22
TUTORIAL 1 SENI DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 1.2 SDP /JSS 1

Topik 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdp

Citation preview

TUTORIAL 1 SENI DALAM PENDIDIKAN

TUTORIAL 1SENI DALAM PENDIDIKANKANAK-KANAK DAN SENITOPIK 1.2 SDP /JSS1

Kanak-Kanak dan Seni TOPIK 1.2 SDP /JSS2

*Fitrah kanak-kanak dalam proses perkembangan diri mereka.*Keperluan asas kanak-kanak.*Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.*Konsep kanak-kanak sebagai insan sosial.*Perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.

Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak TEORI PEMBELAJARAN MASLOWTOPIK 1.2 SDP /JSS3KESEMPURNAAN KENDIRI

PENGHARGAAN

KASIH SAYANG

KESELAMATAN

FISIOLOGI

Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak

TOPIK 1.2 SDP /JSS4

1.Keinginan untuk bergerak (Jasmani).Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal

TOPIK 1.2 SDP /JSS5

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf (emosi)- Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai

TOPIK 1.2 SDP /JSS6EMOSI:Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding peringkat prasekolah. Emosi peringkat kanak-kanak lebih terkawal.Dalam Pend. Seni, jika emosinya stabil, lukisannya akan lebih cantik dan kreativiti menyerlah. Dalam Pend. Muzik, cara kanak-kanak bermain alat perkusi dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik, mungkin terdapat gangguan emosi.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat (sosial)

Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.

SOSIAL:Peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak menguasai berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai

TOPIK 1.2 SDP /JSS7

4. Keinginan untuk bersaing (sosial)Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.TOPIK 1.2 SDP /JSS8

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. (jasmani,sosial).- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

TOPIK 1.2 SDP /JSS9

6. Keinginan untuk meneroka (estetik)Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

ESTETIK:Mereka telah mula cuba memahami konsep estetik, boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan.Latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu yang dilihat atau dilakukan.

TOPIK 1.2 SDP /JSS10

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif (estetik,intelek). - Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

INTELEK:Dapat berfikir tepat sebelum menghasilkan sesuatu.Bersemagat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajarBeri peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka.

TOPIK 1.2 SDP /JSS11

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan (jasmani).Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

TOPIK 1.2 SDP /JSS12

9. Keinginan untuk kefahaman (rohani).- Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

ROHANI:Banyakkan aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti:Penggunaan senikata lagu yang mengandungi nilai-nilai tersebut.Ucapan terima kasih,tahniah disampaikan seberapa kerap yang boleh.Membantu kanak-kanak menghargai sesuatu, bukan mengeji.

TOPIK 1.2 SDP /JSS13

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.Kefahaman yang baik tentang perkembangan kanak-kanak dapat membantu kita mengatur bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh belajar mengikut pengalaman lamaTOPIK 1.2 SDP /JSS14

Teori Perkembangan PiagetFasaUmur kanak-KanakDeria motor0 hingga 2 tahunPraoperasi2 hingga 7 tahunOperasi konkrit7 hingga 12 tahunOperasi formal12 tahun ke atasTOPIK 1.2 SDP /JSS15

Tahap Deria Motor0 hingga 2 tahun

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera masing-masing.Kanak-kanak sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu deria pancaindera.TOPIK 1.2 SDP /JSS16

Fasa Praoperasi 2 hingga 7 tahunKanak-kanak mula memperoleh kebolehan pengekalan iaitu kebolehan untuk menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu konsep abstrak atau objek fizikal. Ini dapat dibuktikan melalui kebolehan mereka berbahasa pada peringkat ini.

TOPIK 1.2 SDP /JSS17

Fasa Operasi Konkrit 7 hingga 12 tahunKebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh pada peringkat ini. Contoh : kefahaman tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola tidak akan berubah beratnya walau pun diubah bentuknya. Kanak-kanak boleh mengcam melodi sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan tempo atau alat muzik yang berbeza.TOPIK 1.2 SDP /JSS18

Fasa Operasi Formal 12 tahun ke atasKanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, iaitu mereka berkebolehan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir adalah lebih rumit kerana faktor-faktor emosi, intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.TOPIK 1.2 SDP /JSS19

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak mengikut Viktor Lowenfeld (Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni)Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan kandungan subjek dan environmen belajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk meransang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

TOPIK 1.2 SDP /JSS20

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak mengikut Viktor Lowenfeld (Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni)Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi, pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya.TOPIK 1.2 SDP /JSS21

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI SENI OLEH VIKTOR LOWENFELD

TOPIK 1.2 SDP /JSS22