAN

UNIT PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

BAHAGIAN

DAKWAH

BAHAGIAN

PENGUATKUASAAN

UNIT PENTADBIRAN

UNIT

PEMBANGUNAN

UNIT

PENTADBIRAN

UNIT

PENCEGAHAN DAN SIASATAN

BAHAGIAN PENDAKWAAN

UNIT PENTADBIRAN

UNIT

PENDAKWAAN DAERAH UNIT

PENDAFTARAN NCR

UNIT

PENTADIRAN UNIT

PEMBANGUNAN KELUARGA

UNIT

PENTADBIRAN

UNIT

AKADEMIK

UNIT PENTADBIRAN PENDIDIKAN

BAHAGIAN

PENDIDIKAN

UNIT PEMANTAPAN AKIDAH & SYARIAH

UNIT PENTADBIRAN

UNIT

PENGURUSAN HALAL

UNIT PENAPISAN MEDIA

BAHAGIAN

PENYELIDIKAN

UNIT

PENTADBIRAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID &

SURAU

PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI

TENGAH

PEJABAT AGAMA DAERAH

SEBERANG PERAI UTARA (BUTTERWORTH)

PEJABAT AGAMA DAERAH

SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS)

UNIT

NAZIRAN

UNIT

UKHUWAH

UNIT KHIDMAT NASIHAT UNIT

OPERASI

UNIT PERUNDANGAN

SYARIAH UNIT MASJID NEGERI

UNIT QARYAH

MASJID

DAERAH

PEJABAT AGAMA DAERAH TIMUR LAUT

PEJABAT AGAMA DAERAH BARAT DAYA

1.3. CARTA ORGANISASI

5

PENGARAH

PEJABAT AGAMA

DAERAH

1. Melaksanakan

fungsi-fungsi dan operasi jabatan di

peringkat daerah

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

1. Menjalankan kajian/ penyelidikan terhadap

ajaran-ajaran seperti ajaran tarekat, tassawuf, perbomohan, persilatan dan sebagai-nya.

2. Menjalankan pemeriksaan

dan menguruskan

permohonan sijil halal.

3. Menjalankan pemantauan

dan penguatkuasaan ke atas penggunaan logo halal pada bahan-bahan makanan, minuman dan

bahan-bahan gunaan lain.

4. Menapis bahan-bahan

penerbitan bercetak khususnya buku yang menyentuh tentang agama Islam.

5. Menapis bahan-bahan

audio-visual, rencana,

ceramah, syarahan,

nasyid, iklan, drama dan seumpamanya yang diterbitkan dalam bentuk

VHS, VCD dan sebagainya untuk terbitan media awam.

6. Bekerjasama dengan pihak

Kementerian Dalam Negeri

dalam menapis dan mem-perakukan kebenaran masuk buku-buku agama termasuk yang

mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang

diimport dari luar negara.

7. Menjalankan

penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan ayat-ayat

Al-Quran.

BAHAGIAN KHIDMAT

PENGURUSAN

1. Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am dan

Perkhidmatan

2. Menguruskan

belanjawan dan

kewangan

3. Menguruskan hal-hal sumber manusia

4. Menguruskan hal-hal

berkaitan ICT

5. Menyelaras dan

melaksanakan projek-projek pembangunan

kecil (keagamaan)

6. Menyelaraskan

program-program / kursus anjuran jabatan.

7. Urusetia kepada jawatankuasa peringkat jabatan

BAHAGIAN DAKWAH

1. Menguruskan program

rasmi keagamaan.

2. Menguruskan senarai penceramah bertauliah dan penyusunan jadual kuliah

agama di jabatan/ agensi, institusi, kolej sebagai-mana yang dipohon.

3. Menguruskan permohonan

tauliah mengajar agama dan kebenaran menganjur-

kan ceramah.

4. Menguruskan program

dakwah tahunan kepada kumpulan sasaran tertentu.

5. Menerbitkan bahan bercetak berunsurkan dakwah.

6. Menulis dan menerbit teks

khutbah, artikel dan lain-

lain.

7. Menguruskan pengislaman

dan pendaftaran saudara

baru.

8. Mentadbir rumah

perlindungan saudara baru (Darul Hidayah).

9. Menguruskan kursus

kefahaman Islam yang berkaitan saudara baru.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

1. Menjalankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang-

undang.

2. Berurusan dan

bekerjasama dengan

pihak-pihak lain yang berkenaan dalam menjalankan

penguatkuasaan.

3. Menyediakan

keperluan-keperluan penguatkuasaan berdasarkan undang-

undang sebelum membuat tugas-tugas penguatkuasaan.

4. Mengawal dan

menyelia pesalah-pesalah.

5. Menjalankan siasatan

dan menyediakan kertas siasatan.

BAHAGIAN UNDANG-

UNDANG KELUARGA ISLAM

1. Mengurus pelantikan dan

menyelaras pelaksanaan tugas-tugas Pendaftar dan Penolong Pendaftar

perkahwinan, perceraian dan ruju’ negeri Pulau Pinang

2. Menyelaras pentadbiran

pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ negeri

Pulau Pinang.

3. Menguruskan pemberian

permit kepada syarikat yang mengendalikan kursus praperkahwinan Islam di negeri Pulau

Pinang

4. Memberi perkhidmatan

kaunseling kekeluargaan kepada masyarakat.

5. Menyediakan PPKI dan PPS sebagai tempat rujukan orang awam menyelesaikan masalah.

6. Mengadakan program kekeluargaan dengan

kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain jabatan.

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU

1. Menguruskan pelantikan dan pentauliahan Ahli

Jawatankuasa Qaryah.

2. Menguruskan lantikan dan

pentauliahan pegawai

masjid.

3. Menyelia dan mengawal perjalanan masjid dan

surau.

4. Menguruskan program dan

latihan kepada Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.

5. Menguruskan Sekolah Tadika, Kelas KAFA dan kelas agama di Masjid

Negeri.

6. Menguruskan kelas pengajian Takmir di masjid

dan surau

7. Menguruskan hal ehwal

pentadbiran dan pengimarahan masjid daerah.

BAHAGIAN PENDIDIKAN

1. Menguruskan pentadbiran am perjalanan sekolah-

sekolah agama dan perkhidmatan guru-guru sekolah agama.

2. Mengawal ko-kurikulum sekolah-sekolah agama.

3. Menjalankan Peperiksaan Sijil Rendah, Menengah dan Tinggi Agama di

sekolah-sekolah agama.

4. Menguruskan permohonan biasiswa kepada pelajar-

pelajar IPT jurusan agama.

5. Menjalankan kursus-kursus

kepada guru-guru agama.

6. Melaksanakan program

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

BAHAGIAN PENDAKWAAN

1. Meneliti dan membuktikan kertas

siasatan sebelum membawa kes ke Mahkamah Syariah.

2. Menyediakan dan

menyemak kertas-kertas pertuduhan.

3. Menjalankan tugas pendakwaan di

Mahkamah Rendah, Tinggi dan Rayuan Syariah.

4. Memastikan peruntukan undang-undang berkaitan

prosedur, siasatan, keterangan dan pendakwaan dipatuhi

sebagaimana diperuntukkan.

5. Memastikan statistik

jenayah dikemaskini bagi tujuan rekod dan rayuan.

6. Bertindak sebagai urus

setia bagi hal ehwal yang berkaitan

Enakmen Undang-Undang yang berkaitan Syariah.

7. Menyedia dan

menyemak draf

undang-undang atau

draf pindaan undang-undang.

8. Meneliti dan menyemak kes-kes rayuan yang memerlu-

kan penjelasan terhadap undang-undang.

9. Mewujudkan hubungan dan jalinan kerjasama dalam hal ehwal ber-

kaitan Enakmen / Undang-undang

Syariah dengan Pejabat Penasihat

Undang-Undang Negeri.

1.4. CARTA FUNGSI & PERANAN AGENSI

6

DYMM SERI PADUKA BAGINDA

YANG DI-PERTUAN AGONG

JHEAIPP

T.Y.T. YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT MAINPP

PUNCA KUASA ( HAL EHWAL ISLAM)

JAKIM

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

(MAINPP)

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL

AGAMA ISLAM (MKI)

PERSIDANGAN KETUA JABATAN / MAJLIS

AGAMA ISLAM (PKJ)

ENAKMEN 1. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU P INANG) 2004 2. ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PU LAU PINANG) 2004 3. ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004 4. ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PUL AU PINANG) 2004 5. ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI P ULAU PINANG) 2004 6. ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996 7. ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PULAU PINANG) 1989

JAWATANKUASA MMK AGAMA

1.5. PUNCA KUASA

7

JHEAIPP

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957

SURAT PEKELILING/ PEKELILING PERBENDAHARAAN

ARAHAN PERBENDAHARAN

PERINTAH AM

SURAT PEKELILING / PEKELILING AM

SURAT PEKELILING/ PEKELILING PERKHIDMATAN

SURAT PEKELILING / PEKELILING KEWANGAN NEGERI

SURAT PEKELILING / PEKELILING PEJABAT

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

SURAT PEKELILING / PERKHIDMATAN AWAM

PUNCA KUASA (PENTADBIRAN)

8

D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

STAKEHOLDERS

PELANGGAN

T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Y.B. Ahli -ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

YDP MAINPP

Pertubuhan -pertubuhan bukan

Kerajaan (NGO)

Orang awam Islam dan bukan Islam

Institusi Agama Islam

Sektor Swasta

Agensi Kerajaan

JHEAIPP

1.6. STAKEHOLDERS & PELANGGAN

9

Perubahan persekitaran yang didorong oleh faktor-faktor luaran dan dalaman termasuk pelbagai isu agama memberi impak secara langsung kepada tanggapan dan persepsi masyarakat umum terhadap keberkesanan pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab yang dimainkan oleh JHEAIPP. Keadaan ini perlu ditangani secara terancang, bijaksana dan berhemah. Di antara cabaran tersebut adalah seperti berikut:

1. TAHAP KESEDARAN DAN PENGHAYATAN ISLAM DI KALANGAN MASYARAKAT YANG BELUM MENYELURUH Di peringkat nasional, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam telah pun diperkenalkan sejak tahun 1985. Pelaksanaan dasar ini telah banyak memberi impak kepada penghayatan Islam di kalangan masyarakat termasuklah masyarakat di negeri Pulau Pinang. Namun begitu keberkesanannya agak rendah. Perkara ini boleh dilihat berasaskan kepada gejala-gejala sosial tertentu seperti mat rempit, murtad, rogol, penagihan dadah, sumbang mahram, keruntuhan akhlak, kerapuhan institusi keluarga dan lain-lain. Walaupun pelbagai agensi kerajaan mempunyai agenda dan program tersendiri bagi menangani cabaran ini mengikut bidang kuasa masing-masing, namun masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada agensi-agensi agama untuk menangani isu-isu sosial secara lebih efektif dan menyeluruh. Fenomena ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh JHEAIPP bagi memantapkan visi dan misinya secara berkesan.

2. ANCAMAN AKIDAH, PEMIKIRAN DAN DAKYAH AGAMA -AGAMA LAIN YANG SEMAKIN MENYERLAH Isu-isu penyelewengan akidah dalam masyarakat sentiasa berlaku silih berganti. Banyak ajaran sesat yang berjaya dihapuskan, tetapi ia muncul semula dalam bentuk dan jenama yang lain. Pemikiran-pemikiran yang janggal atas nama Islam juga sering mengelirukan masyarakat. Ia dipelopori oleh pihak-pihak tertentu, khususnya kesan daripada pengaruh-pengaruh pemikiran yang bergerak di luar negara. Walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan, namun dakyah agama-agama lain semakin ketara dan dikhuatiri menggugat akidah umat Islam. Mutakhir ini timbul kecenderungan pihak-pihak tertentu menggunakan aspek perundangan untuk mencabar kewibawaan dan maruah umat Islam dalam nada yang begitu provokatif dan di luar batas keharmonian.

2.1. ISU/ ISU & CABARAN-CABARAN KRITIKAL

10

3. ISU PERPADUAN UMMAH Perpaduan di kalangan bangsa Melayu kelihatan ada pasang surut, khususnya disebabkan perbezaan pemikiran dan pegangan siasah. Begitu juga dengan hubungan antara bangsa Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum lain yang beragama Islam yang masih belum begitu kukuh, walaupun mereka telah diikat dengan kesatuan akidah. Dalam hal ini JHEAIPP perlu memainkan peranan penting bagi menyusun pelbagai program yang dapat menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa dan pemikiran dalam suatu ikatan ummatan wahidah.

4. PERSEPSI NEGATIF TERHADAP PIHAK PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM Agensi pengurusan hal ehwal Islam sama ada di peringkat pusat atau negeri diakui sebagai institusi penting dalam pembangunan dan kemajuan umat Islam. Walau bagaimanapun, wujud tanggapan masyarakat berkaitan penyampaian perkhidmatan yang menggambarkan agensi-agensi tersebut sebagai tidak berperanan secara berkesan. Hakikatnya, memang diakui bahawa agensi-agensi pengurusan hal ehwal Islam di negara ini masih ketinggalan dari segi kemantapan struktur organisasi, sumber manusia dan kewangan serta kemahiran tenaga kerjanya. Ini kerana sumber manusia dalam agensi Islam perlu mahir dalam dua bidang, iaitu bidang pengurusan dan bidang ilmu-ilmu agama. Usaha-usaha memperkukuhkan aspek berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh. Ia juga akan dapat menjana perancangan dan pelaksanaan program-program keislaman secara lebih cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, sekaligus dapat meletakkan imej pengurusan hal ehwal Islam pada kedudukan yang selayaknya.

5. PROPAGANDA MEDIA TERHADAP ISLAM Islam diserang dari pelbagai sudut. Akibatnya perpaduan ummah semakin luntur dan bermusuhan sesama sendiri. Tambahan pula, laporan media yang berat sebelah menjadi antara faktor yang menyebabkan imej Islam dipandang buruk di peringkat antarabangsa. Islam digambarkan sebagai militan dan musuh kepada agama-agama lain. Justeru, tanggungjawab bagi membersihkan persepsi ini dan mengetengahkan imej sebenar Islam menjadi tugas besar yang harus diberikan keutamaan dan disegerakan. JHEAIPP perlu berperanan mempromosikan produk Islam bagi menjana ekonomi ummah dan menjadi platform bagi menangkis propaganda Barat secara efisien dan berhikmah.

11

6. ARUS GLOBALISASI YANG MENJEJASKAN KUALITI PEGANGAN NILAI DAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT

Arus globalisasi memberi lebih ruang yang terbuka kepada masyarakat untuk mendapat maklumat tanpa perlu disaring atau ditapis. Generasi muda masa kini lebih terdedah kepada pelbagai unsur yang boleh membentuk persepsi dan nilai yang mungkin boleh menjejaskan akidah dan budaya hidup yang murni. Sekiranya arus globalisasi ini tidak ditangani dengan cekap dan strategik, adalah dibimbangi bahawa ianya akan mendedahkan masyarakat kepada nilai-nilai yang negatif. Fenomena ini dianggap sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh agensi agama yang bertanggungjawab membina peradaban ummah berteraskan akidah dan syariat ke arah pembinaan akhlak yang luhur.

12

Menjadi institusi pengurusan hal ehwal Islam bertaraf antarabangsa demi kesejahteraan ummah yang seimbang.

Membina khaira ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti berlandaskan syariat Islam. “Sentiasa Cemerlang” Untuk mencapai visi dan misi di atas, setiap warga JHEAIPP perlu melakukan tugas dengan cemerlang tanpa mengira masa dan tempat. Mereka perlu menjadi contoh terbaik kepada orang lain dalam segala tindakan.

JHEAIPP berpegang kepada nilai bersama berikut dalam merealisasikan misinya ke arah mencapai visi yang ditetapkan, iaitu : 1. MUSYAWARAH

Membuat keputusan secara kolektif melalui mesyuarat dan penglibatan anggota serta bersedia menerima pandangan dalam memastikan setiap keputusan adalah tepat dan mematuhi hukum syarak. Sebarang tugas akan dilaksanakan secara berkumpulan dan bersama menjana fikiran dan tenaga bagi melicin, memantap dan mempercepatkan pelaksanaan sesuatu tugas agar ia dapat dilaksanakan dengan berjaya dan cemerlang.

2. MUHASABAH

Sentiasa menilai diri dan sesuatu tindakan selaras dengan lunas dan etika Islam serta bersedia memperbaiki kesilapan dan kesalahan. Sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi dan imej melalui kaedah dan strategi yang paling berkesan untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin, bersesuaian dengan jawatan yang disandang. Di samping itu, warga JHEAIPP perlu mempunyai pemikiran yang positif dan terbuka serta mampu menerima perubahan dan berusaha menguasainya. Sentiasa berusaha menghasilkan kerja dan tugas yang berkualiti dengan cara dan kaedah yang baru dalam bentuk yang mudah dan praktikal.

3.4. NILAI BERSAMA

3.1. VISI

3.2. MISI

3.3. MOTO

13

3. MURAQABAH

Merasakan diri sentiasa diperhati oleh Allah SWT dalam menjalankan tugas. Ini akan menjadikan setiap individu sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, berkualiti dan berintegriti.

4. UKHUWWAH

Membudayakan persaudaraan Islam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sentiasa bersikap bertimbang rasa, saling hormat menghormati dan bantu membantu di antara satu sama lain.

5. UNGGUL

Bermaksud pentadbiran dan pengurusan yang terbaik dan terbilang. Sentiasa bersedia menjalankan sesuatu tugasan yang diberikan dengan serta merta dan dapat menghasilkan output yang bermutu tinggi serta menepati kehendak stakeholders atau pelanggan.

6. PROFESIONAL

Melaksanakan tugas dan membuat keputusan berdasarkan ilmu, kepakaran, kecekapan dan keberkesanan. Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi. Membuat pertimbangan yang teliti dalam sesuatu tindakan serta membuat keputusan yang rasional berdasarkan fakta tertentu dengan mengambil kira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara.

7. PRIHATIN

Sentiasa peka dan mengambil perhatian terhadap persekitaran dan masalah ummah. Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Penilaian terhadap sesuatu tindakan atau keputusan dibuat secara objektif dan analitikal dengan menggunakan kaedah yang betul serta memuaskan semua pihak terlibat.

8. QANA’AH

Tidak bersikap tamak dan sentiasa merasa cukup dengan kurniaan Allah di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi segala kekurangan yang ada.

Nilai-nilai bersama ini akan menjurus kepada tadbir urus jabatan yang mendukung falsafah Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berteraskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

14

Lima Objektif Strategik telah dikenal pasti bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Objektif strategik tersebut adalah seperti berikut:

i. Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam; ii. Memperkukuhkan pengurusan institusi pendidikan Islam bagi melahirkan

modal insan yang seimbang dunia dan akhirat; iii. Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan surau bagi

pembentukan ummah yang bersatu, sejahtera dan harmoni; iv. Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah

pembentukan ummah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah; dan v. Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan

pelaksanaan syariat Islam.

3.5. OBJEKTIF STRATEGIK

15

OBJEKTIF STRATEGIK 1:

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal is lam

Objektif strategik pertama ini mengandungi empat strategi iaitu:

i. Memantapkan pengurusan sumber manusia;

ii. Mempertingkatkan imej korporat;

iii. Memantapkan tadbir urus yang lebih sistematik; dan

iv. Memantapkan sistem dan prosedur kerja

Strategi 1: Memperkukuhkan Pengurusan Sumber Manus ia Bagi merealisasikan strategi ini, JHEAIPP akan mengambil pendekatan berikut: Pertama : Membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusianya.

Pelan ini akan menggariskan langkah-langkah tertentu dalam usaha untuk mempertingkatkan pengurusan modal insan di JHEAIPP iaitu dengan mempertingkatkan kompetensi dan pengetahuan warga JHEAIPP, menekankan pembudayaan kerja yang berprestasi tinggi di samping menekankan pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran.

Kedua : Mempertingkatkan budaya kreatif dan inovatif dengan menekankan kepada usaha untuk melahirkan warga yang membudayakan inovasi dan kreativiti.

Ketiga : Memantapkan struktur organisasi JHEAIPP. Berdasarkan kedudukan semasa, warga JHEAIPP adalah seramai 266 orang yang terdiri daripada 217 jawatan diisi secara tetap, 1 jawatan secara kontrak dan 48 orang secara sambilan. Untuk itu, JHEAIPP akan memperkukuhkan struktur organisasinya dengan membuat pengisian berdasarkan waran perjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2007 dengan pertambahan jawatan kepada 330 jawatan. Dalam hal ini, pegawai-pegawai kontrak sedia ada akan diserapkan secara tetap berasaskan syarat-syarat dan prestasi semasa. Manakala pegawai-pegawai kanan JHEAIPP sedia ada yang berkelayakan akan diperakukan untuk kenaikan pangkat bagi mengisi jawatan-jawatan kenaikan pangkat.

Keempat : Memantapkan pengurusan pengetahuan dan maklumat (K-Management) dengan membangunkan pangkalan data K-Management.

3.6. PELAN TINDAKAN

16

Strategi 2: Mempertingkatkan Imej Korporat Imej sesuatu organisasi amat penting dalam meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan. Untuk itu, JHEAIPP akan giat mempertingkatkan imej korporatnya melalui: Pertama : Mewujudkan logo dan warna korporat yang lebih impresif.

Kedua : Meningkatkan kandungan laman web yang bermaklumat dan

kemaskini. Maklumat-maklumat di laman web akan sentiasa dipantau dan dikemas kini agar ia dapat memberi maklumat yang berguna kepada masyarakat.

Ketiga : Menggiatkan promosi melalui pelbagai media. Selain itu, JHEAIPP juga akan memperbanyakkan penerbitan dan bahan-bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber maklumat.

Keempat : Melibatkan media dalam aktiviti jabatan. Media-media akan dieksploitasi secara strategik supaya ia akan dapat menjadi medium yang berkesan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat serta dijadikan sebagai saluran dakwah yang menarik.

Strategi 3: Memantapkan Tadbir Urus yang Lebih Sis tematik Untuk memastikan tadbir urus yang baik, JHEAIPP akan mewujudkan mekanisme kawalan dalaman yang lebih baik untuk memastikan semua perancangan dan pelaksanaan ditadbir dengan baik. Untuk itu tindakan berikut akan diambil: Pertama : Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Berdasarkan

maklumbalas dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), wakil pihak pekerja sering membangkitkan perkara yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap persekitaran tempat kerja yang sesak, kurang kemudahan dan peralatan ICT, kurang aktiviti sukan dan aktiviti kekeluargaan warga jabatan, tiada kursus berbentuk motivasi dan team building serta kurang pusingan kerja. Untuk itu, JHEAIPP akan memperbanyakkan program-program yang boleh meningkatkan motivasi, esprit de corps dan morale (keyakinan diri) warganya.

Kedua : Mempertingkatkan penerangan dan penghayatan integriti dan nilai-nilai murni dengan menerimapakai Pelan Integriti Negeri Pulau Pinang dan mengamalkan Kod Etika Kerja JHEAIPP. Justeru, JHEAIPP akan mewujudkan mekanisme kawalan dalaman yang lebih baik untuk memastikan semua perancangan dan pelaksanaan ditadbir dengan baik. Di samping itu, JHEAIPP juga akan menjadikan model kepimpinan dan tadbir urus Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai ikutan.

17

Ketiga : Memantapkan pengendalian aduan awam. Kesemua aduan akan

dikendalikan dengan berkesan dan cepat bagi memastikan tahap kepuasan pelanggan.

Keempat : Mengambil tindakan punitif dengan memantau dan mengendalikan kes tatatertib serta mengambil tindakan.

Kelim a : Memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan menubuhkan jawatankuasa naziran. Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara menunjukkan JHEAIPP memperolehi taraf 3 bintang dan berada di tangga ke 2 terakhir berbanding 13 buah Jabatan Negeri di Pulau Pinang seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 . Untuk memperbaiki taraf dan kedudukan ini, JHEAIPP akan menambahbaik tadbir urus kewangan dan pengurusan aset serta setor.

Jadual 1:

Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2008

BIL JABATAN PENARAFAN %

1. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ���� 92.6

2. Jabatan Kewangan Negeri ���� 91.6

3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ��� 88.8

4. Pejabat Daerah Dan Tanah SPS ��� 87.9

5. Majlis Perbandaran Seberang Perai ��� 87.9

6. Pejabat Daerah Dan Tanah SPU ��� 87.7

7. Jabatan Kerja Raya ��� 86.7

8. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ��� 85.1

9. Jabatan Perhutanan ��� 84.5

10. Jabatan Pertanian ��� 84.1

11. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ��� 74.5

12. Jabatan Ehwal Agama Islam ��� 72.0

13. Lembaga Muzium Negeri �� 60.5

*Sumber: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2009

18

Keenam : Mengemukakan laporan berkala kepada Jawatankuasa MMK Agama dan MAINPP.

Ketujuh : Melaksanakan pekeliling dan arahan kerajaan.

Kelapan : Mengukuhkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Aset (JPKA). Di samping itu, pemantauan akan dilaksanakan dengan mengadakan pemeriksaan pasukan naziran dan pemeriksaan mengejut. Selain itu, Jawatankuasa Audit juga akan diwujudkan.

Kesembilan : Mewujudkan Jawatankuasa Audit

Strategi 4: Memantapkan Sistem dan Prosedur Kerja

Untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, JHEAIPP akan mengambil langkah berikut: Pertama : Menyemak pemakaian prosedur sedia ada.

Kedua : Menyediakan manual dan prosedur kerja.

Ketiga : Memperkukuhkan pengurusan dan pelaksanaan sistem kualiti.

JHEAIPP mensasarkan untuk memperolehi persijilan MS ISO 9001: 2008 dan mewujudkan pasukan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Keempat : Menyemak semula piagam pelanggan. Piagam Pelanggan sedia ada akan dikaji semula agar ia memenuhi ciri-ciri SMART (specific, measurable, achievable, realistic dan timebound).

Kelima : Memantapkan pengurusan sistem fail dengan mewujudkan sistem fail yang lebih sistematik dan secara elektronik.

19

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

i. Memantapkan

Pengurusan Sumber Manusia

a. Membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia; • Mempertingkatkan

kompetensi pengetahuan pegawai dan warga;

• Membentuk budaya kerja

yang prestasi tinggi; • Memantapkan pengurusan

prestasi, pengiktirafan dan ganjaran.

Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Tahap Kompetensi Pekerja Tahap Kepuasan Pekerja

Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia disiapkan selewat-lewatnya Jun 2010

Tahap kompetensi meningkat dengan sekurang-kurangnya 80% pekerja mendapat PTK aras 3 pada setiap tahun. Tahap kepuasan pekerja meningkat 5% setiap tahun

b. Mempertingkatkan budaya

inovatif dan kreatif

Anugerah Inovasi

Mendapat sekurang-kurang-nya tempat ketiga dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada tahun 2013.

c. Memantapkan struktur organisasi JHEAIPP

Mengisi kekosongan jawatan

Margin kekosongan jawatan 5%.

20

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

d. Memantapkan pengurusan

pengetahuan dan maklumat (K-Management)

Pangkalan data K-Management

Pangkalan data K-Management dibangunkan selewat-lewatnya akhir tahun 2010

ii. Mempertingkatkan imej korporat

a. Mewujudkan logo dan warna korporat.

Logo JHEAIPP

Logo JHEAIPP selewat-lewatnya Disember 2010

b. Meningkatkan kandungan laman web yang bermaklumat dan kemas kini.

Bilangan hit

Bilangan hit meningkat 10% pada setiap tahun

c. Menggiatkan promosi melalui pelbagai media.

Bilangan Promosi

Sekurang-kurangnya 2 kali sebulan

d. Melibatkan media dalam aktiviti jabatan

Bilangan aktiviti

5 majlis rasmi keagamaan

21

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

iii. Memantapkan

Tadbir Urus Yang Lebih Sistematik

a. Mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Tahap Kepuasan Pekerja Hari Keluarga Sukan Jabatan

Tahap kepuasan pekerja meningkatkan 5% setiap tahun Sekali setahun 2 acara setahun

b. Mempertingkatkan penerapan dan penghayatan integriti dan nilai-nilai murni dengan menerimapakai Pelan Integriti Negeri Pulau Pinang dan Kod Etika Kerja JHEAIPP

Kod Etika Kerja dan Pelan Integriti Negeri Pulau Pinang Tahap Audit-Nilai

Pematuhan Kod Etika Kerja dan Pelan Integriti Negeri Pulau Pinang Tahap Audit Nilai meningkat 5% pada setiap tahun

c. Memantapkan pengendalian aduan awam

Tahap Kepuasan Pelanggan Bilangan aduan.

Bilangan pelanggan yang berpuas hati meningkat 10% pada setiap tahun 100% aduan dapat diselesaikan.

22

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

d. Mengambil tindakan punitif

Bilangan kes tatatertib Tindakan tatatertib ke atas kesalahan tatakelakuan.

e. Memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman. • Tubuh Jawatankuasa

Naziran

Laporan Naziran Laporan Audit Indeks Akauntabiliti Audit Negara

Jawatankuasa Naziran diwujudkan pada tahun 2010 Laporan Audit disediakan setiap 6 bulan Mencapai taraf 4 bintang pada tahun 2012

f. Mengemukakan laporan berkala kepada Jawatankuasa MMK Agama dan MAINPP

Laporan berkala

Menyediakan laporan aktiviti dan perbelanjaan 4 kali setahun

g. Melaksanakan pekeliling dan arahan-arahan Kerajaan

Bilangan Pekeliling yang dilaksanakan

100% arahan-arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan dilaksanakan mengikut kesesuaian

23

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

h. Mengukuhkan Jawatan-kuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Aset (JPKA)

JKP JPKA

Bermesyuarat 4 kali setahun

i. Mewujudkan Jawatankuasa Audit

Bilangan mesyuarat Bermesyuarat 2 kali setahun

iv. Memantapkan Sistem Dan Prosedur

a. Menyemak pemakaian prosedur yang sedia ada.

Bilangan prosedur yang disemak

Sekurang-kurangnya 4 prosedur kerja disemak pada setiap tahun

b. Menyediakan manual prosedur kerja.

Manual Prosedur Kerja

Manual Prosedur Kerja diwujudkan selewat-lewatnya Disember 2009

c. Memperkukuhkan pengurusan dan pelaksanaan sistem kualiti

Persijilan MS ISO 9001: 2008 1 sijl Bilangan pasukan KMK

Persijilan MS ISO 9001: 2008 (Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam ) 2011 Menyertai pertandingan KMK Negeri 2010

24

OBJEKTIK STRATEGIK 1 :

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bag i meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam;

STRATEGI

TINDAKAN/ PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

d. Menyemak semula

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan yang memenuhi ciri-ciri SMART selewat-lewatnya Oktober 2009

e. Menyediakan kemudahan peralatan dan sistem ICT

Bilangan sistem dan peralatan 4 sistem pada tahun 2010

f. Memantapkan pengurusan sistem fail

Sistem fail yang sistematik Sistem fail secara elektronik

Sekurang-kurangnya 95% bilangan fail disemak dan mematuhi kehendak peraturan selewat-lewatnya Disember 2009 E-fail semua bahagian menjelang tahun 2011

25

OBJEKTIF STRATEGIK 2 :

Memperkukuhkan pengurusan institusi pendidikan isla m bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat Objektif strategik kedua ini mengandungi empat strategi iaitu:

i. Memperkasakan undang-undang, peraturan dan garispanduan

Sekolah Agama Rakyat (SAR)/ KAFA/ Tadika Islam (TADIS);

ii. Memperkasakan SAR, KAFA dan TADIS;

iii. Memantapkan pengurusan pemantauan dan penilaian pendidikan; dan

iv. Memantapkan perancangan dan pembangunan SAR, KAFA dan TADIS.

Strategi 1 : Memperkasakan undang-undang, peratu ran dan garispanduan

SAR/ KAFA/ TADIS

Berdasarkan strategi yang digariskan ini, beberapa program adalah dicadangkan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh 2009 hingga 2015 bagi mencapai objektif strategik tersebut, iaitu:

Pertama : Menyemak dan memantapkan undang-undang, peraturan dan

garispanduan SAR / KAFA / TADIS.

Kedua : Menerbitkan surat pekeliling / surat arahan Pendaftar.

Ketiga : Memantapkan proses dan prosedur kelulusan permohonan SAR/ KAFA/ TADIS

Strategi 2: Memperkasakan pengurusan dan pentad biran SAR, KAFA dan TADIS

Melalui strategi ini, institusi pendidikan agama akan diperkasakan dengan melaksanakan tindakan berikut:

Pertama : Memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui

kepimpinan yang baik

Kedua : Memastikan semua pelajar mendapat peluang pendidikan agama

Ketiga : Menggunakan kurikulum yang diluluskan melalui latihan dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

26

Keempat : Memantapkan profesion perguruan sekolah

Kelima : Memantapkan kepimpinan pengetua dan guru besar

Keenam : Meningkatkan kualiti guru

Ketujuh : Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan

Strategi 3: Memantapkan pengurusan pemantauan dan p enilaian pendidikan

Pemantauan dan penilaian pendidikan akan dimantapkan melalui tindakan berikut:

Pertama : Memantapkan kaedah penilaian yang diiktiraf

Kedua : Meningkatkan aktiviti penaziran

Ketiga : Meningkatkan penilaian penganugerahan guru dan sekolah cemerlang

Strategi 4: Memantapkan perancangan dan pembangun an SAR/ KAFA dan TADIS

Bagi memastikan strategi terakhir ini dapat dilaksanakan, tindakan berikut akan diambil:

Pertama : Menyediakan Pelan Induk Perancangan Pembangunan Sosio-

Fizikal Sekolah

Kedua : Menambahbaik bilangan pelajar di sekolah agama

Ketiga : Meningkatkan penggunaan ICT

27

OBJEKTIK STRATEGIK 2 :

Memperkukuh kan p engurusan institusi pendidikan I slam bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

i.

Memperkasakan undang-undang, peraturan dan garispanduan SAR/ KAFA/ TADIS

a. Menyemak dan memantapkan undang-undang, peraturan dan garispanduan SAR/ KAFA/ TADIS

Pematuhan undang-undang dan peraturan

Lebih dari 75% SAR / KAFA / TADIS mematuhi kehendak undang-undang, peraturan dan garispanduan mulai tahun 2010

b. Menerbitkan surat pekeliling/

surat arahan Pendaftar

Pematuhan ke atas surat pekeliling/ surat arahan Pendaftar

Lebih dari 75% SAR / KAFA / TADIS mematuhi kehendak surat pekeliling / surat arahan Pendaftar

c. Memantapkan proses dan prosedur kelulusan permohonan SAR/ KAFA/ TADIS

Bilangan permohonan yang diluluskan

Semua syarat kelulusan dipatuhi oleh permohon

ii

Memperkasakan pengurusan dan pentadbiran SAR/ KAFA TADIS

a. Memantapkan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah melalui kepimpinan yang baik

Laporan Naziran Aduan ibu bapa Bilangan anugerah

Bilangan pelajar meningkat 10% setiap tahun 2 buah sekolah bistari tahun 2011

28

OBJEKTIK STRATEGIK 2 :

Memperkukuh kan p engurusan institusi pendidikan I slam bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

b. Memastikan semua pelajar mendapat peluang pendidikan agama melalui kempen kesedaran, hubungan sekolah dan masyarakat serta sistem penduduk

Bilangan pelajar yang mengikuti KAFA dan TADIS

85% murid Islam dalam kawasan mengikuti KAFA dan TADIS

c. Menggunakan kurikulum yang diluluskan melalui latihan dan R&D

Peratus pematuhan kurikulum

Prestasi peperiksaan murid

95% kurikulum dapat diselesaikan mulai 2011 95% murid lulus peperiksaan tahunan mulai 2011

d. Memantapkan profesion perguruan sekolah melalui pemilihan guru berdasarkan kualiti profesional dan peribadi

Pematuhan kepada syarat dan kriteria pengambilan guru.

100% Bilangan guru berkualiti mulai 2010 100% pematuhan mulai 2010

Semua jawatan guru diiklan, dipohon dan ditemuduga mulai 2010

e. Memantapkan kepimpinan pengetua dan guru besar melalui Pengurusan Perubahan

Etika dan nilai kepimpinan pengetua

Kecekapan tadbir urus pengetua

Semua pengetua dan guru besar mencapai sekurang-kurangnya 90% penilaian prestasi

90% pengetua dan guru besar lebih cekap

29

OBJEKTIK STRATEGIK 2 :

Memperkukuh kan p engurusan institusi pendidikan I slam bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

f. Meningkatkan kualiti guru Kebolehan dan keupayaan mengajar guru meningkat Bilangan latihan/ kursus guru

Semua guru mencapai 90% penilaian prestasi 90% guru mengikuti latihan/ kursus setiap tahun

g. Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan

Persekitaran kerja dan pembelajaran yang kondusif Meningkatkan kemudahan bilik darjah (mencukupi dan berkualiti)

85% guru berpuashati dengan persekitaran kerja 95% murid/ ibu-bapa berpuas-hati dengan kemudahan bilik darjah

iii. Memantapkan pengurusan pemantauan dan penilaian pendidikan

a. Memantapkan kaedah penilaian yang diiktiraf

Angkubah penilaian sebenar Kaedah penilaian disediakan pada tahun 2010

b. Meningkatkan aktiviti penaziran Bilangan naziran dalam sebulan dan jumlah sekolah yang dilawati

Naziran dibuat setiap bulan mulai tahun 2011

c. Meningkatkan penilaian penganugerahan guru dan sekolah cemerlang

Bilangan guru dan sekolah yang layak bertanding

Semua sekolah mencalonkan sekurang-kurang seorang guru mulai tahun 2011

30

OBJEKTIK STRATEGIK 2 :

Memperkukuh kan p engurusan institusi pendidikan I slam bagi melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

iv. Memantapkan perancangan dan pembangunan SAR, KAFA dan TADIS.

a.

b.

Menyediakan Pelan Induk Perancangan Pembangunan Sosio-Fizikal Sekolah Menambah bilangan pelajar-pelajar di Sekolah Agama

Bilangan dan corak cadangan pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan murid

Mengadakan sebuah SAR bagi setiap 10,000 keluarga Islam; sebuah KAFA bagi setiap 5,000 penduduk Islam dan sebuah TADIS bagi setiap 1,000 keluarga Islam

c. Meningkatkan penggunaan ICT Bilangan celik IT di kalangan pelajar/ guru Bilangan pusat sumber yang dilengkapkan dengan ICT

100% pelajar/ guru celik IT pada tahun 2012

31

OBJEKTIF STRATEGIK 3

Memperteguhkan pengurusan Institusi Masjid dan Sura u bagi pembentukan ummah yang bersatu, sejahtera dan harmoni.

Usaha-Usaha memperteguhkan pengurusan Institusi Masjid dan Surau yang telah dilaksanakan secara tersusun oleh JHEAIPP selama ini akan diteruskan. Langkah ini adalah selaras dengan peranan JHEAIPP sebagai agensi pelaksana pengurusan Islam.

Bagi mencapai objektif strategik ketiga ini, empat strategi akan dilaksanakan iaitu:

i. Memperkukuhkan program Takmir. ii. Mempertingkatkan tahap profesionalisme kepegawaian pentadbiran masjid

dan surau

iii. Mempertingkatkan fungsi institusi masjid dan surau

iv. Mewujudkan persekitaran masjid dan surau yang kondusif dan harmoni.

Strategi 1 : Memperkukuhkan program takmir

JHEAIPP meneruskan program Takmir iaitu kelas pengajian yang diadakan di seluruh masjid dan surau di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1986. Program ini merupakan kelas pengajian agama yang dijalankan di antara waktu Maghrib dan Isya’ dan sasarannya untuk semua ahli jemaah tetapi yang hadir kebanyakannya terdiri daripada golongan dewasa. Tujuan program ini adalah untuk memberikan ilmu kepada anak qaryah di samping dapat membentuk ummah yang bersatu, sejahtera dan harmoni. Dari sejumlah 205 buah masjid dan 425 buah surau di Pulau Pinang hampir 90% masjid dan surau menjalankan program takmir dengan tenaga pengajar seramai 180 orang guru takmir.

Selain daripada itu, hampir 60% masjid-masjid dan surau-surau menganjurkan kelas pengajian dan ceramah-ceramah secara sendiri dengan menjemput guru-guru atau penceramah bebas. Bagi memperkasakan program ini dan seterusnya mencapai objektif strategik yang digariskan dengan lebih menyeluruh serta menarik minat masyarakat di semua peringkat, JHEAIPP telah menggariskan 4 pendekatan seperti berikut:

32

Pertama : Memperkasakan guru-guru takmir dengan memberikan latihan, kursus dan bimbingan ilmu secara berterusan seperti mengadakan kelas tafaqquh bulanan dan kursus berkala. Bagi menilai prestasi guru takmir, penilaian akan dibuat melalui borang soal-selidik. Satu Garis Panduan Etika Guru Takmir disediakan sebagai panduan untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran.

Kedua : Menyediakan huraian sukatan mengajar dan menentukan rujukan kepada modul-modul yang ditetapkan supaya penyampaian kuliah lebih tersusun, kemas dan menarik minat semua golongan jemaah. Huraian serta tajuk yang disampaikan perlu dikaitkan dengan isu-isu semasa yang lebih dekat dan relevan kepada kumpulan sasar.

Ketiga : Mempertingkatkan mutu dan teknik pengajaran dan penyampaian yang berkesan melalui Latihan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan penggunaan alat multimedia yang boleh menambah keberkesanan kelas berkenaan.

Keempat : Mempelbagaikan bentuk promosi dan publisiti melalui pengedaran jadual program dan kuliah, pamplet, e-mel dan laman web bagi memaklumkan program yang diadakan di masjid dan surau berkenaan.

Strategi 2 : Meningkatkan tahap profesionalisme k epegawaian pentadbiran masjid dan surau

Masjid merupakan institusi yang terpenting di dalam komuniti masyarakat. Tahap profesionalisme kepegawaian pentadbiran masjid dan surau negeri Pulau Pinang masa kini masih berada pada tahap yang perlu diberi perhatian untuk dipertingkatkan. Di samping itu, jumlah pelapis yang berketerampilan untuk menerajui institusi masjid juga agak berkurangan. Justeru, untuk memantapkan tahap profesionalisme kepegawaian pentadbiran masjid dan surau, JHEAIPP akan melaksanakan empat pendekatan agar masjid dapat ditadbir urus dengan baik. Pendekatan yang dirancang bagi mencapai strategi ini ialah:

Pertama : Memperkukuhkan keupayaan kepegawaian pentadbiran Masjid Qaryah

dengan menempatkan sekurang-kurangnya seorang Imam Hafiz di semua masjid. Strategi ini dapat memastikan mutu Imam yang lebih berkualiti. JHEAIPP mensasarkan sekurang-kurangnya 5 buah masjid qaryah bagi setiap daerah mempunyai seorang Imam Hafiz pada 2011 dan dijangka pada tahun 2016 semua masjid mempunyai seorang Imam Hafiz.

33

Kedua : Melantik Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang terdiri daripada orang-orang yang berwibawa, profesional, mempunyai reputasi yang baik di kalangan anak qaryah serta menepati kehendak Kaedah (5) Kelayakan Menjadi Ahli Jawatankuasa Qaryah, (Kaedah-kaedah Pelantikan Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang)1997). Strategi ini dilaksanakan untuk memastikan supaya menjelang tahun 2010, pelantikan Jawatankuasa Qaryah bagi semua Masjid Qaryah adalah mengikut kehendak yang ditetapkan dalam kaedah tersebut secara telus.

Ketiga : Memberikan latihan pengurusan yang lebih luas dan pelbagai kepada jawatankuasa dan pegawai masjid melalui kursus pengurusan, lawatan sambil belajar, perkongsian pintar antara masjid dan program masjid berkembar.

Keempat : Menyediakan modul latihan Training of Trainers (TOT) bertujuan untuk melahirkan imam yang profesional serta dapat meningkatkan mutu penyampaian kepada masyarakat secara berkesan. JHEAIPP mensasarkan sekurang-kurangnya 5 orang Imam menjadi Jurulatih di setiap daerah menjelang 2015.

Kelima : Menyediakan pelan strategik pengurusan masjid dan surau bertujuan supaya pengurusan dan pembangunan masjid diuruskan secara berkesan. Pelan strategik ini dapat disediakan menjelang tahun 2010.

Strategi 3 : Mempertingkatkan fungsi institusi ma sjid dan surau

Usaha-usaha mempertingkatkan fungsi institusi masjid dan surau yang telah dilaksanakan secara tersusun oleh JHEAIPP sejak wujudnya Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau pada 2008 akan diteruskan. Bagi mencapai strategi ini, enam pendekatan akan dilaksanakan iaitu melengkapkan kemudahan masjid dan surau dengan keperluan semasa masyarakat. Beberapa program akan dilaksanakan bagi mencapai pendekatan tersebut seperti berikut: Pertama : Menjadikan masjid sebagai Pusat Perpaduan dan Mesra Ummah yang

berperanan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapat dan krisis ideologi melalui peningkatan penyertaan solat berjemaah dan pusat rujukan setempat berkenaan hal ehwal agama serta aktiviti sosial.

Kedua : Menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu dan Kebudayaan Islam melalui pengwujudan pusat tuisyen, kelas pengajian agama dan Al-Quran serta akademik, siri-siri ceramah motivasi, forum, kelas-kelas kesenian Islam dan bengkel. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk menarik minat masyarakat kepada seni dan budaya Islam dan melahirkan masyarakat berbudaya ilmu.

34

Ketiga : Menjadikan masjid sebagai Pusat Penyebaran Maklumat. Untuk itu

masjid akan dilengkapkan dengan kemudahan multimedia dan teknologi maklumat, menambah bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber masjid dan menyediakan risalah berkala, bank data untuk maklumat anak-anak qaryah.

Keempat : Menjadikan masjid sebagai pusat penjanaan ekonomi ummah melalui pengwujudan koperasi masjid, pelaburan hartanah dan pengurusan harta wakaf masjid dan mencari sumber ekonomi lain yang boleh menambah dana masjid.

Kelima : Menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah melalui pelaksanaan program-program seperti Sehari Bersama Jemaah, Karnival Jom Pi Masjid, Ehya Ramadhan, gotong-royong, majlis korban, kempen solat berjemaah. Ini akan menjadikan konsep “Memasyarakatkan Masjid dan Memasjidkan Masyarakat” dapat direalisasikan.

Keenam : Menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan pelancong bagi masjid yang mempunyai keistimewaan dari segi sejarah, keunikan reka bentuk dan nilai estatika. Antara masjid yang dikenalpasti untuk dijadikan sebagai masjid pelancongan ialah Masjid Kapitan Keling, Masjid Batu Uban, Masjid Terapong, Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Masjid Negeri. Kerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Penang Global Tourism dan media akan diwujudkan untuk tujuan promosi.

Strategi 4: Mewujudkan persekitaran masjid dan su rau yang kondusif dan harmoni

Masjid adalah institusi tertinggi dan paling mulia dalam Islam, tidak hanya kepada urusan ibadat semata-mata, malah sebagai nadi utama menjana keharmonian umat Islam. Dalam usaha memperteguhkan pengurusan institusi Masjid dan Surau bagi pembentukan ummah yang bersatu, sejahtera dan harmoni, maka strategi yang keempat akan dilaksanakan melalui dua pendekatan berikut:

35

Pertama : Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan mesra jemaah. Ini akan dilakukan melalui hiasan taman yang menarik, ruang solat yang berhawa dingin, taman permainan/ asuhan kanak-kanak, kemudahan riadah dan kemudahan prasarana yang sewajarnya. Satu garis panduan akan disediakan supaya masjid yang dibina perlu mematuhi kehendak tersebut di atas. Aspek penyelenggaraan dan kebersihan masjid akan diberi keutamaan. Masjid akan diberi penarafan bintang dari segi tahap kebersihan dan keselesaannya.

Kedua : Mewujudkan persekitaran yang selamat melalui khidmat kawalan keselamatan 24 jam dan penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) dan mengadakan kempen “Sayangi Masjid Kita” yang menjadikan masjid sebagai milik bersama.

36

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang

bersatu, sejahtera dan harmoni.

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

i. Memperkukuhkan

program takmir a. Memperkasakan Guru-Guru

Takmir yang terlatih melalui: • Kursus dan Bimbingan yang

berkala • Penilaian Prestasi Tahunan • Penggubalan Garis Panduan

Etika sebagai Pegawai Takmir

Kehadiran jemaah ke program takmir Bilangan kursus Borang Penilaian Kod Etika

Setiap sesi dihadiri tidak kurang 40 orang/ malam Garis Panduan disediakan Disediakan mulai 2010 Satu kod etika pada 2010

b. Mewujudkan huraian sukatan mengajar dan menentukan rujukan kepada modul-modul untuk guru-guru takmir

Pengajaran teratur dan tersusun Pengajaran mengikut silibus modul

Satu modul komprehensif menjelang 2011 Semua guru takmir mengikut modul dan kitab rujukan yang ditetapkan menjelang tahun 2011

37

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang

bersatu, sejahtera dan harmoni.

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

c. Mempertingkatkan mutu dan

teknik pengajaran dan penyampaian melalui : • Latihan P&P • Kaunseling • Pemantauan berkala

Borang soal selidik kepada jemaah

Borang soal selidik dianalisa setiap 3 bulan mulai 2010

d. Mempelbagaikan bentuk promosi dan publisiti program takmir secara berterusan melalui; • Cetakan dan edaran pamplet • Promosi media cetak dan

elektronik • Makluman setiap Jumaat

kepada Jemaah

Borang soal selidik Pemerhatian kehadiran jemaah

Borang soal selidik dianalisa setiap 3 bulan Pertambahan bilangan jemaah 10% setiap tahun

38

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang

bersatu, sejahtera dan harmoni

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

ii. Meningkatkan

tahap profesionalisme kepegawaian pentadbiran masjid dan surau

a. Melantik sekurang-kurangnya seorang Imam Hafiz

Imam hafiz yang dilantik

Sekurang-kurangnya 5 imam hafiz di Masjid Qaryah bagi setiap daerah menjelang tahun 2011.

b. Melantik ahli Jawatankuasa Qaryah yang berwibawa

Pematuhan kepada kaedah pelantikan

Menjelang 2010 pelantikan jawatankuasa qaryah bagi semua Masjid Qaryah adalah mengikut kehendak yang ditetapkan dalam Kaedah secara telus .

c. Memberi latihan pengurusan yang luas dan pelbagai pengalaman luar melalui kursus, lawatan, perkongsian pintar antara masjid dan program Masjid Berkembar.

Peningkatan mutu penyampaian (KPI) Borang penilaian/ maklumbalas kursus

Menjelang tahun 2012, 12 buah masjid qaryah negeri Pulau Pinang dapat melaksanakan program ini.

d. Menyediakan Modul Training of Trainers (TOT) kepada Jurulatih Imam

Bilangan Jurulatih Imam Sekurang-kurangnya 5 orang Imam menjadi jurulatih di setiap daerah menjelang 2015

39

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang bersatu,

sejahtera dan harmoni

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

iii. Mempertingkatkan

imej dan mempelbagaikan fungsi institusi masjid dan surau

a. Menjadikan masjid sebagai Pusat Perpaduan dan Mesra Ummah

Kadar gejala sosial/ jenayah

Kadar penurunan 5% setahun

b. Menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu dan kebudayaan

Peningkatan penglibatan masyarakat dengan aktiviti masjid

Budaya menuntut ilmu

Peningkatan 10% setahun

c.. Menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran maklumat: • Melengkapkan kemudahan

multimedia dan teknologi maklumat

• Menambahkan bahan rujukan

di pusat sumber masjid. • Menyediakan bank data

maklumat qaryah

Masyarakat celik IT dan berilmu

Setiap masjid daerah dilengkapi kemudahan ICT dan bahan rujukan menjelang 2011

40

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang bersatu,

sejahtera dan harmoni

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

d. Menjadikan masjid sebagai

pusat sumber kekuatan ekonomi ummah

Bilangan koperasi masjid

Setiap masjid daerah mem-punyai koperasi sendiri dan sekurang- kurangnya 20 masjid qaryah menjelang tahun 2015

e. Menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah melalui: • Program Sehari Bersama

Jemaah • Karnival Jom Pi Masjid • Kempen Solat Berjemaah • Majlis Korban.

Bilangan program Kadar penglibatan masyarakat dipertingkatkan sebanyak 5% setiap tahun.

f. Menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan pelancongan melalui: • Menyediakan maklumat

masjid yang mempunyai keistimewaan dari segi sejarah, keunikan reka bentuk dan nilai estetika

Bilangan pelancong dari dalam dan luar negara

Sekurang-kurangnya 10 masjid pelancong diwujudkan menjelang tahun 2011

41

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang bersatu,

sejahtera dan harmoni

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

• Mewujudkan jalinan

kerjasama dengan agensi pelancongan dan media.

iv. Mewujudkan persekitaran masjid dan surau yang kondusif dan harmoni

a. Mewujudkan suasana yang selesa dan mesra jemaah • Mewujudkan hiasan taman

yang menarik • Menyediakan ruang solat

yang berhawa dingin • Menyediakan taman

permainan/ asuhan kanak-kanak

• Menyediakan kemudahan

riadah untuk semua • Menyediakan kemudahan

prasarana yang sewajarnya seperti dewan serbaguna

• Menyediakan garis panduan

pembinaan masjid

Mesra jemaah melalui borang soal selidik kepuasan jemaah Hiasan taman Ruang solat berhawa dingin Taman permainan asuhan kanak-kanak Kemudahan riadah Kemudahan prasarana Garis panduan pembinaan masjid

Pertambahan 20% pengunjung ke Masjid Negeri dan Daerah setiap tahun Menjelang tahun 2015, sekurang-kurangnya semua masjid daerah mempunyai kemudahan ini. Menjelang tahun 2010 garis panduan ini disediakan.

42

OBJEKTIK STRATEGIK 3 :

Memperteguhkan pengurusan institusi masjid dan sura u bagi pembentukan ummah yang bersatu,

sejahtera dan harmoni

STRATEGI

TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

• Meletakkan penarafan

bintang kepada masjid

Taraf bintang masjid Sekurang-kurangnya 2 buah masjid mendapat 5 bintang menjelang 2012.

b. Mewujudkan persekitaran yang selamat . • Menyediakan kawalan

keselamatan 24 jam • Menyediakan kamera litar

tertutup • Mengadakan kempen

”Sayangi Masjid Kita”

Borang soal selidik kepuasan jemaah Bilangan aduan Bilangan jemaah

Mengurangkan kadar aduan jemaah sebanyak 10 % menjelang tahun 2010. Mengurangkan kadar jenayah di kawasan masjid sebanyak 10% menjelang tahun 2010. Menambahkan bilangan ahli jemaah sebanyak 5% setiap tahun.

43

OBJEKTIF STRATEGIK 4:

Memperkasakan agenda dakwah islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan al-quran dan as-sunna h

Objektif Strategik ini mengandungi empat strategi iaitu:

i. Melahirkan pendakwah yang berwibawa dan berketrampilan.

ii. Memperkukuhkan struktur pentadbiran dakwah

iii. Mempelbagaikan metodologi dakwah

iv. Memperkukuhkan pengurusan saudara baru.

Faktor penyumbang utama ke arah memperkasakan agenda dakwah ini adalah bertitiktolak daripada cara kita menggilap dan meningkatkan kualiti pendakwah itu sendiri. Pendakwah yang kompeten sebenarnya sentiasa berusaha mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Untuk itu, pelan tindakan yang sistematik diambil dengan:

Strategi 1 : Melahirkan pendakwah yang berwibawa d an berketrampilan.

Kewibawaan dan ketrampilan para pendakwah akan digilap melalui tindakan berikut:

Pertama : Menyediakan Modul Teras Dakwah merangkumi Modul Bina

Insan, Modul Biro Takwa dan Modul Tasawwur Islam.

Kedua : Mengadakan program khas peningkatan ilmu pendakwah, menerusi wacana ilmu dan Tafaqquh Fiddin.

Ketiga : Melatih kepimpinan dakwah menerusi Training of Trainers (TOT) yang akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun.

Keempat : Melatih aspek kemahiran ICT bagi melahirkan Techno-Daie.

Kelima : Melatih aspek kemahiran pelbagai bahasa termasuk bahawa isyarat.

Keenam : Mengadakan konvensyen/ muzakarah pendakwah peringkat negeri bagi mendapat rumusan dan penilaian keberkesanan terhadap usaha dakwah yang dijalankan. Program ini perlu diadakan setahun sekali.

Ketujuh : Memperbanyakkan tenaga pendakwah yang bertauliah bagi membendung individu yang berdakwah tanpa kebenaran dan tidak mengikut kaedah pengajaran yang ditetapkan.

44

Strategi 2 : Memperkukuhkan struktur pentadbiran d akwah

Bagi memastikan penyebaran dakwah dapat digerakkan secara tersusun, pelan tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut :

Pertama : Mewujudkan kumpulan Think Tank dakwah yang terdiri daripada

tokoh ilmuan, pensyarah IPTA/ IPTS dan aktivis dakwah.

Kedua : Mewujudkan jawatankuasa dakwah peringkat negeri dan daerah

Ketiga : Membentuk pasukan sukarelawan dakwah.

Keempat : Mewujudkan perkongsian pintar dengan NGO dakwah Islam.

Strategi 3 : Mempelbagaikan metodologi dakwah.

Pelan tindakan yang akan diambil bagi mencapai strategi ini ialah:

Pertama : Dakwah melalui pengunaan ICT seperti laman web, email dan

blog.

Kedua : Memperbanyakkan risalah dakwah dalam bentuk buletin, artikel, majalah dan lain-lain.

Ketiga : Menyediakan sinopsis khutbah Jumaat.

Keempat : Meluaskan Dakwah Bil Hal (contoh teladan) dan aktiviti outreach kepada pelbagai kumpulan sasaran seperti remaja, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit, termasuk bukan Islam.

45

Strategi 4 : Memperkukuhkan pengurusan saudara bar u

Usaha untuk menarik orang bukan Islam memeluk agama Islam adalah sama penting dengan usaha untuk menjaga keislaman mereka. Oleh itu, usaha-usaha untuk menjaga kebajikan, pengajian dan bimbingan kepada saudara baru perlu dijalankan secara sistematik dan berkesan. Pelan tindakan yang akan diambil untuk mencapai strategi ini adalah:

Pertama : Mewujudkan garis panduan saudara baru seperti borang

permohonan memeluk Islam dan perkara asas fardhu ain yang mesti dikuasai untuk ditemuduga bagi mendapatkan kad memeluk Islam.

Kedua : Menyediakan modul pengajian saudara baru.

Ketiga : Menubuhkan pusat perlindungan saudara baru.

Keempat : Mendaftarkan pengislaman secara online.

Kelima : Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO Islam untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan saudara baru.

Keenam : Mengadakan pemantauan ke atas saudara baru dan keluarganya.

46

OBJEKTIK STRATEGIK 4 :

Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

i. Melahirkan

pendakwah yang berwibawa dan berketrampilan

a. Menyediakan Modul Teras Dakwah seperti berikut:- • Modul Bina Insan • Modul Bina Takwa • Modul Tasawwur Islam

Bilangan modul yang digunakan Pendakwah berkemahiran menggunakan ketiga-tiga modul ini dalam berdakwah

b. Mengadakan program peningkatan ilmu menerusi Wacana Ilmu dan Program Tafaqquh Fiddin untuk pendakwah

Bilangan program Sebulan sekali dalam tempoh setahun

c. Melatih Kepimpinan Dakwah menerusi Kursus Training of Trainer (TOT)

Bilangan kursus 2 kali setahun

d. Melatih aspek kemahiran ICT bagi melahirkan Techno-Daie

Bilangan bengkel 2 kali setahun

e. Melatih aspek Kemahiran Pelbagai bahasa termasuk bahasa Isyarat

Bilangan kursus 2 kali setahun

47

OBJEKTIK STRATEGIK 4 :

Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

f. Mengadakan Konvensyen/

Muzakarah Pendakwah Peringkat Negeri

Bilangan konvensyen 1 kali setahun

g. Memperbanyakkan tenaga pendakwah yang bertauliah

Bilangan pendakwah bertauliah 95% pendakwah memiliki tauliah setiap tahun

ii. Memperkukuhkan struktur pentadbiran dakwah

a. Mewujudkan kumpulan Think Tank dakwah yang terdiri daripada tokoh ilmuan, pensyarah IPTA/ IPTS dan aktivis dakwah.

Kekerapan bermesyuarat 2 kali setahun

b. Mewujudkan Jawatankuasa Dakwah Peringkat Negeri dan Daerah

Kekerapan bermesyuarat 4 kali setahun

c. Membentuk pasukan sukarelawan daerah

Bilangan sukarelawan dakwah 100 sukarelawan satu daerah menjelang tahun 2012

d. Mewujudkan perkongsian pintar dengan NGO dakwah Islam

Bilangan mesyuarat Bilangan aktiviti

2 kali setahun 20 aktiviti setahun

48

OBJEKTIK STRATEGIK 4 :

Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

iii. Mempelbagaikan

Metodologi Dakwah

a. Dakwah melalui penggunaan ICT seperti laman web, email dan blog

Kandungan laman web Pelbagai aspek laman web boleh diakses setiap tahun meliputi akidah, syariah & akhlak.

b. Memperbanyakkan risalah dakwah dalam bentuk buletin, artikel, majalah dan lain-lain.

Bilangan artikel 3 artikel setiap bulan

c. Menyediakan sinopsis Khutbah Jumaat .

Bilangan sinopsis Khutbah Jumaat

Setiap kali Jumaat

d. Meluaskan dakwah Bil Hal (contoh tauladan) dan aktiviti outreach kepada pelbagai kumpulan sasaran seperti remaja, warga emas, OKU, pesakit termasuk bukan Islam.

Bilangan aktiviti Sepanjang tahun

49

OBJEKTIK STRATEGIK 4 :

Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan ummah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

iv. Memperkukuh-

kan Pengurusan Saudara Baru

a. Menyediakan Garis Panduan Saudara Baru seperti borang permohonan memeluk Islam, perkara asas fardhu ain yang mesti dikuasai untuk ditemuduga bagi mendapatkan kad memeluk Islam.

Garis panduan Saudara Baru Garis Panduan siap 2011

b. Menyediakan Modul Pengajian Saudara Baru

Modul Pengajian Saudara Baru Modul Pengajian Saudara Baru siap 2011

c. Menubuhan Pusat Perlindungan Saudara Baru

Pusat Perlindungan diwujudkan Pusat Perlindungan pada 2010

d. Mendaftarkan pengislaman secara on line

Bilangan pendaftaran Sepanjang tahun

e. Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO Islam untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan saudara baru

Bilangan aktiviti Sepanjang tahun

f. Mengadakan pemantauan ke atas saudara baru dan keluarganya

Kekerapan pemantauan 2 bulan sekali

50

OBJEKTIF STRATEGIK 5 : Memantapkan pentadbiran undang-undang islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat islam Untuk menjamin kesejahteraan dan kesucian Islam di Pulau Pinang maka JHEAIPP berusaha untuk memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat Islam. Hidup berkeluarga perlu berjalan dengan harmoni dan bahagia. Sehubungan itu, undang-undang pentadbiran Keluarga Islam perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua pihak. Selain dari itu, umat Islam juga perlu dihindari daripada gejala kemungkaran dan masalah sosial yang akan dibendung melalui penguatkuasaan undang-undang Jenayah Syariah. Umat Islam juga perlu mendapat makanan dan bahan gunaan yang halal dari segi hukum syarak. Dalam hal ini JHEAIPP berperanan untuk memberi bimbingan dan penguatkuasaan pensijilan halal kepada semua pengusaha dalam industri makanan dan lain-lain produk yang berkaitan dengan orang-orang Islam. Di dalam melaksanakan objektif tersebut maka JHEAIPP menggariskan lima (5) strategi utama iaitu: i. Memperkukuhkan pelaksanaan pentadbiran Undang-undang Keluarga;

ii. Memperkasakan penguatkuasaan Undang-undang Syariah;

iii. Meningkatkan profesionalisme pegawai dan kakitangan dalam bidang perundangan; dan

iv. Menjadikan Pulau Pinang sebagai hub halal serantau dan antarbangsa.

Untuk mencapai strategi tersebut pelan tindakan yang perlu dititikberatkan adalah:

Strategi 1 : Memperkukuhkan pelaksanaan pentadb iran undang-undang keluarga

Pelan tindakan untuk melaksanakan strategi ini adalah: Pertama : Mewujudkan sistem aplikasi teknolgi maklumat untuk urusan

Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’. Urusan Perkahwinan, Perceriaan dan Ruju’ bagi orang-orang Islam di negeri ini merupakan perkhidmatan yang tertua tetapi masih dijalankan secara manual. Oleh itu, perkhidmatan ini perlu dipertingkatkan dengan mengaplikasikan sistem teknologi maklumat yang dikenali sebagai e-Munakahat. Sistem ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang lebih cepat, permohonan secara online, penyimpanan rekod yang kemas kini, mengelakkan pemalsuan dokumen dan meningkatkan hasil melalui jualan kad nikah elektronik.

51

Kedua : Memperkemaskan institusi kekeluargaan. Bagi memperkemaskan lagi

pengurusan institusi kekeluargaan di negeri ini, ianya dijalankan dengan menggubal dan mengkaji semula modul kursus Praperkahwinan Islam supaya sesuai dengan peredaran masa, mengadakan seminar dan forum kekeluargaan serta keibubapaan dengan kerjasama institusi lain seperti JAKIM dan lain-lain NGO Islam kepada masyarakat Islam di negeri ini, membuka dan meluaskan rangkaian pusat kaunseling keluarga dan khidmat sosial ke tempat yang strategik atau kritikal dan menguatkuasakan undang-undang keluarga yang berkuat kuasa agar peraturan munakahat dipatuhi.

Ketiga : Memodenkan perkhidmatan kaunseling. Tahap perkhidmatan runding cara keluarga bagi pasangan yang ingin bercerai perlu dipertingkatkan. Khidmat kaunseling tidak sepatutnya hanya dalam bentuk nasihat agama semata-mata tetapi perlu digabungkan dengan ciri-ciri profesional runding cara. Ianya boleh dijalankan dengan menjemput pegawai kaunselor yang profesional bagi kes-kes yang rumit, mempertingkatkan kemahiran pegawai runding cara sediaada melalui kursus yang djalankan oleh pegawai profesional dalam bidang ini dan menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti sidang video bagi kes-kes temu janji yang tidak dapat dijalankan melalui pertemuan pasangan secara bersemuka.

Keempat : Mengadakan perkongsian pintar dengan NGO dan agensi kerajaan lain. Melalui perkongsian pintar seperti dialog, seminar dan forum, JHEAIPP akan memperolehi input terperinci yang diperlukan ke arah menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat Islam di negeri ini. Selain itu strategi ini juga akan membantu menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan masyarakat Islam setempat.

Strategi 2 : Memperkasakan penguatkuasaan Undang-u ndang Syariah. Strategi ini digariskan bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan umat Islam agar bebas dari kegiatan maksiat, kejahatan dan gejala sosial. Sehubungan itu, penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah perlu diperkasakan sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukan kesalahan. Pelan tindakan yang akan diambil untuk mencapai strategi ini ialah seperti berikut :

52

Pertama : Mengukuhkan Pasukan Penguatkuasa. Pengukuhan pasukan

penguatkuasa dilakukan dengan mengisi kekosongan jawatan penguatkuasa di semua peringkat, melengkapkan kemudahan dan peralatan pasukan seperti kenderaan, pakaian seragam, alat perhubungan dan lain-lain.

Kedua : Mengadakan perkongsian pintar dengan pasukan keselamatan yang lain seperti Polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam.

Ketiga : Menggunakan kemudahan teknologi maklumat dalam urusan pentadbiran dan penguatkuasaan dengan melaksanakan aplikasi e-Dakwa. Sistem ini akan mempunyai kelebihan penyimpanan maklumat secara digital dan kemas kini. Pemantauan boleh dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.

Keempat : Mengadakan kerjasama dengan institusi masyarakat. Kerjasama dengan institusi masyarakat seperti JKKK, Jawatankuasa Qaryah, Persatuan Ibu Bapa, Persatuan Belia dan lain-lain untuk meningkatkan kesedaran ’amar makruf nahi mungkar’ supaya kegiatan maksiat dapat dibendung secara bersama.

Kelima : Penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak dan Aqidah. Penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak dan Aqidah ini adalah berteraskan kepada konsep tarbiyatul insan yang akan menggunakan modul-modul pemulihan dan pencegahan ke arah membina syakhsiah yang lebih cemerlang. Rasional penubuhan adalah berasaskan kepada pertambahan kes-kes yang berulang oleh pesalah yang sama.

Keenam : Memantapkan undang-undang dan peraturan. Untuk mendaulatkan lagi Undang-undang Syariah di negeri ini, dicadangkan agar dibuat suatu pindaan yang membabitkan peruntukan hukuman iaitu penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau enam kali sebatan. Cadangan pindaan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk mengurangkan bilangan kes berulang yang dilakukan oleh pesalah yang sama. Justeru satu kaedah pemberatan dalam hukuman wajar dilaksanakan segera. Selain dari itu, kajian dan semakan undang-undang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

53

Strategi 3 : Meningkatkan profesionalisme pegaw ai dan kakitangan dalam

bidang perundangan

Tahap keupayaan dan profesionalisme pegawai dan kakitangan adalah merupakan modal insan yang menjadi nadi bagi melahirkan umat yang terbaik ”Khairu Ummah”. Pelan tindakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan intergriti pegawai akan dijalankan seperti berikut : Pertama : Memberikan Latihan Perundangan Syariah. Tindakan ini perlu untuk

meningkatkan lagi kepakaran dan profesionalisme di kalangan kakitangan dalam bidang perundangan syariah dan sivil. Untuk jangka pendek, pegawai-pegawai perlu menghadiri kursus yang disediakan oleh institusi latihan yang sediada seperti ILIM. Untuk jangka panjang, kerajaan perlu menubuhkan Pusat Latihan Perundangan Syariah yang dikenali sebagai PULAPES. Pusat ini akan menerima pakai modul-modul perundangan yang diadaptasikan kepada latihan amali dan praktikal, contohnya dalam penyediaan kertas-kertas siasatan, risikan dan serbuan serta teknik-teknik pendakwaan. Di samping itu juga, pusat ini dapat dijadikan sebagai sebuah pusat yang mampu melahirkan kaunselor-kaunselor berdaftar. Penubuhan pusat latihan tersebut dijangka dapat menyerlahkan lagi aspek pengurusan, pembinaan modal insan, begitu juga dalam pembangunan hal ehwal Islam.

Strategi 4 : Menjadikan Pulau Pinang Sebagai Hub Halal Serantau dan

Antarabangsa Untuk menjadikan umat Islam di Pulau Pinang mendapat makanan dan bahan-bahan kegunaan yang halal lagi baik (Halalan Toyyiba) dari hukum syarak, maka strategi ini perlu direalisasikan. Bagi mencapai strategi ini, pelan tindakan berikut akan diambil : Pertama : Memperluaskan Pelaksanaan Pensijilan Halal kepada semua

pengusaha dalam industri halal. Bagi mencapai matlamat ini, bilangan pemilik sijil halal perlu dipertingkatkan. Walaupun peraturan sediada tidak mewajibkan pengusaha mendapatkan pensijilan dan logo halal, tetapi dengan bimbingan dan garis panduan yang disediakan, tahap kerelaan untuk mendapatkan sijil halal akan meningkat. Apabila semua pengusaha telah mendapat pensijilan halal, maka pengguna Islam dan bukan Islam dijamin mendapat makanan yang halal lagi baik.

54

Kedua : Mewujudkan sistem aplikasi e-Halal. Penggunaan sistem e-Halal

merupakan satu pendekatan yang mesra pelanggan. Sistem ini mempunyai kelebihan dalam menyediakan sistem yang lebih teratur dan sistematik, memudahkan pengaliran maklumat dengan lebih efektif dan efisyen, menyediakan penyimpanan maklumat secara berpusat, menjimatkan kos pengendalian, memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan dan membolehkan capaian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Ketiga : Meningkatkan kesedaran pengguna dan pengusaha. Sesi ceramah, seminar/ kursus dan pengedaran pamplet/ brosur perlu diadakan dengan lebih giat bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna dan pengusaha. Ianya akan dapat mengurangkan penyalahgunaan pensijilan halal.

Keempat : Mewujudkan makmal penyelidikan halal. Penubuhan makmal yang dilengkapi teknologi dan peralatan yang canggih adalah satu keperluan bagi menaiktaraf dan menambahbaik proses penyelidikan dan permohonan pensijilan halal untuk mencapai tahap pensijilan halal yang bertaraf antarabangsa. Makmal ini akan mempercepatkan keputusan ujian dan analisis bagi sesuatu produk atau bahan ramuan yang digunakan oleh pengusaha.

Kelima : Mengadakan kerjasama dan perkongsian pintar dengan badan-badan pengiktirafan halal luar negara. Kerjasama ini penting untuk memastikan pensijilan halal dikeluarkan oleh badan-badan pengiktirafan halal luar negara secara selaras dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh negara kita. Di samping itu, landasan ini juga merupakan langkah untuk mempromosi pensijilan yang diberikan oleh badan halal negeri ini. Langkah ini juga akan menjadikan negeri ini sebagai Hub Halal serantau dan antarabangsa.

Keenam : Mewujudkan enakmen/ undang-undang. Undang-undang ini perlu digubal untuk memastikan hanya Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan JAKIM berperanan sebagai badan yang layak dan berautoriti untuk mengeluarkan sijil halal serta logo yang standard. Langkah ini akan dapat mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak lain yang juga mengeluarkan sijil halal yang boleh mengelirukan pengguna dan pengeluar produk.

55

OBJEKTIK STRATEGIK 5 :

Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan

syariat Islam

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

i. Memperkukuhkan pelaksanaan pentadbiran Undang-undang Keluarga

a. Mewujudkan sistem aplikasi teknolgi maklumat untuk urusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’

Peratus perceraian Peratus keganasan rumahtangga

Pelaksanaan sepenuhnya e-munakahat pada tahun 2010

b. Memperkemaskan institusi kekeluargaan

Kekerapan semakan modul Kursus dan undang-undang keluarga Bilangan seminar dan forum

4 kali setahun 10 kali setahun

c. Memodenkan perkhidmatan kaunseling

Peratus kadar perceraian dan peratus kadar keganasan rumahtangga

5% kes perceraian dan keganasan rumahtangga menurun 98% kes kaunseling dapat diselesaikan

d. Mengadakan perkongsian pintar dengan NGO dan agensi-agensi kerajaan lain

Bilangan perbincangan dan dialog

Sekurang-kurangnya 4 kali setahun

56

OBJEKTIK STRATEGIK 5 :

Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan

syariat Islam

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

ii. Memperkasakan penguatkuasaan Undang-undang Syariah

a. Mengukuhkan Pasukan Penguatkuasa

Bilangan kakitangan Kelengkapan peralatan dan Kemudahan

Pengisian kekosongan perjawatan sepenuhnya tahun 2010 Kelengkapan sepenuhnya tahun 2012

b. Mengadakan perkongsian pintar dengan pasukan keselamatan yang lain seperti Polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam.

Bilangan perbincangan dan dialog

Sekurang-kurangnya 4 kali setahun

c. Menggunakan kemudahan teknologi maklumat dalam urusan pentadbiran dan penguatkuasaan dengan melaksanakan aplikasi e-Dakwa.

Kepantasan maklumat

Pelaksaanaan sepenuhnya tahun 2012

d. Mengadakan kerjasama dengan institusi masyarakat

Bilangan perjumpaan dan dialog

Sekurang-kurangnya 4 kali setahun

57

OBJEKTIK STRATEGIK 5 :

Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan

syariat Islam

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

e. Penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak dan Aqidah

Penubuhan pusat pemulihan FASA 1 Urusan pengambilan tanah dan permulaan pembinaan bangunan tahun 2014

f. Memantapkan Undang-Undang dan Peraturan

Mendraf kaedah dan undang-undang

2 kali setahun

iii. Meningkatkan profesionalisme pegawai dan kakitangan dalam bidang perundangan

a.

b.

Memberikan Latihan Perundangan Syariah (PULAPES) Mewujudkan pusat latihan pegawai

Bilangan pegawai berkursus

Semua pegawai mendapat latihan tahun 2012. Mewujudkan pusat latihan tahun 2012

iv. Menjadikan Pulau Pinang sebagai hub halal serantau dan antarabangsa

a. Memperluaskan Pelaksanaan Pensijilan Halal kepada semua pengusaha dalam industri halal

Bilangan permohonan halal

80% pengusaha makanan dan bahan gunaan memiliki sijil halal

b. Mewujudkan sistem aplikasi e-Halal

Kepuasan pelanggan

Pelaksaanaan sepenuhnya tahun 2011

58

OBJEKTIK STRATEGIK 5 :

Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan

syariat Islam

STRATEGI

TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

SASARAN/ TAHUN

c. Meningkatkan kesedaran pengguna dan pengusaha

Bilangan kursus/ seminar Bilangan penyalahgunaan pensijilan

2 kali setahun Tiada penyalahgunaan pensijilan halal tahun 2014

d. Mewujudkan makmal penyelidikan halal

Penubuhan makmal FASA 1 Urusan pengambilan tanah dan permulaan pembinaan bangunan tahun 2014

e. Mengadakan kerjasama dan perkongsian pintar dengan badan-badan pengiktirafan halal luar negara

Bilangan persidangan/ konsultasi

Sekali setahun

f. Mewujudkan enakmen/ undang-undang

Model undang-undang/ peraturan halal

Siap 2010

59

Kejayaan JHEAIPP bagi mencapai visi dan misinya ber gantung kepada beberapa elemen berikut: 1. STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi JHEAIPP akan diperkukuhkan agar dapat

melaksanakan bidang fokus baru ke arah mencapai objektif strategik yang ditentukan. Struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek akan diperkukuhkan. Struktur organisasi yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2007 telah pun dilaksanakan yang mana selaras dengan hasil Kajian Pengurusan Organisasi yang dilaksanakan oleh MAMPU sebelum ini. Pengisian jawatan yang masih kosong dan penstrukturan organisasi penting untuk mencapai strategi ini.

2. PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT) Ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan pentadbiran serta sistem penyampaian perkhidmatan akan dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan sistem Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM) JHEAIPP. Penggunaan optimum KM akan memastikan penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai objektif strategik JHEAIPP.

3. PEMBANGUNAN MODAL INSAN Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Ini termasuk pelan strategik, proses perekayasaan, metodologi penyelidikan, perancangan dan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan prestasi. Pendekatan mentor-mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja serta mengekalkan institutional memory JHEAIPP.

3.7. ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

60

4. PENDEKATAN DAKWAH BERSEPADU Pendekatan dakwah yang baru berdasarkan senario semasa akan diperkenalkan. Usaha ini akan dilaksanakan secara bersepadu di antara pelbagai pihak daripada kalangan agensi kerajaan, NGO dan anggota masyarakat sehingga ke peringkat qaryah serta kejiranan. Penyelarasan gerak tumpuan dakwah yang lebih terfokus bagi membawa mesej keharmonian Islam kepada sasaran dakwah yang terlalu luas, meluputi kawasan pendalaman akan dilaksanakan.

5. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Medium dakwah yang pelbagai dalam arus perdana akan diperkayakan dengan kaedah tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat secara optimum untuk membangunkan nilai dan keluhuran budi masyarakat secara bersama. Semua medium dakwah milik kerajaan dan juga swasta akan digerak senada dan sehaluan dalam menyampaikan dakwah.

Bagi memastikan setiap bahagian di JHEAIPP memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam tempoh 5 tahun ini, strategi dan pelan tindakan dalam Pelan Strategik ini akan dipantau dan dibuat kajian semula mengikut jadual perancangan seperti Jadual 2. Penilaian pencapaian Pelan Strategik ini akan dijalankan pada setiap dua tahun. Untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik, strategi, program dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan, satu kajian semula Pelan Strategik dan kajian keberkesanan akan dibuat pada tahun 2012. Kajian tersebut akan turut mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik JHEAIPP.

Jadual 2: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan S trategik

Bil Perkara Tarikh Cadangan

1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik

Setiap 6 bulan

2. Penilaian Pencapaian Setiap dua tahun 3. Penilaian keberkesanan dan

Kajian Semula Pelan Strategik 2012

3.8. MEKANISME PELAKSANAAN

61

Dalam pada itu, bagi memantapkan tadir urus dan memastikan pelaksanaan Pelan Strategik ini berjalan dengan berkesan, adalah dicadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan. Jawatankuasa ini akan dinamakan Jawatankuasa Transformasi JHEAIPP. Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai penyelaras utama dalam pemantauan, penilaian dan kajian semula Pelan Strategik JHEAIPP berdasarkan kepada pengukuran dan pelan tindakan yang ditetapkan. Keahlian jawatankuasa adalah seperti di Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Jawatankuasa Transformasi JHEA IPP

Jawatan Keahlian

Pengerusi Pengarah

Urusetia Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan)

Ahli -ahli Semua K etua Penolong Pengarah , Imam Besar, Pegawai Tadbir Agama dan Imam Masjid Daerah

Selepas Pelan Strategik ini dilaksanakan dan berakhir pada tahun 2015, peranan JHEAIPP diharap akan lebih menyerlah dalam aspek pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Oleh kerana agenda pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam adalah agenda yang berterusan, maka perancangan strategik enam tahun ini bukanlah suatu tempoh yang cukup untuk mengukur pencapaian secara holistik. Akan tetapi perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangun dan memantapkan lagi transformasi pengurusan hal ehwal Islam JHEAIPP berdasarkan kepada keperluan semasa.

Selepas tahun 2015, JHEAIPP mempunyai gagasan dan berwawasan untuk mencapai ke tahap seperti berikut: 1. Menjadi agensi yang terunggul di Malaysia dan serantau dalam

pengurusan hal ehwal Islam;

2. Meletakkan sistem dan prasarana SAR di bawah kelolaan JHEAIPP diiktiraf dalam arus perdana pendidikan kebangsaan;

3. JHEAIPP menjadi sebuah pusat rujukan pembangunan Islam yang unggul di peringkat nasional;

3.9. THE WAY FORWARD

62

4. JHEAIPP menjadi sebuah institusi yang dapat memberi khidmat dakwah di peringkat nasional;

5. JHEAIPP memiliki institusi pengajian tinggi dalam bidang al-Quran dan al-Hadith yang boleh mengeluarkan ulama’ berketerampilan dalam bidang-bidang berkenaan; dan

6. JHEAIPP dapat menyediakan kandungan dakwah dan perkhidmatan hal ehwal Islam secara on-line melalui bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

63

Pelan strategik ini dikenal pasti sebagai kunci kegemilangan sistem penyampaian JHEAIPP. Pelan Strategik ini telah menggariskan beberapa objektif strategik dan strategi serta tindakan/ program yang perlu dilaksanakan. Tumpuan akan diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur berdasarkan indikator yang ditetapkan. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Mekanisme khusus akan diwujudkan bagai memantau pelaksanaan pelan strategik ini agar ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.