6
PERKEMBANGAN GERAKAN KOPERASI Di Malaysia, koperasi diperkenalkan pada awal abad ke-20 dengan objektif utamanya untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca dan masalah keberhutangan dalam kalangan individu yang makan gaji di bandar. (Hayati Md. Salleh, Asha’ari Arshad, & et al.(2008). Kebanyakan daripada mereka terpaksa menggadai tanah dan membuat pinjaman kewangan sehinggakan kehidupan mereka berada di tahap kemiskinan. Perkembangan ekonomi negara yang kian memuncak di bawah pimpinan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah memberi ruang dan peluang untuk sektor koperasi memainkan peranan penting seiring dengan sektor lain dengan bermatlamat untuk menganjak ekonomi Malaysia daripada sebuah negara sederhana kepada berpendapatan tinggi menjelang 2020. Aliran perubahan semasa dan proses globalisasi dunia masa kini yang memerlukan sesebuah gerakan koperasi yang lebih berdaya maju mencabar keutuhan koperasi untuk mengekal identiti, konsep dan falsafahnya. Bagi cabaran yang berbeza ini, koperasi perlu melalui penstrukturan untuk memperkukuh kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Isu yang mengekang kemajuan gerakan koperasi selama ini seperti pengurusan, kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota perlu ditangani dengan berkesan dapat diterangkan seperti berikut: Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008), takrif tradisi adalah suatu kebiasaan, kepercayaan yang kekal turun - temurun. Shils (1981) dalam bukunya yang bertajuk Tradition menyatakan bahawa tradisi itu adalah sesuatu yang diwarisi dari masa lampau hingga ke saat ini. Walau bagaimanapun menurut Habsawn (2000) tradisi itu boleh diubah. Oleh: Munirah Ab Hamid - MKM Cawangan Selatan 35 Maktab Koperasi Malaysia Persoalan 1. Pergantungan kepada sumbangan tenaga dan pemikiran secara sukarela oleh ALK Pada peringkat awal gerakan koperasi, perjalanan koperasi lebih bergantung kepada tenaga sukarela oleh ALK bagi mengatur urusan harian koperasi. Dengan perubahan masa dan penggunaan teknologi moden di dunia perniagaan sekarang, tradisi lama ini tidak sesuai lagi. Mengikut laporan Bernama yang dikeluarkan pada 26 Januari 2012, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengakui perniagaan berkonsepkan koperasi bukanlah mudah untuk diuruskan kerana ia terpaksa bergantung kepada orang yang sanggup bekerja tanpa bayaran yang tinggi dan demi mendapatkan keuntungan, kos pengurusan perlu dikurangkan dan kadang- kadang terpaksa menggunakan pegawai sukarela yang mungkin tidak cekap dalam bidang perniagaan.

Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

PERKEMBANGAN GERAKAN KOPERASI

Di Malaysia, koperasi diperkenalkan pada awal abad ke-20 dengan objektif utamanya untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca dan masalah keberhutangan dalam kalangan individu yang makan gaji di bandar. (Hayati Md. Salleh, Asha’ari Arshad, & et al.(2008). Kebanyakan daripada mereka terpaksa menggadai tanah dan membuat pinjaman kewangan sehinggakan kehidupan mereka berada di tahap kemiskinan.

Perkembangan ekonomi negara yang kian memuncak di bawah pimpinan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah memberi ruang dan peluang untuk sektor koperasi memainkan peranan penting seiring dengan sektor lain dengan bermatlamat untuk menganjak ekonomi Malaysia daripada sebuah negara sederhana kepada berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Aliran perubahan semasa dan proses globalisasi dunia masa kini yang memerlukan sesebuah gerakan koperasi yang lebih berdaya maju mencabar keutuhan koperasi untuk mengekal identiti, konsep dan falsafahnya. Bagi cabaran yang berbeza ini, koperasi perlu melalui penstrukturan untuk memperkukuh kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Isu yang mengekang kemajuan gerakan koperasi selama ini seperti pengurusan, kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota perlu ditangani dengan berkesan dapat diterangkan seperti berikut:

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008), takrif tradisi adalah suatu kebiasaan, kepercayaan yang kekal turun - temurun. Shils (1981) dalam bukunya yang bertajuk Tradition

menyatakan bahawa tradisi itu adalah sesuatu yang diwarisi dari masa lampau hingga ke saat ini. Walau bagaimanapun menurut Habsawn (2000) tradisi itu boleh diubah.

Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi

Oleh: Munirah Ab Hamid - MKM Cawangan Selatan

35Maktab Koperasi Malaysia

Persoalan

1. Pergantungan kepada sumbangan tenaga dan pemikiran secara sukarela oleh ALK

Pada peringkat awal gerakan koperasi, perjalanan koperasi lebih bergantung kepada tenaga sukarela oleh ALK bagi mengatur urusan harian koperasi. Dengan perubahan masa dan penggunaan teknologi moden di dunia perniagaan sekarang, tradisi lama ini tidak sesuai lagi. Mengikut laporan Bernama yang dikeluarkan pada 26 Januari 2012, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengakui perniagaan berkonsepkan koperasi bukanlah mudah untuk diuruskan kerana ia terpaksa bergantung kepada orang yang sanggup bekerja tanpa bayaran yang tinggi dan demi mendapatkan keuntungan, kos pengurusan perlu dikurangkan dan kadang-kadang terpaksa menggunakan pegawai sukarela yang mungkin tidak cekap dalam bidang perniagaan.

Page 2: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

Meskipun Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dipilih dan diberi mandat oleh anggota untuk memimpin koperasi, anggota sebagai pemilik koperasi sepatutnya memberi tumpuan ke atas perkembangan koperasi dengan melibatkan diri secara aktif dalam perjalanan sesebuah koperasi terutamanya semasa Mesyuarat Agung dengan mengambil bahagian dengan mengundi, menimbang segala laporan, memilih barisan lembaga serta mengemukakan usul kerana berpandukan seksyen 36 Akta Koperasi, struktur organisasi koperasi meletakkan anggota sebagai kuasa tertinggi yang mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah koperasi.

Anggota yang merupakan pemangkin secara bersama dalam menentukan hala tuju dan pencapaian koperasi bukan saja mempunyai tanggungjawab untuk melaburkan modal tetapi harus juga memberikan buah fikiran dan kritikan membina. Hal ini kerana kekuatan dan kemajuan sesebuah koperasi bergantung sejauh mana peranan yang dimainkan oleh anggotanya pada setiap peringkat dalam proses membuat keputusan. Anggota perlu menyedari tanpa penglibatan mereka, perniagaan koperasi akan berdepan dengan kerugian dan ini merupakan tanggungan bersama.

Hakikatnya ada anggota yang hanya berminat menyertai koperasi tetapi tidak kepada melibatkan diri kerana kesibukan bekerja. Malah ada yang menyertai lebih daripada satu koperasi berdaftar yang lain tetapi tidak mengetahui secara mendalam tentang koperasi berkenaan kerana penyertaan berdasarkan kepada pengaruh rakan sejawatan, arahan majikan, atau semata-mata ingin mendapatkan sumber pembiayaan dan pulangan dividen tahunan. Situasi ini akan menyebabkan koperasi tidak berkembang disebabkan kurangnya idea untuk kemajuan koperasi.

Isu anggota yang tidak aktif ini boleh diatasi dengan merealisasikan prinsip kelima koperasi iaitu Pendidikan, Latihan

36

Penggunaan pengurusan profesional merupakan satu trend baru dalam kalangan organisasi pada masa kini bagi menentukan kewujudan pengurusan yang baik untuk menangani segala masalah koperasi yang berbangkit selain untuk meningkatkan pendapatan.

dan Maklumat. Setiap koperasi perlu menganjurkan program pendidikan koperasi yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) dan pusat-pusat latihan lain bagi meningkatkan kefahaman berkoperasi dalam kalangan anggotanya. (Idris Ismail dan Mohd Safaai Said, 2003).

2. Kurang mengkaji pengurusan profesional dalam pengurusan dan pentadbirannya

Dalam perniagaan, kecekapan sangat penting kerana tanpa kecekapan, koperasi akan rugi atau jarang mendapat keuntungan. Namun, didapati segelintir koperasi yang mengambil sikap mudah dengan mengambil anggota yang tidak mempunyai pengalaman untuk menjadi pengurus semata-mata untuk menjimatkan kos. Hasilnya mereka tidak dapat meningkatkan prestasi koperasi kerana tidak cekap lantaran tiada kepakaran dalam perniagaan selain sering sibuk dengan tugas hakiki masing-masing sehingga tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada koperasi.

Sejajar dengan perkembangan ekonomi, koperasi telah berkembang maju yang mengakibatkan peningkatan dalam tenaga kerja. Satu penyelesaian terhadap masalah ini ialah koperasi mengkaji pengurusan profesional yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bagi mengurus serta mengendali aktiviti-aktiviti koperasi dengan lebih cekap dan berkesan agar matlamat sebenar penubuhan koperasi dapat dicapai (Norizan Abdul Muhid, 2012).

Page 3: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

37Maktab Koperasi Malaysia

Penggunaan pengurusan profesional merupakan satu trend baru dalam kalangan organisasi pada masa kini bagi menentukan kewujudan pengurusan yang baik untuk menangani segala masalah koperasi yang berbangkit selain untuk meningkatkan pendapatan.(Bernama, 2011). Dengan adanya pihak pengurusan, wujud suatu sistem kawalan dalaman dalam kalangan ALK kerana tugas dan tanggungjawab kedua-dua komponen ini adalah berlainan yang mana pembuat keputusan dasar tidak terlibat secara langsung dalam pelaksanaan keputusan tersebut dan sebaliknya.

Untuk memastikan persefahaman dan hubungan yang baik antara ALK dan kumpulan pengurusan, perlu ada pembahagian tugas yang jelas antara ALK dengan pihak pengurusan. Dengan pembahagian tugas, masalah birokrasi dapat diatasi dan kedua-dua pihak dapat berpadu tenaga untuk menjaga kepentingan anggota dan koperasi selain bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku seperti penyelewengan, pecah amanah dan sebagainya.

Sebenarnya tidak susah untuk mengkaji pengurusan profesional kerana setiap tahun ramai graduan universiti tidak terkecuali graduan dari MKM yang mengintai peluang pekerjaan. Koperasi boleh memberi peluang kepada mereka ini untuk bekerja dengan koperasi agar dapat menyumbangkan kepakaran yang dimiliki dalam bidang-bidang yang relevan dengan jenis perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Khidmat generasi muda ini diperlukan supaya gabungan baru dan lama akan jadi pelengkap untuk membawa perubahan yang besar kepada koperasi.

3. Tidak berani ambil risiko dalam perniagaan

Risiko dalam perniagaan merupakan perkara yang sering menjadi halangan dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Didapati, rata-rata koperasi di negara ini masih lagi mengusahakan jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan

sederhana. Kebanyakan koperasi takut untuk menghadapi risiko dan memilih untuk bersikap cuba mengelak risiko (risk-averse) disebabkan pemikiran yang antaranya :-

• Koperasi selesa dengan keadaan di bawah tekanan

• Koperasi selesa dengan perniagaan yang sedia ada yang berisiko rendah seperti melabur dalam simpanan tetap.

• Koperasi tidak dapat melihat kekuatan koperasi dari segi rantaian perniagaan dan peluang pemasaran.

Menyedari koperasi tidak boleh bersifat konvensional, para pemimpin koperasi perlulah mempunyai semangat usahawan, iaitu mengubah minda atau mind-set mereka untuk melibatkan koperasi dalam projek-projek baru dan membuang tanggapan koperasi tidak perlu berniaga seperti korporat. Mereka seharusnya berani menanggung risiko dan mempunyai corak pemikiran yang baik agar koperasi mampu melakar kejayaan suatu hari nanti. Usaha untuk memupuk kesedaran keusahawanan dalam kalangan anggota dan koperasi dapat direalisasikan melalui latihan dan pendidikan. ALK patut mempertingkat dan melengkapkan diri dengan ilmu bidang perniagaan dan tidak hanya dalam kursus-kursus wajib sahaja.

Secara amnya, terdapat beberapa ciri keusahawanan ALK iaitu :-

• Berkemampuan menguruskan hal-hal perniagaan

• Berpengetahuan dengan persekitaran perniagaan dan industri koperasi

• Mempunyai minat yang tinggi terhadap koperasi sebagai seorang anggota yang aktif sebagai contoh kepada anggota yang lain

• Berpengetahuan dan memahami kewangan serta berupaya membaca dan menganalisis kewangan

Pada masa kini, pelbagai peluang perniagaan telah terbuka luas untuk diterokai bersama-sama. Memandangkan dasar kerajaan yang

Page 4: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

38

menggalakkan koperasi menceburi bidang perniagaan, maka seharusnya koperasi-koperasi bijak mencari ruang dan peluang untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengamalkan ciri-ciri keusahawanan yang lebih agresif untuk merebut peluang menjana ekonomi tanpa menggadaikan falsafah dan prinsip koperasi itu sendiri contohnya menerokai bidang-bidang baru yang bernilai tinggi seperti dalam sektor pelancongan, minyak dan gas, industri, kelapa sawit dan sebagainya selain perniagaan asas bagi menambahkan pendapatan koperasi.

Mengikut Panduan Tadbir Urus Koperasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi pada 22 Julai 2007, koperasi digalakkan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mengawal aktiviti yang koperasi jalankan seperti aktiviti kredit, pelaburan, pasaran, operasi, perundangan dan lain-lain.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu dan menasihati ALK mengenai segala ancaman dan peluang terhadap aktiviti-aktiviti koperasi. Antara tanggungjawab utama jawatankuasa ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Panduan Tadbir Urus ialah :

• Mengkaji dan menyarankan strategi pengurusan risiko, dasar dan toleransi risiko untuk kelulusan ALK.

• Mengkaji dan menyarankan kecukupan dasar pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko dan sejauh mana keberkesanan dasar dan rangka kerja tersebut beroperasi.

• Memastikan infrastruktur, sumber dan sistem diwujudkan untuk pengurusan risiko. Contohnya memastikan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan risiko melaksanakan kewajipan berdasarkan mekanisme yang ditetapkan.

• Mengkaji laporan pengurusan berkala ke atas pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko serta

mengemukakan cadangan balas kepada ALK untuk tindakan susulan.

• Mengkaji dan menyarankan strategi peningkatan reputasi dan imej koperasi.

Sekiranya modal menjadi halangan, penyelesaian yang ada ialah melalui penubuhan gabungan koperasi. Ia adalah sasaran wajar kerana pengumpulan modal, pengalaman dan kepakaran melalui gabungan membolehkan koperasi menceburi aktiviti berskala besar secara lebih terselaras bagi membantu memperkukuh daya saing mereka ke arah memantapkan lagi gerakan koperasi mencapai tahap yang boleh dibanggakan agar tidak terpinggir dalam arus perdana kemajuan negara.

Risiko dalam perniagaan tidak sepatutnya menjadi penghalang atau ketakutan kepada gerakan koperasi untuk menceburi perniagaan dan menjadi usahawan. Perlu diingat setiap perniagaan akan datang bersama risiko. Justeru itu, gerakan koperasi perlu bijak mencari idea dan membuat pelbagai pelan dan strategi supaya risiko dapat ditangani. Perkara penting sebelum menjadi usahawan adalah ilmu dan pengetahuan.

4. Tidak memanfaatkan kuasa Internet

Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas. Dengan perkembangan teknologi maklumat, cara pemasaran yang dahulunya bergantung sepenuhnya kepada pegawai pemasaran kini tidak lagi kerana koperasi boleh menggunakan platform internet untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka terutamanya menerusi laman web koperasi. Kewujudan laman web penting untuk membina kredibiliti perniagaan koperasi dan menunjukkan ketelusan koperasi dalam berurusan.

Pelbagai maklumat berkaitan koperasi dapat diakses oleh anggota dan pelanggan berpotensi antaranya seperti latar belakang,

Page 5: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

RUMUSAN

Perubahan dalam koperasi itu perlu dalam proses memastikan gerakan koperasi terus relevan dan sesuai dengan peredaran semasa tetapi dalam masa yang sama mengekalkan identiti koperasi. Koperasi harus berhijrah untuk keluar daripada kebiasaan dan berani untuk membuat sesuatu kelainan bagi tujuan untuk mendatangkan manfaat kepada koperasi kerana peringkat pertama untuk melihat sesebuah koperasi berjaya ialah kemampuan koperasi untuk berubah dan membuat penilaian dari semasa ke semasa. Koperasi perlu menyahut setiap cabaran. Kerajaan pula perlu terus memberi sokongan dan membantu koperasi agar sama-sama dapat menjayakan agenda pembangunan negara. Penglibatan koperasi dalam bidang ekonomi yang bernilai tinggi, pembangunan modal insan yang kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan serta kesedaran tentang perubahan persekitaran perlu diberi penekanan bagi melonjakkan gerakan koperasi ke tahap yang lebih tinggi. Perancangan strategik dan bersifat semasa dalam rangka persediaan berterusan perlu dibuat dalam memastikan survival koperasi.

39Maktab Koperasi Malaysia

visi dan misi serta undang-undang kecil koperasi hanya dengan melayari laman web koperasi tanpa perlu hadir ke pejabat koperasi. Platform lain adalah seperti blog dan penglibatan dalam rangkaian sosial yang sememangnya patut dimanfaatkan kerana pendaftaran adalah percuma contohnya seperti Facebook.com dan Twitter.com.

Pelbagai manfaat dapat diperoleh oleh koperasi sekiranya memasarkan produk dan perkhidmatan di internet:

i. Menjimatkan kerana melibatkan kos operasi yang minimum dan jauh lebih murah berbanding kos promosi dan pengiklanan menggunakan media cetak.

ii. Tiada had kerana perniagaan boleh dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.

iii. Pasaran luas kerana mampu menarik pelanggan seluruh dunia.

iv. Membina akses secara langsung kepada pelanggan yang berpotensi dan berkomunikasi secara terus dengan cara menghantar e-mel dan bercakap kepada mereka.

Koperasi perlu merebut peluang dan sedaya upaya memanfaatkan kuasa internet bagi

memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Jangan sesekali membuat andaian bahawa produk dan perkhidmatan mereka tidak berpotensi untuk dikembangkan dan dipasarkan secara online. Memasarkan produk melalui Internet adalah sangat penting bagi sesuatu perniagaan jika koperasi ingin bersaing di peringkat tempatan mahupun global kerana pemasaran internet atau online marketing mampu memperkenalkan produk dan perkhidmatan koperasi dengan lebih jauh lagi.

Sesungguhnya gerakan koperasi di Malaysia sangat bertuah kerana wujudnya MKM sebagai pusat latihan koperasi yang dapat mengasah kemahiran anggota koperasi dalam menjalankan perniagaan melalui internet. Hal ini kerana anggota boleh meningkatkan literasi komputer dan literasi internet dengan menghadiri pelbagai kursus IT daripada asas sehinggalah lanjutan. Antara kursus yang boleh disertai oleh anggota koperasi adalah seperti kursus asas komputer, asas penggunaan internet, perniagaan melalui internet, asas membangunkan blog dan asas membangunkan laman web koperasi.

Page 6: Tradisi Yang Mengekang Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · pemilik koperasi sepatutnya memberi ... jenis perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kebanyakan koperasi takut ... kepada

RUJUKAN

Ahmad Marzuki Ahmad. (2005). Mengenali anggota dan koperasi. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Akta Koperasi 1993 (Akta 502) & Peraturan-peraturan. Selangor : International Law Book Services.

Dasar Koperasi Negara (2004), Jabatan Pembangunan Koperasi.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus pelajar bahasa Malaysia edisi kedua. Dicapai pada April 18, 2012, daripada prpm.dbp/gov.my/Search.aspx?k=tradisi

Edward, S. (1981). Tradition. Chicago: The University of Chicago Press

Habsbawm, E. (1992). The Invention of tradition. University of London : Cambridge University Press.

Hayati Md. Salleh, & et al. (2008). Gerakan koperasi di Malaysia. Petaling Jaya : Maktab Kerjasama Malaysia.

Idris Ismail & Mohd Safaai Said. (2003). Pengenalan koperasi. Petaling Jaya : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khairul Nizam Zainal Badri (2006). Mencipta kejayaan di internet : belajar dari pelopor e-dagang. Kuala Lumpur :Venton Publishing.

Koperasi digalak guna pengurusan professional untuk tingkat pendapatan. (2011). Dicapai pada 13 April 2012, daripada http://web10.bernama.com/mecd/newsbm.php?id=355048

Norizan Abdul Muhid (2012). Mampu jadi koperasi mewah. Dicapai pada 13April 2012 daripada www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Panduan Tadbir Urus Koperasi (2007). Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia.

Pengurusan Tidak Amanah Punca Kegagalan Koperasi-Tun Mahathir. Dicapai pada 26 Januari 2012,daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

Pentadbiran koperasi. (2010). 2nd ed. Petaling Jaya : Maktab Kerjasama Malaysia.

Risiko, ketidakpastian dan membuat keputusan dalam pembangunan (1993). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosli Hassan (2009). Pengurusan Risiko Dalam Koperasi. Dicapai pada 26 April, 2012 from http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jun010-2009

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2010). Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Dicapai pada 26 April 2012 daripada http://www.skm.edu.my

40