31
http://www.slideshare.net/etysue/tugasan-3-kpt-6044-28690806 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK (KPT 6044) TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI SEKOLAH PENSYARAH: PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR

Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

  • Upload
    ety-sue

  • View
    244

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

http://www.slideshare.net/etysue/tugasan-3-kpt-6044-28690806

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK

(KPT 6044)

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN

PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI

SEKOLAH

PENSYARAH:PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR

NAMA PELAJAR:NOOR SUZIANA ISMAIL M20122001290

Page 2: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Abstrak

Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman era

teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

adalah tepat pada masanya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dan

komputer dalam pengajaran di kalangan guru sains di sekolah menengah. Tiga aspek telah dikaji

bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dan komputer dalam P&P

Sains, kelemahan penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains dan masalah-masalah yang

dihadapi oleh guru sekolah menengah dalam menggunakan ICT dan komputer dalam P&P Sains.

Sampel kajian terdiri daripada lima belas orang guru sains yang mengajar sebuah sekolah

menengah di Jinjang, Kepong. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan

cerapan terhadap guru Sains di SMK Jinjang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan

analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru Sains kurang meggunakan ICT dan

komputer dalam P&P Sains. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan

dan komputer ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia

selain faktor pelajar yang kurang pendedahan dengan ICT dan komputer. Beberapa usul telah

dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru Sains dan pihak sekolah bagi

memantapkan lagi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains.

PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI SEKOLAH

Noor Suziana Binti IsmailFakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Page 3: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Abstract

Knowledge and skill in using computers is an important agenda in the era of information

technology. Initiatives to integrate ICT and computers in teaching and learning is very timely .

The purpose of this research is to study the use of ICT and computers in the teaching of science

teachers in secondary schools . Three aspects have been investigated in this study the

advantages of using ICT and computers in teaching and learning science , the disadvantages of

using ICT and computers in teaching and learning science and the problems faced by secondary

school teachers in using ICT and computers in teaching and learning science . The sample

consisted of fifteen science teachers who teach a secondary school in Jinjang , Kepong. The

study used two survey techniques such as interviews and observations of science teachers at

SMK Jinjang . Data analysis is done by using qualitative analysis . The results showed that

science teachers less use of ICT and computers in teaching and learning science . This is caused

by external factors such as inadequate ICT facilities and unsuitable content has been available.

In addition to teaching the students a factor of less exposure to ICT and computers. Several

proposals have been submitted to the parties involved that talent , science teachers and the

school to enhance the use of ICT and computers in teaching and learning science .

Katakunci: ICT, Komputer, Guru sains, pelajar, Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 4: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

PENGENALAN

Permulaan era teknologi maklumat memberi banyak cabaran kepada sekolah-sekolah di

Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang pendedahan ICT atau komputer. Di

Malaysia, Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu mekanisme baru dan

sedang diberikan perhatian khas dalam bidang pendidikan era abad ke-21 bagi membantu

mewujudkan golongan pelajar dan masyarakat yang berpengetahuan (k-ekonomi) dan celik IT.

Malaysia juga mahu menjadikan sistem pendidikan negara ini ke arah Pendidikan Bertaraf

Dunia. Dengan itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains

dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat.

Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan

kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,

liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.

Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi

multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas pentas)

kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini juga telah

menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan menggunakan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT)

sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor Azan. 2000).

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI)

yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula

mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer sebagai penggunaan

Page 5: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta

membolehkan maklum balas.

ICT membolehkan guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran harian. Ia

merupakan satu usaha untuk mengukuhkan penglibatan aktif pelajar dalam pendidikan mereka

sendiri. ICT menjadikan kandungan pendidikan dan kaedah pengajaran berinovatif, berkesan dan

berkualiti Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dalam dua aspek,

iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001).

Penyataan Masalah

Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat

dan komunikasi kerana penggunaan ICT dan computer dalam proses P&P di sekolah sudah lama

digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi dan masalah yang yang timbul mengenai

penggunaannya terutama di kalangan guru-guru lama yang sudah terbiasa dengan proses P&P

berasaskan papan hitam dan kapur di samping masalah pelajar yang kurang pengetahuan ICT

dan komputer. Selain itu, sekolah juga menghadapi masalah kemudahan prasarana ICT seperti

kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang kurang baik serta maslah makmal-makmal

komputer. Pihak yang berkaitan perlu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru

sains dan mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT

dan computer dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada

mengenalpasti sejauh mana guru Sains mengaplikasikan penggunaan ICT dan komputer dalam

P&P di sekolah. Adakah penggunaan ICT dan komputer ini dapat membantu para pendidik dan

pelajar dalam proses P&P ?

Page 6: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan

berasaskan objektif kajian seperti berikut :

i. Mengenalpasti penerimaan guru sains terhadap penggunaan

pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran (P&P).

ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains

terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

iii. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam

penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P).

iv. Untuk meninjau dan mengenalpasti tahap penggunaan ICT dan

computer di kalangan guru sains dalam P&P.

v. Mengenalpasti kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang

belajar berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan.

Soalan-soalan Kajian

Berikut adalah soalan soalan kajian berdasarkan objektif-objektif kajian di atas:

i. Bagaimanakah penerimaan guru sains terhadap penggunaan pengajaran

pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P)?

Page 7: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains terhadap

penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

iii. Apakah kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam penggunaan

ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

iv. Sejauh manakah tahap penggunaan ICT dan computer di kalangan guru

sains dalam P&P?

v. Apakah kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang belajar

berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan?

Objektif kajian ini ialah ingin mengetahui penggunaan ICT dan computer dikalangan guru Sains

dalam P&P Sains. Penggunaan ICT ini dipercayai mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang

tersendiri. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang

dihadapi guru Sains dalam menggunakan ICT dalam P&P Sains.

Kepentingan Kajian

i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran

dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping

memperolehi pembelajaran yang bermakna.

ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan

suasana pengajaran dan pembelajaran Sains.

iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan

ICT dan computer seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka.

Page 8: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan

ICT dan komputerdalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru yang mengajar matapelajaran Sains. Lima belas

orang guru Sains akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dan

computer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di kalangan guru-guru Sains. Kajian ini juga

terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan

kesediaan untuk ditemubual. Di samping itu, kekangan masa juga agak terhad kerana penglibatan

guru dengan pelbai aktiviti-aktiviti sekolah selain P&P sedikit sebanyak membataskan kajian yang

dijalankan.

METODOLOGI

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dan sampel kajian bagi kajian ini adalah dipilih daripada lima orang guru yang

mengajar matapelajaran Sains di sekolah. Sampel kajian penting dalam menjalankan

penyelidikan ini untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dan komputer yang perlu dikaji dan

jumlah data yang perlu dikumpulkan. Seramai 15 responden sampel akan digunakan bagi

menjalankan kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah pensampelan rawak mudah. Sampel ini

amat sesuai dipilih kerana kedudukan sekolah yang strategik secara tidak langsung ia dapat

mewakili populasi sekolah yang berada di sekitarnya. Penyelidik turut menemubual 15 orang

Page 9: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

guru Sains yang dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah yang terlibat dengan kajian ini

untuk menjawab dengan lebih jelas soalan-soalan berkaitan kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Satu set

soal selidik telah digunakan untuk tujuan pungutan data kajian, iaitu soal selidik kajian tentang

penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sains di

sekolah. Pengkaji telah menemubual beberapa orang guru yang mempunyai banyak pengalaman

serta pengetahuan mendalam berkenaan topik kajian ini. Temubual ini dilakukan untuk memberi

sokongan terhadap dapatan yang diperolehi daripada soal selidik dan dokumen-dokumen seperti

buku, artikel, jurnal dan juga akhbar.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data-data ialah melalui kaedah set

soalan-soalan kaji selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kesesuaian kajian dan bertujuan

mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan kukuh. Selain itu, kaedah soal selidik juga lebih

mudah digunakan kerana kaedah ini lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada

responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsisten serta boleh dipercayai. Kaedah ini

juga dapat menampung bilangan responden yang ramai di samping boleh meningkatkan

kebolehpercayaan kajian.

Menurut Mohd Najib ( M.Najib, 1999) yang menyatakan instrumen berbentuk soal

selidik dan temubual adalah dua cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat.

Menurut Mohd Majid (M.Majid,1993) mengatakan bahawa soal selidik dapat meningkat

ketepatan dan kebenaran derak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi

oleh gerak laku penyelidik. Kenyataan beliau telah disokong oleh Mohd Najib (1999) yang

Page 10: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

menyatakan bahawa soal selidik dapat meningkatkan keputusan dan kebenaran gerak balas

subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberikan oleh

subjek tidak akan sesekali dipengaruhi oleh personaliti dan tingkahlaku penyelidik.

Kaedah soal selidik ini juga dipilih berdasarkan beberapa kebaikan seperti yang telah

dinyatak oleh Ee Ah Meng (1989) iaitu:

a) Tidak memerlukan kakitangan yang ramai untuk menguruskannya, cukuplah 1-20 orang

digunakan.

b) Menjimatkan masa.

c) Maklumat boleh dikutip sekaligus dalam satu kumpulan yang ramai.

d) Soal selidik boleh dilakukan kajian rintis untuk menentukan sama ada responden dapat

menjawab soalan dengan mudah atau tidak.

Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses

memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang

responden (Mulhern, 1989). Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan

mendalam, terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu.

Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya

digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong

hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk

memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden.

Terdapat dua jenis temubual, iaitu temubual berstruktur dan temubual separuh berstruktur.

Namun dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan temubual separuh berstruktur yang

merupakan temubual temubual yang melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi

Page 11: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

kebebasan kepada responden untuk mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak

disediakan dan segala kemungkinan jawapan daripada responden diterima.

Penyelidik memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksible. (Azizi, 2007 ). Penemubual

berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan jawapan. Melalui

kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih daripada responden apabila

jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan. Ini akan memudahkan penyelidik

untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT

serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam P&P

Sains.

Kaedah pemerhatian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dalam

kajian ini, menerusi proses pemerhatian, maklumat dalam konteks yang lebih luas dapat

diperoleh. Pemerhatian yang telah dijalankan merupakan pemerhatian yang tidak melibatkan diri

dan ianya telah dilaksanakan berdasarkan jadual tinjauan guru pelatih semasa mengajar. Jadual

tinjauan disediakan bagi memudahkan kerja semasa menjalankan proses pemerhatian. Di

bahagian akhir jadual tinjauan, dapatan baru atau komen akan ditulis oleh penyelidik sendiri

selepas menjalankan pemerhatian.

Dalam kajian ini kesahan dan kebolehpercayaan soalan temubual turut diberi perhatian.

Menurut Merriam (2001), kajian kualitatif mementingkan huraian yang realistik bagi kes yang

dikaji. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan pula, beberapa teknik digunakan bagi memastikan

keputusan boleh dipercayai. Pertama adalah dengan menerangkan anggapan dan teori yang

menyokong kajian, kedudukan pengkaji berkenaan kumpulan yang dikaji, asas untuk memilih

huraian tentang sampel serta konteks sosial bagi lokasi pengumpulan data (Merriam, 2002).

Teknik kedua pula adalah dengan menyemak pemerhatian dengan sumber data lain untuk

Page 12: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

mengetahui sama ada semua data tersebut selaras dengan konteks keseluruhan (Neuman, 1991).

Teknik terakhir ialah, untuk ditemubual, pengkaji menilai konsistensi respon dari sampel dengan

menyoal mereka soalan-soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza beberapa kali (Best dan

Kahn, 1998).

DAPATAN KAJIAN

Responden A

Pemahaman ICT : ICT adalah Internet, komputer, teknologi dan sumber-sumber ICT

yang selalu digunakan adalah Internet, komputer, teknologi.

Penggunaan ICT dan P&P dalam Sains : Responden tidak selalu menggunakan

kemudahan

ICT sepanjang menjalani latihan mengajar disekolah tersebut, responden hanya

menggunakan ICT untuk sesetengah topik yang dirasakan perlu sahaja.

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains: Power point, LCD, CD.

Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Bukan semua topik

yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT

akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan.

Responden B

Pemahaman mengenai ICT dan sumber-sumber ICT yang diketahui : ICT adalah

komputer, ohp dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi.

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : komputer, LCD, CD dan

Courseware.

Page 13: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : ICT boleh

meningkatkan keberkesanan P&P Sains, namun bukan semua topik sesuai untuk

diakplikasikan ICT dalam proses pengajarannya.

Responden C

Pemahaman ICT : Komputer, LCD dan internet.

Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Mengaplikasikan penggunaaan ICT dalam

P&PSains.

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : Komputer, LCD projector

dan CD-Rom.

Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Pelajar akan

memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan

bahan-bahan yang dipaparkan.

Responden D

Pemahaman ICT : Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan harian.

Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana

masalah kekurangan komputer.

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : Komputer.

Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Penggunaan ICT dapat

meningkatkan prestasi pelajar.

Responden E

Pemahaman ICT : Mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan

komputer.

Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Menggunakan ICT dalam P&P Sains

Page 14: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains: CD rom

Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Tidak semua tajuk yang

diajarkan memerlukan penggunaan ICT.

PERBICANGAN

Berdasarkan kajian kes yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap

penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru sains adalah rendah. Terdapat

pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru

sains

ICT sebagai Alat Komunikasi

Aspek-aspek komunikasi peralatan ICT hanya dihasilkan apabila sumber Sains, guru dan

pelajar boleh menerima, menghantar dan berkongsi bahan Sains di lokasi yang berbeza.

Komunikasi dibuat dalam bentuk komputer peribadi atau personal computer (PC), computer riba

dan telefon bimbit. Perbezaan dari segi jarak antara sumber, guru dan pelajar boleh diatasi

dengan merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan dikongsi boleh wujud dalam

bentuk (Intel Education, 2007):

1. Teks

2. Graf

3. Audio

4. Video

5. Mod gabungan yang pelbagai

Page 15: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Menurut responden B contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan

harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi, pelajar boleh

mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan ICT,

contoh-contoh penggunaan Sains dalam kehidupan seharian dapat ditunjukkan dengan lebih

menarik. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan

menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Ini akan memberikan peluang kepada

pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna,

pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakan keseronokan

mempelajari Sains. Untuk memberi respon terhadap petikan di atas Douglas mengatakan

komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan

pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis

pembelajaran Sains yang bermakna.

Penggunaan ICT dan komputer mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran Sains. Ini kerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT seperti CD Rom

dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar.

Dengan menggunakan ICT pelajar-pelajar sangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar

tertarik dengan apa yang dipaparkan. Ini di sokong oleh (Robin J. Ittigson, Edd dan John G.

Zewe, 2004) yang menyatakan bahawa teknologi memberi kuasa kepada pelajar untuk

meningkatkan gaya pembelajaran mereka dan dapat membuat konsep yang menarik dan mudah

difahami. Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan

kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana

banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.

Page 16: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.

Melalui temuramah yang dijalankan, responden C menyatakan bahawa kelemahan dalam

menggunakan ICT adalah penggunaan CD yang disediakan adalah objektif yang ingin dicapai

dan objektif yang terdapat dalam CD yang disediakan tidak selari. Untuk sesetengah tajuk, CD

yang disediakan mempunyai banyak objektif yang ingin dicapai, jadi isi kandungan CD tersebut

tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada

sesi pengajaran tersebut kurang arasnya berbanding dengan isi kandungan pengajaran CD

tersebut. Perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar untuk

dibangunkan (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias, 1996).

Berdasarkan analisis data dalam bab 4, pengkaji mendapati bahawa walaupun kebanyakan guru

Sains bersetuju proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan dengan

menggunakan ICT, namun menurut responden ini hanya untuk sesetengah tajuk sahaja. Majoriti

responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding

penggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk

yang memerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan

melalui kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah responden

menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam. Responden menerangkan

mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu

tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Pelajar juga lebih suka jika guru menggunakan

kaedah chalk and talk. Ini kerana perisian kursus yang bermutu tinggi amat susah untuk

dihasilkan. Beratus-ratus jam tenaga mahir diperlukan bagi tujuan ini. Tenaga pengajar yang

mahir mengendalikan komputer sukar didapati. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah

Page 17: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan.

(Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996).

Menurutnya lagi, ia memerlukan pengetahuan kecerdasan buatan dan merupakan bidang yang

masih baharu. Penggunaannya masih terhad kepada sesuatu bidang sahaja sehingga kini, banyak

usaha sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan buatan

dalam pembelajaran. Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak

kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif

sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini

menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sains

Masa guru adalah sentiasa pada premium, dan kajian Becta menekankan bahawa perkara ini

penting untuk penangguhan masa depan. Ini membuktikan bahawa betapa berharganya masa

bagi seorang guru. Guru memerlukan lebih masa flexible agar guru dapat menggunakan software

dalam apa jua keadaan yang berisiko serta menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan peralatan yang disediakan pada masa yang telah ditetapkan tanpa perlu

adanya penangguhan masa pengajaran dan pembelajaran ( Peter D.Jones dan Steve

Wheeler,2008 Ini kerana masalah utama penggunaan ICT adalah masalah dari segi kekangan

masa. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati melalui penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini, masa pengajaran yang sebenarnya akan berkurang.

Page 18: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas

beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang

dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.

i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari

kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini

akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang.

ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini

kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.

Responden A dan B hanya perlu memasang peralatan-peralatan iaitu komputer dan LCD

projector sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana peralatan-peralatan

ini telah disediakan didalam kelas. Tetapi responden perlu mengambil masa selama lima hingga

sepuluh minit masa pengajaran.

Responden C pula perlu membawa peralatan-peralatan yang ingin digunakan ke kelas yang

berkenaan kerana peralatan-peralatan tersebut tidak disediakan di dalam kelas tersebut.

Manakala responden D dan E pula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik

komputer.

Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat yang

lebih mendalam mengenai subjek yang diajar kerana masalah masa (Norhashim Abu Samah,

Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996). Mereka juga kurang menggemari menggunakan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana tiada kemudahan yang disediakan atau

kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan

bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum

digunakan. Hasil dapatan ini disokong oleh Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008 dalam

Page 19: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

petikannya iaitu : Terdapat pelbagai halangan eksploitasi terhadap pendidikan teknologi wujud,

termasuk kekangan teknologi seperti masalah had jalur lebar dan kekurangan peralatan.

Menurut laporan Becta dalam Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008, sekolah perlu

mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran.

Sekolah juga perlu mempertimbangkan pelantikan pembelajaran teknologi di sekolah-kakitangan

yang mempunyai kedua-dua kepakaran teknikal dan pendedahan pedagogi untuk

membangunkan dan memberi sokongan. Masalah lain yang dihadapi oleh responden adalah

masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat

berfungsi dengan baik. Penggunaan teknologi maklumat (ICT) secara langsung boleh

menyebabkan etika baru serta virus komputer (yang boleh merosakkan dan memadam program-

program atau kehilangan data pada komputer tanpa disedari oleh pengguna komputer (Cleborne

D. Maddux, D.lamont Johnson dan Jerry W. Willis,2003)

KESIMPULAN

Secara keseluruhan melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat

dirumuskan bahawa penggunaan ICT dan komputer di kalangan guru Sains dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah yang bergantung kepada kemudahan yang

disediakan disekolah.

Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas

beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang

dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P. Untuk memulakan

pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal

komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa

Page 20: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

pengajaran sebenar berkurang. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti

pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke

dalam kelas.

Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi

dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu

sebelum digunakan. Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan.

Penggunaan ICT oleh guru Sains ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan

daya imaginasi pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan

membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.

Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru Sains

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar.

.

RUJUKAN

Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis danInterpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon.

Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson and Jerry W. Willis (2001), Educational Computing Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon.

Criswell, J.R., 1989, ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.

Faharol Razi Shaari, 1998, ''Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer'', Jurnal IPDA, 5: 38–44.

Intel Education. (2007). Intel Brings ICT for Education Initiative To Malaysia. School Adoption project: 1 : 1 e-Learning on April 24, 2007 1. Kuala Lumpur: Intel Malaysia

Page 21: Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future.Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.