28
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tajuk 2: Teori Semantik

TEORI SEMANTIK BAHASA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BERKAITAN TEORI DALAM SEMANTIK...

Citation preview

Page 1: TEORI SEMANTIK BAHASA

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Tajuk 2: Teori Semantik

Page 2: TEORI SEMANTIK BAHASA

Disediakan oleh:

NORINI BT. YAHYA

WAN NOOR RUSLANI BT. HJ. WAN AHMAD ROHAIZA BT. RAPIYEE

Page 3: TEORI SEMANTIK BAHASA

DEFINISI SEMANTIK

• Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik ialah komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.

Page 4: TEORI SEMANTIK BAHASA

DEFINISI SEMANTIK

• Akmajian (1955) menyatakan bahawa semantik berkaitan dengan kajian berkaitan unit linguistik dan prinsip gabungannya.

• Stalnaker (1972) menyatakan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan.

Page 5: TEORI SEMANTIK BAHASA

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

• Tiada teori berkaitan makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoratif serta menyeluruh yang dapat diketengahkan secara mantap.

• Pengkaji bahasa mengemukakan pendekatan berbeza untuk menghuraikan teori ini.

Page 6: TEORI SEMANTIK BAHASA

1. TEORI IMEJAN

• Juga dikenali sebagai Teori Imej Makna.• Menekankan makna yang tergambar dalam

minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut.

• Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar atau disebut akan diintepretasikan dalam bentuk imej yang tidak berbentuk visual kerana tidak menepati gambaran sebenar secara tepat.

Page 7: TEORI SEMANTIK BAHASA

1. TEORI IMEJAN

• Individu akan membuat gambaran mental untuk mewakili sesuatu perkataan.

KELEMAHANTidak dapat mengetahui dan menentukan

bentuk imej yang ada dalam gambaran pemikiran seseorang kerana otak manusia tidak dapat diteroka.

Page 8: TEORI SEMANTIK BAHASA

1. TEORI IMEJAN

Contohnya apabila disebut ‘segitiga’, pelbagai bentuk segi tiga akan digambarkan oleh individu yang berbeza.

Kelemahan kedua, beberapa perkataan digambarkan oleh satu imej sahaja. Contohnya bayi menangis apabila lapar, marah, sakit atau resah. Jadi sukar untuk mentafsir kehendak bayi yang menangis.

Page 9: TEORI SEMANTIK BAHASA

1. TEORI IMEJANKelemahan ketiga ialah imej yang tergambar

dalam fikiran seseorang berbeza antara satu sama lain. Individu mungkin mempunyai beberapa imej tertentu bagi satu-satu ungkapan dalam situasi tertentu. Contohnya, individu yang mempunyai pengalaman pahit dengan gurunya akan memberi gambaran buruk apabila mendengar perkataan ‘guru’.

Page 10: TEORI SEMANTIK BAHASA

2. TEORI BEHAVIOURISME• Teori yang diperkenalkan oleh Pavlov dan

dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini menekankan pembelajaran yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku. (hubungan antara rangsangan dan gerakbalas)

• Bloomfield menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan.

Page 11: TEORI SEMANTIK BAHASA

2. TEORI BEHAVIOURISME• Individu akan membezakan perkataan yang

digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.

• Makna perkataan merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur atau pendengar dalam komunikasi.

Page 12: TEORI SEMANTIK BAHASA

2. TEORI BEHAVIOURISME

• Osgood (1980) menjalankan kajian semantik yang menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindakbalas pendengar untuk memahami ujaran tersebut.

• Wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.

Page 13: TEORI SEMANTIK BAHASA

2. TEORI BEHAVIOURISME

• Contohnya, seseorang akan marah jika dikatakan ‘lambat seperti siput’ kerana dia mampu mengaitkan makna dengan ciri haiwan siput yang dimaksudkan. Kita tidak menggunakan ujaran ‘lambat seperti kumbang’ kerana tiada perkaitan dengan ciri atau sifat serangga tersebut.

Page 14: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

• Menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Dikenali sebagai struktur leksikal.

• Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen yang kompleks yang dinamakan komponen semantik.

Page 15: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

• Digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan sesuatu perkataan atau ujaran.

• Turut nenghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan.

• Contohnya teruna-dara, suami-isteri.

Page 16: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN• Perkara yang diperhatikan dalam mengkaji

makna ialah kemungkinan adanya hubungan antara sesuatu kata dengan kata yang lain.

• 2 cara mengkaji elemen semantik dalam ayat: - Menganalisis komponen kata yang

diberikan. Contohnya ‘bunga’ yang boleh dikategorikan kepada berduri dan tidak berduri.

Page 17: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

• - Mengenalpasti kewujudan elemen semantik dengan melakukan analisis ciri semantik (fitur) iaitu hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri tersendiri. Contohnya simbol (+) bermakna ciri tertentu hadir pada perkataan yang hendak dianalisis manakala simbol (-) tiada ciri tertentu pada perkataan itu.

Page 18: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

Contohnya analisis fitur bagi perkataan makanan

Huraiannya ialah, buah-buahan mempunyaikhasiat dan memberi tenaga tetapi tidakMempunyai lemak manakala coklat tidakberkhasiat dan mempunyai lemak.

Buah-buahan+ berkhasiat- Lemak+ tenaga

Coklat- Berkhasiat+ lemak- Tenaga

Page 19: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN• Analisa ini memberikan faedah kerana dapat

memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.

• Membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam sesuatu ujaran

• Memahami pelbagai kemungkinan makna sesuatu perkataan.

Page 20: TEORI SEMANTIK BAHASA

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

• KEKURANGAN :Memerlukan proses yang panjang untuk

menghuraikan sesuatu makna. Sukar untuk menentukan komponen semantik

yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan terikat dengan hiponim.

Page 21: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIK

• Juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik.

• Lebih lengkap berbanding 3 teori sebelum ini.• Teori ini mengkaji makna dari peringkat

perkataan, peringkat ayat dan perlakuan manusia yang memberi reaksi kepada tanggapan terhadap sesuatu perkataan.

Page 22: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIK

• Teori ini mendefinisikan bahasa sebagai sejenis sistem lambang.

• Ciri-ciri situasi dan tingkah-laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu.

Page 23: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIK• Teori ini menyatakan bahawa sesuatu

perkataan memperoleh makna melalui apa yang disebut dan berkait dengan situasi semasa perkataan itu digunakan.

• Bagi teori ini, bahasa bukan sahaja petunjuk apa yang ada dalam fikiran seseorang semata-mata tetapi berkaitan dengan situasi dan tingkah laku.

Page 24: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIK

• Tiga sub bahagian dalam kajian ini: Semantik- kajian tentang hubungan antara

perkataan dengan benda. Lambang mewakili sekumpulan benda yang mempunyai persamaan.

Page 25: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIKSintaktik - bidang kajian yang mengkaji

hubungan antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Susunan perkataan dalam ayat membawa maksud yang berbeza. Contohnya ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang bersaiz badan kecil atau orang yang berpangkat rendah.

Page 26: TEORI SEMANTIK BAHASA

4. TEORI LOGIK SIMBOLIKPragmatik - bidang kajian yang mengkaji

hubungan antara lambang dengan tingkah laku. Dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut penerimaan makna oleh penerimanya. Bergantung kepada bagaimana perkataan diujarkan dan mengakibatkan tindak balas melalui tingkah laku. Contohnya panggilan perempuan, wanita dan betina.

Page 27: TEORI SEMANTIK BAHASA

KESIMPULAN

• Setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun sukar untuk menentukan teori mana yang lebih jitu dalam menerangkan konsep semantik ini.

Page 28: TEORI SEMANTIK BAHASA

Sekian, terima kasih. Terdapat kekurangan yang ketara kerana kami

tidak dapat membuat pembentangan berdasarkan tajuk profoma secara mendalam ekoran daripada tahap pemahaman yang terbatas.