33
TUGASAN : PENGANTAR LINGUISTIK (EPL 311) ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 0 TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER KOD KURSUS EPL 311 NAMA KURSUS PENGANTAR LINGUISTIK PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

Tugasan Pengantar Linguistik Epl311(Zaharah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan Pengantar Linguistik Epl311(Zaharah)

Citation preview

TUGASAN : PENGANTAR LINGUISTIK (EPL 311)

TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

EPL 311

NAMA KURSUS

PENGANTAR LINGUISTIK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR

AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU KUDAT

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENDAHULUAN 2

1. Esei : Pengetahuan Tentang Psikolinguistik & Sosiolinguistik 3 Membantu Guru Bahasa Melayu dalam Pengajarannya

2. Ringkasan artikel : Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan 9 Bahasa SMS dalam Kalangan Guru Pelatih (Oleh : Tay Meng Guat)

3. Rancangan Pengajaran Harian : Tatabahasa Bahasa Melayu 15 Kata Sendi Nama & Lembaran Kerja

PENUTUP RUJUKAN

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengantar Linguistik (EPL 311) ini dapat disiapkan sepenuhnya.Objektif tugasan ini adalah untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi iaitu kebolehan anda mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang bermula dengan penulisan esei pendek bertajuk Pengetahuan Tentang Psikolinguistik & Sosiolinguistik Membantu Guru Bahasa Melayu dalam Pengajarannya; diikuti dengan ringkasan artikel yang bertajuk Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS dalam Kalangan Guru Pelatih (Tay Meng Guat); dan di akhiri dengan Rancangan Pelajaran Harian untuk satu aspek tatabahasa Bahasa Melayu.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya terutama dalam bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik yang sememangnya dapat membantu guru dalam Pengajaran & Pembelajaran; mengetahui fenomena penggunaan bahasa SMS dalam kalangan guru pelatih berdasarkan artikel yang ditulis oleh Tay Meng Guat; seterusnya mempelajari cara penyediaan Rancangan Pelajaran Harian bagi aspek tatabahasa Bahasa Melayu dengan format yang betul. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Disediakan oleh :SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI10 April 2014M690506125566 (AEU Kudat)

1. Esei :Pengetahuan Tentang Psikolinguistik dan Sosiolinguistik Membantu Guru Bahasa Melayu dalam Pengajarannya

Pengajaran bahasa melibatkan tugas amali yang menggunakan pengetahuan daripada disiplin-disiplin lain seperti ilmu linguistik, psikologi, sosiologi dan pendidikan untuk memudahkan guru menentukan apa yang hendak diajar, bagaimana murid dapat menguasai bahasa dengan baik. Demikianlah apa yang diperlukan dalam pengajaran bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu hendaklah berkeupayaan untuk memilih aliran teori huraian dan pembelajaran bahasa yang terkini, selaras dengan keperluan dan kehendak kurikulum untuk dijadikan panduan serta prinsip amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu perlu menggunakan pengetahuan daripada disiplin-disiplin ilmu lain termasuklah psikolinguistik dan sosiolinguistik yang merupakan antara cabang atau sebahagian daripada bidang linguistik. Menurut Kamus Dwibahasa (1981 : 716), linguistik bermaksud pengajian ilmu bahasa. Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif. Ilmu linguistik juga mengkaji sesuatu bahasa seperti benar-benar wujud. Ia dilakukan secara objektif, tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentiment atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya (Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007 : 2). Psikolinguistik turut dikenali sebagai psikologi bahasa iaitu gabungan usaha ahli linguistik dan psikologi. Ilmu psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang menyelidik fenomena linguistik iaitu cara manusia menggunakan kecekapan linguistik serta pengetahuan bahasa mereka untuk menghasilkan dan memahami bahasa. Psikologi dikenali sebagai psikologi bahasa kerana ia merujuk kepada bidang yang menghubungkaitkan kajian psikologi dan kajian bahasa dengan memberi tumpuan kepada proses-proses psikologi terhadap cara manusia memperoleh, menghasil dan memahami bahasa (Raatner et. al, 1998 : 3; Jay, 2003 : 12). Sebagai contoh, psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh dan mempelajari bahasa. Sosiolinguistik pula berasal daripada dua patah perkataan iaitu sosiologi dan linguistik. Sosiologi meliputi hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tentang segala jenis hal masyarakat dengan menyerap ilmu-ilmu soaial yang lain. Linguistik pula bererti ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa merangkumi semua segi komunikasi manusia iaitu

daripada pemerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh kerencaman pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Ia juga merupakan satu kajian tentang kesan seluruh aspek kehidupan manusia termasuk nilai-nilai budaya, pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan. Ia membantu kita mengetahui cara sesuatu bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial seperti etnik, agama, status, jantina, taraf pendidikandan juga cara ia boleh digunakan bagi meletakkan individu tersebut dalam sesuatu kategori seperti taraf sosial ataupun taraf sosioekonomi. Sosiolinguistik juga mengkaji penggunaan bahasa yang berbeza daripada satu tempat dengan tempat lain yang disebut dialek dan perbezaan bahasa antara kelas sosial.Dalam disiplin ilmu psikolinguistik dan sosiolinguistik, pelbagai teori boleh diterapkan dalam pelbagai peringkat perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu. Aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan satu aspek yang masih dibelenggu oleh pelbagai kelemahan dan ketidaktentuan (Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 2006). Antara persoalan utama dalam pengajaran bahasa Melayu yang perlu ditangani oleh guru bahasa Melayu ialah apakah bahan yang harus disampaikan kepada para pelajar? Azman Wan Chik (1986:50) berkata : Masih terdapat lagi beberapa kelemahan daripada beberapa aspek penggunaan bahasa. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa terdapat sesuatu yang tidak begitu kena tentang apa yang kita lakukan dalam mengajar tatabahasa atau mungkin ada bidang tertentu dalam pengajaran tatabahasa itu, secara sedar atau tidak sedar, yang setelah diabaikan. Pernyataan Azman Wan Chik tersebut menunjukkan kepada kita wujud ketidakpastian dalam aspek-aspek yang tertentu dalam perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Cara yang paling rasional bagi menjawab permasalahan tersebut, sebagai guru bahasa Melayu sebaiknya kembali kepada bentuk-bentuk penyelidikan yang paling asas iaitu bagaimana bahasa pertama dikuasai dan pengetahuan-pengatahuan jenis apakah yang telah dikuasai oleh penutur bahasa ibunda pada peringkat awal kehidupan. Penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan dalam bidang ilmu psikolinguistik banyak melibatkan kajian-kajian tentang pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hasil penyelidikan-penyelidikan tersebut, guru-guru bahasa Melayu boleh mendapatkan banyak maklumat tentang bagaimana pengetahuan bahasa pertama diperoleh, tahap pemerolehan pengetahuan bahasa, jenis-jenis pengetahuan bahasa yang dikuasai, peranan pengajaran yang diterima daripada penjaga, fungsi persekitaran, bentuk serta jenis data bahasa yang diterima oleh kanak-kanak. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Steinberg (terj. Azhar M. Simin, 1990

: 230) : Tanpa terlebih dahulu memahami cara bahasa pertama berfungsi, maka kemungkinan fungsi bahasa kedua saling bertindak atau pun bersepadu dengan cara apa pun dengan bahasa pertama tidakboleh diterangkan. Kata-kata Steinberg tersebut jelas menunjukkan bahawa bagaimana bahasa pertama dikuasai secara semula jadi di peringkat awal kehidupan akan memberi manfaat kepada para perancang program pengajaran bahasa sama ada yang dirancang itu pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun pengajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Psikolinguistik juga dapat memberikan penjelasan secara wajar dan berkesan tentang aspek-aspek berkaitan proses pemahaman bahan-bahan bacaan. Ilmu psikolinguistik menggariskan panduan kaedah yang terbaik untuk mengajar kanak-kanak membaca pada peringkat permulaan. Sumbangan ilmu psikolinguistik yang telah menggariskan panduan kaedah tersebut telah dinyatakan oleh Smith dalam Mangantar Simanjuntak, 1985 : 3) dengan kata-katanya : Membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula dalam pemikirannya (dengan sebaik mungkin)erti yang telah diterbitkan oleh seorang penulisdalam bentuk tulisan yang kemudian dibaca oleh pembaca tadi. Menurut Mangantar Simanjuntak psikolinguistik menganggap membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang dibacanya dengan pertolongan tiga jenis sistem saran iaitu tanda saran grafem/bunyi, sintaksis dan konteks. Dengan kata lain, psikolinguistik dapat membantu menjelaskan proses-proses kognitif yang berlaku semasa individu mencuba memahami bahan-bahan yang didengar atau yang dibacanya. Dengan itu, psikolinguistik terbukti dapat membantu guru-guru bahasa Melayu membentuk kaedah yang terbaik untuk mengajar membaca di peringkat permulaan. Amalan membaca adalah proses yang melibatkan ilmu daripada disiplin psikolinguistik.Antara contoh atau aspek yang terdapat dalam disiplin ilmu psikolinguistik yang boleh dimanfaatkan oleh guru bahasa Melayu ialah tahap-tahap dalam proses pemahaman. Tahap pertama ialah menanggapi maklumat deria dan pengecaman kata. Dalam tahap ini guru-guru dapat mengetahui dan mengaplikasi proses pengecaman kata dimulai dengan input penglihatan; diikuti dengan menyatukan input penglihatan dalam bentuk huruf atau fenom kepada beberapa suku kata; diikuti dengan menyatukan suku kata-suku kata menjadi perkataan; kemudian membandingkan perkataan yang telah dibentuk dengan perkataan yang ada dalam ingatan; diikuti dengan input penglihatan telah dipastikan sebagai perkataan;

seterusnya mendapatkan makna perkataan. Tahap kedua adalah pembentukan frasa dan ayat yang mana sesebuah ayat hanya dapat difahami apabila perkataan-perkataan yang membentuk ayat tersebut digabungkan untuk membentuk frasa seterusnya membentuk ayat yang bermakna. Perkataan-perkataan harus disusun secara logik dan gramatis untuk memudahkan proses pemahaman. Struktur sebuah ayat dapat digambarkan seperti berikut :

X Y Z------------------------------------------------------- Subjek Predikat Pemuda yang berbaju putih ingin menyunting bunga itu

Rajah 1 : Struktur sebuah ayat

Manakala tahap ketiga ialah melihat makna ayat dalam wacana. Ia meliputi pemprosesan makna yang hanya merujuk kepada makna perkataan-perkataan dan perhubungan sintaksis yang dibentuk oleh perkataan-perkataan dalam sesebuah ayat, kadangkala boleh memberikan makna yang kurang tepat. Biasanya, kita bercakap atau menulis secara berperenggan iaitu ayat-ayat digabungkan secara tersusun (Zaba, 1958 : 215). Susunan beberapa buah ayat biasanya membincangkan satu tema yang sama dan untuk memahami ayat-ayat dalam perenggan tersebut kita perlu merujuk kepada tema yang diperkatakan. Seterusnya, ilmu sosiolinguistik juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan manfaatnya kepada guru bahasa Melayu dalam pengajarannya. Ini kerana sosiolinguistik turut mengkaji penggunaan bahasa yang berbeza daripada satu tempat dengan tempat lain yang disebut dialek dan perbezaan bahasa antara kelas sosial. Antara skop kajian sosiolinguistik adalah dialek (sosiolek, idiolek dan kontinum dialek), laras bahasa (laras iklan, laras sukan, laras sains, laras matematik, laras ugama, laras ekonomi dan laras undang-undang), kesantunan berbahasa (aspek kesantunan, kata nama panggilan, gelaran dan panggilan hormat, bahasa istana dan bahasa basahan), sosiobahasa, komuniti bahasa, bahasa baku, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan juga kepelbagaian bahasa (pijin, kreol, slanga, jargon, koine, bahasa arkaik).Antara contoh atau aspek ilmu sosiolinguistik yang bermanfaat kepada guru bahasa Melayu dalam pengjarannya adalah dengan mengetahui ciri yang menentukan susuatu bahasa itu sebagai bahasa baku. Ciri-ciri tersebut antaranya mempunyai sistem

perkamusan yang mengandungi kata dan ejaan yang standard; mempunyai tatabahasa yang menentukan bentuk, peraturan dan struktur bahasa; mempunyai sistem sebutan standard yang dapat dijadikan panduan oleh pengguna bahasa sebagai sebutan yang betul; terdapat institusi yang memperkenalkan penggunaan bahasa itu dan diberikan autoriti untuk menguatkuasakan penggunaannya seperti dalam bidang pendidikan dan pusat pengajian; bahasa itu digunakan secara meluas oleh masyarakat di tempat awam seperti di mahkamah, pentadbiran dan pemerintahan; dan akhir sekali sistem bahasa, pengejaan, tatabahasa dan sebutan bahasa standard itu diajarkan di sekolah-sekolah. Memandangkan fenomena kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa masih berlaku melanda bahasa Melayu baku sama ada dalam kalangan guru-guru sendiri mahupun para pelajar.Selain itu, dalam aspek tatabahasa, Dewan Bahasa Dan Pustaka menghasilkan Tatabahasa Dewan sebagai panduan kepada pengguna bahasa Melayu. Tatabahasa Melayu terdiri daripada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Konsep penting dalam tatabahasa adalah morfologi, morfem, perkataan dan sintaksis. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat atau imbuhan. Terdapat empat kategori bagi perkataan iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Antara contohSelain itu, sosiolinguistik juga mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik, mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri puan sri dan seumpamanya. Demikian juga aspek laras bahasa yang dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteks atau situasi berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara dan situasi pembicaraan sama ada secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005 : 355). Demikian juga aspek kesantunan bahasa. Kesantunana bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab. Kesantuanan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Bahasa Melayu turut mengamalkan kesantunan bahasa sebagai contoh menggunakan sapaan lisan atau bertulis menepati situasi dan kehendak sosial. Kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat

(ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu, mematuhi adat resam berbahasa Melayu dan juga mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Boleh dikatakan semua elemen yang terkandung dalam bidang sosiolinguistik sangat membantu guru bahasa Melayu dalam pengajaran mereka.

Kesimpulannya, pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam disiplin ilmu psikolinguistik dan sosiolinguistik merupakan sumber bermanfaat kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pelbagai masalah dalam merancangkan program pengajran dan pembelajaran bahasa yang berkesan dapat di atasi dengan cara memanfaatkan pelbagai pandangan dan huraian yang diberikan oleh para sarjana daripada disiplin ilmu sosiolinguistik.

2. Ringkasan Artikel

Tajuk Artikel : Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS dalam Kalangan Guru PelatihPenulis Artikel : Tay Meng GuatSumber : Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011.

Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan DataKajian Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS dalam Kalangan Guru Pelatih ini bertujuan meniliti ciri-ciri linguistik penggunaan bahasa SMS dalam kalangan guru pelatih dalam aspek morfologi khususnya dari segi bentuk dan pembentukan kata. Tiga aspek utama yang diberi tumpuan adalah bentuk dan pembentukan kata dalam bahasa SMS dari segi linguistik; jenis-Jenis singkatan kata dalam bahasa SMS dari segi linguistik; dan juga ciri-ciri linguistik umum teks mesej SMS.Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif deskriptif berdasarkan korpus teks mesej SMS autentik yang dikumpul daripada guru pelatih.

Dapatan KajianBerdasarkan model bentuk kata bahasa Melayu didapati bahawa bentuk kata yang paling popular dalam teks SMS dari segi linguistik ialah dalam bentuk singkatan. Kata singkatan ini diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk yang dipendekkan sewaktu menulisnya melalui beberapa proses yang berbeza. Misalnya pengguguran vokal dan konsonan, pengguguran suku kata, penggunaan homofon huruf,angka atau simbol bagi menggantikan sesuatu kata dan penggunaan huruf awal. Bentuk kata singkatan SMS tersebut adalah seperti berikut :

Rajah 2.1 : Bentuk kata singkatan SMSPenggunaan singkatan digunakan dalam bidang tertentu untuk menggantikan keterangan yang panjang seperti dalam rajah berikut :

Rajah 2.2 : Penggunaan Singkatan SMS

Penyelidik juga mendapati responden menggunakan kata bahasa Inggeris dan dialek dalam teks mesej yang dikaji . Terdapat beberapa bentuk kata bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan bahasa Melayu misalnya fri = free, kol = call, munink = good morning, tek k = take care dan studi = study. Terdapat juga penggunaan bentuk kata bahasa slanga dalam kalangan guru pelatih seperti kuak lntg (kuak lintang) untuk maksud tidur atau baring.Jenis-jenis singkatan kata dalam bahasa SMS dari segi linguistik pula terdiri daripada singkatan lazim, singkatan keguguran vokal atau konsonandan singkatan lazim kolokial, kependekan, akronim, penggunaan huruf dan angka, pengejaan yang berbentuk lisan atau non-konvensi dan klu paralinguistik. Singkatan lazim ialah singkatan perkataan dalam bahasa Melayu yang sudah diterima sebagai satu konvensi sebagaimana yang terdapat dalam Kamus Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa seperti berikut :

Rajah 2.3 : Jenis Singkatan Lazim dalam SMS

Jenis singkatan kedua ialah singkatan keguguran vokal atau konsonan. Wujud perkataan yang disingkatkan secara konsisten iaitu terdapat huruf vokal atau konsonan digugurkan oleh pengguna dengan sewenamgnya. Singkatan perkataan ini masih belum diterima pakai sebagai satu konvensi. Ini disebabkan terdapat perkataan-perkataan yang berbeza itu disingkatkan kepada cara yang sama. Misalnya singkatan brg boleh diinterpretasikan sebagai borang atau barang, thn untuk tahanatau tahun, 2untuk dua atau tu/itu ataukata gandadan sms untuk short message service atau semasa.Terdapat juga satu perkataan yang sama itu disingkirkan lebih daripada satu cara misalnya cam,mcm atau cm untuk macam dan mggu atau mgu untuk minggu. Amalan singkatan ini banyak bergantung kepada kreativiti individu pengguna dan konteks perbincangan atau perbualan pada ketika interaksi berlaku antara dua pihak.Seterusnya jenis singkatan keguguran vokal atau konsonan dalam SMS yang mana penyelidik mendapati penggunaan perkataan yang berasaskan bahasa kolokial atau bahasa basahan dan berbunyi keanak-anakan dalam bahasa SMS respondens yang mugkin berpunca dari hubungan peribadi yang intim antara pengguna. Ia hanya diterima sebagai bentuk konvensi tidak rasmi melalui bahasa pertuturan dalam komunikasi harian dalam kalangan mereka. Tetapi ia masih tidak diterima sebagai suatu standard dan tidak boleh dimasukkan dalam Kamus Dewan. Antara contoh-contohnya penggunaan gb untuk guru besar, sms untuk semasa, K untuk kak, g untuk pergi, kuar untukkeluar, d untuk dengan, TC untuk take care, gtaw untuk beritahu, ko untuk kau, lum untuk belum, nada untuk tidak ada dan ari untuk hari.Seterusnya jenis singkatan lazim kolokial dalam SMS. Responden telah menggunakan homofon huruf atau angka untuk menggantikan seluruh kata seperti k untuk kakak, g untuk pergi, 2 untuk tu, o untuk atau, c untuk si, dan d untuk di Penyelidik juga mendapati penggunaan huruf atau angka yang menggantikan sesuatu suku kata contohnya : xment untuk assignment, chat untuk sihat, 2dung untuk tudung, cni untuk sini dan tdo untuk tidur.Ciri-ciri linguistik umum teks mesej SMS respondens pula didapati terdiri daripada unsur pengubahsuaian dari segi linguistik seperti penggunaan homofon huruf atau angka, sistem pengejaan yang non-standard, pengguguran tanda baca, kurang penggunaan kata hubung dan penggunaan huruf besar tanpa kawalan dari segi tatabahasa.Dari segi kerencaman mesej teks SMS yang dikaji dapat digolongkan kepada dua ketegori utama iaitu mesej yang ringkas dan kompleks. Mesej yang ringkas mengandungi

satu ayat klausa atau satu idea yang didatangkan dalam bentuk pendek,secara terus tanpa banyak menggunakan tanda baca dan unsur tatabahasa seperti dalam rajah berikut :

Rajah 2.4 : Teks Mesej SMS yang ringkas

Manakala mesej yang kompleks mengandungi lebih daripada satu idea seperti rajah berikut:

Rajah 2.5 : Teks Mesej yang kompleks

Seterusnya penyelidik mendapati unsur percampuran kod dalam konteks SMS tidak terhad kepada bahasa Inggeris dan bahasa pidgin sahaja, sebaliknya pennguna mencipta kod untuk mengekspresi diri dalam situasi yang berbeza. Sebagai contoh : assignment, nite, hanset, off, bank in dan hope. Dalam komunikasi interpersonal yang informal ini, penerima lebih mengutamakan mesej atau maklumat, teks mesej pula mempunyai struktur yang ringkas, terputus-putus, konkrit dan bergantung kepada referensi situasi dan juga wujud kreativiti dalam mencipta singkatan iaitu singkatan perkataan yang paling pendek, paling mudah ditaip dan paling mudah dieja contohnya x untuk tak, g untuk pergi, d untuk dengan, dn untuk dan.

Kesimpulan KajianSecara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini telah mendapati beberapa aspek tentang bentuk dan pembentukan kata dalam bahasa SMS dari segi linguistik; jenis-jenis singkatan kata dalam bahasa SMS dari segi linguistik dan ciri-ciri linguistik umum teks mesej SMS. Kajian ini turut memberi peringatan tentang penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS sehingga menjadi kebimbangan para ahli bahasa kerana fenomena ini boleh menghalang perkembangan bahasa Melayu. Beberapa cadangan telah dikemukakan kapada DBP antaranya mengenal pasti senarai singkatan SMS; membuat rujukan atau panduan penggunaan bahasa atau singkatan SMS; mengadakan laman web bimbingan SMS dan juga mempromosi bahasa SMS yang piawaian atau standard. Kajian ini juga bermanfaat sebagai bahan kajian teoritis yang mendukung penelitian lebih lanjut dan menyumbang kepada pengembangan ilmu pengetahuan, terutama tentang penggunaan bahasa SMS dan dapat mengembangkan kemampuan menggunakan kosa kata agar mewujudkan penggunaan bahasa secara umum. Kajian ini turut menjadi salah satu kajian bahasa tulisan yang menarik kerana menjalankan penelitian bahasa SMS tambahan pula bahasa dalam SMS tidak terdapat dalam tulisan-tulisan lain.

3. Rancangan Pelajaran Harian : Tatabahasa Bahasa Melayu Kata Sendi NamaRANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran : Bahasa MelayuKelas : 3 Dinamik Tema/Tajuk : Kesihatan dan KebersihanMasa : 11.00 pagi 12.00 tengah hariStandard Pembelajaran : 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks.Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengjaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:i. Memberikan contoh kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.ii. Mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul dalam lembaran kerja.iii. Membina ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama yang diberikan oleh guru.

EMK : Kreativiti / inovasi / teknologi / merentasi kurikulum i. Ilmu : PJKii. Nilai murni : Berdisiplin, baik hati dan berdaya saing.iii. Kreativiti : Mengetahui cara bermain permainan Sahibba.

Bahan Bantu Belajar :i. Buku teks (35 buah buku)ii. Nota kata sendi nama (35 keping)iii. Lembaran kuiz bertulis (35 keping)Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenal kata sendi nama.

Langkah/ MasaIsi pelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

Permainan Mencari Harta KarunKata sendi nama :di, ke, pada, daripada, kepada, untuk.

Tajuk :Kata Sendi Nama1. Guru menyembunyikan 5 sampul surat di dalam kelas.2. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.3. Setiap ketua kumpulan dikehendaki mencari sampul surat ysng telah dilabel dengan nombor kumpulan masing-masing.4. Setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan perkataan yang terdapat dalam sampul dan melekatkannya pada papan putih.5. Murid-murid disoal tentang golongan kata yang dilekat pada papan putih itu.6. Guru menyatakan tajuk pengajaran.BBB : -Sampul surat

Teknik : -Soal jawab

TKP : -Verbal -Kinestetik

Langkah 1(15 minit)Petikan :Permainan Sahibba

Isi Penting :1. Permainan Sahibba merupakan permainan dalaman.2. Menggunakan kemahiran berfikir.3. Menjadikan fikiran cerdas.

Kosa Kata :-seramai-berfaedah-pengetahuan-mengatur1. Murid-murid dimintamerujuk buku teks muka surat 36.2. Murid-murid dimintamembaca petikan selama dua minit secara individu.3. Murid-murid disoal tentang isi petikan.4. Murid-murid mendengar penerangan guru tentang cara bermain Permainan Sahibba.5. Murid-murid diminta menyenaraikan kosa kata yang digunakan dalam petikan.6. Murid-murid mendengar penerangan guru tentang kosa kata itu.7. Murid-murid di minta mengeluarkan kata sendi nama yang digunakan dalam petikan itu.8. Guru membimbing aktiviti muridBBB :-Petikan dalam buku teks.

TKP : -Verbal-Interpersonal

BCB :-Kemahiran membaca

Nilai :-Sentiasa berdisiplin.

Langkah 2 (20 minit) Kata Sendi Nama1. Kata sendi nama ialah kata tugas yang digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.2. Contoh : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk & oleh.1. Murid-murid diberikan nota kata sendi nama oleh guru.2. Murid-murid dikehendaki membaca nota secara mentalis.3. Murid-murid dikehendaki membaca secara kumpulan.4. Murid-murid mendengar penerangan guru tentang kata sendi nama.5. Murid-murid mendengar contoh-contoh kata sendi nam a yang disampaikan oleh guru.6. Murid-murid diminta membina a ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama tersebut.7. Beberapa orang murid diminta membaca ayat yang dibina.8. Guru membimbing dan memperbetulkan binaan ayat yang salah.TKP :-Verbal

KB :-Meangenalpasti

BCB : -Kemahiran Membaca-Kemahiran menulis

Langkah 3(15 mint)Aktiviti :Kuiz bertulis Sendi NamaDi, ke, pada, akan, kepada, hingga & bagi.

1. Murid diminta menyertai aktiviti kuiz bertulis kata sendi nama.2. Murid-murid diberikan lembaran kuiz bertulisyang mengkehendaki murid mengisi tempat kosong.3. Beberapa orang murid dikehendaki membaca jawapan mereka.4. Murid diberi peneguhan berbentuk pujian bagi yang dapat menjawab dengan betul.

5. Murid yang memberi jawapan yang salah dibimbing oleh guru.BBB :-Lembaran kuiz bertulis.

TKP :-Verbal-Kinestetik

KB :-Menyelesaikan masalah

BCB :-Kemahiran membaca-Kemahiran menulis

Penutup (5 minit)Rumusan isi pelajaran

Kognitif :Kata Sendi Nama

1. Murid-murid disoal tentang kegunaan kata sendi nama.2. Murid-murid diminta menyatakan kata sendi nama yan g dipelajari.3. Murid-murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang dipelajari.TKP :-Verbal-Interpersonal-Intrapersonal

Refleksi : _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

Kuiz Bertulis Kata Sendi Nama1. Tren Komuter itu __________________________ Bandar Tasik Selatan. (dari/daripada).2. Azzik menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ___________________________ (dari/daripada) universiti itu.3. Puan Maimunah sangat sayang _____________________________ (pada/kepada) anak-anaknya.4. _______________________ (Dari/Daripada) duduk di rumah sahaja, lebih baik saya berkebun.5. Jam tangan itu ada _________________________ (pada/kepada) Azlan.6. Ahmad berpaut __________ (di/pada) dahan itu.7. Tangisan bayi itu kedengaran ____________________ (hingga ke/hingga) rumah saya.8. Ayah bekerja _____________________ (di/dari) pagi _________________________ (hingga/hingga ke) petang.9. Saya sanggup berkorban ___________________________ (demi/demi untuk) negara.10. Saya membeli buku itu __________________ (untuk/bagi) adik.

PENUTUPSetelah Menyiapkan tugasan ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara iaitu pertama, pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam disiplin ilmu psikolinguistik dan sosiolinguistik merupakan sumber bermanfaat kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kedua, kajian Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS dalam Kalangan Guru Pelatih (Penulis Artikel : Tay Meng Guat) adalah bertujuan meninjau pengunaan bahasa SMS dalam kalangan guru pelatih institut Pendidikan guru Kampus Batu lintang dan mendapati bahawa bentuk kata yang paling popular dalam teks SMS ialah bentuk singkatan; kata singkatan ini diterjermahkan ke dalam pelbagai bentuk melalui beberapa proses yang berbeza; ciri lingustik yang ketara ialah pengguna SMS lebih mengutamakan kandungan mesej daripada bentuk komunikasi lantas menyebabkan wujudnya bentuk bahasa baharu yang melibatkan unsur pragmatik dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam penginterpretasian mesej antara pengirim dan penerima. Ketiga, rancangan pelajaran harian untuk tatabahasa Melayu Kata Sendi Nama telah dibuat berpandukan format yang menepati kehendak RPH KSSR Bahasa Melayu Tahun 3.

RUJUKAN

Awang Sariyan, (1980). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Janet Holmes, (2001). An Introduction To Sociolinguistics (2nd Edition), Longman

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2009). Teori Bahasa : Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisis Empat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed, (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia, Pulau Pinang : Universtiti Sains Malaysia.

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Adenan Ayob & Dr. Nathesan Sellapan, (2008). HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik, Kuala Lumpur : Open University Malaysia.20