19

Click here to load reader

Tholhah Ubaidillah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

Slide 1

TALHAH BIN UBAIDILLAH

BIBLIOGRAFINama sebenar beliau ialahTalhah bin Ubaidillah bin Uthman bin Amru bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai.Dilahirkan di Kota Makkah pada tahun ke-27 selepas tahun Gajah (597 M).Berasal dari Bani Taim, keturunan yang sama dengan Abu Bakar As-Siddiq.Ayahnya bernama Ubaidillah bin Uthman, ibunya Syabah binti Hadrami yang berketurunan Arab Yaman .

Telah memeluk Islam pada usia 16 tahun melalui saudaranya, Abu Bakar As-Siddiq.Diberi gelaran Abu Muhammad kerana anak sulungnya, Muhammad as Sajjad sangat soleh dan banyak mengerjakan solat sunat.Wafat pada tahun Jamadil Akhir tahun ke-36 Hijrah bersamaan 656 M pada usia 60 tahun kerana terkena panah dalam peperangan Jamal.Dikebumikan di suatu tempat berdekatan dengan padang rumput di Basra.

PENYERTAAN DALAM PEPERANGANBeliau mengikuti semua perang yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.

PERANG BADARDalam perang Badar al Kubra, beliau ditugaskan dalam satu operasi risikan sehingga terlepas menyertainya.

PERANG UHUD Beliau berjuang dengan berani demi melindungi Nabi Muhammad s.a.w. eliau melindungi Rasulullah dengan dirinya sendiri dan menahan panah dari terkena baginda dengan tangannya. Kerana keberaniannya itu, baginda turut memuji dengan berkata, Siapa yang mahu menyaksikan lelaki yang susah syahid yang berjalan di atas muka bumi, maka lihatlah Talhah. Nabi Muhammad turut berkata, Talhah layak mendapat ganjaran syurga.

SUMBANGAN TALHAHBIDANG PENTADBIRAN Beliau dilantik oleh Khalifah Umar al Khattab sebagai salah seorang daripada Majlis Syura. Berada di Najlis Syura, Talhah terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar, membuat keputusan dan pelantikan khalifah kecuali Abu Bakar as Siddiq. Semasa detik kegemilangan tentera Islam Rom dan Parsi, Talhah sentiasa berada di sisi khalifah menjadi penasihat mereka dalam pentadbiran. Atas sebab itulah Talhah tidak terlibat secara langsung memegang jawatan gabenor mahupun panglima perang.

TALHAH, SAHABAT PALING KAYABeliau sahabat yang paling kaya selain daripada Abdul Rahman bin Auf. Punca kekayaan beliau datang daripada empat sumber utama :

>>>Pertama, beliau pandai berniaga seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.>>> Kedua, sewaktu pemerintahan Umar al Khattab, Talhah menerima wang persaraan sebanyak lima ribu dirham setahun.

>>> Ketiga, semasa Usman Bin Affan baru dilantik menjadi khalifah, beliau memberi wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebidang tanah kepada Talhah.>>> Keempat, beliau memperoleh harta yang banyak hasil daripada harta rampasan perang-perang yang disertainya.

TALHAH MEMELUK ISLAMBeliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, ia pilih kerjaya sebagai saudagar. Meski masih muda, Thalhah punya kelebihan dalam strategi berdagang, cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam.

Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib.

Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah.

Setibanya di Makkah, ia langsung bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa sepeninggalku?" "Ada Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami berteman baik, banyak orang menyukai majlisnya, karena dia ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah lirih.

Setelah itu Thalhah terus mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah ganti bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah terus mengucapkan dua kalimat syahadah.

Assyahidul Hayy (Syahid Yang Hidup)Gelaran ini diperolehnya dalam perang Uhud.Ketika itu kaum Muslimin berpecah belah dan kucar-kacir dari sisi Rasulullah. Yang tinggal bersama baginda hanya 11 orang Anshar dan Thalhah dari Muhajirin.

Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke bukit tadi dihadang oleh kaum Musyrikin. "Siapa berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di surga," seru Rasulullah. "Aku Wahai Rasulullah," kata Thalhah. "Tidak, jangan engkau, kau harus berada di tempatmu." "Aku wahai Rasulullah," kata seorang prajurit Anshar. "Ya, majulah," kata Rasulullah. Lalu prajurit Anshar itu maju melawan prajurit-prajurit kafir.

Pertempuran yang tak seimbang mengantarkannya menemui kesyahidan.Rasulullah kembali meminta para sahabat untuk melawan orang-orang kafir dan Thalhah mengajukan dirinya. Tapi, sentiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempat sampai 11 prajurit Anshar gugur menemui syahid dan tinggal Thalhah sendirian bersama Rasulullah, saat itu Rasulullah berkata kepada Thalhah,"Sekarang engkau, wahai Thalhah." Maka majulah Thalhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menerjang ke arah musuh dan menghalau agar jangan menghampiri Rasulullah.

Lalu Thalhah berusaha menaikkan Rasulullah sendiri ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga tak sedikit orang kafir yang tewas. Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah sampai di sisi Rasulullah SAW."Tinggalkan aku, bantulah Thalhah, sahabat kalian," seru Rasulullah. Keduanya bergegas mencari Thalhah.

Mereka temui Thalhah dalam keadaan pengsan, sedangkan badannya berlumuran darah. Tak kurang 79 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya. Sebelah pergelangan tangannya telah putus. Thalhah gugur tetapi masih hidup. Kerana itulah gelaran syahid yang hidup diberikan Rasulullah.

Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah, sabda Rasulullah. Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka beliau selalu menyahut, Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu sangat bermakna.