Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    1/13

    2.1

    X PENGENALANBertemu kita kembali dalam Topik 2. Sebelum itu, saya ingin bertanya satu soalankepada anda semua. Adakah anda fikir teknologi muzik memainkan peranan yang

    besar dalam pembelajaran muzik? Para pelajar sekelian, penggunaan teknologi muziksebenarnya telah terbukti begitu berkesan di dalam pendidikan muzik. Berpandukankepada sistem asas yang terdiri dari perkakasan dan perisian, ia mampu memberikanguru dan murid integrasi kemahiran muzik seperti latihan pendengaran, teori muzik,latihan memainkan peralatan muzik serta membuat komposisi seiring dengan konseppendidikan muzik.

    Dalam topik ini, anda akan bersama-sama saya menerokai penggunaan teknologiperisian muzik. Jadi jom kita teruskan!

    PERISIAN CALMUZIK

    Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari:

    x Jenis-jenis perisian CAL muzikx Perisian muzik latihan dan latih tubix Perisian muzik tutorial

    TTooppiikk22X Teknologi

    PerisianMuzik

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.

    Menyenaraikan jenis-jenis perisian CAL muzik;2. Menerangkan perisian muzik latihan dan latih tubi;3. Menjelaskan perisian muzik tutorial;4. Menghuraikan aplikasi perisian CAL dalam bilik darjah; dan5. Menganalisa perisian muzik.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    2/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK22

    2.1.1 Jenis-jenis Perisian CAL Muzik

    Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam, kita lihat dahulu jenis-jenisperisian CALmuzik. Anda tentu pernah mendengar tentang perisian CAL tetapitahukah anda apa itu CAL? CAL(Cakewalk Application Language) merupakanaplikasi bahasa yang digunakan bagi mengawal program perisian Cakewalk.Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil intepretasi dari kod sumber ke kod bit dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian program yangkebiasaannya dihimpunkan bersama kod mesin pada perisian tersebut.

    Perisian Cakewalksecara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI (MusicalInstrument Digital Interface) yang telah dicipta pada tahun 1991. Penggunaanawalnya adalah untuk aplikasi DOSdan kemudiannya telah diubahsuai untuk

    aplikasi Windows.

    Di peringkat awal pemasaran, terdapat dua versi perisian Cakewalk yangpopular. Rajah 2.1 menunjukkan anda perisian Cakewalkyang pernah populardi peringkat awal pemasaran.

    Rajah 2.1: Dua versi perisian Cakewalkyang pernah popular diperingkat awal pemasaran.

    CakewalkPromempunyai had penggunaan sebanyak 25 trek bersama 1 MIDIOutputmanakala Cakewalk Express pula dilengkapi dengan peralatan seperti sound card.Walaupun kedua-dua perisian ini mampu menggerakkan WAV file, perisian inimasih dianggap tidak lengkap sehinggalah terciptanya perisian CakewalkPro Audioyang dapat menyokong sistem audio digital dengan sepenuhnya.

    Rajah 2.2 menunjukkan perisian Cakewalk Professional Versi 3.01 yangmemaparkan CALWindows.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    3/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 23

    Rajah 2.2: Cakewalk Professional 3.01 berserta CAL Windows

    2.1.2 Perisian Muzik Latihan dan Latih Tubi

    Sekarang kita lihat pula perisian muzik latihan dan latih tubi. Jika anda

    perhatikan, kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepadaalat muzik keyboard.

    Perisian NotePlay for Windows umpamanya memaparkan 36 tahap latih tubidi dalam bentuk melodik dan harmonik bertujuan untuk membentuk kelajuanserta ketepatan kedua-dua belah tangan pelajar seperti Rajah 2.3 di bawah.

    Rajah 2.3: Contoh perisian NotePlay For Windows

    Selanjutnya kita tengok kepada perisian Concerto Accompanist (Sila lihatRajah 2.4).

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    4/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK24

    Pic digunakan untuk membantu mengesan kedudukan asal muzik iringantersebut, sementara tempo dapat mengawal kecepatan atau kelambatan muzik

    itu mengikut kehendak pelajar.Sensitiviti bunyi pula membolehkan Orkestra MIDI untuk bermain secara kuatatau lembut mengikut kepada cara ia dimainkan oleh pengguna. Perisian ini jugamempunyai kawalan bunyi secara individu untuk setiap alat muzik di dalamMIDI Orkestra itu bagi mendapatkan imbangan bunyi yang fleksibel.

    Rajah 2.4: Contoh perisian Concerto Accompanist

    2.1.3 Perisian Muzik Tutorial

    Apabila anda melihat perisian muzik tutorial, anda harus ingat bahawa perisianini dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat secaraterus kepada para pelajar.

    Perisian Music Lesson umpamanya akan dapat memberi maklumat tentang

    teknik-teknik penyambungan MIDI serta pilihan-pilihan lain yang terdapat didalam program tersebut.

    Perisian ini juga mampu untuk menerangkan kepada anda dengan lebih lanjuttentang sesuatu topik perbincangan. Sebagai contoh, perisian ini dapatmemberikan penerangan tentang unsur-unsur penting berkaitan dengan CircleOf Fifths. Contohnya boleh dilihat dalam Rajah 2.5.

    AKTIVITI 2.1

    Semasa sesi tutorial akan datang, bincangkan tentang perisian muzik

    latihan dan latih tubi bersama rakan-rakan sekelas.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    5/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 25

    Rajah 2.5: Contoh perisian muzik tutorial

    Ciri-ciri lain yang menarik tentang perisian ini ialah ia dapat menimbulkan suasanapembelajaran seperti di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, perisian ini mempunyaijam loceng bagi menentukan had masa sesuatu latihan yang dijalankan di sampingmenyemak jawapan pelajar sama ada betul ataupun salah.

    Ia juga dapat menyimpan rekod pencapaian seseorang pelajar bagi membantu gurumemantau serta merancang pelajaran seterusnya. Pelajar pula akan dapat menilaikelemahan mahupun kekuatan mereka di dalam topik-topik yang dipelajari. Setiappelajar akan diagihkan dengan fail tersendiri dan apabila pelajar tersebut memulakansesi baru, perisian ini akan terus membawa pelajar kepada tutorial yang berkenaan.

    Rajah 2.6 menunjukkan kepada anda tentang contoh laporan pencapaian pelajardalam muzik.

    Rajah 2.6: Contoh laporan pencapaian pelajar dalam muzik

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    6/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK26

    APLIKASI PERISIAN CALDALAM BILIK

    DARJAHPerisian seperti Cakewalk Studio Instruments (lihat Rajah 2.7) akan dapatmemberi peranan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapa alat muzik MIDI seperi dram, gitar bes serta piano elektrik bagimembentuk rhythm section yang lengkap serta dapat berfungsi secaratersendiri.

    Perisian ini boleh juga digabungkan dengan lain-lain perisian muzik sepertiCakewalk Music Creator, Apple Garage Band, Magix Music Maker serta SonyAcid Music Studiodi dalam memainkan pelbagai peralatan muzik.

    Berpandukan kepada permukaan interaktif serta teknologi Expression Enginedan Dimension Pro, pengguna hanya perlu klik kepada ikon sesuatu alatmuzik bagi mendapatkan bunyi peralatan tersebut. Pelajar juga bolehmemainkan alat-alat muzik tersebut dengan menggunakan keyboardkomputermahupun keyboardMIDI.

    Perisian ini juga mempunyai koleksi pra-rakaman pelbagai bentuk irama-iramakreatif yang dapat digunakan terus oleh pelajar di dalam lagu-lagu yangdimainkan.

    Rajah 2.7: Perisian Cakewalk Studio Instruments

    2.2

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    7/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 27

    2.4

    INTEGRASI KE DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN (P&P)Teknologi perisian muzik tidak mampu untuk menggantikan guru atau alat-alatmuzik konvensional. Ia juga tidak dapat digunakan sebagai satu-satunyalandasan untuk pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, teknologiini begitu berkesan untuk diintegrasikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Antara objektif yang dapat diperoleh hasil daripada integrasi ini adalah seperti:

    (a) Penerokaan bunyi-bunyian secara terus serta pembentukan bunyi-bunyian baru dengan menggunakan efek seperi reverb, echo dan sebagainya.

    Penerokaan ini bukan sahaja terhad kepada bunyi asal daripada alat-alatmuzik yang dimainkan tetapi pengubahsuaian bunyi-bunyi tersebut berdasarkan kepada muzik sintesis sebagai landasan bagi aktiviti-aktivitiimprovisasi, komposisi dan juga latihan;

    (b) Pembentukan serta penghalusan idea-idea muzik berdasarkan kepadaunsur-unsur muzik seperti tempo, dinamik dan artikulasi bagi membuatkomposisi serta persembahan muzik sama ada secara bersendirianmahupun berkumpulan;

    (c) Memperluaskan pengetahuan serta kefahaman struktur serta stail pelbagaigenre muzik supaya dapat menilai komposisi serta persembahan yangberkualiti tinggi; dan

    (d) Memahami fungsi-fungsi peralatan yang digunakan seperti mikrofon,keyboard MIDI, dram MIDI, mixer dan juga alat-alat rakaman dan efekyang sering digunakan di dalam teknologi muzik masa kini.

    GURU SEBAGAI FASILITATOR

    Sebagai seorang guru, anda tidak seharusnya mengehadkan tugasan hanya didalam bilik darjah, malah perlu memainkan peranan sebagai seorang fasilitatoryang mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang mendalam tentangteknologi muzik. Menjadi seorang fasilitator, anda perlulah:

    (a) Peka kepada perkembangan teknologi terkini serta keperluan-keperluankhusus bagi mencapai sesuatu matlamat;

    (b) Mereka bentuk strategi serta kaedah terkini pengajaran serta pembelajaranteknologi muzik;

    (c) Mengenal pasti sumber maklumat yang berkaitan;

    2.3

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    8/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK28

    2.5

    (d) Mengintegrasi teknologi muzik di dalam kurikulum pendidikan denganberkesan;

    (e) Menggunakan teknologi muzik sebagai medium untuk membuat penilaianke atas tahap pencapaian pelajar;

    (f) Menggunakan teknologi muzik bagi pembangunan jati diri sertaproduktiviti pelajar; dan

    (g) Membangunkan sistem komunikasi dengan murid, ibu bapa dan jugamasyarakat sekeliling berpandukan kepada teknologi semasa.

    MENGANALISA PERISIAN MUZIK

    Bagaimanakah caranya anda boleh menganalisis perisian muzik? Membuat banding beza merupakan satu caranya. Secara amnya, perisian muzik yangdigunakan di dalam pendidikan muzik dapat dibahagikan kepada duakumpulan. (Sila lihat Rajah 2.8):

    Rajah 2.8: Dua kumpulan perisian muzik yang digunakan dalam pendidikan muzik

    Jadual 2.1 menunjukkan kepada anda apa itu perisian aplikasi dan juga perisiandedikasi.

    Jadual 2.1: Perisian Aplikasi dan Perisian Dedikasi

    Perisian Aplikasi Perisian Dedikasi

    Perisian yang dicipta bagi menjalankanaplikasi muzik secara am seperti menulisnotasi muzik serta membuat komposisi.

    Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh digunakan di dalam aktivitipendidikan muzik.

    Perisian yang direka bentuk bagimenjalankan aktiviti pendidikan muzikseperti permainan keyboard, latihan teori,

    latihan pendengaran serta improvisasi.

    Perisian dedikasi ini pula dibahagikan kepada tiga kategori seperti yang dapatanda lihat dalam Rajah 2.9.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    9/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 29

    Rajah 2.9: Tiga kategori perisian dedikasi

    2.5.1 Perisian Teori

    Pernah mendengar tentang perisian teori? Perisian teori ini menyediakan latihan,aktiviti muzik teori serta latihan pendengaran seperti mengenal pasti skel, mod,jeda, kord, melodi, tanda kunci, tanda masa, pic serta ritma.

    Rajah 2.10: Contoh perisian teori

    2.5.2 Perisian Latihan dan Persembahan

    Perisian ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

    x Latihan; danx Improvisasi.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    10/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK30

    Kategori latihan adalah lebih menjurus kepada muzik klasik manakala kategoriimprovisasi pula memberi penekanan kepada muzik pop dan jazz. Rajah 2.11

    menunjukkan contoh perisian latihan dan persembahan:

    Rajah 2.11: Contoh perisian latihan dan persembahan

    2.5.3 Perisian Eksplorasi

    Berlainan dari perisian-perisian yang diterangkan kepada anda sebelum ini,perisian eksplorasi ini menggunakan komputer dan synthesizer di dalammembentuk suatu suasana pembelajaran yang unik (Sila lihat Rajah 2.12).

    Perisian ini akan membolehkan komputer bertindak sebagai suatu alat muzik tanpamemerlukan sebarang peralatan MIDIuntuk berfungsi. Tetikus serta papan kekunci(keyboard)pula akan membantu mengawal bunyi yang akan dikeluarkan.

    Rajah 2.12: Contoh perisian eksplorasi

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    11/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 31

    2.5.4 Kesesuaian Perisian dengan Topik dan Konsep

    Sekarang kita akan melihat pula kesesuaian sesuatu perisian dengan topik dan juga konsep. Jika kita lihat kepada perisian tutorial, ia pada lazimnya dapatmemberi maklumat kepada pelajar di samping membuat penilaian terus tentangkefahaman tersebut. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan komputer dan akanmendapat maklum balas secara langsung tentang pencapaian mereka. Perisianini adalah begitu efektif di dalam membentuk fakta-fakta pengetahuan muzikseperti terma muzik, masalah latihan pendengaran serta memahami peraturan-peraturan harmoni. Walaupun perisian ini mengambil masa yang agak panjanguntuk menguasainya, ia didapati begitu berkesan di dalam membentukkemahiran kognitif seseorang pelajar.

    Perisian latihan dan latih tubi pula dapat memberi maklum balas kepada pelajartentang hasil kerja yang telah dilakukan di samping memberi beberapa cadanganpembaikan. Perisian ini begitu kerap digunakan di dalam pendidikan muzikkhususnya di dalam mata pelajaran latihan pendengaran di mana perisianakan dapat membuat penilaian serta memberi tunjuk ajar di pelbagai peringkat.Pelajar juga dapat memilih tahap latihan yang diinginkan dan pendekatan inidapat memberi fleksibiliti yang begitu berkesan kepada mereka.

    Perisian aplikasi yang secara asasnya adalah tertumpu kepada rakaman dannotasi muzik dapat juga digunakan di dalam pendidikan muzik. Pelajar akandapat membuat rakaman serta pengubahsuaian ke atas komposisi yang dibuatdan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai bunyi- bunyian baru seperti yang dipraktikkan di dalam industri. Berlainan daripadaperisian tutorial dan perisian latihan dan latih tubi, perisian ini memerlukankepakaran guru untuk menentukan teknik-teknik penggunaan serta objektifpengajaran dan pembelajaran.

    2.5.5 Kelemahan dalam Perisian Muzik

    Adakah anda rasa perisian muzik mempunyai kelemahan? Kelemahan utama yangdapat kita lihat adalah tertumpu kepada cara pengendalian perisian oleh pengguna.Ditambah dengan masalah virus komputer yang masih tidak dapat dibendung

    dengan sistematik, perisian muzik tidak akan dapat dimanfaatkan dengansepenuhnya dan akhirnya perisian tersebut hanya akan diabaikan begitu sahaja.

    Tambahannya lagi, kebanyakan pengeluar perisian muzik hanya akan memberiinformasi asas di dalam media cetak ataupun di layar internet. Informasi yangdiberikan adalah terlalu ringkas dan tidak telus dan pengguna juga tidak berpeluang untuk mencuba perisian tersebut terlebih dahulu sebelum

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    12/13

    X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK32

    membelinya. Kelemahan atau kerumitan sebenar mengendalikan perisiantersebut hanya akan diketahui selepas penggunaan perisian tersebut. Masalah ini

    kerap ditemui sama ada di dalam perisian teori, latihan dan latih tubi sertaperisian aplikasi.

    Sebagai contoh penulisan notasi menggunakan perisian akan menghasilkantulisan yang kemas serta kemudahan mendengar-balik hasil penulisan tersebuttetapi teknik penulisan ini biasanya akan memakan masa yang lebih panjangberbanding dengan teknik penulisan notasi secara tradisi.

    Perisian bagi komposisi pula banyak memberi peluang kepada pengguna untukberkarya dengan lagu-lagu ciptaan sendiri walaupun mereka tidak mempunyaipengetahuan yang khusus di dalam bidang muzik. Masalah yang timbul adalah

    kebanyakan pengguna ini akan menggunakan program sedia-rakam untukkomposisi mereka dan hasilnya adalah stereotaip dan tidak membina kreativitimereka dengan sepenuhnya.

    Dilema pengguna selalunya adalah berkisar kepada persoalan: Adakah hargayang dibayar berpatutan dengan produk yang ditawarkan atau adakah fungsi-fungsi yang disediakan di dalam perisian tersebut terlalu mudah atausebaliknya serta menepati atau tidak kehendak pengguna?

    x Teknologi muzik melalui perkakasan komputer dan perisian telah mengubahpersepsi serta pendekatan pendidikan muzik. Ia dapat digunakan bukansahaja sebagai alat bantuan pengajaran muzik tetapi juga sebagai media

    pengantar utama. Dua versi perisian Cakewalk yang popular di peringkatawal pemasaran ialah CakewalkProdan CakewalkExpress.

    x Perisian Concerto Accompaninist mampu menyediakan muzik iringan disamping menganalisis pic, tempo serta sensiviti bunyi di dalam bahagianpiano yang dimainkan.

    AKTIVITI 2.2

    Ambil satu kertas dan lukiskan satu peta minda ringkas tentang apa yangtelah anda pelajari dalam topik ini. Ini mungkin dapat membantu andadalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

  • 8/3/2019 Topik2 - TeknologiPerisianMuzik

    13/13

    TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 33

    x Kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alatmuzik keyboard.

    x Perisian muzik tutorial dapat membimbing latihan serta memberi pelbagaibentuk maklumat terus kepada para pelajar.

    x Perisian seperti Cakewalk Studio Instruments akan dapat memberiperanan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapaalat muzik MIDI.

    x Analisis perisian muzik boleh dibuat dengan cara banding beza.x Perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dibahagikan

    kepada dua kumpulan iaitu perisian aplikasi dan perisian dedikasi.

    x Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut di bidang ini jugamasih terbuka luas. Walau bagaimanapun di dalam mengejar keghairahanini, perlu ada keseimbangan di antara perkembangan teknologi ini bersamadengan nilai-nilai estetik muzik itu sendiri.

    CAL(Cakewalk Application Language)

    Perisian aplikasi

    Perisian Cakewalk Studio Instruments

    Perisian Concerto Accompanist

    Perisian dedikasi

    Perisian ekplorasi

    Perisian latihan dan persembahan

    Perisian muzik latihan dan latih tubi

    Perisian muzik tutorial

    Perisian teori

    Kostka, S. & Payne, D. (2000). Tonal harmony with an introduction to twentieth-

    century music. United States: McGraw Hill.

    Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM