of 39/39
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Tajuk 1 Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini: Teori Tatabahasa Tradisional Teori Struktural Teori Transformasi Generatif Teori Fungsional Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsional. Hasil Pembelajaran 1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik 3.4 Mengaplikasi kemahiran set induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

Teori Huraian Bahasa

  • View
    1.374

  • Download
    57

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori

Text of Teori Huraian Bahasa

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    1

    Tajuk 1 Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapatempat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini: Teori Tatabahasa Tradisional Teori Struktural Teori Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajianberkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorangpelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentangrumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pulamerupakan pegangan Teori Fungsional.

    Hasil Pembelajaran

    1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik3.4 Mengaplikasi kemahiran set induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    2

    Kerangka konsep

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    3

    Fikirkan:Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasadengan proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di sekolah rendah.

    Teori Huraian Bahasa

    Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu : Teori Tatabahasa Tradisional. Teori Struktural Teori Tranformasi Generatif Teori Fungsional

    Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? BagaimanaTeori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubunganteori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah?Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikanpersepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat,bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembangdalam kalangan masyarakat.Pemahaman guru bahasa mengenainya membolehkanseseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi,pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran bahasa di sekolah.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    4

    1.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini) Teori paling tua Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato

    dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Zaba dan Prof.Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

    Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

    1.2 Teori Struktural (Bloomfield) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat. Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan

    fakta-fakta yang boleh diperhati Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.

    1.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky) Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran. Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

    1.4 Teori Fungsional (Haliday) Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

    berkomunikasi dan mementingkan semantik. Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi. Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi

    interpersonal dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan

    sistem bahasa.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    5

    Arahan:

    Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa. Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan

    perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang

    teori ini.

    Tajuk 2 Teori Pemerolehan Bahasa Behaviorisme Kognitif Mentalis Intraksionalisme

    Sinopsis

    Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa. Ia penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yangselaras dengan teori pemerolehan bahasa.Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincang dalam tajuk ini ialah:

    Teori Behaviorisme Teori Kognitif Teori Mentalis Teori Interaksionalisme

    Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasamemerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentukkebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cubamenghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pulamerujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. TeoriInteraksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhipemerolehan bahasa kanak-kanak.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    6

    Hasil Pembelajaran

    1.1 Menjelaskan ciri-ciri penulisan langkah pengajaran3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan contoh dalam aktiviti pengajaran mikro

    Kerangka konsep

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    7

    Teori Pemerolehan Bahasa

    Nota ringkas:

    2.1 Teori Behaviorisme Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks. Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak

    untuk membentuk kebiasaan. Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta. Latih tubi amat digalakkan Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta

    suasana dalam bilik darjah.2.2 Teori Kognitif

    Sebagai guru bahasa yang berkesan, andaperlu tahu bagaimana kanak-kanakmempelajari bahasa. Anda perlu memilihdan menentukan strategi, pendekatan,kaedah dan teknik yang sesuai dengantatacara kanak-kanak memperoleh danmempelajari sesuai bahasa.

    Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaranmerupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata),melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia adadalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripadaalam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat denganperkembangan deria motor dan seterusnya berkembangmengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinyamengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) danderia kanak-kanak.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    8

    2.3 Teori Mentalis Dipelopori oleh Chomsky Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

    2.3 Teori Interaksionalis Mementingkan aktiviti komunikasi. Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.

    Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan

    bahasa. Setelah itu anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Tugasan Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda ialah supaya murid menguasai

    pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaranberdasarkan Teori Behaviorisme.

    Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat denganmental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran memberi teguran secarabertatasusila. Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkanoleh murid-murid.

    Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid denganperkembangan mental.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    9

    Tajuk 3 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik Membuat rumusan

    SinopsisTajuk ini mendedahi anda dengan empat konsep penting.Strategi, pendekatan, kaedah danteknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasaMelayu.Strategi merujuk kepada cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula, merupakan satu set andaian yangmembentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapakaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini (Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,Kaedah Terus dan lain-lain lagi) memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dansistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran danpembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk inimelibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik dramauntuk mencapai sesuatu objektif.Hasil Pembelajaran1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik3.4 Mengaplikasi kemahiran Set Induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    10

    Kerangka konsep

    Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Teori Huraian Bahasa dan TeoriPemerolehan Bahasa sudah difahamisebaik-baiknya. Sekarang bolehlahsaya memilih strategi, pendekatan,kaedah dan teknik yang sesuai untukmembantu murid-murid sayamempelajari bahasa dengan berkesan!

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    11

    Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan tekniksebagaimana berikut:STRATEGI

    3.1 StrategiStrategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukantindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran danpembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksudcara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

    3.2 PendekatanPendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajarandan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan komunikatif Pendekatan oral

    3.3 KaedahKaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatupengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-

    PendekatanKaedah

    Teknik

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    12

    langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikutidengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yangdicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah sepertiberikut: Kaedah natural Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah terus Kaedah ajuk hafaz Kaedah linguistik Kaedah kod kognitif Kaedah situasional Kaedah bahasa komuniti Kaedah oral Aural

    3.4 TeknikTeknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilikdarjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yangdicadangkan adalah seperti berikut: Teknik drama Teknik permainan bahasa Teknik perbincangan Teknik bercerita

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    13

    Tajuk 4 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif

    Sinopsis

    Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatanyang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatanyang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan KomunikatifPendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untukmendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dantanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itupengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isikandungan.Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalammelaksanakan pengajaran dan pembelajaran.Hasil Pembelajaran1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    14

    Kerangka konsep

    Pendekatan

    Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih keranamenggabungkan segala yang baik-baik daripadapendekatan induktif dan deduktif!

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

    Mana boleh!pendekatan deduktiftentu lebih baik keranamurid digalakkan berfikiruntuk membuktikanteori/fakta tertentu!

    Pendekatan induktiftentu lebih baikkerana murid tidakdiajar secaralangsung! Muriddiajar menaakul/berfikir tinggi.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    15

    Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu murid bertutur sesama sendiri,mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, faktadan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya denganpengetahuan sedia ada mengenainya.

    4.1 Pendekatan induktifPendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukanseseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam prosespenaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjekberkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajianyang telah dilakukan oleh mereka.Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentudaripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsimembantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnyapendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkanproses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu padaawal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripadadata-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:a. memberi definisi kepada sesuatu konsepb. menerangkan peraturan-peraturanc. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikand. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaranSelain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusantertentu mengenainya.Prosedur pengajaran induktifProsedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaranyang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    16

    Peringkat pendedahanPada peringkat ini, guru:a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada

    murid-murid secara tidak langsung;b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi

    pada bahagian permulaan pengajaran;d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran

    tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkanobjektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;dan

    e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.Peringkat pembentukan konsepPada peringkat ini, gurua. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.Peringkat membuat generalisasia. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.Peringkat penutupa. Guru menutup pengajarannya;b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    17

    4.2 Pendekatan Deduktif

    Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan prosespengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:Peringkat awal generalisasiPeringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasarseluruh idea.Peringkat mengemukakan generalisasiPeringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengancara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasadan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru bolehmenggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan bolehmembantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.Peringkat menganalisis konsepSebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajarandengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guruperlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancangdan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuanmeningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

    Pendekatan deduktif memerlukan seseorang gurumenegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atauperaturan tertentu di peringkat awal pengajarannyasebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan denganmenggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebihkhusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang muridmenaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatuhukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikansesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandunganpelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satupencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    18

    Peringkat membuat generalisasiGeneralisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulansama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkanpenguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.Peringkat penutupPeringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan danhukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahansebagai aktiviti pengukuhan.

    4.3 Pendekatan Eklektik

    Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain: merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak

    terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja; guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri; guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

    Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dankemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

    Barulah saya faham, pendekatan eklektik itumenggabungkan pendekatan induktif danpendekatan deduktif dalam proses pengajarandan pembelajaran dalam bilik darjah. Sayayakin murid-murid yang mempunyai kebolehanyang pelbagai boleh diajar dengan mudahmenggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnyamembolehkan seseorang guru mengubahsuaiaktivitinya dengan mudah.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    19

    murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikirsecara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

    pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluangmempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

    4.4 Pendekatan komunikatifSecara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini keranamanusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonalbagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusiaberkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh danmenyampaikan maklumat.Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuanmelaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaranbahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif: makna sangat dipentingkan; dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan

    hafalan; konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan; pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi; latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan; pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja; bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-

    murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-muriduntuk belajar;

    murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur); terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat

    daripadanya;

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    20

    kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

    Tajuk 5 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

    Sinopsis

    Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yangberbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi: Pendekatan Berpusatkan Murid Pendekatan Berpusatkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan MasalahPendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam prosespembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktivitipembelajaran mereka.Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiranmenggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guruatau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantuguru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaranberasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalanganmurid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran muriddalam menyelesaikan masalah.Hasil Pembelajaran

    1.3 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    21

    Kerangka konsep

    Nota Ringkas:5.1 Pendekatan berpusatkan murid

    Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila muridmemainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

    Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaranmereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaanmereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaanmerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    22

    Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankanaktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

    Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

    5.2 Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

    Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaranuntuk mencapai objektif pelajaran.

    Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dankemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

    Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yangabstrak dengan lebih jelas.

    5.3 Pendekatan berasaskan projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

    boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebihberkesan dan menarik.

    Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebihmenarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasipembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

    Arahan: Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid

    anda. Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan). Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu

    kumpulan.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    23

    Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuktajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentukbrosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

    Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalamfolio anda.

    5.3 Pendekatan berasaskan masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru

    secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang bolehmendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiranberbahasa untuk menyelesaikan masalah.

    Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukantugasan untuk menyelesaikan masalah.

    a. Apakah masalah yang sedang dihadapi olehEncik Kamal?

    b. Apakah puncanya?c. Apakah kesan masalah itu kepada:

    Encik Kamal? Tugasnya? Keluarga?

    d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

    Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakanpendekatan pengajaran berasaskan masalah:i. Kenal pasti masalah

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    24

    Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlumenyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supayamurid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

    ii. Penentuan masalahBiasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahuludiuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah danmendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Gurumembantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatumasalah.

    iii. Cadangan penyelesaianMurid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta denganbantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagairancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelakhanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

    iv. Penelitian penyelesaianPenyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaianmasalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untukmembantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilaiproses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

    v. Pemeriksaan kesimpulanSetelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang mengujisesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalahtersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaianmasalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariuhendaklah diusahakn.

    Tugasan:1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

    penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    25

    2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untukprojek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilaikeberkesanannya.

    Tajuk 6Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

    Sinopsis

    Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan prosespengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agarpengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antarapendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah: Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan PermainanPembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana muridakan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yangdijalankan secara sistematik.Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajarandan pembelajaran bahasa.Pendekatan berasaskan permainan pula akan menghidupkan proses pengajaran danpembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian prosespengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.Hasil Pembelajaran2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    26

    3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajarandalam aktiviti pengajaran mikro.

    Kerangka konsep

    Nota ringkas:6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti

    Kita hendak buatapa ini?

    Itulah, semasacikgu beri

    penerangan tidakmahu dengar.Sekarang

    bukankah susah!

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    27

    Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaranbahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yangterancang secara sistematik.

    Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagitujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikianminat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsungdalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

    Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan prosespengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

    6.2 Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar

    dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantumenjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

    Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapatmenciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

    6.3 Pembelajaran berasaskan permainan Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan

    permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiriaktiviti permainan yang dilaksanakan.

    Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainanyang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapatberkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan denganmenggunakan bahasa dan aksi.

    Tugasan:Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajukBahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    28

    Tajuk 7Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayusecara konstruktivisme kontekstual

    SinopsisKonstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimanapengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lamadipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab danuniversiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkandaripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membinasesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasildaripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialahsatu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi prosesrenungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secaraterasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk strukturkognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kirastruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dandiserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka barutentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yangbermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentukidea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripadasetiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan ideabaru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    29

    Nota Ringkas:7.1 Prinsip Konstruktivisme

    Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yangboleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiriberdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran inimenjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajarsepanjang hayat.

    Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomenadengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

    7.2 Pembelajaran dilihat sebagai: Pengubahan idea, Pembinaan & penerimaan idea baru, Penstrukturan semula idea sedia ada

    7.3 Pandangan konstruktivisme Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut

    dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yangdilalui.

    Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskanpengetahuan dan pengalaman sedia ada.

    Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada sayaboleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklahcikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajarsecara berterusan. Terima kasih, cikgu!

    Ya! Saya tahu kamu mestiseronok belajar.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    30

    7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,

    interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang sertamembina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru ataumenstruktur semula konsep alternatif mereka.

    Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantumurid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baruatau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

    Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaranseterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian denganperkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermaknakepada mereka.

    Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alamsekeliling.

    Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripadainteraksi murid dengan alam sekeliling.

    Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yanglalu & sedia ada.

    Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusanmelalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalamstruktur mental yang sedia ada.

    Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran merekasendiri.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    31

    7.5 Pendekatan Kontekstual

    Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajarandengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajarankontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yangmelibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

    Cikgu hendak bawa kamu melawatZoo Negara. Kita akan lihat pelbagaijenis binatang dan jangan lupakamu mesti membuat catatan danbuat folio

    Semua haiwan ini asalnyatinggal dalam hutan di Malaysia.Haiwan ini dilindungi jika tidakspesis haiwan ini mungkin akanpupus!Ini haiwankah?Bukankah ini

    monyet?

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    32

    menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevananpembelajaran dengan kehidupan mereka.

    Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran danpembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan matapelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuatperkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahlikeluarga, warga masyarakat dan pekerja.

    Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksudkontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitandengan kehidupan seharian mereka.

    Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabilamurid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentusehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

    Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan mindaakan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkaitdengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarianhubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

    Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaranpembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara ideaabstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

    Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktivitihands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat PerkembanganKurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melaluisatu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks

    menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    33

    E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam kontekspenerokaan, penemuan dan reka cipta.

    A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteksbagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasilain.

    C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteksbekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.

    T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam kontekspengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripadaapa yang diketahui.

    Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

    (i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;(ii) meningkatkan minat;(iii) pembelajaran realistik, praktikal;(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan(v) menyuburkan pemikiran kreatif.

    Kelemahan pendekatan kontekstual

    (i) tahap kefahaman dan kesediaan guru(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item

    pengajaran dan pembelajaran;(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin

    kompleks;(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap

    pencapaian tinggi

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    34

    Tugasan Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan

    Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkanlangkah-langkah pengajaran karangan tajuk Sukan di sekolah anda.

    Tajuk 8Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran BahasaSecara Masteri

    SinopsisPembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaranMasteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran merekasendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul inimengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan PembelajaranMasteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.2. Menerangkan dan melaksanakan langkah PembelajaranPembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagimemastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unitpembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan prosespengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahappenguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan HasilPembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjayamenguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasaseseorang murid di tahap tersebut.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    35

    Hasil Pembelajarani. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan

    kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

    Kerangka konsep

    Nota RingkasTahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikansemua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telahditetapkan.

    Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

    Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

    Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

    Pengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

    Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

    Permainan

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    36

    8.1 Model Pembelajaran Masteri

    8.2 Kriteria penentuan hasil pembelajaran: Berdasarkan Sukatan Pelajaran Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

    8.3 Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran: Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Kemudahan yang sedia ada Masa yang diperuntukkan

    8.4 Penilaian terhadap murid:

    Penentuan HasilPembelajaran

    Pengajaran dan Pembelajaran

    Penilaian

    Sudahkahmurid

    menguasaiTindakan SusulanAktiviti Pengayaan

    Tindakan SusulanAktiviti Pemulihan

    Unit Pembelajaran 2

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    37

    Mengesan pencapaian murid Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran. Menentukan pengayaan dan pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

    8.5 Mengadakan tindakan susulan: Pengayaan Pemulihan Pengukuhan

    8.6 Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan

    pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudahdisarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.

    (c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

    mereka dapat menjadi pelajar berdikari; Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang

    diajar melalui ujian diagnostik; Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

    Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi

    pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untukmengatasi masalah itu.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    38

    (e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif denganrakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

    (f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar

    menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dandengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaranmasteri dapat dipendekkan.

    8.7 Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang

    diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan

    bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melaluipembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

    (c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

    (d) Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikirsupaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

    Arahan: Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam

    kelas anda. Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

  • BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    39

    Tugasan:

    Kepentinganpembelajaran Masteri

    dalam pengajaran BahasaMelayu

    Pengajaran guruPembelajaran murid