33
PENGENALAN Merujuk hierarki keperluan Maslow, makanan adalah salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya. Manusia juga perlu mempunyai pengetahuan tentang pengambilan nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas supaya makanan yang diambil adalah seimbang dan dapat membantu proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan kesihatan tubuh. Oleh itu, amalan diet seimbang boleh dicapai berdasarkan Peruntukan Pengambilan Nutrien dan juga piramid makanan. T T o o p p i i k k 8 8 Makanan dan Pemakanan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan fungsi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas; 2. Menerangkan kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan bagi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas; 3. Menyatakan sumber bagi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas; 4. Menyatakan kegunaan RNI; dan 5. Mengira nilai tenaga dalam makanan dengan menggunakan Jadual Komposisi Makanan.

Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HBLS3303

Citation preview

Page 1: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

� PENGENALAN

Merujuk hierarki keperluan Maslow, makanan adalah salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya. Manusia juga perlu mempunyai pengetahuan tentang pengambilan nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas supaya makanan yang diambil adalah seimbang dan dapat membantu proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan kesihatan tubuh. Oleh itu, amalan diet seimbang boleh dicapai berdasarkan Peruntukan Pengambilan Nutrien dan juga piramid makanan.

TTooppiikk

88

� Makanan dan Pemakanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan fungsi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garammineral, air dan pelawas;

2. Menerangkan kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan bagiprotein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas;

3. Menyatakan sumber bagi protein, karbohidrat, lemak, vitamin,garam mineral, air dan pelawas;

4. Menyatakan kegunaan RNI; dan

5. Mengira nilai tenaga dalam makanan dengan menggunakan JadualKomposisi Makanan.

Page 2: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

188 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

KUMPULAN MAKANAN ASAS

Makanan boleh didefinisikan sebagai bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair atau antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi kimia yang tersendiri dan apabila dimakan ia menjalankan peranan seperti membina tubuh, memberi tenaga dan melindungi tubuh serta mencegah penyakit. Pemakanan pula adalah kajian tentang nutrien yang terkandung di dalam sesuatu makanan yang memainkan peranan untuk proses tumbesaran dan mengekalkan keseimbangan tubuh antara sihat dan penyakit. Dengan erti kata lainnya pemakanan merupakan proses bagaimana tubuh menggunakan nutrien yang terdapat di dalam makanan. Nutrien ini akan dikeluarkan daripada makanan melalui proses penghadaman di sepanjang salur penghadaman yang bermula dari mulut hinggalah bahan makanan itu dikumuh.

8.1.1 Nutrien

Sebagaimana yang diketahui, terdapat 50 jenis nutrien termasuk air yang diperlukan setiap hari oleh tubuh manusia untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kesemua nutrien ini boleh didapati melalui bahan-bahan makanan yang diambil. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Walaupun air dan selulosa bukanlah terdiri daripada kumpulan nutrien namun ia sangat diperlukan dalam pemakanan manusia. Nutrien terbina daripada gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Oleh itu nutrien perlu diambil dalam kuantiti yang seimbang. Setiap nutrien mempunyai komposisi, fungsi, sumber, kesan kelebihan dan kekurangan pengambilan. Setiap nutrien mempunyai fungsi asas terhadap tubuh badan seperti berikut yang disenaraikan dalam Jadual 8.1.

8.1

Page 3: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 189

Jadual 8.1: Fungsi Asas Nutrien

Nutrien Fungsi

Protein Bahan untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel yang rosak serta memberi tenaga.

Karbohidrat Merupakan bahan bakar untuk kegiatan sel dan tisu. Sekiranya berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

Lemak Bahan asas tenaga dan disimpan sebagai lemak.

Vitamin Mengawal proses-proses penting dan membantu mempercepatkan tindak balas kimia.

Garam mineral Membekalkan bahan-bahan khas untuk tumbesaran, membaiki dan menjaga kesempurnaan sel.

Air dan Pelawas Walaupun kedua-dua bahan ini tidak mengandungi zat makanan, tetapi ia sangat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah pelbagai penyakit.

Berdasarkan fungsi asas nutrien, makanan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:

(a) MMakanan pembina tubuh Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel-sel yang telah

rosak.

(b) MMakanan pemberi tenaga dan haba Makanan yang memberi tenaga kepada tubuh untuk melakukan aktiviti

luaran seperti bergerak dan dalam tubuh seperti pergerakan jantung, pernafasan dan perkumuhan.

(c) MMakanan pelindung dan pencegah penyakit Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan. Rajah 8.1 menunjukkan pengelasan nutrien mengikut kumpulan utama makanan.

Page 4: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

190 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Rajah 8.1: Pengelasan nutrien (a) PProtein Protein adalah satu bahan yang penting dan terdapat pada semua

organisma hidup. Protein terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Terdapat juga unsur-unsur lain di dalam protein seperti fosforus, sulfur dan besi. Protein dibentuk daripada lebih kurang 20 jenis asid amino yang berlainan secara semula jadi. Tumbuh-tumbuhan boleh mensintesiskan asid amino dengan sendiri manakala haiwan tidak boleh melakukannya walaupun kesemua ini adalah satu keperluan hidup. Asid amino boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu (rujuk Jadual 8.1):

(i) Asid amino penting; dan

(ii) Asid amino tidak penting.

Page 5: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 191

Jadual 8.1: Perbezaan antara Asid Amino Penting dan Asid Amino Tidak Penting

Asid Amino Penting Asid Amino Tidak Penting

Terdiri daripada asid amino berikut: � Histidina � Leusina � Metionina � Triptofan � Isoleusina � Fenilalanina � Treonina � Valina

Terdiri daripada asid amino berikut: � Arginina � Alanina � Sistina � Glistina � Tirosina � Asid glutanik � Asid aspartik � Sisteina

Asid amino ini tidak boleh disintesis oleh tubuh.

Asid amino ini boleh disintesis oleh tubuh sekiranya terdapat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat asid amino. Oleh itu asid amino ini tidak perlu dibekalkan dalam makanan.

Sumber asid amino penting boleh diperoleh daripada protein lengkap (protein haiwan) seperti daging, karangan laut, ikan, telur, hasil tenusu dan kacang soya.

Sumber asid amino tidak penting boleh diperoleh daripada protein tidak lengkap (protein tumbuhan) seperti kekacang, kekeras, bijirin, sayuran kekacang.

(i) Fungsi protein:

� Membina sel tubuh bagi tumbesaran;

� Mengganti dan membaiki sel yang mati dan rosak;

� Bahan utama dalam penghasilan enzim, hormon, antibodi dan sel darah;

� Membantu pembekuan darah;

� Unsur penting dalam cecair dalam tisu tubuh; dan

� Menghasilkan tenaga.

Kacang soya adalah satu-satunya makanan sumber tumbuhan yang dikategorikan sebagai protein lengkap. Bincangkan mengapa.

AKTIVITI 8.1

Page 6: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

192 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

(ii) Kesan pengambilan berlebihan protein:

� Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan karbon;

� Unsur karbon yang berlebihan ditukar kepada lemak dan menjadi tisu adipos di bawah kulit; dan

� Nitrogen yang berlebihan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid urik dan berkumpul di sendi tubuh.

(iii) Kesan kekurangan pengambilan protein:

� Tumbesaran terganggu;

� Luka dan kecederaan lambat sembuh;

� Badan lemah dan mudah diserang penyakit;

� Kekurangan berterusan menyebabkan penyakit Kwashiorkor; dan

� Kesihatan terganggu dengan ketiadaan keseimbangan cecair dan tisu tubuh.

(b) KKarbohidrat Karbohidrat terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Terdapat

dua atom hidrogen bagi setiap atom karbon dan oksigen. Unit asas karbohidrat adalah glukosa. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu gula ringkas terdiri daripada monosakarida dan disakarida. Manakala kategori kedua adalah gula kompleks iaitu polisakarida (Rajah 8.2).

Page 7: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 193

Rajah 8.2: Karbohidrat yang dikelaskan kepada dua kategori

Secara umumnya sumber makanan yang mengandungi karbohidrat adalah:

(i) Bijirin atau hasil bijirin seperti beras, gandum, jagung, terigu;

(ii) Sayur-sayuran akar dan kekacang seperti ubi kentang, ubi kayu dan keladi;

(iii) Buah-buahan seperti pisang, epal dan lain-lain; dan

(iv) Gula dan makanan yang manis seperti kek, jem dan coklat. Jadual 8.2 menerangkan secara ringkas berkaitan dengan fungsi

karbohidrat, kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan pengambilan karbohidrat kepada badan manusia.

Page 8: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

194 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.2: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Karbohidrat

Fungsi Karbohidrat Kesan Pengambilan Berlebihan Karbohidrat

Kesan Kekurangan Pengambilan Karbohidrat

� Pembekal utama bagi tenaga dan haba

� Membantu metabolisme protein

� Sumber utama bagi selulosa

� Bertambah berat badan � Ditukarkan kepada

lemak dan disimpan di bawah kulit

� Ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati

� Turun berat badan � Keletihan, kelaparan

dan kesejukan � Mudah dijangkiti

penyakit

(c) LLemak Lemak mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Unit asas bagi

lemak adalah asid lemak dan gliserol. Fungsi utama lemak adalah membekalkan haba dan tenaga kepada tubuh. Lemak boleh diklasifikasikan kepada asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu (Rajah 8.3).

Rajah 8.3: Lemak yang diklasifikasikan kepada dua kategori

Jadual 8.3 menunjukkan ringkasan tentang fungsi, kesan pengambilan

berlebihan dan kekurangan pengambilan lemak kepada manusia.

Page 9: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 195

Jadual 8.3: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Lemak

Fungsi Lemak Kesan Pengambilan Berlebihan Lemak

Kesan Kekurangan Pengambilan Lemak

� Memberi tenaga dan haba � Melindungi organ dalaman

tubuh � Mengawal suhu tubuh � Pelarut bagi vitamin larut

lemak � Mengurangkan

penggunaan protein bagi penghasilan tenaga

� Memberi daya tahan lapar kerana lambat dicernakan

� Lemak akan disimpan dan berlaku kegemukan

� Penyakit jantung dan darah tinggi akibat pemendapan kolestrol dalam salur darah

� Berat badan berkurangan

� Kekurangan yang maksimum menyebabkan pertumbuhan terganggu dan kulit kering

� Cepat rasa lapar � Kesejukan akibat

kurang penebat

(d) VVitamin Vitamin adalah molekul organik halus yang diperlukan untuk fungsi

biokimia yang khusus dalam sel tubuh. Walaupun vitamin tidak mempunyai nilai tenaga dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja, tanpanya tubuh tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Hampir semua vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Oleh itu, vitamin harus diperoleh melalui makanan. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Jadual 8.4 sehingga 8.9 menerangkan tentang fungsi, kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan pengambilan vitamin A, D, E, K, B1 dan C kepada badan kita.

Page 10: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

196 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.4: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Vitamin A

Fungsi Vitamin A (Retinol) Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin A

Kesan Kekurangan Pengambilan Vitamin A

� Menjaga kesihatan kulit supaya licin dan sihat

� Memelihara membran mukosa dalam saluran pernafasan, pencernaan dan perkumuhan

� Membina rodopsin bagi penglihatan mata semasa pencahayaan.

� Mengawal pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak

� Keguguran rambut � Sakit tulang � Kerosakan pada hati � Loya � Cirit-birit � Pertumbuhan dalam

kalangan kanak-kanak terbantut

� Keracunan jika beta-karotena tidak sempat ditukar kepada retinol

� Penglihatan kabur terutama waktu malam

� Mata boleh buta (penyakit xeroftalmia)

� Jangkitan pada saluran pernafasan, pencernaan dan perkumuhan kerana membran kering

� Melambatkan tumbesaran kanak-kanak

Jadual 8.5: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan

Pengambilan Vitamin D

Fungsi Vitamin D (Kalsiferol)

Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin D

Kesan Kekurangan Pengambilan Vitamin D

� Membantu penyerapan kalsium dan fosforus di usus kecil

� Membantu pembentukan gigi dan tulang yang kuat

� Toksik � Muntah-muntah � Cirit-birit � Keletihan � Dahaga � Pemendapan kalsium

dalam jantung dan buah pinggang

� Pertumbuhan terbantut di kalangan kanak-kanak.

� Penyakit rikets (tulang membengkok ke dalam) pada kanak-kanak

� Orang dewasa mengalami osteomalasia di mana tulang rapuh dan mengecut.

� Menjejaskan kekuatan gigi dan tulang

Page 11: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 197

Jadual 8.6: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Vitamin E

Fungsi Vitamin E (Tokoferol)

Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin E

Kesan Kekurangan Pengambilan Vitamin E

� Sebagai antioksida untuk mengelakkan pencemaran makanan

� Jarang berlaku dan tidak toksik

� Belum terdapat kesan yang ketara

Jadual 8.7: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan

Pengambilan Vitamin K

Fungsi Vitamin K (Menadion)

Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin K

Kesan Kekurangan Pengambilan VitaminK

� Membantu proses pembekuan darah

� Bersama kalsium menukarkan protombin ke trombin untuk membina fibrin

� Toksik � Pendarahan dalaman yang berlarutan

Jadual 8.8: Fungsi, Kesan Pengambilan dan Kekurangan Pengambilan Vitamin B1

Fungsi Vitamin B1 (Tiamina)

Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin B1

Kesan Kekurangan Pengambilan Vitamin B1

� Koenzim metabolisme karbohidrat

� Membantu tumbesaran kanak-kanak

� Membantu fungsi sistem saraf

� Menambah selera makan

� Kerosakan pada hati � Pertumbuhan kanak-kanak terbantut

� Tiada selera makan dan letih

� Kurang daya konsentrasi

� Penyakit beri-beri (sistem saraf terganggu, lemah otot, dan kurang berat badan)

� Radang saraf

Page 12: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

198 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.9: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Vitamin C

Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin C

Kesan Kekurangan Pengambilan Vitamin C

� Memelihara kulit, gigi, dan gusi

� Pembinaan tisu perantaraan

� Membantu penyerapan ferum

� Menguatkan dinding saluran darah

� Membina dan memelihara kulit dan lapisan saluran pencernaan

� Membentuk hemoglobin dan enapan ferum dalam tisu hati

� Dikumuhkan � Cirit-birit dan bengkak

perut

� Tidak dapat membina tisu perantaraan

� Dinding saluran darah pecah dan lemah

� Gusi berdarah dan gigi longgar

� Kulit kering dan kasar � Anemia kerana tiada

penyerapan ferum � Luka lambat sembuh

atau tidak sembuh � Penyakit skurvi

(e) GGaram Mineral Garam mineral adalah bahan bukan organik yang sangat perlu untuk

tubuh. Walaupun kuantiti yang diperlukan adalah sedikit namun ia mempunyai kesan yang ketara terhadap kesihatan manusia. Tumbuh-tumbuhan menyerap garam mineral melalui akar dan haiwan kemudiannya memakan tumbuhan ini untuk mendapatkan garam mineral. Oleh itu, manusia mendapatkan bekalan garam mineral dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dimakannya. Garam mineral terbahagi kepada dua kategori iaitu garam mineral makro dan mikro. Garam mineral makro ialah mineral yang terdapat dalam badan dalam jumlah yang melebihi 10g iaitu kalsium, fosforus, magnesium dan natrium manakala garam mineral mikro ialah mineral yang terdapat dalam badan dalam jumlah yang kurang daripada 10g iaitu ferum, iodin dan fluorin. Jadual 8.10 sehingga 8.15 menunjukkan ringkasan tentang fungsi, kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan pengambilan garam mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium, natrium, ferum dan iodin kepada badan manusia.

Page 13: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 199

Jadual 8.10: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Kalsium

Fungsi Kalsium Kesan Pengambilan Berlebihan Kalsium

Kesan Kekurangan Pengambilan Kalsium

� Membentuk kalsium fostat untuk kekuatan dan kekerasan tulang

� Membantu proses pembekuan darah

� Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh

� Membantu fungsi otot dan saraf

� Batu karang � Pembentukan gigi dan

tulang terganggu

� Penyakit rikets pada kanak-kanak

� Penyakit osteomalasia pada orang dewasa

� Tumbesaran terganggu � Otot dan saraf tidak

berfungsi dengan baik

Jadual 8.11: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan

Pengambilan Fosforus

Fungsi Fosforus Kesan pengambilan berlebihan Fosforus

Kesan kekurangan pengambilan Fosforus

� Membina dan menguatkan gigi dan tulang

� Membantu pengawalan cecair tubuh

� Membantu pengeluaran tenaga

� Mengatur metabolisme protein, vitamin, lemak dan karbohidrat

� Penyakit kalsium terbentuk di luar tulang khasnya dalam buah pinggang

� Tulang dan gigi lemah � Otot menjadi lemah � Kesan sama seperti

kekurangan kalsium

Jadual 8.12: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan

Pengambilan Magnesium

Fungsi Magnesium Kesan Pengambilan Berlebihan Magnesium

Kesan Kekurangan Pengambilan Magnesium

� Mengawal ketegangan otot

� Membantu kestabilan sistem saraf

� Membantu proses metabolisme tubuh

� Toksik � Mengganggu fungsi

buah pinggang

� Pengawalan pergerakan otot terganggu

� Radang saraf � Penyakit tetanus

Page 14: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

200 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.13: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Natrium

Fungsi Natrium Kesan Pengambilan Berlebihan Natrium

Kesan Kekurangan Pengambilan Natrium

� Mengawal keseimbangan cecair dalam sel, luar sel, dan dalam salur darah

� Membina plasma darah dan cecair limfa

� Dikumuhkan � Otot menjadi kejang � Letih � Kurang selera makan � Radang saraf

Jadual 8.14: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Ferum

Fungsi Ferum Kesan Pengambilan Berlebihan Ferum

Kesan Kekurangan Pengambilan Ferum

� Membina hemoglobin dan mioglobin dalam sel darah merah

� Membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh

� Pengambilan melebihi 1 000 mg sehari menjadi toksik

� Muntah, cirit-birit, kejang perut

� Penyakit anemia � Letih dan pening

Jadual 8.15: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Iodin

Fungsi Iodin Kesan pengambilan berlebihan Iodin

Kesan kekurangan pengambilan Iodin

� Membentuk tiroksin � Mengawal tumbesaran

kanak-kanak � Menjaga kesihatan

orang dewasa � Membantu metabolisme

tubuh

� Sakit kepala � Sesak nafas

� Tumbesaran terganggu � Penyakit goiter dan

kretinisme � Daya pemikiran tidak

sempurna

(f) SSelulosa Selulosa boleh didapati dari tumbuh-tumbuhan. Selulosa juga

mengandungi serat atau fiber yang sangat penting dan berfungsi sebagai pelawas dalam sistem perkumuhan tubuh. Selulosa membantu pergerakan peristalsis dalam saluran pencernaan dan boleh mengelakkan sembelit. Jadual 8.16 menerangkan tentang fungsi selulosa dan kesan kekurangan pengambilan iodin kepada badan manusia.

Page 15: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 201

Jadual 8.16: Fungsi dan Kesan Kekurangan Pengambilan Iodin

Fungsi Selulosa Kesan Kekurangan Pengambilan Iodin

� Membantu proses perkumuhan � Mengelakkan sembelit � Merangsang proses peristalsis

� Proses perkumuhan tidak lancar � Penyakit sembelit, hernia, divertiluka,

vena verikos

(g) AAir Air adalah gabungan unsur oksigen dan hidrogen. Air merupakan bahan

yang amat penting dalam sistem pemakanan manusia. Lebih kurang 70% berat badan terdiri daripada air dan kuantiti air dalam badan ini perlu dikekalkan iaitu terdapat perseimbangan antara air yang hilang dan air yang diganti semula. Air yang hilang daripada badan mestilah diganti semula melalui minuman, buah-buahan, sup, sayur-sayuran dan makanan yang mengandungi air. Kuantiti air yang diperlukan adalah bergantung kepada umur, pekerjaan, saiz dan aktiviti individu. Namun begitu secara purata keperluan air dianggarkan dari enam ke lapan gelas sehari. Jadual 8.17 menunjukkan fungsi dan kesan kekurangan pengambilan air kepada badan kita.

Jadual 8.17: Fungsi dan Kesan Kekurangan Pengambilan Air

Fungsi Air Kesan Kekurangan Pengambilan Air

� Membantu sistem pencernaan � Mengawal suhu tubuh � Melicinkan membran dan sendi

tubuh � Melembapkan permukaan sistem

pencernaan, pernafasan dan membran mukus

� Membantu sistem perkumuhan � Bahan utama dalam semua cecair

tubuh � Pelarut bagi garam dan sebatian

organik

� Turun berat badan � Rasa dahaga, letih dan lesu � Kulit kering dan lebam

Senaraikan makanan yang anda ambil bagi sarapan, makan tengahari danmakan makan malam. Nyatakan nutrien yang terkandung dalam setiaphidangan dan kesan pengambilan yang berlebihan bagi setiap nutrien.

AKTIVITI 8.2

Page 16: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

202 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

8.1.2 Diet Seimbang

Diet adalah pengambilan makanan dan minuman oleh seseorang individu. Diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan. Walaupun setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga berbeza dalam makanan dan tidak ada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien yang diperlukan, kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan. Keperluan nutrien juga berbeza mengikut jantina, umur, saiz, berat badan, aktiviti dan pekerjaan seseorang. Keperluan makanan yang seimbang adalah penting kepada tubuh untuk proses tumbesaran, membaiki sel-sel yang rosak, mendapatkan tenaga dan mengelakkan diri daripada penyakit atau masalah kesihatan. Amalan diet yang seimbang boleh mengelakkan seseorang daripada mengalami keadaan berlebihan pengambilan zat makanan dan malnutrisi. Untuk mengatasi masalah ini, maka piramid makanan dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) dijadikan sebagai panduan untuk mencapai diet seimbang. Piramid Makanan Piramid makanan adalah satu panduan pemilihan makanan untuk mencapai amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Berdasarkan piramid makanan terdapat lima kumpulan utama makanan berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya. Ini membuktikan bahawa tidak ada sejenis makanan yang mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan. Oleh itu individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan pelawas) yang berbeza. Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Rajah 8.4 menunjukkan bentuk piramid yang lebar di bahagian bawah dan semakin mengecil di bahagian atas. Ini menunjukkan makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid. Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak. Panduan piramid makanan menyarankan jumlah (hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

Page 17: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 203

Rajah 8.4: Piramid Makanan

Berikut adalah panduan pemilihan diet seimbang berdasarkan piramid makanan untuk tabiat makan yang sihat (rujuk Jadual 8.18).

Page 18: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

204 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.18: Panduan Pemilihan Diet Seimbang Berdasarkan Piramid Makanan

Aras/ Kumpulan Makanan Khasiat Pemakanan Saranan

Pengambilan Contoh Satu Hidangan

Aras 1 Makan paling banyak Contoh: roti, bijirin, pasta dan nasi

Kumpulan makanan yang terdiri daripada karbohidrat kompleks berfungsi:

- Untuk membekalkan tenaga

- Membekalkan vitamin, mineral, gentian dan sedikit protein

- Rendah kandungan lemak

8-12 hidangan � � cawan nasi (nasi putih atau perang) atau

� 1 keping roti bijirin penuh atau

� � cawan mihun/ mi/pasta atau

� � capati bersaiz kecil atau

� 1 cawan bubur nasi kosong atau

� � cawan bijirin sarapan atau

� 1 biji ubi kentang bersaiz sederhana atau

� 3 keping biskut tawar

Aras 2

Makan lebih banyak

Kumpulan makanan buah-buahan atau sayur-sayuran

Sumber yang kaya dengan vitamin, garam mineral dan pelawas

3-5 hidangan sayur-sayuran

Sayur- sayuran

� � cawan sayuran berdaun hijau tua bersama batangnya atau

� � cawan sayuran buah atau berakar atau

� � cawan ubi keledek atau ubi kayu.

2-4 hidangan buah-buahan

Buah-buahan

� � biji jambu batu bersaiz sederhana atau

� 1 potong betik, tembikai atau nanas

Page 19: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 205

atau

� 1 biji pisang, oren, buah laici atau epal atau

� � cawan jus buah.

Aras 3

Makan dengan sederhana

Kumpulan makanan daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.

Kumpulan makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B kompleks dan garam galian

2-3 hidangan � 1 ketul paha ayam saiz sederhana atau

� 1 ekor ikan kembung saiz sederhana atau

� 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis atau

� 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala atau

� 2 taukua atau

� 2 biji telur atau

� 1 cawan kekacang atau

� 2 keping tempe.

Aras 4

Makan sedikit sahaja

Kumpulan makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula.

Lemak dan minyak mengandungi asid lemak tepu dan vitamin A,D,E,K

Gula pula dapat membekalkan tenaga dan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan lain

Kuantiti yang sedikit

Page 20: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

206 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet Seimbang

Rajah 8.5: Faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan diet seimbang

Pengambilan diet dan keperluan nutrien untuk setiap individu adalah berbeza. Sekiranya keperluan pengambilan diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan seseorang itu mudah diserang penyakit. Terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi pengambilan diet yang seimbang iaitu (lihat Rajah 8.5): (a) JJantina Lelaki memerlukan lebih karbohidrat dan lemak kerana mereka lebih aktif

dan mempunyai lebih banyak otot tanpa lemak. Manakala perempuan pula

Berpandukan piramid makanan seperti yang telah dibincangkan,cadangkan menu diet seimbang anda untuk makan tengahari. Bincangkan alternatif yang perlu dilakukan untuk mengurangkan pengambilan lemak dan gula dalam diet anda.

AKTIVITI 8.3

Page 21: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 207

memerlukan lebih banyak ferum untuk menggantikan darah yang hilang ketika kedatangan haid dan melahirkan anak.

(b) UUmur

0-1 tahun Bayi memerlukan lebih banyak protein untuk tumbesaran iaitu 2 gram protein bagi setiap kilogram berat badan.

2-9 tahun Pada peringkat ini kadar tumbesaran kanak-kanak sangat cepat dan metabolisme mereka juga sangat tinggi. Mereka juga lebih aktif berbanding orang dewasa. Oleh itu. Makanan yang mengandungi protein adalah penting untuk pertumbuhan dan pembinaan sel-sel badan. Mereka juga memerlukan lebih karbohidrat dan lemak untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi.

10-19 tahun Pada peringkat ini keperluan nutrien adalah sangat tinggi berbanding kumpulan lain kerana banyak berlaku perubahan biologi. Oleh itu, karbohidrat hendaklah menjadi keutamaan dalam diet mereka sebagai sumber tenaga. Protein juga diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu baru semasa tumbesaran. Kalsium dan fosforus adalah sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat.

20 tahun ke atas Orang tua memerlukan lebih banyak garam mineral dan vitamin untuk mengekalkan kesihatan secara menyeluruh kerana kumpulan ini mudah terkena penyakit. Perubahan yang paling penting dalam diet orang tua adalah bahan makanan yang membekalkan tenaga diperlukan dalam kuantiti yang kecil kerana keperluan kalori mereka semakin berkurangan.

(c) SSaiz dan Berat Badan Rangka badan yang besar memerlukan kuantiti nutrien yang lebih

berbanding rangka badan yang kecil kerana mereka mempunyai lebih luas permukaan. Oleh itu, mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan perlu mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berkalori tinggi berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.

(d) AAktiviti dan Pekerjaan Pengambilan diet bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.

Individu yang banyak melakukan aktiviti fizikal dan aktif bersukan memerlukan lebih tenaga. Oleh itu, kumpulan ini memerlukan makanan

Page 22: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

208 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

yang mengandungi karbohidrat dan lemak. Protein diperlukan untuk membaiki tisu bagi individu yang melakukan aktiviti lasak dan agresif.

(e) IIklim Iklim boleh mempengaruhi penghasilan haba untuk mengawal suhu badan

seseorang. Penduduk di negeri yang beriklim sejuk mengalami kehilangan haba yang banyak. Oleh itu, mereka memerlukan makanan yang membekalkan lebih tenaga dan haba. Manakala penduduk di kawasan beriklim panas sering mengalami kehilangan cecair badan kesan daripada perpeluhan. Oleh itu diet yang sesuai untuk mereka yang tinggal dalam iklim yang panas perlu lebih mengutamakan pengambilan air, buah-buahan, dan sayur-sayuran untuk menggantikan cecair yang hilang dan menyejukkan badan.

(f) TTaraf kesihatan Pesakit memerlukan kuantiti protein yang tinggi untuk membaiki

kerosakan tisu-tisu badan yang dialaminya. Makanan pencegah penyakit yang mengandungi vitamin dan garam mineral diperlukan bagi mengelakkan serangan penyakit secara berpanjangan. Manakala si pulih pula ialah individu yang beransur pulih daripada penyakit. Oleh itu makanan yang sesuai untuk si pulih adalah makanan yang memberi tenaga, makanan pelindung dan makanan membina badan.

(g) KKumpulan Tertentu

(i) IIbu mengandung Memerlukan lebih banyak nutrien kerana ketika ini suatu lagi

pertumbuhan sedang berlaku. Ibu mengandung memerlukan protein tambahan sebanyak 13 gram untuk tumbesaran fetus. Kalsium dan fosforus diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi. Asid folik diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat sejak fetus lagi. Pengambilan ferum yang mencukupi semasa mengandung akan menjamin bekalan darah yang cukup di saat melahirkan anak.

(ii) IIbu menyusukan anak Ibu menyusukan anak memerlukan protein tambahan kerana ketika

ini 12 hingga 15 gram protein dirembeskan ke dalam susu badan setiap hari.

(iii) VVegetarian Vegetarian ialah individu yang hanya memakan hasil tumbuh-

tumbuhan kerana agama, budaya, masalah kesihatan dan perasaan

Page 23: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 209

belas kasihan terhadap haiwan. Terdapat dua jenis vegetarian iaitu vegetarian tulen dan vegetarian lakto.

� VVegetarian Tulen Vegetarian tulen hanya memakan hasil tumbuh-tumbuhan.

Individu ini tidak makan daging haiwan, hasil haiwan dan telur. Ia juga boleh mengalami kekurangan protein lengkap yang boleh didapati daripada haiwan. Kekurangan ini boleh diatasi dengan mengambil sumber protein daripada kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Selain itu, vegetarian tulen juga boleh mengambil TVP (Textured Vegetarian Protein) yang dihasilkan dengan menggunakan kacang soya yang diperasakan dan dipelbagaikan bentuknya.

� VVegetarian Lakto Vegetarian lakto ialah individu yang boleh meminum susu dan

memakan hasil tenusu. Diet harian vegetarian lakto ialah semua jenis bijirin, buah-buahan, kekeras, bijian, kekacang dan sayur-sayuran termasuk susu dan hasil tenusu. Vegetarian lakto tidak mempunyai masalah kekurangan nutrien kerana hasil tenusu membekalkan asid amino penting yang lengkap.

8.1.3 Hidangan Sepinggan Lengkap

Hidangan sepinggan lengkap bermaksud satu hidangan seimbang yang mempunyai pelbagai jenis nutrien yang lengkap (lihat Rajah 8.6). Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan sebagai hidangan utama dan juga hidangan sampingan. Hidangan ini juga sangat mudah disediakan dan dimasak. Perkara-perkara yang perlu difikirkan dalam merancang hidangan sepinggan lengkap adalah:

(a) Merancang dari segi rasa, warna, tekstur dan bahan;

(b) Menggunakan alat kelengkapan yang dapat menjimat dan mengurangkan masa menyedia dan memasak hidangan;

(c) Mengambil kira kemahiran yang ada dan tenaga yang diperlukan;

(d) Memelihara nilai nutrien makanan;

(e) Memastikan nutrien hidangan adalah seimbang; dan

(f) Hidangan mestilah mudah dan cepat disediakan.

Page 24: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

210 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Terdapat pelbagai jenis hidangan sepinggan lengkap antaranya:

Cara Melayu : Nasi Goreng, Nasi Lemak, Laksa.

Cara Cina : Nasi Ayam, Kuey teow Goreng, Bubur Ayam atau Ikan, Mi Kon Loh.

Cara India : Roti Canai dan Kuah Dal, Tosai, Roti Naan.

Cara Barat : Piza, Burger, Spaghetti dengan Sos Tomato.

Rajah 8.6: Contoh hidangan lengkap

Page 25: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 211

JADUAL KOMPOSISI MAKANAN DAN SARANAN PENGAMBILAN NUTRIEN (RECOMMENDED NUTRIENT INTAKES (RNI) )

Peruntukan Diet Harian yang disarankan (RDA) telah disediakan oleh United States Food and Nutrition Board sejak tahun 1941. Walau bagaimanapun edisi pertama mula diterbitkan pada tahun 1943 untuk memberikan panduan dalam mencapai matlamat pemakanan yang seimbang bagi setiap individu di Amerika. Di Malaysia, RDA yang disediakan adalah berpandukan RDA Food and Agriculture Organisation (FAO) dan World Health Organization (WHO). Terdapat perbezaan peruntukan diet antara RDA di Amerika dan Malaysia memandangkan saiz tubuh badan rakyat di Malaysia adalah lebih kecil maka nutrien yang diperlukan lebih rendah. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan berkaitan peruntukan pengambilan nutrien antaranya Peruntukan Diet Harian yang Disarankan, Amaun Harian yang Disarankan dan Pengambilan Nutrien yang Disarankan. Walau bagaimanapun hasil daripada persetujuan pakar-pakar pemakanan maka istilah Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intakes- RNI) digunakan, menggantikan istilah Peruntukan Diet Harian yang Disarankan (RDA) yang mana istilah ini telah digunakan sebelum ini.

8.2.1 Definisi

Recommended Nutrient Intakes (RNI) ialah satu garis panduan pengambilan nutrien harian bagi memenuhi keperluan nutrien individu yang sihat, berdasarkan umur, jantina dan keadaan wanita yang mengandung atau menyusukan anak. Recommended Nutrient Intakes (RNI) ini, menggantikan istilah peruntukan Diet Harian yang Disarankan iaitu Recommended Dietary Allowance (RDA). Garis panduan ini diterbitkan dalam bentuk jadual yang mana ia digunakan sebagai panduan untuk merancang dan menggalakkan amalan pemakanan yang baik dalam kalangan penduduk Malaysia supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

8.2

Page 26: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

212 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

8.2.2 Kegunaan Recommended Nutrient Intakes (RNI)

Kegunaan RNI adalah seperti berikut:

(a) Panduan kepada penggubal polisi dalam bidang pemakanan dan pertanian untuk menjamin bekalan makanan penduduk sesebuah negara bagi mengelakkan keadaan kekurangan bekalan makanan;

(b) Alat pengukur untuk menilai kualiti sesuatu bahan makanan berdasarkan indeks ketumpatan nutrien dalam makanan tersebut dan kaitannya dengan kesihatan;

(c) Bahan rujukan untuk individu dan pakar pemakanan semasa merancang menu harian seperti mengubahsuai perancangan diet, perancangan menu dan hidangan makanan dalam pelbagai institusi;

(d) Panduan kepada pengusaha industri makanan membuat label iaitu memberi maklumat makanan pada bungkusan makanan produk mereka; dan

(e) Menilai pengambilan diet bagi kumpulan individu yang berisiko tinggi dan juga mengenalpasti nutrien yang berisiko atau pengambilan nutrien yang tidak mencukupi oleh kumpulan individu tertentu.

8.2.3 Pengiraan

Nilai Nutrien dalam Makanan Tenaga adalah keupayaan untuk menjalankan sesuatu tugas. Tenaga juga diperoleh daripada makanan yang membekalkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiga nutrien ini merupakan sumber tenaga kepada tubuh untuk melakukan aktiviti fizikal dan biokimia. Kalori adalah unit asas tenaga dan digunakan dalam pemakanan sebagai jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air ke satu darjah Celsius. Kalori juga didefinisikan sebagai bentuk haba yang digunakan dalam badan bagi metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Selain daripada kalori, unit yang digunakan untuk mengukur tenaga ialah joule (J) iaitu kilojoule (Kj). Berikut adalah unit persamaan joule dan kalori: 1 Kalori (K) = 4.184 joules 1 kilokalori (kkal) = 4184 joules = 4.184 kilojoules (kJ) = 1000 kalori

Page 27: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 213

1000 kilokalori = 4184 kJ 1 kilojoule = 1000 joules 1 Megajoule = 1 000 000 joules Nilai tenaga bagi setiap nutrien adalah berbeza. Lemak adalah kaya dengan kalori dan boleh menghasilkan kalori dua kali ganda lebih banyak daripada jumlah yang dikeluarkan oleh karbohidrat dan protein oleh itu makanan yang berlemak mengandungi kalori yang tinggi. Jadual 8.19 menunjukkan nilai tenaga bagi setiap nutrien.

Jadual 8.19: Nilai Tenaga Setiap Gram (1g) Nutrien

1 gram

Karbohidrat 4kkal atau 17 kJ = 4 x 4.184 kJ = 16.736 kJ = 17 kJ

Protein 4kkal atau 17 kJ = 4 x 4.184 kJ = 16.736 kJ = 17 kJ

Lemak 9kkal atau 38 kJ = 9 x 4.184 kJ = 37.656 kJ = 38 kJ

Panduan Pengiraan Nilai Tenaga Pengiraan nilai tenaga adalah berpandukan kepada Buku Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia 1997. Buku ini mempunyai maklumat berkenaan kandungan nutrien bagi setiap 100gm porsi yang boleh dimakan (edible portion). Pengiraan nilai tenaga juga hanya dibuat berdasarkan tiga nutrien utama yang membekalkan tenaga kepada tubuh iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Jadual 8.20 menunjukkan contoh jadual komposisi nutrien dalam makanan yang dipetik dan diubahsuai daripada buku Komposisi Zat Dalam Makanan, edisi keempat, 1997.

Jadual 8.20: Contoh Jadual Komposisi Nutrien dalam Makanan

Komposisi nutrien bagi setiap 100g bahagian yang boleh dimakan

Jenis

makanan yang telah

dimasak

% bahagia

n yang boleh dimakan

(E.P.)

Kkal

Tenaga

g

air

g

Protein

g

Lemak

g

CHO

g

Serabut

g

abu

mgCa

mgP

mg Fe

mgNa

mgK

mg

Retinol

øg karoten

øg RE

mg B1

mg B2

mg

niasin

Vitamin

C

Kuih Lompang

100 117 56.2 2.2 0.3 26.5 0.4 0.3 39 7 1.1 77 112 2 0 2 0.03 0.06 0.1

1.7

Ayam kurma

82 179 71.9 12.7 13.7 1.2 1.2 1.7 33 201 2.8 100 99 38 0 38 0.05 0.10 1.0

0

Page 28: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

214 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Merujuk Jadual 8.20, maklumat penting yang terkandung dalam jadual ini adalah nilai E.P. dan nilai nutrien yang terkandung dalam karbohidrat, lemak dan protein. Contoh 1: (E.P. Makanan 100%) Cara mengira nilai tenaga 100g kuih lompang. Berdasarkan jadual di atas 100g kuih lompang dan nilai E.P. 100% mengandungi: 2.2g protein, 0.3g lemak dan 26.5 karbohidrat. 100g kuih lompang. E.P. 100% mengandungi: Protein :2.2g x 17kJ = 37.4kJ Lemak :0.3g x 38kJ = 11.4kJ Karbohidrat :26.5 x 17kJ = 4450.5kJ Jumlah nilai tenaga 4499.3 kJ Contoh 2: (E.P. Makanan kurang 100%) 100g kurma ayam dengan nilai E.P. 82% mengandungi : 12.7g protein, 13.7g lemak dan 1.2g karbohidrat. 100g kurma ayam. E.P. 82% mengandungi: Protein : 82/100x 12.7g x 17kJ = 177.04kJ Lemak : 82/100x 13.7g x 38kJ = 426.89kJ Karbohidrat : 82/100x 1.2g x 17kJ = 116.73kJ Jumlah nilai tenaga 6620.66kJ Latihan:

Jadual 8.21: Pengambilan Makanan bagi Seorang Remaja Lelaki dan Perempuan yang Berusia 15 Tahun

Bagi setiap 100g bahagian yang boleh dimakan

Makanan Porsi E.P (%) Protein Lemak Karbohidrat

Nasi putih 128g 100 2.3g 0.1g 38.5g

Ikan merak masak lemak 50g 87 19.0g 18.2g 2.8g

Ayam goreng 120g 78 20.2g 17.9g 3.2g

Rojak 50g 100 7.6g 15.5g 14.5

Tembikai 50g 56 0.6g 0.2g 6.0g

Jus jambu batu 150g 100 1.1g 0.2g 10.0g

Page 29: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 215

Jadual 8.21 menunjukkan pengambilan makanan bagi seorang remaja lelaki dan perempuan yang berusia 15 tahun. Mengikut RNI remaja lelaki memerlukan 2690 kkal dan remaja perempuan memerlukan 2180 kkal sehari.

Keperluan Tenaga Keperluan tenaga oleh setiap individu adalah berbeza bergantung kepada umur, jantina dan jenis aktiviti yang dilakukan. Individu yang kerap menjalankan aktiviti berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding aktiviti yang sederhana dan ringan. Orang lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding perempuan pada tahap umur yang sama. Walau bagaimanapun keperluan tenaga wanita yang mengandung dan menyusukan anak lebih tinggi berbanding wanita normal. Faktor umur juga mempengaruhi keperluan tenaga seseorang. Semakin meningkat usia, semakin tinggi tenaga yang diperlukan. Namun begitu apabila usia seseorang mencapai 60 tahun keperluan tenaganya berkurangan kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga berkurangan sesuai dengan keupayaan yang ada. Jadual 8.22 menunjukkan keperluan tenaga yang berbeza mengikut umur dan jantina berdasarkan RNI Malaysia 2005.

1. Kirakan jumlah nilai tenaga bagi sajian tengahari untuk remajaini.

2. Bandingkan pengambilan diet remaja ini dengan keperluan tenagayang disarankan mengikut RNI.

3. Adakah diet remaja ini seimbang? Beri cadangan untukmemperbaiki pengambilan diet remaja ini.

AKTIVITI 8.5

Page 30: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

216 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Jadual 8.22: Keperluan Tenaga

UUmur Tenaga Kkal

Bayi (lelaki) 0 � 5 bulan 6 � 11 bulan

560 640

Bayi (perempuan) 0 � 5 bulan 6 � 11 bulan

550 630

Kanak-kanak lelaki 1 � 3 tahun 4 � 6 tahun 7 � 9 tahun

980 1340 1780

Kanak-kanak perempuan 1 � 3 tahun 4 � 6 tahun 7 � 9 tahun

910 1290 1590

Remaja lelaki 10 � 12 tahun 13 � 14 tahun 15 tahun 16 � 18 tahun

2180 2690 2690 2840

Remaja perempuan 10 � 12 tahun 13 � 14 tahun 15 tahun 16 � 18 tahun

1990 2180 2180 2050

Lelaki 19 �29 tahun 30 � 50 tahun 51 � 59 tahun 60 � 65 tahun > 65 tahun

2440 2460 2460 2010 2010

Wanita 19 �29 tahun 30 � 50 tahun 51 � 59 tahun 60 � 65 tahun > 65 tahun

2000 2180 2180 1780 1780

Wanita mengandung 1st trimester 2nd trimester 3rd trimester

+ 0 + 360 + 470

Wanita menyusukan anak 1 � 6 bulan + 500

Page 31: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 217

� Terdapat lima jenis nutrien utama iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin

dan garam mineral. Selain nutrien, air dan pelawas juga memainkan peranan penting terhadap tubuh manusia.

� Kelebihan dan kekurangan pengambilan sesuatu nutrien boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit. Oleh itu manusia perlu mengambil diet yang seimbang untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

� RNI adalah satu garis panduan pengambilan nutrien harian bagi memenuhi keperluan nutrien individu yang sihat berdasarkan umur, jantina dan keadaan wanita yang mengandung atau menyusukan anak.

� Pengiraan nilai tenaga hanya berdasarkan tiga nutrien pembekal tenaga iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Garam mineral

Karbohidrat

Lemak

Nutrien

Protein

Vitamin

Page 32: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

218 � TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Penyataan berikut adalah berkaitan dengan pengetahuan pemakanan. Sila bulatkan jawapan kepada penyataan berdasarkan pengetahuan anda berdasarkan skala berikut: 1. BENAR (B) 2. SALAH (S)

Penyataan Skala

1. Kandungan gula dalam jus buah-buahan lebih tinggi daripada buah-buahan segar. B S

2. Susu boleh menggantikan makanan utama kanak-kanak. B S

3. Remaja perlukan Vitamin C tambahan walaupun diberi makanan yang seimbang. B S

4. Jagung rebus adalah snek yang sesuai untuk kanak-kanak. B S

5. Minuman bergas mempunyai kandungan kalori yang tinggi B S

6. Emping jagung (cornflakes) boleh membantu proses pencernaan. B S

7. Pilihan alternatif kepada daging adalah telur, ikan, ayam dan kekacang. B S

8. Karbohidrat yang berlebihan di dalam tubuh akan ditukarkan kepada lemak. B S

9. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari boleh menghasilkan vitamin D. B S

10. Buah-buahan citrus kaya dengan vitamin C. B S

11. Susu adalah sumber penting kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang kanak-kanak. B S

12. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. B S

13. Merendam buah-buahan yang telah dipotong boleh menyebabkan kehilangan vitamin C. B S

14. Coklat, cola dan minuman yang mengandungi kafein menghalang penyerapan zat besi. B S

15. Kanak-kanak perlu mengambil dua cawan susu setiap hari. B S

Page 33: Topik 8 Makanan Dan Pemakanan

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN � 219

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul Ghani.

(2002). Pengurusan pakaian tingkatan 4: Bahan sumber pengajaran. Kuala Lumpur: Edu System.

Colton, V. (Eds.). (1979). ReaderÊs Digest complete guide to needlework. New York, NY: ReaderÊs Digest Association.

Hetzer, L., Hoe, S. C., Hoehlen, T. L. & Gaylavisalli (1979). Complete guide to needlework. New York, NY: ReaderÊs Digest.

Low, G. N., S. Samsiah, Hg, C. Ng, W., A. Zainal & Tan, G. S. (1990). Panduan dinamik pilihan ekonomi rumahtangga. Petaling Jaya: Delta.

Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah demi langkah teknik menjahit. Petaling Jaya: Alaf 21.

Neal, M. M. (1961). Needlework for school. Glasgow: Blackie & Son.

Ng, S. Y. & Yong, F. C. (1988). Sains rumahtangga. Kuala Lumpur: Delta.

Noor Hababiah Hassan Othman, Faudziah Md Din & Zahrah Esa. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan. Kuala Lumpur: Edusystem.

RobaÊayah Hj Abd. Wahab & Susan Manikam. (1978). Panduan sains rumahtangga 1. Dicapai dari http://www.scribd.com/doc/179532611/ Rujukan-kh-docx

R. Arulananthan & Noraziah Mohd Noh. (1975). Sains rumahtangga praktik. Kuala Lumpur: Preston Times.