14
Baju Kurung Baju Melayu Cheong Sam Sam Foo

Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TRADISI

Citation preview

Page 1: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Baju Kurung Baju Melayu Cheong Sam Sam Foo

Sari Baju Punjabi Kurta

Page 2: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

BAJU KURUNG Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban

sahaja. Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju

kurung yang lebih sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang

labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.

Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.

Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

BAJU MELAYU Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar

panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di

bahagian pinggang dan songkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju

Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju

tersebut. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan

selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.

Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.

Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.

Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.

Page 3: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

CHEONG SAM Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di

bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.

Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut

SAM FOO Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan

seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun

dengan motif-motif tertentu.

SARI Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari. Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai. Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela

panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.

Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.

Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

BAJU PUNJABI Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus

panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

KURTA Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis

rasmi.

Page 4: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBANKAIN SIRATKain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias

DANGDONGIa merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANGWanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

Page 5: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

KALAMBIBaju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik

BEDONG Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

 PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDUWanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul

BAJU BABANWanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain

Page 6: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU   Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUHPakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

 PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH

Page 7: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Kadazan Suku Kaum Rungus Suku Kaum Murut Suku Kaum Bajau

PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWAK

Page 8: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Kaum Iban Kaum Iban Kaum Melanau Kaum Melanau

Kaum Bidayuh Kaum Bidayuh Kaum Bidayuh

Page 9: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Tosai Idli

Muruku Nasi Lemak

Lemang Yong Tau Fu

Page 10: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

Kuih Bulan The Cina + Jiao Zi

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari

Page 11: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.  Kaum Melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji bijan dan lain-lain. Biasanya bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini,

Page 12: Tradisi Pelbagai Kaum Malaysia

kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Ramai masyarakat melayu juga gemar makanan seperti ini.

Selain itu, Makanan tradisional kaum Cina yang lain adalah seperti Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Jiaozi ialah salah satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.

Minuman yang biasa diamalkan oleh masyarakat Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang. Tentu banyak lagi Makanan tradisional kaum Cina yang ada di Malaysia. Di harap anda dapatkan kongsikan bagi tatapan generasi pada masa akan datang.