76
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA ISU TEKANAN EMOSI GURU ________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN BAHAGIAN A : PENULISAN ESEI 1

TUGASAN KERJA KURSUS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Page 1: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

BAHAGIAN A :

PENULISAN ESEI

1

Page 2: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

NOOR SYAKINAH

BINTI SALLIHUDIN

1.0 ISU TEKANAN EMOSI GURU

Isu yang dipilih : Beban tugas guru

2

Page 3: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Tajuk Petikan Keratan Akhbar : “Tugas sampingan hilang fokus guru”

1.1 Sinopsis Tekanan Emosi Guru Berdasarkan Petikan Akhbar

Berdasarkan petikan keratan akhbar yang dipetik oleh saya, isu tekanan emosi yang

dihadapi oleh guru adalah disebabkan oleh tugas sampingan yang harus dipikul oleh

guru zaman sekarang. Ini menyebabkan guru berkenaan hilang fokus akibat

bebanan tugas dalam memikul tanggungjawab utama sebagai seorang guru iaitu

mengajar dan mendidik. Tugas sampingan ini sebenarnya membebankan guru

kerana menambahkan dan merumitkan masalah yang mungkin dihadapi oleh

seseorang guru. Sekiranya guru tersebut tidak dapat mengawal emosi yang dihadapi

dengan baik akibat daripada bebanan tugas yang semakin mencabar, guru tersebut

mungkin akan menghadapi tekanan emosi.

Contoh tugas sampingan yang harus dilakukan oleh guru zaman sekarang adalah

tugas seolah seperti seorang kerani, dimana guru dikehendaki mahir dalam

menggunakan komputer dan jaringan laman sesawang untuk mengisi data tahap

pencapaian pelajar. Ini adalah berpunca daripada pelaksanaan kurikulum yang

baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, guru sekarang

juga terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi-

jadi. Ini mungkin terjadi akibat daripada tugas sampingan guru yang tidak dapat

membentuk peribadi pelajar malah tindakan disiplin yang patut dikenakan terbatas

akibat terikat dengan peraturan.Justeru, sebahagian kecil guru yang tidak dapat

mengawal tekanan emosi dengan baik melakukan sesuatu perkara yang melanggar

3

Page 4: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

peraturan seperti mendera pelajar dan guru tersebut terpaksa berhadapan dengan

dakwaan oleh pihak luar pula.

Ekoran daripada bebanan tugas sampingan yang terpaksa dipikul oleh guru zaman

sekarang telah menyebabkan mereka tidak dapat menyempurnakan tugas mereka

dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan yang boleh

menyebabkan seseorang itu mengalami stres. Ketegangan yang berpanjangan

boleh mempengaruhi psikologi seseorang guru seperti hilang keyakinan, cepat

meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan sesorang guru itu

kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya. Selain itu,

didapati bahawa bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan

tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

2.0 INTERPRETASI ISU

4

Page 5: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Dewasa ini, negara kita semakin hari semakin bertambah maju. Berikutan itu,

semakin banyak dugaan dan cabaran terpaksa kita tempuhi. Begitu juga dalam

dunia pendidikan, dimana sistem pendidikan senantiasa berubah mengikut

peredaran masa dan zaman yang sejajar dengan keperluan sekarang serta masa

5

Tugasan sampingan hilang fokus guru

guru bukan saja terpaksa mematuhi karenah tugas dan dasar malah terpaksa mengawal selia pelajar dan

memastikan standard ditetapkan tercapai

guru bertanggungjawab dan berperanan menjana transformasi pendidikan selari dengan tuntutan semasa

peranan guru hari ini semakin mencabar dan memerlukan kudrat tinggi untuk melaksanakan setiap tugas

guru sekarang terikat dengan peraturan sebaliknya guru dulu diberi kuasa penuh melaksanakan peranan tanpa

campur tangan ibubapa

dulu guru hanya mengajar dan memantau masalah pelajar, kini melakukan kerja perkeranian, kursus dan sebagainya

Page 6: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

akan datang. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh pihak yang terlibat dalam dunia

pendidikan, ini termasuklah guru dan juga pelajar yang harus menempuhi pelbagai

dugaan dan cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara kerana

berhadapan dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan

sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Guru bukan saja

terpaksa mematuhi karenah tugas dan dasar malah terpaksa mengawal selia pelajar

dan memastikan standard ditetapkan tercapai. Tugas seorang guru pada zaman

sekarang kadang-kala melampaui kemampuan seseorang individu itu bagi

melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Guru sekarang terpaksa

melaksanakan tugas sampingan hingga menyebabkan guru hilang fokus dalam

tugas utamanya iaitu mengajar dan mendidik pelajar yang dihantar untuk

mendapatkan pendidikan di sekolah.

Umumnya, guru adalah seorang individu yang sangat berjasa kepada masyarakat

dan negara kerana tidak jemu melahirkan insan yang berjaya dan terbilang biarpun

zaman sudah memasuki alaf baru dengan pelbagai tanggungjawab yang kian sukar

dan mencabar. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sebahagian

tanggungjawab guru adalah melahirkan modal insan yang menyeluruh dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru juga diamanahkan untuk mengajar dan

mendidik anak bangsa hingga berjaya. Bahkah juga guru bertanggungjawab dan

berperanan menjana transformasi pendidikan selari dengan tuntutan semasa. Begitu

besar jasa guru namun ada juga segelintir masyarakat yang mempertikaikan

6

Page 7: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

kredibiliti dan integriti guru hingga mencemarkan imej mereka. Secara tidak

langsung, guru yang terlibat mungkin akan menghadapi tekanan akibat daripada

permasalahan tersebut ditambah pula dengan bebanan tugas yang pelbagai.

Seterusnya, guru turut menghadapi tekanan apabila didesak melaksanakan pelbagai

tugas di luar kemampuan. Peranan guru hari ini semakin mencabar dan memerlukan

kudrat tinggi untuk melaksanakan setiap tugas. Tugas sampingan yang perlu dipikul

oleh seseorang guru mungkin semakin bertambah pada masa hadapan. Masyarakat

berpendapat bahawa guru perlu bersedia dan mengubah anjakan paradigma sejajar

dengan perubahan dunia pendidikan global zaman millennium. Oleh yang demikian,

guru perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal bagi mengemudi

masa depan dunia pendidikan yang semakin mencabar. Ditekankan, guru kini bukan

saja memerlukan ketahanan fizikal, malah kekuatan emosi lebih penting bagi

mengelak tekanan yang bakal dihadapi. Tetapi, akibat daripada bebanan tugas yang

melampau tekanan emosi tidak dapat lagi dikawal sekiranya guru tersebut tidak tahu

bagaimana untuk mengawal emosi dengan baik.

Antara masalah lain yang dihadapi oleh guru zaman kini adalah guru sekarang

terikat dengan peraturan sedangkan guru pada zaman dahulu diberi kuasa penuh

melaksanakan peranan tanpa campur tangan ibubapa. Ini bermakna tugas bidang

guru secara tidak langsung telah dikawal oleh pihak lain dimana guru tidak lagi boleh

bertindak sesuka hati kerana terikat dengan peraturan yang ditetapkan. Ini

menyukarkan guru untuk melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Akibat

daripada itu, masalah disiplin makin menjadi-jadi kerana kuasa guru dalam mendidik

7

Page 8: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

pelajar menjadi insan lebih baik semakin terbatas. Akibatnya, guru yang tidak

mampu lagi mengawal emosi dengan baik akan melakukan sesuatu yang mungkin

menyebabkan ia menjadi isu yang besar contohnya seperti memukul pelajar yang

tidak berdisiplin.

Tugas guru pada zaman dahulu sudah berbeza dengan tugas guru zaman sekarang.

Dulu guru hanya mengajar dan memantau masalah pelajar, kini melakukan kerja

perkeranian, menghadir kursus dan sebagainya. Ini telah membebankan guru dan

mengakibatkan tekanan emosi ke atas guru akibat kesan daripada tugas sampingan

yang harus dipikul guru zaman sekarang. Ianya dapat dilihat apabila pelaksanaan

kurikulum yang baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

memerlukan guru menjadi kerani bagi mengisi data tahap pencapaian pelajar secara

sistem online. Ini menambahkan bebanan guru yang terpaksa bekerja lebih masa

kerana terpaksa melakukan tugas ini selepas waktu persekolahan disebabkan

permasalahan sistem online pada waktu kemuncak iaitu pada siang hari dan

beranggapan sistem online mudah digunakan pada sebelah malam kerana jarang

digunakan oleh kebanyakkan pada malam hari.

3.0 IMPLIKASI ISU TEKANAN EMOSI TERHADAP GURU DAN PENDIDIKAN

Sebagai seorang guru, kita sememangnya hendaklah sentiasa bersedia menghadapi

cabaran terutamanya cabaran semasa yang bakal dihadapi oleh guru-guru akan

8

Page 9: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

datang. Isu yang dihadapi oleh guru boleh mendatangkan implikasi yang positif dan

juga negatif ke atas diri seseorang guru itu.Berdasarkan isu yang telah saya

ketengahkan iaitu “Tugas Sampingan Hilang Fokus Guru” adalah melibatkan

bebanan tugas sampingan yang harus dihadapi oleh guru zaman sekarang.

Apa yang dapat diperkatakan, implikasi positif yang dapat dilihat adalah tugas

sampingan ini sebenarnya dapat membantu melahirkan guru yang mempunyai

pelbagai kemahiran dan dapat meningkatkan taraf pendidikan. Selain itu, tugas

sampingan ini juga dapat memajukan sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Namun, implikasi negatif adalah lebih ketara dapat dilihat berbanding implikasi

positif.

Isu bebanan kerja tugas sampingan guru ini hebat diperkatakan dan dibahaskan.

Sewajarnya tindakan diambil bagi mengurangkan bebanan tugas sampingan guru

ini. Guru sepatutnya menjadi pengamal ilmu dan meyebarkan ilmu bukannya

dibebani kerja-kerja perkeranian, kebajikan murid, disiplin, penjagaan alatan sekolah

dan lain-lain. Kerja-kerja sebegitu sepatutnya diuruskan oleh orang lain yang lebih

berkelayakkan dalam bidang tersebut. Bahkan lagi tidak semua orang mampu

melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Implikasi negatif yang dapat diketengahkan apabila guru menghadapi tekanan emosi

akibat bebanan tugas sampingan ini adalah guru tidak dapat memberikan fokus

utamanya terhadap pengajaran di dalam kelas. Ini kerana fikiran guru telah digangu

oleh masalah-masalah lain dan tugas sampingan yang dipikul dan telah

9

Page 10: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

dipertanggungjawabkan keatas mereka. Oleh yang demikian, guru yang tidak dapat

mengawal emosi dengan baik akan meyebabkan guru tersebut menghadapi tekanan

perasaan seperti kemurungan dan mengasingkan diri daripada orang lain.

Sekiranya bebanan tugas guru ini tidak dapat diatasi, guru yang menghadapi

masalah tekanan emosi mungkin juga akan menghadapi masalah lain. Akibat

daripada kesibukkan melaksanakan tugas sampingan, seseorang guru itu mungkin

mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Ini kerana sekiranya tugas

sampingan tidak sempat dilaksanakan pada waktu persekolahan, tugas tersebut

dibawa pulang ke rumah lalu perhatian terhadap keluarga diabaikan kerana terpaksa

melaksanakan tugas yang tertangguh semasa berada di rumah.

Bebanan tugasan selain daripada mengajar yang ditanggung oleh guru memberi

kesan kepada mutu pengajaran guru itu sendiri. Guru sekarang terpaksa

melaksanakan tugas lain seperti menyemak tugasan murid, memuat turun markah-

markah murid dan mengemas kini maklumat pelajar dari semasa ke semasa secara

online. Jika dahulu, maklumat-maklumat murid seperti markah dan lain-lain hanya

direkodkan di dalam buku yang dikhaskan. Sebilangan guru masih kurang mahir

dalam bidang teknologi khususnya guru-guru yang sudah berkhidmat lebih daripada

15 tahun. Bagi mereka, sistem itu membebankan mereka.

4.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU TEKANAN EMOSI GURU

Sebagai seorang guru, kita sewajarnya bersedia dalam menghadapi apa juga

dugaan dan cabaran kerana bidang pendidikan merupakan bidang professional.

10

Page 11: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Oleh itu, seseorang guru itu mestilah bijak dalam mencari jalan penyelesaian dalam

menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi.

Cadangan pertama yang dapat mengatasi masalah tekanan emosi akibat daripada

bebanan kerja tugas sampingan ini adalah seseorang guru itu mesti tahu

kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu. Sekiranya tugas yang

diberikan tidak mampu dipikul, guru tersebut boleh menolak secara baik akan tugas

yang diberikan dan berikan tanggungjawab tugas tersebut kepada guru lain yang

lebih layak dan tahu selok belok tentang tugas tersebut. Ini dapat mengelakkan

tekanan emosi guru yang tidak mampu melaksanakan tugas yang diluar bidang

kuasanya.

Cadangan kedua adalah guru yang menghadapi masalah tekanan emosi ini boleh

berkongsi padangan dan meluahkan kepada individu yang memahami bidang tugas

seorang guru atau individu yang boleh dipercayai. Ini kerana tekanan emosi yang

dihadapi sekurang-kurangnya dapat diringankan apabila dikongsikan bersama orang

lain. Selain itu, perkongsian permasalahan tersebut mungkin dapat diselesaikan

apabila diluahkan masalah yang dihadapi dan mereka membantu dalam memberi

pendapat dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Seterusnya, cadangan ketiga adalah guru digalakkan untuk melibatkan diri dalam

kumpulan perbincangan atau forum. Guru boleh mendapatkan nasihat daripada guru

lain yang berpengalaman dalam mengalami masalah-masalah yang sama semasa

berada dalam kumpulan perbincangan atau forum. Ini dapat membantu guru yang

11

Page 12: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

menghadapi tekanan emosi menguruskan masalah yang dihadapi berdasarkan

pendapat, pandangan dan nasihat orang lain.

Disamping itu, cadangan lain yang dapat diketengahkan dalam mengatasi tekanan

emosi adalah dengan menghadiri bengkel pengurusan masa, pengurusan tugas dan

juga pengurusan stress agar dapat membantu guru menyelesaikan tekanan emosi

berkenaan. Bengkel sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu guru

menguruskan diri dan emosi. Bahkan ia juga baik bagi melahirkan guru yang

produktif dan terhindar daripada tekanan.

5.0 RUJUKAN

12

Page 13: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Noriati A. Rashid, etc ( 2004 ), Siri Pendidikan Guru: Guru Dan Cabaran Semasa.

Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Tugas Sampingan Hilang Fokus Guru, dilayar pada 23 Ogos 2014

http://www.hmetro.com.my/articles/Tugassampinganhilangfokusguru/Article

13

Page 14: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

NORZAFIRAH

BINTI MOHD ZAKI

14

Page 15: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

1.0 PENDAHULUAN

Isu yang dipilih : Masalah Disiplin Murid

Tajuk keratan akhbar : Guru Pukul Pelajar dengan Kasut diberi Kaunseling

Tarikh Keratan Akhbar : 05 MAC 2007

1.1Sinopsis Tekanan Emosi Guru Berdasarkan Petikan Akhbar

Isu utama yang dipilih sebagai isu tekanan emosi adalah isu guru pukul

murid. Laporan dari Utusan Malaysia Online bertarikh 05 Mac 2007 yang bertajuk

“Guru pukul murid dengan kasut diberi kaunseling’ telah menjadi satu berita yang

hangat diperkatakan. Di dalam berita ini menyatakan bahawa seorang guru bahasa

Inggeris telah memukul tiga orang muridnya dengan menggunakan kasut tumit

tinggi. Ketiga-tiga murid ini dikatakan melakukan kesalahan tidak membawa buku

latihan matapelajaran Bahasa Inggeris. Menurut berita tersebut, dua daripada tiga

murid tersebut terpaksa menerima dua jahitan di kepala manakala seorang lagi

murid menerima satu jahitan.

Guru tersebut merupakan seorang guru yang cemerlang. Hal ini kerana menurut

laporan berita, guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kerana

berjaya meningkatkan prestasi pelajar. Dia juga pernah menerima sijil penghargaan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998. Guru tersebut kemudiannya

diarahkan menjalani sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca sebenar yang

membawa kepada tingkah laku sedemikian. Hal ini kerana, tindakan guru tersebut

telah meninggalkan persoalan tentang punca sebenar tindakan guru tersebut kerana

dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebelum ini.

15

Page 16: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.0 INTERPRETASI ISU

2.1 Pengurusan Grafik

16

“GURU PUKUL PELAJAR DENGAN KASUT DIBERI

KAUNSELING”SUMBER ; UTUSAN MALAYSIA

TARIKH : 05/03/2007

Interpretasi isu:Guru memukul murid dengan kasut tumit tinggiMerupakan guru subjek Bahasa Inggeris Seramai 3 orang murid yang terlibatMengakibatkan kecederaan pada kepala muridTurut memukul beberapa murid-murid lainBerpunca kerana murid gagal membawa buku Latihan Bahasa Inggeris

TEKANAN EMOSI / STRES

KEMARAHANKemarahan yang melampau akan

mengundang tekanan dan kemudian diekspresikan

dengan menengking orang

Kurang penghargaan dari organisasi

(sekolah)

TEKANAN KERJATugas-tugas guru yang

semakin bertambah

SIKAP MURIDPertentangan nilai moral dan etika di

antara sikap manusia

Masalah komunikasi yang tidak berkesan

1

2

3

4

5

Page 17: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.2 Sebab Dan Punca Terjadinya Isu

Menurut buku Membina Sukses Tanpa Stres yang ditulis oleh Nur Hanani

Husin ( 2007 ), menyatakan setiap orang, pada pelbagai peringkat dalam kehidupan

mereka pasti tidak boleh lari dari mengalami stres. Berdasarkan kepada artikel

keratan akhbar “Guru Pukul Murid Dengan Kasut diberi Kaunseling” bertarikh 05

Mac 2007, Jika diteliti artikel tersebut, isu utama yang membawa kepada terjadinya

perkara tersebut adalah tekanan emosi atau lebih tepat lagi stres. Ini menunjukkan

tekanan emosi juga boleh berlaku kepada guru sama ada guru sekolah rendah

mahupun sekolah menengah.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan emosi

kepada seorang guru. Tekanan emosi guru juga mungkin disebabkan oleh sikap

murid itu sendiri. Berdasarkan artikel yang dipilih, punca utama tekanan emosi guru

terbabit adalah sikap murid. Menurut Kyriacou ( 1987 ), antara punca berlakunya

stres ialah tekanan masa, sikap buruk pelajar terhadap sekolah, dan kurangnya

motivasi di sekolah, serta bilangan pelajar yang ramai di dalam bilik darjah.

Berdasarkan kepada penyataan beliau ini dapat disimpulkan bahawa tekanan emosi

guru juga boleh berpunca dari sikap murid. Cabaran utama kepada seseorang guru

adalah untuk berhadapan dengan pelbagai kelakuan dan perangai murid. Hal ini

merupakan salah satu faktor berlakunya tekanan emosi kerana murid yang

mempunyai sikap buruk akan menimbulkan pelbagai masalah seperti tidak

membawa buku ke sekolah, tidak menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Tingkah

17

Page 18: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

laku yang ditunjukkan oleh murid ini akan memberikan kesan kepada emosi guru

akhirnya ia akan menjadikan guru berasa tertekan.

Di samping itu, Menurut Nur Hanani Husin lagi, kemarahan merupakan salah satu

faktor penting berlakunya tekanan emosi. Hal ini kerana, kemarahan yang

melampau akan mengundang kepada tekanan. Akibatnya, seseorang individu itu

akan mengekspresikan marahnya dalam bentuk tingkah laku. Ini dapat dilihat isu

yang dipilih d imana mungkin pada hari berkenaan guru tersebut telah terlambat ke

sekolah hanya disebabkan kesesakan lalu lintas. Keadaan ini menimbulkan

kemarahan yang melampau kepada guru tersebut kerana terpaksa menghadapi

situasi yang sama setiap hari. Jadi bagi menghilangkan rasa marah pada kesesakan

jalan raya, guru tersebut mengekpresikan marahnya kepada murid dengan

menengking dan memukul muridnya.

Selain itu, menurut Dunham & Varma ( 1998 ), seseorang guru yang mengalami

stress juga berpunca daripada tekanan masa dan bebanan kerja. Oleh yang

demikian, berdasarkan kepada isu yang dipilih dapat dilihat guru tersebut bertindak

sedemikan mungkin disebabkan oleh tekanan kerja. Guru ialah pihak yang

bertanggungjawab dalam membentuk diri seseorang individu. Namun demikian,

tanggungjawab guru pada zaman millennium dilihat sangat mencabar kerana turut

terpaksa memikul beban sampingan. Hal ini secara tidak langsung akan

menyebabkan berlakunya tekanan emosi kepada guru. Guru pada masa kini

dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas-tugas pentadbiran sekolah,

penasihat persatuan dan kelab serta guru terpaksa melakukan pelbagai jenis tugas

18

Page 19: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan tugas pentadbiran seperti

memasukkan data murid ke dalam sistem. Walau pun tugas ini dilihat mudah,

namun ini merupakan salah satu beban kepada guru dan akan mengakibatkan

berlakunya tekanan emosi kerana kadang kala tidak berpeluang mendapatkan rehat

yang secukupnya.

Selain dari itu, tekanan emosi juga boleh berpunca di tempat kerja iaitu sekolah.

Tekanan emosi yang berpunca dari tempat kerja antaranya adalah kurangnya

penghargaan dari organisasi. Jika dilihat pada artikel yang dipilih, guru tersebut

sebelum ini merupakan seorang guru yang cemerlang. Hal ini kerana guru tersebut

telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. Tekanan

emosi terjadi mungkin disebabkan oleh pihak sekolah tidak memberikan

penghargaan ke atas usaha yang dilakukan oleh guru tersebut. Hal ini menyebabkan

guru tersebut rasa tidak dihargai dan ini secara tidak membawa kepada tekanan

emosi.

Guru juga mungkin menghadapi tekanan emosi yang disebabkan oleh punca-punca

peribadi. Punca –punca peribadi adalah seperti kesihatan guru terjejas ataupun

berlaku kematian atau kemalangan yang menyebabkan guru tersebut kesedihan

serta pertengkaran keluarga. Menurut Nur Hanani Husin lagi, punca peribadi seperti

kesedihan yang berpanjangan akan memberikan kesan negatif kepada diri. Hal ini

kerana ini secara tidak langsung akan menjejaskan karier dan hidup seseorang

individu itu. Hubungan dengan ahli keluarga adalah amat penting bagi seseorang

guru. Ini kerana, hubungan ini merupakan satu bentuk sokongan kepada guru

19

Page 20: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

tersebut. Sekiranya berlaku pertengkaran dan persilisihan faham akibat masalah

komunikasi yang tidak berkesan makan ini secara tidak langsung akan

menyebabkan guru tersebut menghadapi tekanan emosi.

Berdasarkan kepada faktor-faktor yang dibincangkan ini, dapatlah disimpulkan

bahawa guru boleh bertindak untuk melakukan sesuatu perkara di luar kotak

pemikiran mereka jika mereka mengalami tekanan emosi yang serius. Oleh yang

demikian, adalah penting untuk seseorang guru dalam menangani tekanan emosi

dengan berkesan.

20

Page 21: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

3.0 IMPLIKASI ISU KE ATAS DIRI SEBAGAI GURU

Laporan dari Utusan Online, 12 Disember 2012, seramai 530 orang guru iaitu

mewakili 0.128 peratus daripada guru di seluruh negara menghadapi masalah

gangguan mental. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada proses intervensi yang

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun tersebut. Berdasarkan kepada

laporan tersebut, isu tekanan emosi ini memberikan implikasi yang amat besar ke

atasi diri seseorang individu yang bergelar guru. Guru yang mengalami tekanan

emosi akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang dialami oleh

mereka dapat berakhir.

Masalah tekanan emosi ini secara tidak langsung akan memberikan implikasi

terhadap diri saya sebagai seorang guru yang sentiasa menghadapi cabaran

semasa. Hal ini kerana apabila seseorang mengalami tekanan emosi, ia secara tidak

langsung akan menjejaskan kesihatan seseorang itu. Ini adalah merangkumi kepada

masalah gangguan psikologi. Berdasarkan buku Membina Sukses tanpa Stres,

keadaan kegelisahan yang berpanjangan akan menghasilkan paras hormon cotrisol

yang tinggi. Hormon ini akan menekankan fungsi pertahanan badan dan

memudahkan diri mendapat penyakit. Penyakit stres fizikal juga akan terjadi pada

diri seseorang individu yang mengalami tekanan emosi. Seseorang akan mudah

mendapat penyakit stres fizikal seperti seperti selesema, sakit kepala, sakit belakang

dan sakit pinggang. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan di dalam bukunya

bahawa separuh daripada pesakit-pesakit yang menemui doktor perubatan

sebenarnya mempunyai penyakit yang berpunca daripada tekanan emosi. Apabila

21

Page 22: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

seseorang guru itu sering mengalami masalah kesihatan, hal ini secara tidak

langsung akan memberikan kesan kepada murid. Ini kerana guru tidak dapat

menumpukan perhatian kepada murid dan kadang-kala guru terpaksa mengambil

cuti sakit.

Selain itu, tekanan emosi juga secara tidak langsung akan mengakibatkan

seseorang itu hilang daya juang. Ini adalah kerana apabila seseorang individu tidak

dapat mengatasi tekanan emosi yang dialami mereka, maka ini akan mudah

membuatkan diri hilang kekuatan bagi menghadapi cabaran.

Implikasi dari isu tekanan emosi ini juga akan membawa kepada masalah ponteng

kerja. Hal ini merupakan satu kesan yang berlaku ke atas tingkah laku seseorang.

Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin ( 2011 ), masalah ponteng kerja ini

merupakan perkara serius yang dilakukan oleh indvidu yang tertekan. Keratan

akhbar daripada sebuah akhbar tempatan terkemuka, Berita Harian bertarikh 27 Jun

2010, melaporkan bahawa kes salah laku guru terutama guru ponteng semakin

meningkat dan perlu dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Masalah ponteng kerja dalam kalangan guru ini secara tidak langsung akan

menjejaskan proses pengajaran. Berdasarkan kenyataan Finlayson (2003),

sekiranya seorang guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,

maka ianya akan memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan

juga pegalaman remaja. Ini kerana, apabila seseorang guru itu ponteng, ia akan

menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka dan pelajaran

yang sepatutnya diberikan kepada murid tidak dapat diaplikasikan.

22

Page 23: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Selain itu, isu guru pukul murid ini juga turut membawa implikasinya yang tersendiri

kepada bidang keguruan. Ini kerana, isu guru pukul murid ini juga akan membawa

kesan kepada hubungan guru dan murid. Hubungan guru akan menjadi semakin

renggang di mana semua murid akan berasa takut untuk menuntut ilmu dengan guru

tersebut. Dalam situasi ini, murid akan merasa tidak selamat untuk meneruskan

proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru tersebut.

Implikasi lain yang akan berlaku sekiranya masalah tekanan emosi ini tidak

diselesaikan adalah hilangnya kepercayaan dari ibu bapa. Ini kerana ibu bapa

merasakan keselamatan anak mereka sedikit terancam apabila berhadapan dengan

guru yang mempunyai masalah tekanan emosi dan akan merisaukan ibu bapa untuk

terus menghantar anak mereka ke sekolah. Hal ini juga secara tidak langsung akan

menyebabkan pihak sekolah dan guru dipandang serong akibat daripada isu ini.

Selain itu, isu ini juga akan turut memberikan implikasi terhadap kerja seorang guru.

Hal ini kerana, seorang itu boleh dibuang kerja jika sekiranya masalah yang

dialaminya adalah serius. Selain dibuang kerja, seorang guru yang menghadapi

masalah tekanan juga berkemungkinan untuk digantung kerja sekiranya guru tidak

dapat mengawal masalah tekanan emosi yang mereka hadapai. Hal ini juga secara

tidak langsung akan menjejaskan profesion perguruan. Sekiranya berita mengenai

guru dibuang kerja atau digantung kerja diketahuai umum, ini akan menyebabkan

profesion perguruan ini dipandang rendah oleh pelbagai lapisan masyarakat.

23

Page 24: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

4.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU

“Stress memang tidak dapat dielakkan. Yang paling penting ialah cara

menhadapinya”. Ini merupakan salah satu kenyataan yang dipetik dari seorang ahli

psikologi, Dr. Ibrahim Hashim dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Berdasarkan kepada kenyataan beliau ini, dapat disimpulkan bahawa terdapat

banyak cara dalam mengatasi isu yang dipilh.

Komunikasi yang efektif merupakan salah satu cara yang sesuai dalam mengatasi

isu guru pukul murid ini. Hal ini demikian kerana melalui kata-kata yang lembut dan

sesuai mampu mengurangkan komunikasi positif yang merupakan tidnakan orang

yang tidak tertekan. Melalui komunikasi yang efektif ini secara tidak langsung akan

membantu guru dalam mengawal tatakelakuan dan tatatertib sebagai seorang

penjawat awam. Berdasarkan kepada peraturan 4A ( gangguan seksual ) seseorang

penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.

Ganguan seksual yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengambil kira segala

keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina dan

terugut. Oleh yang demikian, melalui komunikasi yang efektif iaitu berhemah

sewaktu berinteraksi dengan murid, seseorang guru dapat mengelakkan daripada

berlakunya gangguan seksual kepada murid. Ini juga secara tidak langsung turt

dapat mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh guru.

Selain itu, bagi mengatasi isu berkenaan, seseorang guru itu perlu berani belajar

berkata tidak. Berdasarkan Noriati A.Rashid dan rakan-rakan ( 2010 ) menerusi buku

24

Page 25: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Guru dan Cabaran Semasa, langkah menangani stres adalah “ belajar cara untuk

mengatakan ‘tidak’ atau ‘tak mahu’ “. Ini membuktikan bahawa cara ini amat sesuai

dalam mengatasi isu ini. Hal ini kerana, bebanan kerja yang banyak merupakan

punca berlaku tekanan emosi dan akhirnya membawa kepada timbulnya isu guru

pukul murid. Jika guru berkebolehan untuk menolak tugasan yang diberikan ini

secara terus dan bersopan ini dapat mengelakkan guru daripada terus menanggung

bebanan kerja yang akan menyebabkan berlakunya tekanan emosi.

Di samping itu juga, dalam mengatasi isu ini, pihak sekolah juga turut memainkan

peranan penting. Pihak sekolah haruslah mewujudkan khidmat kaunseling bagi guru

yang bermasalah. Dalam membentuk sekolah yang berkualiti, seseorang pemimpin

perlu mangambil tahu masalah yang dihadapi oleh ahlinya dan cuba membantu

menyelesaikan. Oleh yang demikian, dengan mewujudkan khidmat kaunseling bagi

menyelesaikan masalah guru yang bermasalah dapat menonjolkan ciri kepimpinan

yang terdapat pada pemimpin tersebut. Melalui cara ini, pemimpin akan memimpin

dengan menggunakan perkonsongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang

dikemukan oleh setiap ahli. Dengan cara ini juga secara tidak langsung akan

membantu guru yang mempunyai tekanan peranan kerana mereka akan merasa

lebih dihargai. Jesteru itu, masalah seperti guru pukul murid akan dapat di atasi

kerana mereka berpeluang untuk menonjolkan potensi diri mereka.

Mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria juga merupakan salah satu cara yang

dapat dilaksanakan bagi mengatasi isu ini. Hal ini kerana suasana yang ceria akan

mempengaruhi emosi seseorang individu itu. Pengurusan bilik darjah yang baik ini

25

Page 26: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

adalah perlu kerana bilik darjah merupakan tempat para murid untuk menuntut ilmu.

Suasana kelas yang bising, dan tidak teratur merupakan salah satu punca

berlakunya tekanan emosi di kalangan guru. Berdasarkan buku HBPE4203 Psikologi

dan Sosiologi Sukan, Lazarus dan Folkman ( 1984 ) menyatakan bahawa tekanan

emosi sebagai hubung tertentu antara individu dengan persekitaranya. Oleh itu,

suasana persekitaran bilik darjah perlu diubahsuai bagi mengatasi isu ini.

Dalam menangani isu tekanan emosi ini, guru haruslah mengamalkan gaya hidup

sihat. Melalui amalan cara hidup sihat ini aktiviti sesi sukan guru dapat dilaksanakan.

Melalui aktiviti ini guru dapat melegakan stres yang terkumpul. Pihak sekolah

memainkan peranan penting dalam melibatkan guru dengan aktiviti sukan terutama

aktiviti sukan yang membawa kepada pembentukan intergrasi nasional. Melalui

aktiviti seperti sukan yang melibatkan guru dengan seluruh warga sekolah ini, ia

secara tidak langsung akan membantu mewujudkan sikap kerjasama, tolong-

menolong serta mewujudkan suasana muhibah. Dengan adanya suasana seperti ini

secara tidak langsung telah mempengaruhi emosi seseorang individu terutamanya

guru kerana telah wujudnya persefahaman dan toleransi antara semua pihak.

Jesteru, acara sukan juga merupakan salah satu cara yang paling penting dalam

mengatasi isu guru pukul pelajar ini.

26

Page 27: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, tekanan emosi terjadi apabila kita terlalu tertekan oleh keadaan

sekeliling. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat mengendalikan tekanan emosi

mereka dengan bijak ini akan mempengaruhi kehidupan seharian. Maka timbullah

pelbagai isu seperti guru pukul murid dengan kasut, guru poteng, guru pukul murid

sehingga mati dan banyak lagi. Tekanan emosi sebenarnya dapat dielakkan

sekiranya seorang guru itu bijak mengawal keadaan dan situasi yang menekan

mereka. Hal ini kerana kerjaya seorang guru merupakan satu kerja yang paling

mencabar. Oleh itu, guru haruslah berusaha dalam menangani tekanan emosi

supaya dapat meningkatkan profesionalisime yang tinggi di mana ia dapat menjadi

contoh dan teladan kepada murid.

27

Page 28: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

6.0 RUJUKAN

Dr. Mohar Kasim dan Nurhaziyanti bt Mohammad Khalid ( 2008 ). HBPE4203

Psikologi dan Sosiologi Sukan. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Guru pukul pelajar dengan kasut diberi kaunseling. ( 05 Mac 2007 ). Diperoleh Ogos

25, 2014 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt

=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Noriati A. Rashid, etc ( 2004 ), Siri pendidikan guru: guru dan cabaran semasa.

Selangor : Oxford fajar sdn. Bhd

Nor Hanani Hussin ( 2007 ), Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor: Edusystem

Sdn. Bhd.

Noor Hamizah Abu Bakar ( 2012 ), Guru lebih Stres. Diperoleh Ogos 25, 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-

stress

Panduan menangani tekanan di tempat kerja, ( n.d ). Diperoleh pada Ogos 28, 2014

dari halaman http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/stress1.html

Sharifah Alwiyah Alsagoff ( 1987 ), Psikologi Pendidikan I: konsep asas psikologi

dan psikologi pendidikan, psikologi perkembangan. Selangor : Longman

Malaysia Sdn.Bhd.

28

Page 29: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

WAN IKA MALINI

SYUHADA BINTI

AZMAN

29

Page 30: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

1.0 ISU TEKANAN EMOSI GURU

Isu yang dipilih : Tekanan emosi akibat daripada masalah disiplin

murid

Tarikh Keratan Akhbar : 14 September 2012

Tajuk keratan akhbar : Guru Disiplin Cedera Dibelasah 10 Pelajar

(LAMPIRAN)

1.1 Sinopsis Tekanan Emosi Guru Berdasarkan Petikan Akhbar

Berdasarkan tajuk keratan akhbar di atas, satu tekanan emosi guru dapat dikenal

pasti dialami oleh guru.Tekanan emosi tersebut adalah berpunca daripada sikap dan

tingkah laku murid di sekolah yang keterlaluan dan mengakibatkan kecederaan

kepada seorang guru di salah sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.Kejadian itu

berlaku pada pukul 7.30 pagi.Guru tersebut dipercayai menegur sekumpulan pelajar

yang lambat menyertai perhimpunan dan telah dipukul oleh kumpulan pelajar

berkenaan kerana memprotestindakan guru terbabit yang naik ke atas kelas untuk

mengarahkan mereka untuk turun ke tapak perhimpunan.

Berdasarkan keratan akhbar ini, dapatlah dirumuskan bahawa masalah disiplin di

kalangan pelajar amatlah membimbangkan para guru.Mereka bertindak terlalu

berani sehinggakan mengancam nyawa guru.Menurut Kyriacou (2000) di dalam

buku Guru Dan Cabaran Semasa karya Noriati a. Rashid dan rakan-rakan, stres

guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti

30

Page 31: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada

tugasnya sebagai seorang guru. Berdasarkan petikan ini, guru dilihat mengalami

tekanan emosi disebabkan oleh masalah disiplin murid terutamanya guru

wanita.Perkara ini telah menimbulkan rasa takut dan terancam di kalangan guru

untuk menegur dan mengubah tingkah laku negatif murid.

Jika suatu ketika dahulu guru mempunyai kuasa untuk menegur dan melakukan

denda bagi memberi pengajaran kepada murid, sekarang ianya tidak lagi.Malah

ianya dianggap tidak releven dengan sistem pendidikan negara masa kini.Murid

dilihat semakin berani dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menghindarkan diri

mereka daripada dikenakan tindakan oleh guru kerana masalah disiplin yang

dilakukan. Bagi membincangkan isu masalah tekanan emosi guru yang melibatkan

masalah disiplin murid dengan lebih mendalam, satu pengurusan grafik telah

dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor tekanan emosi guru ini berlaku. Huraian

dalam bentuk esei turut dilakukan berdasarkan faktor-faktor tekanan emosi yang

melibatkan masalah disiplin murid, implikasi isu tersebut kepada guru dan dunia

pendidikan dan cadangan cara mengatasi masalah tekanan emosi yang dialami oleh

guru tersebut.

31

Page 32: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.0 PENULISAN ESEI

2.1 Interpretasi isu. (Grafik)

32

Faktor Tekanan

Emosi Guru Berdasarkan

Masalah Disiplin Murid

1. Faktor MuridTerikut-ikut dengan kehendak diri.Kelemahan perkembangan mental.

2. Faktor Ibu Bapa dan KeluargaIbu bapa atau keluarga tidak prihatin masalah anak.

3. Faktor SekolahKawalan disiplin sekolah yang ketat.

4. Faktor GuruGuru kehilangan kuasa mengenakan tindakan kepada pelajar.

5. Faktor Media MassaFilem berunsur ganas.Muzik "rock".

6. Faktor Rakan SebayaBerkerjasama melawan guru.

Page 33: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.1 Interpretasi Isu. (Penulisan Esei Faktor Berlakunya Tekanan

Emosi Guru Berdasarkan Masalah Disiplin Murid)

Kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan guru-

guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi

salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di sekolah, guru

berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai

antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru

terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising,

biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas, misalnya

pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu rakan-

rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Isu-isu disiplin ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang masih tidak

dapat dibendung lagi pada hari ini.Faktor yang pertama ialah ianya disebabkan oleh

faktor murid itu sendiri.Murid menjadi tidak disiplin kerana mengikuti kehendak-

kehendak diri mereka sendiri yang terikut-ikut dengan budaya yang tidak

baik.Sebagai contoh, murid melanggar peraturan-peraturan sekolah sewaktu belajar

atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah

menyalahi peraturan.Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh

membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah.Murid-murid yang lemah

belajar dan sering gagal dalam peperiksaan akan merasa kecewa hilang minat untuk

belajar. Apabila murid tidak berminat untuk belajar dan guru tidak pula berusaha

untuk menarik minat mereka, murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan

33

Page 34: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka termasuklah tingkah laku yang

boleh mengundang kepada masalah disiplin pelajar. Apabila murid melanggar

disiplin yang ditetapkan dan dapat dikesan oleh guru, murid akan melakukan apa

sahaja untuk melepaskan diri mereka dari tindakan undang-undang disiplin

sehinggakan dapat mencederakan orang lain termasuk guru itu sendiri. Apabila

perkara sebegini terjadi, guru akan mengalami tekanan yang tinggi untuk

mengendalikan pelajar sebegini. Oeh itu, masalah disiplin daripada murid di sekolah

juga lah yang telah membawa kepada tekanan guru masa kini.

Faktor yang kedua yang menyebabkan tekanan emosi guru berkaitan disiplin murid

di sekolah adalah disebabkan oleh faktor ibu bapa dan keluarga murid.Ibu bapa dan

keluarga murid menghantar anak ke sekolah dan melepaskan tanggungjawab

sepenuhnya kepada guru.Hal ini bukanlah berlaku terhadap kebanyakan ibu bapa

atau keluarga murid.Namun, kajian menunjukkan murid yang bermasaalah disiplin di

sekolah adalah disebabkan oleh ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang diri

murid tersebut.Kajian Yaakub Hj. Yusof (1977) menunjukkan bahawa 50% daripada

murid-murid yang ponteng adalah murid-murid yang menghadapi banyak gangguan

hidup sehari-hari, danapabila merasa diri terpencil di sekolah, mereka akan mencari

jalan keluar dengan cara lari dari sekolah.Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa

masalah murid yang melakukan masalah disiplin tegar adalah datangnya dari

keluarga yang bermasalah.Pengajaran adalah bermula dari rumah.Jika ibu bapa

dapat mencorakkan anak mereka dengan baik bermula dari rumah, maka masalah

disiplin di sekolah dapat dikurangkan.Seandainya, masalah disiplin di sekolah dapat

34

Page 35: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

dikurangkan dan dibendung, guru-guru pastinya dapat mengajar murid dengan baik

tanpa mengalami stres.

Faktor ketiga yang menyebabkan stres di kalangan guru dilihat pula dari segi faktor

sekolah.Apa yang dapat diperkatakan berdasarkan berdasarkan faktor ketiga ini

ialah sekolah sememangnya sekolah turut memainkan peranan penting dalam

menangani masalah disiplin murid. Kajian yang dijalankan oleh Reynolds (1977)

menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang kadar hukuman deranya tinggi

mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah-sekolah yang lain.

Sekolah yang ketat kawalan disiplinnya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin

kerana murid-murid menentang kawalan ketat ini dengan berbagai bagai perlakuan

buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan, dan juga menentang guru.

Seandainya budaya sekolah penyayang dapat diterapkan dengan baik di dalam diri

murid, sudah semestinya masalah disiplin dapat berkurangan serta seterusnya

dapat menyelesaikan masalah stres guru berkaitan masalah disiplin murid yang

berlaku di sekolah.

Faktor keempat yang ingin dibincangkan ialah faktor guru itu sendiri. Guru abad ini

seolah-olah telah hilang kuasa dalam pembentukan diri dan jati murid dalam

mengenakan sebarang tindakan kepada murid. Disiplin di sekolah adalah secara

rasminya adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong

kanan.Namun, guru-guru lain juga merupakan guru yang bertanggungjawab

menjaga tingkah laku murid terutamanya di dalam bilik darjah.Apa yang terjadi pada

zaman ni ialah guru tidak boleh mengenakan sebarang tindakan yang menyentuh

35

Page 36: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

diri murid itu sendiri. Malahan juga, leteran guru juga telah diistiharkan sebagai

penderaan mental kepada murid.Di manakah kuasa dan tanggungjawab guru

diletakkan? Jika guru mencubit, mahupun mendenda murid untuk tujuan memberi

pengajaran, murid pastinya akan melaporkan hal berkenaan kepada ibu bapa

mereka dan ibu bapa akan menyerang guru berkenaan seolah-olah guru pula yang

bersalah dalam mengenakan tindakan yang ingin memberi pengajaran kepada murid

itu. Maka dengan itu, faktor guru yang kehilangan kuasa adalah antara punca utama

mengapa guru semakin stres jika melibatkan masalah disiplin murid.Murid-murid

nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas melakukan perbuatan

yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak

mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka.Malah, murid juga dilihat

berani mencabar kewibawaan guru.

Faktor yang kelima dilihat ialah faktor media massa yang semakin merisaukan ramai

pihak abad ini. Terdapat pelbagai unsurnegatif yang disalurkan melalui media masa

terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai

dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara.Laporan akhbar dan

televisyen menunjukkan masalah disiplin di kalangan remaja dan kanak-kanak

berlaku selepas menonton filem berunsur ganas.Selain itu, pengaruh muzik khasnya

muzik “rock” sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya golongan muda yang

masih di peringkat konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu

diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan fahaman

mereka tentang sesuatu perkara. Perkara ini telah menonjolkan akhlak yang tidak

baik dalam proses pembelajaran. Kesannya akanmeresap secara halus ke dalam

36

Page 37: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian. Maka

dengan itu, tidak hairanlah mengapa masalah disiplin di sekolah berlaku dengan

pesat sekali pada abad ini. Murid dilihat mengaplikasikan apa yang mereka lihat di

kaca televisyen yang mengundang masalah disiplin yang tinggi di kalangan mereka

yang seterusnya meningkatkan tekanan guru yang harus memerhatikan tindak

tanduk mereka setiap masa agar tidak menimbulkan masalah kepada sekolah. Guru

mengalami tekanan dalam mengawal murid dari melihat perkara-perkara yang tidak

baik untuk diri mereka. Malah, guru tidak dapat memantau murid pada setiap masa.

Faktor keenam ialah faktor rakan sebaya yang dilihat amat membimbangkan guru-

guru.Rakan sebaya dilihat banyak memainkan peranan dalam aktiviti sosial

murid.Masalah disiplin yang ketara di sekolah seperti gangsterisma dan vandalisma

yang kebanyakannya berlaku secara berkumpulan. Petikan akhbar Berita Harian

yang dikeluarkan pada 14 September 2011 yang bertajuk Guru Disiplin Cedera

Dibelasah 10 Pelajar telah membuktikan bahawa murid-murid bertingkah laku ganas

adalah secara berkumpulan. Maka dengan itu, faktor rakan sebaya telah memainkan

peranan penting terhadap masalah disiplin murid yang menyebabkan stres yang

tinggi di kalangan guru.

37

Page 38: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.2 Implikasi Isu Tekanan Emosi Terhadap Guru Dan Pendidikan

Isu masalah disiplin murid yang menyebabkan tekanan kepada guru telah memberi

implikasi yang besar kepada guru khasnya dan kepada bidang pendidikan amnya.

Implikasi pertama yang dilihat berlaku kepada guru ialah ianya mengakibatkan

perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta

kekecewaan yang berpunca dari masalah displin murid. guru juga dilihat akan

menghadapi masalah burnout yang mana akan memberi kesan buruk terhadap diri

guru itu sendiri. Menurut (Schwab et. Al. 1986) di dalam buku Guru dan Cabaran

Semasa hasil karya Noriati A. Rashid dan rakan-rakan, ahli pendidik mendifinisikan

burnout guru sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan

dan satu perasaan pencapaian yang semakin menurun. Jika perkara ini terjadi, guru

akan menjadi hilang semangat untuk mengajar. Guru yang menghadapi burnout

tidak dapat memberi perhatian terhadap pengajaran mereka yang bertujuan untuk

memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat

yang berguna.

Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri

akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan

juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini telah membawa kepada

implikasi kedua kepada guru yang mengalami tekanan emosi berkaitan masalah

disiplin murid akan mengakibatkan perhubungan guru dan murid bermasalah. Guru

seolah-olah tidak ingin mengambil tahu murid yang bermasalah itu dan seterusnya

akan membawa kepada tekanan emosi kepada murid tersebut. Pembelajaran murid

38

Page 39: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

tersebut juga akan tergugat dan boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan

sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan

kegemilangan mutu pendidikannya.

Implikasi ketiga dilihat jika guru mengalami tekanan emosi, guru akan melakukan

apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini

termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika

perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh guru

yang tertekan. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat

oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan

penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada

sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Selain itu, ianya turut

melibatkan keletihan dan kemurungan, fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah

tinggi) dan sikap negatif seperti pengambilan alkohol dan merokok.

Implikasi keempat dilihat akan memberikan kesan kepada guru sekiranya tekanan

atau stres yang berterusan boleh menggugat prestasi kerja seseorang guru. Guru

yang mengalami tekanan emosi akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan

hidup mereka. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam

bidang pendidikan yang diceburinya. Tugas harian seperti rancangan mengajar,

laporan dan kegiatan kokurikulum tidak dapat dilakukan dengan baik oleh guru yang

tertekan.

39

Page 40: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Implikasi kelima melihatkan bahawasanya Individu tidak akan dapat berfungsi

dengan berkesan jika dia berada dalam keadaan tertekan (Smith, 1993; Girdano et

al., 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang guru itu melakukan tindakan

yang tidak rasional seperti memukul pelajar dan mengendahkan arahan yang

diberikan oleh guru besar atau pun pihak atasan. Seperti yang sering berlaku pada

zaman kini iaitu guru sering mengambil tindakan yang tidak sewajarnya kepada

murid seperti memukul dengan kasar dan tidak berperikemanusiaan. Hal ini terjadi

kerana guru mengalami tekanan emosi yang tinggi. Akibat daripada tekanan emosi

juga, guru-guru juga dikatakan berfikir dan mengambil keputusan untuk bersara

sebelum tiba masanya kerana mengalami masalah tertekan, berang dan murung.

Implikasi keenam turut dilihat terhadap implikasi yang akan berlaku terhadap dunia

pendidikan itu sendiri. Jika guru yang mengalami tekanan memperolehi implikasi

yang mengganggu emosi mereka, memberi kesan terhadap komunikasi guru dan

murid, melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan,

menggugat prestasi kerja guru serta mengganggu fikiran rasional seorang guru,

ianya memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan. Dunia pendidikan

seolah-olah kehilangan sumber untuk menyalurkan ilmu pengetahuan yang terbaik

kepada warga murid khususnya.Dunia pendidikan akan kehilangan punca jika guru-

guru yang mengalami tekanan emosi ini bertindak tidak rasional dalam menjalankan

tugas mereka. Maka, tekanan-tekanan emosi yang dialami oleh guru harus

diselesaikan dengan cara sebaik mungkin bagi memastikan dunia pendidikan terus

maju dan mampu melahirkan keluaran pelajar yang bermutu tinggi.

40

Page 41: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.3 Cadangan Cara Mengatasi Isu Tekanan Emosi Guru

Cadangan cara mengatasi isu ini adalah dikaitkan berdasarkan skop proforma iaitu

menyentuh mana-mana tajuk EDU 3093 seperti mana yang tercatat di dalam soalan.

Cadangan cara mengatasi isu masalah emosi guru berdasarkan masalah disiplin

murid yang pertama ialah cuba untuk mengelakkan individu yang menyebabkan

stres kepadanya. Guru harus mengurangkan masa berinteraksi dengan individu

yang melakukan masalah disiplin itu yang telah menyebabkan stres

kepadanya.Sebaliknya, guru harus tambah dan kuatkan hubungan dengan rakan

sekerja atau rakan lain agar dapat berkongsi stres dan masalah yang dialami

dengan mereka. Sebaiknya, guru haruslah meluahkan perasaan dan tekanan yang

di alami berdasarkan masalah disiplin seseorang murid dengan rakan sejawat yang

lain dan golongan pentadbiran. Hal ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan

nama pelajar terbaik tetapi bertujuan untuk mengatasi masalah yang dialami oleh

pelajar berkenaan.

Cadangan cara mengatasi masalah tekanan emosi guru yang disebabkan masalah

disiplin yang kedua ialah guru haruslah kerapkali melibatkan diri dalam kumpulan

perbincangan atau forum. Seperti yang tercatat di dalam buku Guru dan Cabaran

Semasa hasil karya Noriati A. Rashid dan rakan-rakan (2010), terdapat banyak

forum guru di Internet di mana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau

kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru yang berpengalaman yang

mengalami masalah yang sama agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan

cara yang paling berkesan.

41

Page 42: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

Cadangan cara mengatasi yang ketiga ialah bagi seseorang guru yang mengalami

tekanan emosi, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi

mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran

yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan

yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan

dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya

meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat

membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya

secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

 

Selain itu, cadangan cara mengatasi masalah tekanan emosi guru disebabkan oleh

masalah disiplin murid yang keempat ialah sebagai seorang guru yang mengalami

tekanan emosi, guru sebolehnya mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat

membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh

boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik

dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Gaya

hidup sihat seperti bersenam juga boleh diamalkan bagi mengurangkan stres di

kalangan guru.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan

dan stres dengan baik.Bagi mengatasi masalah tekanan guru yang melibatkan

masalah disiplin murid yang terlampau bagi item yang kelima ialah,guru tersebut

bolehlah melibatkan diri dalam hal-hal keagamaan. Ianya juga merupakan salah satu

cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama

42

Page 43: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila

diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk

melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka perspektif

yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi

sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih

bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam

kehidupan. 

 

Cadangan yang keenam yang dapat dilakukan seseorang guru yang mengalami

tekanan emosi iailah guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan

memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu

pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi

memartabatkan lagi profesion keguruan.Beliau juga seharusnya dapat memahami

kekuatan dan kelemahan dirinya.Fikiran yang positif perlu disemai dalam kalangan

guru agar dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka

untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. 

43

Page 44: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

3.0 RUJUKAN

BUKU

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar Dan Guru.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah a.

Majid. (2010) Siri Pendidikan Guru: Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor:

Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Siri Pengajian

Professional: Guru dan Cabaran semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad.(2005). Panduan Mengurus Remaja

Moden. Pahang: Professional Publishing Sdn. Bhd.

INTERNET

Guru Harus Diberikan Kuasa Tangani Isu Disiplin Pelajar dilayar pada 20 Ogos 2014

di halaman: http://www.theborneopost.com/2014/04/03/guru-harus-diberi-

kuasa-tangani-disiplin-pelajar/

Menangani Masalah Disiplin Murid dilayar pada 20 Ogos 2014 di halaman:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/6893-menangani-

masalah-disiplin-murid.html

KERATAN AKHBAR

Zuliaty Zulkifli. (14 Septembr 2014) .Guru Disiplin Cedera Dibelasah 10 Orang

Pelajar, Berita Harian:Arkib Berita.

44

Page 45: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

PENULISAN

REFLEKTIF

KUMPULAN

45

Page 46: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

1.0 Pelan Tindakan

Peredaran zaman yang kian maju ini telah membawa kepada pelbagai implikasi

positif mahaupun negatif. Implikasi ini kadang-kalanya tidak disedari memberi impak

yang besar dalam dunia pendidikan. Jika tidak dibendung, ini akan memberikan

implikasi yang lebih serius. Oleh yang demikian, satu pelan tindakan telah

disediakan bagi meningkatkan kesediaan kumpulan dalam menghadapi cabaran

semasa yang mungkin berlaku pada masa yang akan datang.

BIL PERKARA KUMPULAN SASARAN

OUTPUT

1 Kursus Menangani Emosi Melalui Pengurusan Kerja Yang Sistematika) Menghadiri kursus yang

dianjurkan oleh Unit Kaunseling Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan atau persatuan tempatan.

b) Mengetahui tentang punca berlakunya tekanan emosi.

c) Mengadakan perbincangan tentang cara mengatasi tekanan emosi.

Guru-guruPihak pentadbiranUnit Kaunseling Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan persatuan tempatan.

Guru dapat berkongsi masalah yang mereka hadapi dan dapat cara mengatasi masalah tekanan emosi.

2 Projek Meningkatkan Kualiti Pengajaran Gurua) Menghadiri kursus yang

dianjurkan oleh Bahagian Kementerian Pelajaran atau persatuan tempatan.

b) Mengadakan perbincangan

Guru yang baru ditugaskan (guru novis)Pihak pentadbiran dan guru yang lebih

Melalui projek ini, secara tidak langsung dapat membantu guru novis ( guru baru ) dalam berkongsi pengalaman, pengetahuan dan idea baru dengan guru yang

46

Page 47: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

bersama dengan pihak pentadbiran dan guru yang lebih berpengalaman tentang cara pengajaran yang berkualiti.

c) Memberikan kursus-kursus tentang cara meningkatkan kualiti pengajaran.

berpengalaman dalam bidang pendidikan.

lebih berpengalaman.

3 Projek Meningkatkan Pencapaian Murida) Merancang sesi pengajaran

dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berterusan sepanjang tahun.

b) Memilih teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai bagi menarik minat murid untuk terus belajar.

c) Menetapkan sasaran pencapaian murid pada akhir tahun dan mengadakan aktiviti pengajaran yang pelbagai mulai Januari-September.

Murid sekolah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.

Guru dapat meningkatkan kesediaan murid dalam mengadapi peperiksaan dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

4 Tindakan Mewujudkan Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusifa) Melengkapkan kelas dengan

peralatan yang mencukupi seperti kerusi dan meja untuk kegunaan murid.

b) Melengkapkan kelas dengan kemudahan teknologi seperti skrin dan LCD.

c) Mewujudkan ruang pembelajaran yang kondusif.

d) Mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid.

Kelengkapan bilik darjah yang mencukupi kepada bilangan murid di dalam bilik darjah.Keadaan bilik darjah yang ceria dan bersih.

Murid dapat menggunakan peralatan yang disediakan dengan baik. Selain itu, ruang pembelajaran yang kondusif dapat memberi peluang kepada murid dalam mengeluarkan padangan serta memilih aktiviti yang sesuai.

5 Projek Jalinan Kasih Guru-Murida) Bertujuan untuk mengeratkan

hubungan antara guru dan murid.

b) Mengetahui dengan lebih jelas latar belakang murid.

Murid sekolah bermula dari tahun 1 hingga 6.Guru kelas, guru mata pelajaran

Guru dapat membantu murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Disamping itu, projek ini juga akan dapat membantu guru dalam mengurangkan masalah

47

Page 48: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

c) Satu cara guru untuk mendekati murid yang bermasalah.

Unit kaunseling sekolah.

tekanan emosi yang mereka hadapi berpunca dari masalah disiplin murid.

6 Projek Meningkatkan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK )

Pendedahan tentang pelbagai elemen dan kemahiran TMK.Memupuk satu tabiat dengan menjadikan penggunaan teknologi sebagai satu budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jurulatih yang berpengalamanGuru –guru sekolah

Melalui projek ini, secara tidak langsung akan membantu guru dalam mewujudkan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai sumber persekitaran sedia ada. Selain itu, kepesatan perkembangan teknologi juga dilihat turut mempengaruhi kesediaan seseorang guru menghadapi cabaran. Melalui projek ini, guru akan dibekalkan ilmu tentang penggunaan teknologi dengan lebih mendalam supaya mereka dapat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

48

Page 49: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

49

Page 50: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

2.0 Kebolehan Menganalisis Pengalaman Yang Dilalui

Melalui pelan tindakan dan penulisan esei yang dilakukan, pelbagai pengalaman

serta ilmu pengetahuan diperolehi dalam menganalisis setiap isu. Setelah

menganalisis isu tekanan emosi yang dialami oleh guru masa kini, satu pelan

tindakan telah dirancang sebagai kesediaan kami menghadapi cabaran semasa

yang mungkin terjadi pada masa akan datang. Melalui pelaksanan pelan tindakan

tersebut, kami telah mempamerkan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan

bagi mengatasi isu-isu tekanan emosi guru pada masa akan datang.

Langkah-langkah yang diusulkan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu guru

menangani emosi yang dialami dengan lebih baik dan berkesan. Langkah-langkah

seperti Kursus Menangani Emosi Melalui Pengurusan Kerja Yang Sistematik, Projek

Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru, Projek Meningkatkan Pencapaian Murid,

Tindakan Mewujudkan Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif dan Projek Jalinan

Kasih Guru-Murid seperti yang dicadangkan, guru-guru boleh mengaplikasikannya

dalam kehidupan mereka.

Cadangan pelan tindakan tersebut adalah hasil perbincangan kami bertiga setelah

kami dapati pelbagai jenis tekanan emosi dialami oleh guru pada masa kini. Oleh itu,

kami merasakan tekanan emosi yang dialami oleh guru hendaklah diatasi dengan

segera. Hal ini kerana, adalah wajar untuk kita membentuk guru produktif tanpa

dibebani masalah seperti tekanan emosi ini, lantas dapat memartabatkan sistem

pendidikan.

50

Page 51: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

3.0 Pengetahuan Baharu Yang Diperolehi

Berdasarkan ketiga-tiga isu yang telah dibincangkan secara satu persatu iaitu

masalah disiplin mengakibatkan tekanan emosi guru, tugas sampingan hilang fokus

guru, dan guru pukul pelajar dengan kasut diberikan kaunseling, beberapa

pengetahuan baharu telah diperoleh berdasarkan punca masalah yang

dianalisis.Pengetahuan baharu yang diperolehi dikaitkan dengan kesediaan ahli

kumpulan menghadapi cabaran semasa jika masalah ini berlaku kepada kami ketika

mengajar di sekolah kelak.

Pengetahuan baharu yang diperoleh berdasarkan isu pertama iaitu disiplin murid

yang menyebabkan tekanan emosi guru ialah kami dapat mengenal pasti sejauh

manakah masalah tersebut mengakibatkan tekanan emosi kepada guru.Masalah

disiplin pelajar adalah masalah yang selalu dialami di setiap sekolah.Apa yang

diperolehi berdasarkan analisis masalah ini ialah sekiranya masalah ini berlaku

kepada ahli kumpulan, guru seharusnya mengetahui cara terbaik untuk

menyelesaikan masalah emosi yang dialami oleh diri sendiri. Guru juga perlu pandai

mengatur strategi untuk berhadapan masalah disiplin murid agar guru berasa lebih

tenang dan tidak tertekan dalam menghadapi masalah disiplin itu.

Pengetahuan baharu turut diperolehi berdasarkan analisis isu kedua oleh ahli

kumpulan iaitu tugas sampingan hilang fokus guru.Berdasarkan isu ini, yang

dikatakan tugas guru di sekolah hanyalah mendidik dan menyampaikan ilmu kepada

pelajar sahaja sudah tidak relevan lagi.Tugas guru dilihat semakin bertambah dari

51

Page 52: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

segi pengkeranian terutamanya. Guru harus melakukan pelbagai pelaporan

berbentuk fail dan mendokumenkannya. Apa yang diperolehi berdasarkan masalah

ini ialah, jika masalah ini berlaku kepada ahli kumpulan,untuk mengatasinya, guru

perlulah berani mengatakan “tidak” untuk menerima tugasan jika tugasan yang

diperolehi telah banyak.Guru juga harus sedar dengan kemampuan diri sendiri dan

tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan diri sendiri dan keluarga terabai.

Pengetahuan baru juga turut diperolehi berdasarkan masalah tekanan emosi guru

daripada ahli kumpulan yang ketiga iaitu guru pukul pelajar dengan kasut diberikan

kaunseling.Berdasarkan isu di atas, pelbagai pengetahuan baharu diperoleh dalam

mematangkan kami untuk bergelar insan pendidik kelak. Guru harus berfikir dengan

lebih mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara. Jika ingin mendenda pelajar,

biarlah dendaan tersebut setimpal dengan kesalahan pelajar dan dendaan tersebut

seharusnya tidak mencederakan pelajar dan memberikan pengajaran dan input yang

berguna kepada pelajar.

52

Page 53: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

4.0 Kolaborasi dalam kumpulan menghasilkan persefahaman baru

Berikutan hasil perbincangan antara kami bertiga dalam pelaksanakan tugasan ini,

kami mendapati tugasan ini membantu kami mengetahui tekanan-tekanan yang

dihadapi oleh guru pada masa kini. Ianya diperjelaskan dalam tugasan individu

masing-masing iaitu mengenai petikan yang telah dipetik dari media massa iaitu isu

masalah disiplin mengakibatkan tekanan emosi guru, tugas sampingan hilang fokus

guru dan guru pukul murid diberi kaunseling. Berdasarkan hasil kolaborasi berkaitan

ketiga-tiga isu tersebut, kami bersependapat bahawa tekanan yang dihadapi oleh

guru pada masa kini adalah melibatkan banyak faktor yang terjadi di sekolah

contohnya bebanan kerja guru yang semakin bertambah dan ia melibatkan faktor

guru itu sendiri yang tidak mahir dalam menguruskan emosi diri.

Bagi kolaborasi untuk tugasan kumpulan pula, kami bekerjasama dalam memberikan

idea dan berbincang mengenai cadangan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan

bagi meningkatkan kesediaan kumpulan kami dan guru bagi menghadapi cabaran

semasa yang mungkin terjadi pada masa akan datang. Oleh itu, kami telah

mencadangkan beberapa perkara yang dapat dilakukan sebagai persediaan

menghadapi cabaran semasa akan datang. Hasil perbincangan, pelan tindakan yang

dicadangkan perlulah melibatkan beberapa pihak bagi menjayakan pelan tindakan

yang dirancangkan. Kami bersependapat bahawa sekiranya pelan tindakan ini dapat

dilaksanakan, guru tidak perlu gusar untuk menghadapi cabaran semasa yang

mungkin dihadapi pada masa akan datang.

53

Page 54: TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS EDU 3093 : GURU DAN

CABARAN SEMASAISU TEKANAN EMOSI GURU

________________________________________________ NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI , WAN IKA MALINI SYUHADA BT AZMAN NOOR SYAKINAH BT SALLIHUDIN

5.0 Rujukan

Noriati A. Rashid, etc ( 2004 ), Siri Pendidikan Guru: Guru Dan Cabaran Semasa.

Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Nor Hanani Hussin ( 2007 ), Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor: Edusystem

Sdn. Bhd.

Noor Hamizah Abu Bakar ( 2012 ), Guru lebih Stres. Diperoleh Ogos 25, 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-

stress

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Siri Pengajian

Professional: Guru dan Cabaran semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

54