Click here to load reader

tokoh-tokoh islam

  • View
    202

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titaa

Text of tokoh-tokoh islam

TOKOH-TOKOH

TAMADUN

DUNIA SERTA PERANAN

DAN

SUMBANGAN

MEREKA TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DI ZAMAN MODEN. TOKOH TAMADUN ISLAM Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu salima yang bererti selamat, sentosa atau mempunyai kedamaian. Dari perkataan salima ini lahirnya perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat dan sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Sifat-sifat tamadun Islam ialah kesejagatan, keterbukaan, sepanjang zaman, toleransi terhadap agama dan budaya yang lain, kesatuan dalam kepelbagaian serta keseimbangan antara rohani dan jasmani. Oleh itu, tokoh tamadun Islam menunjukkan sikap yang baik supaya dapat dicontohi oleh umat-umat Islam yang lain. Sejarah tamadun dunia telah mencatatkan bagaimana dalam abad yang kelapan hingga abad ke enam belas, selama hampir lapan ratus tahun telah lahir ramai tokohtokoh cendikiawan islam dalam pelbagai bidang. Istimewanya tokoh-tokoh ini bukan sahaja bijaksana dan terkenal dalam satu bidang tertentu sahaja seperti perubatan, astronomi, matematik, falsafah, pendidikan dan sebagainya malah mereka juga sebenarnya telah diiktiraf sebagai tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang sains, fizik, astronomi, teknologi, perubatan serta agama.

1

IBN KHALDUN

Merupakan seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang amat terkenal dalam sejarah dunia Islam. Pemikiran dan karya beliau amat penting bagi membantu kita memahami tamadun sendiri. Oleh demikian, kami telah memilih seorang tokoh tamadun Islam yang sangat terkenal iaitu Ibn Khaldun untuk diperkenalkan dalam tugasan kami. Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hassan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun. Tokoh ini dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadan 732H bersamaan dengan 1331M, dan meninggal dunia pada 808H, 1406M. Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Seperti yang dinyatakan, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti alQuran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Pendidikan awal beliau berbentuk tradisional yang merangkumi mata pelajaran seperti Quran, Hadith, Tatabahasa, Retorik dan Puisi. Beliau meneruskan pelajaran sehingga berusia 19 tahun apabila dunia di landa The Great Plaque bermula dari Samarkand sehingga Maritania. Dilaporkan bahawa bencana alam tersebut merupakan 2

satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan Ibn Khaldun. Seterusnya, tokoh ini menceburi diri dalam dunia politik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, Hajib yang menyamai taraf Perdana Menteri di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir, beliau telah dilantik memegang jawatan penting dalam Istana, iaitu menjadi Hakim Mahkamah Raja. Kebijaksanaan yang telah ditonjolkan oleh Ibn Khaldun telah mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada dirinya. Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh sarjana muda Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi, selain daripada menjadi tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah iaitu bersamaan dengan kurun ke-14 Masihi. Ibn Khaldun berfokus kepada ilmu mystic dan teologi. Sebenarnya, sumbangan utama Ibn Khaldun adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat). Ibn Khaldun berusaha menulis mengenai sejarah dunia dimana naskah pertama tokoh ini mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskah tersebut yang dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena mengenalpasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada tamadun dunia pada hari ini. Disamping itu, Ibn Khaldun juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-Asabiyya iaitu perasaan kekitaan bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat. Antara hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang sejarah adalah Universal History dan Sejarah Maghrib manakala hasil karyanya untuk agama pula ialah Lubab al-Mahsul (Summary of the Result) dan Shifa as-Sail (Healing of the Inquirer). Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh negara barat kerana buah fikirannya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, iaitu al-Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah 3

ekonomi seperti keadilan; al-adil, bekerja keras; hardworking, kerjasama; cooperation, kesederhanaan; moderation, dan fairness. Berhubung dengan keadilan; justice, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan atau dijalankan dengan betul dan bersistematik, maka sesebuah negara itu akan hancur dan musnah dalam sekelip mata. Menurut B. Lewis, Muqaddimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh membantu ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah. Ibn Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu bab pertama, mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia. Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif. Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifahkhalifah dan raja-raja. Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju. Bab kelima, mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum. Dan bab keenam, mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal. Menurut Ibn Khaldun, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga, kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Ibn Khaldun mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut Ibn Khaldun lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpamanya seperti di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

4

Ibn Khaldun telah membahagikan teorinya kepada empat bahagian iaitu manusia dan ekonomi, teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harta, serta teori pengagihan. Teorinya ini telah diguna pakai oleh sejarahwan yang lain dalam menjalankan kajian mereka yang berhubung kait dengan kehidupan manusia. Manusia dan Ekonomi Berdasarkan analisis yang dibuat secara mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah agama Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi; economic animal. Sebaliknya tokoh ini menganggap manusia itu sebagai manusia Islam; Islamic man/homo Islamicus yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan bahawa perlunya manusia itu menjauhi perbuatan yang jahat dan tidak disukai oleh Allah. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan di akhirat kelak. Teori Pengeluaran Ibn Khaldun mengemukakan satu teori baru bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut tokoh ini, pengeluaran yang berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat sekelilingnya. Bahkan, Ibn Khaldun menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Ini kerana, tanpa tenaga buruh nescaya masyarakat yang lain tidak akan memperolehi kemajuan dari segi pembangunan. Selain itu, tokoh ini berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.

5

Walau

bagaimanapun,

pertumbuhan

ekonomi;

economic

growth

dan

pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini, dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith. Teori Nilai, Wang dan Harga Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai digunakan; use value dengan nilai pertukaran; exchange value. Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. Menurut Ibn Khaldun, "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan la