Titas Kebaikan Dan Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia

  • View
    133

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Titas Kebaikan Dan Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia

Text of Titas Kebaikan Dan Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA1.0 PengenalanSetiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kebaikan atau keburukan kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib.Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini.

2.0 Kebaikan Interaksi Antara Tamadun Di AsiaInteraksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Manakala, Tamadun India melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas dari Tamadun China. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian, Tamadun China turut menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Rajah 1: PipaRajah 2 : KonghouTamadun India[footnoteRef:1] turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila negeri Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi. Penyebaran agama Islam[footnoteRef:2] dilakukan oleh orang Turki. Walaupun berlakunya asimilasi budaya, wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam. Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan. [1: Nama Tamadun India pada zaman klasik ialah dalam bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda yang diambil sempena nama pemerintah India, Bharata. Orang Greek menamakannya sebagai Indu sehingga terbitnya nama India seperti sekarang.] [2: Penganut agama Islam merupakan penduduk kedua teramai di India selepas penganut agama Hindu dengan hampir 150 juta orang daripada hampir 1 billon penduduk India.]

Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur budaya seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu muncul. Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya ialah majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Seterusnya ialah majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya serta majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama Lucknow. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia IslamPendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Mughul. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di madrasah-madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala, dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-Nama oleh Khairuddin, Sair-ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India.Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di istananya. Kemudian, Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu. Setelah kematian Akbar, lukisan Mughul terus dipengaruhi oleh elemen-elemen Hindu dan pemerintah-pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.Seterusnya, persajakan juga merupakan unsur-unsur budaya komposit Indo-Muslim. Dalam bidang persajakan dan sastera, karyawan terulung ialah Amir Khusraw (1253-1325) seorang Indo-Muslim. Nuh Siphr (The Nine Skies), ialah karya beliau yang memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim, bunga-bungaan, binatang, agama serta bahasa-bahasa di India. Khawaja Najm-ud-din Hasan yang turut dikenali sebagai Mir Hasan Dihlvi merupakan penyajak Hindi yang terkenal. Ghazal Persia beliau amat menarik dan mudah difahami yang banyak membuatkannya terkenal. Sementara itu, Ghalib pula seorang penyair Urdu yang cemerlang. Sehingga kini, ghazal ciptaan beliau masih popular.Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam. Bidang seni bina mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. Salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan[footnoteRef:3] adalah berdasarkan konsep dan gaya Islam. Namun demikian, penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bunga-bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu. [3: Shah Jahan merupakan salah seorang pemerintah Islam di India pada tahun 1627-1658.]

Rajah 4: Masjid JamiRajah 3: Masjid Kabuli Bagh

Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada tahun 1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa perdagangan di situ. Tujuan Barat ke India ialah untuk memperoleh rempah dan meyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. Menurut Thomas B. Maca