21
1.0 Pengenalan Nama penuh Robert Kuok ialah Kuok Hock Nian (郭郭郭). Beliau merupakan seorang yang sangat berjaya dalam aktiviti perniagaan dan telah menlibatkan diri dalam pelbagai bidang. Berdasarkan sumber daripada ‘The Economist’ (2001), pada tahun 1950 sehingga ke tahun 1960, beliau telah menumpukan perhatiannya dalam perniagaan tepung, gula dan minyak sawit. Beliau telah meluaskan perniagaannya dalam bidang pembangunan hartanah, perhotelan dan media. Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau menganggap bahawa semua bidang perniagaan yang dijalankan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, barulah terbentuknya empayar perniagaan Robert Kuok kerana beliau dapat melihat keadaan semasa dengan menyeluruh dan berpandangan jauh. Seterusnya, berdasarkan sumber daripada Evi, beliau dikatakan merupakan orang yang terkaya di Malaysia dan nilai bersih beliau dianggar sebanyak $9 000 000 000. Beliau memiliki nilai-nilai yang baik, menggunakan stail pengurusan yang bersistematik dan disokong oleh beberapa faktor lain telah membantu beliau dalam membina empayar perniagaannya. 1

Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penngantar pengurusan

Citation preview

Page 1: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

1.0 Pengenalan

Nama penuh Robert Kuok ialah Kuok Hock Nian (郭鹤年 ). Beliau merupakan

seorang yang sangat berjaya dalam aktiviti perniagaan dan telah menlibatkan diri dalam

pelbagai bidang. Berdasarkan sumber daripada ‘The Economist’ (2001), pada tahun 1950

sehingga ke tahun 1960, beliau telah menumpukan perhatiannya dalam perniagaan tepung,

gula dan minyak sawit. Beliau telah meluaskan perniagaannya dalam bidang pembangunan

hartanah, perhotelan dan media.

Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau menganggap bahawa semua bidang perniagaan

yang dijalankan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, barulah

terbentuknya empayar perniagaan Robert Kuok kerana beliau dapat melihat keadaan semasa

dengan menyeluruh dan berpandangan jauh. Seterusnya, berdasarkan sumber daripada Evi,

beliau dikatakan merupakan orang yang terkaya di Malaysia dan nilai bersih beliau dianggar

sebanyak $9 000 000 000. Beliau memiliki nilai-nilai yang baik, menggunakan stail

pengurusan yang bersistematik dan disokong oleh beberapa faktor lain telah membantu beliau

dalam membina empayar perniagaannya.

2.0 Latar belakang

Roberk Kuok

(Sumber: http://i.forbesimg.com/media/lists/people/robert-kuok_416x416.jpg)

1

Page 2: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Menurut Sia (1995), Robert Kuok dilahirkan pada 6 Oktober 1923. Keluarga Robert

Kuok berasal dari Fujian, China (Ashadi Zain, 2004). Seterusnya, mereka datang ke Malaysia

dan memulakan perniagaan di Johor. Robert Kuok merupakan seorang yang sangat raji,

peramah, pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan

sosioekonominya (Ashadi Zain, 2004). Beliau telah mendapatkan pendidikan Cina dan

Inggeris. Beliau pernah mendapatkan pelajaran di ‘Johor Bahru English College’ dan ‘Raffles

College’ di Singapura (Sia, 1995). Ketika belajar di dua-dua kolej ini, beliau telah

membentuk satu jaringan perniagaan yang hebat atas nama persahabatannya dan telah

membantu beliau membina empayar perniagaan pada beberapa tahun kemudian.

Kisah beliau bermula dengan penubuhan Kuok Brother Sdn. Bhd. pada 1 April 1949

dengan bantuan daripada ‘Australian Chartered Accountant Harry Tooks’ (Sia, 1995). Beliau

telah mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya, iaitu Kuok Keng

Kang di Johor Bahru. Bapanya telah menubuhkan ‘Tong Seng & Company’ dan

mendapatkan lessen daripada Sultan Johor untuk menjalankan perniagaan jual beli (Ashadi

Zain, 2004). ‘Tong Seng & Company’ dapat berkembang dengan maju sehingga menjadi

syarikat pembekal beras, gula dan tepung gandum sebelum Perang Dunia Kedua kerana

mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang pemimpin Melayu (Ashadi Zain, 2004).

Selain daripada orang Melayu, Kuok Keng Kang turut menjalinkan hubungan baik

dengan orang Barat. Buktinya, beliau telah mendapatkan kontrak daripada tentera British

untuk membekalkan barangan keperluan kepada 50 000 orang tahanan perang Jepun (Ashadi

Zain, 2004). Keadaan sedemikian secara tidak langsung telah meluaskan perniagaan ‘Tong

Seng & Company’ dan menyediakan persekitaran yang baik kepada Robert Kuok untuk

membentuk dan mendirikan empayar perniagaannya.

2

Page 3: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

3.0 Kejayaan yang dicapai

Selain daripada ‘Kuok Brother Sdn. Bhd.’, Robert Kuok mula menjalankan

perniagaan secara besar-besaran selepas kemerdekaan Malaysia. Antara kejayaan yang

dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan ‘Malayan Sugar Manufacturing Company

Limited’ (MSM) pada 9 Oktober 1959 dan bersama-sama dengan dua syarikat Jepun, iaitu

‘Mitusi Bussan Kaisha Ltd.’ dan ‘Nissin Sugar Manufacturing’ (Sia, 1995). Menurut Sia

(1995) lagi, syarikat tersebut bertujuan untuk aktiviti pengeluaran gula dan pengeksportan

gula ke luar negara.

Di samping itu, kejayaan kedua yang dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan

‘Federal Flour Mills Bhd.’ pada 3 Februari 1962 (Sia, 1995). Pada masa itu, kerajaan amat

menggalakkan penubuhan industri tempatan untuk mengurangkan keperluan mengimport

barangan pengguna dan selaras dengan dasar kerajaan pada masa itu. Syarikat ini juga

berjaya mendapatkan pelepasan cukai daripada kerajaan dan merupakan pengilang tepung

yang terbesar di Malaysia (Sia, 1995).

Perniagaan yang dijalankan terus berkembang di bawah pengurusan Robert Kuok.

Buktinya, Kuok Brother memiliki pegangan sama ada saham atau kuasa yang terbesar dalam

empayar perniagaannya. Antara perniagaan yang terletak di bawah Robert Kuok adalah

Jerneh Asia Berhad, Pelangi Berhad, PBB Group Berhad, PBB Oil Palms Berhad dan

sebagainya.

Selain itu, beliau juga mewujudkan ladang tebu yang pertama di Malaysia melalui

Perlis Plantation. Ladang tersebut terletak di atas tanah kerajaan dan merupakan projek

‘usaha sama’ antara syarikatnya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuaan (FELDA).

Pada era 70-an pula, beliau telah membuka lagi ladang tebu di Indonesia dan menjadikannya

sebagai pengilang gula yang terbesar di dunia (Gambe, 1999). Hal ini dapat melihat dengan

3

Page 4: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

jelas bahawa Robert Kuok memang merupakan seorang usahawan dan pengurus yang berjaya

kerana beliau sangat sensitif dengan peluang yang ada dan berjaya mengurus syarikat

penapisan gula sehingga menjadi pengilang gula yang terbesar di dunia.

Pada tahun 1974 pula, Robert Kuok telah memindahkan operasinya dari Malaysia dan

Singapura ke Hong Kong. Hal ini adalah berkaitan dengan soal cukai dan bercita-cita tinggi

untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Di Hong Kong, beliau telah

mengasaskan ‘Kerry Trading Company’ dan mengembangkan ruang lingkup perniagaannya

ke sektor media dan hartanah. Seterusnya, beliau telah menguasai ‘South China Morning

Post’ pada tahun 1993. Melalui ‘South China Morning Post’, beliau telah mengambil alih

TVE Holdings, iaitu syarikat yang melibatkan diri dalam perniagaan hartanah hiburan,

barangan runcit dan penerbitan.

Pada peringkat seterusnya, beliau telah memperluaskan perniagaannya dari Hong

Kong ke China untuk melibatkan diri dalam pembangunan hartanah, perhotelan, perkilangan,

perdagangan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, beliau telah mengembangkan perniagaannya

ke Indonesia dan Filipina. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang mewujudkan

rangkaian hotel lima bintang, iaitu ‘Shangri-La Hotel and Resorts’. Beliau turut pernah

mengatakan bahawa beliau lebih menyukai gelaran ‘Raja Hotel’ berbanding dengan ‘Raja

Gula’ (CCTV 2, 2010). Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang banyak

menumpukan perhatian dalam rangkaian Hotel Shangri-La dan bangga dengan kejayaan yang

dicapai dalam bidang perhotelan. Buktinya, berdasarkan sumber daripada ‘Hotel and Resorts

Numbers’, dalam bidang perhotelan, beliau memiliki ‘Shangri-La Hotel and Resorts’ yang

hampir berada di seluruh dunia seperti di Australia, Kanada, China, Fiji, Perancis, Hong

Kong, India, Jepun, Malaysia, Taiwan, Thailand, Sri Lanka dan sebagainya. ‘Shangri-La

Hotel and Resorts’ banyak dibina di China jika berbanding dengan tempat lain. Pada Mac

2005, beliau telah memiliki 23 buah hotel di China termasuk Hong Kong dan jumlah hotel

4

Page 5: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

yang dimiliki adalah sebanyak 55 buah hotel di seluruh dunia (Lam Peng Er, Qin Yaqing dan

Yang Mu, 2013). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang berlayak untuk

mendapat gelaran ‘Raja Hotel’ seperti yang diterangkan tadi.

Selain daripada itu, beliau turut menubuhkan Malaysian International Shipping

Corporation (MISC) untuk memudahkan penghantaran gula dalam jumlah yang besar ke

tempat lain (Sia, 1995). Sebelum penubuhan MISC, hanya terdapat ‘Far Eastern Freight

Conference’ hampir mengawal semua laluan perkapalan dan mengawal harga getah dan tin.

Tambahan pula, idea penubuhan MISC telah mendapat sokongan yang besar daripada

perdana menteri pada masa itu, iaitu Tunku Abdul Rahman (Sia, 1995)..

4.0 Stail pengurusan

Stail pengurusan perniagaan Robert Kuok adalah berasaskan hubungan kekeluargaan

(Bidgoli, 2010). Beliau telah membina satu ikatan keluarga yang kuat dalam aktiviti

perniagaan yang dijalankan. Beliau telah melantik anaknya dan saudara yang terdekat yang

boleh percaya dan berkelayakan untuk memegang jawatan penting dalam perniagaannya.

Seternusnya, beliau hanya akan mengadakan perundingan dengan senior eksekutif dan

menggunakan stail pengurusan ‘day-to-day’ dalam syarikatnya (Bidgoli, 2010). Biasanya,

beliau akan mengadakan perundingan dan mesyuarat dengan senior eksekutif secara tertutup.

Hal ini bermakna hanya mereka yang berpeluang untuk memberi pendapat dan membentuk

strategi perniagaan sama ada dalam tempoh masa pendek atau tempoh masa panjang. Orang

yang tidak memegang jawatan tinggi tidak berhak untuk campur tangan dalam aktiviti

perancangan perniagaan dan perundingan dalam syarikay Robert Kuok.

5

Page 6: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Pendekatan yang seterusnya adalah beliau akan memberi kuasa urus tadbir kepada

dua orang anak lelakinya dan beberapa saudara terdekat yang boleh dipercayai selepas

perniagaan yang dijalankan menjadi stabil, mantap dan kukuh, (Backman dan Butler, 2003).

Oleh itu, beliau hanya melihat perniagaan-perniagaan yang dijalankan secara menyeluruh dan

memberi arahan kepada senior eksekutif jika memerlukannya. Tindakan beliau ini dikatakan

sangat bijak kerana memberi peluang kepada saudaranya, khususnya anak lelakinya untuk

melibatkan diri dalam arena perniagaan dan mendapatkan pengalaman dalam pengurusan

sesebuah atau beberapa perniagaan. Dengan itu, perniagaannya dapat diteruskan dan empayar

perniagaan tidak mudah ‘diserang’ atau ‘dipecahkan’ oleh mana-mana pihak. Pendek kata,

walaupun beliau telah melepaskan kuasa kepada orang lain untuk menguruskan syarikatnya,

beliau tetap memiliki kuasa terhadap perniagaan yang dijalankan.

Dalam stail pengurusannya, aspek ‘hubungan’ telah memainkan peranan yang sangat

penting (Bidgoli, 2010). Sebagai contohnya, beliau telah menjalinkan hubungan baik dengan

semua pihak seperti kerajaan, rakan-rakan, konsumer, pekerja dan sebagainya. Dalam siaran

CCTV 2 (2011), beliau mengakui bahawa beliau sangat menitikberatkan hubungan dengan

pekerja dalam perniagaan yang dijalankan. Hal ini adalah disebabkan pekerja merupakan

golongan yang akan berkomunikasi dan berdepan dengan pelanggan. Jika syarikat mereka

memberi kebajikan dan faedah yang mencukupi kepada pekerja, maka mereka akan bekerja

dengan bersungguh-sungguh dan dapat memberi imej yang baik kepada pelanggan, khasnya

dalam bidang perhotelan. Stail pengurusan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan

hubungan antara pengurus dengan pekerja dan pelanggan. Dengan itu, beliau berjaya

membentuk empayar perniagaannya dan menjadi usahawan yang berjaya.

Beliau telah menggunakan gaya kepimpinan autokratik dalam bidang perniagaan yang

dijalankan. Dalam siaran CCTV 2 (2011) beliau telah mengakui bahawa beliau merupakan

seorang pemarah pada waktu muda. Hal ini telah menyebabkan orang di sekelilingnya berasa

6

Page 7: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

takut untuk melaporkan sesuatu kepada beliau kerana beliau senang berasa marah. Namun

demikian, hal ini tidak menjadi masalah kepada beliau untuk berjaya dalam perniagaannya

kerana dengan gaya kepimpinan autokratik ini telah mendorong pekerjanya untuk berusaha

bersungguh-sungguh demi menunjukkan sesuatu yang terbaik kepadanya supaya tidak

dimarahi. Dengan itu, beliau berjaya membentuk empayar perniagaannya.

Selain daripada itu, Gambe (1999) berpendapat bahawa beliau selalu menggunakan

kaedah pengurusan yang moden dalam pengurusan syarikatnya dan hal ini merupakan salah

satu sebab yang mendorong beliau menjadi usahawan yang berkuasa dan kaya di rantau Asia.

Dengan itu, penggunaan kaedah pengurusan yang moden memang merupakan perkara yang

penting.

Secara keseluruhannya, stail pengurusan Robert Kuok adalah berasaskan nilai-nilai

Confucius, melalui ikatan kekeluargaan yang kuat, perlu sentiasa menggunakan kaedah

pengurusan dan teknologi yang terbaru supaya sesuai dengan perubahan semasa, berada di

bawah naungan politik kerajaan dan berusaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak

luar seperti usahawan Jepun dan Barat (Brook dan Luong, 1999).

5.0 Faktor kejayaan pengurus

Robert Kuok bersikap rendah diri dan tidak bongkak telah menyebabkan beliau terus

berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dan sebagai seorang pengurus yang berjaya. Beliau

juga mementingkan kejujuran, kesetiaan, disiplin dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Menurut beliau, aspek-aspek ini merupakan kunci untuk mencapai kecemerlangan dan

kejayaan dalam bidang perniagaan. Sikap yang baik ini telah mendorong beliau untuk

meluaskan empayar perniagaannya dan membantu beliau meningkatkan kekayaannya.

7

Page 8: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Faktor kejayaan Robert Kuok adalah berpandangan jauh dan boleh melihat situasi

perniagaan di Malaysia secara menyeluruh. Sebagai contohnya, penubuhan Malayan Sugar

Manufacturing telah membuka satu jalan yang baru kepada beliau untuk meningkatkan

kekayaannya dan meluaskan empayar perniagaannya. Beliau sangat bijak kerana telah

membina satu rangkaian hubungan yang besar dan menjalinkan hubungan yang baik dengan

semua pihak, termasuklah kerajaan pada masa itu. Oleh itu, syarikat beliau berupaya untuk

mendapatkan beberapa kemudahan khas dan status monopoli di Malaysia. Beliau turut

memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong

Leong, Li Ka Sing dan sebagainya untuk mengukuhkan empayar perniagaannya.

Selain itu, beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang berlainan dan

menganggap semua bidang ini mempunyai hubungannya (CCTV 2, 2011). Sebagai

contohnya, perniagaan beliau telah mengeluarkan gula dalam jumlah yang besar. Bagi tujuan

menghantar sejumlah besar gula tersebut ke tempat lain memerlukan kapal yang besar dan

masa yang panjang jika menggunakan perkhidmatan syarikat lain (CCTV 2, 2011). Oleh itu,

beliau telah berusaha dan melabur dalam bidang perkapalan untuk memudahkan urusan

perniagaannya. Selain daripada menghantar barangan diri sendiri ke tempat lain, MISC juga

bersedia untuk menawarkan perkhidmatan perkapalan kepada pihak lain. Dengan itu,

keuntungan yang diperolehi akan bertambah.

Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh latar belakang keluarga mulia yang kuat.

Robert Kuok telah mengatakan bahawa beliau diajar oleh ibunya berdasarkan ajaran

Confucius (CCTV 2, 2011). Ibunya sangat ditaat setia oleh Robert Kuok dan saudaranya

kerana mereka dibesarkan dengan nilai-nilai murni yang mendorong mereka berjaya dalam

perniagaannya atau kehidupannya. Dalam pengajarannya, ibunya sangat menitikberatkan

nilai-nilai kejujuran. Hal ini telah menyebabkan beliau dan saudaranya berjaya dalam bidang

8

Page 9: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

perniagaan kerana mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada orang lain. Seperti

yang diketahui, nilai ‘kejujuran’ memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang

perniagaan kerana tiada seorang pun ingin berniaga dengan orang yang tidak memiliki nilai

ini. Bagi orang Cina, aspek kejujuran merupakan aspek yang paling penting kerana ia

merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada perniagaan itu berjaya atau tidak.

Dengan adanya nilai ini, beliau dapat mengembangkan perniagaannya sehingga ke peringkat

antarabangsa.

Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh ikatan keluarga yang kukuh (Bidgoli,

2010). Keadaan ini dapat dilihat dengan penubuhan Kuok Brother Sdn Bhd oleh Robert Kuok

bersama-sama dengan beberapa orang saudaranya. Dengan adanya ikatan yang kuat di antara

mereka, memang merupakan sesuatu perkara yang sukar bagi orang lain untuk ‘menyerang’

(dalam perniagaan) mereka. Hal ini merupakan salah satu sebab Kuok Brother Sdn Bhd yang

boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang dan masih berdiri dengan kukuh.

Robert Kuok juga merupakan seorang yang rajin, sensitif terhadap peluang

perniagaan dan berfikiran positif. Beliau pernah mengatakan bahawa seseorang perlulah

bekerja keras dan berfikiran positif, menjalankan perniagaan dengan jujur dan tanpa

penangguhan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang dilaksanakannya (CCTV 2, 2010).

Beliau turut menekankan bahawa seseorang perlulah sentiasa merendah diri, jangan bongkak

dan jangan mengambil kesempatan daripada orang lain. Semua nilai murni ini perlu

diterapkan dalam hatinya untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing. Hal ini adalah

disebabkan nilai-nilai inilah yang menentukan kejayaan Robert Kuok dalam bidang

perniagaannya.

9

Page 10: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

6.0 Cabaran

Robert Kuok pernah menghadiri satu dialog yang dianjurkan oleh CCTV 2 (China)

untuk berbincang dan berkongsi pengalamannya dalam arena perniagaan. Dalam dialog

tersebut, beliau telah mengakui bahawa memang kurang cabaran yang dihadapi dalam

sepanjang umurnya. Beliau masih mengingat bahawa pada bulan Mei dan Jun 1963, beliau

telah menyimpan stok gula yang sangat banyak dan membuat anggapan bahawa harga gula

akan naik pada masa hadapan (CCTV 2, 2011). Namun, harapan beliau dipecahkan kerana

harga gula jatuh secara mendadak pada masa itu. Oleh sebab beliau menyimpan stok gula

yang terlalu banyak, beliau hampir menghadapi masalah bankrap (CCTV 2, 2011).

Namun begitu, bencana alam seperti angin taufan telah melanda di satu ladang tebu

yang banyak menghasilkan gula pada masa itu dan ladang tebu tersebut boleh menghasilkan

5.5 juta tan gula pada waktu kemuncaknya (CCTV 2, 2011). Hal ini telah memberi peluang

kepada beliau untuk mengeluarkan semua stok gula ke pasaran tempatan atau antarabangsa.

Ladang tebu yang dimusnahkan secara tidak langsung akan mempengaruhi harga gula di

pasaran. Dengan itu, Robert Kuok dapat menjual gulanya dengan harga yang lebih tinggi dan

meluaskan pasaran gula ke arah antarabangsa. Keadaan ini membuktikan nasib Robert Kuok

selalu dibela. Memang tidak boleh dinafikan bahawa nasib merupakan aspek yang penting

kepada usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Dalam siaran CCTV 2 (2011),

beliau sendiri pernah mengakui bahawa kejayaan dalam perniagaannya memerlukan 90%

daripada usaha sendiri dan 10% ditentukan oleh nasib.

10

Page 11: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

7.0 Penutup

Kesimpulannya, Robert Kuok memang merupakan usahawan Malaysia yang sangat

berjaya dalam bidang perniagaan atau dalam kehidupannya. Beliau tidak bongkak dengan

kejayaan yang dicapai dan sentiasa bersifat rendah diri merupakan satu teladan yang sangat

baik di mana boleh dicontohi oleh generasi muda. Beliau sentiasa memotivasikan golongan

muda supaya sentiasa bekerja keras demi mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Selain itu,

Robert Kuok juga banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara kita. Menurut

Muhammad Hisyam Mohamad, beliau merupakan dermawan besar dan berusaha dalam

membangunkan bangsa dan negara dalam bidang-bidang kebajikan sosial dan sebagainya.

Sikap-sikap beliaulah yang perlu kita contohi supaya menjadi rakyat Malaysia yang berguna

dan menyumbang kepada masyarakat dan negara kita.

11

Page 12: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Bibliografi

Ashadi Zain. (2004). 66 usahawan Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.. Diperolehi daripada http://books.google.com.my/books?id=sevVMCdl6w

C&pg=PA25&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&re

dir_esc=y#v=onepage&q=robert%20kuok&f=false

A survey of asian business: Empires without umpires. (2001, April 5). The Economist.

Diperolehi daripada http://www.economist.com/node/559399

Backman, Michael dan Butler, Charlotte. (2003). Big Asia: 25 strategies for business success.

New York: Palgrave Macmillan. Diperolehi daripada http://books.google.com.my

/books?id=QEp0XsO9ghcC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok&f=false

Bidgoli, Hossein. (2010). The handbook of technology management: Supply chain

management, marketing and advertising and global management (volume 2). United

States: John Wiley & Sons. Diperolehi daripada http://books.google. com.my/books?

id=EKNoKQ1L4CoC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok&f=false

Brook, Timothy dan Luong, Hy V.. (1999). Culture and economy: The shaping of capitalism

in Eastern Asia. United States: University of Michigan Press. Diperolehi daripada

http://books.google.com.my/books?id=AR3arRgfltkC&printsec=frontcover&dq=Cult

ure+and+economy:+The+shaping+of+capitalism+in+

+Eastern+Asia&hl=en&sa=X&ei=snxOUpmTC6zxiAe00YGwCg&ved=0CC8Q6AE

wAA#v=onepage&q=Culture%20and%20economy%3A%20The%20shaping%20of

%20capitalism%20in%20%20Eastern%20Asia&f=false

Chen Wei Hong. (2011, September 3). Dialogue-Kuok Hock Nian. Diperolehi daripada http:

//www.usj.com.my/bulletin/upload/showthread.php?36141-Robert-Kuok-interview

Gambar Robert Kuok. Diperoleh daripada http://i.forbesimg.com/media/lists/people/robert_

Kuok_416x416.jpg

12

Page 13: Tugasan Individu pengurusan (ROBERT KUOK)

Gambe, Annabella R.. (1999). Overseas Chinese entrepreneurship ad capitalist development

in Southeast Asia. London: LIT VERLAG Munster. Diperoleh daripada

http://books.google.com.my/books?id=ZUfNRG8IR44C&pg=PA95&dq=robert+kuo

k&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=rob

ert%20kuok&f=false

Muhammad Hisyam Mohamad. (n.d.). Peranan sedekah dalam pembangunan negara. Kuala

Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). Diperoleh pada

September 2013, 27 daripada http://ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7898-

peranan-sedekah-dalam-pembangunan-negara

Lam Peng Er, Qin Yaqing dan Yang Mu (Eds.). (2013). China and East Asia: After the wall

street crisis. Singapura: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.. Diperoleh pada

September 2013, 27 daripada http://books.google.com.my/books?id=lzrh1beFXzwC&

pg=PA259&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=zLo6Ut7UBsXtrAe31oGABA&ved

=0CFIQ6AEwBg#v=onepage&q=robert%20kuok%20&f=false

Robert Kuok. Diperoleh pada September 2013, 26 daripada http://www.ukessays.com/essays

/ business/robert-kuok-hock-nien.php

Robert Kuok. Diperoleh pada September 2013, 24 daripada http://www.evi.com/q/robert

_kuok_profile

Sia, Irene. (1995). Robert Kuok: Taipan incorporated. Jati, 1(9), 56-68. Diperolehi pada

September 2013, 25 daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/

15883/04_IRENE_SIA.PDF

Shangri-La Hotel and Resorts. Hotel and resorts numbers. Diperolehi daripada http://www.

shangri-la.com/corporate/contact-us/hotel-resort-numbers/

13