Upload
arinamasri
View
1.066
Download
40
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Teks ucapan
Citation preview
Yang dihormati, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Pengetua SMKYP,
Puan Asmah binti Markom, Penolong Kanan, Cik Tan Soo Soo, PK HEM,
Encik Sugiman bin Ngadino, PK Kokurikulum, En Eeu Hoong Siong, Guru-
guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, barisan guru-guru dan tidak
dilupakan, anak-anak yang dikasihi. Salam Sejahtera.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak sekolah
menjemput saya hadir ke majlis Sambutan Hari Guru peringkat SMKYP
untuk bersama-sama meraikan Hari Guru.
Sepanjang saya menyandang jawatan sebagai Yang Di Pertua PIBG,
saya mendapati pihak pentadbir dan juga guru-guru sentiasa berusaha
untuk memastikan anak-anak kami dapat belajar dalam suasana yang
kondusif. Semua masalah terutama yang melibatkan masalah disiplin
anak-anak kami yang nakal dapat diatasi bersama. Terima kasih cikgu
kerana membantu kami sebagai ibu bapa yang sentiasa mengharapkan
sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kami.
Saya mewakili AJK PIBG dan juga ibu bapa bagi semua pelajar
SMKYP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang telah banyak berkorban membantu demi kemajuan pendidikan
anak-anak kami.
Harapan kami sebagai AJK PIBG SMKYP agar cikgu-cikgu semua
diberi kesihatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian.
SELAMAT HARI GURU.
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”.
Terima kasih.