Topik X 1 Melayu - oum.edu.my .Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa ... 1.2.5 Faktor

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Topik X 1 Melayu - oum.edu.my .Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa ... 1.2.5 Faktor

  • PENGENALAN Tahukah anda bahawa kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini adalah atas sumbangan dan peranan orang-orang terdahulu? Tidakkah kita terfikir jika tidak ada orang lama yang menjadi perintis, kita tidak akan mengecapi apa yang ada pada hari ini? Begitu juga dari segi sejarah pembangunan negara, peranan masyarakat zaman dahulu perlu dinilai semula oleh generasi pelapis pada hari ini. Mereka perlu mengetahui bahawa tradisi sosio-politik yang kita amalkan pada hari ini adalah warisan daripada masyarakat tradisional pada zaman dahulu. Justeru itu, melalui topik ini, tradisi sosio-politik dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional akan dikupas semula untuk tatapan generasi pelapis supaya mereka tidak lupa asal-usul dan jati diri mereka. Bak kata pepatah Melayu, Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan juga Takkan Melayu hilang di dunia.

    TTooppiikk

    1Kerajaan Melayu 1 Tradisional

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti kerajaan-kerajaan Melayu tradisional yang teragung;

    2. Membincangkan ciri-ciri kerajaan Melayu tradisional; dan

    3. Membincangkan peranan/sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada pembentukan masyarakat masa kini.

    Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

  • TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

    2

    SIAPAKAH YANG DIKATAKAN MELAYU TRADISIONAL? 1.1

    Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepada masyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara Barat. Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya.

    KERAJAAN MELAYU MELAKA 1.2

    Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari sedikit sebanyak tentang Kerajaan Melayu Melaka.

    1.2.1 Pengenalan

    Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:

    (a) Faktor Geografi

    (b) Faktor Ekonomi

    (c) Faktor Politik dan Pentadbiran

    1.2.2 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung

    Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai: (a) Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan,

    ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

    Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

  • TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 3

    (b) Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar Timur dan Barat,

    misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

    (c) Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan

    sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. (d) Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan

    dan kesusasteraan.

    1.2.3 Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka

    (a) Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi. (b) Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran

    seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.

    (c) Tamadun Islam - Konsep devaraja yang mempunyai pegangan politik dan

    lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullahfil -ardhi. Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.

    (d) Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar Contohnya,

    Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya. (e) Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat

    dua jenis undang-undang iaitu:

    (i) Hukum Kanun Melaka

    (ii) Undang-undang Laut Melaka

    Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal,

    Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

  • TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

    4

    kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

    1.2.4 Kejatuhan Melaka

    Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456 1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah: (a) Ketiadaan Pemimpin yang Cekap

    Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

    (b) Pemerintahan yang Zalim Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

    Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

  • TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL 5

    (c) Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-padu Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

    (d) Pedagang Mula Mengalihkan Pusat Perdagangannya ke Tempat Lain Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

    (e) Tidak ada Kekuatan Tentera dan Pertahanan Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.

    1.2.5 Faktor Luaran

    Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. * Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.

    AKTIVITI 1.1

    Dengan menggunakan peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, apakah pengajaran yang dapat dikutip oleh generasi Malaysia pada hari ini bagi memastikan kemerdekaan negara kekal hingga ke akhirnya?

    Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

  • TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

    6

    KERAJAAN JOHOR 1.3

    Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah serta pengikut-pengikut mereka telah berundur dari Melaka ke selatan. Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh. Mereka bersiap sedia bagi melancarkan serangan un