Upload
minty82
View
10.167
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
Kemalangan………………………………………………………2
Teori-teori penyebab kemalangan…………………………3-5
Teori ‘multi-causation’(Faktor Manusia)………………6
Teori Bird dan Lofus………………………………………….7
Teori Kemalangan/ peristiwa………………………………8
Teori Sistem………………………………………..9
Teori Epidemiologikal…………………………….10
Teori yang digunakan majikan ……………………11-14
Rujukan……………………………………………………………15
1
KEMALANGAN
Kadar kemalangan dalam Negara kita yang dilaporkan oleh PERKESO dari tahun
2004 telah menurun daripada 92,074 kemalangan 1999 kepada 55,509 kemalangan.
Walaupun kadar kemalangan di Negara kita berkurangan, kita tidak boleh
mengambil mudah hal ini..
Terdapat pelbagai teori-teori penyebab kemalangan. Antaranya ialah teori Domino
Heinrich, teori ‘multi-causation’(Teori factor manusia).teori kemalangan/peristiwa, Teori
Sistem, Teori Epidemiologikal dan teori Bird dan Lofus. Menurut Russel de Reamer 1985,
keazaman dan keinginan untuk bekerja dalam keadaan selamat boleh dicipta dalam minda
semua pekerja. Kemalangan boleh didefinasikan sebagai sesuatu peristiwa yang tidak
diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi
penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, penyakit kepada individu,
kerosakkan harta benda, kehilangan, pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi
kesan-kesan tersebut .
Insiden pula boleh dikelasfikasikan sebagai semua situasi yang tidak diingini atau
pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan.
Kecederaan adalah kecederaan kepada tubuh yang diperolehi disebabkan kemalangan cth
terkoyak, melecet, lebam dan lain-lain.
Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa :
1. Semua kemalangan adalah insiden
2. Semua insiden bukanlah kemalangan
3. Semua kecederaan timbulnya daripada kemalangan
4. Semua kemalangan tidak semestinya menyebabkan kecederaan
TEORI-TEORI PENYEBAB KEMALANGAN
2
Teori Domino Heinrich
Teori Domino Heinrich diperkenalkan oleh H.W.Heinrich pada tahun 1959. Ia adalah
berdasarkan kepada rangkaian atau urutan peristiwa. Peristiwa tersebut disusun secara
kronologi hinggalah kepada kejadian kemalanan.
Lima faktor/peringkat dalam rangkaian/ urutan peristiwa
1. Persekitaran
2. Kesilapan seseorang
3. Tindakan yang tidak selamat
4. Kemalangan
5. Kecederaan
Urutan Peristiwa Kemalangan teori ini boleh dijelaskan seperti berikut
Peristiwa (a) Peristiwa (b) Peristiwa(c) Kemalangan
Kesan
3
4
Teori ‘multi-causation’(Faktor Manusia)
5
Menurut teori ‘multi-causation’, mungkin terdapat lebih daripada satu penyebab kepada
kemalangan . Contoh yang boleh dijelaskan ialah seperti dalam gambar rajah dibawah:
Penyebab a
Penyebab b Kemalangan
Penyebab c
Setiap penyebab ( a, b, c ) ini mempunyai persamaaan dengan peringkat ketiga teori
Heinrich yang mewakili tindakan yang tidak selamat atau situasi. Sikap terhadap
keselamatan (kelemahan/kesilapan seseorang) itu akan ditentukan oleh :
1. Genetik/Gender
2. Persekitaran
3. Pendidikan
4. Tekanan kumpulan
5. Ciri Am Keselamatan
6. Kesihatan
7. Umur
8. Pengalaman
9. Persepsi terhadap risiko
10. Keperluan atau sasaran kerja
11. Keperluan atau sasaran individu
12. Latihan
13. Kaum
Teori ini juga menyatakan bahawa kemalangan ialah satu rantaian peristiwa yang berpunca
daripada kesilapan manusia iaitu beban berlebihan,tindakbalas yang tidak sesuai dan aktiviti
yang tidak sesuai.
Teori Bird dan Lofus
6
Teori ini memahami sesuatu kemalangan itu berlaku dan hasil utama ialah majikan dan
pekerja perlu bertanggungjawab dalam hal-hal isu keselamatan & kesihatan di tempat kerja.
Teori Bird dan Lofus boleh di jelaskan seperti gambarajah berikut:
Mengikut gambarajah di atas pengurusan yang kurang kawalan keselamatan akan
menyebabkan sebab-sebab asas kemalangan wujud. Sebagai contoh di sebuah pasaraya susu
tin yang disusun terlalu tinggi boleh dijadikan asas akan berlakunya kemalangan. Carta alir
yang berikut merujuk kepada simton-simton berlakunya kemalangan dan sebagai contoh
jika terdapat pekerja atau pelanggan yang melanggar tin susu tersebut akan mendatangkan
bahawa dan seterusnya mengundang kepada kemalangan. Ini akan menyebabkan
berlakunya kecederaan pada pekerja atau pelanggan yang datang.
Teori Kemalangan/ peristiwa
7
Teori ini diasaskan oleh Dan Petersen.Petersen telah memperkenalkan unsure-unsur baru
seperti perangkap ergonomik dan kesilapan dalam membuat keputusan .
Dibawah adalah model teori kemalangan.
Teori Sistem
Perangkap ergonomik
Tempat kerja tidak sesuai
Jangkaan yang tidak tepat
Salah nilai risiko
Tidak menyedari kesilapan
Keputusan berdasarkan logik
TEORI KEMALANGAN/PERISTIWA
Kesilapan keputusan
Kesilapan manusia/pekerja
kemalangan
kecederaan
8
Lebih bebanan
Tekanan
Keletihan
Motivasi
Dadah/alkohol
keraguan
Kegagalan sistem
Polisi
Tanggungjawab
Latihan
Pembetulan
Merupakan sekumpulan unsur atau elemen yang sering berinteraksi dan berkait antara satu
sama lain. Teori ini menunjukkan kemungkinan berlakunya kemalangan kerana sebuah
sistem terdiri daripada unsure-unsur berikut:-
a) Individu (‘host”)
b) Mesin (“Agensi”)
c) Persekitaran
Model Teori Sistem
Teori Epidemiologikal
Mesin
Individu
Persekitaran
Interaksi
Tugas yang perlu dilaksanakan
Kumpul berat buat
Maklumat risiko keputusan
9
Pusingan maklumbalas
Teori epidemiological menyatakan bahawa model-model yang digunakan untuk mengkaji
dan menentukan hubungan ini boleh juga digunakan untuk mengkaji hubungan sebab akibat
di antara factor persekitaran dengan kemalangan atau penyakit
Model Teori Kemalangan Epidermiologikal
TEORI YANG DI GUNAKAN OLEH MAJIKAN TEMPAT KERJA
TEORI EPIDEMIOLOGIKAL
Pengaruh terhadap orang
Tanggapan
Faktor persekitaran
Ciri-ciri
kecenderunganCirri-ciri mengikut
keadaan
Penilaian risiko oleh individu
Tekanan rakan sekerja
Keutamaan oleh penyelia
Sikap
10
Teori yang boleh digunakan ditempat kerja ialah teori multi-causation/ Faktor manusia. Ini
kerana teori multi-causation menjelaskan lima punca berlakunya kemalangan seperti
berikut:
1. Latihan
2. Umur
3. Kaum
4. Ciri Am Keselamatan
5. Pendidikan
Oleh yang demikian teori multi-causation boleh diguna pakai untuk mengelakan berlakunya
kemalangan ditempat kerja dengan mengambil kira beberapa faktor berikut:
1. Latihan Di Tempat Kerja
Majikan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan latihan
dan yang seumpamanya kepada para pekerja untuk mengurangkan kadar kemalangan di
tempat kerja. Majikan mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem penyelenggaraan
persekitaran yang bersih, selamat dan tanpa risiko. Maklumat, penerangan mengenai
bahaya industri dalam program latihan keselamatan, mengadak bahan-bahan berbahaya
juga perlu disediakan (Noor Hasani Hashim, 1997).
2. Umur Pekerja
Umur merupakan antara sebab utama yang menyebabkan kemalangan
(Anonymous, 1987). Pekerja yang lebih berumur lebih mudah mengalami kecederaan,
misalnya semasa jatuh. Secara amnya, tahap penglihatan dan pendengaran menurun
dengan pertambahan umur.
3. Kumpulan Kaum 11
Kepelbagaian budaya dan kepercayaan daripada pelbagai kaum di Malaysia boleh
menjadi sebahagian daripada kawalan asas terhadap bahaya misalnya dari segi alat
perlindungan diri. Ini boleh dilihat pada kaum Sikh di mana mereka memakai turban
yang mana boleh memberi kesan kepada pemakaian topi keselamatan di kawasan kerja (Kathy
A. Seabrook, 1996). 1996). Kesan daripada budaya ini mendedahkan mereka kepada
bahaya kemalangan. Oleh itu, beberapa alternatif perlu diambil kira untuk mengawal
pendedahan bahagian atas kepada bahaya, termasuklah meletakkan pekerja bukan. Sikh di
kawasan kerja yang terdedah kepada bahaya. Beberapa langkah terbaik untuk
mengatasi masalah kemalangan daripada terus berlaku di tempat kerja dicadangkan oleh
pekerja, antaranya ialah :
a. sentiasa mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak
pengurusan dari masa ke semasa.
b. perlu berwaspada dan berhati-hati sewaktu menjalankan tugas agar
kemalangan dapat dielakkan.
c. memerlukan pengawasan yang lebih daripada penyelia dan majikan dalam
melaksanakan kerja.
d. mengambil perhatian serta peka terhadap semua papan tanda amaran
keselamatan yang diletakkan di tempat kerja.
e. berdisiplin, memberi tumpuan dan mematuhi peraturan dan melakukan
kerja dengan betul.
12
4. Ciri Am Keselamatan
Dari segi kekemasan, keadaan tempat kerja yang kemas merupakan komponen penting
yang menyumbang ke arah keadaan kerja yang baik dan menghalang daripada kecederaan dan
penyakit pekerjaan (Anonymous, 1987). Kekemasan merupakan ciri am keselamatan yang
merupakan rutin penyelenggaraan dan tidak boleh diperolehi tanpa penglibatan semua orang di
tempat kerja. Kerja-kerja penjagaan kekemasan termasuklah menjaga bangunan, tempat kerja,
jentera dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan teratur dan tersusun, kemudahan
bilik air dan kebajikan yang berterusan serta pembersihan dan pengecatan semula
dinding, siling dan lain-lain.
Keadaan persekitaran tempat kerja yang baik dan kemas juga termasuklah penjagaan
kebersihan harian di mana ianya akan menyumbang kepada penurunan jumlah
penyelenggaraan yang diperlukan. Ketidakkemasan keselamatan am serta persekitaran tempat
kerja akan menyebabkan kemalangan seperti terjatuh disebabkan lantai licin, kebakaran yang
disebabkan oleh sisa atau bahan buangan, pencahayaan yang tidak bagus disebabkan oleh
ketiadaan penyelenggaraan lampu serta risiko kesihatan daripada habuk, bahan kimia dan lain-
lain (Anonymous, 1987).
5. Tahap Pendidikan Pekerja
Pendidikan adalah satu keperluan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja, malahan
pihak pengurusan supaya sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan
efisyen. Dalam bidang keselamatan dan kesihatan pula, tahap pendidikan pekerja akan dapat
memberi faedah tambahan seperti penggunaan jentera yang lebih mudah difahami dan
memberi kepuasan kepada pekerja dari segi menjadi kompeten dalam satu-satu bidang dan
13
ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Pendidikan, latihan dan penyeliaan dapat
memupuk pekerja supaya menjalankan kerja dengan cara yang lebih selamat dari segi
pemahaman berdasarkan pendidikan yang diterima dan kelulusan sedia ada yang dimiliki oleh
pekerja. Ini semua akan dapat memberi faedah kepada majikan dari segi mengurangkan risiko
kemalangan dan kos yang terlibat daripadanya (Noor Hasani Hashim, 1997).
14
RUJUKAN
1. Anonymous (1987), Safety-Health and Working Condition Training
Manual, Malaysian Society for Occupational Safety and Health, Malaysia.
10 & 28.
2. Kathy A. Seabrook, 1996 Safety Management : Strategy and Practice,
Butterworth – Heinemann, U.K.
3. Noor Hasani Hashim (1997), Bahaya Kimia Industri, Buletin Umum Pusat Racun
Negara, USM Pulau Pinang.
4. Russel de Reamer 1985 Accident Prevention Manual For Bussiness And
Industry, Engineering and Technology, National Safety Council, Illinios,
USA.
5. Buku Teks Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
15
16