Topik 1 7XSistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan huruf saksi Alif, Ya dan Wau dikatakan sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan

  • View
    226

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Topik 1 7XSistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan...

  • PENGENALAN

    Perancangan korpus bahasa melibatkan penyediaan sistem tulisan dan ejaan yang standard bagi sesuatu bahasa. Pada masa ini, bahasa Melayu ditulis dalam dua jenis sistem tulisan, iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Anda telah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi dalam topik 6 dan dalam tajuk ini pula, anda akan diperkenalkan dengan sistem ejaan Rumi. Menurut Amat Juhari Moan (1992:1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

    TTooppiikk 77 SistemPerkembanganSistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Memperihalkan perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu; dan

    2. Menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu.

  • TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 134

    LATAR BELAKANG

    Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ialah kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang pertama datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali dan dikatakan tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-1293 Masihi. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 pula merupakan ttanggal yang diingati bermulanya kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun demikian kuasa Portugis juga merosot dengan kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris.

    Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Sistem ejaan yang digunakan oleh Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaan Rumi/Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya. Antara contoh senarai kata adalah di tunjukkan dalam Jadual 7.1.

    Jadual 7.1: Ejaan Rumi/ Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad Rumi

    Senarai Pigafetta BI (Terjemahan Bahasa Itali dalam senarai asal) Ejaan Rumi Kini

    Allah God Allah

    Caphre heathen kafir

    mischit mosque masjid

    bapa father bapa

    mama,ambui mother mama,ibu

    anach son anak

    capala head kepala

    Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal catatan pelayaran Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskhah Itali dan tiga naskhah Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah Itali tersebut. Bausani dikatakan mendasarkan ejaan senarai itu berasaskan naskhah Itali yang tersimpan di Ambrosiana Perpustakaan di Milan yang bertarikh 1525 atau lebih tepat dikatakan daripada naskhah lain. Pigafetta dikatakan mempelajari bahasa Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak perkataan-perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan Bausani tentang tulisan Rumi ini telah dipetik oleh Hashim Musa (ibid:394) seperti yang berikut:

    7.1

  • TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    135

    (a) Abjad vokal pepet dalam bahasa Melayu/Indonesia moden kebanyakannya dieja dengan abjad vokal dalam senarai Pigafetta, kecuali dalam beberapa perkara, misalnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad .

    (b) Bunyi /h/ yang lemah ucapannya digugurkan sama ada di hadapan atau di belakang perkataan, misalnya Alla (Allah) dan atti (hati).

    (c) Bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan, misalnya tungu (tunjuk), tumi (tumit).

    (d) Alternasi antara bunyi /l/ dan /r/ merupakan pengaruh daripada bahasa Tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), kauir (katil).

    Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi. Senarai ini terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda. Houtman dikatakan ditebus semula oleh pihak Belanda pada 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan menyiarkan senarai kata tersebut dalam JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III). Antara contoh-contoh senarai kata seperti yang berikut:

    Jadual 7.2: Senarai Pigafetta yang sepadan dengan Bahasa Inggeris dan Rumi

    Senarai Pigafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini

    kareya to work kerja

    arijs the day hari

    sana there sana

    minta request minta

    engat remember ingat

    pegy go pergi

    mary let us go (come) mari

    Menurut Hashim Musa (ibid:400), sistem ejaan Rumi dalam senarai Houtman bagi bahasa Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan dengan yang terdapat dalam senarai Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem yang berbeza-beza. Malah terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.

  • TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 136

    Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang berjudul ADictionary of English and Malayo, Malayo and English diterbitkan di London. Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk. Contoh senarai kata oleh Thomas Bowrey adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.

    Jadual 7.3:

    Senarai Thomas Bowrey Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini kitta poonea my kita punya tuan poonea thy, yours tuan punya dea poonea his dia punya camee poonea ours kami punya todohan accusation tuduhan gocho slap gocohtoolah punishment tulah

    Menurut Hashim Musa (ibid:407), sistem ejaan Thomas Bowrey ternyata mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg ,dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, dan kesemuanya seolah-olah melambangkan kepanjangan konsonan atau pun tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut.

    LATAR BELAKANG

    Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa Melayu kerana akibat Perjanjian Inggeris Belanda 1824, daerah Melayu dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Indonesia yang diletakkan di bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya diletakkan pula di bawah British atau Inggeris. Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan dan ejaan mereka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka menyeragamkan sistem ejaan. Belanda telah menggunakan sistem ejaan van Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung derngan rakyat. Pihak Inggeris pula menggunakan sistem ejaan Wilkinson bagi semua penerbitannya dan juga surat menyurat dalam bahasa Melayu.

    Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam bahasa Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda. Beliau telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonan (Jadual 7.4).

    7.2

  • TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    137

    Jadual 7.4: Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu

    VOKAL

    Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden a a fana, bahasae e emas, pernahe elok, telengi i bimbing, wadjibo o bohong, onggoku djatuh, oetus

    DIFTONG

    Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden

    au au poelau, saudagar

    ai ai pakai, pakaian

    KONSONANBahasaMelayu Moden

    BahasaBelanda/Indonesia

    Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden

    b b baroe, sebab

    c tj tjari,botjor

    d d dari, Ahad

    j dj djari

    f f fasal

    g g megah, gaib

    h h hari, roemah

    k k kami, takdir

    kh ch chabar

    l ch lari

    m m mari

    n n nanas

    ng ng nganga

    ny nj njawa

    p p padi

    r r ramai

  • TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 138

    s s sabit

    sy sj sjech

    t t tali

    w w wang

    y j jakin

    z z zaman

    Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah ejaan imbuhan, bentuk klitik, dan partikel yang dianjur digandingkan dengan kata dasar misalnya rumahku, ke Padang, di Betawi. Bentuk ka dan sa dieja menjadi ke dan se. Huruf h pada awal kata tidak digugurkan. Kata majmuk pula dieja cantum.

    Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904. Ejaan ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay Spelling. Hashim Musa (ibid:429) telah menyebarkan enam peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa Melayu, iaitu:

    (i) Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan bahasa Melayu.

    (ii) Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal dieja mengikut sebutan orang Melayu.

    (iii) Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya kemudian buka