Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

    1/5

    Teori Bahasa dan Kaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

    Teori Mekanis

    Teori Mekanis atau dalam erti kata lain Teori Behavioris adalah berasaskan pemerolehan bahasa

    pertama oleh kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui

    proses peniruan daripada ahli keluarga khususnya ibu bapa. Ibu bapa secara tidak langsung

    menjadi model bahasa kepada anak-anak mereka.

    Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh

    mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Teori ini juga

    beranggapan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Teori ini juga memberi

    penekanan kepada perilaku. Individu banyak belajar melalui pengalaman yang ada dalam

    otaknya.

    Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan mementingkan

    satu rangkaian turutan sebab dan kesan. Teori mekanis menganggap faktor-faktor persekitaran

    sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku sebagai gerak

    balas.

    Teori ini menekankan bahawa bahasa adalah tingkah laku dan individu lebih banyak

    belajar melalui pengalaman. Teori ini juga memberi penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik.

    Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu perkataan harus dapat dilakukan secara tepat

    terutama daripada aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain penguasaan sistem bunyi.

    Latihan dan latih tubi yang kerap juga diperlukan.

  • 8/2/2019 Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

    2/5

    Oleh sebab kemahiran bahasa dipandang sebagai satu kebiasaan, maka satu sikap perlu

    ditanam dalam diri pelajar tersebut iaitu dengan memberi mereka peluang kepada mereka untuk

    berlatih kemahiran tersebut berulang kali. Pengulangan ini akan memberi penguasaan bahasa

    yang baik.

    Terdapat beberapa ciri penting dalam teori mekanis. Antaranya ialah bahasa dikuasai

    melalui proses pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa itu

    sehingga menjadi satu kebiasaan. Selain itu, bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang

    dihasilkan daripada operasi rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah laku

    lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan.

    Bahasa juga merupakan alat untuk berhubung. Aspek lisan yang terdiri daripada

    percakapan adalah sangat penting. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia

    dianggap tidak penting. Bahasa adalah satu sistem bentuk dan bukan sebagai himpunan makna

    yang menjadi simbol pemikiran.

    Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting.

    Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural. Dalam menganalisa ayat, prinsip konstituen

    terdekat digunakan. Dalam proses pembelajaran, kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar

    adalah kegagalan pelajar tersebut dalam membentuk kebiasaan yang betul dan tepat.

  • 8/2/2019 Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

    3/5

    Teori Mentalis

    Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan khas manusia

    secara semula jadi. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia

    dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device) atau LAD. Alat

    ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Teori

    mentalis menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam

    otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah menerima bahan buku dalam bentuk rangsangan

    kepada pancaindera. Proses yang berlaku dalam otak dan saraf membolehkan pembentukan dan

    penghasilan bahasa tersebut.

    Teori ini sangat menekankan makna dan proses-proses tersembunyi yang terlibat dalam

    penghasilan bahasa. Semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik kerana

    sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti itu tidak bermakna dan tidak boleh diterima. Teori ini juga

    menekankan pengetahuan seseorang. Teori mentalis menganggap pengetahuan seseorang pelajar

    mengenai struktur-struktur bahasa yang hendak dipelajari itu adalah penting kerana pengetahuan

    ini memudahkan pembelajaran bahasa itu.

    Mangantar (1987) juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama

    sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini

    sebagai hipotesis nurani. Hipotesis nurani bermaksud sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada

    di dalam manusia. Hipotesis ini juga pernah dikemukakan oleh Chomsky.

    Terdapat beberapa ciri dalam teori mentalis ini. Antaranya ialah manusia sejak lahir

    sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Oleh itu, perkara ini berbentuk semula

    jadi. Ada dua bahagian penting dalam proses penguasaan bahasa iaitu kemampuan atau

  • 8/2/2019 Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

    4/5

    kecekapan dan prestasi. Bahasa mempunyai pertalian yang rapat dengan pemikiran. Penguasaan

    bahasa mempunyai kaitan dengan keupayaan mental. Aspek pemikiran, pengetahuan dan makna

    lebih diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa berbanding dengan latihan

    yang berulang-ulang.

    Bahasa dihuraikan melalui analisa tranformasi-generatif. Kesalahan pelajar juga bukanlah

    kegagalan mereka tetapi satu percubaan hipotesis. Terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang

    dapat diwujudkan dalam teori mentalis ini. Prinsip pertama ialah pembelajaran bahasa

    merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, bahasa dianggap sebagai satu pemikiran dan

    pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

    Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan

    dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran,

    guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-

    kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu

    menggunakan pengetahuan bahasa pelajar dalam masa merancang dan mennetukan bahan-bahan

    pengajaran yang akan diajar nanti.

    Prinsip ketiga pula ialah kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada

    peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini percaya bahawa

    kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran

    bahasa yang sama. Oleh itu, guru perlulah berhati-hati semasa memilih bahan-bahan yang

    hendak disampaikan.

    Prinsip keempat ialah penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa

    dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-

  • 8/2/2019 Teori Bahasa Dan Kaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

    5/5

    struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu

    berkomunikasi dengan masyarakat bahasa. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa

    yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur

    bahasa yang terdapat dalam sistem bahasanya dengan baik.

    Prinsip kelima pula memberi penekanan kepada aspek menulis dan membaca. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan

    tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada

    bahasa sasaran kepada bahasa ibunda atau sebaliknya.

    Prinsip keenam pula merupakan kajian-kajian bahasa yang disampaikan secara deduktif

    dan tatabahasa disampaikan secara formal. Penyampaian pelajaran dimulakan dengan pengajaran

    terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian barulah disertakan

    dengan contoh. Pengajaran tatabahasa biasanya dijalankan dalam keadaan yang formal.