Author
lisa-cooper
View
277
Download
4
Embed Size (px)
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
1/25
1
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KAL 3033
PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NORHAFIZA BT ISMAIL D20112054242
PUSAT PEMBELAJARAN : EL - UPSI 01 (A132PJJ)
NO UNTUK DIHUBUNGI : 012-6371019 / 0145448641
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR HASHIMAH BT HUSSEIN
TARIKH SERAH : 28 APRIL 2014
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
SOALAN
Aktiviti seni dan kreativiti di kalangan kanak-kanak
mempengaruhi perkembangan sosioemosi mereka
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
2/25
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA/KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Definisi Perkembangan Sosio emosi 4-5
3.0 Teori Perkembangan Emosi 5-8
4.0 Konsep Perkembangan Kanak-kanak 8-11
5.0 Ciri-ciri perkembangan & cirri-ciri ekpresi 11-14
6.0 Perkembangan Emosi 14-16
7.0 Jenis-jenis Emosi & Kesan Kepada Kanak-kanak 16
8.0 Kreativiti & Nilai Estetika Kanak-kanak 17-19
9.0 Kesan Seni & Kreativiti Pada Perkembangan Emosi Kanak-kanak 20-22
10.0 Kesimpulan 23-24
11.0 Rujukan 25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
3/25
3
1.0PENGENALAN
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Ibu bapa dipertanggungjawabkan
untuk membesarkan, mengasuh dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yangberguna. Kita sebagai ibu bapa, guru dan juga masyarakat perlu membentuk anak-anak
supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Mereka ibarat kain putih dan
kita yang mencorakkannya. Anak adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga. Oleh
sebab itu,kita sebagai manusia, ibu juga ayah hendaklah bersyukur dengan anugerah yang
telah diberikan. Haiwan lagi sayangkan anak, inikan manusia. Kita sebagai ibu, bapa,
guru, juga masyarakat hendaklah membentuk anak yang telah dianugerahkan dengan
sebaik-baiknya. Anak atau kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan masih kosong.
Kita perlu membentuk dan mewarnai dan mencorak mereka dengan penuh kasih sayang,
dengan bakat-bakat yang tidak ternilai dan membentuk mereka supaya menjadi manusia
yang berguna dan melahirkan modal insan yang sangat berguna dan dihormati kelak.
Anak adalah amanah Tuhan yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
Setiap manusia mempunyai bakat tersendiri dan kita perlu mengasah bakat
mereka supaya mereka dapat meningkatkan lagi bakat yang ada. Salah satu bakat yang
terpendam adalah bakat seni. Kreativiti seni kanak-kanak dapat mempengaruhi
sosioemosi kanak-kanak. Seni yang dimaksudkan ialah muzik, pergerakan dan juga seni
visual. Telah menjadi lumrah kehidupan, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang
kuat. Mereka akan cuba meneroka apa yang mereka inginkan. Seni merupakan cara asas
untuk kanak-kanak kehendak ingin tahu kanak-kanak. Mereka dapat membangunkan
potensi kanak-kanak bagi menjadikan mereka insan yang kreatif dan imaginatif.
Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting supaya
kanak-kanak ini dapat diberi peluang untuk mengasah dan meningkatkan bakat yang ada.
Ada kemungkinan kanak-kanak ini lebih cenderung kepada muzik. Mereka gemar
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
4/25
4
menyanyi dan boleh di bawa ke peringkat lebih tinggi iaitu libatkan kanak-kanak dalam
pertandingan-pertandingan nyanyian secara dalaman terlebih dahulu. Ini adalah untuk
memberikan keyakina dalam diri kanak-kanak dan supaya kanak-kanak ini dapat
membuang perasaan malu yang ada dalam diri. Ini juga dapat mempengaruhi kanak-
kanak dalam perkembangan sosioemosi mereka. Mereka akan berjumpa dengan rakan-
rakan baru dan dapat bertukar idea dan dapat meluaskan lagi bakat yang ada.
Menurut Freud, kanak-kanak dapat mempengaruhi perkembangan akan datang
jika mereka melaluinya ketika kanakkanak. Pengalaman yang mereka lalui dapat
mempengaruhi serta memberikan kesan jangka masa yang panjang. Emosi manusia
berkait rapat dengan perkembangan fizikal mereka (Freud).
2.0 DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI
Apa yang dimaksudkan dengan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak
berinteraksi dan juga kanak-kanak memberikan tindak balas terhadap sesuatu dan juga
bertingkah laku mengikut norma masyarakat. Perkembangan sosio emosi dapat dilihatsecara tingkahlaku positif dan juga negatif. Tingkah laku positif adalah seperti
bekerjasama, berdikari dan sebagainya. Manakala tingkah laku yag negatif, kanak-kanak
lebih gemar bergaduh, bersendirian dan juga kurang keyakinan diri.
Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2perkembangan iaitu perkembangan
social dan juga perkembangan emosi. Kanak-kanak belajar bersosial dan juga belajar
mengawal emosi. Dengan aktiviti seni dan kreativiti, kanak-kanak belajar mengawal
emosi dengan melukis, menyanyi, pergerakan dan sebagainya. Dalam aktiviti yang
dijalankan juga mereka dapat bersosial bersama rakan-rakan. Jika aktiviti yang dijalankan
dalam kumpulan. Kanak-kanak dapat bertukar idea dan juga dapat bersosial dan
mengenal ahli kumpulan masing-masing.
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
5/25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
6/25
6
Di dalam teori Perkembangan Erikson, terdapat satu elemen penting iaitu
perkembangan Identiti Ego. Identity Ego ini adalah kesedaran diri yang dikembangkan
melalui interaksi sosial. Dalam teori ini, keyakinan dalam diri adalah penting bagi
memotivasikan sikap dan juga tindakan seseorang. Teori ini juga menitik beratkan
perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagian dalam
kehidupan. Menurut Ericson, setiap tahap akan mempunyai konflik yang perlu diatasi
sebelum seseorang itu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan
mengatasi konflik ini akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya.
3.1 VIKTOR LOWENFELD
Viktor Lowenfeld dilahirkan di Linz, Australia pada tahun 1903 dan mendapat
kelulusan daripada College of Applied Art di Vienna dan Academic of Fine Art di bandar
yang sama. Tidak lama kemudian, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam
pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah
menengah.Beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian Blind Institude ketika
berada di Vienna. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke Engaland sebelum
kembali ke United State dan telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagaiwartime visual aids consultant dalam tentera laut. Teori perkembangan Viktor
Lowenfeld terdapat enam peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat scribbling (2-4
tahun), peringkat kedua peringkat Preschematic(4-7 tahun), peringkat ketiga peringkat
Schematic(7-9 tahun), peringkat keempat adalah peringkat Dawning Realism/ The Gang
Age (9-12 tahun), peringkat kelima ialah peringkat Pseudonaturalistic/ Reasoning(12-14
tahun), dan seterusnya peringkat keenam ialah peringkat Period If Decision/Adolescent
Art (14-17 tahun).
a) PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN)
Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal dan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada garisan lurus dan
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
7/25
7
melintang seterusnya kepada bulatan. Proses contengan boleh menyebabkan pergerakan
badan dan membangunkan koordinasi otot mata-tangan.
b) PERINGKAT PRESCHEMATIC (4-7 TAHUN)
Peringkat ini adalah peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama
untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan. Contohnya ibu bapa
dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karektor tangan dan kaki
dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiznya imej yang berbeza-beza.
c) PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN)
Pada peringkat ini pula, mereka mula menghasilkan lukisan mengikut skema atau konsep
tertentu. Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis objek berbanding pada peringkat
preschematic. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej
selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekeliling mereka. Lukisan yang
dihasilkan adalah spontan dan bebas serta berskala besar. Ianya tidak peka dengan karya
mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka
gemar untuk berkongsi.
d) PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN)
Kanak-kanak mula melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu dan imej
yang dilukis juga secara realistik dan teliti. Mereka melukis imej mula mengecil dari segi
saiz. Kanak-kanak juga mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri dan
mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya dan membuatkan
mereka lebih berhati-hati. Mereka juga lebih menitikberatkan karya yang mereka
hasilkan.
e) PERINGKAT PSEUDONAURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN)
Pada peringkat ini, mereka mula peka dengan konsep realistik dalam meghasilkan lukisan
dan menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka sangat gemar
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
8/25
8
melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding lukisan
menerusi imaginasi. Mereka akan berasa malu sekiranya lukisan yang dihasilkan kurang
menarik dan jarang berkongsi dengan rakan-rakan mereka.
f) PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ADOLESCENT ART (14-17 TAHUN)
Pada peringkat ini pula, kanak-kanak lebih memberi penekanan teradap proses
penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Pada peringkat ini juga, mereka lebih
menunjukkan atau memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan lukisan yang menarik.
Teori-teori di tersebut adalah tokoh-tokoh seni yang dapat mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dengan aktiviti seni yang dilakukan, mereka dapat
memperkembangankan dan sering bertukar idea bersama rakan-rakan.
4.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Proses yang berlaku secara berterusan sejak lahir lagi sehinggalah mereka ke
peringkat matang adalah dipanggil perkembangan. Ia merupakan perubahan yang bersifatkualitatif dan sifat yang ditunjukkan tidak dapat diukur akan tetapi ianya jelas berlaku
jika kita membandingkan dengan peringkat awal. Kita dapat lihat perkembangan dari
lahir lagi, sebagai contoh bayi yang baru lahir sehinggalah mereka berumur satu tahun
lebih. Mereka hanya boleh menangis jika kelaparan, berasa tidak selesa dan sebagainya.
Setelah mereka boleh bercakap semasa umur satu atau 2 tahun mereka sudah mula
bertutur beberapa patah perkataan seperti u..mi, a..yah..ma..ma dan sebagainya. Ini adalah
perkembangan yang baik bagi kanak-kanak.
Menurut pendapat Karl Garrison (1965), perkembangan adalah hasil daripada
tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Menurut
Paul Eggan dan Don Kauchak (2006) pula berpendapat tentang perkembangan
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
9/25
9
merupakan perubahan dalam yang berurutan serta kekal di dalam diri seseorang hasil
daripada pembelajaran, pengalaman dan juga kematangan. Pelbagai pendapat tentang
perkembangan kanak-kanak. Menurut Salvin (1989) pula perkembangan merupakan
perkaitan dengan mengapa serta bagaimana seseorang individu itu berkembang dan
membesar serta menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran
masa. Seterusnya perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung
ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan juga sosial (Crow 1998).
Satu proses perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah, seorang kanak-
kanak dapat menyelesaikan satu masalah yang diberikan oleh guru.ini telah menunjukkan
berlakunya perkembangan pemikiran dalam diri kanak-kanak ini. Oleh sebab itu,
perubahan atau perkembangan bersifat kualitatif kerana ianya tidak boleh diukur tetapi
jelas kita dapat lihat perkembangan tersebut. Sebagai seorang guru perlu memahai
perasaan serta emosi kanak-kanak. Kanak-kanak ini perlu diberi peluang sebelum
memulakan pengajaran. Mereka perlu diberi peluang untuk mencuba aktiviti yang baru
dan sentiasa memotivasikan mereka bagi mencuba aktiviti yang baru. Kanak-kanak ini
perlu dibantu untuk meluahkan perasaan dan membentuk persahabatan dengan kanak-
kanak.
Perkembangan sosio emosi kanak-kanak wujud sejak kita dilahirkan.
Perkembangan sosio emosi ini berkembang selari dengan perkembangan fizikal dan
mental kanak-kanak. perkembangan sosio emosi terdiri daripada empat bahagian iaitu
konsep kendiri dan penerimaan diri, hubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak
lain, hubungan kanak-kanak dengan guru dan juga hubungan kanak-kanak di dalam
kumpulan. Penerima diri adalah kanak-kanak boleh terima kelemahan dan kekuatan diri.
Kanak-kanak sering merasakan dirinya terbaik dan mereka percaya mereka boleh
melakukannya. Kanak-kanak belajar mengenai konsep kendiri sejak mereka lahir lagi
iaitu dengan sentuhan dan belaian ibu bapa sejak kecil lagi. Seni adalah bertujuan untuk
perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara guru membuat pilihan bahan dan aktiviti
yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Dalam kegiatan seni, kanak-kanak akan
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
10/25
10
bersaing untuk membuat seni lukis yang terbaik supaya mendapatkan pujian daripada
guru. Mereka yakin kepada diri yang mereka boleh melakukannya. Mereka dengan
bangganya akan menunjukkan hasil seni yang mereka lakukan kepada guru dan juga
rakan-rakan. Kanak-kanak juga mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka lebih
kreatif daripada orang dewasa. Mereka mampu menghasilkan yang terbaik dan mampu
berfikiran kreatif.
Kanak-kanak menerima kanak-kanak lain dalam hidupnya iaitu perhubungan
persahabatan. Dalam program seni, kanak-kanak ini lebih berpeluang bersama-sama
rakan lain yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran yang
positif akan boleh menerima kelebihan rakan lain. Perhubungan yang baik antara rakan-
rakan lain dapat menghasilkan sesuatu yang unik. Mereka akan merasakan perasaan
gembira melakukan sesuatu aktiviti seni. Bekerjasama dengan rakan lain dalam
menghasilkan hasil seni seperti mewarna bersama, menampal akan dapat mengeratkan
lagi keakraban kanak-kanak. mereka akan bertukar-tukar pendapat bersama rakan-rakan.
Dengan aktiviti seni dapat membolehkan kanak-kanak menterjemahkan perasaan serta
idea-idea yang mereka ada (Deway, 1958, Lowenfeld & Britain, 1957). Penggunaan
warna pilihan kanak-kanak itu juga mencerminkan emosi kanak-kanak yang tidak
diungkapkan. Contohnya kanak-kanak tidak suka memilih warna hitam kerana mereka
takut akan kegelapan. Mereka memilih warna hijau kerana ketenangan serta mencintai
alam sekitar. Ini bermakna mereka meluahkan perasaan pada kesenian.
Selain hubungan bersama rakan-rakan lain, hubungan antara kanak-kanak dan
guru juga penting. Ini kerana mereka belajar sesuatu melalui guru dan menerima arahan
guru. Ini kerana interaksi guru dan kanak-kanak sangat penting dalam mempelajari
sesuatu. Guru mengajar dan membantu kanak-kanak mengekpresikan idea mereka
dengan cara tersendiri. Kanak-kanak perlu mengeksplotasikan idea mereka dengan
pelbagai ekspresi yang melibatkan seni bagi meningkatkan keyakinan serta
perkembangan kanak-kanak. Jika hubungan antara guru dan kanak-kanak baik akan
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
11/25
11
menghasilkan hasil yang menggembirakan. Ini bermakna kanak-kanak meluahkan rasa
gembira. Jika berlaku sebaliknya, mereka dimarahi oleh guru, mereka akan menghasilkan
hasil yang tidak menarik.
Kebiasaannya, aktiviti seni dijalankan secara berkumpulan. Ini adalah bertujuan
untuk kanak-kanak belajar menyesuaikn diri di dalam kumpulan dan juga memupuk
sikap bekerjasama di dalam kumpulan. Interaksi antara rakan-rakan kumpulan juga
penting bagi menghasilkan hasil seni yang sempurna. Kanak-kanak juga perlu belajar
mematuhi peraturan dan mematuhi arahan ketua kumpulan. Di dalam kumpulan juga
kanak-kanak dapat mempertingkatkan perkembangan bersosial dan juga emosi. Ini
kerana mereka belajar menghormati idea rakan-rakan lain. Kanak-kanak belajar
mendisiplinkan diri ketika berada di dalam kumpulan. Kemahiran yang mereka ada harus
dikongsi untuk mendapatkan hasil yang menarik.
5.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI EKSPRESI
Aktiviti-aktiviti seni di dalam bilik darjah juga dapat menunjukkan perkembangankanak-kanak. Aktiviti seni yang mudah seperti menggosok, mengui, meramas,
meniup,menggentel dan sebagainya dapat member peluang kanak-kanak meneroka secara
kreatif dan tidak mengongkong serta dapat mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak.
Mereka dapat meluahkan perasaan dengan aktiviti seni. Secara tidak langsung, ianya
dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak.
Aktiviti seni dapat membantu dalam perkembangan serta pertumbuhan kanak-
kanak. Dengan itu pertumbesaran kanak-kanak akan berlaku secara sihat. Dengan aktiviti
seni yang dilakukan oleh kanak-kanak juga dapat merangsang perkembangan sosio emosi
kanak-kanak. Mereka boleh meluanhkan perasaan pada hasil seni yang mereka lakukan.
Aktiviti seni juga dapat memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
12/25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
13/25
13
mereka belajar untuk mengenal perasaan dan juga emosi sendiri. Mereka akan melukis
bagi meluahkan perasaan emosi mereka. Kita boleh melihat emosi kanak-kanak yang
stabil dan tidak stabil. Kanak-kanak yang mempunyai emosi stabil, kita dapat lihat hasil
lukisan mereka sangat cantik dan kreativitinya agak menarik. Kanak-kanak yang
emosinya terganggu, hasilnya kurang memuaskan dan tidak menunjukkan kegembiraan.
Kanak-kanak juga pandai bermain dengan emosi.
Selain itu, dengan cara bermain muzik atau alat-alat muzik yang digunakan di
dalam kelas seperti bermain gendang, drum, kompang dan sebagainya. Kita dapat lihat,
kanak-kanak yang mempunyai emosi yang stabil, pukulan gendang atau drum agak stabil
dan sedap didengari. Manakala, kanak-kanak yang beremosi tidak stabil, kita dapati
pukulan drumnya agak kuat dan seoalah-olah mereka sedang dalam keadaan marah akan
sesuatu dan dilepaskan pada pukulan. Ini adalah andaian yang dapat kita buat tentang
perkembangan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang dimarah oleh ibu dirumah, dia
akan murung ketika sampai di sekolah. Mereka juga akan berasa sedih dan tidak
bersemangat untuk belajar. jika diberi aktiviti seni mereka akan cuba meluahkan apa
yang mereka rasa ketika itu.
Penglibatan ibu bapa juga penting dalam mendorong serta memberi semangat
kepada anak-anak yang berada di sekolah. Di rumah juga kanak-kanak ini perlu diberi
peluang untuk meneroka, peluang menggunakan sesuatu bahan untuk memanipulasikan
sebagai bahan membuat aktiviti seni. Dengan istilah lain, kesan perapatan keluarga
terhadap sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasakan diri mereka dihargai
dan semakin meningkat keyakinan diri dalam menunjukkan bakat yang ada.
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak juga dapat mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak yang rapat dengan ahli keluarga lebih rasa dihargai
dan lebih menunjukkan perkembangan sosio emosi yang lebih baik. Dengan itu, peranan
ibu bapa juga mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Ibu bapa
memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap kanak-kanak.
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
14/25
14
Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke kelas muzik jika anak mereka
mempunyai bakat terpendam. Dengan adanya kelas, bakat seni mereka dapat diserlahkan
lagi. Mereka juga dapat mengenali rakan-rakan baru dan mula menunjukkan emosi yang
baik kerana minat mereka telah diperluskan dan merasakan dirinya dihargai. Ini yang
dikatakan faktor keluarga yang berkemampuan. Jika mereka tergolong daripada keluarga
berkemampuan, mereka lebih menunjukkan sosioemosi yang baik berbanding daripada
golongan yang sederhana. Mereka akan lebih minat dalam sesuatu bidang sekiranya diri
mereka dihargai dan diberi penilaian dan diberi ganjaran.
Aktiviti seni dan kreativiti boleh dikatakan mempengaruhi perkembangan sosio
emosi kerana jika aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak akan bersosial
dan berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka akan berbincang di dalam kumpulan
dan ini dapat meningkatkan perkembangan social. Selain itu, di dalam kumpulan juga,
kanak-kanak perlu bijak mengawal emosi. Ini kerana jika kanak-kanak tidak bijak
mengawal emosi, mereka akan bergaduh dan tidak ada tolak ansur di dalam kumpulan.
Mereka hanya mahu melakukan secara sendirian dan tidak mahu berkongsi alatan seni
yang diberikan.
6.0 PERKEMBANGAN EMOSI
Sejak lahir lagi kita dapat lihat perkembangan emosi kanak-kanak. bayi yang
berumur 0-2 tahun. Perkembangan emosi yang dapat kita lihat sejak bayi lagi ialah
ketawa, dan menangis. Mereka hanya mampu menangis jika lapar, dan juga tidak selesa.
Ini adalah satu perkembangan emosi yang baik. Apabila umur bayi semakin meningkat,
dia sudah mula ketawa apabila melihat sesuatu. Semakin umur bayi meningkat, mereka
sudah mula menunjukkan perasaan takut, geli, dan sebagainya. Ini yang dipanggil
perkembangan emosi kanak-kanak. pada peringkat umur ini, mereka hanya bergantung
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
15/25
15
kepada ibu bapa dan juga orang dewasa. Mereka juga memerlukan sentuhan dan juga
pujukan daripada orang sekeliling.
Apabila umur mereka masuk ke peringkat 2-6 tahun, bermulalah perkembangan
sosial. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi bergantung dengan orang dewasa.
Mereka sudah menunjukkan sifat kasih saying dan perlukan belaian dan sentuhan ibu
bapa. Mereka perlukan perhatian dan tumpuan yang lebih dan sudah pandai merajuk
apabila tidak diberi layan atau di marahi oleh ibu bapa. Ini satu perkembangan emosi
yang sangat baik. Mereka sudah pandai bersosial iaitu berkawan dengan rakan-rakan baru
dan mula bermain serta bijak berkongsi alatan permainan. Mereka sudah mula pergi ke
sekolah pada umur 4-6 tahun. Dengan itu, mereka sudah mula belajar berkawan,
berkongsi mainan dan sebagainya. Perkembangan sosial dan juga perkembangan emosi
mula terbentuk pada peringkat ini. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan lagi emosi dan juga perkembangan sosial. Pada peringkat ini juga,
mereka sudah mula berkeras dan akan memberontak apabila memerlukan sesuatu.
Pada peringkat 7-12 tahun adalah peringkat akhir kanak-kanak. pada peringkat ini
mereka sudah sedar akan perasaan orang lain. Tetapi pada peringkat ini, mereka suka
menyinggung perasaan orang lain kerana pada peringkat ini, mereka suka mengejek dan
juga menyindir. Ini adalah satu sifat yang ada pada kanak-kanak. mereka masih lagi tidak
pandai untuk menjaga perasaan orang lain. Kanak-kanak ini suka pada kritikan dan juga
sukar menerima kegagalan. Mereka akan merasa kecewa apabila kalah dalam sesuatu
pertanding yang diceburi. Mereka mudah putus asa. Ibu bapa dan guru perlu memberikan
semangat dan sokongan kepada mereka sudah bangun dan teruskan usaha. Kanak-kanak
perlukan bimbingan dan sokongan dari orang sekeliling. Mereka merasakan keprihatinan
jika orang ada bersama mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini juga suka membantu
guru menghantar buku-buku, menyapu, mengemas dan sebagainya. Mereka suka
menerima tanggungjawab pada peringkat ini. Kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun
mempunyai dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka telah mula
menerima rakan sebaya dan pada masa yang sama mereka masih bergantung pada kedua
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
16/25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
17/25
17
9.0 KREATIVITI & NILAI ESTETIKA KANAK-KANAK
Sememangnya lumrah kanak-kanak sangat sukakan aktiviti seni dan juga
kreativiti. Dengan aktiviti seni dan estetika kanak-kanak dapat menunjukan bakat yang
telah lama terpendam. Mereka diberi peluang untuk merealisasikan mereka dalam
pelbagai cara. Seni terdiri daripada lukisan, nyanyian, kraftangan muzik, drama, puisi dan
sebagainya. Dalam aktiviti seni, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan emosi
dan juga perkembangan sosial. Kreativiti merupakan proses di mana kanak-kanak
meluahkan perasaan dan juga keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang
baru. Kanak-kanak sangat kreatif dan juga mereka mempunyai daya imaginasi yang
sangat tinggi. Kadang-kadang kita dapat lihat, kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang
kita tidak terpikir mereka boleh melakukannya.
Kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam penggunaan imaginasi, penerokaan dan
juga dapat merasa, bertindak balas serta peka terhadap persekitaran. Kreativiti dapat
melibatkan kanak-kanak serta memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka pelbagai
bahan seperti mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi, struktur, serta fungsi sesuatu bahan.
Ia juga dapat membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria kanak-kanakterutamanya merasa struktur, menghidu bahan serta mendengar bunyi. Kreativiti
sememangnya memberikan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. ini
adalah peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan
perasaan, karya, serta menunjukkan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.
Terdapat lima bahagian kreativiti dan estetika iaitu lukisan dan kraf, bahan dan
warisan, persekitaran dan keindahan alam, drama dan puisi serta muzik, nyanyian, dan
pergerakan. Di dalam bahagian lukisan dan kraf, kanak-kanak diberi peluang membuat
pelbagai kesan gesekan, corak, garisan dan sebagainya pada sesuatu permukaan. Ini
adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Lukisan dan kraf juga
dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan membantu kanak-kanak mencurahkan
idea serta meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan. Sebagai contoh, semasa kejadian
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
18/25
18
MH370, kanak-kanak mencurahkan idea dengan melukis kapal terbang dan juga berdoa.
Ini adalah satu kreativiti kanak-kanak dan meluahkan perasaan sedih pada lukisan.
Contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah melukis percikan bunga api, cop jari, lukisan
bebas, menguli doh, kolaj dan lain-lain.
Apa yang dikatakan dengan warisan dan budaya adalah bertujuan untuk memupuk
kanak-kanak menanamkan semangat cintakan warisan dan tanamkan di dalam jiwa
mereka untuk memelihara warisan untuk kegunaan mereka pada generasi akan datang.
Aktiviti yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti menyambut perayaan
masyarakat Malaysia, menghayati lagu-lagu patriotik, bermain permainan tradisional,
membuat kraf tangan seperti peralatan tradisional, membuat tikar mengkuang dan
sebagainya. Dengan aktiviti seperti ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan cintakan
Negara, memahami sifat menghormati antara kaum, dapat bersosial dan sebagainya.
Apabila ada aktivit permainan tradisional seperti bermain congkak, ketenteng dan
sebagainya juga dapat memupuk dan memperkembangkan lagi perkembangan sosio
emosi. Mereka boleh berkongsi permainan.
Komponen persekitaran dan keindahan alam sememangnya dapat memberi idea
yang cukup banyak supaya seseorang itu dapat berkarya, bukan sahaja kepada orang
dewasa, malah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mengenal dan mengecam
keadaan sekeliling iaitu alam sekitar dengan menggunakan deria seperti melihat
keindahan alam sekitar dan dapat menghayati betapa indah dan cantiknya alam sekeliling
mereka. Ini dapat memupuk perasaan sensitif dalam diri kanak-kanak. selain itu, dapat
meningkatkan naluri ingin tahu kanak-kanak. sebagai contoh, kanak-kanak tahu bahawa,
daun-daun berwarna hijau. Mereka juga ingin tahu apakah warna daun yang kekeringan,
warna pokok yang mati dan sebagainya. Dengan aktiviti keindahan alam sekitar ini,
kanak-kanak akan merasa seronok kerana dapat menyanyi bersama rakan-rakan. Lagu
yang sesuai dengan komponen tersebut ialah seperti lagu tanya sama pokok. Kanak-
kanak akan menyanyi sambil membuat gaya. Ini juga dapat meningkatkan perkembangan
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
19/25
19
sosio emosi kanak-kanak. ini yang dikatakan seni mempengaruhi perkembangan sosio
emosi. Bagi meningkatkan lagi perkembangan sosial, boleh membuat aktiviti bergotong-
royong membersihkan kawasan sekolah mereka.
Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan mereka juga mempunyai sifat suka
meniru. Mereka sangat suka melakonkan semula cerita apa yang telah mereka tonton di
televisyen. Dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak supaya mereka
menonton cerita yang mendatangkan faedah. Kanak-kanak mudah terpengaruh dan sangat
suka meniru. Malah mereka sangat kreatif dalam mengubah apa yang telah mereka
pelajari. Lakonan mampu menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bersosial dan juga
beremosi. Apabila mereka melakonkan watak sebagai ibu, mereka akan berkomunikasi
seperti mana ibu mereka suka perkatakan dan arahan-arahan yang sering mereka sering
dengari. Contohnya, ibu kanak-kanak itu suka member arahan Mamat hari sudah petang,
pergi mandi. Oleh sebab itu, mereka akan meniru arahan tersebut dalam lakonan mereka.
Kanak-kanak sangat pandai berimaginasi dan berlakon dapat mempengaruhi
perkembangan sosio emosi.
Aktiviti yang paling kanak-kanak suka adalah bermain dengan muzik. Nyanyian
dan gerakan merupakan aktiviti yang sangat mereka gemari. Kanak-kanak sangat mudah
mengingati sesuatu yang dipelajari. Kanak-kanak mudah ingat lirik yang di ajar oleh guru
dan mereka diberi peluang untuk menyampaikan perasaan dengan nyanyian lagu kanak-
kanak. Contoh lagu yang biasa mereka nyanyikan ialah seperti lagu lompat si katak
lompat. Mereka akan menghayati lagu tersebut sambil membuat gaya.
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
20/25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
21/25
21
nyanyian dan gerakan di dalam kumpulan. Kanak-kanak akan berkomunikasi dan berfikir di
dalam kumpulan dalam memikirkan gaya yang perlu mereka lakukan.
Kesan kreativiti dan seni dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
dapat mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Ia juga dapat meningkatkan
keyakinan diri dan juga dapat memupuk sikap bekerjasama kanak-kanak. Selain itu, ia juga
dapat memupuk sikap kepimpinan sebagai seorang ketua. Di dalam kumpulan kanak-kanak
dilantik sebagai ketua kumpulan. Mereka akan menunjukkan sikap kepimpinan dalam ahli
kumpulan ketika menjalankan aktiviti seni dan kreativiti. Di dalam kumpulan juga, kita dapat
lihat kanak-kanak akan menunjukkan emosi masing-masing. Ada yang marah, merajuk,
gembira dan sebagainya. Rakan-rakan yang bersimpati akan memujuk rakan mereka yang
merajuk. Ini yang kita lihat pada kanak-kanak. mereka sudah pandai bermain dengan emosi.
Apabila guru menunjuk atau mempamerkan hasil kerja mereka dan mendapat pujian daripada
guru, kanak-kanak akan menunjukkan emosi gembira.
Di bawah terdapat beberapa gambar hasil contengan kanak-kanak . Di dalam gambar tersebut
kita dapat lihat dan mentafsir emosi kanak-kanak tersebut.
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
22/25
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
23/25
23
11.0 KESIMPULAN
Aktiviti seni dan kreativiti sememangnya sinonim dengan kanak-kanak
dan ianya boleh mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. dengan adanya
seni dapat memperkembangkan juga kecerdasan emosi kanak-kanak dan menjadikan
kesan jangka masa panjang. Bagi mendapatkan kesan yang positif dalam perkembangan
kanak-kanak, semua pihak perlu memainkan peranan penting dan perlu membantu kanak-
kanak dalam mempengaruhi sosio emosi yang berkesan. Kanak-kanak sangat sukakan
seni dan kreativiti seperti lukisan, nyanyian, drama dan sebagainya.
Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat sejak mereka bayi lagi. Keadaan
kehidupan sekeliling dapat memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
kanak-kanak yang tergolong di dalam keluarga yang bahagia, diberi tumpuan oleh ahli
keluarga, dan juga mempunyai keluarga yang berkemampuan lebih memberikan kesan
yang positif kepada kanak-kanak. Mereka akan lebih bijak berkomunikasi, bersosial dan
boleh mengawal emosi. Kanak-kanak ini lebih berkeyakinan diri untuk berdiri di hadapan
memberikan pendapat dan juga selalu ingin menjadi ketua. Mereka ini juga dapat
memberikan hasil yang menarik kerana emosi mereka lebih stabil berbanding kanak-kanak yang tergolong daripada keluarga yang susah.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga tidak bahagia, ibu bapa yang
suka bergaduh dan juga tidak diberi perhatian, emosinya tidak stabil dan menyebabkan
mereka tidak boleh menghasilkan hasil kerja seni dengan baik. Malah seni adalah tempat
mereka meluahkan perasaan. Kadangkala kita dapat lihat kanak-kanak melukis gambar
ibu ayah, adik beradik mereka. Mereka juga melukis air mata sedang berciciran. Ini
adalah luahan perasaan mereka kerana mereka perlukan keluarga yang bahagian akan
tetapi keluarganya mempunyai masalah. Ini dikatakan aktiviti seni dan kreativiti di
kalangan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Kanak-
kanak yang mula meningkat dewasa sangat perlukan belaian dan sentuhan daripada ibu
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
24/25
24
bapa mereka. Mereka masih lagi bergantung kepada kedua ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk
juga membuatkan kanak-kanak memberontak dan sangat emosi. Kanak-kanak ini suka
marah tanpa sebab dan juga suka bersendirian.
Pendidikan dan juga penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni memberikan
peluang untuk mereka berinteraksi dan juga untuk memberikan keyakinan dalam diri
mereka serta membantu mereka berupaya bersosial. Selain itu, seni juga dapat
memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menghormati seseorang tanpa
menyinggung perasaan seseorang. Mereka hanya meluahkan isi hati kepada satu lukisan
dan mereka akan rasa lega setelah diluahkan dengan lukisan. Ini dapat membantu kanak-
kanak menghormati orang lain dan menahan kesabaran supaya tidak menyinggung
perasaan orang lain. Emosi mereka dapat di kawal dengan adanya seni dan kreativiti. Di
dalam drama dan lakonan juga kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka dengan
melakonkan semula apa yang telah terpendam di dalam hati.
Dengan adanya seni dan kreativiti juga dapat memupuk sikap bekerjasama kanak-
kanak di dalam kumpulan. Selain itu, sikap kepimpinan jugak dapat ditonjolkan di dalam
kumpulan. Kanak-kanak yang berkeyakinan akan menunjukkan sikap kepimpinan di
dalam kumpulan tanpa arahan guru. Mereka akan mengarahkan ahli kumpulan supaya
melakukan apa yang di arahkan oleh guru. Oleh sebab itu, pentingnya aktiviti seni dan
kreativiti di kalangan kanak-kanak. jika mendapat perhatian dan komitmen dari semua
pihak dapat memberi kesan yang mendalam dan juga membentuk perkembangan yang
positif.
7/23/2019 Tugasan 2 Kal 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak
25/25
25
11.0 RUJUKAN
Mohd Azhar Abd. Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia
Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 PerkembanganSeni Kanak-
kanak. Meteor Doc. Sdn Bhd: Seri Kembangan, Selangor
Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005).Psikologi Kanak-kanak dan
Remaja. Universiti Putra Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris, KAL 3033PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK
Yee Kam Keong (2006).Bebaskan Kreativiti Anda, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd,
Kuala Lumpur
http://www.sabah.edu.my/itma128/KandunganKomponen.html
http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek.html
http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html
http://www.sabah.edu.my/itma128/KandunganKomponen.htmlhttp://www.sabah.edu.my/itma128/KandunganKomponen.htmlhttp://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek.htmlhttp://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek.htmlhttp://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perkembangan-artistik-kanak-kanak.htmlhttp://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perkembangan-artistik-kanak-kanak.htmlhttp://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perkembangan-artistik-kanak-kanak.htmlhttp://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek.htmlhttp://www.sabah.edu.my/itma128/KandunganKomponen.html