30
PENGENALAN Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi teknikal memerlukan individu yang pakar dan berpengalaman. Namun bagi mereka yang baru dalam bidang teknikal, mereka perlu belajar dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan kursus pengurusan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bagi menjadikan mereka bertauliah. T T o o p p i i k k 8 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan peraturan am dan undang-undang kejohanan olahraga; 2. Menerangkan tujuan utama peraturan am dan undang-undang olahraga dirangka; dan 3. Menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga.

Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� PENGENALAN

Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi teknikal memerlukan individu yang pakar dan berpengalaman. Namun bagi mereka yang baru dalam bidang teknikal, mereka perlu belajar dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan kursus pengurusan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bagi menjadikan mereka bertauliah.

TTooppiikk

88

� Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan peraturan am dan undang-undang kejohananolahraga;

2. Menerangkan tujuan utama peraturan am dan undang-undangolahraga dirangka; dan

3. Menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Teknikaldalam sesuatu kejohanan olahraga.

Page 2: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 165

Bagi menjadikan kejohanan olahraga yang dianjurkan berwibawa dan mencapai objektif kejohanan, pihak pengelola olahraga perlu membentuk peraturan am kejohanan. Peraturan am perlu dirangka bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan. Peraturan Am yang dibina seharusnya adil dan bebas daripada pengaruh luar termasuk pengaruh tuan rumah. Undang-undang dan peraturan yang dibina akan menjadi panduan dalam sesuatu kejohanan olahraga. Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

Sebelum mengendalikan kejohanan Jawatankuasa Teknikal dan Induk perlu menyediakan satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur, sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka adalah jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang dirangka dan dibina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan. Peraturan am adalah saling lengkap-melengkapi dengan undang-undang permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga, undang-undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

8.1.1 Contoh Peraturan Am

Berikut adalah contoh peraturan am yang diambil dari peraturan MSSM: 1.0 Peraturan Am 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini

akan dijalankan mengikut Undang-Undang KKesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

8.1

Page 3: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 166

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan

Am MSSM. 1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada

Undang-Undang KOM. 2.0 Tarikh Pertandingan 9 September hingga 12 September 2012 3.0 Tempat Pertandingan Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor. 4.0 Penyertaan 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Muar,

Johor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Muar. 4.2 Pegawai Satu (1) orang Pengurus Dua (2) orang Jurulatih Lelaki Dua (2) Jurulatih Wanita 4.3 Peserta

4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.

4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja.

5.0 Kelayakan Peserta 5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh

di sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Muar.

5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak

layak menyertai pertandingan ini. 5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan

SPM/STPM layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai

Page 4: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 167

kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

5.4 Peserta dibahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.1:

Jadual 8.1: Kategori dan Syarat-syaratnya

Kategori Syarat

Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2012

Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2012

Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2012

Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2012

Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2012

Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2012

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad

Pengenalan diri dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup

pendaftaran/ semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11. 6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan 6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

pertandingan pertama dijalankan. 6.2 Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama

peserta berserta dengan Kad Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN 1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah

muktamad.

Page 5: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 168

7.0 Acara-acara 7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:

7.1.1 Acara Trek dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 13. 20,000M Jalan Kaki

2. 200M 14. 4 x 100M Lari Berganti-ganti

3. 400M 15. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

4. 800M 16. Lompat Tinggi

5. 1,500M 17. Lompat Jauh

6. 5,000M 18. Lompat Kijang

7. 10,000M 19. Lompat Bergalah

8. Decathlon 20. Lontar Peluru

9. 110M Lari Berpagar 21. Lontar Cakera

10. 400M Lari Berpagar 22. Merejam Lembing

11. 3,000M Lari Berhalang 23. Baling Tukul Besi

12. 10,000M Jalan Kaki

7.1.2 Acara Trek dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 12. 10,000M Jalan Kaki

2. 200M 13. 4 x 100M Lari Berganti-ganti

3. 400M 14. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

4. 800M 15. Lompat Tinggi

5. 1,500M 16. Lompat Jauh

6. 10,000M 17. Lompat Kijang

7. Hepthathlon 18. Lompat Bergalah

8. 100M Lari Berpagar 19. Lontar Peluru

9. 400M Lari Berpagar 20. Lontar Cakera

10. 5,000M Lari Berhalangan 21. Merejam Lembing

11. 15,000M Jalan Kaki 22. Baling Tukul Besi

Page 6: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 169

7.1.3 Acara Trek dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 10. Lompat Tinggi

2. 200M 11. Lompat Jauh

3. 400M 12. Lompat Kijang

4. 800M 13. Lompat Bergalah

5. 1,500M 14. Lontar Peluru

6. 110M Lari Berpagar 15. Lontar Cakera

7. 400M Lari Berpagar 16. Merejam Lembing

8. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 17. Baling Tukul Besi

9. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

7.1.4 Acara Trek dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 10. Lompat Tinggi

2. 200M 11. Lompat Jauh

3. 400M 12. Lompat Kijang

4. 800M 13. Lompat Bergalah

5. 1,500M 14. Lontar Peluru

6. 100M Lari Berpagar 15. Lontar Cakera

7. 400M Lari Berpagar 16. Merejam Lembing

8. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 17. Baling Tukul Besi

9. 4 x 400M Lari Berganti-ganti

7.1.5 Acara Trek dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 6. Lompat Tinggi

2. 200M 7. Lompat Jauh

3. 400M 8. Lompat Kijang

4. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 9. Lontar Peluru

5. 4 x 400M Lari Berganti-ganti 10. Merejam Lembing

Page 7: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 170

7.1.6 Acara Trek dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA

1. 100M 6. Lompat Tinggi

2. 200M 7. Lompat Jauh

3. 400M 8. Lompat Kijang

4. 4 x 100M Lari Berganti-ganti 9. Lontar Peluru

5. 4 x 400M Lari Berganti-ganti 10. Merejam Lembing

8.0 Sistem Pertandingan 8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar lelaki atau wanita akan

menggunakan had ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti peluru, cakera dan lembing lelaki atau

wanita dan acara baling tukul besi juga akan menggunakan kategori berat yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga MSSM yang telah ditetapkan.

9.0 Masa Melaporkan Diri 9.1 AAcara Trek Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30

minit sebelum acara-acara mereka bermula. 9.2 AAcara Padang Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45

minit sebelum acara-acara mereka bermula. 9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan

dimaklumkan kelak. 10.0 Penggantian 10.1 Bagi acara lari berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan

peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas bersama dengan Borang Penyertaan.

Page 8: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 171

10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.3 Bagi acara perseorangan dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan

sahaja yang layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan. 11.0 Pembatalan 11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan

berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.

11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada

pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada pengadil atau doktor (jika berlaku kecederaan).

12.0 Abjad atau Nombor Peserta 12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai abjad

atau nombor yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan dan dipin atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pin pada pepenjuru. Hanya peserta-peserta lompat tinggi dan lompat bergalah sahaja dibenarkan memakai satu nombor.

13.0 Peralatan 13.1 Dalam acara lompat bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan

menggunakan galah sendiri. Semua alat pertandingan termasuk blok permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain

kecuali mendapat kebenaran daripada peserta berkenaan. 14.0 Saringan 14.1 Lima (5) saringan: Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6)

lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima saringan adalah layak memasuki peringkat separuh akhir.

Page 9: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 172

14.2 Empat (4) saringan: Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat separuh akhir.

14.3 Tiga (3) peringkat separuh akhir: Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh

akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga separuh akhir adalah layak memasuki peringkat akhir.

14.4 Dua (2) peringkat separuh akhir: Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap

separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua separuh akhir adalah layak memasuki peringkat akhir.

15.0 Pembahagian Lorong 15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal

dan Pertandingan Olahraga. 15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan

lorong masing-masing. 15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti

berikut:-

15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat orang peserta atau pasukan yang telah mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.

15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain

yang telah melayakkan diri bagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.

15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan. 16.0 Pengadil atau Pegawai Pertandingan 16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan

Olahraga Malaysia (KOM) untuk bertugas di sepanjang berlangsungnya kejohanan olahraga.

16.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah

muktamad.

Page 10: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 173

17.0 Bantahan atau Tatatertib 17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja

dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati

tidak wajar. 17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah atau Pegawai

Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan hendaklah mengikut amalan yang digunakan oleh KOM.

18.0 Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib 18.1 Pelantikan Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib dan prosedur atur cara

mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh KOM. 18.2 Jawatankuasa Bantahan atau Tatatertib berhak mendapatkan sebarang

maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad. 19.0 Kawasan Pertandingan 19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta

yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada di dalam kawasan pertandingan.

20.0 Hadiah-hadiah

Page 11: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 174

20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti dalam Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan 8.7 berikut.

Jadual 8.2: Pingat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

5,000M 1 1 1

10,000M 1 1 1

Decathlon 1 1 1

110M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

3,000M Lari Berhalangan 1 1 1

10,000M Jalan Kaki 1 1 1

20,000M Jalan Kaki 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

JUMLAH 23 23 23

Page 12: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 175

Jadual 8.3: Pingat untuk Wanita Bawah 20 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

10,000M 1 1 1

Hepthathlon 1 1 1

100M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

3,000M Lari Berhalangan 1 1 1

15,000M Jalan Kaki 1 1 1

10,000M Jalan Kaki 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

JUMLAH 22 22 22

Page 13: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 176

Jadual 8.4: Pingat untuk Lelaki Bawah 15 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

110M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

JUMLAH 17 17 17

Page 14: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 177

Jadual 8.5: Pingat untuk Wanita Bawah 15 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

110M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

JUMLAH 17 17 17

Page 15: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 178

Jadual 8.6: Pingat untuk Lelaki Bawah 12 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

JUMLAH 10 10 10

Jadual 8.7: Pingat untuk Wanita Bawah 12 Tahun

Acara Emas Perak Gangsa

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti-ganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti-ganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

JUMLAH 10 10 10

Page 16: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 179

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA

Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dahulu sudah pasti anda pernah menyertai dan melihat kejohanan olahraga, tidak kira sama ada di peringkat sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat melihat pegawai-pegawai yang bertugas. Terdapat beberapa orang antaranya duduk di tangga kayu untuk mencatat nama pemenang lumba lari, mengukur dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka? Sebenarnya mereka bertugas sebagai Pegawai Teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda kebanyakan pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas kepegawaian semenjak di Institusi Perguruan lagi? Mereka terlibat dalam aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum Olahraga atau Kejohanan Olahraga semasa belajar di peringkat institusi perguruan. Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan diberi tugas sebagai Pegawai Teknikal. Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan mengendalikan kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai Pegawai Teknikal. Selain daripada itu terdapat juga guru-guru tertentu dilantik sebagai Pengelola dan Pengurus Kejohanan. Melalui pengalaman yang luas ini tidak hairanlah sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Kejohanan Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru diberi penghormatan sebagai Pegawai Teknikal.

8.2

1. Apakah faktor utama yang harus kita fikirkan dalam membina peraturan am sebagai penganjur yang beretika?

2. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka. 3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab pengadil dalam

kejohanan olahraga. 4. Dalam mengendalikan kejohanan olahraga penganjur mesti

mematuhi undang-undang teknikal yang dikeluarkan oleh satu badan. Namakan badan tersebut di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 17: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 180

Pegawai-pegawai Teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Pegawai-pegawai Teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai Teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga. Tugas sebagai Pegawai Teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang bertugas dalam bidang ini perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas. Untuk mendapat pengiktirafan KOM, pegawai yang terbabit perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara amnya Pegawai Teknikal boleh dibahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu: (a) KKumpulan Pengurusan

(i) Pengurus Kejohanan

(ii) Pengurus Teknik

(iii) Setiausaha Kejohanan (b) KKumpulan Juri Rayuan Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat

sekolah juri rayuan dipengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

(c) KKumpulan Pertandingan

(i) Seorang pengadil bagi acara trek

(ii) Seorang pengadil bagi acara padang

(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki

(iv) Hakim-hakim bagi acara trek

(v) Hakim-hakim bagi acara padang

(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki

(vii) Pengadil-pengadil trek

(viii) Seorang ketua penjaga masa

(ix) Penjaga-penjaga masa

Page 18: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 181

(x) Pelepas

(xi) Penolong pelepas

(xii) Pencatat pusingan

(xiii) Perakam

(xiv) Pengawas-pengawas trek

(xv) Penyelia peserta (d) KKumpulan Pegawai-pegawai Tambahan

(i) Juru acara

(ii) Seorang juru ukur rasmi

(iii) Juru teknik alat penyukat angin

(iv) Pasukan pembantu padang Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:

(a) Mereka hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi taklimat.

(b) Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.

(c) Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian pegawai.

(d) Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

1. Nyatakan kumpulan Pegawai Teknikal kejohanan olahraga. 2. Huraikan secara ringkas tanggungjawab mereka.

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 19: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 182

8.2.1 Bidang Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai Teknik biasanya dilantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam sesuatu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut adalah bidang tugas Pegawai Teknik: (a) PPengurus Kejohanan

(i) Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.

(ii) Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.

(iii) Memastikan kehadiran Pegawai Teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada antara mereka tidak dapat hadir.

(iv) Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.

(v) Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal kejohanan olahraga.

(vi) Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di dalam arena.

(b) PPenolong Pengurus Kejohanan

(i) Membantu tugas-tugas Pengurus Kejohanan.

(ii) Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.

(iii) Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.

(iv) Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.

(v) Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.

(vi) Membantu pengagihan cenderamata jika ada.

(vii) Mengagihkan kain lengan pegawai. (c) PPengurus Teknik

(i) Memastikan gelanggang trek dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

(ii) Memastikan ukuran gelanggang trek dan padang menepati piawaian.

(iii) Memastikan alatan gelanggang trek dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Page 20: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 183

(iv) Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan Pegawai-pegawai Teknikal tersedia.

(d) SSetiausaha Kejohanan

(i) Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.

(ii) Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.

(iii) Menguruskan perjalanan surat-menyurat.

(iv) Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat. (e) JJuri Rayuan

(i) Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

(ii) Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

(iii) Keputusan juri rayuan adalah muktamad. (f) PPengadil

(i) Memasti dan menentukan peraturan pertandingan yang perlu dipatuhi dalam kejohanan olahraga.

(ii) Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekali sekiranya masalah ini tidak terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.

(iii) Merupakan orang yang dirujuk dan seterusnya membuat keputusan dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.

(iv) Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu. Sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu, pengadil perlu membuat pelantikan.

(v) Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum memulakan kejohanan.

(vi) Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

Page 21: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 184

(vii) Mengawasi cara mengambil masa dalam acara trek dan seterusnya memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

(viii) Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.

(ix) Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat (Ketua Hakim perlu membantu).

(x) Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah. Dengan itu pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.

(xi) Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang sama mengikut budi bicara.

(xii) Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.

(xiii) Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

(g) KKetua Hakim Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi

teknikal, Ketua Hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua Hakim akan membantu pengadil dari segi memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga dilaksanakan dengan licin serta mengurangkan masalah teknikal. Di trek, Ketua Hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

(h) HHakim Trek Hakim trek bertanggungjawab menghakimi semua acara trek. Antara

tugasnya ialah:

(i) Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.

(ii) Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara trek untuk tindakan Ketua Hakim.

(iii) Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh dengan bantuan pencatat.

(iv) Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sahaja mereka sampai di garisan penamat.

Page 22: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 185

(v) Hakim trek tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.

(i) HHakim Padang Hakim padang akan bertugas di bawah seorang Ketua Hakim. Antara

tugas Hakim Padang ialah:

(i) Menghakimi acara padang mengikut peraturan.

(ii) Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta.

(iii) Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan.

(iv) Mengesahkan balingan atau lompatan. (j) PPengadil Lorong Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh

Pengadil atau Ketua Pengadil Lorong. Dia bertugas di bawah seorang Ketua Pengadil dan membantu pengadil dalam membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan. Namun, pengadil lorong tidak mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya tugas beliau adalah melaporkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Antara tugasnya ialah:

(i) Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan.

(ii) Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari mula sampai garisan penamat.

(iii) Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti dipatuhi mengikut peraturan pertandingan.

(iv) Mengangkat bendera merah sebagai isyarat apabila berlaku pelanggaran peraturan ketika bertugas.

(v) Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untuk membolehkan pengadil membuat keputusan.

(k) PPenjaga Masa Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dilakukan

oleh pelumba acara larian dan jalan kaki dari garisan permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil sebaik kelihatan kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat daripada bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat seperti yang disyaratkan dalam buku peraturan.

Page 23: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 186

Memandangkan tugas beliau memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlet, biasanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar trek iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan menghadap barisan hakim trek. Seorang Ketua Penjaga Masa akan mengawasi para penjaga masa yang bertugas. Antara tugasan penjaga masa ialah:

(i) Sebelum bertugas, penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan dalam keadaan baik.

(ii) Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan. Oleh itu penjaga masa perlu membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.

(iii) Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang ditetapkan oleh Ketua Penjaga Masa dalam acara trek.

(iv) Mencatat maklumat ke dalam Âborang penjaga masaÊ untuk diserahkan kepada Ketua Penjaga Masa.

(v) Untuk mengelakkan berat sebelah ketika menjalankan tugas, penjaga masa hendaklah bertugas sendirian. Dia tidak digalakkan berbincang, membanding atau menujukkan masa yang dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.

(vi) Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada Ketua Penjaga Masa yang akan memeriksa jam untuk menentukan masa yang dilaporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa tidak dibenarkan untuk menggerakkan jarum jam ke kedudukan asal (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua Penjaga Masa.

(l) KKetua Penjaga Masa Ketua Penjaga Masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan

berkaitan dengan masa rasmi yang dicatat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang diperlukan di dalam borang laporan Ketua Penjaga Masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah diambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam digunakan, masa jam yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu, Ketua Penjaga Masa akan mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata. Ketua Penjaga Masa boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

Page 24: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 187

(m) PPelepas dan Pelepas Panggil Balik Pelepas dan Pelepas Panggil Balik biasanya terdiri daripada individu yang

mempunyai lesen khas dalam mengendali pistol. Antara tugas pelepas ialah:

(i) Pelepas bertanggungjawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara trek mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

(ii) Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang bertanding sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.

(iii) Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran peraturan ketika proses pelepasan.

(iv) Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan supaya ianya dipatuhi oleh peserta.

(v) Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil semula, mereka perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas.

(vi) Amaran dan penyingkiran hanya boleh diberikan oleh pelepas.

(vii) Pelepas perlu memastikan hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan pelepasan.

(viii) Pelepas juga perlu memastikan arahan yang diberikan dapat didengari oleh kesemua peserta.

(ix) Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan Âke garisanÊ dan "sedia‰.

(n) PPenolong Pelepas

Penolong Pelepas bertugas membantu pelepas. Antara tugasnya adalah:

(i) Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.

(ii) Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bahagian hadapan dan belakang baju seseorang peserta.

(iii) Memastikan dan mengawas peserta-peserta supaya sentiasa berada di lorong dan tempat permulaan yang betul seperti yang ditetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).

Page 25: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 188

(iv) Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas memberi isyarat ke garisan. Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.

(v) Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.

(vi) Sekiranya segala peraturan pelepas sudah dipatuhi Penolong Pelepas perlu memberi isyarat kepada Pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

(o) PPencatat Pusingan Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak

jauh seperti acara 5000m atau 10000m Pencatat Pusingan diperlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang dibuat oleh setiap peserta dan pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu disempurnakan. Catatan ini akan dibuat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan dibunyikan sebagai tanda kepada peserta yang beliau perlu menamatkan satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat pusingan akan ditugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

(p) PPerakam Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam

kejohanan olahraga. Antara tugas Perakam ialah:

(i) Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh Pengadil.

(ii) Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada Pengadil atau Ketua Hakim dan maklumat daripada juru teknik dan penyukat angin.

(iii) Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang bertanding.

(iv) Menyediakan carta pungutan mata mengikut setiap peringkat umur dan jantina bagi acara yang dipertandingkan.

(v) Mencatat rekod baru kejohanan yang telah dipecahkan mengikut peringkat umur dan jantina.

(vi) Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan diedarkan kepada Pengurus Pasukan.

(vii) Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan peserta tersebut.

Page 26: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 189

(viii) Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan mengedarkan kepada semua Pengurus Pasukan.

(ix) Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.

(x) Setelah membuat catatan, perakam hendaklah menyampaikan keputusan rasmi itu kepada juru acara.

(q) MMarsyal Marsyal merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan

gelanggang. Dengan kata lain Marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang dikhaskan kepada mereka. Antara tugas Marsyal ialah:

(i) Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya meninggalkan gelanggang.

(ii) Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.

(iii) Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.

(iv) Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian hadiah.

(r) PPembantu Marsyal Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli daripada

badan-badan seragam. Antara tugas pembantu Marsyal ialah:

(i) Membantu Marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang permainan.

(ii) Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat pertandingan dan balik.

(iii) Membantu pengelola Jawatankuasa Hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian hadiah dan balik.

(s) PPenyelia Peserta Antara tugas penyelia peserta ialah:

(i) Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.

(ii) Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara.

Page 27: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 190

(iii) Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.

(iv) Mendapat bantuan pembantu Marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.

(v) Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugas Pelepas atau Hakim.

(vi) Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan Pengurus Pasukan menyediakan peserta untuk pertandingan.

(vii) Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian Penolong Pelepas.

(viii) Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah.

(ix) Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara penyampaian hadiah.

(t) JJuru Acara

Antara tugas juru acara ialah:

(i) Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai tentang maklumat yang berkaitan dengan peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.

(ii) Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor, pasukan, lorong dan saringan.

(iii) Juru acara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang dipertandingkan sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.

(iv) Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan kenyataan pada borang penyampaian hadiah.

(v) Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan dan pencapaian yang dibuat.

(vi) Semasa membuat pengumuman, perhatikan tempat atau kawasan pertandingan. Juru acara perlu mengelakkan daripada membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.

(vii) Juru acara kejohanan juga tidak digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan berbelit-belit.

(viii) Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.

Page 28: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 191

(ix) Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan, juru acara juga diarahkan untuk membuat pengumuman tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara lain yang perlu dihebahkan.

(u) JJuru Ukur Rasmi Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula. Antara tugas

beliau adalah:

(i) Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran trek dan semua bulatan lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.

(ii) Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan pertandingan adalah betul kepada Pengurus Kejohanan, Pengurus Teknik dan Pengadil setelah berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

(v) PPegawai Perubatan Pegawai perubatan yang dibantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk

memberi bantu awal dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

(w) JJuru Teknik Alat Penyukat Angin

(i) Juru Teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOM.

(ii) Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika sesuatu acara berlangsung.

(iii) Catatan ini akan diserahkan kepada Ketua Hakim trek dan padang yang berkenaan bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting dalam mengesahkan rekod kejohanan.

Antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan disukat ialah 100 meter, 200 meter, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang.

(x) PPengawas Wartawan

(i) Dalam kejohanan besar, seorang pegawai akan dilantik oleh pengelola sebagai pegawai perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.

(ii) Maklumat untuk sebaran akan dihantar kepada pihak akhbar melalui Pengawas Wartawan

Page 29: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

� TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 192

(y) PPengawas Pembantu Padang

(i) Pengawas Pembantu Padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.

(ii) Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

� Sebelum mengendalikan kejohanan, Jawatankuasa Teknikal dan Induk perlu menyediakan satu set peraturan am kejohanan.

� Peraturan am kejohanan akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya.

� Peraturan am adalah hak mutlak penganjur.

� Penganjur yang beretika perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

� Peraturan am adalah saling lengkap-melengkapi dengan undang-undang permainan.

� Peraturan am kejohanan seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

� Ahli Juri Rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga.

� Juri Rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

� Pegawai-pegawai teknikal kejohanan dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

� Pegawai Teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

Page 30: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) � 193

� Untuk mendapat pengiktirafan KOM sebagai pegawai kejohanan yang bertauliah, mereka perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat.

� Pegawai Teknik biasanya dilantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.

Bantahan atau tatatertib

Marsyal

Pegawai teknikal

Penggantian

Pembatalan

Saringan

Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports. London: Franklin Watts.

Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Iowa, (IA): William C. Brown.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan olahraga 3.

Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.

Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Fajar Bakti.

Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan kejurulatihan. Shah Alam: Karisma.