Topik 8 Penghubungkaitan

  • View
    218

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

....

Transcript

  • !"#$%

    & Pelaporan

    dan Isu-isu Penilaian

    %'()*+%,-./-+(0(1(2

    !"#$%!&"'()!$"!*!+"#*,#"-.%#&/-*0#",#)#'1

    1. Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian;

    2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;

    3. Menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;

    4. Menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta

    5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.

    ! ,-23-2(+(2

    Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian item seperti indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan.

    Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Topik ini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&5

    &64 % ,-+(,71(2%80*(2

    )-.(9%9-2:*1*%&64

    Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis dan didokumentasikan, pada pandangan anda apakah signi!kasinya kepada generasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak memberi laporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk iktibar generasi seterusnya?

    Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Mereka yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan diberikan, bergantung pula kepada tujuan penilaian dibuat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tujuan penilaian antara lain ialah untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan.

    &6464% ,;?%+?"!=?

  • 4&A !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    (a) Guru

    *,%82 89%,-+(0(1

    Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk membuat keputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

    Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi pembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlu mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.

    Rajah 8.1: Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan motivasi setiap pelajarnya

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&B

    Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan untuk memilih pelajar untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan oleh guru.

    (b) Pelajar

    *,%82 89%,-+(0(1

    Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini termasuklah pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka.

    Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan untuk mereka membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai. Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaran mereka. (lihat rajah 8.1 dan 8.2)

    Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar perlu mengetahui kemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaan atau kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir tahun persekolahan.

    Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar.

  • 4&& !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Rajah 8.2: Laporan penilaian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka

    (c) Ibu Bapa

    *,%82 89%,-+(0(1

    Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat ini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

    Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mengubah perlakuan di rumah atau di kelas tuisyen kepada sahsiah yang lebih baik.

    Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan akademik dan perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai. Justeru, laporan berkaitan masalah pembelajaran, kemajuan

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&C

    akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

    +( *'(2%&64

    Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalam pembelajaran?

    (d) Guru Kaunselor Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar

    untuk membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajar tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.

    Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar. Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunseling dan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk setiap pelajar seperti dalam Rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan kepada guru kaunselor.

  • 4CD !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Rajah 8.3: Maklumat laporan pelajar kepada guru kaunselor

    (e) Guru Besar Sekolah

    *,%82 89%,-+(0(1

    Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran pelajar.

    Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaian akhir pelaj